Semua akhbar-akhbar perdana menyiarkan Pak Lah meminta dihentikan fitnah sebagai muka hadapan. Ini nampak sangat Pak Lah nak selamatkan Khairy. Sudahlah rumah dan peruntukan rumah rasmi disalahguna Khairy untuk kempen kepada perwakilan-perwakilan.
Utusan Malaysia menyerlahkan tiga perkara utama sebagai caption muka hadapan kenyataan Pak Lah:
- Fitnah memfitnah, kata mengata atau memburuk-burukkan seseorang bukan menjadi asas kepada ahli untuk memilih kepimpinan UMNO.
- Yang penting ahli-ahli UMNO akan membuat pilihan berasaskan kemampuan calun dan sumbangan mereka.
- Pilih mereka yang dianggap baik menjadi pemimpin dan siapa boleh berada dalam pucuk kepimpinan parti.
Khairy Kaki Fitnah dan Tikam Belakang Parti
Dalam bab fitnah memfitnah, Khairy adalah antara yang paling kuat melakukan fitnah dan main tikam belakang.
Tidak kira berapa kali diulang, saya ulang sekali lagi. Khairy yang selama sepanjang memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO, adalah dalang utama yang berkomplot memecahbelahkan Pemuda UMNO menjadi faction-faction.
Dia dan rakan-rakan sekomplot dengannya sentiasa cuba untuk menganiayakan Mukhriz dengan tindakan disiplin beberapa kali-kali bagi mencari salah di atas kenyataan-kenyataannya. Khairy tidak henti-henti memperlekehkan (undermine) usaha dan inisiatif Mukhriz untuk menyerlahkan dirinya dan mengepikan Mukhriz.
Dia juga mendalang dengan Kalimullah dan Kamal Khalid untuk mengenakan Khir Toyo dengan pelbagai tuduhan dan ianay dilakukan bersekongkol dnegan pembangkang PKR. Malah kecaman-kecaman yang dihadapi oleh Khir Toyo baru-baru ini adalah didalang oleh Khairy yang mana dia telah bertemu dengan seorang pemegang jawatan AMK.
Kalau nak tahu betul atau tidak Khairy adalah kaki fitnah dan tikam belakang, cuba bca blog-blog berbayar dan bergaji Setiakawan seperti KPMU, SUKJ, Anti-Khir Toyo, BN Raksasa, blogger Cina Renovatio dan juga termasuk blog-blog lain yang kerjanya mencantas dan menghina Tun Dr Mahathir, Mukhriz dan Khir Toyo.
Dialah penjahanam UMNO di PRU12 kerana meletakkan 80 calun-calun dari kawan-kawannya yang tidak diterima akarumbi rakyat tempatan hingga menyebabkan kekalahan UMNO.
Khairy tidak ada sumbangan sebagai Naib Ketua Pemuda
Saranan kedua Pak Lah untuk memilih mereka berdasarakan track record pun satu teguran kepada Khairy. Cuba kita tanya apakah sumbangan Khairy kepada Pemuda UMNO selain membunuh dan politik tikam belakangnya?
Ramai yang mula-mula menyokong Khairy bila ditanya soalan ini, tidak menjawab dan akhirnay meninggalkan Khairy. Tidak kiralah kita kepada siapa mereka lari.
Khairy hanya publicity seeker. Dia hanya mahu kehadapan di dalam Majlis-Majlis dan pasukannya akan memastikan dia mendapat pendedahan media perdana yang tidak henti-henti.
Cara Khairy serupa Anwar yang hanya taktik branding yang sebenarnya cuba mempromosi produk yang tidak ada kegunaan dan sumbangan.
Berapa kali usahanya mendapat publicity akhirnya hanya memalukan UMNO?
Ingatkah kita akan peristwia dia mengatur dirinya merempuh barricade polis untuk konon-konon menyerahkan surat bantahan kepada Condoleeza Rice? Stunt ini hanya menimbulkan persoalan rakyat terhadap keadilan polis dalam mengurus demonstrasi jalanan.
Ingatkah kita antik Khairy di hari penamaan calun dan kempen di pilihanraya kecildi Ijok pada tahun 2006? Peel buruk Khairy berkekalan menjadi imej buruk UMNO.
Inikah track record yang layak sebagai Ketua Pemuda?
Khairy bukan pemimpin yang baik
Jika seorang pemimpin tidak dihormati oleh rakyat dan ahli-ahli akarumbi, adakah pemimpin itu pemimpin yang baik. Itulah saranan Pak Lah yang ketiga.
Khairy telah didapati salah kerana ejennya telah memberi wang. Itu baru satu dari ratusan repot yang diterima oleh Khairy.
Siapa tidak tahu bahawa Khairy adalah mesin pencetak wang. Dia membiayai pelbagai kuncu-kuncunya merata negara. Kalau tidak pasalwang, ramai antara mereka tidak memberinya sokongan.
Saya tahu bahwa Khairy telah menggunakan pengaruhnya untuk memaksa seorang Menteri yang pentingkan politiknya untuk memberi konrtak-kontrak kepada rakan-rakannya hingga berbillion-billion.
Apa jadi dengan perjuangan membela bangsa dan rakyat, jika kerjanya mengisi tembolok sendiri?
Kalau nak tahu, beberapa pekerja dan penyokong Menteri tersebut meninggalkannya kerana perbuatan yang menjual nasib bangsa demi politik Khairy. Kementerian ini adalah dimana terletak kontrak-kontrak yang cepat bikin wang.
Adakah dia akan menjadi pemimpin yang baik jika menyebabkan parti dibenci? Adakh dia menjadi pemimpin yang baik jika dia adalah penyebab dan dalang yang menyebabkan perpecahan dalam parti? Adakah dia pemimpin yang baik jika dia adalah perasuah yang jelas?
Akhir sekali, adakah dia pemimpin yang baik jika dia sanggup menjual perjuangan membela nasib bangsa dan negara demi ideloginya dan bagi mencapai kerakusan cita-cita untuk jawatan?
Najib pun sudah tegur perkara ini dan ini jelas ditujukan antaranya kepada Khairy. Jelas sekali, Khairy bukan pilihan Najib!
Pak Lah nak selamatkan Khairy?
Ramai akan kata tidak lojik Pak Lah tegur Khairy.
Dari mata kasar pemerhati biasa, kenyataan Pak Lah mengenai kegiatan fitnah juga mempunyai kaitan dengan buku ketiga Yahya Ismail mengenai Khairy, TUAH DAN SIAL KHAIRY JAMALUDDIN.
Secara tak langsung, andaian mudah mereka adalah Pak Lah sedang membantu menyelamatkan Khairy yang sedang tercungap-cungap kempennya setelah didapati bersalah melanggar etika parti kerana ejennya memberi rasuah. Dia sedang dalam ketakutan kerana kebenaran mengenai salah lakunya akan terserlah kepada perwakilan-perwakilan.
Setakat apa yang Pak Ya lakukan, walluhu alam bissawab kerana ianya one person's word against another. Pada saya yang kelas, Pak Ya jelas dan telus. Dia mengaku bertemu dengan Khairy dan menawarkan the right of first refusal kepada hakcipta bukunya. Dari segi undang-undang, semuanya kelihatan legitimate.
Jika Khairy sudah tahu lebih awal, kenapa Khairy tidak lakukan injunction siang-siang terhadap buku Pak Ya sebelum ianya keluar? Adakah dia takut untuk masuk mahkamah? Dia pasti sedar kerana lebih banyak pekongnya akan terdedah dan setelah turunnya penyelamatnya Pak Lah, lebih ramai orang akan berani ke hadapan mendedahkan lagi bukti-bukti?
Khairy buat laporan polis untuk meraih simpati ala Azeez Mamak. Kini bila buku itu sudah macam pisang panas di cari-cari orang, maka terpaksa ayahanda menolong.
Saranan ayahanda pun kelihatan bercanggah dengan pengakuannya konon dia membawa keterbukaan. Betul ke? Kenapa keterbukaan datang dengan bertambah banyak salah guna rasuah, politik wang, dan putarbelit akhbar "kerajaan"?
Pengakhir kata, Khairy tidak layak menjadi pemimpin UMNO. Dia bukan anak muda yang boleh diharapkan sebagai kesinambungan perjuangan UMNO. Memilih beliau bermakna membawa pelbagai elemen buruk yang dibawanya selama ini yang akan merosakkan UMNO.
Beliau akan mengkorbankan perjuangan UMNO ke arah agenda liberal yang sama dengan Anwar Ibrahim dan PKR yang akan merosak dan mengetepikan agenda bangsa.
TEGUR SALAH...TAK TEGUR PUN SALAH...HABIS APA YANG BOLEH?
ReplyDeleteMEMANG DASAR BLOGGER HARAM JADAH...APA SAJA ORANG BUAT SEMUANYA TAK KENA.
TAKKAN BLOGGER HARAM JADAH SAJA YANG BETUL DAN BENAR...kihkihkihkih
http://melayusesat.blogspot.com
Khairy adalah liabiliti kepada UMNO. Jika dia menang maka selamat tinggal BN pada PRU 13 nanti.
ReplyDeleteA Voice,
ReplyDeleteSekiranya di akhir perhimpunan/pemilihan Umno ini nanti si Khairy menang juga Ketua Pemuda, macam mana?
Ditakdirkan pula Mat Taib pun menang juga, amacam?
Apa agaknya scenario negara selepas itu?
Wah, looks like your getting desparate, anyway, I am sad that my humble reply to Pak Ya was not published, but anyway its ok.
ReplyDeleteHowever, you may not be pleased to note that right now, on the web, there is only 1 active Anti Khairy blog when instead there are at least 9 active pro Khairy blog, even including the legendary AK47.
How can you pretend to play the defenseless viction? KJ was hammered by the RPK, by youlot, by the legendary TDM, heck even by a mysterious Piggy Singh. But it is quite clear, the more you hammer, the more people want to stop and ask themselves the question - Why?
One of KJ's strongest points is brand KJ. Thats what you fail to understand, whats in a brand? Everything bro? Whats in Coca Cola? Whats in Mc Donalds? Whats in NIKE?
And now let me in on a little secret - Brand Power KJ Increases Everytime 'THEY' Attack him. Yes, sir, KJ is the James Dean of politics, the rebel, the young man who faces the legendary Tun but just keeps his silence. I am astonished you guys never figured this out, just recall when you were at school and if 2 kids were involved in a fight, what would you think if the younger kid had to face the older kid and HIS BIG DADDY??
Kah Kah Kah, boy boy or boy.
Thanks once again Anti KJs, you did our job for us.
Please don't publish this.....
Or does it mean please publish it, I donno, maybe I am messin with your mind..
semua pemimpin UMNO tak baik
ReplyDeleteBrother Voice,
ReplyDeletei know u have an opposite opinion of Wenger J Khairy...but i need you to read his latest article here... http://waziboy.blogspot.com/2009/03/dia-pilihan-saya.html#comments
One of the commentor is right....if what Wenger is saying true..then the group has violated Perkara 5.6 of Etika Pemilihan..
Perkara 5.6
5.6 Majlis dan Pertemuan
5.6.1 Kecuali untuk perhimpunan,
pertemuan atau majlis yang dianjurkan
oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia
dan I atau Jawatankuasa Penyelaras
Pemilihan Negeri di bawah seliaan
Badan Perhubungan UMNO Negeri,
Ahli-ahli parti dilarang di dalam
Tempoh Pemilihan menganjurkan,
samada secara langsung atau tidak
langsung, sebarang perhimpunan,
pertemuan jamuan atau apa-apa
majlis yang membabitkan Ahli-ahli
bagi pihak dirinya atau bagi pihak
mana-mana calon bagi mendorong
seseorang Ahli supaya mengundi atau
tidak mengundi dalam mana-mana
Pemilihan parti bagi pihaknya sendiri
atau bagi pihak lain bagi mana-mana
peringkat Pemilihan parti.
CONTOH
(a) Calon menghadiri atau menganjurkan
kenduri majlis kahwin, majlis tahlil atau
majlis kesyukuran yang dianjurkan
oleh atau dihadiri Ahli-ahli UMNO dan
berucap bagi tujuan meraih undi dan
berkempen bagi pihaknya sendiri
(b) Ahli UMNO menghadiri atau
menganjurkan kenduri majlis
kahwin, majlis tahlil atau majlis
kesyukuran yang dianjurkan oleh
atau dihadiri Ahli-ahli UMNO dan
berucap bagi tujuan meraih undi
dan berkempen bagi pihak lain bagi
mana-mana peringkat pemilihan parti.
A Friend
What goes around, comes around. Jangan kita menfitnah dan jangan juga kita menggalakkan fitnah. Kalau dari awal2 dulu kita tidak menfitnah dan menggalakkan fitnah, tidaklah mudarat keadaannya kini.
ReplyDeleteDari sini kita kenal orang dan jenis orang yang suka menfitnah yang patut kita buang jauh2 kerana sifat itu telah menjadi tabiat.
Jangan juga kita sekali2 menganiayakan orang dan jangan juga kita suka menipu. SEBABNYA, kebenaran itu NYATA dan kita tidak boleh sembunyikan bangkai kerana tetap berbau busuk.
He he he masa kempen. Lusa boleh keluar gut. Tak desperate.
ReplyDeleteEkau yg benci KJ kenapa. Jgn busuk perut walaupun kamu makan upah. aku sokong Toyol yg di sahkan bersih oleh Badan disiplin UMNO dan SPRM. Juga boleh pilih Mukriz yg kuat dilobi oleh situa itu.
ReplyDeleteKita doakan agar Allah membuka hati perwakilan pilih sebaik2 calon yang tulus ikhlas berjuang.
ReplyDeleteSaya ke sana juga nanti...Tuan ?
Remember the saying that the Marines never die, they regroup in hell……
ReplyDeleteAnd Anwar’s soldiers never die…..they become moles…in UMNO, PAS and DAP…they will regroup if we let them….
Stop the mole in UMNO now…..use your vote carefully,….
Bro,
ReplyDeleteMemang kupasan yang TEPAT dan PADAT.
MOF zaman SIL/FIL berkuasa memang paling BUROK dalam sejarah melondeh & menggadai kepentingan2 GLCs dan hak2 peniaga BUMI.
Lumpuh sistem kewangan & ekonomi negara dilakukan oleh BARUA2 CEO2nya (barua2 SIL)terutama sekali tarif letrik yg patut disemak , menyebakan small/big industri gulung tikar atau pindah to cheaper countries (Vietnam, Cambodia, China etc).
Kalau ALONG2 yg dulu nya beroperasi curi2,tapi sejak PM wannabe & his band of pirates control MOF(sebelum Nagib), boleh katakan every corner in shophouses blocks ada mereka (Berlesen konon). Siapa yg bagi lesen kalau bukan this SIL and gangs.
Yang banyak terbabit dek tekanan inflasi MAJORITI nya small income group (mostly MELAYU).
Jadi ini kah Pemimpin Melayu (SIL/FIL)(sekutu ANWAR)yang patut dibiarkan berkuasa. PIKIAKlah banyak2 wahai rakyat semua.
stonehead (ex bnghmtn)