Mula-mula apabila Dato Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan diri sebagai calun Timbalan Presiden, seluruh blogosphera menjadikan beliau sebagai bahan lawak, termasuk jurublog ini.
Malah tak lama lagi dijangka bakal banyak pendedahan mengenai Zahid Hamidi akan keluar. Walaupun dilihat sebagai peramah dan manis muka, serta imej baru Menteri hal ehwal ugama Islam ini mempunyai sejarah politik yang memualkan ramai.
Namun begitu, semua serangan terhadap Zahid ini tidak keluar di media perdana. Apabila Dato Seri Ali Rastam dan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mengumumkan, semua ini sudah tidak seriuh Zahid.
Semalam Dato Nurjazlan bin Tan Sri Mohamad, Ketua Bahagian Pulai pula membuat pengumuman untuk menawarkan diri. Keluar pula kartun di Utusan Malaysia menyindirnya suruh berpada-pada. Nurjazlan dari satu perspektif adalah sama taraf dengan semua mereka ini. Dia adalah Ketua Bahagian. Jika dilihat secara prinsip, dia ahli UMNO yang layak.
Apa salahnya dia menawarkan diri? Saya hanya menyatakan menawarkan diri dan jika nasib dia baik, dia mendapat pencalunan. Menang kalah cerita nombor tiga belas.
Biar saya menjadi setan peguamcara (devil's advocate)sebentar. Jika dibandingkan senario politik sekarang dan cabaran yang dihadapi UMNO, apa salahnya Nurjazlan mahu mencuba?
Jika rasional biasa bahawa Nurjazlan tidak memegang jawatan utama dalam pusat, saya tanya apa hebat sangat Zahid sebagai ahli Majlis Tertinggi atau pun Menteri? Apa hebat Muhammad Taib kali ini sebagai Ketua Penerangan, Ketua Perhubungan Selangor dan Menteri Luar Bandar? Akhir sekali Ali Rustam sebagai Menteri Besar dan Naib Presiden?
Saya belum nak bongkar dan bincang perkara-perkara yang mencurigakan mengenai masing-masing, samada hal kerja atau masaalah peribadi masing-masing yang menjejaskan parti. Baca komen blog Small Talk sini. Ketiga-tiga fail!
Mungkin akan ada kata dia tidak ada cukup pengikut. Alah ... menang Timbalan Presiden adalah yang sanggup dan sedia untuk jadi pengikut dan penyokong. Sekarang pun sudah tiga orang mengaku mencadangkan Nurjazlan cuba.
Dari segi kelulusan dan professionalisma, apa hebatnya antara ketiga-tiga mereka? Nurjazlan adalah produk MRSM yang berpretij tetapi tidak elitis, ijazah akauntan professional dari United Kingdom dan ahli korporat yang berwibawa. Dia salah seorang ahli Lembaga Pengarah Telekom dan Pengerusi Jawatankuasa Odit dan Kontrak.
Jika ketiga-tiga mereka ini saya tidak bongkar yang tidak baik, maka saya tidak bongkar juga mengenai Nurjazlan yang saya sendiri tidak berapa tahu pun.
Dari segi artikulasi, Nurjazlan terlibat dengan forum yang melibatkan parti lawan, perbincangan intelektual dan boleh meluahkan pendirian melalui blog. Dia bukan membawa fikiran dan pendapat yang merupakan retorik dan hujah lama, tetapi suatu persepktif baru, segar dan berlainan. Ini bukan makna saya setuju habis juga.
Nurjazlan mempunyai penguasaan bahasa yang baik dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Berbinding kepada ketiga-tiga yang lain, dua saya tahu tidak menguasai bahasa Inggeris dan satu disahkan mahkamah tidak tahu bahasa Inggeris.
Kalau UMNO benar mahu berubah dan direformasikan, ketiga-tiga yang lain tidak layak diberi tempat pun. Sudah perlu muka-muka yang baru dan berwibawa untuk menarik kepercayaan ramai.
Jangan lupa ketiga-tiga ini pengampu Pak Lah. Nurjazlan adalah seorang dari tiga bersama Dr Puad Zarkashi dan satu lagi tak ingat yang menyuruh Pak Lah undur dalam mesyuarat tertutup bersama UMNO Johor.
Mungkin Nurjazlan ada muslihat politiknya sendiri. Dan mungkin dia menyindir ketiga-tiga badut yang mahu menentang katanya Muhyiddin atau mungkin sekali Najib. Itu soal nombor lain.
Muhamamd Taib dan Zahid dari negeri yang diperintah pembangkang. Pergi betulkan negeri sendiri. Melaka boleh bertahan lagi. Ini markah untuk Ali. Nurjazlan dari negeri yang akan jadi muzium UMNO jika seluruh negara tukar jadi pembangkang.
Suka saya tanya balik kartunis Utusan Malaysia dan skeptik yang lain.
Mungkin kalau Nurjazlan menang, blogger tak bernama macam saya pun boleh menonjolkan identiti dan tawarkan diri jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Tidaklah sia-sia arwah bapak melatih saya bercita-cita tinggi dengan suruh kata semasa kecil, bila besar nak jadi Perdana Menteri.
Harap-harap dia tidak ada pertalian politik dengan Khairy. Mahu saya undi Nurjazlan. Cuma saya lebih rasa patut diberikan pada Muhyiddin.
mencuba?tidak salah untuk mencuba.tapi cukupkah pengalaman yang ada berbanding dengan calon-calon yang lain.mungkin Jazlan menawarkan diri kerana fikir dia mampu untuk melaksanakan tugas sebagai timbalan Presiden.
ReplyDeletesaya sangsi yang Jazlan bakal dicalonkan nanti.dia tidaklah begitu dikenali ramai.Jazlan boleh dikatakan seperti ahli AKIM yang bertanding pada pilihanraya Permatang Pauh sebelum ini.melawan senior yang jauh lebih terkenal dan berpengalaman.
Nur Jazlan mungkin muda. Dia juga mungkin bukan ahli MT. Bagaimanapun sekiranya kita ingin UMNO menonjolkan muka baru, saya fikir elok utk Nur Jazlan menawarkan diri. Apabila BN mengalami kemerosotan teruk dalam PRU12 dulu, Nur Jazlan adalah antara Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen yang pertama meminta Pak Lah berundur. Adakah UMNO hanya untuk orang tua dan ingin terus menjalani "business as usual"? Lihatlah umur pemimpin PKR. Berapa umur pemimpin parti itu yang berada pada tahap Naib Presiden PKR? Timbalan Presiden PKR adalah exception. Kalau tidak kerana pengabungan PSRM dan Parti Keadilan dulu, mungkin jawatan Timbalan Presiden PKR diisi oleh orang yang seusia dengan Nur Jazlan :)
ReplyDeleteSetuju?
mungkin Jazlan ada muslihatnya yang tersendiri.entah dari mana pula dia dapat idea (dan berani pula) menawarkan diri untuk jawatan Naib Presiden.
ReplyDeletedia menawarkan diri sebagai "suara anak-anak muda dalam dan luar UMNO".
what a bold action!.tapi dia menentang lawan-lawan yang ternyata lebih berpengaruh dan jauh lebih senior.nak menang memang susahlah.
tapi dari segi lain dia dah menjadi bahan bualan.ahli politik kena "presentable" dan terkenal supaya mereka dilihat sebagai masih relevan untuk berkhidmat dan menerima sokongan dan mungkin inilah apa yang Jazlan cuba lakukan.
kalau tak silap, sejarah zh adalah sebagai penguat suara.
ReplyDeleteApa yg ditulis di skrip, akan di umumkan tanpa usul periksa.
Hati hatilah memilih pemimpin ...
analisa yang agak baik, apa salahnya diberi peluang kpd muka baru spt jazlan. lagipun negara kita kan demokrasi dan umno pula demokrasi berperlembagaan yang ikut telunjuk pucuk pemimpin saja.
ReplyDeleteTak mustahil Nur Jazlan akan menang. PRU12, calon dari ketua bahagian pun bungkus dgn pembangkang.
ReplyDeleteKenapa mesti berlari sekira nya dia masih dalam tahap berjalan?
ReplyDeleteKalau dia layak bertanding...kebanyakan Ketua Bahgian pun layak sama. Hanya atas nama "demokrasi"...semua yang masih "beringus" boleh cuba nasib. Bukan atas "teknikaliti" membolehkan sesuatu menjadikan yang janggal berlaku.
Jawatan tertinggi dah tidak ada nilai nya sekira nya tidak ada garis pandu ataupun pemantauan....ayuh semua mari kita bertanding!
Nur Jazlan hanya ingin menyatakan bahawa Muhyiddin sudah tidak layak untuk mempertahankan Naib dan tidak juga layak untuk sekadar bertanding Timbalan Presiden.
ReplyDeleteJawan jawatan koro itu hanya layak untuk orang seperti Zahid, Ali dan Mat Taib. Dalam lain perkataan Nur Jazlan memperlekehkan dan menurunkan status puak itu hanya sama taraf dan sama hingus dengannya.
Tanpa memperdulikan apa keputusan Dolah, tanpa memperdulikan apa jawatan yang Najib mahu bertanding, Muhyiddin sudah tidak punya pilihan. Dia harus bertanding jawatan Presiden dan UMNO Johor melalui Nur Jazlan telah memberi sokongan 70%.
JAZLAN.............. apa, cermin di rumah kau tu kecik ke? Di Pulai pun ramai nasib orang melayu tak terbela, kini ko berangan nak mentadbir negara? Ko tengok dulu keadaan orang-orang melayu di Pulai yang memerlukan khidmat ko. Jangan merosakkan lagi UMNO. Cukup2 lah maruah UMNO yg telah tercemar sekarang ni.
ReplyDelete