mStar Online, Monday March 23, 2009
Mahathir: 4 peluang akhir selamatkan Umno
KUALA LUMPUR: Umno perlu menyerahkan kepada perwakilan dalam perhimpunan agung parti itu mulai Selasa ini bagi memulihkan imej serta mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti itu, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Peluang (ketiga) itu terletak di tangan perwakilan di mana sekiranya perwakilan turut pilih orang yang terlibat dengan rasuah maka satu lagi peluang Umno (untuk pulihkan kedudukan) akan hilang.
"Kalau perwakilan pilih juga calon yang terlibat dengan rasuah, sedangkan tribunal telah mengatakan dia terlibat dengan rasuah, kalau pilih juga (calon) itu, maka terpulanglah kepada kepimpinan parti," katanya.
Ketika menggariskan empat peluang bagi memulihkan imej Umno serta menghapuskan politik wang bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti itu, Dr. Mahathir berkata, peluang itu juga bergantung kepada siapa yang akan bakal menjadi Perdana Menteri dan apakah langkah yang akan diambil.
"Peluang yang terakhir ada pada Datuk Seri Najib Tun Razak (yang bakal menjadi Presiden Umno), kalau dia juga pilih orang yang terlibat dengan rasuah menjadi anggota Kabinet, saya fikir harapan untuk Umno terus kukuh pada masa depan akan hilang," katanya.
Dipetik Bernama, jelas beliau, kebanyakan peluang yang ada untuk memperbetul dan mengukuhkan kedudukan Umno telah dilepaskan begitu sahaja.
"Banyak peluang yang diraih oleh Umno untuk kukuhkan kedudukannya telah dilepaskan, contohnya, kalau Bahagian Umno itu jujur, dia akan memilih calon yang tidak sogok wang tetapi kita tahu bahagian-bahagian Umno ada yang pilih calon yang terlibat dengan sogokan wang dan ini peluang pertama nak bersihkan Umno sudah hilang," katanya.
Peluang kedua yang dilepaskan Umno adalah apabila Jawatankuasa Lembaga Disiplin parti itu gagal menangani gejala politik wang dan seakan-akan masih merestui politik wang di dalam Umno, katanya kepada pemberita selepas ucaptamanya pada Persidangan Kemuncak Pribumi Perkasa Negara di sini.
"Jawatankuasa Lembaga Disiplin Umno jelas gagal kerana orang yang membuat kesalahan yang sama mendapat hukuman yang berbeza.
"Ada yang kena buang kerja, ada yang tidak kena buang kerja, ada yang seluruh dunia sedia maklum bahawa dia salah tetapi pada pandangan parti, dia tidak bersalah... jadi kredibiliti jawatankuasa disiplin itu telah tamat," katanya.
Terdahulu dalam ucaptamanya, Dr. Mahathir menyeru orang Melayu bersatu dan melakukan perubahan demi masa depan dan kedudukan mereka di negara ini.
Salam,
ReplyDeleteYg payah tu, kdg2 perwakilan pun terdiri dari org yg krg berintegriti. Kita jgn lupa perwakilan G7 dan G2 juga merupakan gol pemimpin di peringkat Bahagian. Sebhgnya (bukan semua) turut mempunyai masalah moral. Inilah yg menyebabkan agak susah (bukan bermakna tak boleh) utk menyelamatkan keadaan ini. Hanya nilai perjuangan yg utuh shj boleh menyelamatkan Umno. Inilah cabaran terbesar parti.
Bolih tak kita beritau semua perwakilan dan rakyat umum erti sebenar yang merangkumi RASUAH supaya semua orang akan fahami?
ReplyDeleteKita mesti tegaskan juga apa dia hukum pesalah sebab bukan semua orang yang ada buku kecil tu dan fahami undang undang negara dan juga UMNO. RASUAH itu bukan saja melibatkan penggunaan wang. Yang lebih daysat adalah RASUAH KUASA yang di persalahguna kan olih mereka yang di amanahkan saperti AKHBAR,MEDIA,ANAK DAN MENANTU,KUNCU KUNCU dan mereka yang menyalahgunakan kuasa mereka di situ untuk memperdayakan seluruh negara selama ini.
MAHATHIR NI DULU, KINI DAN SELAMANYA BERSIH DARI RASUAH KE? MAMK YG TERLIBAT DALM HAL KOREK, KOREK, KOREK NI SIBUK BAGI NASIHAT BAGI MEMBASMI RASUAH??? PILIH KABINAT YG BERSIH??? KABINET MAMAK NI DULU BERSIH SANGAT KE??? MANA PERGI KES2 LLS, LKY, SEMI VALUE DAN DAIM??? PAKU DULANG PAKU SERPIH.... MAMAK NI TAK PERNAH DNGAR KE PEPATAH NI ATAU DAH NYANYUK??? NAMPAKNYA UMNO NI UMUR TAK LAMA DAH...
ReplyDeleteAPA YANG SEDANG DAN YANG AKAN BERLAKU DALAM UMNO SENTIASA DALAM LENSA TEROPONG RAKYAT. JIKA RAKYAT TIDAK BERPUASHATI, RAKYAT AKAN MELEPASKAN GERAMNYA ATAU SOKONGANNYA DALAM PILIHANRAYA NANTI. PERWAKILAN MESTI BENAR-BENAR FAHAM APA YANG MEREKA HENDAK. KALAU NAK SELAMATKAN UMNO, PILIHLAH CALON-CALON YANG BUKAN SAHAJA DEKAT DI HATI PERWAKILAN TETAPI JUGA CALON-CALON YANG DEKAT DI HATI RAKYAT. PERWAKILAN SEBENARNYA TAK PERLU LAGI MENCARI-CARI SIAPA YANG HENDAK DIPILIH. SUDAH TERANG, TAK PERLU BERSULUH LAGI. HARAPAN SAYA KEPADA PERDANA MENTERI YANG BARU:- APABILA MEMBENTUK KABINET BARU, JANGAN TERSALAH LANTIK. MESTI BERANI MEMBUAT PERUBAHAN YANG DRASTIK. BERTINDAK ATAS KEBENARAN DAN TUJUAN KEBAIKAN!
ReplyDeleteSalam tuan, ada lagi satu cerita lama yang elok diperangat semula utk makluman kpd org2 spt SUKJ iaitu Dato'Azeez pamer ijazah MBBA dari sebuah univ dari USA. Masa mula pegang jawatan Ketua Putra dulu dalam temuramah yg disiar dlam The Star mamak ni kata dia belajar di salah sebuah universiti tertua di USA (aku lupa dah. Aku tergelak besar bila aku cek rupanya univ tu ditubuhkan pada tahun 1984. Jadi kalu setakat 20 tahun lebih tu taklah tertua. Bila terus baca temubual tu yg nak tergelak besar ialah dia dapat MBBA selepas 3 tahun tamat Form 5. Masa mana dapat first degree he he. Yang aku tahu mamak ni jadi salesman kereta di Jalan Kelang Lama dan bukan anak Baling pun tapi ngaku anak tempatan nak pegang jawatan umno
ReplyDelete