Tuesday, October 14, 2008

Kebebasan akhbar disokong tetapi tidak untuk Utusan


Begitu banyak dan lama Utusan Malaysia berjasa kepada orang Melayu, mengapa ianya dicerca begitu rupa? Tidak adakah orang Melayu atau pencinta kebebasan akhbar yang sanggup mempertahankan serangan terhadap Utusan di blog Rocky Bru ?

Dalam tulisannya semalam, beliau memberi gambaran seolah-olah tindakan dua ahli politik DAP menyaman Utusan Malaysia atas isu remeh temeh akan menyekat kebebasan akhbar. Dan, ini tidak konsisten dengan kritikan mereka bahawa kerajaan menyekat kebebasan akhbar.

Pandangan tidak populis Rocky ini menarik kritikan dari pembaca dan komentar blognya.

Sikap orang awam yang dicerminkan dalam komentar tidak konsisten. Mereka menerima pakai pandangan yang mereka mahu dengar tanpa mengambilkira percanggahan prinsip dalam pandangan mereka.

Jika orang ramai boleh bangun menentang saman terhadap Rocky dan YB DAP, Jeff Ooi, mengapakah mereka tidak bising bila taktik saman mahkamah digunakan terhadap Utusan?

Sebarang tindakan membuat saman mahkamah dan berjumlah yang tidak realistik adalah satu tindakan keterlaluan yang sebenarnya menyekat kebebasan yang keterlaluan.

Sebagai seorang wartawan-blogger dan bekas editor yang menghargai dan memperjuangkan kebebasan akhbar, Rocky telah menyuarakan satu pandangan yang amat releven. Tentu sekali, dia telah mengambilkira realiti amalan kewartawanan di Malaysia.

Mengapa orang ramai dan blogosphera bersikap sedemikian rupa terhadap Rocky dan mempertahankan saman ini? Adakah kerana yang menyaman itu DAP? Adakah kerana yang kena saman Utusan Malaysia? Adakah ini bermakna blogger tidak boleh di saman tetapi akhbar boleh?

Kesian "mayat" Tan Sri A Samad Ismail "gelisah" di dalam kubur.

Azan dan Status Islam

Teresa Kok menyaman Utusan Malaysia sebanyak RM30 juta kerana dikatakan membuat laporan salah mengatakan beliau mempersoalkan penggunaan pembesar suara untuk melaungkan azan bagi surau.

Agak susah untuk menerima penafian beliau. Isu azan adalah satu isu yang sering disuarakan oleh ahli-ahli politik DAP, termasuk ahli Parlimen veteran, YB Tan Seng Giau sendiri.

YB Tan berasal dari Kelantan, fasih dalam berbahasa Melayu, dan boleh membaca Jawi. Dia boleh dianggap faham dan biasa dengan amalan Islam orang Melayu Kelantan. Itu pun beliau tiada toleransi terhadap azan.

Utusan dituntut maaf dari Teresa tetapi atas sebab-sebab tertentu, mereka enggan berbuat demikian.

Karpal Singh pula telah memfailkan saman RM10 juta kerana menurutnya Utusan telah memberi gambaran dia mempersoalkan status Islam sebagai agama persekutuan yang tertera dalam perlembagaan.

Bagi kes Karpal, beliau menuntut Utusan menyiarkan maaf dan telah dipenuhi. Namun, Karpal masih tetap menyaman. Adakah ralat Utusan itu tidak memadai untuk Karpal?

Rasanya, tidak susah untuk mengumpulkan kesemua kenyataan Karpal sepanjang berdekad beliau berada dalam politik dan memberi pelbagai kenyataan memperjuangkan ideologi sekularisma DAP/PAP.

Sebut saja mengenai subjek negara Islam atau Daulah Islamiah, berlumba antara Karpal Singh dan Lim Kit Siang untuk menyuarakan bangkangan dan memberi interpretasi Artikel 3 dan 11 Perlembagaan Malaysia mengenai Islam sebagai agama rasmi.

Seberapa boleh, mereka enggan mengakui Islam negara persekutuan dan ugama lain bebas diamalkan tetapi tiada peruntukan dalam Perlembagan untuk kerajaan memberi peruntukan.


Tabung Azan

Tulisan Rocky Bru semalam secara tidak langsung mempromosi usaha Dato' Syed Ali Al Habshee, Ketua Bahagian UMNO Cheras untuk menubuhkan Tabung Azan bagi memberi sokongan moral kepada Utusan Malaysia dalam menghadapi saman oleh Teresa dan Karpal Singh.

Memang patut UMNO memberi sokongan tersebut kerana Utusan Malaysia adalah wadah (doyen) perjuangan orang Melayu ke arah mencapai kemerdekaan dan selepas kemerdekaan hingga ke hari ini.

Jika UMNO wujud pada tahun 1946, Utusan Melayu (suratkhabar tulisan jawi yang wujud sebelum Utusan Malaysia wujud) telah beroperasi lebih 100 tahun, dari Jun 8hb, 1907.

Kewartawanan Beretika?

Katakan Utusan bersalah dalam kedua-dua kes. Adakah hanya Utusan sahaja yang melakukan amalan kewartawanan yang kononnya tidak beretika?

Jika diamati betul-betul, tuduhan terhadap amalan kewartawanan Utusan adalah juga amalan kewartawanan Rocket, Siasah, Harakah, Berita Keadilan dan usah disebut, Malaysia Today.

Buktikan tiada langsung diguna teknik putarbelit, menyimpan maklumat, melaporkan half truth, dan fitnah di dalam penerbiatan? Bezanya hanya samada dilakukan secara terang terang atau secara halus.

Perbuatan menuduh atau memfitnah masih tetap boleh dilakukan dengan diolah menjadi persoalan atau dipilih kenyataan atau pendapat sesiapa yang mereka rasa boleh disesuaikan dengan tujuan laporan. Ini mungkin selamat dari segi undang-undang tetapi masih juga tidak beretika.

Kadangkala, diselit dan dibahaskan dari aspek theology yang susah dinafi dan menakutkan orang biasa untuk mempersoalkan.

Adakah Utusan sahaja yang kononnya bias terhadap satu-satu pihak?

Realitinya, dunia suratkhabar dan termasuk blog-blog di Malaysia, malah seluruh dunia, mereka mewakili satu parti politik atau satu kumpulan berkepentingan atau satu aliran ideologi pemikiran.

Sedikit sebanyak masing-masing memainkan peranan dan terlibat dalam "perang ide" atau "perang psikologi." Semua pihak menggunakan media untuk mendoktrinasikan massa.

Juangkan Kebebasan Akhbar?

Hujah yang bakal diguna adalah dengan saman yang mahal, pihak editor akan lebih berhati-hati dan professional dalam membenarkan sebarang berita dan artikel disiarkan. Pada logiknya demikianlah rupa tetapi ia tidak semudah itu.

Dalam kedua-dua kes, agak susah untuk tidak membandingkan apa yang dilakukan oleh DAP meyerupai amalan PAP di Singapura. PAP mendiamkan penentang dan pengkritik dengan cara menyaman di mahkamah dan seterusnya setelah menang kes, bertindak membankrupkan.

Adakah DAP mempunyai niat serupa untuk meniru parti kembarnya menggunakan proses mahkamah? Elemen-elemennya agak berbeza tetapi intipati senarionya hampir serupa.

Secara logik, kita harus bertanya samada keengganan Utusan dan kesusahan yang konon dihadapi Teresa Kok bernilai RM30 juta?

Ini harus mengambilkira Teresa ditangkap "gelembung" mengenai keadaan makanan semasa dalam tahanan ISA. Entah entah, dia dapat dapat makan roti bakar untuk sarapan, dan boleh orde Kentucky Friend Chicken atau Secret Recipe. Pasti DAP tidak akan tuntut di Parlimen perincian bil Teresa semasa dalam tahanan.

Tidak lupa, harus juga kita perhatin bahawa Teresa dan keluarganya menghadapi perasaan ngeri dari peristiwa molotov cocktail dibaling ke rumahnya. [Sedih perbuatan sedemikian harus wujud di negara kita yang aman dan damai.]

Atau ketidakpuasan hati Karpal Singh terhadap kenyataan maaf Utusan Malaysia menjangkau RM10 juta?

Oleh kerana akhbar-akhbar sedemikian sering dibatal atau ditarik lesen penerbitan, mereka dapat menangguk simpati orang ramai dan dianggap dianiayai dan tidak bersalah atas kesalahan yang sama.

Sepanjang yang dapat saya ingat, tidak pula kerajaan atau ahli politik Barisan Nasional yang menyaman akhbar-akhbar politik pembangkang hingga bankrup untuk mendiamkan mereka.

[Harap usah diambilkira ISA dalam perbahasan ini kerana itu hanya melencungkan perbahasan. ISA lebih berkait rapat kepada keselamatan dalam negara dan hanya dikenakan terhadap pengamal akhbar, apabila mereka menghangatkan perhubungan antara kaum hingga boleh menimbulkan masaalah keselamatan.]

Sungguhkah pembangkang kita perjuangkan kebebasan akhbar?

PKR terang-terang memalukan Utusan Malaysia dengan melarang mereka menghadhiri sidang akhbarnya dan dibesar-besarkan dengan signboard. Di dalam sidang akhbar, Anwar Ibrahim akan menyerang dan memperlekehkan sebarang soalan yang ditimbulkan oleh portal berita Agendadaily.

Dengan ini boleh senang-senang disimpulkan, mereka menyokong kebebasan akhbar tetapi tidak untuk Utusan Malaysia.

Hidup munafiq (atau hipokrasi)!

25 comments:

  1. Anonymous10:48 AM

    Kesian "mayat" Tan Sri A Samad Ismail "gelisah" di dalam kubur. - saya amat tidak bersetuju dengan kenyataan terakhir saudara ini. Walaupun mungkin saudara cuba menggambarkan betapa teruknya dunia kewartawanan Malaysia hari ini, mengkaitkannya dengan arwah Tan Sri A Samad Ismail dengan isu tersebut apatah lagi dengan penggunaan perkataan yang tidak sesuai, amat dikesali.

    ReplyDelete
  2. Anonymous10:53 AM

    Bila isu azan diutarakan, sebenarnya saya masih tertanya-tanya, apa 'sebenar'nya yang berlaku sehingga isu azan ditimbulkan. Ini adalah kerana masing-masing menuduh antara satu sama lain, kemudian menafikan. Sehingga sekarang rasanya masih tiada apa-apa tindakan pun. Saya yakin kebanyakan rakyat masih tertanya-tanya tentang isu azan ini. Saya amat berharap isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin bagi menyelamatkan maruah dan kesucian Islam dan azan itu sendiri...

    ReplyDelete
  3. Anonymous10:55 AM

    Bukan majoriti Melayu tidak menyokong Rocky, tapi komen yang negative di blog beliau kerana majoriti penggemar blog beliau adalah golongan bukan Melayu dan Melayu tak sedar diri. Mereka ini hanya SUKA membaca artikel yang memihak kepada golongan tertentu sahaja, fikiran mereka hanya satu arah dan tidak boleh lagi menerima kebenaran secara ikhlas. bagi mereka apa sahaja yang memihak kepada satu golongan yang mereka sokong adalah benar, sebaliknya apa sahaja yang memihak kepada satu lagi pihak, maka ianya patut di tentang. Inilah golongan manusia yang tidak menggunakan otak untuk berfikir.

    ReplyDelete
  4. Anonymous11:09 AM

    pembangkang akan berkata dan mendengar apa yang mereka mahu.jika publikasi mereka yang mengeluarkan bermacam-macam berita,bagi mereka itu tidak apa kerana dikatakan "kebebasan bersuara".jika akhbar arus perdana seperti Utusan,pembangkang akan tentang habis-habisan.

    seperti kata artikel,tidak pernah walau sekali ahli BN menyaman publikasi milik pembangkang dengan amaun yang tak masuk akal.

    ReplyDelete
  5. Sdra...

    Apa sahaja kebebasan termasuklah kebebasan akhbar hanya akan disokong oleh mereka apabila ia membawa keuntungan dan kelebihan kepada mereka.

    Kepada yang tidak membawa sebarang keuntungan kepada mereka, sokongan tidak akan menjelma.

    Atas prinsip kebebasan akhbar maka mereka melompat apabila seorang wartawan Cina ditahan ISA dan seorang ahli parti Cina makan nasi lokap dek ISA akan tetapi apabila Rocky dan Syed Ali Cheras bertindak atas prinsip yang sama maka mereka tidak hiraukan. Nampaknya ada double-standard di sini...

    Begitu juga dengan kes Tan Lian How, Ketua Wanita Gerakan yang baru-baru ini mengungkit asal-usul orang Melayu di Malaysia. Janganlah ada antara kita pura-pura tidak mendengar Tan berkata demikian kerana telah dilaporkan secara meluas oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian Ahad lepas.

    Sekiranya kita menghukum Ahmad Ismail di atas kata-katanya yang dilaporkan menghina kaum pendatang seperti Cina dan Hindu maka kita perlu meneliti kenyataan Tan samada ia berada dalam kategori yang sama...baca www.utarawan.blogspot.com/

    Tan merupakan antara yang bersemangat mengesa Umno bertindak tegas terhadap Ahmad dan Umno telahpun bertindak...

    Kali ini giliran Tan pula. Apakah reaksi Koh Tsu Koon? Apakah reaksi Umno dan apakah reaksi the so-called righteous-minded Malaysians?

    Salam Aidilfitri....

    ReplyDelete
  6. Definisi kebebasan akhbar, hak asasi individu, dan lain-lain yang dilaungkan aktivis dan pemimpin Pakatan Rakyat memang melucukan.

    Bila akhbar mereka menyiarkan berita berbau hasutan & penipuan (cthnya Menipu rakyat dengan perkhabaran KPN tenat), tapi mereka dakwa itu kebebasan akhbar. Bebas bila nak melepas tengkuk mereka.

    Bila aktivis mereka membuat petisyen untuk mengikat masjid dan surau dengan pelbagai tatacara, (tak boleh kuat pembesar suaranya...), ceramah agama tak perlu guna speaker, aktiviti selain azan tak perlu guna speaker...azan Subuh digesa diperlahan...Mereka dakwa itu hak asasi...Mana perginya hak asasi majoriti? Ada sesiapa yang mahu bangkang bahawa tidak ada petisyen terhadap aktiviti keagamaan Islam? Cuba jawab wahai semua pendokong PR? Anda tutup mata, pura-pura tak tahu.

    Bila Bar Council anjur Forum Peluk Islam..anda kata itu demokrasi..hak asasi...Tapi bila ramai yang gesa suruh anda hentikan...anda cakap itu bukan hak asasi majoriti untuk bangkang...Anda tuding jari kepada semua yang berhimpun dan menghalang forum agar diteruskan...anda gesa dikenakan tindakan...(hak asasi anda sahaja yang anda perjuangkan...hak asasi majoriti bagaimana pula?).

    Kesimpulannya: Tak perlulah menyorok disebalik topeng hak asasi dan kebebasan!

    Buka sahaja topeng itu agar mudah rakyat menilai sejauh mana tidak bersyukurnya anda sebagai seorang warganegara yang tidak menghormati adab, adat dan budaya Melayu/Islam.

    ReplyDelete
  7. Saudara,

    Bukan tidak ada yang menyokokng akhbar utusan, tetapi golongan ini seperti saya sudah muak untuk bertekak dengan golongan aliran pembangkang sepertimana yang terbukti di dalam ruangan pembaca RockyBru. Mereka ini tidak mahu mendengar alasan lain selain dari apa yang cucuk dengan nafsu mereka. Jangan bimbang golongan seperti saya akan kembali kepada UMNO dengan perkembangan akhir-akhir ini. Pembangkang akan kalah teruk di dalam PRU14. Itu firasat Cucu Tok Selampit. Apa yang berlaku di dalam PRU13 bukanlah disebabkan kekuatan pembangkan tetapi disebabkan oleh protes oleh golongan-golongan seperti saya.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  8. Anonymous12:36 PM

    saya sarankan...utusan saman balik 30 juta..tgk sapa yg kalah dia yg baya..utusan jgn berlembut dgn si betina teresa nih..baru tau sapa tinggi rendahnya langit...wah2 klau kat blog2 diorg buat fitnah yg terlampau2 tu tak pe ye...ini ke yg ni namakan kebebasan bersuara.

    belum pun berkuasa si tersa cock ni dah tunjuk lagak..klau lah dah berkuasa nanti aku rasa lagi teruk akhbar kat m'sia nih...klau diorg kata time mathir mahafiraun..time diorg ni mesti maha dajal..semua mest ikut diorg.

    ReplyDelete
  9. selalunya ahli politik akan menyokong apa yang baik untuk mereka dan akan tolak apa yang tidak akan memberi apa-apa faedah buat mereka.

    saya pasti akhbar milik DAP pun ada memberi berita-berita yang "nasty" untuk bacaan.tapi tidak pernah pula saya dengar sesiapa dari BN menyaman akhbar milik DAP dengan jumlah yang seperti DAP dan Teresa Kok saman kepada Utusan Malaysia.

    Teresa dulu bising masa clip yang kononnya warga China dianiaya.tetapi akhirnya orang melayu didalam clip tersebut langsung Teresa mendiamkan diri.

    ReplyDelete
  10. Anonymous1:09 PM

    Conclusion: The people's hatred to the current government plus their despise towards the "owner" of Utusan. Need to say more?

    -mocking bird-

    ReplyDelete
  11. Anonymous1:58 PM

    Pembangkang Malaysia memang golongan manusia yang lemah fikiran dan tidak boleh berfikiran dengan cara ilmiah. Memang benar kalau pengamal politik BN hendak menyaman, Tun Mahathir kini telah menang beribu saman. tapi berapa saman yang Tun Mahathir dah buat? TIADA. Inilah negarawan sejati... Teresa Kok? Nak kaya cepat dengan cara terkeji!

    Lihat artikel ini di sini http://msomelayu.blogspot.com/2008/10/ketua-pemuda-umno.html yang menyebut "Campur tangan bapanya, Mahathir Mohamad juga tidak boleh diketepikan. Semasa pilihan raya umum lalu ada seorang calon mengakui menerima wang sebanyak RM1 juta daripada Mahathir. Kalau kepada orang lain Mahathir boleh menghulurkan sebanyak itu kenapa tidak untuk anaknya sendiri?"

    Bukankah mudah bagi Tun Mahathir untuk menyaman simangkuk ayun ini?

    Tapi Tun tidak melakukan kerana beliau manusia yang berhemah tinggi!

    ReplyDelete
  12. Anonymous2:25 PM

    "Mengapa orang ramai dan blogosphera bersikap sedemikian rupa terhadap Rocky dan mempertahankan saman ini?"

    Pertama ia adalah Utusan Melayu dan kedua mereka2 ini sudah mula naik tocang! mengapa mereka berani naik tocang?....
    sebab UMNO dah menjadi lemah kerana PM yang bertahta 5 tahun adalah orang yang sama sekali tidak cerdik dan lembik.

    -paklahtidor-

    ReplyDelete
  13. To mocking bird:

    You should add this as your main conclusion:-

    The Pakatan Rakyat failed to react and explain wisely to the rakyat bcuz they are all lamers!

    What you can expect from lamers? Only lame excuses!

    Guess what? Teresa Kok only 'buat-buat lupa' when she said as quoted in her blog:

    “Selepas kenyataan saya disiarkan dalam surat khabar semalam, saya terima satu faks daripada seorang pengundi di kawasan Puchong di pejabat saya. Faks tersebut mengandungi satu surat dan juga petisyen daripada beberapa ratus penduduk di Puchong kepada Satim. Barulah saya sedar memang terdapat sekumpulan penduduk di Puchong membuat petisyen kepada Satim berkenaan dengan isu azan ini.” – Teresa Kok, 10 September 2008

    Barulah saya sedar? Huh...what a joke! Only lamer give those kind of excuses!

    Why don't she just give her advises to those petitioners not to proceed with those stupid moron petition? As a YB, she can play her role to make Malaysia a better place where all citizen can tolerate with each other.

    For your info, we Malays never argue on every single religion ceremonies of others. We try to be as tolerate as we can.

    But sadly...'They' dont!

    And I believed that 'They' are:

    The Rude Senseless DAP & The Stupid Moron PKR supporters!!

    Refer this article for more info:
    http://kembarapolitik.blogspot.com/2008/09/yb-pelupa-aka-teresa-kok-isu-petisyen.html

    ReplyDelete
  14. Anonymous3:46 PM

    pencinta kebenaran said...>>>saya sarankan...utusan saman balik 30 juta..tgk sapa yg kalah dia yg baya..utusan jgn berlembut dgn si betina teresa nih..baru tau sapa tinggi rendahnya langit..

    => Camner Utusan nak menang, kerana Pengerusi masjid Damansara sendiri dah akui yang sound system masjid rosak akibat disambar petir dan bukan atas komplen Teresa spt yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

    ReplyDelete
  15. Anonymous5:49 PM

    tak salah untuk Utusan mempertahan akhbar mereka.sudah tentulah penyokong-penyokong Utusan akan cuba sedaya upaya untuk mempertahankan akhbar itu.

    tapi kita lihat pula pada sudut lain.saya rasa media pembangkang juga semestinya ada menulis tentang BN/kerajaan dengan penulisan yang "pedas" dan saya tak teringat pulak jika ada mana-mana ahli BN menyaman media pembangkang dengan amaun yang melampau-lampau.

    adakah cubaan Teresa dan DAP sekadar untuk mendapat "easy money" dan publisiti.George W Bush sendiri tidak ambil peduli dengan mana-mana akhbar yang menjadikan dia bahan lawak di serata dunia.jika tidak tahan dengan khabar angin,tohmahan,dan sepak terajang politik maka janganlah masuk bidang politik.

    ReplyDelete
  16. Anonymous5:55 PM

    kita semua mempersoalkan tentang penulisan wartawan Utusan Malaysia tentang Teresa Kok.

    Tapi kenapa kita tidak mempersoalkan tentang tuduhan-tuduhan dan penulisan yang dilakukan RPK?

    nak kata yang pembangkang boleh bantai media arus perdana dan kerajaan tidak boleh bantai media pembangkang?

    ReplyDelete
  17. Anonymous9:07 PM

    UTUSAN sendiri manyak lembut. Jangan kasi muka...saman je balik baru fair..ini MALAYSIA lah...Suruh je orang Kampong kawasan berkenaan saman KOK semula!!
    Saman sorang sejuta dah lahh...

    Melayu perlu amalkan KIASU yang tinggi baru puak tu takut!!

    kia-sue

    ReplyDelete
  18. Anonymous11:24 PM

    Rocky,

    Sebenarnya isu azan di Kinrara Puchong nie isu lama. Ianya isu sebelum PRU -12 lagi. Kalau saudara pernah berjemaah di masjid tersebut sebelum PRU-12, anda akan dengar suara-suara daripada kalangan AJK masjid tersebut bahawa ada seorang ahli politik pembangkang (pada masa tersebut).

    Malah, kalau anda rapat dengan AJK tersebut, mereka akan bagitau nama kepada anda. Tetapi, sayang selepas seorang MP PAS sendiri membuat laporan polis,

    AJK masjid yang rata-rata orang kuat PAS mula berdiam seribu bahasa kerana takut tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan mereka. Mereka mungkin bukan ahli PAS tetapi tidak dinafikan adalah penyokong kuat PAS... jadi, tidak hairan jika kini mereka hanya mendiamkan diri apabila MP PAS sendiri yg membuat laporan polis mengenai isu ini dan orang yg terlibat kini mula besar kepala kerana tiada seorang pon yang sanggup menjadi saksi bagi kes ini

    ReplyDelete
  19. Anonymous11:42 PM

    yg berjasa pada orang2 malayu utusan melayu bukan utusan malaysia.. dimana tulisan kebanggaan orang melayu sekarang? tulisan jawi dah nak berkubur macam hang tuah. UMNO nk selamatkan banggsa melayu konon, berapa kerat ahli UMNO yg boleh baca jawi, tulisan rasmi orang melayu yang dah hilang.

    ReplyDelete
  20. Anonymous1:45 AM

    Dah jenis mereka tu memang macam tu. Mereka hanya nak dengar apa yang sehaluan dengan mereka sahaja, benda2 yang menjatuhkan lawan mereka. Langsung tak terbuka kepala tu untuk benda lain, hidup dalam belenggu sendiri. Tak gunakan akal fikiran untuk menilai sesuatu perkara tu, jenis nganga tunggu kena suap je.

    ReplyDelete
  21. Anonymous2:17 AM

    Macam mana kepala otak masing-masing nak berkembang, kepala tu asyik nak dengar benda yang mereka nak dengar ja. Ikutkan sangat hati tu, cuba bawak berfikir, rasional sikit, jangan sokong benda yang diri sendiri rasa betul je, kadang2 kita sendiri pun tersilap/.

    ReplyDelete
  22. Anonymous1:27 PM

    Kesian "mayat" Tan Sri A Samad Ismail "gelisah" di dalam kubur- apa kaitan arwah dalam hal ni??? sebenarnya utusan dah patut lama berkubur sbb tiada jasa kepada melayu pun...kepada umno byk laaaa...

    ReplyDelete
  23. suka hatilah teressa nak saman..yang umno gelabah apahal..kalu kita di pihak yang betul so apa takut..kalu korang yang membaca ni pandai dan tahu berfikir kenapa perlu adakan tabung azan tu?nak tolong UTUSAN? so orng umno sendiri dah lg hebat dr MAHKAMAH dgn mengatakan utusan dah kene bayar saman? kalu betul teressa ada terlibat tentang isu azan ni dah tentu dia kalah terhadap kes ini..so mcm orng uMNO ni dah mengaku yng UTUSAN ni mmng UTUSAN MELOYA. duk citer berita bohong je..pk sendiri..tak salah dia nak saman..dia bkn saman mengenai azan..teressa saman tuk membuktikan dia bersih dr tuduhan yng dikenakan terhadap dia..so give her a chances..saman utusan kan..bukan umat islam...umNO bongok yng nak libatkan isu Islam dan Melayu..puss

    ReplyDelete
  24. suka hatilah teressa nak saman..yang umno gelabah apahal..kalu kita di pihak yang betul so apa takut..kalu korang yang membaca ni pandai dan tahu berfikir kenapa perlu adakan tabung azan tu?nak tolong UTUSAN? so orng umno sendiri dah lg hebat dr MAHKAMAH dgn mengatakan utusan dah kene bayar saman? kalu betul teressa ada terlibat tentang isu azan ni dah tentu dia kalah terhadap kes ini..so mcm orng uMNO ni dah mengaku yng UTUSAN ni mmng UTUSAN MELOYA. duk citer berita bohong je..pk sendiri..tak salah dia nak saman..dia bkn saman mengenai azan..teressa saman tuk membuktikan dia bersih dr tuduhan yng dikenakan terhadap dia..so give her a chances..saman utusan kan..bukan umat islam...umNO bongok yng nak libatkan isu Islam dan Melayu..p

    ReplyDelete
  25. apa barang ada aproval plak..memng pencacai UMNO..perangai pun mcm umno...

    ReplyDelete

Plainly state opinion. Only mature and sensible views welcome.

Hostile, insulting and bad language comments NOT RELEASED.