Part 2 ended with questions regarding money remitted into Account 694 amounting to approximately USD100 million from Prince Faisal bin Turki and Ministry of Finance of Saudi Arabia in 2011, and USD270 million from Prince Faisal bin Turki and Blackstone Real Estate Partner Asia Ltd. .
In both the trasnfer, Jho Low had confirmed the transfer to Joanna Yu of AMMB and late Dato Adlin Alias informed Dato Najib of the transfer. Najib told the court the alleged donation is generally meant for CSR.
Part 3 continues with transfer into Account 694 from Tanore Finance Corp ammounting to approximately USD681 million in 2013. Najib claim to be aware of the money when MACC recorded his statement and his lawyers secured the documents. However, requested the money be returned back as it is too much.
Najib had entrusted the management and monitoring of the accounts to late Dato Adlin Alias. He claimed not in the know on most aspect of the accounts. He was only told of the closure of accounts 694 and thought balance money transfered to the three new accounts. The accounts had incidents of overdrawn and by 2014, Blackrock and Vista transfered equivalent of RM49 million into the account.
BNM was informed of these transfers and Tan Sri Zeti should be in the know. The rest of the testimony delved in the spending of the money and collusion between Jho Low, Yoanna Yu and Ung Su Ling. He believed Adlin was also cheated by Jho Low and company.
Continued from Part 1, and Part 2, more in the final Part 3 as below:
---------------
XXIV. PEMINDAHAN WANG KE AKAUN 694 PADA TAHUN 2013
Q216: Rujuk D293.
Dokumen perbankan ini menunjukkan bahawa pemindahan wang berikut ke Akaun 694
berlaku pada 2013:-
Bilakah Dato’ Sri
mendapat tahu berkenaan dengan transaksi-transaksi ini?
J: Saya hanya mendapat tahu berkenaan dengan
transaksi-transaksi ini apabila rakaman percakapan saya diambil oleh SPRM dan
sejurus selepas peguam saya memperoleh dokumen-dokumen perbankan berkaitan
daripada Ambank. Semasa itu saya diberitahu terdapat wang yang dimasukkan dalam
mata wang USD daripada pihak luar. Saya juga telah ditunjukkan sepucuk surat
bertarikh 1.3.2013 yang mana dikatakan adalah daripada wakil sah Raja Abdullah.
Surat tersebut menyatakan bahawa Raja Abdullah telah mengurniakan saya sejumlah
wang USD 800 Juta sebagai hadiah yang mana saya boleh belanjakan atas budi
bicara mutlak saya.
Sebagai presiden UMNO dan Pengerusi BN saya diberi kuasa
untuk mengumpul derma-derma bagi pergerakan parti dan bagi perbelanjaan berkaitan
dengan Pilihanraya Umum. Ini adalah amalan yang telah dilakukan oleh Presiden
Parti dan Pengerusi terdahulu. Raja Abdullah mengetahui bahawa ia merupakan
pilihanraya umum pada tahun 2013. Pada dasarnya ia seolah-olah seperti baginda
tidak mahu kesan buruk seperti Arab Spring merebak ke Malaysia terutamanya
kerana baginda mempunyai pandangan positif bagaimana Malaysia muncul sebagai
contoh yang menyerlah bagi negara yang mengamalkan maksud sebenar Islam. Raja
Abdullah inginkan Malaysia menjadi pemangkin kepada negara moden yang
mengamalkan Islam. Selain fakta bahawa Raja Abdullah prihatin bahawa Malaysia
tidak seharusnya mendapat domino effect Arab Spring, baginda berharap bahawa infrastruktur
dan pentadbiran Kerajaan Malaysia yang stabil mampu menjadi model bagi kemajuan
dalam negara moden yang mengamalkan Islam.
Q217: Boleh saya
rujuk Dato’ Sri kepada P603. Adakah ini surat bertarikh 1.3.2013 yang
ditunjukkan kepada Dato’ Sri?
J: Ya.
Q218: Bagaimana Dato’
Sri menerima surat ini?
J: Surat ini ditunjukkan kepada saya oleh Dato Azlin yang
memaklumkan kepada saya bahawa beliau ada menerima surat yang sama daripada JL.
Saya difahamkan bahawa surat ini juga diberikan kepada Ambank oleh JL dan yang sama
juga dilaporkan kepada BNM dan Tan Sri Zeti pada ketika itu.
Q219: Di manakah
surat asal ini?
J: Saya percaya surat asal ini tertinggal di pejabat saya di
Jabatan Perdana Menteri. Saya juga turut melaporkan kepada SPRM hal yang sama
apabila rakaman percakapan saya diambil.
Q220: Apakah pendapat
Dato’ Sri mengenai fakta bahawa penghantar wang tersebut adalah Tanore?
J: Pada ketika itu saya percaya bahawa Tanore adalah satu
syarikat yang mempunyai kaitan dengan Kerajaan Saudi ataupun Keluarga Diraja sebagaimana
dinyatakan di dalam surat bertarikh 1.3.2013. Surat ini dan identiti penghantar
adalah diketahui oleh Ambank dan BNM dan saya percaya ini adalah sebab kenapa
tiada apa-apa mencurigakan dibangkitkan pada masa itu.
Q221: Secara umumnya,
apakah yang Dato’ Sri belanjakan dengan dana ini?
J: Saya telah menggunakan sebahagian dana ini untuk
inisiatif CSR dan juga untuk pembiayaan piihanraya bagi memastikan Barisan
Nasional akan terus menjadi Kerajaan. Ini akan memastikan kestabilan politik
dan akan selari dengan apa yang Raja Abdullah inginkan.
Q222: Adakah Dato’
membelanjakan keseluruhan wang yang diterima pada 2013?
J: Tidak. Sehingga Julai 2013, saya diberitahu bahawa
terdapat sejumlah besar wang yang tinggal di dalam Akaun 694 lebihan daripada
RM 2.1 billion tersebut. Jumlah ini adalah melebihi apa yang telah saya
rancangkan bagi kegunaan pada waktu terdekat. Saya juga berasa tidak selesa mempunyai
wang yang banyak di dalam akaun saya kerana bimbang sekiranya maklumat tersebut
bocor, ia sudah pasti akan diputarbelit di luar konteks dari segi politik. Saya
dengan itu memutuskan untuk memulangkan hampir kesemua jumlah derma yang tidak
dibelanjakan dan hanya menyimpan sebahagian daripadanya. Saya juga percaya
dalam mengembalikan sejumlah besar derma tersebut yang tidak digunakan oleh
saya adalah tanda niat baik saya kepada Keluarga Diraja Saudi yang akan diambil
kira oleh mereka dalam memberikan sokongan kepada saya pada masa hadapan.
Akhirnya, kira-kira sejumlah USD 620 Juta telah dikembalikan kepada penghantar
dana-dana tersebut, Tanore Finance Corp dan baki sekitar RM 162 juta telah
dipindahkan ke salah satu akaun baharu yang telah dibuka oleh saya pada Ogos
2013.
Q223: Sila rujuk
kepada D639. Rekod perbualan emel yang disimpan oleh Joanna Yu menunjukkan
bahawa JL telah mengesahkan transaksi-transaksi ini dan kadar penukarannya
dengan Ambank. Adakah Dato’ Sri telah memberikan kuasa mengenai perkara ini?
J: Tidak. Sebagaimana yang saya sebutkan tadi saya serahkan
kepada Dato Azlin yang saya berpendapat telah dengan sendirinya menguruskan hal
yang sama dengan pihak bank atau melalui Nik Faisal. Saya tidak mempunyai
apa-apa pengetahuan berkenaan dengan komunikasi di antara JL dan Joanna Yu.
Saya bagaimanapun mendapati bahawa JL telah memaklumkan kepada Joanna Yu berkenaan
dengan transaksi yang dijangkakan ini. Mengambil maklum akan identiti
penghantar dana tersebut, JL nampaknya sudah berkomunikasi dengan Keluarga
Diraja Saudi berkenaan hal yang sama. JL juga didapati telah memaklumkan kepada
Joanna Yu bahawa surat lanjutan akan diberikan oleh Keluarga Diraja Saudi dan
akan diberikan kepada Ambank untuk melaporkan kepada BNM dan Tan Sri Zeti. Saya
percaya ini ada pada surat 1.3.2013 (D602).
Q224: D639 juga
menunjukkan bahawa JL telah memaklumkan kepada Joanna Yu bahawa beliau telah
dengan sendirinya melaporkan perkara berkaitan dengan akaun-akaun kepada Dato’
Sri. Apakah pendapat Dato’ Sri berkenaan perkara ini.
J: Saya tidak berkomunikasi dengan JL secara peribadi
berkenaan dengan akaun ini. Fakta-fakta transaksi dan baki-baki di dalam akaun
tersebut telah dimaklumkan kepada saya secara berkala oleh Dato’ Azlin Hal
seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini. Saya tidak faham mengapa pihak
bank tidak berurusan secara terus sama ada dengan Dato Azlin atau Nik Faisal
berkenaan perkara ini.
XXV. PEMULANGAN DERMA
YANG TIDAK DIGUNAKAN PADA TAHUN 2013
Q225: Sebagaimana
yang Dato’ Sri sebutkan, Dato’ Sri telah memutuskan untuk memulangkan semula
sebahagian besar wang yang tidak digunakan di dalam Akaun 694 kepada Tanore
Finance Corporation pada tahun 2013. Bagaimana ini dilakukan?
J: Saya telah mengarahkan Dato Azlin untuk berurusan dengan
Nik Faisal dan pihak bank untuk melaksanakan hal yang sama. Pada masa yang
sewajarnya, Dato Azlin telah membawa beberapa pucuk surat yang mana dikatakan
telah dirangka oleh pihak Bank untuk ditandatangani oleh saya bagi tujuan memulangkan
dana-dana tersebut kepada Tanore. Saya telah menandatangani kesemua surat
tersebut. Saya tidak berapa pasti tarikh sebenar transaksi tersebut tetapi
diberitahu pada Ogos 2013 bahawa USD 620 Juta telah dipulangkan kembali kepada
Tanore.
Q226: Mengapa jumlah
USD 620 juta secara khususnya?
J: Saya tidak memutuskan secara khusus berkenaan dengan
jumlah USD 620 Juta. Saya mengarahkan Dato Azlin untuk memulangkan jumlah
sebanyak RM2 Billion itu. Pada masa yang sewajarnya, Dato Azlin tela melaporkan
bahawa jumlah yang dikembalikan adalah sekitar USD 620 Juta yang mana lebih
kurang RM 2.02 billion.
Q227: Kenapa dana ini
dikembalikan kepada Tanore Finance Corp secara khususnya?
J: Tanore Finance Corp ada dirujuk di dalam surat bertarikh
1.3.2013 (D603). Apabila saya memutuskan untuk memulangkan dana dan bertanya
dari mana datangnya dana tersebut yang mana saya telah dimaklumkan bahawa penghantarnya
adalah Tanore Finance Corp seperti terkandung di dalam D603.
Saya juga turut memberitahu Dato Azlin untuk memaklumkan
kepada JL berkenaan dengan niat saya dan mengesahkan pihak yang mana saya sepatutnya
memulangkan semula dana-dana tersebut. Dato Azlin kemudiannya mengesahkan
bahawa JL telah menyatakan bahawa keluarga DiRaja Saudi mahukan dana tersebut
dipulangkan ke Tanore Finance Corp.
Dokumen-dokumen yang disediakan untuk ditandatangani oleh
saya telahpun mengandungi butiran perbankan Tanore. Butiran tersebut semestinya
telah diperolehi oleh Dato Azlin atau pihak bank dari JL.
Q228: Dana tersebut
telah ditukarkan kepada mata wang USD dalam beberapa transaksi penukaran mata
wang asing sebelum dipindahkan kepada Tanore. Pemindahan balik kepada Tanore
juga telah dilakukan secara berperingkat. Mengapakah kaedah ini digunapakai?
J: Sebagaimana yang saya sebutkan tadi, saya telah
menyerahkan hal tersebut kepada Dato Azlin Alias untuk beliau uruskan. Saya
tidak pasti kenapa kaedah ini digunakan. Saya hanya prihatin untuk memastikan
wang tersebut dikembalikan yang mana Dato Azlin selepas itu mengesahkan ia
telahpun dibuat. Hal ini kerana mereka tidak mahu pasaran terjejas disebabkan pemindahan
yang besar. Saya percaya Bank Negara tidak mahu penukaran matawang Ringgit
terjejas.
Q229: Sila rujuk pada
P60(6-7). Adakah Dato’ Sri menandatangani surat ini?
J: Ya, saya percaya bahawa saya ada menandatangani surat
ini. Surat ini diserahkan kepada saya oleh Dato Azlin yang memberitahu saya
bahawa ia telah dirangka oleh pihak bank sebagai sebahagian daripada proses pemulangan
dana tersebut. Butiran di dalam surat ini adalah daripada pihak bank. Saya
tidak ingat sama ada butiran Nik Faisal telah diisikan semasa saya menandatangani
surat ini.
Q230: Sila rujuk
P60(17). Adakah Dato’ Sri menandatangani surat ini?
J: Ya, saya percaya bahawa saya telah menandatangani surat
ini. Surat ini telah dibawa kepada saya oleh Dato Azlin yang telah memaklumkan
kepada saya bahawa surat ini telah dirangka oleh pihak bank dan diperlukan
sebagai salah satu proses pelaporan bank kepada BNM bagi membolehkan pihak bank
melaksanakan pemulangan dana tersebut. Selaras dengan arahan saya kepada Dato
Azlin, surat ini menyatakan bahawa saya memulangkan jumlah derma yang tidak
digunakan dan pemberian peribadi yang telah saya terima.
Sesalinan surat ini telah diserahkan kepada Encik Cheah.
Saya percaya ini bagi memastikan perkara tersebut dilaporkan kepada BNM dan Tan
Sri Zeti kerana Encik Cheah merupakan individu yang berurusan dengan mereka berhubung
dengan derma yang telah saya terima dari 2011 hingga 2013.
Setelah saya menandatangani surat tersebut, surat tersebut
telahpun diserahkan kepada Dato’ Azlin yang telah menyerahkan sesalinan kepada bank
atau Encik Cheah sama ada secara sendirinya ataupun melalui Nik Faisal.
Q231: Sila rujuk
P60(10). Adakah Dato’ Sri menandatangani surat ini?
J: Ya saya percaya bahawa saya telah menandatangani surat
ini. Surat ini diserahkan kepada saya oleh Dato Azlin yang memberitahu bahawa
ianya telah dirangka oleh pihak bank sebagai sebahagian daripada proses untuk memulangkan
dana-dana tersebut.
Q232: Dari manakah
maklumat berkenaan dengan butiran bank Tanore diperolehi?
J: Saya tidak pasti tetapi saya percaya Dato Azlin Alias
mungkin ada menerimanya sama ada daripada bank atau daripada JL memandangkan JL
adalah orang pengantara dengan Keluarga Diraja Saudi berkenaan dengan derma
yang diterima di dalam Akaun 694 dari tahun 2011 hingga 2013.
Q233: Sila rujuk
seperti yang berikut:-
a. P60(18) – NF
letter 31.7.2013 – FX ct 1 – USD200 Juta
b. P60(8) – NF letter
13.8.2013 - FX ct 2 + 3 – USD200 Juta
c. P60((9) – NF
letter 20.8.2013 – FX ct 4 – USD55 Juta
d. P60(11) – NF
letter 21.8.2013 – Fx ct 5 – USD165 Juta
Pernahkah Dato Sri
melihat surat-surat tersebut sebelum ini?
J: Saya tidak pernah melihat surat-surat ini pada tahun
2013. Walau bagaimanapun, saya percaya surat-surat ini ada ditunjukkan kepada
saya semasa rakaman percakapan saya diambil oleh SPRM. Surat-surat ini
menunjukkan arahan yang diberikan oleh Nik Faisal berkenaan dengan penukaran
mata wang asing dan pemindahan wang kepada Tanore Finance Corp. Saya percaya
perkara ini telah diuruskan di bawah pemantauan Dato Azlin.
Q234: Sila rujuk
kepada D650(38). Perbualan BBM di antara JL dan Joanna Yu menunjukkan bahawa JL
sedang berhubung dengan Joanna bagi mendapatkan persetujuan dalam transaksi
penukaran FX bagi pemulangan dana kepada Tanore Finance Corp. Empat (4) surat
yang dibuat oleh Nik Faisal sebagaimana dinyatakan di atas telah disediakan
oleh Joanna atas arahan JL. Adakah Dato’ Sri memberikan kuasa mengenai perkara
ini?
J: Tidak. Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan berkenaan
dengan hal ini. Sebagaimana yang saya sebutkan tadi, saya serahkan perkara ini
ke tangan Dato Azlin. Saya terkejut kenapa bank hendak berhubung dengan JL
apabila beliau tidak diberikuasa dalam apa jua keadaan oleh saya. Saya juga
tidak menyedari bahawa Nik Faisal telah mengambil arahan daripada JL berkenaan dengan
perkara ini.
XXVI. PENUTUPAN AKAUN 694 & PEMBUKAAN AKAUN 880, 906 DAN 898
Q235: Kenapa akaun
694 ditutup?
J: Hal ini kerana saya telah berniat untuk menghantar semula
sejumlah besar dana yang tidak digunakan kepada penderma. Saya telah berbincang
tentang perkara ini dengan Dato Azlin dan kami telah bersetuju supaya Akaun 694
ditutup. Bagi menguruskan sumbangan dan perbelanjaan dengan lebih baik berkaitan
dengan CSR, Dato Azlin telah mencadangkan supaya akaun baharu dibuka dan baki
dana digunakan sebagai dana permulaan untuk akaun baru itu.
Q236: Mengapakah Dato
Sri memutuskan untuk membuka tiga (3) akaun baru dan bukan hanya satu (1)
akaun?
J: Ini dilakukan selepas saya dimaklumkan bahawa terdapat
beberapa pihak yang dijangka akan memberi sumbangan lanjut kepada saya secara
peribadi selepas menyedari sumbangan yang telah saya lakukan kepada politik,
sosial dan program CSR bagi tujuan kebajikan dari 2011 hingga 2013. Disebabkan ini,
Dato Azlin mencadangkan bahawa akaun berbeza dibuka supaya sumbangan tersebut
dapat diurus dengan lebih baik. Memandangkan saya melihat tiada isu berkenaan
hal ini, saya pun bersetuju.
Q237: Rujuk pada
P57(1), P58(1) & P59(1). Adakah Dato’ Sri menandatangani Borang Pembukaan
Akaun ini?
J: Ya. Dari ingatan, saya percaya bahawa ianya telah
diberikamn kepada saya oleh Dato Azlin dan saya telah menandatangani dan
memulangkan borang tersebut kepada beliau untuk tindakan lanjut. Saya tidak
pasti sekiranya Dato Azlin berurusan secara langsung dengan Encik Cheah atau
melalui Nik Faisal (yang saya faham telah sekali lagi dilantik menjadi individu
yang dipertanggungjawabkan) untuk membuka akaun-akaun tersebut. Saya sekarang
faham bahawa hasilnya, akaun semasa berikut telah dibuka pada Ogos 2013:-
(a) Akaun No. 2112022011880 (“Akaun 880”)
(b) Akaun No. 2112022011906 (“Akaun 906”)
(c) Akaun No. 2112022011898 (“Akaun 898”)
Q238: Bilakah Borang
Pembukaan Akaun ini ditandatangani?
J: Berdasarkan tarikh akaun dibuka sebagaimana digambarkan
di dalam Borang, saya percaya ia sekitar Julai 2013.
Q239: Joanna Yu
memberikan keterangan bahawa beliau memberitahu tentang tujuan pembukaan tiga
(3) akaun baharu oleh JL. Ada anda berhubung dengan JL berkenaan dengan
pembukaan tiga (3) akaun baharu?
J: Tidak sama sekali. Sekali lagi, saya terkejut kenapa
pihak bank berurusan dengan JL apabila beliau tidak pernah sama sekali
diberikuasa untuk berhubung dengan bank akan perkara berkaitan dengan akaun
saya.
Q240: Joanna Yu juga
memberikan keterangan bahawa JL ada mengarahkan beliau untuk mendapatkan
kelulusan untuk menggunakan nama lain bagi akaunakaun baharu:-
(a) Akaun 880:
Account : AmPrivate Banking – 1MY
(b) Akaun 906:
Account : AmPrivate Banking – MY
(c) Akaun 898:
AmPrivate Banking – Y1MY
Adakah Dato’ Sri mengarahkan
perkara ini?
J: Tidak sama sekali. Saya tidak diberitahu tentang hal ini
dan tidak membenarkan hal yang sama. Hakikatnya, buku cek yang saya terima
tidak menunjukkan nama akaun tersebut atau apa-apa nama akaun. Saya tidak tahu kenapa
pihak bank mengambil arahan daripada seseorang yang tidak berikan kuasa oleh
saya untuk berurusan dengan akaun saya.
Q241: Adakah Dato’
Sri tahu bahawa Joanna Yu, Daniel Lee dan Krystal Yap sekali lagi dilantik
menjadi Pengurus Perhubungan bagi Akaun 880, 906 dan 898?
J: Tidak. Saya tidak pernah berurusan dengan
individu-individu ini dan tidak pernah diberitahu bahawa mereka mempunyai
peranan di dalam pengurusan akaun-akaun saya.
Q242: Adakah Dato Sri
melantik Nik Faisal sebagai individu yang diberikuasa berkenaan dengan Akaun
880, 906 dan 898?
J: Dato Azlin ada memaklumkan kepada saya bahawa beliau
memilih Nik Faisal untuk terus bertindak selaku individu yang diberikuasa untuk
akaun-akaun baharu. Ianya seperti kesinambungan daripada Akuan 694 yang lama.
Saya ada menandatangani beberapa surat yang diserahkan oleh Dato Azlin kepada saya
berkenaan dengan tujuan ini.
Q243: Saya merujuk
Dato’ Sri kepada P57(25). Adakah Dato’ Sri menandatangani surat ini?
J: Saya tidak dapat memastikan hal tersebut. Dokumen ini
bertarikh sebelum akaun baru dibuka jadi ianya sesuatu yang agak pelik. Nombor
akaun bagi akaun baru juga tidak dinyatakan di dalam surat ini. Surat ini
kelihatan tidak lengkap.
Surat ini ditunjukkan kepada saya apabila rakaman percakapan
saya diambil oleh SPRM. Saya mengakui telah menandatanganinya berdasarkan
dokumen tetapi tidak diberitahu bahawa terdapat dokumen lain di dalam simpanan pihak
bank di mana tiada dokumen asal. Menyedari hal ini dan kewujudan dokumen-dokumen
lain yang mana saya percaya tandatangan saya dipalsukan, saya tidak dapat
mengesahkan kebenaran dokumen ini.
Walau bagaimanapun, saya mengesahkan bahawa saya kemudiannya
mengetahui bahawa Nik Faisal telah dilantik untuk membuat semakan ke atas baki
akaun dan untuk mengesahkan cek-cek yang jumlahnya tidak melebihi RM250,000.00
berkenaan dengan akaun-akaun baru yang telah dibuka pada Julai 2013. Ini telah
dilaporkan kepada saya oleh Dato Azlin yang saya percaya juga melihat hal yang
sama.
Q244: Boleh saya
rujuk anda pada P57(33). Adakah Dato’ Sri menandatangani dokumen ini?
J: Saya tidak dapat mengesahkannya memandangkan dokumen asal
tidak pernah dikemukakan kepada Mahkamah. Tandatangan di atas dokumen ini tidak
kelihatan seperti ditulis. Walaupun saya dimaklumkan bahawa Nik Faisal diberikuasa
untuk membuat semakan dan membuat pengesahan cek seperti dinyatakan sebelum
ini, saya tidak ingat bahawa Dato Azlin juga ada memberitahu saya bahawa beliau
telah memilih Nik Faisal untuk menjalankan transaksi debit khusus berkenaan
dengan akaun-akaun baru. Ternyata, surat ini memanjangkan mandat yang diberikan
di dalam surat terdahulu dan ditarikhkan secara manual.
Walaupun saya telah dirujuk dengan dokumen ini apabila
rakaman percakapan saya diambil oleh SPRM dan pada masa itu mengakui telah menandatanganinya
pada pandangan sepintas lalu akan dokumen yang ditunjukkan kepada saya pada
peringat tersebut, SPRM tidak memaklumkan kepada saya bahawa terdapatnya
dokumen yang tidak asli di dalam simpanan bank. Menyedari ini dan kewujudan
dokumen lain yang mana saya percaya tandatangan saya telah dipalsukan, saya
tidak boleh mengakui akan kebenaran dokumen ini.
Q245: Adakah Dato’
Sri menyedari bahawa sebelum akaun 694 ditutup, jumlah RM150 juta telah
dipindahkan dari akaun 694 ke akaun 880 pada 27.8.2013, jumlah lain
RM12,436,711.87 yang mana merupakan baki akaun di dalam Akaun 694 yang
dipindahkan pada 30.8.2013 dan RM 82.67 merupakan jumlah di dalam akaun 481
dipindahkan ke Akaun 880 pada 30.8.2013?
J: Saya ingat bahawa jumlah di dalam akaun 694 selepas
pemulangan dana ke Tanore telah dipindahkan ke akaun baharu sebelum Akaun 694
ditutup. Walau bagaimanapun, saya tidak dapat mengingati jika diberitahu akan
tarikh transaksi tersebut. Walau bagaimanapun saya masih ingat bahawa Dato
Azlin Alias ada memberitahu saya bahawa baki akaun telah dipindahkan ke akaun baru
semasa saya menerima buku cek yang mana saya sekarang tahu adalah Akaun 906 dan
898.
Q246: Boleh saya
rujuk Dato Sri kepada P60(1). Adakah Dato Sri menandatangani dokumen ini?
J: Saya tidak dapat mengesahkannya memandangkan dokumen asal
tidak pernah dikemukakan kepada Mahkamah. Tandatangan pada dokumen ini juga kelihatannya
tidak ditulis. Walaupun saya masih ingat ada menandatangani dokumen yang
diberikan kepada saya oleh Dato Azlin Alias berkenaan dengan penutupan Akaun
694, saya tidak dapat sahkan jika saya benar-benar menandatangani surat ini.
Walaupun saya telah dirujuk kepada dokumen ini sewaktu
rakama percakapan saya diambil oleh SPRM dan pada masa itu mengakui ada
menandatanganinya berdasarkan pandangan sepintas lalu akan dokumen yang
ditunjukkan kepada saya pada peringkat itu, SPRM tidak memaklumkan kepada saya
bahawa tiadanya dokumen asal di dalam simpanan pihak bank. Menyedari hal ini
dan kewujudan dokumen lain yang mana saya percaya tandatangan saya telah dipalsukan,
saya tidak boleh mengakui akan kesahihan dokumen ini.
Q247: Adakah terdapat
cek yang tidak digunakan semasa Dato Sri menutup Akaun 694?
J: Ya. Saya ada memberikan yang sama kepada Dato Azlin untuk
diserahkan kepada bank memandangkan saya diberitahu bahawa pihak bank memerlukannya
untuk diserah kembali sewaktu Akaun 694 ditutup.
Q248: Bagaimana Dato
Sri menjelaskan bahawa Dato Sri berurusan dengan Dato Azlin Alias dan juga Nik
Faisal berkenaan dengan akaun Dato Sri dengan Ambank sedangkan perbualan BBM
menunjukkan bahawa JL adalah orang utama yang mengarahkan pihak bank melalui
Joanna Yu berkenaan dengan akaun Dato Sri?
J: Saya tidak boleh menjelaskan hal ini. Saya sejujurnya
terkejut bahawa pihak bank berurusan dengan JL kerana pemberian kuasa bertulis
diberikan kepada Nik Faisal. Saya tidak membenarkan JL untuk berurusan dengan
pihak bank berkenaan dengan akaun saya dan saya tidak dimaklumkan tentang
perkara itu.
JL telah memilih untuk tidak memberitahu saya akan
penglibatan beliau dalam berurusan dengan akaun saya. Ianya sangat jelas hasil
daripada perbicaraan ini dan penemuan dokumen-dokumen bahawa beliau aktif dalam
menyembunyikan fakta ini daripada saya.
XXVII. OPERASI AKAUN
880, 906 & 898
Q249: Dato’ Sri ada
sebutkan bahawa akaun baru dibuka atas jangkaan sumbangan lanjut CSR yang akan
diberikan kepada Dato’ Sri. Apakah kepercayaan Dato Sri berkenaan dengan sumber
dana yang dipindah masuk ke dalam akaun baru?
J: Apabila akaun baru dibuka, saya berpegang kepada
kepercayaan bahawa dana di dalam akaun baru tersebut datang daripada derma yang
diterima di dalam Akaun 694. Berdasarkan ini, saya terus menggunakan dana
tersebut terutamanya ke arah politik, sosial dan tujuan kebajikan yang mana
saya rasa perlu sebagai sebahagian daripada aktiviti CSR persendirian saya.
Dato Azlin juga ada memberitahu saya bahawa sumbangan ke
arah usaha CSR saya boleh dibuat melalui Yayasan Rakyat 1 Malaysia (YR1M). Dato
Azlin Alias merupakan salah seorang pemegang amanah YR1M dan saya percaya bahawa
sumbangan tersebut akan diberikan kepada saya sekiranya hal tersebut diluluskan
oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah (Board of Trustees).
Sekitar tahun 2014, Dato Azlin juga ada memberitahu saya
bahawa derma lanjut juga telah diterima daripada Raja Abdullah melalui
pemindahan mata wang asing. Saya percaya perkara ini semestinya telah
dimaklumkan kepada beliau oleh JL. Saya juga pada masa yang terdekat ada
ditunjukkan sepucuk surat bertarikh 1.6.2014 daripada wakil Raja Abdullah yang
sama seperti tiga surat terdahulu. Saya difahamkan bahawa kewujudan derma-derma
ini dan surat tersebut telah dilaporkan kepada pihak bank, BNM dan Tan Sri Zeti
secara langsung.
Ini membentuk asas kepada kepercayaan saya bahawa apa-apa
jumlah di dalam akaun baru adalah dana yang boleh saya gunakan atas budi bicara
mutlak saya.
Q250: Apakah sumber
dana YR1M?
J: Saya tidak tahu secara pastinya memandangkan YR1M
diuruskan oleh Lembaga Pemegang Amanahnya sendiri tetapi apa yang saya faham
adalah bahawa YR1M menerima derma dan sumbangan daripada beberapa syarikat korporat.
Q251: Bagaimana Dato
Sri menggunakan dana daripada akaun baru?
J: Semasa saya dimaklumkan tentang pembukaan akaun baru,
Dato Azlin Alias telah memberikan saya beberapa buku cek. Jika ingatan saya
betul, Dato Azlin memberikan saya 10 buku cek. Pada ketika saya menerima buku
cek tersebut saya diberitahu bahawa dana tersebut adalah dari Akaun 694 yang
telah dipindahkan ke dalam akaun-akaun tersebut.
Q252: Terdapat tiga
(3) akaun dibuka tetapi anda hanya menerima buku cek bagi dua (2) akaun sahaja.
Mengapakah begitu?
J: Apabila saya diberi buku cek oleh Dato Azlin beliau
memaklumkan kepada saya ini adalah untuk akaun baharu yang telah saya buka.
Saya tidak pada waktu itu sedar tiada buku cek diberikan untuk satu akaun lagi.
Sekali lagi saya tekankan bahawa saya telah menyerahkan pengurusan akaun-akaun kepada
Dato Azlin yang saya percayai. Cek tersebut ditunaikan oleh saya setelah Dato
Azlin menasihatkan saya sama ada terdapat dana di dalam akaun saya. Saya tidak
ingat Dato Azlin pernah menyebut bahawa tiada buku cek diberikan untuk satu
akaun lagi.
Q253: Bagaimana Dato
Sri memantau baki di dalam bank sebelum pengeluaran cek dari akaun baharu?
J: Ianya adalah sama sebagaimana Akaun 694 terdahulu. Secara
berkalanya, Dato Azlin Alias akan memaklumkan kepada sata terdapatnya wang yang
telah dipindah masuk ke dalam akaun baru. Saya tidak diberitahu secara terperinci
akan transaksi tersebut dan menyerahkannya untuk diuruskan oleh Dato Azlin.
Sebelum mana-mana cek berjumlah besar dikeluarkan, saya ada memaklumkan kepada
Dato Azlin Alias hal yang sama dan bertanya sama ada terdapat dana yang
mencukupi untuk mengeluarkan cek. Dato Azlin akan memastikan terdapat dana yang
mencukupi dan saya akan meneruskan dengan pengeluaran cek. Memandangkan tiada
isu sepanjang tiga (3) tahun Akaun 694 beroperasi saya tidak menjangkakan
sesuatu yang tidak baik. Cek yang saya keluarkan sentiasa diluluskan kecuali
satu atau dua keadaan di mana Dato Azlin memberitahu saya bahawa saya perlu
mengeluarkan kembali cek disebabkan terdapatnya kesilapan di dalam butiran yang
diisi. Saya dengan itu yakin dengan kepercayaan bahawa akaun tersebut adalah
berdasarkan sumber yang sewajarnya.
Q254: Boleh saya
rujuk Dato Sri pada D650(38), muka surat 11. Pada 27.8.2013, JL memaklumkan
Joanna bahawa Dato’ Sri telahpun mula menulis cek daripada akaun baru.
Terdapatnya cek bernombor 00151 yang bertarikh 24.8.2013 bagi RM5 Juta kepada
Yayasan Permata Malaysia yang dikeluarkan daripada Akaun 898 (D217A&B) dan
terdapatnya cek bernombor 0052 yang bertarikh 26.8.2013 bagi RM268k kepada
Jakel Trading (D117A & B). Bagaimana JL mendapat tahu Dato Sri mula menulis
cek daripada akaun baharu?
J: Saya tidak dapat pastikannya. Saya tidak berhubung dengan
JL berkenaan dengan cek yang saya keluarkan dari akaun baru. Individu yang saya
maklumkan hanyalah Dato Azlin Alias yang juga berkemungkinan memberitahu Nik
Faisal. Saya hanya dapat mengagak bahawa JL ada berhubungan dengan salah
seorang daripada mereka. Saya bagaimanapun tidak membenarkan mereka untuk
melepaskan butiran perbankan saya kepada JL.
Q255: Pernahkah Dato
Sri melihat penyata bank berkenaan ketiga (3) akaun baru pada masa itu?
J: Tidak. Saya percaya bahawa penyata bank telah disimpan
oleh Dato Azlin. Baru-baru ini semasa perbicaraan kes ini, saya mendapat tahu
bahawa JL telah mengambil langkah untuk memastikan penyata bank tidak
diserahkan kepada saya dan disimpan oleh Joanna Yu.
Q256: Boleh saya
rujuk Dato Sri kepada P57(6). Pernahkah Dato Sri melihat dokumen tersebut
sebelum ini?
J: Saya hanya melihat dokumen ini apabila peguam saya
membawa ke perhatian saya apabila dikemukakan ke Mahkamah. Saya tidak secara
khusunya membenarkan pengeluaran surat ini dan tidak menyedari hal yang sama.
Saya tidak mempunyai sebab untuk menyebabkan penyata bank saya dikekalkan.
Dato Azlin Alias juga tidak pernah memaklumkan kepada saya
bahawa inilah sebabnya. Saya beranggapan bahawa beliau ada menerimanya dan menguruskan
rekodnya. Hanyalah baru-baru ini saya sedar bahawa penyata bank tersebut telah
disimpan jauh daripada saya dengan niat bagi mengelakkan saya daripada mendapat
tahu keadaan sebenar akaun baru itu.
Q257: Adakah Dato Sri
membenarkan pihak bank untuk menerima arahan berkenaan dengan pemindahan wang
dari mana-mana akaun dengan menghantar wang tersebut secara elektronik?
J: Tidak dalam pengetahuan saya. Saya tidak akan melakukan
hal sedemikian memandangkan saya hanya berniat untuk menggunakan dana tersebut
selaras dengan pengeluaran cek tersebut. Berdasarkan kepercayaan saya, selain daripada
pemindahan dana keluar daripada 694 (kepada Tanore ke akaun baru) tidak
terdapat mana-mana pemindahan wang dengan cara yang lain.
Berkenaan dengan akaun-akaun baru, pada ketika itu saya
tidak menyedari akan apa-apa pemindahan wang selain daripada cek yang saya
keluarkan kecuali dana yang dipindahkan apabila akaun baru ditutup.
Q258: Sila rujuk
P57(2-3) dan P57(31-32). Adakah Dato Sri menandatangani dokumen ini?
J: Saya tidak dapat mengesahkannya. Kedua-dua dokumen ini
tidak bertarikh. P57(2-3) adalah Salinan di mana P57(31-32) kelihatannya tidak
lengkap. Walaupun saya ada dirujuk kepada salah satu daripada dokumen-dokumen
ini apabila rakaman percakapan saya diambil oleh SPRM dan pada masa itu mengakui
ada menandatanganinya berdasarkan pada pandangan sepintas lalu akan dokumen
yang ditunjukkan kepada saya pada peringkat itu, SPRM tidak memaklumkan kepada
saya bahawa terdapat beberapa dokumen di dalam simpanan pihak bank yang tidak
mempunyai dokumen asal. Menyedari ini dan kewujudan dokumen lain yang mana saya
percaya tandatangan saya dipalsukan, saya tidak boleh mengakui kesahihan
dokumen-dokumen ini.
Dalam apa jua keadaan, berdasarkan keadaan dokumen yang
tidak lengkap ini, saya tidak faham bagaimana pihak bank boleh bergantung
kepadanya.
XXVIII. BAKI SEBENAR
DI DALAM AKAUN-AKAUN BARU
Q259: Keterangan yang
telah dikemukakan semasa kes pihak pendakwaan menunjukkan bahawa Akaun 880, 906
dan 898 telah kerap kali berada dalam keadaan overdrawn hasil daripada cek yang
dikeluarkan apabila akaun tersebut tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk
menunaikan cek-cek tersebut. Adakah Dato Sri menyedari hal tersebut?
J: Tidak sama sekali. Sebagaimana yang saya katakan, sebelum
cek dikeluarkan, saya sentiasa dimaklumkam oleh Dato Azlin bahawa terdapat baki
yang mencukupi di dalam akaun-akaun saya. Saya tidak akan mengeluarkan cek sekiranya
saya tahu sebaliknya. Hampir kesemua penerima cek dikeluarkan oleh saya melalui
akaun-akaun ini adalah untuk cabang komponen Barisan Nasional, UMNO, pelbagai
kebajikan, pembiayaan untuk pemberi khidmat dan kontraktor bagi barang-barang
dan servis yang dibekalkan dan lain-lain tujuan sosial, politik dan kebajikan.
Ia akan menjadi sesuatu yang sangat memalukan kepada saya sekiranya cek saya
tidak dapat ditunaikan. Saya tidak akan mengambil risiko tersebut. Seingat
saya, tiada satu pun pembayaran yang perlu diselesaikan dengan kadar segera dan
hampir kesemua sumbangan telah dikeluarkan apabila penerima datang berjumpa
dengan saya untuk mendapatkan sumbangan. Saya bersetuju untuk memberikan
sumbangan ini kerana saya diberitahu masih terdapat dana yang mencukupi.
Q260: Mahkamah ini
telah mendengar dan melihat keterangan yang menunjukkan setiap kali akaun baru
berada dalam keadaan overdrawn, Joanna Yu akan melaporkan hal yang sama kepada
JL. JL selepas itu akan memberikan dana dengan segera bagi membolehkan akaun
beroperasi seperti biasa. JL juga telah mengambil pelbagai langkah dalam
memastikan pihak bank tidak menolak mana-mana cek yang saya keluarkan. JL
kelihatannya telah menyebabkan Nik Faisal untuk menandatangani beberapa surat
kepada pihak bank dalam usaha untuk mendapatkan sedikit masa bagi membolehkan
beliau memasukkan dana. Adakah Dato’ Sri sedar akan hal ini?
J: Tidak sama sekali. Saya hanya mendapat tahu tentang hal
ini apabila keterangan ditunjukkan kepada Mahkamah. Saya terkejut. Saya tidak
pernah memberikan kebenaran kepada Dato Azlin, Nik Faisal atau pun JL untuk melakukan
tindakan sedemikian. Saya tidak pernah diberitahu mengenai keadaan overdrawn
akaun-akaun saya. Saya difahamkan bahawa keadaan overdrawn adalah hasil
daripada pengeluaran cek oleh saya. Ini secara jelasnya menunjukkan bahawa saya
tidak pernah diberitahu akan baki sebenar di dalam akaun-akaun saya apabila
saya membuat pertanyaan sebelum pengeluaran cek tersebut. Ianya bukanlah satu
keadaan di mana saya mengeluarkan cek dan menyuruh mereka memasukkan dana. Saya
tidak akan melakukan hal ini apabila mengetahui bahawa bank tidak akan
bersetuju untuk menahan cek yang tidak dapat ditunaikan. Saya juga ingin mengulangi
bahawa kesemua pembayaran tersebut tidak perlu dibuat dalam keadaan terdesak.
Q261: Sebagai
sebahagian daripada usaha untuk menyeragam akaun-akaun tersebut, keterangan
menunjukkan bahawa JL akhirnya telah menyebabkan lebih daripada RM12 juta secara
tunai dipindahkan ke dalam akaun-akaun baru secara berperingkat dan dengan
bantuan Joanna Yu. Perkara ini berterusan walaupun Joanna Yu telah memberikan
amaran kepada JL bahawa disebabkan banyak keadaan yang mana akaun berada dalam
keadaan OD serta kemasukan wang tunai dengan jumlah yang besar, bank telah
mengeluarkan amaran (red flags) AMLA. Adakah Dato Sri sedar tentang ini?
J: Tidak. Tidak sama sekali. Saya tidak akan membiarkan
perkara ini terjadi. Saya pada masa tersebut merupakan Perdana Menteri dan juga
merupakan orang politik yang dikenali di dalam negara. Sekiranya berita
terbongkar bahawa akaun-akaun bank yang didaftarkan di atas nama saya telah
diberikan amaran oleh BNM disebabkan kemasukan tunai sebanyak RM12 Juta, ia semestinya
akan digunakan oleh pihak pembangkang sebagai usaha untuk merosakkan reputasi
saya. Ini secara tidak langsung akan menjadi tuduhan rasuah memandangkan ia
melibatkan sejumlah wang tunai yang besar. Saya tidak akan membiarkan akaun
peribadi saya berdepan dengan risiko amaran AMLA oleh BNM. Saya dengan rendah
diri meminta Mahkamah yang Mulia ini untuk melihat tindakan tidak rasional ini.
Saya tidak tahu akan kejadian ini. Sekiranya saya mempunyai apa-apa pengetahuan
mengenai perkara ini, saya akan dengan serta-merta membuat semakan berkenaan
transaksitransaksi di dalam akaun-akaun baru kerana ia akan menunjukkan bahawa saya
tidak dimaklumkan mengenai perkara sebenar.
Q262: Boleh saya
rujuk Dato Sri pada P57(23) dan P638. Pernahkah Dato Sri melihat surat-surat
ini sebelumnya?
J: Tidak, saya tidak pernah melihat surat-surat ini dan saya
tidak pernah memberikan kebenaran supaya surat yang sama dikeluarkan kepada
pihak bank. Saya tidak pernah diberitahu akan surat-surat ini juga. Dalam
fikiran saya, pengeluaran surat ini melangkaui kuasa Nik Faisal sebagimana dinyatakan
di dalam dua surat mandat bertarikh 20.6.2013 [P57(25)] dan 31.7.2013 [P57(30)]
sungguhpun surat tersebut adalah asli. Isi kandungan surat lain bertarikh
26.8.2013 [P57(33)] tidak membenarkan Nik Faisal untuk mengeluarkan dua (2)
surat ini kepada pihak bank.
Q263: Adakah isu
berkaitan dengan amaran (red flags) AMLA dibawa ke perhatian Dato Sri?
J: Tidak. Tidak sama sekali oleh bank, BNM atau mana-mana
pihak memberitahu saya secara peribadi akan tindakan berkenaan dengan
akaunakaun saya. Semasa perbicaraan, ia ditunjukkan bahawa Ambank telah didenda
atas kegagalan untuk mematuhi kewajiban pelaporan. Sekiranya bank telah
memaklumkan kepada saya, semestinya saya akan sedar mengenai hal ini.
Sebagaimana yang saya katakana tadi, kewujudan akaun ini dan tujuan pemindahan
wang (yang dikatakan kepada saya adalah pemberian atau derma) tidak pernah
dirahsiakan daripada pihak berkuasa. Saya tidak faham kenapa hal ini tidak
pernah sampai kepada saya sebagai pemegang akaun.
XXIX. PEMINDAHAN
ANTARA AKAUN (INTER ACCOUNT TRANSFER)
Q264: Mahkamah ini
telah mendengar dan melihat keterangan yang menunjukkan selepas JL menyebabkan
dana dipindahkan ke akaun baru, beliau akan mengarahkan Joanna untuk merangka
surat untuk ditandatangani oleh Nik Faisal bagi pemindahan dana di antara
akaun. Adakah Dato’ Sri sedar akan pemindahan wang di antara akaun ini?
J: Tidak. Transaksi ini tidak pernah sama sekali dilaporkan
kepada saya oleh Dato Azlin atau Nik Faisal. Saya telah diyakinkan untuk
percaya bahawa terdapat dana di dalam akaun sebelum mengeluarkan cek. Saya
percaya dana tersebut dipindahkan secara langsung ke dalam akaun. Walau
bagaimanapun, saya menerima bahawa ia tidak menjadi kesalahan bagi Nik Faisal
membuat pemindahan dana secara antara akaun. Walau bagaimanapun, saya tidak pernah
membenarkan arahan diberikan oleh JL atau membenarkan kaedah dan tujuan yang
mana pemindahan antara akaun ini dilakukan.
XXX. PEMINDAHAN ASING
Q265: Dokumen
perbankan menunjukkan pemindahan mata wang asing seperti berikut berjumlah
sekitar RM49 Juta yang dipindahkan ke dalam Akaun 880 dan keterangan
dokumentari menunjukkan bahawa transaksi ini telah dilakukan atas arahan JL:-
Adakah Dato Sri sedar
akan transaksi-transaksi ini secara terperincinya?
J: Tidak secara terperinci. Sebagaimana yang saya sebutkan,
saya diberitahu oleh Dato Azlin pada 2014 bahawa terdapat pemindahan mata wang
asing ke dalam akaun yang mana dikatakan sebagai derma lanjutan daripada Raja Abdullah.
Saya ditunjukkan satu surat bertarikh 1.6.2014 untuk membuktikannya dan telah
dimaklumkan bahawa surat yang sama telah diberikan kepada bank. Saya juga
difahamkan bahawa pemindahan wang dilaporkan kepada BNM sebagai derma daripada
Raja Abdullah dan surat tersebut juga dibawa kepada perhatian Tan Sri Zeti oleh
Ambank.
Q266: Boleh saya
rujuk Dato Sri pada D604. Adakah ini surat bertarikh 1.6.2014 yang Dato Sri
sebutkan?
J: Ya. Surat ini diserahkan kepada bank dan Dato Azlin oleh
JL. Saya juga diberikan sesalinan dokumen ini oleh SPRM apabila rakaman
percakapan saya direkodkan.
XXXI. DERMA SECARA
UMUMNYA
Q268: Adakah Dato’
Sri, pada bila-bila masa, cuba untuk mengesahkan fakta berkenaan dengan derma
Arab Saudi secara formal melalui Wisma Putra?
J: Tidak.
Q269: Kenapa tidak?
J: Ini adalah kerana pemakluman berkenaan dengan derma ini
hadir tidak lama selepas Raja Abdullah secara peribadi menyatakan sokongan
kepada saya sewaktu kunjungan pada Januari 2010. Disebabkan juga oleh peranan
JL dan perkara-perkara yang menguatkan kepercayaan saya terhadap hubungannya yang
kuat dengan Keluarga Diraja Saudi dan peranannya yang diiktiraf sebagai
pengantara, saya tidak mempunyai sebab yang munasabah untuk meragui kesahihan
derma tersebut. Walau bagaimanapun, saya mesti tekankan bahawa kepercayaan saya
bahawa dana tersebut adalah derma bukanlah sesuatu yang dirahsiakan oleh saya.
Perkara ini telah dimaklumakan kepada Ambank dan kesemua transaksi dan dokumen
telah dilaporkan kepada BNM dan Tan Sri Zeti sendiri. Tiada pada bila-bila masa
isu ini dibangkitkan.
Q270: D601, D602,
D603 dan D604 dirujuk. Apakah yang menyebabkan anda mempercayai bahawa
surat-surat ini sebenarnya daripada Keluarga Diraja Saudi?
J: Surat-surat ini daripada JL yang saya sebutkan tadi
dengan jelas merupakan seorang yang mempunyai hubungan yang kuat dengan Kerabat
Saudi. Saya juga sedar surat ini telah diserahkan kepada Ambank dan BNM. Saya
berasa lega pada hakikatnya berkenaan dengan pelaporan surat-surat ini kepada BNM
dan Tan Sri Zeti sendiri. Fakta bahawa BNM tidak pernah membangkitkan apa-apa
tanda merah dari 2011 hingga 2014 walaupun kesemua transaksi ini menyebabkan
saya percaya bahawa semuanya seperti apa yang dikatakan kepada saya.
XXXII. TRANSAKSI KREDIT
DARIPADA PBSB DAN PPC
Q271: Keterangan
dokumentari mengenai transaksi perbankan dan perbualan BBM yang melibatkan
Joanna Yu bersama-sama dengan keterangan Joanna Yu menunjukkan:-
a) RM 27 Juta telah
dipindahkan ke dalam Akaun 880 daripada Permai Binaraya Sdn Bhd (PBSB) pada
8.7.2014;
b) RM 27 Juta ini
adalah sebahagian daripada RM 35 Juta yang telah disalur keluar daripada SRC ke
Putra Perdana Construction (PPC) dan daripada PPC ke PPSB pada hari yang sama;
c)
Transaksi-transaksi ini menunjukkan ianya telah dijalankan atas arahan JL yang
telah melakukannya apabila baki di dalam akaun baru telah berkurangan seperti
yang telah dimaklumkan oleh Joanna Yu;
d) Semasa menjalankan
transaksi tersebut, JL telah mengatakan kepada Joanna Yu bahawa RM 27 Juta ini
juga merupakan suatu derma daripada ‘HRH’;
e) Selepas RM 27 Juta
ini dikreditkan ke dalam Akaun 880, JL telah mengarahkan Joanna supaya
menyediakan surat berupa arahan yang mana ia telah dilaksanakan oleh Nik Faisal
(P278) bagi memindahkan sebahagian dana ke dalam Akaun 906 dan 898 dan wang
tersebut seterusnya telah digunakan berdasarkan cek yang telah dikeluarkan daripada
akaun-akaun tersebut.
Adakah Dato’ Sri
mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai transaksi ini dan perkara yang
dinyatakan di atas?
J: Tidak. Saya tidak dimaklumkan mengenai transaksi ini dan
peristiwaperistiwa yang berlaku pada bila-bila masa. Saya juga tidak pernah dimaklumkan
bahawa terdapatnya urusniaga yang melibatkan wang-wang itu daripada SRC melalui
PPC dan PBSB sebelum ianya diremitkan ke dalam akaun saya. Tiada seorang pun
yang melaporkan hal ini kepada saya. Ianya adalah suatu yang agak jelas bahawa
saya tidak dimaklumkan tentang kebenaran di sebalik asal usul dana-dana di
dalam akaun-akaun baru tersebut. Sekiranya saya tahu wang ini adalah daripada
SRC, saya tidak akan menerimanya. Sekali lagi melihat keadaan sekeliling, ianya
adalah suatu yang tidak masuk akal dan adalah tidak waras bagi saya untuk
bersetuju dengan rela hati menerima wang daripada syarikat yang dimiliki oleh MKD
ke dalam akaun peribadi saya. Dana SRC adalah di dalam dana utama, yang
merupakan dana pinjaman yang seharusnya dibayar balik. Ia adalah suatu yang
tidak masuk akal bagi saya untuk bersetuju menerima dana pinjaman tersebut.
Keadaan sekeliling tersebut hanyalah didedahkan apabila
keteranganketerangan yang telah diperoleh oleh Peguambela saya semasa
Perbicaraan ini. Saya ada merumuskan Pernyataan yang dibuat kepada saya
vis-Ã -vis dana di dalam akaun baharu. Saya telah menggunakan dana di dalam
akaun baharu melalui cek yang telah saya keluarkan daripada Akaun 898 dan 906
dengan kepercayaan bahawa dana-dana tersebut telah diberikan kepada saya secara
sah di sisi undang-undang supaya saya dapat menggunakannya bagi tujuan CSR.
Sekali lagi, saya perlu menekankan bahawa saya tidak
mempunyai apa-apa pengetahuan berkenaan dengan sumber sebenar dana daripada SRC
dan tidak mempunyai apa-apa penglibatan di dalam pemindahan keluar wang
daripada akaun SRC.
Q272: Keterangan
dokumentari berkenaan dengan transaksi perbankan dan perbualan BBM melibatkan
Joanna Yu bersama-sama dengan keterangan Joanna Yu mendedahkan:-
a) Pada atau sekitar
10.9.2014 Akaun 906 telah masuk ke dalam OD selepas cek bernombor 311 bertarikh
9.9.2014 yang berjumlah RM 5 Juta kepada UMNO (D184A & B) telah ditunaikan
daripada Akaun 906 dan diserahkankan untuk pembayaran pada 9.9.2014;
b) Joanna seterusnya
melaporkan kepada JL berkenaan OD yang seolaholah mengarahkan Jerome Lee untuk
memindahkan RM 5 Juta ke dalam Akaun 906 daripada PPC pada 10.9.2014 untuk
menyeragamkan Akaun 906 dan bagi memastikan cek yang diserahkan itu tidak ditendang.
Adakah Dato’ Sri
mempunyai sebarang pengetahuan berkenaan dengan transaksi ini dan
perkara-perkara di atas?
J: Tidak saya tidak tahu. Sebelum saya mengeluarkan cek
berjumlah RM 5 Juta kepada UMNO saya akan memeriksanya dengan Dato Azlin
berkenaan dana yang sedia ada dan saya akan dimaklumkan bahawa terdapatnya dana
yang mencukupi. Fakta yang menunjukkan terdapatnya usaha yang telah diambil oleh
JL hanya selepas beliau dimaklumkan mengenai hal itu oleh Joanna yang jelas
menunjukkan saya tidak berhubung dengan beliau berkenaan dengan cek yang telah
saya keluarkan itu. Berdasarkan perkara yang telah saya sebutkan tadi, saya
tidak akan mengeluarkan cek itu sekiranya saya dimaklumkan bahawa akaun
tersebut tidak mempunyai sebarang dana. Ini sekali lagi menunjukkan bahawa baki
sebenar akaun itu tidak dilaporkan kepada saya.
Saya tidak tahu bahawa dana tersebut telah dipindahkan ke
dalam Akaun 906 daripada PPC. Dana-dana ini digunakan bagi tujuan cek yang
telah saya keluarkan dan yang telah diserahkan untuk pembayaran pada hari
sebelum transaksi dilakukan.
XXXIII. TRANSAKSI
DISEMBER 2014
Q273: Berkenaan
dengan transaksi di mana dana daripada SRC dipindahkan ke dalam akaun Dato’ Sri
pada Disember 2014, keterangan dokumentari termasuklah transaksi perbankan dan
perbualan BBM melibatkan Joanna Yu bersama-sama dengan keterangan Joanna Yu
mendedahkan:-
a) Sekitar selepas
kedua-dua transaksi RM 27 Juta dan RM 5 Juta di atas dilakukan, JL dan Jerome
Lee telah memaklumkan kepada Joanna bahawa transaksi tersebut perlu
‘dibalikkan’ (reversed)pada penghujung tahun itu;
b) pada Disember 2014 JL bertanyakan kepada Joanna mengenai butiran transaksi di atas supaya beliau dapat ‘mendanakan akaun’ dengan sewajarnya untuk melaksanakan pembalikan transaksi yang disebut terdahulu;
c) Selepas JL diberikan butiran, RM 40 Juta telah dikeluarkan daripada SRC kepada GMSB kepada Ihsan Perdana Sdn Bhd pada 24.12.2014 lihat (2) Borang Rentas yang mana Dato Suboh akhirnya memberikan keterangan bahawa ia bukanlah ditandatangani oleh beliau dan yang mana tandatangan beliau telah dipalsukan;
d) Pada masa yang
sama, Ung Su Ling nampaknya telah ditugaskan untuk memastikan IPSB memindahkan
RM 27 Juta ke dalam akaun 880 dan RM 5 Juta ke dalam Akaun 906 tetapi hanya
berjaya mendapatkan Dr Shamsul untuk melakukannya pada 26.12.2014;
Apakah pegangan Dato’
Sri mengenai hal ini?
J: Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan atau penglibatan
di dalam mana-mana transaksi di atas dan dalam apa-apa keadaan sekalipun. Saya
tidak mengarahkan atau menyebabkan sesiapa daripada SRC untuk melaksanakan pemindahan
dana kepada IPSB melalui GMSB sama ada secara langsung atau pun tidak langsung.
Saya tidak boleh menjelaskan bagaimana dana ini diarahkan supaya dipindahkan.
Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan berkenaan dengan pemindahan dana
daripada SRC ke IPSB dan seterusnya ke dalam akaun saya daripada IPSB. Saya
hanya mendapat tahu butiran transaksi-transaksi ini sekitar Julai 2015 apabila
hal tersebut telah dipublisitikan secara sensasi oleh Sarawak Report.
Setelah meneliti kesemua keterangan yang ada, saya juga
menyatakan bahawa saya tidak pernah menggunakan dana ini dan transaksi ini
adalah sebahagian daripada rangkaian tindakan di mana dana SRC telah dimasukkan
ke dalam akaun saya melalui manipulasi dan penggunaan dokumen palsu demi keuntungan
pihak ketiga.
Selain daripada itu, tiada keterangan dokumentari dan
lain-lain serta keterangan daripada saksi-saksi yang menunjukkan bahawa
terdapatnya pemindahan dana daripada SRC yang telah dibuat atas arahan saya.
Q274: Berkenaan
dengan transaksi berbangkit dana yang sama daripada Akaun 880 dan 906
keterangan dokumentari termasuklah transaksi perbankan dan perbualan BBM melibatkan
Joanna Yu bersama-sama dengan keterangan Joanna Yu mendedahkan:-
a) JL pada awalnya
memberitahu bahawa dokumen yang dilaksanakan oleh Nik Faisal digunakan untuk
membuat pemindahan dana yang seterusnya yang berjumlah RM 27 Juta daripada
Akaun 880 kepada PBSB dan pemindahan seterusnya berjumlah RM 5 Juta daripada Akaun
906 kepada PPC;
b) Akan tetapi,
selepas Joanna memberitahu JL bahawa pemindahan seterusnya hanya boleh
dilaksanakan melalui dokumen yang ditandatangani oleh Dato’ Sri, surat
berbentuk arahan yang telah dirangka oleh Joanna dan telah dirangka semula dan
dihantar kepada JL. Surat berbentuk arahan ini telah di-emelkan kembali kepada
Joanna dalam masa yang singkat pada 24.12.2014;
c) Dokumen tersebut
yang akhirnya telah digunakan untuk melaksanakan transaksi pemindahan yang
seterusnya pada 29.12.2014 (P277). Tiada salinan nyata (hardcopy) berkenaan
dengan P277 telah diserahkan kepada bank walaupun jaminan pada hal yang sama;
d) Tanpa dana
daripada SRC, pemindahan seterusnya tidak dapat dilakukan memandangkan akaun
880 dan 906 tidak mempunyai sebarang dana di dalamnya;
e) Akhirnya daripada
PBSB dan PPC, jumlah-jumlah dana tersebut telah dikembalikan kepada SRC dan
Audit Penyata Kewangan (Audited Financial Statements) Kumpulan Putra Perdana telah
dibuat untuk menunjukkan bahawa pemindahan daripada Akaun 880 dan 906 pada bulan
Disember adalah pembayaran balik pendahuluan yang telah dibuat pada 8.7.2014
dan 10.9.2014.
Apakah pegangan Dato’
Sri berkenaan dengan perkara di atas?
J: Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan atau penglibatan
di dalam transaksi-transaksi yang dinyatakan di atas dan di dalam apa-apa
keadaan sekalipun. Pada atau sekitar 24.12.2014 saya berada di Honolulu sebagai
transit ke Kuala Lumpur. Saya berada di Honolulu sebagai sebahagian daripada
lawatan peribadi bersama keluarga yang mana pada masa yang sama, sesi bermain
golf telah diatur dengan Presiden pada masa itu, Barack Obama.
Perjumpaan dan sesi bermain golf bersama Presiden itu telah
dilaporkan secara meluas di media. Selepas saya dimaklumkan berkenaan banjir
teruk telah melanda pantai timur dan dengan segeranya saya telah membuat aturan
untuk pulang ke Malaysia. Di Kota Bharu saya telah ditaklimatkan berkenaan dengan
usaha-usaha menangani bencana dan meluangkan masa untuk membuat pantauan di
situ. Ini juga turut dilaporkan oleh media secara meluas dan serentak.
Oleh itu, saya sememangnya tidak pernah melihat atau
menandatangani dokumen P277 yang dikatakan telah dilaksanakan pada 24.12.2014.
adalah dinyatakan antara lainnya;
a) cara bagaimana dana SRC telah disalurkan menggunakan
dokumen yang dipalsukan;
b) penggunaan dokumen-dokumen lain yang tidak tulen dalam
urusniaga dengan pihak bank;
c) rancangan asal untuk melaksanakan transaksi-transaksi ini
tanpa apa-apa dokumen daripada saya;
d) Bahawa sekiranya saya merupakan pihak yang berkenaan
dalam hal ini, saya akan mengeluarkan cek sebelum saya pergi ke Honolulu memandangkan
ini satu-satunya kaedah dana di dalam akaun dibelanjakan oleh saya;
e) Fakta yang mengatakan tandatangan saya pada P277 dengan
jelas tidak ditulis dan kelihatannya seperti ‘cut and paste’ daripada dokumen salinan
lembut (soft copy) yang lain;
f) jangka masa persediaan dan pelaksanaan yang diperkatakan
berkenaan dengan P277 dan pemulangannya kepada bank;
g) Keberadaan saya pada masa itu;
h) Fakta bahawa tiada langsung dokumen nyata (hard copy)
diserahkan kepada bank;
i) Fakta bahawa saya tidak ada apa-apa keuntungan daripada
transaksi-transkasi ini.
Saya menyatakan secara mendalam bahawa P277 adalah dokumen
palsu dan bukanlah dilaksanakan oleh saya. Keterangan yang telah dikemukakan
sebenarnya menguatkan lagi kenapa saya tidak dapat menjelaskan tujuan P277
apabila yang sama ditunjukkan kepada saya oleh pihak SPRM. Pihak SPRM tidak
memaklumkan kepada saya berkenaan perkara yang saya telahpun temui berdasarkan
keterangan yang dikemukakan semasa Perbicaraan sebagaimana dinyatakan di sini.
Sesalinan artikel surat khabar berkenaan dengan perjumpaan
saya dengan Presiden Barack Obama di Tab 10 DBD2
Sesalinan artikel surat khabar berkenaan dengan kepulangan
saya ke Malaysia dan kehadiran saya di Kota Bharu di Tab 9 DBD2
Sesalinan passport saya menunjukkan pergerakan saya pada
waktu itu di Tab 11 DBD2
Q275: Adakah Dato’
Sri pada bila-bila masa bersetuju untuk menerima wang pendahuluan daripada
PBSB, PPC dan/atau entiti yang lain di bawah Putra Perdana Group?
J: Tidak, saya tidak pernah bersetuju untuk menerima apa-apa
wang pendahuluan daripada PBSB, PPC atau mana-mana entiti yang lain di dalam Putra
Perdana Group. Keadaan yang berkaitan dengan transaksi-transaksi pada 8.7.2014
dan 10.9.2014 adalah seperti mana yang saya nyatakan di atas. Saya ulangi
bahawa transaksi-transaksi ini adalah sebahagian daripada rangkaian tindakan di
mana dana SRC dimasukkan melalui akaun saya melalui manipulasi dan penggunaan
dokumen palsu demi keuntungan pihak ketiga.
Q276: Berkenaan
dengan transaksi di mana dana daripada SRC digambarkan telah dipindahkan ke
dalam akaun Dato’ Sri pada Februari 2015, keterangan dokumentari termasuklah
dokumen perbankan dan perbualan BBM Joanna Yu bersama dengan pengesahan Joanna
Yu menunjukkan bahawa:-
a) pada 5.2.2015,
Joanna melaporkan kepada JL bahawa Akaun 906 mempunyai RM 3.6 juta OD
disebabkan cek yang diserahkan pada masa itu. JL selepas itu mengatur deposit
tunai untuk dimasukkan ke dalam Akaun 906. JL juga kelihatannya turut
mengarahkan Terrence Geh yang mana menyebabkan RM 5 juta dipindahkan daripada
SRC ke IPSB melalui GMSB berdasarkan dua (2) Borang Rentas yang mana Dato Suboh
pada akhirnya memberikan keterangan yang beliau tidak menandatanganinya dan
yang mana tandatangannya dipalsukan;
b) Ung Su Ling dan
Joanna ada berhubung di mana kelihatannya Ung Su Ling telah diarahkan untuk
menyebabkan IPSB membuat pemindahan RM 5 Juta yang diterima dipindahkan ke
dalam akaun 880. Akan tetapi, Ung Su Ling tidak dapat berbuat demikian memandangkan
Dr Shamsul berada di luar negara pada masa itu;
c) Pada 6.2.2015, Joanna memaklumkan JL bahawa cek lanjutan berjumlah RM 240, 000 telah diserahkan dan bahawa jumlah lebih kurang RM 3.496 Juta lagi diperlukan untuk menunaikan cek yang terdahulu berjumlah RM 3.5 Juta yang diserahkan pada Januari 2015 tetapi bayaran tidak cukup (short paid) oleh pihak bank (cek No. 303 @ P104);
d) JL kelihatannya ada mengatur lanjutan deposit tunai berjumlah RM300,000.00 sebagai langkah sementara untuk menghalang bank daripada menendang mana-mana cek dan meyakinkan Joanna untuk membantu beliau berkenaan hal ini.
e) JL menyatakan bahawa beliau akan mengatur sejumlah RM 10 Juta untuk dipindahkan ke dalam akaun dan menyatakan ‘that’s final’;
f) Terrence Geh kelihatannya telah menyebabkan lanjutan RM 5 Juta dipindahkan daripada SRC kepada IPSB melalui GMSB melihat kepada lanjutan dua (2) Borang Rentas yang mana Dato Suboh pada akhirnya memberikan keterangan bahawa beliau tidak menandatanganinya dan di mana tandatangan beliau dipalsukan;
g) Ung Su Ling, JL, Nik Faisal dan Joanna kesemuanya kelihatan bekerjasama untuk menyediakan surat-surat kepada bank untuk meminta masa bagi menyeragamkan akaun-akaun dan untuk meyakinkan bank untuk tidak menolak mana-mana cek yang telah diserahkan memandangkan Dr Shamsul dikatakan merupakan satu-satunya individu yang boleh melaksanakan transaksi pada 9.2.2015.
h) Ung Su Ling pada akhirnya menyebabkan RM 10 Juta diterima daripada IPSB daripada SRC untuk dipindahkan ke Akaun 880 pada pagi 10.2.2015 dan memaklumkan kepada Joanna sewajarnya;
i) Sekitar RM 5.8 Juta daripada RM 10 Juta telah digunakan untuk menyeragamkan OD pada Akaun 906 dan baki tertunggak disebabkan cek terdahulu yang tidak mencukupi;
j) Jumlah baki sekitar RM 4.169 Juta telah digunakan bagi pengeluaran cek selepas 10.2.2015 sehingga Mac 2015 berjumlah lebih dari RM5.6 Juta. Jumlah baki telah ditampung dengan lanjutan depost tunai yang nampaknya JL lakukan.
Apakah pegangan Dato’
Sri berkenaan hal ini?
J: Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan atau penglibatan
di dalam transaksi yang menyebabkan dana tersebut dipindahkan daripada SRC ke Akaun
880. Saya tidak dimaklumkan berkenaan dengan transaksi ini sama sekali. Ia
jelas bahawa pemindahan telah dilakukan sedikit demi sedikit untuk menyeragamkan
kedudukan OD bagi akaun yang disebabkan oleh cek yang telah saya keluarkan
sebelum dan pada 5.2.2015 dan 6.2.2015. Cek bayaran terkurang terdahulu telah
diserahkan bagi pembayaran pada 21.1.2015 dan keterangan menunjukkan bahawa RM
3.496 Juta perlu dibayar yang membawa kepada pengeluaran cek itu pada 6.2.2015.
Mengambil perhatian bahawa cek yang telah dikeluarkan sepanjang
waktu dan fakta bahawa tanpa pengaturan yang diperlukan JL akhirnya menyebabkan
RM 1.8 Juta didepositkan secara tunai, saya dengan rendah diri menyatakan
bahawa keterangan menunjukkan saya tidak mempunyai pengetahuan akan
transaksi-transaksi ini. Cara bagaimana cek-cek itu dikeluarkan adalah
konsisten dengan apa yang saya terangkan sebentar tadi.
Saya pernah mengeluarkan cek ini dengan gambaran bahawa
terdapat dana yang mencukupi di dalam akaun ini. Sebagai contohnya, cek
bernombor 210 (P85) bagi RM 300,000 yang telah dikeluarkan oleh saya pada
8.2.2015 dan diserahkan pada 9.2.2015 apabila Akaun 906 dalam OD sekitar RM 2
Juta. Mengapa saya perlu keluarkan cek sekiranya saya diberitahu baki sebenar.
Jika sebenarnya saya sedar baki sebenar dan menjangkakan dana, saya boleh
sahaja dengan senang menunda tarikh cek kepada 10.2.2015.
Saya tahu atau menjangkakan bahawa RM 10 Juta akan
dipindahkan atau RM1.8 Juta tunai akan didepositkan apabila cek ditulis oleh
saya dan diserahkan bagi pembayaran oleh penerima bayaran. Saya tidak pernah
dimaklumkan jumlah baki sebenar dan itulah sebabnya mengapa cek yang
dikeluarkan pada waktu apabila akaun-akaun tersebut dalam OD.
Saya dengan rendah diri menyatakan saya tidak pernah
mengarahkan dana SRC untuk digunakan bagi tujuan ini sama ada secara langsung
atau tidak langsung dan tidak dapat menjelaskan bagaimana hal tersebut telah
berlaku.
Saya memohon Mahkamah yang Mulia ini untuk mengambil
perhatian bahawa transaksi-transaksi yang kelihatannya dilakukan oleh JL untuk menyeragamkan
akaun selepas beliau dimaklumkan oleh bank akan kedudukan OD. Ini menunjukkan
bahawa JL tidak berhubung dengan saya berkenaan dengan hal ini.
XXXV. PERTUDUHAN PECAH AMANAH DAN PERTUDUHAN S.23
Q277: Pertuduhan Pecah amanah pertama dan kedua terhadap
Dato’ Sri adalah transaksi melibatkan dana SRC yang merupakan sebahagian
daripada rangkaian tindakan yang mana Dato’ Sri dikatakan telah menyalahguna
dana SRC. Apakah yang Dato’ Sri ingin katakan berkenaan hal ini?
J: Mengambil perhatian perkara di atas, saya dengan rendah
diri menyatakan bahawa saya tidak mempunyai pengetahuan atau penglibatan di
dalam transaksi atau keadaan yang menyebabkan dana SRC disalurkan ke dalam akaun
saya dan kemudiannya dimasukkan ke dalam PBSB dan PPC. Saya memohon agar
Mahkamah yang Mulia ini dapat melihat keterangan secara menyeluruh termasuklah
keterangan saya di sini yang menunjukkan saya tidak bersalah.
Selain daripada itu, tiada keterangan dokumentari atau
apa-apa juga keterangan daripada saksi-saksi yang mana menunjukkan pemindahan daripada
SRC telah dilakukan atas arahan saya.
Q279: Pertuduhan
Seksyen 23 terhadap Dato’ Sri ialah transaksi-transaksi di atas melibatkan dana
SRC yang merupakan sebahagian daripada rangkaian tindakan yang mana Dato’ Sri
telah lakukan sebagai sebahagian daripada rancangan korup untuk memuaskan diri
sendiri atas penglibatan Dato’ Sri dalam keputusan Kerajaan Malaysia untuk
memberikan SRC dengan dua (2) Jaminan Kerajaan yang diluluskan oleh Kabinet
pada 17.8.2011 dan 8.2.2012. Apakah pendapat Dato’ Sri berkenaan hal ini?
J: Sebagaimana dirumuskan di atas, saya tidak pernah
menyalahguna kedudukan saya sebagai Penjawat awam berkenaan dengan peruntukan
dua (2) Jaminan Kerajaan. Saya ulangi bahawa pada setiap masa, tindakan saya
dalam keadaan berkaitan dengan dua (2) Jaminan Kerajaan, Pinjaman KWAP dan SRC
dan perkara-perkara lain telah dilakukan demi kepentingan Kerajaan Malaysia dan
Kementerian Kewangan. Saya selanjutnya mengulangi bahawa saya tidak mempunyai
apa-apa pengetahuan atau penglibatan di dalam transaksi dan memohon agar
Mahkamah yang Mulia ini dapat melihat keteranganketerangan secara keseluruhan
termasuk keterangan saya di sini yang menunjukkan saya tidak bersalah.
Sebelum ini saya ada mengisytiharkan kepentingan saya dan
mengecualikan diri saya daripada mesyuarat kabinet sebagaimana keperluan di
dalam Kod Etika. Contoh yang pertama ialah mana-mana keputusan kabinet yang berkaitan
dengan CIMB di mana adik saya, Dato’ Nazir bin Tun Abdul Razak, yang merupakan
pengerusi. Contoh lain, apa-apa keputusan berkaitan dengan MRCB, semasa adik
saya, Dato’Johari bin Tun Abdul Razak merupakan pengarah MRCB pada tahun 2015.
Saya akan mengisytiharkan kepentingan saya dan mengecualikan diri saya daripada
keputusan cabinet tersebut.
Q280: Mengapa Dato’
Sri tidak mengisytiharkan kepentingan Dato’ Sri di dalam SRC semasa mesyuarat
Kabinet pada 17.8.2011 dan 8.2.2012 dan mengecualikan diri daripada mesyuarat
ini sebagaimana diperuntukkan di dalam Kod Etika?
J: Saya tidak pernah mempunyai apa-apa kepentingan di dalam
SRC. Saya bertindak selaku Menteri yang memantau SRC sebagai sebuah syarikat
MKD milik kerajaan Malaysia. Tidak pernah, di dalam fikiran saya, bahawa
terdapat konflik dan sebagainya.
MKD secara keseluruhannya memiliki berates-ratus syarikat,
dan apabila tibanya mesyuarat kabinet, biasanya, ia tidak pernah direkodkan di
dalam sejarah kabinet bahawa Menteri Kewangan, tidak juga Menteri Kewangan II mengecualikan
diri sendiri daripada isu ini.
Dalam 33 tahun saya berada di dalam kabinet, saya tidak
pernah melihat mana-mana Menteri yang bertanggungjawab dalam soal kewangan mengecualikan
diri sendiri apabila keputusan dibuat berkaitan dengan manamana syarikat yang
dimiliki sepenuhnya oleh MKD atas dasar bahawa kepentingan adalah kepentingan formal
dan bukanlah kepentingan peribadi Menteri yang bertanggungjawab dalam soal
kewangan.
Q281: Pertuduhan di
bawah S.23 mendakwa bahawa sejumlah RM42 million yang telah dipindahkan kepada
akaun-akaun Dato’ Sri pada 24.12.2011 dan 10.2.2012 merupakan suatu suapan yang
Dato’ Sri terima secara korupnya. Apakah yang Dato’ Sri ingin katakana mengenai
perkara ini?
J; Tiada keterangan dikemukakan bahawa saya meminta apa-apa
suapan, tiada apa-apa perbincangan lain bahawa saya akan menerima apa-apa
suapan sewaktu Jaminan Kerajaan dikeluarkan atau bagi perkara tersebut ketika
dan selepas SRC ditubuhkan. Tiada sesiapa pun menuduh di dalam kes ini bahawa saya
meminta apa-apa suapan atau saya merupakan sebahagian daripada rancangan
korupsi. Daripada keterangan-keterangan itu, ia adalah suatu yang jelas bahawa
tiada kaitan di antara kejadian yang menyebabkan wang SRC dipindahkan ke dalam
akaun saya tanpa sebarang penglibatan oleh saya dan perkara-perkara lain yang
berkaitan dengan SRC pada 2011 dan 2012.
XXXVI. KAD KREDIT
Q282: Bolehkah saya
rujuk Dato’ Sri pada P60(54) dan D636. Adakah Dato’ Sri menandatangani dokumen
ini?
J: Ya, saya menandatangani dokumen ini. Sebagaimana yang
saya sebutkan tadi, saya tidak memohon kad kredit tetapi ditawarkan oleh pihak
bank.
Q283: Penyata kad
kredit (P587) menunjukkan bahawa RM3,282,734.16 (EU763,500.00) telah dikenakan
di sebuah kedai tukang emas di Itali yang terkenal iaitu De Grisogono di
Sardinia, Italy pada 8.8.2014. Bolehkah Dato’ Sri terangkan apakah tujuan
pembelian ini?
J: Saya berada di Sardinia, Itali untuk percutian peribadi
bersama keluarga. Sewaktu berada di sana saya terjumpa Sheikh Ahmed bin Jassim
Al Thani, ahli perniagaan Qatar, ahli politik dan ahli kerabat diraja, Al
Thani. Sheikh tersebut pada masa itu merupakan Perdana Menteri Qatar. Ianya
adalah suatu kebetulan semasa percutian kami dan kami merancang untuk bertemu
di Sardinia.
De Grisigono merupakan Gudang pakar barang kemas mewah dan
jam tangan di Itali. Pembelian yang telah dilakukan oleh saya di sana pada Ogos
2014 adalah berkaitan dengan barang kemas yang telah dibeli sebagai hadiah kepada
isteri Sheikh Ahmad. Sebagaimana ramai yang tahu, Malaysia dan Qatar berkongsi
hubungan diplomatik yang menguntungkan dan Tuan Yang Terutama Noor Abdulaziz
Abdulla Turki Al-Subaie dan suami beliau ada beberapa kali memberi hadiah
kepada isteri saya dan saya sewaktu kunjungan rasmi mereka ke Malaysia. Atas
dasar itu, ianya adalah sesuatu yang tidak akan dilakukan oleh kami untuk
membalas dengan apa-apa yang kurang daripada menepati kedudukan dan kemurahan
hati mereka.
Saya tidak mahu menggunakan dana awam bagi pembelian hadiah
ini dan saya fikir memandangkan akaun ini tersedia, ianya wajar untuk
menggunakan akaun ini berbanding dana awam, atas kepercayaan saya yang telus
bahawa dana di dalam akaun ini akan dibelanjakan atas budi biacara saya sendiri
dan ianya akan memberi manfaat kepada Malaysia. Sejurus selepas kepulangan kami
ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Noor Abdulaziz Abdulla Turki AlSubaie ada
menghantar nota terima kasih kepada isteri saya atas hadiah yang kami sampaikan
kepada beliau semasa perjumpaan kami di Sardinia (IDD778).
Q284: Adakah Dato’
Sri mempunyai hak untuk membelanjakan dana yang Dato’ Sri kira disumbangkan
atau didermakan kepada Dato’ Sri untuk hadiah mewah tersebut?
J: Sebagaimana yang saya sebutkan pada awalnya, saya percaya
bahawa saya telah mengekalkan budi bicara penuh dengan cara yang mana saya akan
membelanjakan dana di dalam akaun. Sewajarnya, saya merasakan bahawa pembelian
yang mana kami lakukan di De Grisigino adalah suatu yang dibenarkan secara
diplomatik.
Q285: Terdapat dua
(2) transaksi kad kredit yang ketara yang mana telah disensasikan semasa dalam
perbicaraan ini:-
(a) US130,625.00
(RM466,330.11) yang dikenakan di Chanel di Honolulu pada 22.12.2014;
(b) RM127,017.46 yang
dikenakan di Shangri-La Hotel di Bangkok pada Januari 2015;
Bolehkah Dato’ Sri
terangkan berkenaan dengan transaksi-transaksi ini?
J: Pembelian di Chanel di Honolulu merupakan seutas jam yang
saya beli sebagai hadiah untuk hari ulang tahun isteri saya pada bulan
Disember.
Berkenaan dengan transaksi Shangri-La, sejurus selepas
lawatan saya di Kota Bharu untuk memeriksa keadaan banjir di sana, saya terus
menyambung percutian peribadi saya di Bangkok, Thailand di mana saya berlepas
secara terus dari Kota Bharu. Meskipun perjalanan itu merupakan percutian
peribadi, saya turut mengambil peluang untuk bertemu dengan rakan sejawat Thai
saya, Tuan Yang Terutama Prayut Chan-o-Cha untuk membincangkan bagaimana kerajaan
Thailand dapat membantu kita berkenaan dengan banjir yang teruk yang kita
hadapi.
Pembayaran RM 120, 000.00 di Hotel Shangri-La di Bangkok
meliputi penginapan saya dan juga kakitangan sokongan yang menemani saya dalam perjalanan
ini, termasuklah perbelanjaan diluar jangkaan dan yang diperlukan sepanjang
perjalanan ini. Ianya menjadi hak saya untuk menuntut kembali
XXXVII. PERBELANJAAN
DANA DARIPADA AKAUN 906 DAN 898
Q286: Bolehkah Dato’
Sri secara umum menjelaskan apakah dana yang telah digunakan daripada cek yang
dikeluarkan daripada Akaun 906 dan 898 dari Ogos 2013 hingga Mac 2015?
J: Saya percaya peguambela saya telah menyediakan Jadual
yang mana menunjukkan perbelanjaan yang dapat dikenalpasti daripada keterangan dokumentari
yang dikemukakan. Saya percaya bahawa Pegawai Penyiasat tidak menafikan tujuan
dana-dana tersebut tetapi ada menyatakan sedikit kesilapan matematik yang mana
peguam saya pada akhirnya membetulkan dan menyerahkan kepada Mahkamah yang
Mulia ini sewaktu hujahan dibuat.
Ringkasan daripada jumlah yang dibelanjakan oleh saya
daripada cek yang telah dikemukakan melalui keterangan:-
Saya dengan rendah diri menyatakan saya tidak menggunakan
dana ini untuk kepentingan peribadi atau kekayaan peribadi. Dana tersebut
hampir kesemuanya dibelanjakan ke arah tujuan CSR yang mana ke arah sosial, politik
dan tujuan kebajikan.
Q287: Bagaimana pula
dengan dakwaan bahawa perbelanjaan melebihi RM 95 Juta kepada BN dan UMNO
secara peribadinya menguntungkan Dato’ Sri memandangkan ia memastikan
kelangsungan karier politik Dato’ Sri untuk mendapat sokongan daripada ahli
politik BN dan UMNO?
J: Ianya menjadi tugas setiap Presiden UMNO dan Pengerusi
Barisan Nasional untuk mendapatkan dana bagi keperluan parti. Secara
keseluruhannya, setiap pengagihannya adalah berdasarkan keperluan mereka. Dalam
erti kata lain, mereka akan datang pada saya menyatakan bahawa mereka
memerlukan wang bagi program politik dan aktiviti-aktiviti. Saya tidak
membelanjakan wang ini untuk mendapatkan sokongan atau dengan terang-terangan
untuk ‘membeli undi’. Perbelanjaan ini terutamanya adalah untuk komuniti
politik dan aktiviti kebajikan. Ianya adalah sebagai menyokong aktiviti
politik. Dana akan diagihkan apabila permintaan dibuat. Penerima tidak dipilih
atas dasar saya ingin merangsang sokongan, sungguhpun mereka datang kepada saya
atas permintaan tertentu untuk membiayai aktiviti politik dan kebajikan mereka.
XXXVIII. PENDEDAHAN AKAUN-AKAUN
Q288: Apakah yang
membuatkan Dato’ Sri menutup Akaun 880, 898 dan 906 pada bulan Mac 2015?
J: Sekitar Mac 2015, saya dimaklumkan oleh Dato Azlin Alias
bahawa sumbangan dan dana di dalam akaun baharu hampir habis. Memandangkan tiada
lagi derma dijangka, maka saya membuat keputusan untuk menutup akaun tersebut.
Dato Azlin Alias menyerahkan surat tersebut kepada saya untuk ditandatangani dan
saya melakukannya dan memulangkan cek yang tidak digunakan kepada beliau.
Q289: Bagaimana Dato’
Sri tahu bahawa tiada lagi dana dijangka?
J: Raja Abdullah telah meninggal dunia pada 23.1.2015, dan
memandangkan aturan berkenaan dengan derma telah dilakukan secara peribadi di
antara Raja Abdullah dan saya, saya kira ia akan mejadi pengakhiran di situ.
Q290: Bolehkah saya
rujuk Dato’ Sri pada P50(35) dan P59(35A). Adakah Dato’ Sri menandatangani
dokumen ini?
J: Saya tidak dapat mengesahkannya memandangkan dokumen asal
tidak dikemukakan ke Mahkamah. Tandatangan pada dokumen ini tidak kelihatan seperti
ditulis. Saya ingat ada menandatangani dokumen yang mana Dato Azlin serahkan
kepada saya untuk menutup akaun pada Mac 2015. Akan tetapi, saya tidak dapat
ingat sekiranya diberitahu bahawa terdapat lebih RM100,000.00 baki di dalam
akaun atau mengarahkan dana ini dikeluarkan melalui Perintah Penunaian
(Cashiers Order) kepada Ihsan Perdana Sdn Bhd.
XXXIX. PENGLIBATAN JL
DI DALAM AKAUN BAHARU
Q291: Agak jelas transkrip
perbualan BBM menunjukkan JL sebenarnya individu utama mengarahkan Joanna Yu
berkenaan dengan perkara berkaitan akaun Dato’ Sri. Adakah Dato’ Sri
membenarkan JL melakukan sedemikian?
J: Tidak. Kenapa perlu saya? Saya sudahpun bersetuju dengan
Nik Faisal untuk bertindak selaku individu yang diberikuasa atas saranan Dato
Azlin. Saya terkejut bagaimana bank memilih untuk berurusan dengan JL pula.
Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan berkenaan dengan komunikasi di antara
JL dan bank pada ketika itu.
Q292: Apakah yang
Dato’ Sri katakan tentang apakah yang membuatkan Jl bermotivasi untuk
mengaktifkan sumber dan menyebabkan dana dipindahkan ke dalam akaun untuk
menyeragamkannnya dan menghalang cek yang Dato’ Sri keluarkan daripada ditolak?
J: Saya hanya boleh kemukakan bahawa sekiranya mana-mana cek
yang saya keluarkan ditolak saya akan menyoal Dato Azlin tentang apakah
sebabnya hal ini berlaku. Seperti apa yang Dato Azlin pernah menyatakan
berkenaan dengan kewujudan dana sebelum saya mengeluarkan cek tersebut,
kecurigaan saya mula timbul dan saya akan menyiasat untuk memastikan transaksi sebenar
di dalam akaun. Ini akan menyebabkan saya menemui apa yang sebenarnya saya
temukan, iaitu saya sengaja disalahnyata, berkenaan dengan dana yang mana
dikatakan telah tersedia di dalam akaun saya. Terutamanya, usaha-usaha juga
diambil untuk memastikan penyata-penyata perbankan turut disembunyikan daripada
saya atas tujuan yang sama. Siasatan semestinya akan mendedahkan perkara lain
yang mana sekarang adalah nyata kepada saya iaitu JL dan Nik Faisal
memanipulasikan dana SRC dan sebenarnya menipu pengarah-pengarah SRC yang lain
juga.
XL. PENGLIBATAN DATO
AZLIN ALIAS
Q293: Adakah Dato’
Sri percaya bahawa Dato Azlin juga bersubahat dengan JL dan Nik Faisal?
J: Saya berpegang bahawa Dato Azlin adalah seorang yang saya
kenali sebagai berintegriti dan terhormat di dalam semua urusannya. Berdasarkan
hal ini, kepercayaan saya bahawa baki sebenar akaun juga tidak dinyatakan
dengan tepat kepada Dato Azlin Alias. Oleh itu saya percaya bahawa Dato Azlin
juga turut ditipu oleh JL dan Nik Faisal menggunakan pengaruh mereka di dalam bank
dan boleh memanipulasikan perkara untuk kepentingan lanjut bukan hanya
berkenaan dengan akaun saya tetapi sangat jelas juga berkaitan dengan SRC.
Q294: Ung Su Ling
menjelaskan bahawa beliau telah diarahkan oleh Dato Azlin untuk IPSB melakukan
transaksi ke dalam akaun Dato’ Sri pada Disember 2014 dan Februari 2015. Apakah
yang Dato’ Sri ingin katakan berkenaan hal ini?
J: Saya percaya bahawa Ung Su Ling tidak memberitahu perkara
yang sebenar. Keterangan yang peguam saya akan lakukan supaya dikemukakan
sewaktu Perbicaraan ini menunjukkan bahawa Ung Su Ling adalah sekutu JL dan melaksanakan
arahan daripada JL. Ung Su Ling tidak mempunyai apa-apa untuk menyokong dakwaan
beliau bahawa Dato Azlin sudah pasti terlibat dalam transaksi ini. Saya percaya
bahawa Ung Su Ling menggunakan nama Dato Azlin sebagai cara memecahkan peranan
yang digunakan oleh JL.
Mujurlah, keterangan yang peguam saya mampu untuk kemukakan
semasa Perbicaraan ini termasuklah perbualan semasa BBM melibatkan Joanna Yu mendedahkan
Ung Su Ling sebenarnya telah diarahkan oleh JL.
XLI. NAMA JL TELAH
DIHAPUSKAN DARIPADA PERBUALAN BBM
Q295. Di dalam
perbualan di antara JL dan Joanna (P578 & D650) JL dalam beberapa situasi
menyatakan bahawa beliau sama ada melaporkan kepada Dato’ Sri, boleh mengetahui
pengeluaran cek terlebih dahulu atau kelihatan menghantar mesej Joanna daripada
Dato’ Sri kepada beliau. Apa yang Dato’ Sri katakan berkenaan hal ini?
J: Saya tidak berhubung dengan JL akan perkara berkaitan
dengan akaun bank saya, cek atau perbelanjaan kad kredit. Mungkin petunjuk yang
jelas kekurangan pengetahuan yang sebenar berkenaan JL ialah pada hakikatnya, beliau
sahaja yang dimaklumkan berkenaan keadaan OD oleh Joanna selepas cek yang
dikeluarkan oleh saya diserahkan untuk pembayaran. Semestinya jika JL hanyalah
‘cerminan gambaran’saya atau penerangan aneh yang lain yang telah disebut-sebut
pada akhir ini, beliau semestinya tahu akan cek yang saya keluarkan sebelum
serahan dan tidak akan kelihatan bertindak secara aktif sebagaimana digambarkan
oleh keterangan-keterangan. Satu-satunya individu yang saya berhubung berkenaan
dengan akaun ini, cek dan perbelanjaan kad kredit hanyalah Dato Azlin Alias.
Saya percaya bahawa Dato Azlin pernah membangkitkan hal yang sama dengan Nik
Faisal yang akan memaklumkan ‘boss’ beliau, JL, hal yang sama. Ini menjelaskan ‘kelewatan’
atau keterlewatan perkara ini yang mana dirujuk kepada beliau di dalam mesej
kepada Joanna.
Q296: Dato’ Sri sila
rujuk pada P578(9). Pada 9.8.2014 JL mengirim Joanna mesej seperti berikut pada
0049:-
“From M- Great holiday here. All went well.
Need u to speak to Cheah to clear Ambank Visa for 1.2M Euro for u know what purchase
.Can u do it”
Pada 11.8.2014 Joanna
menyatakan bahawa terdapat transaksi dalam Euro di dalam kad Dato’ Sri yang
mana ianya telah ditolak. Adakah Dato’ Sri ada menghantar mesej tersebut kepada
JL?
J: Tidak saya tidak pernah. Sebagaimana dinyatakan di atas
pada 8.8.2014 saya ada dikenakan Euro 763,500.00 pada kad di De Grisigono di
Itali. Saya tidak ingat mana-mana transaksi yang ditolak pada hari tersebut.
Tiada apa-apa transaksi lanjutan yang saya kenakan pada kad selepas 8.8.2014.
Saya percaya Penyata Akaun Kad Kredit (P587) akan menunjukkan ini.
Q297: Sila rujuk pada
P578(9). Pada 13.8.2014 JL mengirim Joanna mesej seperti berikut pada 0051:-
“Please ensure it
works in full today. He is planning to sign euro in italy today. Now 7 am
here,”
Adakah
Dato’menggunakan mana-mana kad kredit di Itali pada 13.8.2014?
J: Tidak. Saya tidak. Saya percaya Penyata Akaun Kad Kredit
(P587) akan menunjukkan ini.
Q298: Sila rujuk pada
P578(9). Pada 23.12.2014 JL mengirimkan Joanna mesej seperti berikut pada1410:
-
“My platinum cards
are not going through Jho. Can you call AMBANK visa and MasterCard right away?
Thanks-from MNR pls”
JL juga ada
menyatakan kepada Joanna bahawa Dato’ Sri berada di Hawaii dan berhasrat untuk
mengecaj USD 100,000 kepada kad Dato’ Sri. Adakah Dato’ Sri mengirim JL apa-apa
mesej tersebut?
J: Tidak. Saya tidak. Sebagaimana dinyatakan di atas, pada
22.12.2014 saya ada mengecaj sejumlah USD130,625.00 (RM466,330.11) di Honolulu.
Transaksi ini tidak ditolak. Mesej daripada JL kepada Joanna pada 23.12.2014
(waktu Malaysia). Sekiranya saya ada mengecaj kad pada bila-bila masa selepas mesej
ini jadi Penyata Bank Kad Kredit akan menunjukkan bahawa transaksi ini berlaku
pada 23.12.2014 (waktu Malaysia). Akan tetapi, Penyata Bank Kad Kredit akan menunjukkan
bahawa tarikh transaksi adalah pada 22.12.2014. Jumlah dinyatakan oleh JL juga
tidak tepat.
XLII. PERTEMUAN UNG SU LING DAN DR SHAMSUL PADA 2015
Q299: Dr Shamsul
memberikan keterangan bahawa pada Julai 2015 beliau ditahan reman oleh SPRM
selama beberapa hari berhubung dengan siasatan yang didengari oleh Mahkamah ini
yang bermula hasil daripada artikel Sarawak Report pada 2.7.2015 (D771). Dr Shamsul
juga memberikan keterangan bahawa selepas beliau dibebaskan daripada reman,
beliau ada datang dan berjumpa dengan Dato’ Sri. Boleh Dato’ Sri huraikan
berkenaan apa yang dibincangkan sewaktu perjumpaan ini?
J: Saya ingat bertemu dengan Dr Shamsul pada penghujung
Julai 2015. Beliau ada datang dan berjumpa saya selepas beliau dibebaskan
daripada reman untuk menjelaskan perkara-perkara kepada saya. Saya memberitahu
beliau saya sesungguhnya benar-benar terkejut dengan laporan akhbar yang mendakwa
bahawa dana SRC telah disalurkan ke dalam akaun saya melalui IPSB dan tidak
mempunyai apa-apa pengetahuan berkenaan ini pada waktu itu. Dr Shamsul
memberitahu saya bahawa kesemua transaksi-transksi ini yang dilaporkan adalah
benar memandangkan SPRM ada menunjukkan kepada beliau kesemua dokumen yang
membuktikannya.
Saya sangat kecewa mengetahui hal ini. Saya bertanya beliau kenapa beliau melakukan sedemikian dan beliau memberitahu saya bahawa beliau telah diarahkan oleh Ung Su Ling dan Dennis See yang tidak memberitahu beliau tentang fakta bahawa akaun tersebut milik saya. Mereka juga menolak untuk mendedahkan dari mana arahan mereka dapat dan hanya memberitahu Dr Shamsul untuk memindahkan bagi tujuan CSR. Dr Shamsul memohon maaf kepada saya tetapi saya tak boleh katakan bahawa beliau bersalah sepenuhnya. Beliau telah disesatkan oleh Ung Su Ling dan Dennis See.
Saya sangat kecewa mengetahui hal ini. Saya bertanya beliau kenapa beliau melakukan sedemikian dan beliau memberitahu saya bahawa beliau telah diarahkan oleh Ung Su Ling dan Dennis See yang tidak memberitahu beliau tentang fakta bahawa akaun tersebut milik saya. Mereka juga menolak untuk mendedahkan dari mana arahan mereka dapat dan hanya memberitahu Dr Shamsul untuk memindahkan bagi tujuan CSR. Dr Shamsul memohon maaf kepada saya tetapi saya tak boleh katakan bahawa beliau bersalah sepenuhnya. Beliau telah disesatkan oleh Ung Su Ling dan Dennis See.
Q300: Adakah Dato’
Sri selepas itu ada berjumpa dengan Ung Su Ling?
A; Ya ada. Ini selepas perjumpaan saya dengan Dr Shamsul.
Saya fikir ianya pada tahun berikutnya walaupun saya tidak dapat pastikan.
Beliau memberitahu saya bahawa beliau tidak tahu asal usul dana tersebut.
Beliau memberitahu saya bahawa Dato Azlin telah memberitahu beliau bahawa dana akan
dipindahkan ke IPSB dan beliau akan memindahkan wang tersebut ke akaun yang
tidak mempunyai nama mana-mana individu. Menurut beliau, pada ketika beliau tidak
tahu di mana wang tersebut datang dan tidak tahu identiti destinasi pemegang
akaun. Beliau beranggapan bahawa ini untuk tujuan CSR memandangkan kebanyakan
arahan beliau berkaitan dengan perbelanjaan dana CSR di dalam YR1M datang
daripada Dato Azlin Alias yang merupakan pemegang amanah YR1M.
Pada masa itu saya tidak faham kenapa Dato Azlin Alias
mengarahkan Ung Su Ling dan perkara tersebut dibiarkan begitu sahaja. Tetapi
sekarang dengan melihat keterangan-keterangan yang dikemukakan, sebagaimana yang
saya nyatakan di atas saya percaya Ung Su Ling berdusta daripada mula memandangkan
beliau sebenarnya di bawah arahan JL.
XLIII. TINDAKAN PADA
2015 DAN SAMAN TUN LING
Q301: Mengapa Dato’
Sri tidak membuat laporan polis selepas mengetahuinya dari perjumpaan dengan Dr
Shamsul dan Ung Su Ling?
J: Saya ada bertemu mereka semasa siasatan terhadap perkara
tersebut telah bermula oleh SPRM dan Pasukan Petugas Bersama (Joint Task Force)
merangkumi AGC, SPRM, BNM, dan Polis Diraja Malaysia. Sebagaimana saya faham,
siasatan ini bermula selepas Sarawak Report dan Wall Street Journal melaporkan
berkenaan dengan RM 42 Juta daripada SRC telah dipindahkan ke dalam akaun saya.
Laporan ini, saya percaya, diterbitkan pada 2.7.2015. Saya tidak pada masa itu
membuat laporan polis, membuat kenyataan umum atau mengambil apa-apa tindakan
kerana saya tidak mahu dilihat sebagai mengganggu atau cuba mengganggu pihak
berkuasa yang sedang menyiasat hal ini, saya akan menunggu sehingga siasatan
tamat. Saya juga difahamkan mana-mana siasatan saya akan diminta untuk
memberikan keterangan yang mana saya lakukan kepada SPRM sekitar Disember 2015.
Akhirnya berdasarkan tiadanya keterlibatan saya atau pengetahuan di dalam perkara
ini saya tidak terganggu memandangkan saya percaya bahawa kebenaran akan
muncul.
Akhirnya, pada 2016 apabila Peguam Negara pada masa itu,
terutamanya membuat kenyataan bahawa siasatan telah dilakukan dan seterusnya dilaporkan
kepada AGC, bahawa tiada apa-apa keterangan berkenaan dengan pengetahuan salah
terhadap saya (IDD770). Saya berpegang pada ini sehingga hari ini. Saya rujuk
pada Perenggan 7.1 (a) – (e):
.
a) There are no evidence to show that YAB PM has abused his
position during the Cabinet Meeting which approved the government guarantee on
the RM4 billion loan to SRC International from Kumpulan Wang Persaraan
(Diperbadankan) (KWAP);
b) Evidence also show that the loan approval process by KWAP
and the loan guarantee approval by the Cabinet were properly done;
c) There are no evidence to show that YAB PM had solicited
or was promised any gratification from any party either before, during or after
the Cabinet decision was made;
d) The evidence as a whole does not disclose any conflict of
interest on the part of YAB PM; and
e) MACC itself admitted that based on their investigation,
there are no evidence from the witnesses that could show that YAB PM had committed
any act of corrupt practice.
Q302: Adakah ini
pertama kali Dato’ Sri memberikan justifikasi seperti di atas?
J: Tidak. Pada tahun 2016 saya ada memfailkan satu tuntutan
sivil terhadap Tun Ling Leong Sik kerana memfitnah berdasarkan kenyataan yang
dibuat oleh beliau atas laporan yang diterbitkan oleh Sarawak Report pada
2.7.2015. Saya pada peringkat itu kekal bahawa saya tidak mempunyai apa-apa
pengetahuan berkenaan fakta bahawa RM 42 Juta adalah daripada SRC pada ketika
itu.
Saya semestinya selepas itu perasan bahawa wang tersebut
bukan datang daripada SRC (sebagaimana yang dilaporkan oleh Sarawak Report pada
2.7.2015 [D771] hasil daripada pertemuan saya dengan Dr Shamsul dan hasil dokumen-dokumen
yang ditunjukkan kepada saya semasa keterangan saya diambil oleh SPRM pada
Disember 2015.
Walau bagaimanapun, di dalam kertas-kertas kausa bagi pihak
saya dan di dalam afidavit saya mengesahkan di dalam prosiding tersebut saya
ada menekankan bahawa saya memelihara hak-hak saya sehingga siasatan yang dijalankan
selesai. Selepas AGC mengeluarkan kenyataan akhbar tersebut ID 770, saya
mengarahkan peguam saya di dalam saman sivil tersebut supaya rayuan saya dapat
dipinda sewajarnya yang mana saya percaya ia telah dibenarkan oleh Mahkamah.
Akhirnya saman diselesaikan luar mahkamah dengan tiada pengakuan apa-apa
liabiliti. Jawapan asal ditanda sebagai D611 dan Jawapan terpinda saya
ditandakan sebagai D613.
Q303: Kebanyakkannya
dibuat tentang penegasan di dalam afidavit Dato’ Sri yang bertanda D616 yang
mana dibaca sebagai satu pengakuan bahawa dari luaran Dato’ Sri tahu bahawa
wang tersebut adalah dari SRC. Apakah yang Dato’ Sri katakan tentang ini?
J: Itu akan menjadi pembacaan kandungan afidavit di luar
konteks. Afidavit saya merupakan jawapan kepada Afidavit Tun Ling (D615) dan
penegasan penting dikait semula kepada kandungan jawapan asal saya (D611)
apabila perkara dibaca di dalam konteks kertas-kertas kausa secara keseluruhan,
penegasan yang dikatakan sebagai pengakuan akan ditunjukkan secara konsisten
dengan apa yang saya pegang selama ini iaitu, saya tidak pada masa itu tahu
bahawa RM 42 Juta yang telah dipindahkan ke dalam akaun pada Disember 2014 dan Februari
2015 diambil dari SRC. Seperti yang dijelaskan di atas, saya hanya mendapati
tahu ini adalah benar selepas Julai 2015.
Q304: Bagaimana pula
dengan Ambank, mengapa Dato’ Sri tidak membuat sebarang aduan berkenaan dengan
kesemua transaksi yang tidak dibenarkan dan urusan-urusan berkenaan dengan
akaun?
J: Saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan berkenaan
dengan transaksi tanpa kebenaran dan urusan-urusan sehingga waktu AGC
menerbitkan kenyataan media tersebut. Selepas itu saya tidak berfikir ianya
perlu untuk membuat saman sivil atau menyiasat perkara tersebut dengan lebih
lanjut memandangkan saya sangat gembira membiarkan perkara itu. Saay juga tidak
diberitahu bahawa Ambank telah dedenda oleh BNM. Saya hanya mendapat tahu
butiran sebenar berkenaan dengan urusan tanpa kebenaran pada akaun saya apabila
bukti dibentangkan semasa Perbicaraan. Sebagaimana yang saya sebutkan di atas
sewaktu keterangan saya diambil oleh MACC saya tidak pernah diberitahu akan
beberapa percanggahan di dalam dokumen.
Q305: Pada 4.11.2015,
Jabatan Pelaburan Strategik di bawah Perbendaharaan telah mencadangkan untuk
tambahan masa berkenaan pinjaman jangka pendek kepada SRC bagi membolehkan ia
membayar balik hutang-hutangnya kepada KWAP memandangkan surat tersebut memohon
untuk mengisytiharkan keadaan kemugkiran (Event of Default) terhadap SRC yang
mana tidak mampu membayar pinjamannya kepada KWAP disebabkan dananya dibekukan
di Switzerland. Memo Perbendaharaan ditandatangani oleh Dato’ Dr. Mohd Isa
Hussain (TKSP(I)) dan diluluskan oleh Dato’ Seri Husni dirujuk sebagai ekshibit
D551. Adakah Dato’ Srisedar akan perkara ini?
J: Ya. Dorongan berkenaan hal ini adalah untuk mengelak
tercetusnya keadaan kemungkiran, memandangkan ianya sangat menjejaskan kepada
kedua-dua KWAP dan kepada Kerajaan Malaysia memandangkan keyakinan pelabur terikat
akan terkesan secara negatif disebabkan peristiwa itu. Selanjutnya, Kerajaan
persekutuan akan bertanggungjawab untuk membayar kesemua hutang termasuk faedah
berjumlah lebih daripada RM 4.0 billion kepada KWAP sekaligus dalam tempoh 30
hari. Ini akan menjejaskan bajet tahunan yang mana perlu menyerap kesan ini.
Oleh itu, untuk mengelak hal ini daripada berlaku, kabinet
telah meluluskan cadangan Perbendaharaan dan telah menyelesaikan geran kepada
SRC pinjaman jangka pendek RM 100 juta.
Q306: Apa yang
berlaku semasa perbincangan di antara KWAP, SRC dan MOF?
J: Saya tidak sedar akan butiran terperinci tentang apa yang
dibincangkan, memandangkan saya tidak terlibat di dalam perbincangan ini. Ini
adalah inisiatif yang mana dilakukan oleh Jabatan Perbendaharaan.
Q307: Adakah Dato’
Sri tahu sama ada MOF dan KWAP juga merancang berkenaan bagaimana untuk
memulangkan dana tersebut?
J: Saya tidak perasan akan butiran rancangan, tetapi saya
difahamkan bahawa SRC telah berjanji untuk menyelesaikan perkara ini dengan
pihak berkuasa Swiss pada penghujung 2015 dengan peguam yang dilantik untuk menguruskan
rundingan dengan Kerajaan Swiss. MOF sebagai penjamin telah bersetuju untuk
membekalkan SRC dengan pinjaman jangka pendek untuk membolehkan ia melaksanakan
janjinya.
Q308: Kabinet
seterusnya meluluskan Pinjaman Jangka Pendek bernilai RM 92 Juta pada
6.11.2015. Adakah Dato’ Sri tahu sama ada pinjaman ini digunakan sepenuhnya?
J: Dengan merujuk kepada Memo Perbendaharaan pada 4.7.2016
(D553), bahawa pinjaman tidak digunakan sepenuhnya. Sejumlah RM91,005,498.50 telah
ditunaikan oleh SRC pada 4.12.2015.
Q309: Pada 4.7.2016,
Perbendaharaan melalui Memo (D553) telah mencadangkan kredit tersedia (standby
credit) RM 250 juta. Apa yang berbeza di antara kredit tersedia dan pinjaman
yang diberikan sebelum ini kepada SRC pada 6.11.2015?
J: Pinjaman Jangka Pendek adalah salah satu yang diberikan
sekaligus untuk mencapai keperluan tertentu. Kredit tersedia dalam pada itu
adalah tambahan kredit fasiliti yang diatur berdasarkan peringkat di mana SRC bertanggungjawab
untuk membuat pembayaran kepada KWAP, dalam situasi di mana pada peringkat itu
belum mampu untuk mencapai komitmen kewangan kepada KWAP.
Q310: Adakah
kelulusan daripada kabinet diperlukan dalam keadaan ini?
J: Tidak kerana disebabkan perbezaan di antara pinjaman dan
kredit tersedia seperti yang saya terangkan di atas.
Q311: Adakah kredit
tersedia ini sengaja untuk melangkaui pinjaman jangka pendek di dalam kes ini?
J: Tan Sri Irwan Serigar semestinya dalam kedudukan terbaik
untuk menerangkannya memandangkan ia merupakan perkara operasi yang mana diperkenalkan
oleh beliau sebagai KSP Perbendaharaan.
Q312: Kenapa Dato’
Sri memberikan kelulusan bagi cadangan oleh Perbendaharaan?
J: Saya telah bersetuju dengan penilaian Tan Sri Irwan
berkenaan dengan situasi dan berhasrat untuk mengelak akan akibat daripada
kejadian kemungkiran dicetuskan. Tambahan pula, cadangan Tan Sri Irwan juga
mencapai kelulusan MOF2, Datuk Johari Abdul Ghani.
Q313: Adakah Dato’
Sri tahu apakah rancangan SRC untuk memulangkan kembali dana tersebut?
J: Hanya berdasarkan apa yang terkandung di dalam perenggan
4 dan 5 di P533 memandangkan saya tidak terlibat di dalam pembutiran
perbincangan di antara SRC, KWAP dan MOF. Saya percaya Tan Sri Irwan berada
dalam kedudukan terbaik untuk menerangkannya.
Q314: Adakah kredit
tersedia digunakan sepenuhnya?
J: Tan Sri Irwan berada dalam kedudukan terbaik untuk
menerangkannya.
Q315: Pinjaaman
Jangka Pendek ketiga bernilai RM 300 Juta telah dicadangkan untuk diberikan
kepada SRC berjumlah RM 250 Juta pada 4.6.2017 (D555). Boleh Dato’ Sri komen
berkenaan dengan ini?
J: SRC masih lagi sehingga ke hari ini tidak mampu
menyelesaikan isunya dengan Pihak berkuasa Swiss dan akibatnya tidak mampu
untuk mencapai kewajipannya kepada KWAP. Sekali lagi di luar keinginan untuk mengelakkan
kejadian kemungkiran, saya telah memberikan kelulusan saya kepada cadangan
Perbendaharaan sebagaimana dipertikaikan oleh Dato’ Sri Dr. Mohd. Isa Hussain
(TKSP(I)).
Q316: Apakah
rancangan SRC dalam mencapai kewajipannya terhadap KWAP?
J: Pada pemahaman saya, SRC masih lagi dalam perbincangan
dengan Pihak berkuasa Swiss. Pada masa yang sama, ia juga mencairkan
asset-asetnya untuk membolehkan melunaskan hutang-hutangnya terhadap kedua-dua KWAP
dan MOF. Mereka telah memberikan komitmen lanjut untuk melakukan ini.
Q317: Dalam keadaan
itu, adakah D551, D553, D555 Dato’ Sri fikir tidak munasabah untuk diberikan
kelulusan oleh Dato’ Sri mengenai cadangan Perbendaharaan untuk menambah masa
SRC kredit tersedia dan pinjaman jangka pendek?
J: Sangat sempurna memandangkan alternatif mungkin akan
lebih teruk dari segi impak kepada ekonomi kedua-dua benar dan kelihatan. Ianya
adalah perkara yang tersepit di antara batu dan tempat keras. Dalam keadaan
ini, Kerajaan Malaysia adalah penjamin kepada pinjaman SRC dan perlu ada di dalam
perancangan tanggungjawab secara sah sama ada untuk menjunjung komitmen
kewangan terhadap KWAP. Menawarkan SRC fasiliti berkenaan dengan kredit
tersedia dan pinjaman jangka pendek adalah selaras dengan kewajipan ini dan
dalam masa yang sama mengelakkan impak negative kejadian kemungkiran
disytiharkan.
Saya, DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN HJ ABD RAZAK (NO.K/P: 530723-06-5165), dengan ini sesungguhnya mengakui segala pernyataan saya yang di atas, adalah benar berdasarkan pengetahuan dan kepercayaan terbaik saya.
DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN HJ ABD RAZAK
(NO.K/P: 530723-06-5165)
The pro-government social media campaigners went out of their way to count the number of denials or in Tun Dr Mahathir infamously similar escape phrase, #Taktau as 42.
Legally speaking, it is a normal affair in any court cases and where the accused does not know, the onus to prove he is aware, but claim ignorance or even lying, lies with the prosecution side. It has to be done without reasonable doubts.
Legally speaking, it is a normal affair in any court cases and where the accused does not know, the onus to prove he is aware, but claim ignorance or even lying, lies with the prosecution side. It has to be done without reasonable doubts.
High Court judge, Dato Nazlan Ghazali's decision at prima facie should be based on the on balance probabality (or in his word, totality of evidence) consideration as the normal practise.
However, media reported he expressed strong view that SRC seemed designed to Najib's personal advantage, where the former PM had "enormous influence and wielded overreaching position of power in SRC" including dismissal of Directors. And, he claimed Najib showed personal interest beyond that of public office.
Najib has explained, answered for it and presented proofs it was done in accordance with the law as the line he snapped back at Tommy the other day.
He exposed there were hanky panky behind the scene by several trusted and entrusted individuals to cheat him. The former PM has filed lawsuit against Joanna Yu and AMMB.
Yet, Nazlan accepted the words of questionable character, Ung Su Ling, CEO of YR1M for her association with Jho Low that she carried out instruction from Adlin. Is it verifiable?
Nazlan presumed Nik Faisal as the link to Najib despite the doubts created by defense during the prosecution case presentation. He accepted the words of questionable motive Dato Husni Hanadzlah of Najib's alleged interference as valid.
He said Najib claimed knowledge of money from Saudi Arabia was beyond comprehension as he had used the money earlier, thus claiming it proves CBT.
Forgotten he did of Najib had allegedly earlier received RM2.3 billion in donation from Saudi which is currently the ongoing 1MDB-Tanore. SRC is the tail end of the 1MDB debacle. AG should have charged the 1MDB case first, before SRC, but Mahathir wants to imprison Najib soonest possible and SRC is low hanging fruit.
Seeing how Nazlan echoed the opinion of DPP for 1MDB, Dato Gopal Sri Ram on the ouster law to release SOSMA detainee on terrorism charges related to LTTE and in the opinion of former CJ, Tun Hamid, the judge has encroached into the jurisdiction of Parliament, will Najib's defense get a fair consideration or judge will playsafe to pass it to higher court to make the difficult decision?
A former Minister, former policeman and practising lawyer wonder as to why this ambitous, former corporate lawyer and relatively new civil court judge was given such a big case as his first criminal case.
In the meanwhile, Tommy is supposed to cross-examination Najib further tomorrow.
No comments:
Post a Comment
Plainly state opinion. Only mature and sensible views welcome.
Hostile, insulting and bad language comments NOT RELEASED.