Pepatih Inggeris berkata, “A leopard could never change it’s spot” atau terjemahannya “Harimau bintang tidak boleh membuang tompoknya.” Ia bermaksud seseorang yang sifat dan naluri semulajadi sudah sedemikian, agak susah untuknya menukar.Perhubongan lama dan rapat antara Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dan Dato Lim Kim Hong bukan lagi rahsia di kalangan ahli korporat tempatan.
Lim adalah bekas pemegang saham utama Kanzen Berhad atau Dreamland Holdings Berhad, dan kini menguasai Sumurwang Sdn Bhd dan I Berhad. Selain terkenal dengan jenama barangan elektrik dan IT, I Berhad adalah pemaju yang membangunkan I-City di Shah Alam yang berjumlah RM1.5 billion
Dengan bantuannya, Khalid telah dapat mengumpulkan benih modal untuk membeli saham Guthrie yang ditawarkan padanya pada harga murah. Khalid pula membantu dalam beberapa urusniaga membeli jual syarikat dan perniagaan.
Setelah menjadi ahli politik dan berdegar dengan retorik pentadbiran yang bersih, telus dan cekap, adakah Khalid sudah merenggangkan hubungan urusniaganya dengan Lim?
Jika keadaan terdesak, berapa lama harimau bintang ini boleh terus menyembunyikan tompoknya?
Dari Ahli Korporat Ke Menteri Besar
Setelah kalah di pilihanraya kecil Ijok pada tahun 2007, Tan Sri Khalid Ibrahim mendapat nafas baru untuk memenangi kerusi Dewan Undangan yang sama dan kerusi Parlimen Bandar Tun Abdul Razak pada pilihanraya Mac 8hb lepas.
Khalid diakui adalah seorang tokoh korporat yang telah memainkan peranan yang besar pada tahun-tahun awal Permodalan Nasional Berhad (PNB). Namun, diakhir-akhir kerjayanya dengan PNB, khususnya semasa mengurus Guthrie sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), professionalisma dan etika kerjanya mula berubah dan pelbagai urusniaga mula mencurigakan.
Akhirnya Khalid dihentikan dari jawatan CEO dan khabarnya suatu penyaisatan telah dilakukan ke atas uruniaganya di dalam Guthrie. Sedikit demi sedikit telah didedahkan salahlaku urusniaga dalam pembelian saham dan pengurusan Guthrie.
Jurublog ini pernah mendedahkan urusniaga Khalid di dalam tulisan bertarikh Jun 2007. Lim Kin Hong mempunyai peranan yang besar di dalam urusniaga utama Khalid. (Sila baca di sini)
Sebenarnya Khalid telah gagal sebagai ahli politik tetapi diselamatkan oleh tsunami politik. Dia bukan saja hidup kembali, malah ia suatu kejayaan besar dan dapat dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.
Belum Pun 100 Hari
Baru saja menghampiri 100 hari pentadbiran Khalid di Selangor, rakyat mula menyedari kepimpinan Khalid tiada hala tuju.
Kerajaan negeri hanya sibuk mencari, mereka dan mensensasikan tuduhan demi tuduhan ke arah pentadbiran sebelum ini dengan bantuan suratkhabar perdana seperti The Sun. Masa, tenaga dan sumber dihabiskan untuk menutup kelemahan pentadbiran dengan mengalih pandang.
Dari isu penternakan babi, ke isu Balkis hingga ke isu Bandar Mahkota Cheras, satu pun tuduhan yang dibuat mempunyai asas dan munasabah.
Janji-janji pilihanraya PKR dan PAS Selangor tidak feasibel dari segi kewangan dan tidak mungkin dapat dipenuhi. Tetapi Dato Hasan Ali marah jika diungkit janji-janji pilihanraya dan alasan yang diberi hanya menyalahkan kerajaan persekutuan.
Pada suatu masa dahulu pada tahun-tahun awal 90an, Khalid begitu hebat memberi pandangan berkenaan perkara-perkara yang melibatkan kepentingan orang ramai dan menegur kerajaan di rancangan Radio Ibu Kota bersama Deejay terkenal Zainal Din Zainal.
Nampaknya Khalid hanya pandai cakap sahaja. Ahli korporat ini tidak menampakkan keupayaan untuk mentadbir kerajaan negeri.
Laporan Polis
Pada hari Jumaat Jun 6hb, 2008, akhbar harian Sinar Harian melaporkan empat wakil PKR bahagian-bahagian Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Shah Alam membuat aduan polis tentang salah guna kuasa seorang pegawai kanan di pejabat menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Mengikut jurucakap kumpulan ahli PKR itu, Remy Iskandar, pegawai kanan itu dipercayai telah meluluskan kontrak dan tender kepada empat buah syarikat tanpa pengetahuan menteri besar.
Penyelewengan itu didakwa melibatkan pengagihan kontrak pembersihan dan kutipan sampah di Petaling Jaya dan mereka mempunyai "semua dokumen yang boleh menjadi bukti."
Laporan yang tidak mendapat liputan suratakhbar perdana mungkin merupakan “tip of the iceberg”.
Mana mungkin seorang pegawai yang bekerja di pejabat Menteri Besar melakukan pemalsuan letterhead pejabat Menteri Besar? Adakah pegawai tersebut begitu bodoh untuk melakukan sesuatu kesalahan yang mudah dikesan?
Reaksi Khalid yang dilaporkan Sinar Harian Ahad seolah-olah membuat "ugutan" tindakan disiplin terhadap ahli-ahli PKR tersebut.
Ramai ahli-ahli perniagaan dan pegawai-pegawai kerajaan yang bekerja di Pejabat Kerajaan Negeri menyedari sesuatu perubahan.
Sebagai ahli korporat, Khalid pasti lebih cenderong untuk menggunakan pendekatan korporat untuk mengumpul dana bagi membiayai janji pilihanraya untuk Selangor dan mungkin sekali bersama, untuk urusan parti.
Modus operandi bakal melibatkan syarikat-syarikat kerajaan negeri yang tersenarai dan kerjasama rakan kroni yang mempunyai perhubungan peribadi yang lama dan sumber modal.
Mencurigakan
Sejak mutakhir ini, pejabat Menteri Besar enggan melayani ahli-ahli perniagaan dan syarikat-syarikat. Padahal mereka-mereka yang datang merupakan penyokong-penyokong PR dan mereka ini menawarkan produk, perkhidmatan, dan usahasama untuk membantu kerajan negeri.
Mengikut sumber-sumber, pejabat Menteri Besar hanya melayani mereka-mereka yang ada hubungan dengan I Berhad. Kemungkinan ada sesuatu yang tersirat di sebalik pengumumman Khalid untuk membatalkan polisi DEB dan mengulang polisi tender terbuka yang sudah diamalkan dari pentadbiran sebelum ini.
Khalid ada mengumumkan odit forensik akan dibuat terhadap kesemua syarikat-syarikat kerajaan negeri. Ramai mungkin menjangka ini bertujuan untuk mencari salah pengurusan yang lepas.
Sebenarnya, ia untuk mencari sebab untuk membatalkan kontrak-kontrak yang ada untuk diambilalih oleh kroni-kroni Khalid seperti I Berhad atau lain-lain syarikat Lim Kim Hong. Desas desus mengatakan kumpulan ini dijangka mendapat kelulusan untuk membangunkan tanah-tanah tertentu di kawasan prima di Lembah Klang.
Seiringan dengan desas desus ini, Khalid telah dapat meyakinkan DYMM Sultan Selangor untuk melantik seorang kroninya, Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Syed Anwar mendapat bantuan Khalid untuk naik dari Pengurus biasa hingga menjadi CEO Kompleks Kewangan. Kemudian, beliau terlibat dengan MRCB, Media Prima dan Realmild Sdn Bhd. Kini beliau adalah Pengerusi DRB-Hicom Berhad, EON Capital Berhad, dan Cahaya Mata Sarawak Berhad, selain Pengerusi Panel Pelaburan Lembaga Tabung Haji.
Selain itu, Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad dan Sime Darby Berhad, Engku Setia Lela Bestari Raja Datuk Seri Arshad Raja Tun Uda juga dilantik.
MAIS mempunyai pegangan hartanah yang banyak dalam Selangor dan tokoh-tokoh korporat ini, khususnya Syed Anwar, tentu dibawa untuk membangunkan hartanah. Tentu sekali pembangunan hartanah memerlukan rakankongsi yang bermodal dan syarikat pembangunan hartanah.
Masaalah Peribadi?
Ramai mempercayai Khalid sebagai mantan Bendahari banyak menyumbang kepada pembiayaan operasi PKR.
Difahami dari sumber dalaman Bank, Khalid kini mempunyai masaalah hutang dengan sebuah Bank. Saham Guthrie yang telah dicagar telah jatuh dari paras harga margin dan jualan tidak mencukupi untuk menampung hutang.
Maka, bantuan seorang rakan lama seperti Lim Kim Hong amat diperlukan untuk menyelesaikan masaalah peribadinya yang dikatakan mencapai jumlah jutaan ringgit dan komitmennya membantu kwangan PKR. Dalam dunia perniagaan, saya garuk belakang awak dan awak garuk belakang saya.
Hanya harimau bintang yang tidak boleh membuang tompoknya.
Dah nak masuk 100 hari ni, report card masih merah, macamana ni Khalid? Mana pelan pembangunan Selangor 2008-2012? Mana kata nak bagi air free, alih-alih sekarang kata cuma tahap tertentu aje? Ambik kau Syabas suruh bayar semua. Mana kata nak bagi cukai pintu free? Mana kata nak bagi biasiswa free? Alih-alih ada prasyarat pulak.
ReplyDeleteKalau macam tu, aku pun boleh jadi CEO Guthrie / PNB. Kalau takat janji je, apek jual sayur kat pasar Klang tu pun boleh buat hah.
Yang kawan kita Hasan tu pun dah "dikantoikan" Allah. Ha, banyak cakap lagi, ostad. Cakap lagi banyak-banyak.
Voice,
ReplyDeleteDah ada cerita pegawai Khalid buat hal. Bila ada peluang buat fulus mana boleh telus....
Banyak lagi Lim Kim Hong lain yang akan bersama Khalid. Ronnie dan Teresa jadi proxi.
Dan sekarang siapa yang nak halang kuil-kuil hindu dan tokong cina dibuka merata-rata, sebab Khalid dah kata ok ?
Isu sebegini jadi kecil berbanding dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan pusat pimpinan Dolah dalih.
ReplyDeleteDuh!, Dulu Anak Toyo sakit kena buli karam sing walia, khalid punya giliran pula ya?.
ReplyDeleteAnyway, this is definitely one of those mind provoking article -
www.kadayanuniverse.com
Khalid bercadang untuk membeli kontrak konsesi air dari Puncak Niaga dengan alasan untuk memberi air percuma kepada Rakyat, tapi sebaliknya itu hanyalah alasan buat satu lagi corporate exercise nya untuk memiliki syarikat bekalan air itu untuk kroni2nya.
ReplyDeleteBiarlah apapun yang dilakukan, asal rakyat tidak menanggung ragamnya sudahlah. jagan cepat melatah oi!
ReplyDelete-pukat rakyat.
why blame Khalid if it's done by someone else and Khalid was not involved.I think these 4 men are just busuk hati.Duri dalam daging? how can the partai rakyat survive if there's no muafakat?
ReplyDeleteS.A.K.
ajil ni reka cerita je ...
ReplyDeleteHai baru 100 hari...BN 50 tahun lintang pukang macam mana?
ReplyDeleteDalam mana-mana pentadbiran jika ada pegawai yang menyeleweng tu biasa...tetapi TINDAKAN yang diambil oleh sang ketua tu yang penting. Saya rasa keterbukaan Tan Sri Khalid dalam perkara ini amat saya sanjung tinggi.
Mudahlah nak kaitkan Tan sri Khalid dengan orang itu dengan orang ini. Dia tu dulu corporate figure. Jadi mempunyai hubungan yang intim dengan sesiapa dalam corporate world itu perkara biasa. Jangan ada penyelewengan yang menguntungkan diri sendiri sudahlah. Tak da siapa boleh memadamkan sejarah diri sendiri.
Sebenarnya, ahli PKR ni lebih kurang macam UMNO juga, kerana akar umbinya memang berasal dari UMNO. Jadi perangai UMNO (yang korup)masih melekat pada banyak ahli PKR termasuklah beberapa pemimpinnya. Tak sampai 100 hari dah ada kes salah guna kuasa, bayangkan kalau lima tahun lagi. Dua kali lima aje. Yang kian keliru ialah rakyat.
ReplyDeleteTak apa..itu biasa..belum lagi Sarawak .CM dan anak2 nya.kan itu biasa.So apa macam jika you all buat pilihan .
ReplyDelete#1. power (Kuasa jadi PM,CM,MB)atau
#2. Dapat wang yg banyak....
salam,
ReplyDeletemacamane nak bagi air free, dah syabas ta sabar nak dapat duit.mcmane nak turun cukai, dah kerajaan pusat tahan berbagai2 bantuan kewangan pusat.macamane repot kad tak merah, BN asyik duk hentam je nak salahkan itu ini. dari dulu BN wat salah, takde sape pun nak kata itu ini.bila kalah, mcm2 kuar. BN dah perintah 50 tahun, PR baru 3 bulan.kalu wat statistik pun, tak relevan.
sarjantulang
Yang menghairankan saya , kalau laporan polis telah dibuat, mengapa MB mengarahkan ke-empat2 ahli PKR yang membuat laporan polis mengadap Speaker sedangkan mereka yang membuat laporan 'have got nothing to do with the State Assembly'? Nak buat demage control kot!! Sekarang its up to the police or BPR to persue and lets see the fun. I'm sure the officer is not so stupid to falsifying the documents of MB!!
ReplyDeleteI wonder...are you being paid by ex-menteri besar or anyone from BN?
ReplyDeleteWhat you reported him sounds so biased. Everyone knows how Dr Khir Toyo has screwed up and his wife with Balkis. The rakyat wants justice now. Tan Sri Khalid is doing well, as I see it. Pity you...
aper lah korang nie..baru 100 hari memeriahtah.. umno dah memerintah lebih 50 tahun.. rasuah banyak..org melayu melarat..
ReplyDeletetak ada korang nak bela..kata pembela nasib melayu..lah nie.. minyak naik...naper tak bela..naper tak marah pm kesayangan korang tue..kenaikkan minyak secara tidak langsung menbebankan org yg susah..org cina tak heran pun minyak naik..depa kaya..tapi org melayu? tertbeban tak??masa nie lah korang nak buktikan korang pembela nasib melayu..tapi ...mane rkorang????
maner???
maner??
maner???
ohh..
yg menbebankan rakyat nie peminpin kesayangan korang yer..tak bleh nak bersuara..biarlah rakyat susah terutama org melayu..asalkan peminpin korang boleh shoping kat oversea sampai lapan biji keta...
hidup melayu....
cerita di atas suatu rekaan & fantasi khayalan dari peminat setia Khir Toyol & Tun Mamak. kalau betul Tan Sri Khalid ada cerita tersirat dah lama BPR bukak file dia. Memang tak akan berpeluang langsung Tan Sri Khalid naik jadik MB Selangor.
ReplyDeleteBN habiskan 20 BILLION RINGGIT (Sekarang 18 Billion lah selepas allowance cut) untuk entertainment takde siapa kata apa-apa pun. Isteri Hantu Toyo gasak 10 million lepas pilihanraya pun takde siapa kata apa-apa pun.
ReplyDeleteBN cuba cari pasal sama PR le ... 50 tahun rompak, curi, tipu, rogol tak cukup lagi ke ...
Voice,
ReplyDeleteKalau nak slander pun, bagi la cerita hangat. Ni pun ok, tak sebodoh si Bodohwi atau pun monyet monyet di UM-NO.
Kesian si Khalid. Bagi dia chance sikit, ni pun belum lagi 6 bulan. Kan kita dah bagi Bodohwi lebih 5 tahun. Sabar la sikit ya.
kerajaan selangor adalah kerajaan yg x ada duit.
ReplyDeletesemua peruntukan telah kosong dah.
siapa yg habiskannya????
tepuk dada tanya la sendiri.
aiseh..khalid pon xbagus ka?
ReplyDeleteape2 pon jgn la balik semula ke UMNO...
fitnah yang ditabur.... Nak tutup kesalahan umno & bn....
ReplyDeletePoooodaaaaaahhhhhhh...
Just to share some insights from Puncak Niaga and Syabas.
ReplyDeletePAS ADUN dah pergi Dubai fully paid by Puncak Niaga and sorry to say, they are very DIVA expecting everyone to pick up their bags.
Another trip will be to Vienna soon. If you don't believe me, check with Puncak Niaga. Even Datuk Hassan Ali is going there for free, supposedly for a conference. At least 4 ADUN Pakatan have ASKED to be included and fully paid by Puncak Niaga, business class flight plus full lodging and pocket money.
Those who are skeptics, please call Puncak Niaga for more info.
Damnnn, who can we trust these days.
kalau apa yg diucapkan itu benar dalam blog saudara/i, saya rasa tan sri khalid ibrahim tetap lebih baik daripada encik khir toyo. fikirla sendiri
ReplyDeletePintu gerbang Darul Ehsan yang sdr sebut di Rocky Bru berharga RM23 juta dan melibatkan Allahyarham Sepupu Ayahanda Raja Petra. Manakala, "pintu gerbang" kanvas Bukit Jelutong yang dibina di bawah pengurusan Khalid di Guthrie berharga RM16 juta. Ini adalah cara menipu dengan membina sesuatu yang berunsur seni yang boleh dimanipulasi pernilaiannya.
ReplyDeleteBiar saya cerita sedikit mengenai Khalid di PNB dan Gthrie sebagai maklumat bagi mereka2 yang mahu mengetahui.
Semasa menerajui Guthrie, orang kepercayaannya ia-lah seorang bekas Pengurus yang diambilbalik bernama Anthony Tan. Dia berhenti untuk mengelakkan siasatan atas beberapa penyelewengan.
Setelah pelbagai feedback sampai ke pucuk pengurusan PNB tentang amalan2 Khalid, seorang pakar pembangunan hartanah bernama Haji Rahim diletakkan di Bkt Jelutong utk diam-diam menyiasat. Hasil penyiasatan yang telah menyebabkan pengurusan PNB memecat Khalid dengan tidak menyambung kontrak.
Bukti2 tentang salah laku Khalid semasa di Guthrie adalah cukup. Yang menjadi hairan kamu di PNB, mengapa Pak Lah tidak mendakwa Khalid? Anggaran yang di siphon keluar dari Guthrie semasa pengurusan Khalid adalah lebih RM300 juta. Kemungkinan Khalid diberi peluang kerana mengenangkan jasanya dan tidak mahu memalukan PNB.
Walaupun dia tahu telah dilepaskan, Khalid masih menyaman PNB untuk mememberi tekanan bagi membolehkan ia membeli balance 15% tawaran saham padanya yang sudah luput masa.
Ini adalah perubahan Khalid menjadi seorang yang gelojoh. Sebelum Guthrie, Khalid adalah seorang yang ada integriti, amanah dan rajin. Business mengubahnya.
Bagaimana pun, Khalid terkenal dalam PNB sebagai seorang yang kuat bermain politik syarikat. DIa menggunakan pengaruhnya terhadap Tun Ismail Ali untuk berdendam, berpuak-puak dan menikam belakang mereka2 yang lebih wibawa darinya. Antaranya Salleh Majid, Ahamd Don, Desa Pachi, dan lain-lain yang tidak berapa terkenal.
Khalid bukan seperti yang Anwar kata dia kenal lama sebagai orang baik lagi. Dia bukan seperti impression yg kita dapat dari interview massa media, forum2 dan seminar2 lagi.
Pertaliannya dengan Lim Kim Hong ada kebenaran. Dengan bantuan Khalid, Lim Kim Hong dapat menjual kilang tilam di Tientsin ke PNB tetapi kilang itu menghadapi masaalah sejurus PNB ambilalih.
Wang itu yang membolehkan Lim mengubah haluan syarikatnya menjadi I berhad. Manakala sykt private Lim, Sumurwang banyak urusan lain dengan Khalid. Sebagi seorang bekas orang PNB, saya tidak hairan jika Khalid masih melakukan kerja2 kotor seperti ini.
Saya lihat komen2 di sini lebih bermain politik. Sepatutnya mereka berwaspada, mendengar dan tidak komen atau nafi benda yg mereka tidak tahu. Tidak kira UMNO, PAS, PKR dan DAP, adakah demi politik parti, kita patut pertahankan orang sedemikian?
Pada pandangan saya, A Voice mirip ke arah Dr Mahathir. Tetapi saya sanjungi pendirian A Voice yang berani menegur tanpa mengira parti apa sekali pun. Tidak adil memanggilnya dengan kejian sedimikian.
Anon 2.01 AM:-
ReplyDeleteBetul..ADUN PAS yang pergi ke Dubai ialah Datuk Hassan Ali dan geng-gengnya . Dia yang mintak Puncak Niaga sponsor segala-galanya.
Betulkah former pnb?. Kalau begitu Tan Sri Khalid adalah lebih baik dari Tan Sri Khir Toyo. Baru 100 hari. UMNO dah 50 tahun.
ReplyDeletemcamana laaa org selangor boleh amik si khalid ni jadi MB..... emmm alahaiiii........
ReplyDelete300 juta lesap dek dikerjakan khalid soranggg......perghhhhhh....
khaliddd khaliddd....untung badannn laaaa... jadi penyamun di zaman politik persepsi niiii... hehe
hj.karim