Pak Lah akan memaksa Najib menyokong usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan. Perkara ini akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada pukul 3 petang ini. Pada pukul 5 petang, satu perjumpaan dengan kesemua Ketua dan pemimpin G6 Bahagian UMNO telah dijadualkan di PWTC untuk mengumumkan keputusan ini.Menurut jurublog Akhramsyah dalam tulisan blog Tangents pagi ini, Racun Untuk UMNO, Sempena UIangtahun Tun Dr M, jika Najib MKT atau G6 gagal menolak racun ini, kita orang Melayu bawah wajib memberontak sebelum lebur warisan kausa Melayu buat anak cucu kita.
Maklumat yang telah dikemaskini olehnya, menyatakan Malaysia Insider Pak Lah akan mengumumkan pengunduran diri pada bulan Jun 2010. Jika berita ini menjadi kebenaran, kaedaan negara yang huruhara akan tidak terurus dan boleh menghadapi kehancuran.
Adakah suara akarumbi dan pemimpin-pemimpin yang menuntut dalam pelbagai Majlis Bersama Pemimpin yang melibatkan Ketua-Ketua Cawangan seluruh negera tidak sampai ke dalam gegendang telinga dan akal hati Presiden parti dan Perdana Menteri?
Padahal malam tadi, Pak Lah masih lagi menangkis kritikan hebat dan bertubi-tubi di Majlis bersama Ketua-ketua Cawangan dari Wilayah Persekutuan.
Pasti ramai akan bertanya: Bolehkah UMNO memenangi PRU13 jika dikekalkan kepimpinan yang ada yang menjadi penyebab kemerosotan kuasa, tidak mempunyai kebolehan untuk menangani krisis yang ada dengan bijak, dan hanya memberi tumpuan kepada politik mengekalkan jawatan dan kepentingan keluarga?
Takkan begitu bebal sekali orang UMNO? Dalam keadaan yang begitu runcing, mereka masih akur kerana memikirkan jawatan dan tembolok sendiri. Padahal tindakan sebegini bukan kehendak akarumbi UMNO dan akan menghancurkan perjuangan parti mereka?
Anda yang terharu, dan prihatin dengan permasaalahan ini, tetapi tidak terdaya untuk melakukan apa-apa, mungkin hanya dapat bersedih sahaja. Usah hanya berserah kepada keadaan, ini sahutan perjuangan untuk dilakukan sesuatu, kuatkan suara anda, dan deraskan desakan undur.
Dr Mahathir menyambut harijadi ke 83 nya hari ini. Beliau akan berucap di dalam satu Majlis di Kelab Golf Port Dickson, Telok Kemang. Majlis akan bermula dari pukul 9:30 pagi. Kedatanagn anda beramai-ramai untuk menunjukkan sokongan adalah usaha.
Jangan biarkan parti warisan perjuanagan Melayu hancur. Pastikan pembersihan dan pemulihan UMNO dapat dilakukan!
Star SMS Alert:
10/7 Opposition leader Wan Azizah Wan Ismail is expected to file no-confidence vote against the Prime Minister under an emergency motion at 3 pm/STAR
10/7 PM Abdullah Ahmad Badawi has announced that he will hand over reign to DPM Najib Tun Razak in mid-2010/STAR 7:00 pm
Assalamualaikum,
ReplyDeleteAdakah Pak Lah akan MEMAKSA Najib menyokong usul jawatan Pres dan Timbalan Pres tidak dipertandingkan? Sejauh mana kebenaran berita ini?
Pak Lah akan mengundur diri pada 2010. Ternyata Pak LAh akan memaksa Najib. Ini Amat jelas. Lainlah kalau Pihak pembangkang yang sengaja menngapi-apikan mereka berdua.
Keadaan negara tidak akan menjadi huru-hara sekiranya tiada sikap radikal dan tindakan yang di laur batas seperti yang dilakukan oleh DSAI sehinggakan bursa saham boleh tumbang dalam sehari sahaja.
Kalau Dr. M sendiri yang tidak ingin DSAI untuk menjadi PM yang seterusnya selepas Pak Lah, bayangkan apa agaknya alasan-alasan beliau agar Anwar tidak menjadi PM sebelum 16 september ataupun sebelum Najib menjadi PM seterusnya?
Pak Lah haruslah bertindak cepat untuk merealisasikan janjinya terhadap rakyat pada november 2003 untuk melakukan reformasi terhadap kerajaan sekiranya ingin meraih kembali sokongan rakyat terhadap beliau.
Kalau ini diusulkan, ternyata cita-cita Najib untuk jadi PM akan terkubur. Mungkin beliau berharap, dengan menjadi Timbalan Presiden, lambat laun beliau akan mengambil alih tampuk Presiden UMNO dan seterusnya menjadi PM.
ReplyDeleteTetapi, jika keadaan ini berlaku, BN pasti tumbang pada PRU 13. Ataupun sebelum PRU 13, beliau mungkin digulingkan oleh musuh politik beliau yang pada hari ini nampak begitu aggressive dalam menyerang beliau.
Let d game begins...
ReplyDeleteSAY NO TO NWO!! SAY NO TO AnWar!!
"This country, with its institutions, belongs to the people who inhabit it. Whenever they shall grow weary of the existing government, they can exercise their constitutional right of amending it, or exercise their revolutionary right to overthrow it."
~ Abraham Lincoln
"It is a government of the people by the people for the people no longer; it is a government of corporations by corporations for corporations."
~ Rutherford B. Hayes
"In politics, stupidity is not a handicap."
~ Napoleon
http://daniazz6383.blogspot.com/2008_01_01_archive.html
ReplyDeletePasti ramai yang tidak berpuas hati dengan berita ini, tetapi semua ini hanya cakap2 orang, cakap orang yang sentiasa nak menjatuhkan kerajaan dan Pak Lah..
ReplyDeleteSememangnya orang-orang Umno sudah hilang semangat perjuangan sekiranya membiarkan kehendak Pak Lah mengatasi kehendak rakyat yang bersuara lantang mahukannya berundur serta merta. Yang menjadi persoalan bukanlah Umno yang akan mereput oleh angkaranya tetapi yang lebih utama ialah negara yang semakin tidak menentu keadaannya. Bolehlah diterima juga pemikiran Lim Kit Siang yang mempersoalkan mampukah Pak Lah melakukan reformasi dalam tempoh 24 bulan sedangkan dia telah gagal melakukannya dalam 5 tahun yang lalu, dalam keadaan dia mendapat sokongan yang begitu jitu pada PRU-11.
ReplyDeleteOrang-orang Umno khususnya di kalangan pimpinan tertinggi dan pertengahan perlu kembali membangkitkan semangat perjuangan dalam diri mereka untuk mempertahankan negara ini dari sebarang ancaman termasuk oleh para pemimpin yang menerajui kerajaannya sendiri. DS Najib perlu menyelami semangat Ibrahim Pahlawan Melayu yang ditemuinya baru-baru ini untuk berani masuk ke gelanggang sebagai anak jantan, demi untuk negara tercinta. Sebagaimana yang dinyatakan beberapa ketika dahulu, masih ada masa untuknya mengumumkan jawatan mana yang akan ditandingi dalam pemilihan pada Disember ini. Langkah yang diantur bukanlah untuk kepentingan diri semata-mata bahkan menyahut panggilan dan memenuhi harapan sekian ramai akar umbi yang telah kecewa dengan wira yang kecundang.
Sekiranya Umno benar-benar masih berjuang untuk negara, singkirkanlah Presiden yang telah secara nyata tindakannya menyebabkan negara semakin kucar kacir dan huru hara dalam pemilihan pada bulan Disember ini. Sekiranya Umno tidak bertindak sedemikian, janganlah selepas itu masih mendendangkan lagu Bersatu Bersetia Berkhidmat pada setiap perjumpaan sedangkan kepentingan negara telah diketepikan untuk memunuhi kehendak Pak Lah. Bukan PRU-13 yang menjadi titik tolak kedudukan Umno dalam kancah politik negara, bahkan pemilihan tertinggi bulan Disember inilah yang akan dinilai oleh umum, termasuk akar umbi Umno sama ada mahu terus bersama atau menuruti jejak Tun Dr. Mahathir meninggalkan Umno.