Friday, October 17, 2008

Khir Toyo kejar KJ; Mukhriz, Razali maju lagi

Mesyuarat Pemuda UMNO di Petaling Jaya Selatan malam tadi memberi pencalunan kepada Dr Khir Toyo. Pencalunan ini diperolehi sebulat suara tanpa ada usul calun lain dari floor yang sering berlaku di sana sini.

Adakah usaha lipat ganda dari kem Dr Khir kepada Pemuda-Pemuda UMNO Selangor untuk tidak meminggirkan anak negeri Selangor berhasil?

Dengan pencalunan ini, Dr Khir telah meningkatkan jumlah pencalunan kepada 13 dan merapatkan jurang perbezaan antaranya dengan Khairy kepada 6 pencalunan. Khairy masih kekal pada tahap 19 pencalunan.

Rakit?

Sementara itu, Mukhriz dan Razali mendapat lagi pencalunan untuk jawatan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda dari Pemuda UMNO Merbok malam tadi.

Ini telah meningkatkan jumlah pencalunan Mukhriz pada 41 dan Razali kepada 36.

Ada usaha untuk mengkaitkan Mukhriz dan Razali sebagai satu rakit. Padahal Mukhriz dan Razali sudah sebelum mula pertandingan tidak akan adakan rakit dengan siapa-siapa.

Khairy sudah awal-awal mahu mengajak membina rakit dengan Wakil Rakyat wibawa dari Muar ini.

Di Mesyuarat Bahagian Gelang Patah yang penuh kontroversi, pilihan yang lebih popular adalah Dr Khir dan Razali.

Anggapan rakit mungkin timbul sebagai reaksi kepada persepsi "rakit" Khairy dan Reezal Merican yang konsisten sana sini.

Bergolak Terus

Dari sumber di Gelang Patah, Naib Pemuda Bahagian dan 8 ahli jawatankuasa Pemuda Bahagian telah meletak jawatan sebagai memprotes kepada penipuan Mesyuarat Pemuda Bahagian.

Dari cakap-cakap di serambi politik UMNO, kumpulan Khairy akan bertindak lebih aggresif. Pemuda Bahagian Sijangkang sudah pasti jatuh dengan pihak Khairy dikatakan telah dapat memperolehi khidmat YB Ayub.

Adakah YB K di dalam cerpen semalam itu Khairy Jamaluddin? Adakah benar "wahyu" sudah turun? Adakah watak Mokhlis dalam cerpen yang sedang dianiaya dengan fitnah mengamal politik wang itu Mukhriz?

Adakah sungguh seperti di dalam cerpen kadar sekepala untuk membeli undi telah meningkat dari RM500 sekepala di Machang kepada RM5,000 sekepala?

Berlegar di kepala ramai, adakah Mukhriz dapat terus mengekalkan "aura Obama" dan "angin perubahan"? Adakah pendahulaun jauh ke hadapan berakhri menjadikan jentera Mukhriz menjadi selesa?

Mungkinkah dengan "wahyu" yang turun, Pemuda UMNO akan akhirnya akur kepada sikap "business as usual" di peringkat Pusat, dan Wanita UMNO?

6 comments:

  1. Khir Toyo dalam usaha meningkatkan diri telah merayu dan meminta Bahagian2 Selangor melepaskan dan memilih calon2 dari UMNO Selangor untuk layak bertanding.

    Saranan itu elok sangat kalau Khir Toyo hanya mahu menjadi Ketua Pemuda Negeri dengan mengambil sikap kenegerian apabila terdesak dan merasa diri tidak popular dan tersepit.

    Jika mentaliti inilah yang ada pada Khir Toyo, bukan sahaja Selangor, malah Pemuda seluruh negara harus menolak calon yang kerdil ini, lebih lemah dari KJ yang sanggup terus berjuang bila pencalonannya tidak memberansangkan.

    Elok sangat pertandingan dua penjuru sahaja dalan pemilihan Ketua Pemuda dantara KJ dan Mukhriz supaya akar umbi Pemuda lebih mudah dan jitu memilih siapa yang patut mengetuai mereka. Khir Toyo hanya lebih penyapu dari sampah.

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:33 AM

    makin lama makin sengit pula pertandingan merebut kerusi Ketua Pemuda UMNO dan Naib Ketua Pemuda UMNO.

    Mukhriz telah berjaya mendapat tempat.tinggal 3 lagi calon untuk melayakkan diri bertanding.

    jadi,ketiga-tiga calon harus pandai mempromosikan diri agar nama mereka dicalonkan.tapi biarlah promosi itu tidak melibatkan..ehemehem...politikwang. :)

    ReplyDelete
  3. Anonymous12:32 PM

    bila KJ cukup kuota untuk melayakan beliau bertanding,maka mukhriz pasti akan dapat second card sebab pola perubahan dikalangan perwakilan pemuda pun selalunya pun flip-flop,apabila dipujuk,dirayu,dibela dan ditaburkan dengan janji-janji politik.

    ReplyDelete
  4. Anonymous1:47 PM

    Ye ke Muhkriz takde apa-apa rakit dengan sesiapa? Mesti la cakap macam tu kalau nak dapat jumlah undian banyak.
    Tapi yang aku tak puas hati ni. Tentang slogan beliau "Berani Berubah".
    Kalau dengar dari ucapan beliau memang bersemangat seruan beliau untuk minta UMNO berubah tetapi jika dilihat dan di teliti adakah beliau sendiri mempraktikkan apa yang dilaung-laungkan?

    ReplyDelete
  5. Anonymous5:11 PM

    Nampaknya Khir Toyo terus mengejar KJ tanpa berputus asa. Agak sengit antara keduanya...

    ReplyDelete
  6. Anonymous8:27 AM

    The race for UMNO youth leader is a spin-off of a TV program, Jejaka
    Idama...They are racing to be the top pin-up for young girls' walls,
    the top idola for teenage boys to emulate. Unfortunately, many
    makciks and bini orang are also swept off by the contenders' good
    looks.

    Khairy beats everyone on pure good looks but he is losing because he
    cant keep up with the attention....many autograph books remain
    unsigned and requests for photos ala Anuar Zain - where you can peluk
    if you want- cannot be met due to time constraints. His appearance at
    IKEA Rompin caused a 16 hour traffic jam. But due to Malays'
    intrinsic 'kaki merajuk' factor, 'tak layan, kami jalan' policy has
    been adopted by many....causing the current lagging in the
    nominations. But its rumoured he is coming out with a body
    double ...so hold on to your bets...

    Mukhriz uses the IMPRESSION of good looks downloaded via iphone and
    transmitted in 3-D on his erm follicly challenged plate. Nobody would
    swoon at the look of him so a lot of work is needed. The same can be
    said of the power required to generate the 3-D image of Cristián de
    la Fuente of Dancing With the Stars USA fame, infront of Mukhriz's
    face...Twice now, the power grid collapsed and pockets of villages in
    Kedah went black-out...which lead to impromptu Zapin Ghalit
    sessions, with Khairy's mask being worn by the guys...Yeap, forget
    female Viagra or watever....just use Khairy's picture

    The two top nominees will battle out in the next round in a few
    challenges. The first is the Zapin dance off. Since Mukhriz is from
    Kedah, he will be required to perform the Zapin Ghalit of course
    while Khairy the Zapin Endang...which is a pity really.
    With his dark and smoldering good looks, Khairy should be doing the
    sexy and seductive Zapin Ghalit...Mukhriz is kaki bangku so, the
    sitting position in Zapin Endang would surely help him. Lets see if
    there is a rule change to attract more viewers...

    ReplyDelete

Plainly state opinion. Only mature and sensible views welcome.

Hostile, insulting and bad language comments NOT RELEASED.