Ini bukan karikutur Khairy tetapi karikutur lukisan pembangkang menyindir Ustaz Firdaus yang dikatakan menendang peti undi pada pilihanraya umum 2004
Pada hari minggu lepas, khabar sampai kepada jurublog bahawa Khairy naik birang hingga menendang meja. Apa yang jelas kelihatan, meja sudah dipusingkan (turn the table) terhadap Khairy. Dari merasakan dirinya layak memenuhi tradisi dalam UMNO, dimana kononnya naib menggantikan ketua, Khairy berada dikedudukkan tercorot di belakang Dr Khir Toyo. Ini amat aib sekali buatnya.
Salah seorang pembantu Khairy seolah-olah marah bila ditanya mengenai kedudukkan Khairy yang tercorot. Dilaporkan The Star Nov 3hb, "Do the numbers really matter? He already has the ‘licence’ to contest.”
Khairy kini perlu membina justifikasi kepada kemenangan yang dijangkanya kerana mengikut perancangan, sumber yang ada kepadanya pasti boleh memenangkan jawatan Ketua Pemuda.
Sumber yang sama akan digunakan untuk memastikan team Pak Lah/Khairy akan menguasai jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT). Jika team Pak Lah/Khairy menguasai UMNO, apa akan jadi kepada Najib?
Runsing, pening, gelisah?
Kedudukkan Khairy sekarang agak merunsingkan.
Angka-angka menunjukkan Khairy tidak diterima akarumbi. Pada pemilihan kali ini, perwakilan cawangan adalah suara yang kuat hingga pihak Bahagian tidak boleh menahan kehendak floor. Kebanyakkan pencalunan untuk Mukhriz dan bercampur-campur untuk Dr Khir Toyo adalah dari floor.
Jumlah undi dari akarumbi yang diperolehi Khairy amat rendah sekali. Angka sedang dicampur tetapi secara am, Khairy menang sebulat suara apabila ada intervensi dari atas. Kebanyakkan kemenangan Khairy adalah berdasarkan kelebihan undi yang sedikit. Dimana Khairy kalah dalam pertandingan tiga penjuru, undi yang diperolehi jauh sekali kurang. Dimana ada Khairy menentang Dr Khir, undi untuk Khairy di bawah 20 undi.
Pada kedudukkan sekarang, Khairy mendapat 51 pencalunan dengan dua pencalunan mungkin dibatal dan diubah seperti di Gua Musang. Kedudukkan Dr Khir adalah di tahap 56 pencalunan dan mungkin meninggalkan Khairy dan menutup jurangnya dengan Mukhriz.
Manakala, Mukhriz berada pada 74 pencalunan (terbaru: Kuala Krai, Kuala Nerus, Tanah Merah), walaupun tahap peningkatan sudah kurang laju selepas melepasi minima kelayakkan pertandingan pada hari minggu kedua. Dia lebih memberi penumpuan kepada memenangi perwakilan.
Khairy perlu benar memastikan dia mendapat pencalunan Rembau. Hanya Tampin, Bahagian yang diterajui sepupunya, Shaziman yang memberi pencalunan untuknya. Lima pencalunan lain dari Negeri Sembilan pergi kepada Mukhriz. Negeri asal usul ayah Khairy tidak menerimanya dan majoriti pencalunan Kedah, negeri asal ibu Khairy diberikan kepada Mukhriz.
Memenangi Rembau adalah untuk menjaga maruah air mukanya. Bibi Shahaliza dari Rembau pun tidak mendapat pencalunan Ketua Puteri dari Bahagiannya sendiri. Dalam mesyuarat tertutup dengan 'jeneral-jeneral'nya baru-baru ini, dia mahu tidak ada pencalunan dari floor untuk orang lain. Khairy dikhabarkan mengaku telah mengeluarkan ratusan ribu di Negeri Sembilan dan Rembau. Dia hairan bagaimana Mukhriz banyak menang banyak di Negeri Sembilan tanpa menyedari dia kalah dari floor. Dari situ, Khairy membuat kesimpulan Mukhriz bermain wang dan menggunakan macai-macai untuk menabur fitnah.
Membina Justifikasi
Khairy yakin akan memenangi jawatan ketua Pemuda selepas berjaya mendapat kelayakkan. Kerana dia mempunyai senjata yang paling kuat untuk memenangi ia-itu wang. Dari perkhabaran yang diperolehi, 'dana perang' Khairy begitu besar hingga jumlah yang diperuntukkan buat seorang perwakilan Pemuda itu lebih dari peruntukkan beberapa Naib Presiden yang main politik wang kepada perwakilan.
Katanya, semua perwakilan Pemuda akan dapat, tidak kira pengikut siapa, beransur-ansur hingga hari pemilihan pada akhir bulan Mac 2009. Jika Khairy menang, siap ada bonus dijanjikan. "Iman" perwakilan lama-lama akan rapuh dan menurut beberapa sumber maklumat, dijangka hampir semua perwakilan akan menjauhkan diri dari calun-calun yang lain menjelang PAU.
Dengan perwakilan boleh di"beli", Khairy hanya perlukan justifikasi dan membina imejnya supaya dilihat orang awam kemenangannya dilihat bagai disangka.
Pada malam Isnin, Khairy muncul dalam dua program Astro Awani berturut. Program 8:30 untuk memperjelaskan visi dan misinya. Boleh pulak tanpa berdebat? Manakala, program pukul 9 hanya untuk memberi komentar mengenai pilihanraya Amerika yang menunggu kemenangan Obama.
Timbal balas yang diterima mengatakan Khairy kelihatan berbeza - tidak angkuh, nampak merendah diri dan lemah lembut. Satu usaha penjenamaan Khairy atau untuk proses pengObamaan.
Mesin propaganda blog Khairy mewar-warkan visi dan misi Khairy hingga diulang mesej yang sama tiga kali berturut-turut. Keesokkan hari, besar terpampang di muka tengah temuramahnya di Malay Mail dengan nada belas kasihan dengan tajuk-tajuk "I've been demonised, says Khairy" dan "Pak Lah's not my patron". Sungguhkah Rocky bertanya?
Mesej yang mahu disampaikan seolah-olah Khairy adalah Obama Malaysia yang menjadi penyambung kepada bangsa dan kaum lain di negara ini. Obama membawa slogan perubahan tetapi Khairy membawa slogan setiakwan yang tersirat kesinambungan cara dan polisi pentadbiran Abdullah.
Dilaporkan Obama akan melantik Rahm Emanuel, anak ahli kumpulan pengganas Zionis, Irgun sebagai Chief of Staff. Apa pula cerita Khairy dan kecenderongan untuk berbaik dengan Singapura?
Sasaran Timbalan Presiden
Tengku Rithauddin memberitahu akhbar dia tahu siapa antara calun-calun Timbalan dan Naib Presiden yang melakukan politik wang dengan mengunakan banyak broker kuasa, pelobi, dan perayu. Tetapi tidak langsung disebut mengenai permainan wang yang berlipat ganda lebih banyak untuk Ketua dan Naib Pemuda.
Kenyataan Tengku Rithauddin dilihat sebahagian pemerhati sebagai satu taktik sama yang digunakan terhadap Bahagian Kota Tinggi dan Rantau Panjang untuk memenangi satu pihak. Ramai merasakan ini adalah taktik untuk menguatkan pilihan kem Pak Lah/Khairy.
Cakap-cakap di koridor kuasa mengatakan Pak Lah tidak berkenan untuk melepaskan kuasa kepada Najib. Dia terang-terang marah dan berdendam dengan Muhyiddin, orang yang pernah diwar-warkan menjadi Timbalannya.
Pilihan Pak Lah adalah Ali Rustam dan ini jelas boleh dilihat dari taburan pencalunan yang diperolehi Ali Rustam. Rangkaian sahabat membolehkan Ali Rustam mendapat undi tertinggi antara semua Naib Presiden semasa pemilihan 2004.
Memang diakui ramai, Ali Rustam bukan pemimpin yang mempunyai ide dan visi yang hebat dan keupayaan bertutur yang memberi inspirasi serta kenyataan-kenyataan awamnya sering dipanggil pembangkang di Melaka sebagai burung parrot.
Namun, Ali Rustam tidak ada kontroversi sepanjang mentadbir Melaka dan meneruskan rancangan yang diatur oleh Tan Sri Rahim Tamby Chik. Ali Rustam dikatakan pilihan Pak Lah kerana dia bukan calun yang cerdik dan mudah dipengaruhi dan diatur Khairy nanti.
Ali Rustam sedar kekurangannya sebagai hanya Menteri Besar dari negeri yang kecil. Maka, manifesto Ali Rustam tidak begitu bercita-cita tinggi tetapi mempunyai makna yang dalam, ia-itu kembali kepada "parti menguasai kerajaan".
Muhammad Taib pun mempunyai kekuatan sendiri, khususnya dari Selangor untuk cukup pencalunan. Dia adalah pemimpin yang popular dengan akarumbi dan ini terbina dari amalan kesetiakawanan dan keprihatinan semasa menjawat Menteri Besar Selangor dahulu. Masaalah Mat Taib adalah reputasi lama dari masa lepas. Selama menjadi Ketua Penerangan, Muhamamad tidak efektif dan ketinggalan zaman dalam pendekatan komunikasi terkini. Kemenangan Muhammad Taib dilihat boleh menjadi liabiliti kepada UMNO.
Mengikut blog Jelapang, kedua-dua Ali Rustam dan Muhammad Taib mempunyai kekuatan akarumbi yang lebih kuat dari Muhyiddin. Dari segi kewibawaan, Muhyiddin jauh lebih baik dari Ali Rustam dan Muhammad Taib.
Menurut pendapat ramai, Muhyiddin tidak ada masaalah untuk menang. Tapi Muhyiddin mengaku di dalam Majlis Perjumpaan Hari Raya bersama Persatuan Anak Melayu Johor di Kuala Lumpur bahawa jalan ke hadapan bukan mudah. Undi Johor tidak akan seluruhnya pergi kepadanya kerana cah keting sesama pemimpin Johor.
Ini tersirat dalam kenyataan perlunya orang Johor mengambil tampuk peranan menyatukan orang Melayu. Pada orang-orang Johor, UMNO adalah Melayu dan Melayu adalah UMNO. Semangat nasionalis orang Johor lebih bersifat kebangsaan dari semangat kenegerian negeri-negeri lain.
Dalam lima bulan lagi untuk berkempen, apa pula fitnah dan cerita lama yang akan keluar berkenaan Muhyiddin?
Ada Agenda Besar?
Selain dari jawatan Timbalan Presiden, jika dilihat rata-rata, UMNO tidak menunjukkan perubahan dan akan mengekalkan banyak muka-muka lama dengan masaalah dan pemikiran tampuk lama.
Di peringkat Naib, pastinya pihak team Pak Lah/Khairy mahukan Zahid Hamidi yang mudah berubah-ubah dan politik mengikut angin. Orang Najib, Shafie Apdal mungkin berjaya kerana UMNO sedar perlunya mengambil hati orang Sabah.
Antara calun-calun Naib dari Johor, perjalanan untuk sepupu Najib, Hishamuddin yang mendahului pencalunan belum tentu mudah. Jangan hairan Khaled Nordin atau Syed Hamid yang selari dengan Pak Lah sekarang boleh menjadi pengacau.
Dari 50 pencalunan tertinggi untuk MKT, rata-rata dikuasai oleh team Pak Lah/Khairy yang terdiri dari pemegang-pemegang jawatan kerajaan seperti Noh Omar, Zin, Shaziman dan Ismail Sabri, "sahabat" seperti Zainal Abidin Osman, dan cai Khairy dari Pemuda dan Puteri seperti Norza Zakaria, Azeez Rahim, dan Azlina.
Ada merasakan pemimpin-pemimpin ini akan berubah angin apabila bertukar Ketua. Jurublog merasakan ada beza kali ini kerana ada rancangan dari pelbagai pihak untuk menurunkan Najib. Walaupun belum ada tuduhan dan fitnah terhadap Najib yang mempunyai bukti kuat, khabar angin mengatakan wujudnya gambar-gambar yang boleh merosakkan imej dan kredibiliti Najib.
Hari ini, tuntutan habeas corpus Raja Petra menuntut penahanan ISA bawah Seksyen 8 tidak mengikut perlembagaan telah diterima. Ini akan menimbulkan lebih banyak tekanan terhadap Najib.
Apa jua sekalipun tuduhan, setakat ini SMS, dan tuduhan melakukan amalan Hindu serta lakunan Anwar Ibrahim hanya akan merosakkan kredibiliti petuduh. Najib mula tidak berdiam sahaja dan mula menunjukkan taring membidas Anwar yang mengacau pembentangan bujet tambahan.
Teori menjatuhkan Najib tidak nampak lagi kemungkinan. Ia hanya berasaskan sikap Pak Lah yang suka berdendam dan kali ini adalah kepada Dr Mahathir yang kritikal terhadapnya dan kemarahan Abdullah sudah terluah menuduhnya sebagai Pengarah Pemilihan UMNO. Najib bukan pilihan Pak Lah sebagai Timbalan tetapi Khalil Yaacob.
Muhyiddin, Rais Yatim dan sesiapa saja yang diberi sokongan terbuka Dr Mahathir akan ditentang. Kritikan Zaid Ibrahim terhadap Sosial Kontrak, Ketuanan Melayu dan Mahathirisme serta terhadap Mukhriz adalah sebahagian dari taktik terhadap Dr Mahathir dan dikatakan mendapat restu Pak Lah.
Katakanlah Najib tersilap langkah, seorang pemerhati politik veteran merasakan situasi yang boleh berlaku adalah Najib tidak diperkenan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong untuk menjadi Perdana Menteri.
Jika Najib terpaksa undur sebagai Presiden UMNO, team Pak Lah/Khairy berharap Ali Rustam akan menggantikannya dan kembali semula cengkaman golongan Sahabat dalam politik negara. Di sini mungkin tersirat disebalik manifesto Ali Rustam supaya parti menguasai kerajaan.
Spekulasi juga berkata mungkin Najib kekal Presiden UMNO tetapi orang lain yang menjadi Perdana Menteri? Siapa pula yang akan diperkenan Agong?
panjangnya...
ReplyDeletejadi memang benar ada org main politik wang ye.
apa kata lapor je kat BPR?
berani?
kalau tengok the star hari ini kenyataan Dr Nazrin Shah berkenaan perlantikan pemimpin kerajaan dan kuasa raja2, maka kenyataan mungkin najib tak jadi PM walaupun menang mungkin akan jadi kenyataan.
ReplyDeleteapa nak jadi kat najib? kalau pagi-pagi tak makan roti benggali cicah dengan teh 'o',kira ok laa...
ReplyDeleteNajib kena jadi reserve player bila team Khairy/Paklah menang.
ReplyDeleteKhairy mesti dibuang, no matter what. Buang, buang, buang.
ReplyDeleteKesetiaaan Muhyiddin memang aku syaki.
Berani Berubah.
Sila lawat blog saya.
Mukhriz nakpi jahanamkan Khairy di Rembau, kasi hantar orang upahannya buat kecoh
ReplyDelete