Selalu jurublog ini tidak ambil perhatian blog-blog baru, melainkan ianya betul menarik. Begitu juga dengan blog baru Mesin Taip Burok. Blog mula menarik perhatian kerana tulisannya,
Pak Lah undur, Ku Li kendur... dipaparkan di Laman MyKMU di sini.
Tulisannya hari ini, sangat sensasi.
Sah! Pak Lah tarik diri
Berita terkini yang aku dengar dari sumber yang agak sahih bahawa Pak Lah disahkan akan menarik diri daripada mempertahankan kerusi Presiden UMNO pada PAU Mac ini.
Pengumuman mengenai hal itu akan dibuat oleh Pak Lah sendiri pada 8 Oktober ini, iaitu sehari sebelum bermulanya mesyuarat bahagian.
Dan kerusi itu akan diberikan kepada Najib manakala pada masa sama beliau berharap tiada sesiapa yang akan menentang Najib sebagai Presiden pada PAU tersebut. Beliau berharap tiada pencalonan lain selain Najib oleh bahagian2 seluruj negara yang akan bermesyuarat mulai 9 Oktober.
Itulah berita yang aku dengar petang ini. Samada sahih atau tidak berita ini sama-samalah kita tunggu.
Namun persoalannya, apakah berita ini akan menjadi berita gembira kepada para pemimpin dan ahli UMNO, parti2 komponen BN atau rakyat sendiri ataupun sebaliknya? Jawapan hanya ada pada diri anda...
Kalau benar, adakah ini sebab ramai yang berangan untuk jadi Timbalan Presiden? Macam mana dengan masa depan Khairy? Bagaimana pula Reezal Merican yang telah berusaha sedaya menahan Pak Lah dari mengundur?
Sama-sama kita saksikan ...
------------------------------
mStar, Jumaat Oktober 3, 2008
Musa: Pemilihan ditangguh tanda Pak Lah mungkin tidak pertahan jawatan
PETALING JAYA: Keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno minggu lalu menangguhkan perhimpunan agung tahunan dan pemilihan sehingga Mac depan dilihat sebagai petanda Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak akan mempertahankan jawatan kali ini.
"Jika saya tidak silap, ini menunjukkan bahawa Presiden (Umno) tiada hasrat untuk mempertahankan jawatan beliau," kata bekas Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam di Johor Bharu.
Musa diminta mengulas tentang keputusan MT Umno, yang mengadakan mesyuarat khas Jumaat lalu, menangguhkan perhimpunan agung dan pemilihan peringkat pusat ke Mac depan.
Malah, Abdullah juga mengumumkan beliau akan memutuskan sama ada mempertahankan jawatan Presiden ataupun sebaliknya sebelum bahagian mengadakan persidangan perwakilan bermula 9 Oktober ini.
"Saya percaya keputusan itu dibuat selepas mereka (MT Umno) mencapai persetujuan pada pertemuan (minggu lalu)," kata beliau merujuk kepada mesyuarat MT Umno 26 September lalu.
Kata beliau, tempoh antara Disember dan Mac depan boleh dilihat sebagai proses perubahan bagi parti bagi memastikan perhimpunan agung tahunan diadakan manakala peralihan kuasa boleh dilaksanakan dengan teratur.
"Saya percaya penangguhan boleh membantu mengatasi ketidakselesaan di kalangan ahli sehingga perhimpunan diadakan Mac nanti," kata beliau sambil menambah, suasana itu wujud ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh Ogos lalu.
Musa juga berkata, peringkat akar umbi telah meminta diadakan peralihan kuasa ekoran pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.
* Updated: 3:00 pm
heard that paklah is sending out putri umnos (or are they really puteri umon members?) to distribute flyers "Saya Sayang Pak Lah" So will he quit, or still hold on?
ReplyDeleteSaya rasa pengumuman Pak Lah tu samalah seperti pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu mengenai tarikh hari raya puasa. Kita semua dah tahu tarikh tu pada 1 Ramadhan lagi. Betul tak?
ReplyDeletehttp://nobisha.wordpress.com
Its just Musa Hitam talking ... But Abdullah shd have left yesterday!
ReplyDeleteMUNGKIN INI YANG AKAN BERLAKU?
ReplyDelete* Samada Pak Lah dengan sengaja melupakan janji-janjinya
* Samada Pak Lah akan berdrama bila tarikh tempuhnya telah tamat dan memohon simpati ahli-ahli UMNO
* Samada Pak Lah akan menunda sekali lagi semua tarikh dan semua yang mungkin
sumber yang agak sahih?ayat "agak sahih" tu membuktikan pada ketika ini berita pengunduran Pak Lah ini kita hanya boleh terima sebagai khabar angin.
ReplyDeletesenang cerita kita tunggu sahaja pengumuman dari Pak Lah nanti.
saya terpanggil untuk memberi komen sedikit tentang YB Zahid Hamidi yang telah meanwarkan diri untuk menjadi calun TP UMNO. Sememangnya jelas dari laporan akhbar bahawa Zahid mendapat sokongan dari penyokong2 Pak Lah termasuk Shahidan yang baru saja beberapa hari dilantik sebagai Pengerusi NCER. Persoalannya:
ReplyDelete1. Adakah Zahid sudah tidak ada sebarang kaitan dengan Anwar?
2. Adakah blessing kepada Zahid oleh kem Pak Lah bukan salah satu dari "grand design" untuk memastikan agenda anak menantu terpelihara? Ini termasuk kemasukan Anwar kembali kepada UMNO?
3. Kononnya Zahid marah kepada YB Muhyiddin kerana tidak bersantun, bagaimana pula dengan beliau yang "kurang ajar" kepada Tun Mahathir ditahun 1998?
4. Zahid orangnya tiada pendirian. Beliau pernah meminta maaf kepada Singapura semasa beliau memegang Ketua Pemuda. Beliau juga kononnya menjadi "sayang" kepada Tun selepas ditahan ISA walaupun sebelum itu menjadi pengkritik keras Tun. Zahid hanya berani kalau mendapat full backing (dari Anwar, Pak Lah etc).
5. Dia beremosi. Pernah dituduh (tetapi dilepaskan mahkamah) kerana membelasah seseorang atas isu keluarga. Semasa dia menjadi Ketua, Pemuda UMNO menjadi agressif hingga memecahkan pintu dewan hotel semasa NGO untuk kebebasan Timur Timor bersidang.
6. Beliau tidak pandai berbahasa Inggeris. Pengalaman dalam kabinet juga terbatas. Tidak menampakkan lansung kredibility sebagai Menteri apatah lagi sebagai Timbalan PM.
Adakah orang seperti Zahid ini yang perwakilan UMNO perlu calonkan untuk TP UMNO. Lupakanlah Zahid, kata TIDAK kepada Zahid.
-Tukang analisa-
jangan ingat Pak Lah takde penyokong.seperti pemimpin UMNO yang lain,dia juga ada penyokong tersendiri.kalau takde penyokong tersendiri memang susahlah nak survive.
ReplyDeleteada pemimpin UMNO yang inginkan Pak Lah untuk letak jawatan secepat mungkin.tapi adakah mereka lebih bagus dalam melaksanakan tugas atau hanya indah khabar dari rupa?.lidah tak bertulang tapi kemampuan kita sebenarnya yang akan mencerminkan prestasi kita dalam bekerja.
Salam Syawal...
ReplyDeleteSaya kira berita sebegini hanya khabar angin yang belum tentu kebenarannya. Ada masanya pokok bergoyang walaupun angin tiada...sebab yang menggoyangkan ialah monyet-monyet...bak kata Datuk K...Apapun saya pasti ia hanya khabar angin yang sentiasa tidak pernah reda...
berita yang belum sahih jangan dipercayai secara total akan kebenarannya.
ReplyDeletetentang perletakan jawatan oleh Datuk Seri Abdullah,kita andaikan segala pendapat samada dia letak jawatan atau tidak hanyalah spekulasi sehinggalah tuan empunya badan menyatakan pendiriannya.
Satu masa dulu Encik Hanif Hadi dari berita Harian menulis kolum bernama Mesin Taip Buruk..hanif dah muncul lagi ke?
ReplyDeleteMus