Kronologi peristiwa buruk dari kekecohan Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Gelang Patah 11hb Oktober di lokasi Hotel Good Hope Skudai didedahkan di laman web MyKMU Johor.
Laporan ini juga dijangka akan diserahkan kepada pihak Perhubungan Negeri Johor, Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO Pusat, Jawatankuasa UMNO Pusat dan lain-lain pihak yang berwajib.
(Gambar Kanan: Haji Abdullah, Ketua Pemuda Pulai)
Dari sumber jurublog, satu petisyen telah dihantar kepada Perhubungan UMNO Negeri Johor yang mana ditandatangani oleh 80% perwakilan yang hadhir, dari kedua-dua pihak penyokong Mukhriz dan Khir Toyo.
Dalam sekim penipuan itu, "Ustaz" Reezal Merican telah diumumkan mendapat pencalunan untuk Naib mengalahkan YB Razali Ibrahim.
Perkara ini agak mustahil kepada kedua-dua penyokong Khir Toyo dan Mukhriz di Gelang Patah yang rata-rata memberikan undi kepada Ketua Pemuda UMNO Johor.
(Gambar di kiri: "Ustaz" Reezal Merican)
Bagi menyelamatkan diri dari malu, pihak Khairy dan Reezal dipercayai telah meminta Berita Harian memeutarbelitkan laporan berita untuk menulis Razali sebagai pemenang.
Kebanyakkan tempat di mana Khairy mendapat pencalunan berlaku pelbagai insiden-insiden gaduh, tipu proses undi, permainan politik wang, dan manipulasi perjalanan mesyuarat oleh pihak yang berkuasa bahagian.
(Gambar di kiri: Khairi Malek, KP Gelang Patah (orang KJ))
Khairy nampaknya lebih mendapat sokongan dari Bahagian yang mempunyai pertalian dengan ahli jemaah kabinet dan pihak berkuasa UMNO negeri atau bahagian.
Bertambah hari bertambah jelas, Khairy tidak mempunyai sokongan akarumbi.
Mesyuarat di Johor Baru berakhir dengan insiden pergaduhan berlaku apabila pihak penentang Khairy membuat satu pendedahan dalam ucapan penangguhan mesyuarat. Salahlaku dan budi pekerti kuncu-kuncu Khairy di Bahagian Johor Baru didedahkan semua.
(Gambar kanan: Anak muda perosak UMNO dan Melayu!)/span>
Pada hari minggu akan datang, Pemuda Bahagian Pulai dijadualkan bersidang. Mungkinkah Pemuda Gelang Patah akan melakukan satu "serangan balas"? Apakah persediaan yang akan dibuat oleh Haji Abdullah, Ketua Pemuda Pulai.
Pastinya mesyuarat ini akan mendapat tumpuan media dan pihak berkuasa UMNO Negeri dan Pusat. Beranikah mereka lakukan dengan semua tumpuan terhadap mereka?
-----------------------------
Disedut dari MyKMU Johor:
Berikut adalah kronologi kekecohan yang berlaku di dalam Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gelang Patah yang dilangsungkan pada tarikh 11hb Oktober di lokasi Hotel Good Hope Skudai.
Jumlah keseluruhan kehadiran seramai 146 orang.
Mesyuarat telah diselaraskan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pulai yang diketuai oleh Haji Abdullah bin Yusof.
1. Pada jam 1.30 ptg proses pengundian secara sulit oleh para perwakilan telah tamat.
2. Setelah tamat pengundian, kelihatan peti undi dibawa keluar dalam keadaan tergesa-gesa oleh penyelaras dengan diekori oleh beberapa wakil calon yang dilantik.
3. Tiba di lif hotel, penyelaras bersama peti undi-peti undi tersebut menaiki lif terlebih dahulu untuk naik ke tingkat 8 manakala wakil-wakil calon menaiki lif kemudiannya selang lebih kurang 15 minit.
4. Sebaik sahaja wakil calon tiba di tingkat 8 di dalam sebuah bilik hotel yang bernombor 819 dan 820, mereka dapati kesemua peti undi telah dibuka di kedua-dua bilik tersebut dan kertas undi berada di atas katil.
5. Salah seorang wakil calon persoalkan kenapa pengiraan undi bagi calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia di buat di bilik yang berasingan.
6. Penyelaras tidak memberi alasan yang munasabah dan tetap meneruskan proses perkiraan undi.
7. Setelah perkara tersebut tersebar, lebih kurang 15 orang perwakilan pemuda telah naik ke tingkat 8 untuk membuat bantahan.
8. Tiba di bilik nombor 819, perwakilan tersebut telah dimarahi oleh Hj Abdullah selaku ketua penyelaras dari Pemuda UMNO Bahagian Pulai.
9. 15 Perwakilan tesebut turun ke bawah kembali ke aras Dewan Persidangan dengan perasaan hampa.
10. Para Perwakilan menunggu terlalu lama untuk Penyelaras mengeluarkan keputusan undi.
11. Pada jam 5.00 ptg kesemua Penyelaras turun ke Dewan kecuali Ketua Penyeleras, Hj. Abdullah bin Yusof.
12. Pada jam 5.20 ptg kelihatan Hj. Abdullah memasuki Dewan Persidangan dengan membawa sekeping sampul surat yang dipercayai mengandungi keputusan pengundian.
13. Sampul surat tersebut diserahkan kepada Pengerusi Tetap dan terus mula mengumumkan keputusan pengundian.
14. Seorang Perwakilan telah bangun meminta kebenaran Pengerusi Tetap mencadangkan supaya kesemua Penyelaras tidak meninggalkan Dewan Persidangan sehingga mesyuarat ditangguhkan.
15. Cadangan tersebut telah dipersetujui oleh majoriti Perwakilan dan diterima oleh Pengerusi Tetap.
16. Kelihatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gelang Patah Mohammad Khairi bin A Malik telah keluar dewan dan berjumpa dengan Haji Abdullah selaku Ketua Penyelaras.
17. Seorang saksi di luar dewan memberitahu beliau melihat Mohammad Khairi dan Haji Abdullah berbincang secara sulit, tergesa-gesa dan kelihatan cemas.
18. Dalam masa yang sama, Pengerusi Tetap terus mengumumkan keputusan pengundian yang seterusnya sehingga giliran keputusan Ketua Pemuda UMNO Bahagian diumumkan.
19. Seorang Perwakilan telah bangun memohon kebenaran untuk meminta penjelasan kepada Ketua Penyelaras bagaimana peti undi dibawa naik ke atas dan bagaimana pengiraan undi boleh dijalankan di dalam sebuah bilik tidur hotel yang sangat sempit.
20. Pengerusi Tetap tidak mengendahkan permintaan dari perwakilan tersebut dan terus mengumumkan keputusan pencalonan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
21. Sebaik sahaja Pengerusi Tetap mengumumkan keputusan pencalonan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang dimenangi oleh YB Khairy Jamaluddin dengan memperolehi 61 undi, perwakilan telah mengejek keputusan tersebut dan seorang perwakilan telah bangun mempertikaikan cara pengiraan undi dijalankan. Pengerusi Tetap terus mengumumkan keputusan pengundian pencalonan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang dimenangi oleh Datuk Reezal Merican Naina Merican dengan memperolehi 85 undi maka sekali lagi perwakilan telah mengejek keputusan tersebut.
22. Perwakilan sekali lagi telah bangun dan mempertikaikan bagaimana pengiraan undi dijalankan di dua bilik berasingan dan mohon sokongan untuk meminta penjelasan dari penyelaras.
24. Pengerusi Tetap telah meminta Ketua Penyelaras untuk menjawab soalan dari salah seorang perwakilan berhubung dengan cara pengundian dijalankan, namun Ketua Penyelaras menyatakan bahawa beliau hanya ditugaskan oleh badan perhubungan Pemuda Negeri untuk menyelaras sahaja dan sekiranya ada sebarang bantahan, boleh menghantar surat bantahan kepada Badan Perhubungan Pemuda Negeri dan seterusnya menyerahkan kembali kepada Pengerusi Tetap Pemuda Bahagian.
25. Salah seorang perwakilan juga telah bangun untuk memohon agar undi dikira semula dan disokong oleh majoriti perwakilan. Sekali lagi Pengerusi Tetap tidak mengendahkan permintaan dari perwakilan tersebut. Pengerusi Tetap cuba untuk menangguhkan persidangan tetapi tidak dipersetujui oleh perwakilan dan terus meminta kertas undi dibentangkan dan dikira semula di hadapan semua perwakilan.
Kelihatan Ketua Penyelaras, Hj Abdullah meninggalkan dewan persidangan secara tergesa-gesa dan tidak mengendahkan permintaan perwakilan untuk membuka semula kertas undi dan mengadakan kiraan semula untuk semua jawatan. Difahamkan, ketua penyelaras meninggalkan dewan persidangan bersama-sama dengan kertas undi yang telah siap dikira.
25. Sekali lagi salah seorang perwakilan melahirkan rasa tidak puas hati dan memohon agar permintaan untuk kiraan semula undi diadakan. Namun ianya tetap tidak diendahkan oleh Pengerusi Tetap.
26. Kekecohan berlaku sehingga menyebabkan keadaan menjadi kelam kabut dan persidangan telah ditangguh oleh Pengerusi Tetap tanpa mendapat mandat daripada majoriti perwakilan.
27. Setelah ditangguhkan tanpa mendapat mandat, dianggarkan 80% perwakilan telah menandatangani petisyen di luar dewan membantah keputusan Mesyuarat Pemuda Bahagian Gelang Patah.
RUMUSAN
1. Calon Ketua Pemuda yang bernombor 01 bernama Noorisham bin Ismail adalah Penolong Setiausaha Pemuda Bahagian sesi 2004-2008. Beliau telah bertindak sebagai urusetia persiapan dan pengundian Mesyuarat Perwakilan Pemuda Bahagian. Tiada pihak berkecuali yang bertindak sebagai urusetia.
2. Peti undi untuk jawatan Ketua dan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dibuat secara berasing dengan peti undi untuk semua jawatan dalam Pemuda Bahagian.
3. Ketika kesemua peti undi dibawa keluar dari dewan persidangan, tiada wakil calon mengiringi peti undi tersebut ingá ke pusat pengiraan undi.
4. Pusat pengiraan undi dibuat di tempat yang tidak sesuai dan sempit iaitu di dalam bilik tidur hotel dimana tempat persidangan berlangsung dengan bilik bernombor 819 dan 820. Bilik tersebut juga adalah tempat tidur urusetia terbabit.
5. Pengiraan kertas undi bagi jawatan Ketua dan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dilakukan di bilik berasingan dengan pengiraan kertas undi bagi jawatan kuasa peringkat Pemuda Bahagian. Ini dilakukan tanpa memaklumkan kepada wakil-wakil calon yang hadar.
6. Peringkat permulaan perkiraan jumlah kertas undi bagi jawatan Ketua dan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia tanpa disaksikan oleh mana-mana wakil calon sehingga disedari oleh salah seorang wakil calon, seterusnya wakil calon tersebut berpindaah ke bilis pengiraan kertas undi bagi kedua-dua jawatan tersebut.
7. Tempoh perkiraan kertas undi dilakukan tertalu lama iaitu dari jam 1.30 ptg hingga 5.20 ptg sedangkan jumlah perwakilan yang hadir hanya 146 orang.
8. Terdapat keraguan pada perkiraan jumlah keseluruhan pengundian seperti di bawah:
i. Jawatan Ketua Pemuda Bahagian:
Calon no. 01: 85 undi
Calon no. 02: 35 undi
Calon no. 03: 24 undi
-----------------------
Jumlah : 144 undi
-----------------------
ii. Jawatan Naib Ketua Pemuda Bahagian:
Calon no. 01: 57 undi
Calon no. 02: 44 undi
Calon no. 03: 43 undi
-----------------------
Jumlah : 144 undi
-----------------------
iii. 2 Perwakilan ke Kuala Lumpur (G2)
Calon no. 01: 52 undi
Calon no. 02: 61 undi
Calon no. 03: 48 undi
Calon no. 04: 44 undi
Calon no. 05: 53 undi
Calon no. 06: 29 undi
------------------------
Jumlah : 287 undi
------------------------
Jumlah keseluruhan undi bagi pencalonan 2 Perwakilan Pemuda Bahagian ke Kuala Lumpur sepatutnya 288 undi.
Jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia
YB Dato’ Mukhriz : 21 undiJawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia
YB Dato’ Seri Mohd. Khir : 57 undi
YB Sdr. Khairy Jamaludin : 63 undi
YBhg Datuk Noor Zahidi : 05 undi
----------------------------------
Jumlah :146 undi
----------------------------------
YB Sdr. Razali : 60 undi
YBhg Datuk Reezal : 85 undi
--------------------------------------
Jumlah : 145 undi
--------------------------------------
Jumlah keseluruhan undi bagi jawatan kuasa Pemuda Bahagian berjumlah 144 undi manakala jumlah keseluruhan undi bagi jawatan Ketua Pemuda Malaysia adalah 146 undi manakala jumlah keseluruhan undi bagi jawatan Naib Ketua Pemuda Malaysia adalah 145 undi.
9. Mesyuarat telah ditangguhkan oleh Pengerusi Tetap tanpa persetujuan majoriti perwakilan yang hadir.
*************************Sekian, Terima Kasih****************************
kekal berani, terus berubah!!
ReplyDeletehttp://umnokelate.blogspot.com
cukup lah khairi- berhentilah dari menjadi wakil Spork..
ReplyDeleteberhentilah merosakkan UMNO & Malaysia..
anak golongan 'biasa' yg lebih tamak dari golongan bangsawan..
Saya teringat dailog crte Melayu Allahyarham T.S.P.Ramlee "Nasib Do Re Me".seperti berikut.
ReplyDelete"Selalu kita tipu orang,
Sekali sekali Jin Tipu kita pulak"
Betul lah tu.....
Selalu asyik tipu orang(rakyat),maka patut lah pula kena tipu ole Jin yg hadir dalam masyuarat tu.
Kah!kah!kah!.
Awat ada yang dengki kat KJ handsome ni?
ReplyDeletesapa yang sokong khairy ni memang tak pakai otak, buta mata, buta hati, kayu....he..he...
ReplyDeletesape sokong mukhriz lagi bodoh
ReplyDeleteApa yg pasti Kj dan konco-konconya harus di hadapkan ke Lembaga Disiplin Parti dan seterusnya mengambil tindakan drastik terhadap beliau. Hancur generasi muda kalau mempunyai pemimpin yang tak beretika ini.Marilah mulai saat ini setiap perwakilan pemuda menolak KJ dan konco-konconya sehingga tiada ruang untuk beliau pergi jauh lagi. Untuk Agama, bangsa dan negara.
ReplyDeletePemuda Berani Berubah ! Go Mukhriz for Ketua Pemuda UMNO Malaysia...!!
ReplyDeletemuhkriz pun main duit juga...byk isu di bhagian2 muhkriz menang terima duit dlm sampul ...
ReplyDeletedlm UMNO utk berkuasa perlu wang !!! berani berubah kepada berani main kotor!!!
KJ akan cukup pencalonan juga .. mmg muhkriz main cilok byk tetapi di garisan akhir kita tengok ..
Anak bapak vs anak muda bercita2 tinggi
Tulah dia UMNO. Dalam parti sendiripun menipu, dalam parti sendiripun rasuah.
ReplyDeleteSekarang rasakan betapa sakitnya hati kalau ditipu pemimpin sendiri. Penyokong pembangkandg dah lama merasakannya apabila setiapkali musim mengundi ada saja peti undi yang lbt dibawa sehingga melebihi tempoh masa 6 petang. Tapi dikira juga dan selalunya membawa kemenangan kepada calon BN. Sekarang cara yang sama digunakan untuk memenangkan Khairy, ketua pemuda yang dibenci kebanyakan orang UMNO.
Memang UMNO taik penipu, tak sedar lagi ke? Berubahlah wahai penyokong UMNO. Keluar barisan masuk bulatan!