Dimana lojik NST taksir enjin F-5E bernilai US$29 juta?
Oleh MyKMU
Rabu, Disember 30hb, 2009
Semasa NST mula mendedahkan mengenai kehilangan enjin F-5E, enjin tersebut dikatakan bernilai US$29 juta.
Kemudian ada pula pendedahan pihak berkuasa bahawa dua enjin yang hilang. Seterusnya bukan sahaja enjin tetapi ada barangan alatganti lain turut hilang. Ditambah lagi, ini sudah lama berlaku. Aturan keluar berita pun ada benda tidak kena.
Untuk maklumat jet pejuang F-5E kita sudah hampir 30 tahun lama. Sekarang bayangkan kita berada di akhir tahun 70an, dan negara baru merdeka dalam 20 tahun lebih. Agak-agak mampukah negara membeli jet pejuang baru yang mana dua enjin untuk terbang saja boleh bernilai US$29 juta 30 tahun kemudian?
Ini bermakna enjin itu bernilai lebih mahal semasa jet pejuang F-5E dibeli dan pastinya harga jet pejuang F-5E itu sendiri berharga berkali ganda lebih mahal dari harga US$29 juta.
Jangan sekali-kali lupa situasinya adalah akhir 70an yang mana minyak di Terengganu masih baru ditemui. Wang itu hanya diutamakan kerajaan untuk menghantar ribuan pelajar Bumiputera belajar ke luar negara bagi negara membina keupayaan dalam ilmu-ilmu asas perlu untuk membangun negara?
Pastilah perbelanjaan besar-besaran dalam pertahanan bukan satu prioriti.
Jika anda baru sedar taksiran US$29 juta itu tidak masuk akal, sepatutnya kita semua tidak mudah menerima bulat-bulat sebarang maklumat. Inikan pula tidak ada sumber yang sah disebut. Perasaan kritis ini perlu walaupun yang dibaca adalah akhbar media perdana NST.
Kita sepatutnya ada sikap kritis dan objektif untuk tidak bulat-bulat menerima sebarang maklumat. Ini yang selalu menyebabkan salahfaham, tuduhan meliar, fitnah, dan pandangan ambil mudah mudah tersebar. NST boleh disalahkan tetapi kesalahan utama masih kita yang mudah tertipu.
Dari maklumat yang diterima dari rakan-rakan yang pernah berkhidmat dalam TUDM, squadron jet pejuang F-5E yang enjinnya hilang bukan jet pembelian baru tetapi sudah wujud hampir 30 tahun. Ketika jet ini dibeli, ia pun bukan belian baru atau baru keluar dari kilang tetapi barangan terpakai.
Untuk memahami bagaimana rupa jet pejuang terpakai, tentera Amerika sering membelanja untuk mempertingkatkan peralatan tentera mereka. Jet-jet yang tidak mahu diguna lagi dihantar kesebuah airfield di padang pasir Arizona. (sila lihat gambar)
Jet-jet itu dijual kepada pembeli dari dunia ke-tiga. Sebelaum dihantar, jet-jet tersebut dibawa masuk kilang untuk diperbaiki dan dipulih penggunaannya. Sebenarnya jika tiada pembeli, jet-jet tersebut dibiar saja dan akhirnya dijual sebagai besi skrap saja.
Malahan dipercayai pada masa jet pejuang F-5E mula dibeli, harga sebuah jet pejuang F-5E secondhand hanya US$2 juta sahaja! Untuk enjin yang hilang itu bernilai US$29 juta, kita perlu hilang enjin untuk 15 buah jet pejuang F-5E. Lojikkah nilai enjib tersebut bernilai US$29 juta.
Apabila NST membuat laporan sedemikian, jet pejuang yang mana dimaksudkan? F-5 atau F-15 yang lebih baru untuk enjin bernilai sedemikian?
Sebelum anda cuba membuat andaian wartawan tersilap atau kesilapan percetakan dan jet sebenar adalah F-15, fikir balik. Malaysia sendiri tidak ada F-15 dan hanya ada membeli MIG dan Sukhoi.
Buat masa ini, NST masih berdiam saja dengan kesilapan itu. Mungkin sekali mereka termalu dan tidak mahu lagi mengaku salah kepada kesalahan maklumat tersebut selagi tiada pihak rasmi membetulkan fakta itu.
Penulis hanya merasa curiga dan percaya ada cerita tersirat yang sebenar disebalik laporan-laporan akhbar yang kredibiliti mencurigakan.
Satu lagi, sebelum mengakhiri artikel ini, enjin yang hilang pun bukan enjin pada jet pejuang tetapi enjin alatganti yang biasa datang sekali dengan pembelian sebuah skaudron jet pejuang bersama latihan dan seterusnya.
Dengan demikian, bukanlah yang hilang itu, enjin yang sedang digunapakai oleh skuadron jet f-5E tetapi “army surplus” yang tidak terpakai. Lagi mencurigakan?
Sementara itu, menjenguk di kedai jual suratkhabar pagi tadi, Suara Keadilan sudah menjana hikayat dan andaian baru untuk menghalakan tuduhan kepada Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Tidakkah bertambah-tambah curiga?
- Sila baca juga:
Kehilangan Enjin Jet F-5E: Adilkah Najib disalahkan? (MyKMU)
Apakah Zahid Hamidi Gunting Dalam Lipatan Pentadbiran Najib? (Malaysia-Instinct.com)
Kenapa AMK tahu dahulu mengenai kehilangan enjin jet pejuang? (dua Dunia ... Zahid Hamidi)
Apa punya lobi cuma satu pertiga saja mai? (Anak Omak)
7, 2009
KJ ATAU NAJIB JADI IDOLA ZAHID..? (Kepal Nasi Kepal Beras)
- Kenapa kes saman NST terhadap Jeff Ooi dan Rocky tidak ditarik-balik?
- Akhir sekali, pentadbiran siapa kuasai NST sekarang?