Friday, June 20, 2008

Cadangan Hub Petroleum Oleh Ku Li Di Parlimen Pada 2006

Sejak kenaikan mendadak harga minyak, isu ini menjadi isu hangat. Di Majlis perjumpaan Cawangan-Cawangan UMNO dengan YBM Tengku Razaleigh Hamzah baru-baru ini di Taman Melawati dan Hotel De Palma pada hujong minggu lalu, isu ini tidak terlepas dibincangkan.

Jawapan Ku Li secara ringkas, menyatakan langkah yang dibuat oleh kerajaan tidak bijak kerana ia membawa masaalah inflasi dan tidak menyelesaikan masaalah.
Sepatutnya ia dilakukan secara berperingkat-peringkat dan suatu langkah jangkamasa pendik, sederhana dan panjang patut dirancang.

Kerajaan kelihatan tidak mempunyai satu pelan tindakan untuk menangani impak kenaikan minyak. Pemberian rebat dan bantuan hanya menambahkan birokrasi pentadbiran dan serupa “masuk poket kanan dan keluar poket kiri”.

Jika jangkaaan para analisa betul, harga minyak boleh naik ke tahap US$150 setong dalam masa terdekat dan boleh mencecah US$250 setong dalam jangkamasa sederahana ke panjang. Ini bukan sahaja menambahkan beban rakyat dan negara, tetapi menjadi diluar keupayaan rakyat dan negara. (Sila baca liputan jurublog Bigdog dalam Ku Li: Saya ada resipi selesai masalah kenaikan harga minyak.)

Sebenarnya Ku Li pernah membawa satu cadangan jangkamasa panjang yang merangkumi penyelesaian kepada masaalah ini. Semasa membahaskan belanjawan 2007 di Parlimen pada September 13, 2006, beliau mencadangkan pembinaan hub untuk industeri minyak dan gas yang mempunyai kepentingan strategik dan membawa manafaat ekonomi kepada rakyat dan negara.

Keperluan dan Cabaran

Di dalam membahaskan cadangannya itu, beliau memberitahu ahli Dewan bahwa Malaysia adalah negara kecil yang mana jumlah belanjawan yang secara relatif amat kecil sekitar USD40 billion. Sebagai negara perdagangan, negara terdedah kepada keadaan dunia semasa yang semasa itu sedang menghadapai masaalah permulaan kenaikan harga minyak dan keganasan antarabangsa.

Walaupun kita bernasib baik sebagai negara net exporter minyak dan gas dan nikmat dari kelapa sawit dan getah, kita menghadapai beberapa cabaran dalam membina sektor-sektor baru seperti otomobil dan bioteknologi yang mana kita bersaing dengan negara-negara jiran dan bukan bekerjasama.

Mengikut beliau, pembinaan hub tersebut adalah merupakan “produk istimewa ataupun niche product ataupun produk-produk yang saling melengkapi antara satu sama lain” dalam kerjasama Asean.

Malaysia mempunyai kelebihan sebagai “pengeluar dan pemilik rizab bahan ini yang terbesar di rantau ini.” Petronas pula adalah salah sebuah syarikat multinasional yang berjaya di dunia, yang mengatasi syarikat lain di rantau ini seperti Pertamina atau syarikat-syarikat dari kalangan pengeluaran minyak dunia lain termasuk negara-negara Arab.

Menurut beliau, usaha Petronas untuk mencari rizab minyak dan gas di luar negara adalah baik tetapi terdedah ke pelbagai risiko seperti risiko keselamatan dan peperangan. Semasa itu, Petronas baru saja dihalau keluar oleh negara Chad.

Cadangan Ku Li adalah supaya industri minyak dan gas dimajukan dengan lebih besar. Walaupun banyak pelaburan telah dibuat untuk memperingkatkan kegiatan upstream ataupun hiliran dalam membina keupayaan mengeluarkan pelbagai produk minyak dan gas kita di Terengganu, ia belum cukup untuk digelar hub. Malah cadangan hub petroleum di Iskandar Malaysia, Johor pun tidak meliputi ide yang cadangkan Ku Li.

Cadangan

Cadangan beliau secara ringkas adalah seperti ungkapan ucapan beliau di parlimen berikut:

“… Saya percaya melalui satu perancangan strategik nasional dalam menjadikan kita hub dan pemimpin industri ini kita dapat manfaatkan bukan sahaja kedudukan kita sebagai pengeluar minyak dan gas yang terbesar di rantau ini, tetapi juga kedudukan yang strategik kita di tengah-tengah laluan Selat Melaka dan Laut China Selatan. Hubungan baik kita dengan negara-negara Arab dan Islam lain sepatutnya dimanfaatkan bagi mendapat bekalan bahan mentah yang berterusan dari negara-negara pengeluar minyak dan gas dunia, manakala dalam konteks pertumbuhan ekonomi yang begitu pesat di China dan India, kitalah yang sepatutnya dilihat sebagai rakan paling strategik bagi mendapatkan bekalan yang berterusan bahan-bahan ini.

Saya percaya ramai pelabur dari negara itu, akan datang ke mari bagi memastikan bekalan yang mencukupi untuk keperluan mereka sendiri. Rancangan strategik ini bukan sahaja dalam konteks pembinaan industri yang berkaitan seperti dalam bidang penapisan, penstoran ataupun storage, peralatan, penyelidikan, pembinaan rangkaian penyaluran ASEAN ataupun ASEAN inter-connectivity, eksplorasi dan lain-lain aktiviti hiliran, tetapi yang lebih penting ialah menggembleng pasaran modal dunia dalam bidang ini, bermakna dengan izin, as the oil and gas hub in ASEAN, Malaysia must be the leader in all areas relating to the industry including oil and gas refining hub, oil and gas storage hub, oil and gas equipment hub, network and distribution infrastructure, exploration and production of both oil and gas, downstream petroleum product, and by-product the capital market where industry players seek financing, trading in futures for oil and gas, research and technical centre both for oil and gas and alternative energy sources.

Saya kira, tidak salah sekiranya kita bersifat lebih accommodative dalam bidang pasaran modal bagi industri ini bukan sahaja di Bursa Saham tetapi juga bagi pasaran bond dan pasaran derivative. Ia termasuk mengadakan dasar yang lebih liberal, memberi insentif yang lebih menarik dan meringankan syarat-syarat penyenaraian bagi syarikat-syarikat ini di Bursa Saham kita.”
Manafaat segera kepada rakyat adalah bekalan minyak negara tidak terputus, malah boleh menikmati minyak pada harga yang kompetitif.

Suatu perkara yang boleh dilihat dari cadangan Ku Li pada tahun 2006 ini adalah ia merupakan tindakan pantas yang memenuhi cabaran globalisasi dan pertumbuhan kuasa baru ekonomi ini, iaitu China dan India. Beliau melihat semasa itu negara jiran dalam keadaan terdesak apabila terpaksa membuka dua kasino terbesar dan lain-lain aktiviti menarik wang luar ke negara mereka. Malaysia perlu lebih mendesak dalam membina masa depan ekonominya.

Gesaan

Diakhir ucapannya, beliau menegur pucuk kepimpinan kerana terdapat kegelisahan dikalangan kapten-kepten industeri tentang pelaksanaan rancangan kita dan ekonomi yang terasa lembap. RMK9 tidak dilihat menarik dan projek tidak kelihatan bermula.

Negara dilihat kehilangan daya saing kepada negaranegara kos rendah seperti China, Vietnam dan India, tetapi juga kepada negara yang lebih maju seperti Singapura dan Taiwan. Kita masih belum memiliki kelebihan daya saing ataupun, dengan izin, competitive advantage untuk bertanding di peringkat jangka panjang dan sederhana.

Pentadbiran baru masih mengamalkan pemberian kontrak dan projek atas hubungan dengan mereka yang berkuasa bukannya atas prinsip merit dan keupayaan yang sebenar. Cemuhan terhadap ‘rent seekers’, yang diluahkan seketika dahulu semakin tidak kedengaran kerana dilihat melahirkan ‘rent seekers’ baru dalam bentuk baru.

Beliau mengakhiri ucapan dengan gesaan kepada kerajaan seperti di bawah:


“... lebih tegas, berani dan memiliki kehendak politik, iltizam ataupun political will yang lebih tinggi. Ganjaran hanya kepada mereka berupaya membuktikan kebolehannya. Sebaliknya bagi yang tidak, harus dihentikan. Tindakan bukan hanya kepada mereka di peringkat bawahan tetapi yang lebih penting terhadap mereka di peringkat tertinggi. Konsep seorang pemandu dan yang lainnya hanya penumpang tidak lagi sesuai di era kepimpinan kolektif seperti yang cuba kita tunjukkan sekarang.”

3 comments:

Letting the time pass me by said...

Ku Li merupakan salah seorang pakar ekonomi yang berkredibiliti..

tualang3 said...

YAB Perdana Menteri nampak keletihan dengan berbagai dan pelbagai soalan dan persoalan yang sedang dihadapi sekarang. Semoga Allah memberi beliau kekuatan tenaga, mental dan fizikal,dalam menghadapi dugaan ini.

tualang3 said...

YAB Perdana Menteri nampak keletihan dalam menghadapi isu yang tak nampak surutnya. Semoga YAB diberi kekuatan mental dan fizikal dalam menghadapi ujian dan dugaan ini.

My Say