Tuesday, June 10, 2008

Bingkisan SMS: Pak Lah Politik Wang?

Sebuah SMS diterima dari seorang bekas Timbalan Menteri:
Dari manakah wang d bayar kpd ketua2 cwangan tiap2 negeri yg hadzir perjumpaan Plah anjuran Jasa bawah kementeriangan penerangan. ada yang dapat 300,200,150 DAN 100, tiap sorang. Tambang, makan, sewa, hotel semua Jasa. Guna wang pembayar cukai utk kmpen pemilihan umno..inikah cara pemilihan umno. bye bye PRU13.
Padan akhbar Utusan Malaysia semalam melaporkan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, Ketua Penerangan UMNO menyatakan perjumpaan Pak Lah dengan Ketua-Ketua Cawangan adalah untuk dapatkan maklum balas.

Pelik dan hairan? Apa sebenarnya?

Alasan

Utusan Malaysia Jun 9hb, 2008

Abdullah jumpa ketua cawangan UMNO untuk dapat maklum balas

KUALA LUMPUR 8 Jun - Pertemuan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan semua ketua cawangan UMNO di setiap negeri adalah bertujuan untuk mendengar pandangan, keluhan dan mendapat maklum balas daripada akar umbi.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, lawatan dan pertemuan itu membolehkan ahli-ahli cawangan di bahagian yang dilawati berinteraksi secara langsung dengan Presiden parti.

Menurut beliau, lebih penting, program itu memberi kesempatan kepada Abdullah untuk menjelas dan meredakan isu-isu yang berbangkit.

"Yang lebih penting ia turut memberi peluang kepada para pemimpin terbabit meluahkan apa yang terbuku di hati mereka selama ini.

"Lawatan Presiden sudah bermula dan pertemuan akan diadakan lebih intensif untuk mengetahui apa masalah yang dihadapi di peringkat akar umbi.

"Sebelum ini, Abdullah hanya bertemu dengan Ahli Majlis Tertinggi (MT), ketua bahagian dan kali ini dengan ketua cawangan pula untuk mendapat maklum balas,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau memberitahu demikian ketika diminta mengulas pertemuan Presiden UMNO dengan 800 ketua cawangan UMNO dari Pahang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Semalam Abdullah mengadakan pertemuan membabitkan kira-kira 1,500 cawangan UMNO dari Perak di PWTC.

Menurut Muhammad, lawatan Abdullah yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) cukup penting dalam usaha mengembalikan keyakinan pemimpin di peringkat cawangan pada pucuk pimpinan parti.

Pertemuan itu kata beliau, dapat menjelaskan banyak kekeliruan yang berlaku dan semua itu penting bagi mengukuhkan kekuatan parti dan kepimpinan.

Beliau berkata, program yang pertama kali diadakan ini akan membolehkan kira-kira 20,000 pemimpin di peringkat akar umbi memberikan pandangan mereka kepada Presiden UMNO.

Muhammad Taib berkata, sepanjang sesi pertemuan antara Presiden dan pemimpin di peringkat akar umbi, Abdullah mendengar banyak pandangan dan mendapat maklum balas mengenai apa yang berlaku di peringkat bawahan.

"Setakat ini, maklum balas yang diperoleh daripada pertemuan itu sangat menggalakkan selain penerangan yang diberikan oleh Abdullah dapat diterima pemimpin di peringkat bawahan," katanya.

Katanya, Perdana Menteri telah mengadakan perjumpaan dengan pemimpin UMNO Selangor, Pulau Pinang dan Kedah sebelum diteruskan ke beberapa negeri yang belum dilawati lagi.

Apa perlu sampai diusung Ketua-Ketua Cawangan satu Malaysia ke Kuala Lumpur? Mengapa tidak Pak Lah turun ke Cawangan-Cawanagan? Di kala harga minyak tengah mahal, bukankah itu lebih murah?
Macam-macam alasan boleh dikatakan tetapi apa perlu Ketua-Ketua Cawanagn ini dibawa ke Kuala Lumpur dan Putrajaya?

Setelah Pak Lah, lain lagi Jawatankuasa Pengurusan UMNO, serta pelbagai forum dan majlis perbincangan diadakan sana sini, masakan masih lagi tidak memahami masaalah diperingkat bawah?

Jika alasannnya adalah untuk Pak Lah dengar sendiri luahan rasa akarumbi, ia hanya menunjukkan Pak Lah tidak mendapat maklumat sebenar dari "punahsihat"-"punahsihat"nya.

Apa perlu diherong semua ketua-ketua cawangan ini? Apa salah Pak lah sendiri yang turun ke padang? Dengan harga minyak yang sudha melambung, bukankah lagi murah?

Berkempen

Sebenarnya apa yang dilakukan Pak lah adalah berkempen untuk pemilihan UMNO bagi akhir tahun ini.

Sejak Ku Li menghantar 18,000 surat ke semua Ketua-Ketua Cawangan, dan pelbagai pemegang jawatan selepas prestasi teruk di PRU12, permainan pemilihan sudah berubah ke peringkat cawangan.

Kemarahan akarumbi jelas sedang meruap dan menunggu masa untuk meletup untuk menjatuhkan Ketua-Ketua Bahagian dan lain-lain pemegang jawatan yang sudah di bawah kawalan pihak berkepentingan di pucuk kepimpinan.

Kemarahan akarumbi dilihat disebabkan sikap pucuk kepimpinan, kelemahan pentadbiran, pemimpin-pemimpin yang dilihat hanya menjaga kepentingan sendiri, dan peristiwa-peristiwa pilihanraya yang mana dikatakan perbelanjaan disonglap dan tidak "turun", ketidak puas hati dengan proses pemilihan calun dan kegiatan mensabotaj calon-calon yang disukai akarumbi.

Jika taktik berkempen untuk pilianraya adalah berasaskan isu, prestasi, perancangan masa depan dan ideologi, taktik berkempen dalam parti berlainan. Bagi penyandang jawatan seperti Pak Lah, taktiknya adalah memujuk.

Di masa-masa lepas, kekalahan pemegang jawatan selalunya adalah disebabkan faktor "marah". Jika akarumbi dan juga pengundi tradisional tidak marah, pemegang jawatan parti atau wakil rakyat kawasan selamat sering dapat bertahan. Ini yang dilihat isu-isu besar tidak lut di peringkat bawah.

Walaupun Pak Lah sudah menyatakan dia tidak akan kekal melebihi masa yang sepatutnya, ramai pemimpin-pemimpin UMNO, khususnya dari Johor tidak percaya dan mendesak dinyatakan "pelan peralihan kuasa" dan disegerakan.

Sehingga hari ini, Pak Lah masih enggan menyatakan pelan peralihannya, malah dikatakan ber"dolah" dalih tanpa alasan kuat untuk undur pada 2010.

Mengikut sumber yang dipercayai, Pak Lah terpaksa kekal atas desakan anak-anak terutama Kamaluddin.

Dikatakan, Kamaluddin telah menerjah masuk bilik perbincangan antara Tun Musa dan Pak Lah. Dengan sekuat suara, dia menyatakan "baba" tidak boleh meletak jawatan. Musa yang tersentak dengan sikap Kamal itu menyindir Kamal dengan berkata saya sedang bercakap dengan PM, adakah awak PM?

Disamping itu, juak-juaknya begitu cergas bergerak di bahagian-bahagian. Usaha untuk menentang Ketua Ketua Bahagian yang disuspek anti-Pak lah telah berjalan, seperti Dato Yunos Wahid akan menentang Dato Rais Yatim di Jelebu.

Seorang ahli perniagaan yang terlibat membiayai usaha-usaha Shabery Chik dikatakan akan bertanding untuk Ketua Bahagian. Banyak lagi yang tidak perlu diceritakan lagi.

Pertemuan-pertemuan dengan Ketua-Ketua Cawangan, terutama dengan yang pro-Pak Lah adalah bertujuan untuk "memujuk", mengembangkan rangkaian "kempen" memujuk dan meredakan keadaan. Dengan bulan puasa hampir tiba dan pemilihan Bahagian hanya akan berlangsung seleaps "bulan" raya, maka kemungkinan usaha menyejukkan dan memujuk boleh berlaku.

Namun, bolehkah akarumbi menjadi sejuk jika harga minyak mendadak naik dan akan mula terapung mengikut pasaran dunia mulai Ogos?

Politik Wang Pak Lah

Perkara apa yang dikatakan oleh bekas Timbalan Menteri tersebut dalam SMS itu sudah lama didengari di "pasaraya" politik. Kesahihan mesej ini hanya boleh ditentukan dengan mendengar sendiri pengakuan tetapi integriti mantan Timbalan Menteri penghantar SMS memberi sedikit sebanyak kredibiliti.

Bagi jurublog ini, perbuatan yang mungkin melibatkan Pak Lah bukan sesuatu yang menghairankan. Apalah setakat duit sebanyak itu berbanding dengan amalan politik wang dan salahguna kuasa untuk politik yang berlaku sepanjang pentadbiran Pak Lah? Masihkah mahu disalahkan Dr Mahathir yang telah lebih 4 tahun pencen?

Pak Lah berkempen PRU11 2004 atas manifesto membenteras rasuah, tetapi pemilihan UMNO 2004 adalah permainan politik wang yang paling cergas, jauh melebihi penggunaan politik wang oleh Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan Ghaffar. Malah ia dilakukan sendiri oleh mereka-mereka yang dikenali ramai sebagai "orang Pak Lah."

Apabila tindakan diambil, Tan Sri Isa Samad digantung berdasarkan percaturan politik dan bukan asas dan bukti yang kuat. Dato Zaid Ibrahim digantung keahlian. Bagi Zaid, nasibnya baik sedikit kernaa kini menjadi Senator dan Menteri pintu belakang. Bagi kedua-dua calun, "orang Pak Lah" membantu kempen dan dikatakan agen pemberi wang.

Apabila Dr Mahathir ingin menjadi perwakilan untuk Prsidangan Agong UMNO (PAU) tahun 2006, satu usaha telah dirancang untuk menidakan peluang untuk Tun mendapat tempat di Mesyuarat Bahagian Kubang Pasu.

Setiausaha Agong UMNO dudok di Jitra selama dua minggu untuk kononnya cuti berkebun dan menengok itknya di Perlis tetapi mengatur pelbagai usaha. Antaranya tekanan mental, kekasaran fizikal, penggunaan gangster, dan akhir sekali wang RM200. Repot yang dibuat ke Ibu Pejabat UMNO dan polis tidak diambil sebarang tindakan.

Hairannya dua kes fail yang diserahkan Tun yang difahami ramai melibatkan salah laku rasuah Annuar Musa dan Nazri Aziz hilang sepi. Annuar Musa kini bergelar Tan Sri dan Nazri masih kekal Menteri penuh.

Tak usah ditanya mana 18 kes fail yang disebut oleh Rais Yatim. Akibat kenyatan itu, Rais diturun menjadi Menteri Warisan dan Kebudayaan.

Belum dicerita lagi kes ECM Libra-Avenue, MV Agusta, Scomi, penjualan pasir dan lain-lain aset negara kepada Temasek, dan lain-lain. Malah, masih ada kes-kes baru yang belum meletup seperti projek Fajar Bakti (Rembau), Bank Indonesia International, dan lain-lain projek-projek khusus.

Realiti

Jurublog ini pernah mendengar seorang ahli akarumbi berkata dia akan ambil dan ikut apa yang dipinta.

Alasannya, dia tidak boleh mengharapkan projek dan jawatan berdasarkan kebolehannya. Maka, ini saja untuk dia meraih manafaat kegiatannya dalam UMNO. Orang lain boleh dapat itu ini, tetapi apa yang ia boleh perolehi akan diambil saja.

Kalau masih ada pemikiran sedemikian, tidak salah jangkaan SMS itu. UMNO tidak boleh diubah dan tunggu saja pengundi hilang kasihan. Bila berlaku, jangan salahkan sesiapa. Jangan mahu mogok-mogok mengenai bukan Melayu jadi MB atau CM, atau DEB dihapuskan.

Harap kemarhan untuk boleh membawa kesedaran dan perubahan untuk berfikir mengenai masaalah bangsa dan parti, bukan untuk diri. Siapa pula yang boleh diharap untuk membela nasib orang Melayu, jika kuasa sudah hilang?

4 comments:

  1. Anonymous10:21 AM

    Saya agak skeptik dengan berita2 yang disebarkan melalui sms begini. Entah betul entah tidak. Tapi mungkin juga betul, tapi apa tujuan menyebarkan secara viral sebegitu sekali, ini kan pula sampai dibuat blog post begini. Belum tentu betul atau tidak lagi.

    Tapi terima kasih juga lah kerana mendedahkan perihal ini. Pembaca sendiri dapat menilai kesahihan dengan akal minda sendiri.

    ReplyDelete
  2. I am fed up with politics. Jangan kita pening kerana politik. Biar politik pening kerana kita.

    ReplyDelete
  3. GI Joe - Terima kasih kerana sedia mendengar.

    Maklumat sebegini adalah sesuatu yang saya akan berasa gembira jika saya salah, dan sedih dan kecewa bila saya betul.

    Taulang3 - Jgn kita dipeningkan oleh politik dan kita memeningkan sesiapa. Kalau pening, pergi cek doktor. Takut darah tinggi.

    ReplyDelete
  4. Anonymous2:46 PM

    Dalam politik ada rakan, ada lawan. bila rakan, akan bantu rakan yang lain. bila lawan, akan cuba cari apa-apapun yang boleh jatuhkan nama dan kredibiliti lawannya. Benar atau tidak apa yang paklah buat tu tidaklah diketahui, tetapi nampaknya mantan bekas timbalan menteri ini tentunya lawan PM dan berasa takut dengan apa yang dilakukan jika ianya betul. Tapi mungkin kalau dia sendiri buat tak pe kot

    ReplyDelete

Plainly state opinion. Only mature and sensible views welcome.

Hostile, insulting and bad language comments NOT RELEASED.