Monday, December 16, 2019

Najib's testimony at SRC trial (Part 2: Q102 to Q215)


In Part 1, Dato Najib started by providing background information on his personal background and his responsibilities as Prime Minister and Minister of Finance.

During cross-examination, Attorney General, Tan Sri Tommy Thomas tried to dispute his credibility but felt short as it would have put the PH government on stand for poor management of the economy. Najib went on to provide background information on the establishment of TIA-1MDB, Jho Low and his roles, and establishment, role and fund raising exercise of SRC.

Then it went into the issues of financing from KWAP, RM1.5 billion AABAR-SRC JV, and questionable transfer of RM300 million to a investment fund in Hong Kong. Finally, he touched on the takeover of SRC from 1MDB by MOF Inc.

Still in Malay to the chagrin of Tommy, the testimony continues with Part 2 on the explanation regarding SRC second guarantee from MOF, extra RM2 billion loan from KWAP, and Advisor Emaritus status. Najib revealed documents bearing his faked signatures, Nik Faisal, Jho Low, Dato Husni Hanadzlah, Joanna Yu, and AMMB account 694.

Part 2 of the testimony as below:

---------------


X. PERMOHONAN SRC UNTUK JAMINAN KERAJAAN YANG KEDUA

Q102. Boleh Dato’ Sri rujuk kepada D526. Apa yang Dato’ Sri tahu berkenaan pertemuan antara TSNMY dan pegawai-pegawai MOF yang telah dinyatakan dalam Memo Perbendaharaan?

J: Hanya perkara yang dinyatakan dalam D526 iaitu TSNMY dan Kementerian Kewangan tidak menyokong untuk memberikan geran kerajaan sebanyak RM650 juta kepada SRC dan memutuskan sebaliknya jaminan kerajaan yang selanjutnya sebanyak RM2 bilion diberikan kepada SRC. Saya berpuas hati berkenaan hal ini dan atas dasar tersebut, telah bersetuju dengan cadangan tersebut seperti juga oleh MOF2.

Q103. Apakah justifikasi untuk memberikan geran kerajaan yang kedua kepada SRC?

J: Justifikasi-justifikasinya adalah seperti yang dinyatakan pada D526 dan seperti yang telah diluluskan oleh TKSP (Dasar). Tiada perubahan antara permohonan pertama SRC untuk jaminan kerajaan dan permohonan ini, dan matlamat SRC adalah selari dengan RMK-10. Atas dasar tersebut, kami merasakan SRC memerlukan bantuan untuk mencapai matlamatnya. Pada masa yang sama, saya berasa yakin dengan peranan prospektif BMKD untuk mengawal selia perkembangan SRC yang diberikan jaminan yang cukup untuk pelaburan kerajaan.

Q104. Kedua-dua D524 dan D526 adalah ditujukan untuk Menteri Kewangan melalui MOF2. Adakah ini bermaksud bahawa sebelum ia sampai kepada Menteri Kewangan, ia mestilah melalui MOF2 terlebih dahulu, berdasarkan kepada amalan dan protokol?

J: Berdasarkan kepada protokol yang ketat, ya. Walaubagaimanapun, kami juga hendaklah meneliti perkara yang ingin diluluskan. Dalam kes D524, ianya tidak melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan dan ianya boleh diluluskan oleh saya atau Dato’ Seri Husni (SP56) atau kedua-dua kami. Sebaliknya, oleh kerana D526 mempunyai implikasi kewangan, perkara tersebut perlu diluluskan oleh MOF2 terlebih dahulu. Ini adalah amalan yang tidak formal dan tidak wujud sebarang kaedah yang tetap.

Dalam sebarang hal sekalipun, saya percaya bahawa Dato’ Seri Husni sedia maklum pada peringkat ini, SRC adalah secara tidak langung adalah syarikat MKD melalui 1MDB. Implikasi D524 adalah ianya lebih sesuai dan mudah bagi BMKD untuk merujuk SRC sebagai satu entiti tersendiri dan bukan sebagai anak syarikat kepada BMKD. Hal ini akan memacu kebolehan BMKD untuk mengawal selia prestasi SRC. Secara substantif, status SRC tidak akan terjejas dengan perubahan ini kerana dalam apa jua keadaan, SRC akan bertanggungan kepada BMKD.

Q105. Dato’ Seri Husni (SP56) memberi keterangan bahawa belaiu hanya melihat D524 buat kali pertama semasa SPRM menunjukkannya kepada beliau dokumen tersebut dan mendakwa bahawa beliau telah dipintas kerana Dato’ Sri telah menandatangani surat ini tanpa beliau melihatnya terlebih dahulu. Apa komen Dato’ Sri?

J: Apa yang beliau katakan di Mahkamah memberi implikasi bahawa D524 sengaja disembunyikan oleh saya daripada beliau. Saya boleh menyatakan dengan yakin bahawa ianya tidak disembunyikan dan saya tidak pernah mengarahkan sesiapa untuk menyembunyikannya daripada beliau. Ianya bergantung kepada Dato’ Mat Noor Nawi untuk memaklumkan kepada beliau terlebih dahulu mengikut protokol. Sama ada beliau dirujuk terlebih dahulu adalah di luar pengetahuan saya. Walaubagaimanapun, seperti yang saya telah nyatakan bahawa keputusan ini tidak menyebabkan sebarang implikasi kewangan, dan tidak ada ruang pertikaian, maka tiada apa-apa yang tidak teratur di dalam sokongan saya.

Q106. Selain melalui D524, adakah Dato Seri Husni (SP56) dimaklumkan berkenaan hasrat Kementerian Kewangan untuk meletakkan SRC di bawah MKD?

J: Selepas saya meminitkan kelulusan saya di D524, saya telah memaklumkan kepada beliau secara ringkas kerana beliau sebelum itu ada menyatakan kesangsian beliau berkenaan 1MDB dan anak-anak syarikatnya, sebagai cara untuk meredakan kesangsian beliau, tetapi saya tidak menelitinya dengan mendalam kerana ianya tidak perlu. Saya merasakan bahawa memandangkan semua komunikasi yang diperlukan untuk memaklumkan beliau bahawa operasi SRC memang boleh dikaji oleh beliau pada bila-bila masa dalam kapasiti beliau sebagai MOF2. Saya ambil maklum bahawa Dato’ Seri Husni sendiri di dalam keterangan beliau telah menyatakan bahawa beliau telahditaklimatkan berkenaan hal ehwal dan pelaburan SRC oleh pegawai-pegawai BMKD.

Q107. Bagaimanakah Dato’ Sri menerima Kertas Kabinet berkenaan Jaminan Kerajaan yang Kedua?

J: Saya menerima Kertas-Kertas Kabinet (D527A & B) bersama-sama dengan Memo Perbendaharaan (D526) yang mengandungi kelulusan Dato’ Seri Husni (SP56) sama ada daripada Perbendaharaan atau Dato Azlin.

Q108. Bagaimanakah Kertas ini dibentangkan di Kabinet pada 8.2.2012?

J: Kami akan meneliti agenda untuk hari tersebut yang mana setiap kertas kabinet akan dibentangkan mengikut giliran. Apabila kertas kabinet dibentangkan, Menteri akan dijemput untuk memberikan sebarang komen atau soalan, sekiranya semua bersetuju, kami akan meneruskan dengan kertas Kabinet seperti di dalam agenda tersebut. Sebagai Menteri paling kanan di dalam Kabinet, saya adalah pengerusi dalam mesyuarat tersebut, dan ia adalah tanggungjawab saya untuk meneliti agenda mesyuarat.

Dalam perkara mengenai D527A & B, ianya dibentangkan dan diluluskan tanpa sebarang soalan atau komen daripada mana-mana Menteri Kabinet kerana kandungannya adalah sedia tertera.

Q109. Apakah alasan Kabinet mengundi sebulat suara untuk meluluskan pemberian Jaminan Kerajaan yang Kedua kepada SRC?

J: Alasan utama bagi persetujuan kami adalah berdasarkan kepada objektif SRC yang sejajar dengan perancangan negara di bawah RMK-10 dan Dasar Tenaga Nasional yang telah saya nyatakan di awal tadi. Perkara ini tidak berubah sejak Kabinet mempertimbangkan permohonan Jaminan Kerajaan yang Pertama dan asas-asas tersebut sama terpakai di sini.

Tan Sri Irwan juga telah mengambil maklum di dalam MJM bahawa SRC akan diletakkan di bawah MKD alam waktu yang sewajarnya sebagai kaedah tambahan untuk memastikan kepentingan Kerajaan terpelihara. Penggunaan pinjaman KWAP yang pertama untuk beberapa pelaburan SRC adalah dinyatakan di sini sebagai justifikasi untuk modal lanjutan.

Q110. Merujuk kepada halaman 5 D527B, boleh Dato’ Sri jelaskan status pengetahuan Dato’ Sri berkenaan pelaburan-pelaburan yang dikatakan telah berlaku di sini?

J: Saya percaya penggunaan RM2 bilion yang pertama daripada KWAP oleh SRC yang dinyatakan di sini telah dimaklumkan kepada Perbendaharaan atau TSNMY. Pada peringkat ini, saya ada dimaklumkan berkenaan urusniaga SRCAabar JV dan penyempurnaan terma-terma perjanjian secara umum. Hal ini adalah berdasarkan kepada taklimat-taklimat yang diberikan kepada saya.

Berkenaan pelaburan-pelaburan lain yang dinyatakan di sini, saya dimaklumkan berkenaannya melalui D527B. Saya beranggapan perkara tersebut telah dipertimbangkan dan diputuskan oleh Lembaga pengarah SRC sejajar dengan tanggungjawab Lembaga pengarah. Dalam apa jua keadaan, perkara-perkara ini dimasukkan juga bermaksud untuk memberikan taklimat kepada Kabinet berkenaan pelaburan-pelaburan SRC dan penggunaan pinjaman KWAP yang terdahulu.

Q111. Adakah ia sesuatu yang luar biasa untuk Jaminan Kerajaan yang masih dalam proses permohonan dan pertimbangan walaupun tanpa SRC membuat sebarang permohonan untuk pembiayaan selanjutnya?

J: Tidak, kerana ia bukanlah satu-satunya kebimbangan Kabinet berkenaan polisipolisi sama ada suatu jaminan kerajaan sepatutnya diberikan. Hakikatnya SRC telah memohon/ Jaminan Kerajaan tanpa apa-apa permohonan pembiayaan dibuat dalam Kertas Kabinet. Kertas Kabinet selanjutnya menyatakan bahawa SRC bercadang untuk memohon pembiayaan selanjutnya dan cadangan yang dimaksudkan telah digariskan dalam perenggan 7 dalam D527B. Jaminan Kerajaan telah dipohon oleh SRC untuk membolehkan SRC membuat permohonan untuk pembiayaan. Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, objektif SRC adalah sejajar dengan dasar semasa Tenaga kerajaan dan juga RMK-10. Ia kemudiannya tertakluk kepada budi bicara Lembaga Pengarah SRC untuk menggunapakai jaminan yang telah diberikan oleh Kerajaan.

Q112. Sebelum ini, adakah terdapat keadaan di mana Jaminan Kerajaan diberikan kepada syarikat milik MKD sebelum syarikat tersebut membuat permohonan pinjaman?

J: Ya. Peruntukan jaminan kerajaan dalam hal itu adalah untuk membolehkan syarikat yang dimiliki oleh MKD untuk memperoleh pembiayaan dengan cepat kerana mana-mana pemberi pinjaman berpotensi akan diberi keyakinan dengan adanya jaminan kerajaan. Pada masa yang sama, kekuatan jaminan itu juga akan membolehkan syarikat berada dalam kedudukan yang lebih kukuh untuk mendapatkan terma pembiayaan yang lebih baik.

Q113. Dato’ Sri telah menghadiri Mesyuarat Kabinet pada 8.2.2012 dan telah membentangkan MJM D527A & B. Apakah asas Dato’ Sri untuk melakukan perkara tersebut?

J: Sebagai seorang Perdana Menteri, pada dasarnya, saya dengan sepenuh hati bersetuju dengan inisiatif yang dicadangkan untuk dilaksanakan oleh SRC berdasarkan cadangan awal EPU dan hakikatnya ia merupakan perkara yang berkaitan dengan kepentingan Malaysia. Dalam erti kata lain, ia adalah demi kepentingan Kerajaan dan negara. Sebagai Menteri Kewangan saya juga mengambil maklim bahawa perkara tersebut adalah demi kepentingan Kerajaan Malaysia dan kepentingan MKD yang akan dilindungi menurut garis panduan yang telah ditetapkan.

Q114. Minit Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8.2.2012 (P539) mengandungi keputusan Kabinet mengenai P527A & B. Apakah yang Dato’ Sri boleh lihat daripada Minit tersebut?

J: Jemaah Menteri yang merupakan tulang belakang kerajaan, telah sebulat suara meluluskan P527A & B berdasarkan justifikasi yang telah digariskan di dalamnya. Jemaah Menteri juga telah mengambil maklum bahawa SRC diletakkan di bawah pemilikan langsung MKD.

Q115. Adakah Dato’ Sri mempunyai apa-apa kepentingan dalam SRC pada ketika itu?

J: Sekali lagi, saya sesungguhnya menyatakan bahawa saya sama sekali tidak mempunyai sebarang penglibatan secara peribadi ataupun dari segi kewangan dalam SRC. Kepentingan saya hanyalah untuk memastikan kejayaan SRC dalam melaksanakan objektifnya untuk manfaat negara.

Q116. Sebagai Menteri Kewangan, adakah Dato’ Sri mempunyai apa-apa kepentingan di dalam semua syarikat MKD?

J: Satu-satunya kepentingan saya adalah untuk memastikan keputusan yang berkaitan dengan syarikat-syarikat MKD dibuat demi kepentingan Kerajaan Malaysia. Saya juga ingin menambah bahawa Menteri Kewangan tidak pernah menarik diri daripada perbincangan yang melibatkan syarikat MKD kerana jika tidak, tiada siapa yang akan mempertahankan cadangan yang dibentangkan itu. Ia adalah suatu yang tidak masuk akal untuk mencadangkan bahawa Menteri Kewangan seharusnya menarik diri atas dasar kepentingan profesionalnya.

Q117. Berhubung dengan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17.8.2011 dan 8.2.2012, bolehkah dikatakan Kabinet hanya meluluskannya kerana SRC merupakan suatu inisiatif yang telah menerima perhatian khusus Dato’ Sri dan semua orang di dalam Kabinet merasakan seperti terikat untuk meluluskannya?

J: Ini bukanlah cara suatu Kerajaan beroperasi. Untuk mencadangkan bahawa Kabinet merupakan sebuah badan yang hanya mengecop (a rubber-stamping body) yang sudah tentu akan menjadi penghinaan kepada anggota pentadbiran kerajaan. Mesyuarat Jemaah Menteri ditandakan sebagai 'Rahsia' bagi tujuan untuk membolehkan setiap anggota Kabinet untuk bercakap dengan bebas demi kepentingan Kementerian dan Kerajaan secara umum. Saya tidak percaya bahawa mana-mana anggota Jemaah Menteri akan meninggalkan tanggungjawab pejabat awamnya dengan cara tidak menyatakan apa-apa pendapat yang bertentangan. Ia adalah perkara biasa bagi Menteri-menteri dalam kabinet untuk menyatakan ketidaksetujuan mereka dengan cadangancadangan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri atau mana-mana Menteri atau mana-mana menteri memandangkan ini adalah tujuan perbincangan dalam kabinet.

Tan Sri Ismee Ismail

XI. P501, D534 & D535 – MINIT MKD BERKENAAN SRC YANG BERTARIKH 17.2.2012

Q118. Selain daripada P530 (2) - (9) dan P497 (2) - (3), Tan Sri Ismee juga memberi keterangan bahawa sebelum menandatangani Resolusi Pengarah (DCR) bertarikh 17.2.2012 (P385), beliau telah ditunjukkan Minit dari MKD yang bertarikh sama (P501) yang mengarahkan bagaimana dana SRC sepatutnya digunakan. Apakah yang ingin Dato’ Sri katakan berhubung perkara ini?

J: Saya difahamkan bahawa dokumen asal P501 tidak dikemukakan. Oleh itu, saya tidak boleh mengesahkan keaslian dokumen kerana terdapat kewujudan dokumen-dokumen lain yang mana tanda tangan saya kelihatan seolah-olah telah dimanipulasi dan dipalsukan.

Setelah meneliti P501, ini bukanlah dokumen yang saya tidak ingat pernah melihat atau menandatanganinya pada masa yang material. Kandungannya kelihatan seolah-olah sama seperti P385. Sekiranya dokumen ini adalah dokumen yang asli, dokumen tersebut perlu melalui BMKD dan salinan asal sudah pasti wujud. Dalam hal sedemikian, ia adalah sesuatu yang memerlukan DCR terlebih dahulu. Oleh itu, ia adalah suatu yang mustahil bagi P501 yang telah ditandatangani tanpa P385 yang ditunjukkan kepada BMKD terlebih dahulu. Saya juga sekali lagi ingin mnyatakan bahawa ia amat menghairankan saya tentang bagaimana Pengarah-pengarah boleh mempercayai bahawa saya, bagi pihak MKD, telah memberi arahan di atas perkara-perkara yang berada dalam bidang tugas Pengarah-pengarah syarikat. Mengapa mereka boleh sewenang-wenangnya menerima bulat-bulat apa yang telah ditunjukkan (represented) dan dikatakan oleh Nik Faisal.

Q119. Bolehkah saya merujuk Dato’ Sri ke D534 dan D535. Pernahkah Dato’ Sri melihat dokumen-dokumen ini dan adakah Dato’ Sri menandatanganinya bagi pihak MKD?

J: Saya difahamkan bahawa tiada dokumen asal telah dikemukakan di Mahkamah. Oleh yang demikian, saya tidak boleh mengesahkan keaslian dokumen yang diberikan memandangkan wujudnya dokumen lain di mana tanda tangan saya seolah-olah telah dimanipulasi dan dipalsukan.

Sekiranya dokumen-dokumen ini adalah tulen, dokumen tersebut harus melalui BMKD dan dokumen asalnya boleh didapati dan akan disokong oleh resolusi Pengarah terlebih dahulu.

D535 kelihatan seperti kelulusan bagi SRC untuk mendapatkan pinjaman lanjut sebanyak RM2bilion daripada KWAP. D534 kelihatan seperti penggunaan secara langsung dana tersebut. Kandungan kedua-duanya kelihatan seperti yang terdapat dalam P501 dan kesemua dokumen ini mempunyai tarikh yang sama. Oleh itu, ia kelihatan seperti sesuatu yang menjadi tanda tanya tentang mengapa terdapat tiga (3) dokumen berbeza atas perkara yang sama. Oleh itu, saya tidak percaya bahawa saya telah melihat atau menandatangani dokumen tersebut bagi pihak MKD.

Dato Azian, ex-CEO SRC International

XII. PINJAMAN LANJUT RM2Bn SRC DARIPADA KWAP

Q120. SRC telah memohon pinjaman sebanyak RM2 bilion lagi daripada KWAP pada 13.3.2012 melalui surat kepada Dato’ Azian (P383). Surat ini dihantar ke KWAP melalui e-mel oleh Terrence Geh kepada KWAP melalui P386 pada 14.3.2012. Adakah Dato’ Sri sedar berkenaan dokumen-dokumen ini?

J: Tidak. Saya bagaimanapun telah dimaklumkan bahawa SRC memohon pinjaman lanjutan sebanyak RM2 bilion daripada KWAP berdasarkan Jaminan Kerajaan yang ke-2.

Q121. Bagaimana Dato’ Sri menyedari permohonan SRC untuk pinjaman RM2 bilion yang ke-2 daripada KWAP?

J: Saya tidak ingat secara khusus.

Q122. Surat daripada SRC (P383) menyatakan di perenggan 2 bahawa “Minister of Finance has hereby approved and advised the Company shall procure from KWAP a further RM2 billion term financing facility based on the same terms and conditions as Facility Agreement 1 and secured by 2nd Government Guarantee. The Board of Directors of the Company has also approved and endorsed this.” Apa komen Dato’ Sri?

J: Saya tidak fikir saya telah memberikan kelulusan sedemikian. Walau bagaimanapun, saya masih ingat bahawa saya telah memaklumkan Tan Sri Wan bahawa kepentingan SRC akan disampaikan dengan baik sekiranya KWAP bersetuju untuk memberi pinjaman lanjut sebanyak RM2 bilion berdasarkan terma yang sama dengan pinjaman pertama. Ini, saya percaya, berlaku dalam satu mesyuarat yang saya hadiri bersama Tan Sri Wan, Dato’ Azian dan Tan Sri Irwan Serigar pada pertengahan Mac 2012 selepas KWAP telah bersetuju untuk memberikan pembiayaan kewangan tersebut.

Q123. Perenggan 2 merujuk kepada P385 dan D534 yang telah dilampirkan bersamanya. Apakah pandangan Dato’ Sri mengenai perkara ini?

J: Seperti yang saya nyatakan di atas, saya tidak ingat pernah melihat P385 atau D534 pada masa itu.

Q124. Perenggan 5 dalam P383 menyatakan pelaburan awal SRC telah dibuat dengan kemudahan RM2bn yang asal. Surat itu terus menunjukkan bahawa semua pelaburan sedemikian “are approved and endorsed by the respective board of directors of the Company and subsequently also endorsed by YAB Prime Minister”. Adakah Dato’ Sri menyedari tentang pelaburan SRC seperti yang dinyatakan di dalam perenggan ini dan Dato’ Sri telah memberikan persetujuan untuk pelaburan tersebut?

J: Seperti yang dinyatakan di atas, saya telah dimaklumkan mengenai pelaburan SRC di Malaysia SRC-Aabar JV dan inisiatif lain oleh SRC secara umumnya. Pelaburan lain juga sama seperti yang digariskan dalam Kertas Kabinet (D527B). Pada masa P383 dikeluarkan, Jemaah Menteri sendiri telah mengambil perhatian tentang perkara itu.

Saya juga mendapati bahawa frasa itu tidak bertepatan dengan keterangan Tan Sri Ismee bahawa Lembaga Pengarah hanya meluluskan pelaburan selepas melihat beberapa dokumen yang mengarahkan perkara yang sama. Sekali lagi, saya mengatakan bahawa adalah suatu yang luar biasa bahawa Tan Sri Ismee berpandangan sedemikian.

Q125. Pada 20.3.2012, Panel Pelaburan KWAP telah meluluskan pinjaman sebanyak RM2 bilion kepada SRC dengan syarat pengeluaran berjadual (P476). Adakah Dato’ Sri sedar berkenaan kelulusan ini?

J: Saya telah diberitahu kemudian berkenaan perkara tersebut. Saya juga telah dimaklumkan bahawa SRC telah membuat rayuan kepada KWAP untuk membenarkan supaya jumlah pinjaman tersebut dikeluarkan secara sekali gus kerana terdapat pelaburan-pelaburan yang berpotensi yang memerlukan modal segera. Hal ini kemudiannya telah membawa kepada satu mesyuarat antara Dato’ Azian dan Tan Sri Wan bersama-sama Tan Sri Irwan Serigar pada 22.3.2012 di PMO.

Q126. Apakah tujuan mesyuarat tersebut?

J: Mesyuarat itu adalah untuk berbincang secara mendalam tentang rayuan SRC untuk satu pengeluaran secara sekali gus. Saya percaya bahawa pandangan saya diminta bagi perkara tersebut. Tan Sri Irwan merupakan TKSP (Dasar) pada ketika itu dan telah diarahkan juga untuk mempertimbangkan perkara tersebut.

Setelah perbincangan dilakukan, ianya telah direkodkan bahawa SRC perlu memberikan justifikasi untuk pengeluaran secara sekaligus kepada KWAP dengan memberikan maklumat berkenaan pelaburan-pelaburan yang berpotensi tersebut yang telah dikenalpasti dan memerlukan dana dengan segera. Memandangkan saiz pinjaman telah meningkat, ianya juga telah dicadangkan bahawa Dato’ Md Nor Nawi, iaitu TKSP (Sistem dan Kawalan) pada ketika itu untuk dilantik sebagai penasihat kepada SRC.

Q127. Adakah Dato’ Sri menghubungi Nik Faisal dan memaklumkan kepadanya berkenaan hasil mesyuarat tersebut?

J : Tidak, saya tidak menghubunginya tetapi Dato’ Azlin mungkin telah memberitahu kepada Nik Faisal berkenaan perkara tersebut kerana ia telah dibangkitkan oleh SRC secara mendadak.

Q128. Adakah perlantikan Dato’ Mat Noor Nawi sebagai penasihat kepada SRC telah diberi kesan?

J: Saya masih ingat saya mengeluarkan satu surat untuk memberi kesan perlantikan tersebut tetapi tidak ingat bila.

Q129. Boleh saya rujuk Dato’ Sri kepada P388 iaitu emel Nik Faisal kepada KWAP yang mana beberapa pelaburan telah digariskan untuk menjustifikasikan keperluan pengeluaran secara sekaligus. Adakah Dato’ Sri sedar apakah pelaburan-pelaburan tersebut?

J: Saya telah dimaklumkan kemudiannya bahawa Panel Pelaburan KWAP telah bersetuju untuk memberikan pengeluaran pinjaman kedua secara sekali gus. Sebagaimana yang saya faham, SRC telah memberikan justifikasi yang diperlukan untuk mendapatkan dana yang diperlukan dengan segera. Saya tidak dimaklumkan berkenaan pelaburan-pelaburan tersebut secara spesifik.

Q130. Rujuk kepada P397. Tan Sri Wan memberikan keterangan bahawa selepas KWAP meluluskan pengeluaran secara sekali gus, Dato’ Sri telah menghubungi beliau dan meminta satu surat dikeluarkan bagi KWAP untuk memohon pengeluaran awal pinjaman sementara Jaminan Kerajaan yang formal disempurnakan oleh Perbendaharaan. Tan Sri Wan telah mengarahkan perkara tersebut dan P397 kemudiannya dikeluarkan. Apakah asas untuk permohonan yang Dato’ Sri lakukan kepada Tan Sri Wan?

J: Hal ini hanyalah adalah kesinambungan daripada perkara-perkara yang telah dibincangkan terlebih dahulu. Setelah dimaklumkan bahawa Panel Pelaburan KWAP telah bersetuju untuk mengeluarkan pinjaman secara sekali gus berdasarkan kepada justifikasi yang diberikan oleh SRC berkenaan keperluan dana yang segera, saya hanya mengarahkan Tan Sri Wan untuk mempertimbangkan pengeluaran dana tersebut untuk membolehkan SRC mendapatkan kelebihan dalam peluang-peluang tersebut.

Memandangkan KWAP telah mengakui perkara tersebut, saya tidak melihatnya sebagai satu isu. Apa-apa pun jaminan kerajaan telah pun diluluskan oleh Jemaah Menteri dan dokumen rasmi juga akan diberikan dalam waktu yang sewajarnya selepas ianya diteliti oleh peguamcara Perbendaharaan. Walaubagaimanapun, saya harus tekankan bahawa permintaan tersebut adalah kepada KWAP yang mana hanya KWAP yang boleh membuat keputusan. Surat daripada Kementerian Kewangan telah dikeluarkan, yang mana saya mengambil maklum, untuk mendapatkan kelulusan KWAP berkenaan permohonan ini. Saya percaya bahawa KWAP akhirnya bersetuju dengan pengecualian tersebut.

Tan Sri Wan Abdul Aziz bin Wan Abdullah

XIII. PINDAAN TERHADAP KELULUSAN TERDAHULU JEMAAH MENTERI BERKENAAN TERMA-TERMA JAMINAN KERAJAAN

Q131. Adakah Dato’ Sri masih ingat berkenaan keadaan di sebalik bagaimana Memo Perbendaharaan bertarikh 24.2.2012 (P548) dikeluarkan?

J: Tidak berapa jelas. Secara asasnya, ianya berlaku kerana Peguamcara Perbendaharaan telah mengutarakan perbezaan antara tujuan pinjaman yang dinyatakan sepertimana yang dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 8.2.2012 (P539) dan tujuan pinjaman sepertimana yang dinyatakan pada Perjanjian Fasiliti (P395) untuk pinjaman kedua sebanyak RM2 bilion antara KWAP dan SRC.

Kabinet telah bersetuju bahawa pinjaman yang dijamin adalah untuk tujuan pelaburan sumber alam manakala Perjanjian Fasiliti (P395) merangkumi skop yang lebih luas iaitu mencakupi aktiviti pelaburan yang umum dan/atau syarat-syarat modal kerja yang umum.

Q132. Tan Sri Wan telah mencadangkan di dalam Memo Perbendaharaan (P548) bahawa Perjanjian Fasiliti tersebut dipinda supaya tujuan pinjaman adalah selari dengan persetujuan yang telah dicapai oleh Jemaah Menteri pada 8.2.2012. Bagaimana Dato’ Sri meluluskannya?

J: Secara prinsip, tujuan pinjaman mestilah selari dengan jaminan kerana jaminan telah diputuskan secara kolektif oleh Jemaah Menteri untuk merangkumi pelaburan dalam skop yang lebih kecil. Walaubagaimanapun, skop yang lebih luas di dalam Perjanjian Fasiliti membenarkan pelaburan-pelaburan yang lebih liberal dibuat di luar skop yang diputuskan oleh Jemaah Menteri. Oleh sebab itulah, pindaan harus dibuat. Dato’ Seri Husni (SP56) dan saya, atas dasar tersebut, telah meminitkan kelulusan kami untuk cadangan pindaan oleh Perbendaharaan.

Q133. Walaubagaimapun, akhirnya, Kertas Kabinet P542A dan P542B sebaliknya mencadangkan tujuan pinjaman untuk dipinda untuk merangkumi pelaburanpelaburan sumber asli dan modal kerja. Mengapakah hal ini terjadi?

J: Saya tidak pasti apa yang berlaku antara tarikh Memo Perbendaharaan pada 24.2.2012 (P548) dan Kertas Jemaah Menteri (P542A & B) on 11.5.2012, tetapi saya percaya bahawa terdapat perbincangan seperti mana di dalam Kertas Jemaah Menteri yang asal yang disediakan untuk Jaminan Kerajaan yang Kedua (D527A & B), ianya juga dinyatakan dalam perenggan 6 dan 8 bahawa:

“Pinjaman sebanyak RM2 billion terdahulu adalah tidak mencukupi bagi menampung keperluan modal kerja SRC” and “Bantuan Kerajaan diperlukan untuk menampung kos perlaksanaan projek strategic negara dan kos pengoperasian”.

Dalam kedua-dua keadaan, Jemaah Menteri dijemput untuk mempertimbangkan kos operasi SRC dan secara jelasnya, jumlah yang diperlukan di dalam jaminan telah diambil kira untuk kegunaan dana ini. Maka, ia akhirnya dipersetujui bahawa cadangan di dalam Kertas Jemaah Menteri perlu mencerminkan situasi ini.

Q134. Adakah Jemaah Menteri meluluskan P542A & B?

J: Ya, Jemaah Menteri meluluskannya semasa mesyuarat Menteri pada 16.5.2012 (P541).

Q135. Dato’ Sri sila rujuk P396. Adakah Dato’ Sri menandatangani Jaminan Kerajaan ini?

J: Ya. Meskipun dokumen tersebut bertarikh 27.3.2012, saya percaya ianya hanya disempurnakan selepas keputusan Jemaah Menteri pada 16.5.2012.

Q136. Adakah pengeluaran pinjaman kepada SRC sebelum dokumen tersebut disempurnakan mempunyai kesan yang bertentangan kepada KWAP?

J: Tidak pada pengetahuan saya. Malah, masa yang diberikan kepada Peguamcara Perbendaharaan untuk meneliti dokumen-dokumen telah menyebabkan isu ini dibangkitkan di Mesyuarat Jemaah Menteri pada 16.5.2012.

XIV. PINDAAN KEPADA M&A SRC

Q137. Boleh saya rujuk Dato’ Sri kepada P510 dan P511. Pernahkah Dato’ Sri melihat dokumen-dokumen ini?

J: P511 ialah satu DCR untuk mengadakan Extra-Ordinary General Meeting (EGM) untuk meluluskan resolusi-resolusi bagi pindaan-pindaan terhadap M&A SRC. P510 kelihatan seperti Minit yang berpadanan dengan MKD yang meluluskan pindaan-pindaan tersebut. Memandangkan keanehan dokumendokumen korporat SRC dan kewujudan Minit MKD sebagaimana di atas yang mana tidak mungkin ditandatangani oleh saya melainkan perkara tersebut dirujuk melalui BMKD, saya tidak dapat pastikan sama ada P510 adalah dokumen yang tulen melainkan ianya terdapat dalam rekod-rekod BMKD. Walaubagaimanapun, saya masih ingat meluluskan pindaan-pindaan kepada M&A SRC dalam kapasiti saya sebagai PM.

Q138. Sila rujuk kepada P512. Adakah ini surat yang dikeluarkan oleh Dato’ Sri dalam meluluskan pindaan-pindaan ini sebagai PM?

J: Ya.

Q139. Boleh Dato’ Sri terangkan asas untuk kelulusan tersebut untuk memasukkan pindaan-pindaan yang dirujuk di dalam P512?

J: Ya. Saya dimaklumkan bahawa pindaan-pindaan ini telah dicadangkan oleh pihak pengurusan SRC dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah. Kelulusan oleh saya dipohon selepas itu memandangkan terdapat keperluan bagi PM untuk meluluskan kesemua pindaan-pindaan terhadap M&A SRC.

Q140. Adakah Dato’ Sri diberitahu tentang alasan di sebalik pindaan-pindaan yang dicadangkan?

J: Alasan ringkas di sebalik pindaan-pindaan yang dicadangkan oleh pihak pengurusan diberitahu kepada saya sebelum saya menandatangani P512. Ini telah dimaklumkan kepada saya oleh Dato’ Azlin Alias yang diminta oleh Nik Faisal bagi memperoleh kelulusan saya pada ketika itu sebagai PM. Pindaan-pindaan terhadap Perkara 3 M&A SRC dikatakan perlu bagi membolehkan SRC untuk menjalankan sebahagian pelaburan-pelaburan yang telah dicadangkan di luar negara.

Pindaan terhadap Perkara 116 dikatakan bagi perlindungan terhadap maklumat sulit. Kemasukan Perkara 117 adalah untuk memberikan fungsi Penasihat Emeritus di mana ia dikatakan untuk Lembaga SRC boleh mendapatkan nasihat PM berkenaan perkara-perkara yang penting dan berkenaan dengan kepentingan strategik Malaysia. Perkara 118 adakah untuk membenarkan perlantikan penasihat-penasihat yang lain yang mana akan memberi nilai tambahan kepada SRC. Pindaan terhadap perkara 91 adalah untuk membolehkan DCR untuk diberi kesan oleh hanya majoriti pengarah-pengarah.

Q141. Adakah Dato’ Sri mencadangkan atau mendesak berkenaan dengan kemasukan Perkara 117 sebagai cara untuk mengawal Lembaga Pengarah SRC?

J: Tidak. Pemahaman saya adalah bahawa nasihat oleh Penasihat Emeritus adalah terhad kepada perkara-perkara yang digariskan dalam Perkara 117 dan bukan mengenai operasi-operasi dan hal-hal lain SRC di dalam apa-apa keadaan sekalipun, sebarang nasihat yang diberikan hanyalah untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Pengarah. Lembaga Pengarah adalah tidak terikat untuk mengikut sebarang nasihat dan perlu bertindak demi kepentingan terbaik syarikat seperti yang dinyatakan dalam surat saya (P512). Ini juga selaras dengan prinsip asas undang-undang dalam undang-undang Syarikat. Saya tidak dapat melihat bagaimana Perkara 117 ini dikatakan telah membolehkan saya mengawal SRC apabila tidak ada nasihat yang diminta oleh Lembaga Pengarah mahupun sebarang nasihat yang diberikan oleh saya dalam kapasiti saya ssebagai Penasihat Emeritus.

Dato Subuh
XV. PELAPORAN SRC

Q142. Adakah perkara-perkara berkaitan dengan pelaburan-pelaburan dan operasi SRC dilaporkan kepada Dato’ Sri?

J: Seingat saya terdapat beberapa keadaan di mana saya berjumpa dengan Nik Faisal di mana beliau ada memberikan taklimat ringkas secara amnya berkenaan dengan operasi dan perkara-perkara berkenaan dengan SRC. Ini hanyalah perkara asas berkaitan dengan apa yang dimaklumkan kepada saya yang diputuskan oleh Lembaga Pengarah SRC berkenaan dengan pelan perniagaan dan pelaburan SRC.

Saya percaya sebahagian maklumat telah diberikan oleh SRC kepada Kementerian Kewangan berkenaan dengan bagaimana pinjaman pertama berjumlah RM2 Billion daripada KWAP telah digunakan dan hal yang sama telah dimasukkan di dalam Kertas Jemaah Menteri bagi kelulusan Jemaah Menteri untuk memberikan Jaminan Kerajaan Kedua.

Pada waktu kemudian, selepas Dato’ Azahar Bin Osman Khairuddin telah mengambil alih sebagai CEO dan Presiden SRC, saya juga ada berjumpa dengan beliau beberapa kali berkaitan dengan SRC termasuklah pada peringkat usaha-usaha yang sedang dijalankan untuk membawa pulang dana SRC yang telah dilaburkan di luar negara.

Selain daripada ini, saya beranggapan bahawa pelaporan berkala telah dilakukan oleh BMKD sebagaimana kebiasaan garis panduan sedia ada tetapi saya tidak diberitahu apa-apa secara khusus oleh kakitangan BMKD mahupun Kementerian Kewangan. Oleh itu, saya menganggap semuanya berjalan secara biasa sebagaimana syarikat-syarikat MKD yang lain.

Q143. Tan Sri Ismee dan Dato’ Suboh memberi keterangan bahawa Nik Faisal menjadi penghubung di antara SRC dan Dato’ Sri. Mereka juga memberi keterangan bahawa setiap keputusan oleh Ahli Lembaga Pengarah perlu diluluskan oleh Dato’ Sri dan arahan-arahan Dato’ Sri akan disampaikan melalui Nik Faisal. Adakah ini benar?

J: Tidak sama sekali. Ini bukanlah cara bagaimana syarikat MKD diuruskan. SRC bukan satu pengecualian. Dalam perjumpaan yang terhad di antara saya dan Nik Faisal beliau telah memaklumkan bahawa Lembaga Pengarah telah memutuskan berkaitan dengan pelaburan-pelaburan selepas perbincangan yang mendalam dan ‘due diligence’ dijalankan melalui perunding-perunding dan penasihat-penasihat luar. Saya pasti tidak pernah mengarahkan Lembaga Pengarah dalam apa-apa cara berkenaan dengan hal yang sama. Saya tidak berada di dalam mana-mana kedudukan untuk micro-manage mana-mana syarikat MKD termasuklah SRC. Selanjutnya, SRC hanyalah satu daripada syarikat-syarikat MKD yang terlibat dalam projek berkaitan kepentingan nasional pada masa itu. Tiada sebab bagi saya untuk mengarahkan Lembaga Pengarah SRC melalui Nik Faisal.

Sekarang jelas kelihatan Nik Faisal telah mempermainkan kedua belah pihak. Kepada saya, beliau mengatakan perkara-perkara tersebut telahpun diputuskan oleh Lembaga Pengarah dan kepada Lembaga Pengarah beliau menyatakan saya telah mengarahkan perkara-perkara tersebut. Tetapi apa yang menghairankan saya adalah mengapa pengarah-pengarah SRC yang lain termasuk Tan Sri Ismee, tidak peduli untuk mengesahkan perkara tersebut dengan saya secara langsung dan hanya menerima sahaja kata-kata Nik Faisal secara bulat-bulat. Ini adalah secara khususnya berkaitan dengan dana syarikat. Tan Sri Ismee sebagaimana yang saya sebutkan adalah seorang ahli korporat yang mempunyai pengalaman yang luas dalam menguruskan syarikat GLC. Beliau mempunyai nombor peribadi saya untuk dihubungi dan kami telah berjumpa beberapa kali. Tidak pernah sesekali pun saya ditanya tentang perkara yang beliau katakan Nik Faisal memberitahu Lembaga Pengarah.

Q144. Terdapat keterangan yang mencadangkan bahawa kemasukan Perkara 117 merubah bentuk syarikat’. Apa komen Dato’ Srii?

J: Setakat mana yang saya tahu, Lembaga Pengarah tidak pernah meminta nasihat saya sebagai Penasihat Emeritus secara khususnya. Saya tidak pernah menerima sebarang surat menyurat daripada Lembaga Pengurusan berkenaan dengan perihal ini. Saya juga tidak memberikan apa-apa nasihat sebagai Penasihat Emeritus. Sekiranya hal yang sama dilakukan ianya akan dilakukan secara bertulis dan tidak melalui mana-mana individu. Hal ini akan menyebabkan satu tadbir urus korporat yang tidak baik.

Walaubagaimanapun saya ingat bahawa apabila Dato’ Azhar mengambil alih tampuk pengurusan SRC, saya ada dirujuk surat yang meminta pandangan saya berkenaan dengan National Strategic Coal Initiative dan Trans Sabah Gas Pipeline Project. Saya ada minitkan kelulusan saya dan persetujuan projek-projek ini di dalam surat daripada SRC. Saya faham bahawa nasihat saya diminta kerana ini adalah perkara strategik yang penting untuk Malaysia.

Selain daripada dua (2) kejadian ini saya tidak pernah diminta untuk memberi apa-apa nasihat khusus kepada Lembaga Pengarah SRC. Sekali lagi, ia menghairankan saya bagaimana Lembaga Pengarah yang terdiri daripada individu-individu yang berkelayakan tinggi dan berpengalaman hanya menerima bulat kata-kata kosong dari Nik Faisal. Saya benar-benar meragui sama ada ini benar-benar terjadi. Saya pasti Minit Mesyuarat Lembaga SRC dan dokumen sezaman akan menunjukkan perkara yang sebenar tetapi saya tidak melihat hal yang sama.

Dato Md Nor Nawi
Q145. Adakah penasihat-penasihat yang lain di dalam SRC dilantik oleh Dato’ Sri?

J: Sebagaimana disebut sebelumnya, ianya telahpun diputuskan pada Mac 2012 bahawa Dato’ Md Nor Nawi yang pada masa itu merupakan TKSP (Sistem & Kawalan) dilantik sebagai penasihat dan saya telah menandatangani surat memperakukan perlantikan beliau. Saya percaya bahawa ini telah dilaporkan kepada KWAP sebelum kelulusan KWAP bagi mengeluarkan pinjaman lanjut RM 2 Billion sekaligus pada 2012.

Q146. Tan Sri Ismee dan Dato’ Suboh memberikan keterangan bahawa Dato’ Sri selaku PM mempunyai kuasa untuk ‘melantik dan memecat’ mana-mana pengarah. Ini yang dikatakan menjadi alasan bagaimana Dato’ Sri mampu untuk mengawal Lembaga Pengarah. Apakah kedudukan Dato’ Sri dalam hal ini?

J: Hal ini sangat tidak masuk akal. Kuasa untuk melantik atau memecat manamana pengarah adalah kebiasaannya di tangan pemegang saham syarikat.

Sebagaimana yang saya faham mengenai prinsip tadbir urus korporat, ini tidak mengambil alih kewajipan perundangan dan berkanun pengarah-pengarah untuk bertindak demi kepentingan terbaik syarikat. Sebagaimana yang saya sebutkan, kuasa di dalam SRC dan juga 1MDB dikatakan kepada saya ,berada di dalam tangan PM yang mana adalah sesuatu yang sangat biasa apabila berurusan dengan GLC. Ini tidaklah bermaksud bahawa GLC secara membuta tuli patuh kepada apa yang disampaikan secara lisan kepada mereka sebagai satu arahan oleh PM atau Menteri Kewangan atau mana-mana pihak. Saya juga mengulangi apa yang saya katakan sebelum ini bahawa pelantikan atau pemecatan pengarah perlu didahului dengan resolusi para pengarah dan syarikat sebelum kelulusan PM diminta.

Sekurang-kurangnya berkaitan dengan perkara operasi atau pelaburanpelaburan yang melibatkan pengeluaran dana oleh SRC, Lembaga Pengarah semestinya tahu bahawa mereka adalah fidusiari yang telah diberikan kepercayaan oleh saya dan kerajaan untuk memutuskan mengenai perkaraperkara bagi kepetingan terbaik syarikat. Sebaliknya mengapa Lembaga Pengarah yang terdiri daripada individu yang berkemampuan dilantik pada awalnya. Sekiranya Lembaga Pengarah patuh secara membuta tuli apa yang dikatakan oleh CEO tanpa mengesahkan perkara tersebut dengan Kementerian Kewangan atau dengan saya secara peribadi, ini adalah secara jelasnya satu pengabaian tanggungjawab.

Saya juga mendapati bahawa walaupun semua perhatian yang tidak perlu telah dibuat terhadap kuasa ini tidak ada sebarang keadaan yang khusus yang menunjukkan di mana saya sebagai PM telah memecat mana-mana individu di dalam SRC.

Q147. Tan Sri Ismee telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi SRC dan pengarah SRC berkuatkuasa 15.8.2014. Adakah Dato’ Sri dimaklumkan mengenai perkara ini?

J: Ya saya percaya Dato’ Azlin Alias ada memaklumkan kepada saya bahawa Tan Sri Ismee telah meletak jawatan. Saya diberitahu bahawa Tan Sri Ismee telah membangkitkan isu-isu berkaitan dengan kelakuan Nik Faisal mengenai dengan penyata kewangan SRC dan oleh itu beliau tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan SRC.

Nik Faisal dan pasukan pengurusan SRC

Q148. Kontrak Nik Faisal sebagai CEO dan MD tidak diperbaharui pada Ogos 2014 dan Dato’ Azahar Bin Osman Khairuddin telah dilantik. Mengapa hal ini berlaku?

J: Sebaik selepas Dato’ Azlin mengtaklimat kepada saya berkenaan dengan perletakan jawana Tan Sri Ismee dan alasan-alasannya, Dato’ Azlin mencadangkan saya melantik CEO lain untuk mengetuai pengurusan SRC. Selepas itu, Dato’ Azahar yang juga merupakan individu yang berkelayakan tinggi dan berpengalaman telah terpilih sebagai calon. Saya seterusnya menandatangani surat perlantikan Dato’ Azahar sebagai CEO Kumpulan dan Presiden SRC menggantikan Nik Faisal.

Q149. Nik Faisal bagaimanapun kekal sebagai Pengarah. Mengapa hal ini berlaku?

J: Saya diberitahu bahawa Nik Faisal masih lagi diperlukan memandangkan Pengarah-pengarah telah menugaskan beliau mengambil langkah bagi membawa pulang dana-dana SRC yang dilaburkan di luar negara. Memandangkan Nik Faisal telah terlibat dengan pelaburan dana-dana, ianya penting untuk beliau kekal sehingga dana-dana dibawa pulang. Hal ini telah diberitahu kepada saya oleh Dato’ Azahar. Oleh hal yang demikian, tiada cadangan untuk Nik Faisal dibuang.

XVI. DAKWAAN SRC MENGENAI LANTIKAN CSR DAN TRANSAKSI-TRANSAKSI DANA KEPADA IPSB

Q150. Adakah Dato’ Sri diberitahu tentang lantikan IPSB oleh SRC sebagai rakan kongsi CSR dan peruntukan sebanyak RM 250 juta untuk menjalankan program-program CSR?

J: Tidak sama sekali. Saya tahu IPSB ada melakukan kerja-kerja CSR bagi 1MDB dan YR1M tetapi saya tidak pernah diberitahu bahawa IPSB juga dilantik oleh SRC untuk menjalankan apa-apa kerja CSR. Saya kenal pengarah IPSB iaitu Dr Shamsul tetapi ianya hanyalah selepas Julai 2015 apabila beliau memberitahu kepada saya bahawa SRC melantik IPSB sebagai rakan kongsi CSR. Saya mengambil maklum bahawa perkara tersebut tidak sama sekali mendapat kelulusan Lembaga Pengarah pada waktu itu. Ini adalah sangat luar biasa.

Q151. Dato’ Suboh memberi keterangan bahawa Nik Faisal telah menjelaskan kepada beliau bahawa perlantikan IPSB sebagai rakan kongsi CSR dan peruntukan RM 250 juta yang diberikan tanpa kelulusan Pengarah adalah sesuatu yang telah dipersetujui oleh ‘pihak atas’ yang mana Dato’ Suboh maksudkan adalah Dato’ Sri. Apa komen Dato’ Sri mengenai perkara ini?

J: Ini adalah satu perkara yang sukar dipercayai. Dato’ Suboh merupakan salah seorang pengarah SRC dan semestinya mengetahui prosedur-prosedur tadbir urus korporat yang terpakai. Bagaimana pula mana beliau boleh tidak mengendahkan hal tersebut berdasarkan apa yang disampaikan oleh Nik Faisal. Saya tidak pernah dimaklumkan berkenaan dengan perlantikan IPSB atau peruntukan dana sebanyak RM 250 juta yang diberikan. Hakikatnya saya ingat bahawa pada tahun 2012, SRC hanya menyatakan niat untuk menjalankan kerja-kerja CSR apabila keuntungan dijana. Saya tidak pernah diberitahu berkenaan sama ada perkara yang sama ada dilakukan. Saya pasti tidak meluluskan hal ini melalui Nik Faisal. Apa-apa kelulusan sama ada sebagai Menteri Kewangan atau PM hendaklah dilakukan secara bertulis dan hendaklah tertakluk kepada Lembaga Pengarah setelah diputuskan.

Q152. Bolehkah Dato’ Sri merujuk kepada P487. Ini adalah surat bertarikh 3.9.2014 ditandatangani oleh Dato’ Suboh dan Nik Faisal yang melantik IPSB sebagai rakan kongsi CSR dan bersetuju untuk memberikan IPSB dengan pemberian geran sebanyak RM 250 juta. Adakah Dato’ Sri pernah melihat surat ini sebelumnya?

J: Tidak. Saya tidak melihatnya. Saya maklum bahawa pada September 2014 Nik Faisal tidak lagi menjadi CEO SRC. Saya tidak faham bagaimana dua (2) Pengarah SRC boleh menandatangani secara sendiri dokumen ini tanpa kelulusan Lembaga Pengarah.

Q153. Adakah Dato’ Sri sedar akan kewujudan anak syarikat SRC bernama Gandingan Mentari Sdn Bhd?

J: Tidak sama sekali pada ketika itu. Saya hanya dapat tahu mengenai Gandingan Mentari Sdn Bhd apabila isu berkenaan dengan RM 42 juta diterbitkan dalam laporan berita.

Q154. Adakah Dato’ Sri mempunyai sebarang pengetahuan berkenaan dengan 12 transaksi yang mana dana di dalam akaun bank SRC berjumlah RM 123 juta telah dipindahkan ke IPSB:-



J: Saya tidak mempunyai pengetahuan berkenaan transaksi-transaksi tersebut pada masa material.

Q155. Adakah Dato’ Sri mengarahkan Nik Faisal atau orang lain untuk melaksanakan mana-mana transaksi dana tersebut daripada SRC kepada IPSB?

J: Tidak sama sekali. Saya tiada penglibatan di dalam kesemua transaksi tersebut dan tidak pernah menyebabkan apa-apa pun. Perkara-perkara ini dalam apaapa keadaan tidak berada di dalam skop tugas Perdana Menteri, Menteri Kewangan atau Penasihat Emeritus SRC.

Q156. Selain daripada jumlah-jumlah yang disalurkan kepada IPSB daripada SRC tersebut, keterangan yang dikemukakan menunjukkan bahawa RM 53 juta telah diberikan melalui cek tunai kepada Mail Global Resources oleh Dr Shamsul atas arahan Dennis See dan telah ditunaikan. Adakah Dato’ Sri sedar akan hal ini?

J: Saya tidak menyedari hal ini pada ketika itu. Saya tidak tahu apakah peranan Mail Global Resources. Saya tidak faham mengapa Dennis See boleh mengarahkan Dr Shamsul berkenaan ini. Saya hanya mendapat tahu akan hal yang sama apabila ianya ditunjukkan kepada saya oleh peguam apabila perbicaraan ini bermula.

Dato' Fauziah Yaacob
XVII. PENYELIAN BMKD KE ATAS SRC

Q157. Dato’ Fauziah Yaakob memberikan keterangan bahawa SRC telah lewar dalam memberikan laporan berkala kepada BMKD dan pihak pengurusan SRC tidak membalas e-mel daripada BMKD yang meminta maklumat atau mesyuarat. Adakah ini disampaikan kepada Dato’ Sri pada mana-mana peringkat?

J: Tidak. Isu ini tidak pernah disampaikan kepada saya.

Q158. Apakah komen Dato’ Sri berkenaan hal ini?

J: Ianya sangat luar biasa apabila kakitangan BMKD tidak membawa perkara tersebut kepada saya, KSP atau MOF2. Saya tidak berasa ini adalah situasi tersebut. Saya ingat apabila Dato Husni memberi keterangan bahawa beliau ada diberikan taklimat oleh BMKD berkaitan dengan pelaburan-pelaburan SRC dan juga berkenaan dengan pihak berkuasa Swiss membekukan dana SRC. Semestinya BMKD akan diberitahu berkenaan dengan perkara ini oleh SRC.

Q159. Adakah Dato’ Sri pada bila-bila masa mengarahkan atau menyebabkan BMKD atau Kementerian Kewangan untuk tidak menyelia atau bertanya berkenaan dengan hal-hal SRC?

J: Tidak sama sekali. Hakikatnya sekiranya keterangan ingin dilihat secara menyeluruh saya ada mengarahkan kepada Kementerian Kewangan dan BMKD untuk menjalankan tugasnya seperti biasa dan melaksanakan polisipolisi seperti kebiasaan dan garis panduan syarikat MKD terhadap SRC. Secara khususnya saya meluluskan Memo Perbendaharaan (D524) untuk membawa SRC di bawah MKD atas cadangan-cadangan bahawa terdapat due diligence dan perlaksaan panduan seperti biasa dan prosedur terhadap SRC. Hal yang sama adalah salah satu asas di mana Jemaah Menteri memberikan kelulusan bagi Jaminan Kerajaan Kedua (D527A&B). Semasa mesyuarat pertengahan bulan Mac ianya diputuskan untuk Dato’ Mad Nor Nawi dilantik sebagai penasihat SRC dan saya masih ingat menandatangani surat tersebut. Keterangan Dato’ Husni sendiri menunjukkan bahawa BMKD ada memberikan taklimat kepada beliau berkenaan dengan urusan SRC termasuklah di mana RM 4 billion yang dikatakan telah digunakan. Kesemua perkara-perkara ini menunjukkan bahawa SRC perlu diuruskan seperti mana syarikat MKD yang lain.

Q160. D516 dirujuk. Apakah yang Dato’ Sri minitkan di atas surat daripada SRC ini yang menunjukkan SRC perlu melaporkan kepada Kementerian Kewangan?

J: Sebagaimana perenggan 6 surat ini saya bersetuju untuk SRC mempertingkatkan lagi struktur pelaporannya secara langsung melaporkan kepada Kementerian Kewangan bukannya dengan TSMNY memandangkan ia sekarang dimiliki oleh MKD. Ianya juga menyatakan bahawa item-item strategik dan kepentingan keselamatan nasional perlu dilaporkan kepada saya. Saya bersetuju hal yang sama dan mencatatkan minit saya ke KSN untuk melaporkan kepada Kementerian Kewangan.

Dato Husni Hanadzlah

XVIII. TUDUHAN-TUDUHAN OLEH DATO SERI HUSNI HANADZLAH

Q161. Dato’ Seri Husni Hasnadzlah (SP56) memberikan keterangan bahawa Dato’ Sri mengarahkan beliau untuk tidak terlibat dengan syarikat 1MDB yang mana ia merangkumi SRC. Apakah komen Dato’ Sri berkenaan hal ini?

J: Saya tidak pernah memberitahu Dato’ Husni sedemikian. Dokumen-dokumen yang dikemukakan dalam perbicaraan ini berkaitan dengan SRC jelas menunjukkan bahawa Dato’ Husni telah dirujuk dan juga meluluskan beberapa memo penting sebagai MOF2 termasuklah Memo Kementerian Kewangan bertarikh 2.2.2012 (D526) dan Memo Perbendaharaan bertarikh 4.11.2015 berkenaan dengan peruntukan pinjaman jangka pendek kepada SRC pada tahun 2015 (D551). Tuduhan Dato’ Husni bahawa beliau diperlakukan sekadar ‘office boy’ adalah satu komedi memandangkan tandatangan beliau sebagai MOF2 menunjukkan sebaliknya. Dato’ Husni juga turut hadir dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8.2.2012 di mana Jaminan Kerajaan Kedua diluluskan dan tidak membangkitkan apa-apa isu.

Ianya sangat tidak masuk akal apabila MOF2 sanggup merendahkan diri sendiri ke tahap memanggil diri beliau sebagai ‘offiice boy’ yang kononnya hanya mengikut arahan apabila beliau sendiri yang gagal untuk menjalankan tanggungjawab yang dijangka berdasarkan jawatannya sekiranya jika benar beliau mempunyai kepercayaan bahawa SRC memerlukan sedikit pemerhatian pada waktu itu.

Walaubagaimanapun saya percaya bahawa Dato’ Husni akhirnya mengakui semasa perbicaraan kes ini bahawa saya tidak pernah menggunakan apa-apa perkataan untuk menghalang beliau daripada menjalankan kerja beliau sebagai MOF2 dan saya tidak pernah memberitahu beliau untuk tidak terlibat dengan SRC.

Q162. Dato’ Husni selanjutnya menuduh bahawa apabila berita berkenaan dengan dana kepunyaan SRC di Switzerland dibekukan oleh Pihak berkuasa Swiss, beliau ada meminta untuk membawa deligasi ke Switzerland dan Dato’ Sri tidak memberi kebenaran untuk beliau berbuat sedemikian. Apakah komen Dato’ Sri berkenaan dengan hal ini?

J: Saya fikir hal ini telah dibawa keluar dari konteks. Dato’ Husni ada bertanya kepada saya secara tidak formal sama ada patutkah beliau pergi ke Switzerland dan membantu untuk cuba menyelesaikan isu ini. Ini bukanlah satu permintaan yang rasmi dan formal. Sebenarnya beliau berkata bahawa beliau boleh cuba dan selesaikan perkara ini memandangkan beliau ada mengenali beberapa individu di Switzerland yang boleh membantu. Saya beritahu kepada beliau tiada keperluan untuk beliau pergi kerana mengikut pemahaman saya telahpun terdapat usaha-usaha yang diambil oleh SRC untuk menyelesaikan masalah tersebut. Malah Dato’ Husni sendiri meluluskan Memo Perbendaharaan bertarikh 4.11.2015 yang meminta kelulusan Jemaah Menteri bagi pinjaman jangka pendek untuk diberikan kepada SRC pada tahun 2015 (D551). Keseluruhan hal ini adalah untuk membenarkan SRC untuk menyelesaikan perkara-perkara tersebut dengan Kerajaan Swiss.

Saya percaya keterangan Dato’ Husni berniat untuk memburukkan saya dan berunsur dendam akibat ketidakpuasan hati beliau terhadap saya.

Q163. Mengapakah Dato’ Sri mengatakan Dato’ Husni mempunyai dendam dan ketidakpuasan hati terhadap Dato’ Sri?

J: Saya percaya bahawa Dato’ Husni menyimpan perasaan tidak puas hati terhadap saya atas keputusan saya untuk memindahkan beliau daripada MOF ke EPU memandangkan beliau segera meletakkan jawatan tidak lama selepas itu pada tahun 2016 dan telah menggunakan kandang saksi sebagai satu pentas untuk menyuarakan keluhan beliau secara terbuka. Terdapat kejadian-kejadian lain – yang mana saya tidak bercadang untuk dedahkan – sebab-sebab yang mana beliau jelas telah salah sangka dengan tindakan-tindakan saya yang telah menyebabkan dendam kesumat yang lebih mendalam terhadap saya.

The now elusive Taek Jho Low

XIX. JHO LOW DAN DERMA DARIPADA ARAB SAUDI

Q164. Bilakah Dato’ Sri pertama kali diperkenalkan kepada JL?

J: Saya pertama kalinya bertemu beliau sekitar 2007. Beliau diperkenalkan kepada saya oleh anak tiri saya, Riza Aziz. Saya percaya Riza bertemu JL melalui abang JL, Tiek Sin. Saya diberitahu pada ketika itu bahawa JL merupakan graduan Wharton Business School di Amerika Syarikat (US) dan sangat muda dan menjadi usahawan yang mempunyai beberapa perniagaan yang berjaya. Selain daripada itu, saya dimaklumkan bahawa JL mempunyai dana pelaburan peribadi (private investment fund).

Selepas itu, saya mendapat tahu bahawa Jho Low berjaya bekerjasama dengan Arab dan Khazanah di Iskandar Development. Beliau merupakan seorang yang berjaya dan beberapa ketika kemudian, beliau terlibat dengan UBG dan terlibat dalam pengambil alihan tersebut bersama-sama keluarga Tun Taib Mahmud.

Selepas itu saya mendapat tahu bahawa beliau mengenali DYMM Sultan Mizan sebagaimana dinyatakan di atas berkenaan dengan TIA. Akhirnya JL menjadi seorang yang berpengaruh dan mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga diraja dan pembesar-pembesar UAE dan Arab Saudi dan mampu untuk mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan mereka. Ini membentuk asas keyakinan yang saya letakkan kepada kemampuan JL untuk mendapatkan pelaburan-pelaburan daripada badan-badan perlaburan UAE dan Arab Saudi.

Q165. Apakah yang membuatkan Dato’ Sri percaya bahawa JL adalah seorang yang berpengaruh dengan keluarga diraja Arab Saudi dan UAE?

J: Kepercayaan ini datang hasil daripada beberapa peristiwa. Pertamanya JL mampu untuk mendapatkan pelaburan besar daripada Mubadala Development Co yang dimiliki oleh UAE di Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Development Region). Seterusnya pada 2011, JL juga memainkan peranan penting dalam lawatan HH General Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan ke Malaysia di mana lanjutan pelaburan dan perkongsian berpotensi di antara Abu Dhabi dan Malaysia dibincangkan.

Pada 2009, JL berjaya untuk mengadakan pertemuan dengan Prince Turki yang mana menyaksikan 1MDB memasuki projek Petrosaudi pada September 2009. Prince Turki merupakan ahli keluarga diraja dan salah satu anak kesayangan Raja Abdullah pada ketika itu. Prince Turki juga pada suatu ketika merupakan Gabenor Riyadh. Pada saya, dia seorang yang mengagumkan dan selain itu juga seorang “Squadron Leader” pesawat pejuang F15 di Saudi Arabia. Peranan Prince Turki sebagai pemilik bersama Petrosaudi menguatkan lagi apa yang disampaikan kepada saya.

JL merupakan orang yang telah mengaturkan perjumpaan saya dengan dengan HM King Abdullah bin Abdulaziz Al-Saud (“King Abdullah”) dalam beberapa lawatan di Riyadh dan Jeddah. Dalam satu peristiwa, sebelum lawatan rasmi saya ke Arab Saudi pada Januari 2010, JL ada memberitahu saya bahawa King Abdullah sangat kagum dengan kemampuan Malaysia yang mengamalkan kesederhanaan sebagaimana dituntut dalam Islam dan layanan yang sama rata di antara Muslim dan bukan muslim. Menurut JL, King Abdullah akan mengurniakan saya dengan kurniaan tertinggi Arab Saudi bagi seseorang awam iaitu King Abdulaziz Order of Merit (1st Class). Kurniaan ini juga turut diberikan sebelumnya kepada Presiden Obama dan Presiden Putin. Hal ini berlaku sewaktu kunjungan saya pada Januari 2010.

Q166. Adakah Dato’ Sri ada bertemu dengan King Abdullah sewaktu lawatan ini pada Januari 2010?

J: Ya saya ada bertemu beliau. Sewaktu lawatan ini saya bersama dengan beberapa ahli delegasi Malaysia bertemu dengan King Abdullah beberapa kali. Sewaktu pertemuan pertama, King Abdullah telah mengurniakan kepada saya King Abdulaziz Order of Merit (1st Class). Pada pertemuan peribadi yang lain, King Abdullah sangat mengagumi Malaysia dan kemampuan kerajaannya untuk mengekalkan keamanan di dalam masyarakat yang pelbagai budaya. Kami juga berbincang tentang keperluan Malaysia dan Arab Saudi untuk mengukuhkan lagi kerjasama dalam membasmi segala bentuk keganasan. King Abdullah juga memberi perhatian khusus dengan trend militan yang semakin meningkat dan ajaran Islam yang menyimpang yang mana sedang memasuki ke dalam dunia Islam dan meminta saya supaya memastikan Malaysia terus bebas daripada pengaruh negatif tersebut.

Berkenaan dengan hal ini, Raja Abdullah secara peribadi memberi jaminan kepada saya bahawa baginda akan memberikan saya sokongan supaya saya boleh terus memimpin negara sebagai contoh yang bagus sepertimana Islam sepatutnya diamalkan. Saya sangat bersyukur dan menzahirkan penghargaan saya kepada King Abdullah.

Q167. Siapakah lagi delegasi Malaysia yang hadir bersama Dato’ Sri semasa perjumpaan peribadi ini dengan Raja Abdullah?

J: Terdapat beberapa delegasi termasuk Duta Malaysia ke Arab Saudi ketika itu, Prof. Datuk Syed Omar Bin Syed Mohamad Al Saggaf dan Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Q168. Adakah Dato’ Sri mendapat sokongan daripada Raja Abdullah yang diberitahu pada ketika itu?

J: Sekitar pertengahan 2010, JL memberitahu saya bahawa King Abdullah bersetuju untuk memberikan saya sokongan dalam bentuk derma peribadi. Pada ketika itu saya tidak diberitahu berapa jumlahnya atau tarikh kecuali derma tersebut akan diuruskan melalui anak Baginda. JL memberitahu saya bahawa beliau akan maklumkan kepada saya butiran lanjut apabila hal yang sama diberitahu kepada beliau. Selepas itu pada tahun 2010, JL mengesahkan bahawa derma tersebut akan dimasukkan. Dari tahun 2011 hingga 2014, saya telah menerima sejumlah wang yang besar yang mana saya percaya ianya adalah derma daripada King Abdullah sebagai tanda sokongan baginda. JL adalah sebagai penghubung berkenaan dengan hal ini dan saya percaya beliau menguruskan peruntukan derma-derma ini bagi pihak Keluarga Diraja Arab Saudi. Beberapa pucuk surat berkenaan derma ini juga diterima oleh Ambank dan saya sendiri daripada JL pada ketika itu selaras dengan derma-derma tersebut.

Q169. Apabila JL pertama kalinya membangkitkan perkara tentang derma pada tahun 2010, adakah Dato’ Sri diberitahu jumlah derma tersebut?

J: Tiada jumlah khusus yang diberitahu kepada saya tetapi JL ada menyatakan bahawa kemungkinan sekitar USD 100 Juta hingga USD 200 Juta.

Q170. Tidakkah Dato’ Sri berasa terkejut dengan jumlah yang besar tersebut?

J: Ia mungkin kelihatan banyak tetapi saya mengetahui bahawa Keluarga Diraja Saudi terkenal dengan sifat pemurah yang mana sebelum ini telah mendermakan sejumlah wang yang besar kepada pelbagai Yayasan di US termasuklah Yayasan Clinton dan kepada negara lain seperti Mesir, Pakistan, Palestin sebagai sebahagian daripada hubungan luar dan polisi diplomatik.

Q171. Selain daripada hal tersebut adakah ada apa-apa yang lain yang menguatkan lagi kepercayaan Dato’ Sri terhadap hubungan JL dengan Arab Saudi?

J: Permohonan-permohonan saya kepada King Abdullah untuk menambah lagi kuota haji bagi Malaysia juga dipersetujui. Ini telah dibuat melalui permintaan rasmi tetapi JL yang memberitahu saya bahawa King Abdullah bersetuju dengan permohonan tersebut. Selepas itu, penambahan kuota haji juga disampaikan secara rasmi. Selain itu, semasa krisis kebangkitan Arab, JL ada mengatur pelepasan diberikan kepada pelajar-pelajar Malaysia untuk dibenarkan tiba di Jeddah tanpa visa dan keluar ke Terminal Kompleks Tabung Haji. JL juga ada mengatur untuk dua (2) pesawat untuk membawa pelajar-pelajar tersebut dari Mesir ke Jeddah.

Saya juga turut menerima Kain Qiswah (kain yang menutupi Kaabah) daripada King Abdullah sebagai hadiah. Saya masih memilikinya sehingga hari ini.

Cheah Teck Kuang

XX. PEMBUKAAN AKAUN 694

Q172. Apakah yang terjadi selepas JL memberitahu Dato’ Sri tentang derma yang akan berlaku pada pertengahan 2010?

J: Menjelang penghujung 2010, JL memaklumkan kepada saya bahawa derma akan dimasukkan dalam waktu terdekat. Setelah berbincang mengenai perkara tersebut dengan kedua-dua JL dan KSU pada waktu itu, arwah Dato’ Azlin Alias ianya diputuskan bahawa saya akan membuka akaun bank untuk menerima dana tersebut. Saya memutuskan untuk melakukan hal ini memandangkan saya berniat untuk menggunakan dana tersebut bagi inisiatif CSR saya sendiri dan tidak mahu dana tersebut bercampur dengan pendapatan saya yang lain. Inisiatif CSR ini telah difikirkan untuk digunakan kearah tujuan politik, sosial dan kebajikan yang akan diputuskan oleh saya.

JL mencadangkan satu akaun baharu dibuka di Ambank memandangkan beliau boleh memperkenalkan saya kepada Encik Cheah Teck Kuang Pengarah Urusan Ambank pada waktu itu. Saya bersetuju dan menyuruh beliau untuk membuat aturan sewajarnya.

Q173. Mengapakah Dato’ Sri mengatakan perbelanjaan ke arah politik adalah bagi tujuan CSR?

J: Apabila suatu sumbangan dibuat kepada UMNO dan komponen BN yang lain, selain daripada perbelanjaan operasi, dana tersebut juga akan digunakan untuk sumbangan kepada komuniti dan projek-projek sosial yang lain di bawah UMNO atau BN. Selain itu, sumbangan ini juga untuk memastikan kestabilan politik negara dapat diteruskan. Ini selari dengan visi King Abdullah yang berharap Malaysia akan kekal aman dan makmur dalam menggalakkan wasatiyyah dan keserdehanaan yang merupakan salah satu prinsip dalam Islam.

Q174. Adakah Dato’ Sri membuka akaun di Ambank selepas itu?

J: Ya. JL mengatur untuk Encik Cheah Teck Kuang berjumpa dengan saya di kediaman saya di Langgak Duta pada pertengahan Januari 2011 dan saya menandatangani beberapa borang untuk membuka akaun bank tersebut.

Q175. Encik Cheah Teck Kuang memberi keterangan bahawa beliau datang ke kediaman Dato’ Sri pada pertengahan Januari 2011 dan JL juga berada di sana pada ketika itu. Mengapa?

J: Memandangkan pertemuan dengan Encik Cheah Teck Kuang ini diatur melalui JL, JL hadir untuk memperkenalkan pihak-pihak. Setelah diperkenalkan antara saty sama lain, Encik Cheah dan saya berbincang perkara tersebut secara persendirian di dalam bilik yang berasingan tanpa kehadiran JL.

Q176. Apakah perbincangan yang berlaku di antara Encik Cheah dan Dato’ Sri?

J: Saya memberitahu Encik Cheah bahawa saya mahu untuk membuka akaun baharu memandangkan saya menjangka akan menerima derma sekitar USD 100 juta hingga USD 200 juta daripada Keluarga Diraja Saudi. Encik Cheah memaklumkan kepada saya bahawa oleh kerana kemasukan wang asing yang besar, laporan perlu dibuat dan kebenaran perlu diperolehi daripada Bank Negara Malaysia dan Jabatan Kawalan Penukaran Matawang Asing (Foreign Exchange Control Department). Saya memberitahu Encik Cheah untuk memastikan kesemua peraturan dan undang-undang dipatuhi dan untuk melakukan pelaporan yang perlu.

Q177. Bolehkah saya merujuk Dato’ Sri kepada P599 dan P60(4). Adakah ini Borang Pembukaan Akaun yang ditandatangani oleh Dato’ Sri semasa pertemuan dengan Encik Cheah?

J: Ya. Akibatnya, saya faham bahwa dua (2) dokumen telah dibuka di atas nama saya. Akaun semasa bernombor 2112022009694 (“Akaun 694”) dan Akaun simpanan bernombor 2110020090481 (“Akaun 481”).

Q178. Mengapa terdapat dua (2) akaun telah dibuka?

J: Saya tidak pasti. Saya percaya ia adalah prosedur biasa bank untuk membuka akaun simpanan dan akaun semasa. Tetapi, Akaun 481 tidak pernah digunakan memandangkan derma yang saya terima dimasukkan ke dalam Akaun 694 dan saya ada mengeluarkan cek-cek dari akaun tersebut dalam mengguna dana tersebut.

Q179. Boleh saya rujuk Dato’ Sri kepada P600. Adakah Permohonan untuk Kad Kredit ini ditandatangani pada masa yang sama?

J: Saya tak ingat. Tetapi, saya boleh ingat bahawa Encik Cheah ada memberitahu saya bahawa Ambank memberikan Kad Kredit kepada kesemua pelanggan penting (VIP) yang membuka akaun semasa. Kad Kredit akan dihubungkan ke akaun semasa dan pembayaran akan didebitkan secara automatik. Berdasarkan ini saya tidak mempunyai isu untuk menandatangani borang-borang bagi Kad Kredit tersebut. Saya selepas itu menerima Kad Kredit berikut:-

(a) Ambank Platinum Visa Card No. 4585 8180 0000 5496
(b) Ambank Platinum Master Card No. 5289 4380 0003 8961

Q180. Mengapa Dato’ Sri memohon kad kredit ini?

J: Saya tidak ada membuat permintaan. Kad Kredit tersebut ditawarkan oleh pihak bank. Saya kira, untuk tujuan kemudahan, dan jika terdapat keadaankeadaan ynag berguna. Contohnya, jika saya pergi ke luar negara, dan saya ingin memberikan hadiah kepada seseorang seperti Ketua Negara.

Q181. Adakah Dato’ Sri dimaklumkan bahawa Encik Cheah ada memaklumkan kepada Tan Sri Azman Hashim (Pengerusi Ambank Group) dan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz (Gabenor BNM pada ketika itu) berkenaan dengan akaun yang dibuka dan derma-derma yang dijangkakan.

J: Tidak, saya tidak dimaklumkan. Tetapi, saya ada pada satu ketika bercakap dengan Tan Sri Zeti secara langsung dan memberitahu beliau tentang derma tersebut yang saya jangkakan. Beliau memberitahu saya bahawa beliau sediamaklum berkenaan hal tersebut.

Saya berasa lega selepas mengetahui hal ini memandangkan kesemua transaksi luar yang besar ini akan dilaporkan dan diteliti oleh BNM dan bahawa sekiranya ada apa-apa kecurigaan atau yang tidak kena, saya akan dimaklumkan.

Joanna Yu

Q182. Adakah Dato’ Sri tahu mengenai perlantikan Joanna Yu, Daniel Lee dan Krystal Yap sebagai Pengurus Perhubungan (Relationship Managers) bagi akaun 694?

J: Tidak. Saya tidak pernah berurusan atau berkomunikasi secara peribadi dengan mana-mana individu-individu tersebut. SPada ketika itu saya ada mengarahkan Dato Azlin Alias untuk membuat kawalan dan mengawalselia dan menguruskan akaun 694 dan untuk berurusan dengan JL dalam memastikan bilakah derma itu akan dimasukkan.

Q183. Menurut Joanna Yu, JL ada meminta bahawa Akaun 694 diberikan nama alternatif untuk tujuan kerahsiaan. Ambank meluluskan penggunaan nama alternatif ‘AmPrivate Banking – MR.’ bagi Akaun 694. Adakah Dato’ Sri mengarahkan hal ini?

J: Tidak. Saya tidak pernah diberitahu berkenaan dengan nama alternatif ini. Hakikatnya, buku cek yang saya terima juga tidak menunjukkan nama alternatif ini.

Q184. Bolehkah Dato’ Sri terangkan mengapa JL mengarahkan hal ini dilakukan?

J: Saya tidak tahu. Saya tidak pada bila-bila masa memberi kuasa kepada JL untuk berurusan dengan Ambank berkenaan dengan hal Akaun 694. Saya ada mengarahkan Dato Azlin Alias untuk berbuat demikian. Saya seterusnya dimaklumkan bahawa Dato Azlin telah mewakilkan hal ini kepada Nik Faisal yang telah dilantik untuk berhubung dengan Bank atas perkara tertentu berkaitan dengan Akaun 694.

XXI. OPERASI AKAUN 694

Q185. Bolehkah saya merujuk Dato’ Sri kepada P60(5). Adakah Dato’ Sri menandatangani surat ini?

J: Saya tidak boleh mengesahkan hal ini buat masa ini disebabkan surat asal tidak pernah dikemukakan dalam Mahkamah. Walaubagaimanapun, saya ingat ada menandatangani surat untuk melantik “kakitangan yang diberikuasa” (Authorised Personnel) bagi Akaun 694 tetapi butiran individu yang akan dilantik tidak diisi. Saya percaya Dato ‘Azlin telah membawa surat tersebut kepada saya dan memberitahu saya bahawa ia adalah surat yang telah dideraf oleh Bank. Saya ada bertanya kepada beliau siapakah yang akan dilantik dan beliau berkata beliau akan mengambil tanggungjawab itu sendiri atau akan mengenalpasti seseorang yang beliau boleh percaya untuk berbuat demikian. Sebagaimana yang saya tahu, Dato’ Azlin adalah seorang yang berintegriti, jadi saya serahkan kepada budi biacara beliau. Saya seterusnya dimaklumkan oleh beliau bahawa beliau telah memilih Nik Faisal sebagai Kakitangan yang diberikuasa (“Authorised Person”).

Surat ini ditunjukkan kepada saya semasa keterangan saya diambil oleh SPRM. Saya telah mengakui ada menandatangani dokumen itu berdasarkan dokumen tersebut tetapi tidak diberitahu bahawa dokumen asal tidak berada dalam simpanan pihak bank. Menyedari hal ini dan kewujudan dokumen-dokumen lain yang mana saya percaya tandatangan saya telah dipalsukan, sekarang saya meragui kebenaran dokumen ini.

Q186. Mengapakah terdapat keperluan untuk mewakilkan pengurusan akaun ini kepada pihak ketiga?

J: Oleh kerana jadual saya dan urusan-urusan saya sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional. Selain daripada jawatan-jawatan yang telah dinyatakan sebagai tanggungjawab besar ini, saya tidak dapat menuruskan secara peribadi dan memantau akaun tersebut.

Akaun peribadi saya yang lain juga pada masa itu diuruskan oleh Setiausaha Sulit saya yang akan memantau baki akaun bank dan menyediakan pembayaran yang perlu saya lakukan secara bulanan termasuklah bil-bil utiliti dan pembayaran-pembayaran lain bagi keluarga saya. Saya juga tidak pernah melihat penyata akaun bagi akaun-akaun ini dan ianya disimpan oleh Setiausaha Sulit saya yang akan memaklumkan kepada saya baki sedia ada apabila saya perlu melakukan apa-apa pembayaran tertentu.

Berdasarkan jumlah derma yang dijangkakan yang diberitahu kepada saya, saya berpandangan bahawa ianya adalah lebih fektif untuk akaun diuruskan oleh pihak ketiga yang boleh membuat pertanyaan dan berhubung dengan pihak bank apabila diperlukan dan menyimpan rekod-rekod akaun bagi pihak saya.

Q187. Bolehkah Dato’ Sri huraikan berkenaan dengan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan?

J: Rutin saya merangkumi meneliti pelbagai dokumen yang disediakan oleh beberapa jabatan di PMO atau MOF. Terdapat banyak mesyuarat yang perlu saya hadir seharian yang berkaitan dengan urusan PMO, MOF, GLC dan Kerajaan Malaysia secara umumnya. Saya juga sering diminta oleh Kementerian lain untuk hadir ke mesyuarat dan acara-acara berkenaan dengan urusan Kementerian tersebut. Selain itu, terdapat juga banyak Mesyuarat Jemaah Menteri yang perlu saya membuat persediaan dan hadir. Sebagai PM, saya juga turut terlibat dengan hubungan antarabangsa Malaysia dan perlu menghadiri secara kerap mesyuarat-mesyurat, taklimat-taklimat, dan banyak deligasi tempatan, wilayah dan antarabangsa. Peristiwa besar seperti bencana alam, insiden MH370 dan MH17 kedua-duanya berlaku pada tahun 2014 memerlukan perhatian saya secara berterusan. Kesemua yang saya nyatakan adalah sebahagian daripada tanggungjawab saya dan tugas saya selaku Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional.

Q188. Mengapa Dato’ Sri tidak mendesak supaya Dato’ Azlin sendiri menjadi kakitangan yang diberikuasa (“authorized person”)?

J: Dato’ Azlin adalah ketua kakitangan bagi keseluruhan PMO dan beliau sendiri mempunyai beban kerja yang berat. Saya dengan itu memahami mengapa beliau lebih memilih untuk menyerahkan hal tersebut kepada individu lain yang beliau percaya.

Q189. Bilakah Dato’ Sri diberitahu bahawa Nik Faisal telah dilantik sebagai Kakitangan yang diberikuasa berkenaan dengan Akaun 694?

J: Saya tahu bahawa Dato’ Azlin telah mewakilkan perkara ini kepada pihak ketiga. Surat-surat yang dibawa oleh Dato’ Azlin kepada saya bagi perlantikan adalah tidak diisi butirannya memandangkan saya serahkan kepada beliau untuk memilih individu yang sesuai. Saya tidak ingat secara tepat bilakah saya dimaklumkan bahawa Dato’ Azlin telah memilih Nik Faisal tetapi saya fikir ia sepatutnya sekitar 2011 sejurus selepas akaun dibuka.

Q190. Adakah Dato’ Sri secara peribadinya mengenali Nik Faisal pada ketika itu?

J: Tidak. Tetapi, saya diberitahu oleh Dato Azlin bahawa beliau merupakan seseorang yang Dato Azlin percaya. Dato Azlin juga ada sebutkan bahawa Nik Faisal merupakan seorang akuantan yang berkelayakan dan merupakan anak kepada arwah Tan Sri Datuk Haji Nik Ahmad Kamil Haji Nik Mahmood yang merupakan mantan Speaker Dewan Rakyat dan rakan karib arwah bapa saya. Memandangkan latar belakang beliau dan hubungan beliau dengan Dato’ Azlin, saya tidak mempunyai apa-apa bantahan terhadap beliau untuk menguruskan Akuan 694 di bawah pemantauan Dato’ Azlin.

Q191. Adakah Dato’ Sri tahu bahawa Nik Faisal telah dilantik menjadi Ketua Pegawai Pelaburan (Chief Investment Officer) 1MDB?

J: Ya tetapi saya tidak dapat ingat bilakah hal ini diberitahu kepada saya. Saya difahamkan bahawa Nik Faisal juga dipilih oleh 1MDB untuk menjalankan pelaburan yang dicadangkan 1MDB dalam sumber strategik. Ini akhirnya membawa kepada penubuhan SRC. Ianya atas cadangan Lembaga 1MDB bahawa saya perlu meluluskan perlantikan Nik Faisal sebagai CEO dan MD SRC pada Ogos 2011.

Q192. Adakah Dato’ Sri tahu bahawa Nik Faisal merupakan sekutu rapat JL dan pernah bekerja dengan JL semenjak 2008 di UBG Bhd?

J: Tidak pada ketika itu. Saya hanya mendapat tahu berkenaan dengan ini kemudian menerusi berita yang diterbitkan dalam akhbar.

Q193. Tidakkah sebenarnya bahawa Nik Faisal terlibat dengan 1MDB dan SRC dan juga pemegang mandat membangkitkan kekuathiran dalam fikiran Dato’ Sri?

J: Saya tidak melihat apa-apa yang salah berkenaan hal itu oleh kerana kelayakan Nik Faisal dan kepercayaan Dato’ Azlin terhadap beliau. Saya juga tidak dapat membayangkan untuk seketika bahawa akan ada konflik di antara akaun saya dan akaun SRC.

Q194. Bagaimana Dato’ Sri pada akhirnya menerima buku cek bagi Akaun 694?

J: Saya menerimanya daripada Dato’ Azlin yang saya percaya telah mendapatnya daripada Ambank.

Q195. Adakah Dato’ Sri menerima penyata akaun bank bagi Akaun 694?

J: Tidak. Saya tidak menerima penyata akaun bank bagi Akaun 694 secara peribadi. Saya percaya penyata akaun bank tersebut disimpan oleh Dato Azlin. Saya kemudiannya mendapat tahu bahawa penyata akaun bank tersebut tidak pernah sama sekali diserahkan kepada Dato Azlin dan sebenarnya disimpan atas arahan JL. Saya tidak pernah membenarkan hal ini.

Q196. Bagaimana Dato’ Sri memantau baki bank bagi Akaun 694?

J: Dato’ Azlin secara berkala akan memaklumkan kepada saya bahawa terdapat wang yang telah dimasukkan ke dalam akaun dalam matawang USD daripada luar negara. Sebelum sebarang cek dikeluarkan, saya juga akan memeriksa dengan Dato’ Azlin yang akan memberitahu saya bahawa sama ada terdapat baki yang mencukupi di dalam Akaun 694. Saya percaya bahawa beliau berurusan dengan Nik Faisal berkenaan dengan pemantauan baki di dalam akaun.

Q197. Bagaimana pula dengan pengesahan cek yang dikeluarkan?

J: Saya tidak menerima panggilan secara peribadi daripada Ambank. Tetapi, saya kira cek-cek tersebut telah disahkan oleh Dato’ Azlin melalui Nik Faisal.

Q198. Adakah Dato’ Sri tahu berkenaan dengan butiran tepat transaksi kredit dari 2011 – 2013?

J: Saya tidak tahu berkenaan dengan butiran bagi setiap satu dan semua transaksi kredit ke Akaun 694 pada ketika itu. Akan tetapi, sebagaimana yang saya sebutkan, saya diberitahu secara berkala oleh Dato’ Azlin berkenaan dengan wang yang dimasukkan daripada luar negara dalam matawang USD yang mana maklumat yang beliau katakan diberitahu oleh JL.

Saya juga ada, melalui Dato’ Azlin, menerima beberapa surat yang mana dikatakan dari wakil King Abdullah sebagai bukti derma yang saya terima pada 2011 hingga 2013. Surat ini diserahkan kepada Dato Azlin oleh JL.

Kecuali sebagaimana dinyatakan di dalam surat ini, saya tidak tahu menahu berkenaan dengan identiti khusus penghantar dan transaksi pemindahan wang tertentu. Saya bagaimana pun diberitahu bahawa kesemua pemindahan wang asing ke dalam Akaun 694 adalah pada sepanjang masa dilaporkan kepada BNM. Tiada apa-apa yang dibangkitkan kepada saya oleh BNM pada ketika itu. Ini memberikan saya kepastian bahawa tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku memandangkan BNM akan dapat tahu tentang butiran kesemua transaksi ini.

Q199. Joanna Yu memberikan keterangan bahawa di antara 2011 dan 2013 beliau telah berkomunikasi dengan JL berkenaan dengan perkara berkaitan dengan Akaun 694. Sebahagian daripada komunikasi ini didokumenkan dalam rekod perbualan BBM di antara Joanna Yu dan JL. Adakah Dato’ Sri tahu berkenaan perkara ini dan membenarkan hal tesebut?

J: Tidak. Saya tidak mempunyai pengetahuan berkenaan hal ini. Sebagaimana yang saya katakan tentang kepercayaan saya, JL adalah individu yang menguruskan derma-derma yang akan diberikan kepada saya bagi pihak Keluarga Diraja Saudi. Dato’ Azlin mungkin ada berurusan dengan JL berkenaan dengan derma-derma yang diterima. Saya tidak tahu menahu berkenaan dengan komunikasi JL dengan Joanna Yu pada waktu tersebut.

Sebagaimana yang saya sebutkan,saya telah serahkan perkara tersebut kepada Dato’ Azlin yang akhirnya memaklumkan kepada saya berkenaan Nik Faisal. Saya tidak mempunyai sebab untuk merasa sangsi berkenaan dengan penglibatan JL dalam pengurusan akaun-akaun saya. Ianya juga tidak dapat dijelaskan bagaimana bank boleh berhubung dengan seseorang yang tidak diberikuasa oleh saya untuk berhubung dengan bank berkenaan akaun saya.

XXII. PEMINDAHAN WANG TAHUN 2011 KE AKAUN 694

Q200: Rujuk D293. Dokumen-dokumen perbankan ini menunjukkan bahawa pemindahan wang berikut ke Akaun 694 berlaku pada 2011:-


Bilakah Dato’ Sri mendapat tahu berkenaan dengan transaksi-transaksi ini?

J: Saya hanya mendapat tahu berkenaan dengan transaksi-transaksi ini apabila keterangan saya diambil oleh SPRM dan sejurus selepas peguam saya memperoleh dokumen-dokumen perbankan yang berkaitan daripada Ambank.

Pada ketika itu saya diberitahu bahawa terdapat wang yang dihantar dalam mata wang USD daripada pihak-pihak luar. Saya juga ditunjukkan sepucuk surat bertarikh 1.2.2011 yang dikatakan berasal daripada wakil sah Raja Abdullah. Surat tersebut menyatakan bahawa Raja Abdullah telah mengurniakan saya wang sejumlah USD 100 Juta sebagai hadiah yang boleh saya gunakan atas budi bicara mutlak saya. Jelas sekali jumlah ini bersamaan dengan transaksi-transaksi tersebut.

Q201: Bolehkah saya rujuk Dato’ Sri kepada P601. Adakah ini surat bertarikh 1.2.2011 yang ditunjukkan kepada Dato’ Sri?

J: Ya.

Q202: Bagaimana Dato’ Sri menerima surat ini?

J: Surat ini ditunjukkan kepada saya oleh Dato Azlin yang memaklumkan kepada saya bahawa beliau menerima surat yang sama daripada JL. Saya difahamkan bahawa surat tersebut turut diserahkan kepada Ambank oleh JL dan hal yang sama juga turut dilaporkan kepada BNM dan Tan Sri Zeti pada ketika itu.

Q203: Di manakah surat asal tersebut?

J: Saya percaya surat asal tersebut tertinggal di pejabat saya di Jabatan Perdana Menteri. Saya juga telah memaklumkan SPRM perkara yang sama semasa rakaman percakapan saya diambil.

Q204: Secara umumnya apakah yang telah Dato’ Sri belanjakan dari dana ini?

J: Secara umumnya, dana ini digunakan untuk inisiatif CSR sebagaimana digariskan di atas.

Q205: Apakah yang Dato’ Sri lakukan berkenaan dengan fakta bahawa penghantar tersebut adalah Prince Faisal Bin Turki dan Kementerian Kewangan Riyadh?

J: Perkara ini bukanlah menjadi sesuatu yang mengejutkan saya kerana sumbangan ini adalah derma seperti yang saya jangkakan daripada Raja Abdullah melainkan saya tidak mengetahui bagaimana dana tersebut akan dihantar. Ini selanjutnya mengukuhkan lagi kepercayaan saya bahawa wang tersebut telah datang daripada Saudi. Identiti penghantar tersebut semestinya diketahui oleh Ambank dan BNM. Saya percaya inilah sebabnya kenapa tiada apa-apa yang mencurigakan dibangkitkan kepada saya pada waktu tersebut.

Q206: Sila rujuk kepada D643, D644 dan D646. Rekod perbualan emel-emel yang telah disimpan oleh Joanna Yu ini menunjukkan bahawa JL yang telah mengesahkan transaksi-transaksi tersebut dan kadar penukarannya dengan Ambank. Adakah Dato’ Sri memberikan kuasa mengenai perkara ini?

J: Tidak. Seperti yang telah saya nyatakan, saya menyerahkan perkara ini kepada Dato Azlin yang saya berfikiran telah menguruskan hal yang sama dengan pihak bank secara sendirinya atau melalui Nik Faisal. Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan berkenaan dengan komunikasi di antara JL dan Joanna Yu. Saya bagaimanapun mendapati bahawa JL telah memaklumkan kepada Joanna Yu berkenaan dengan transaksi-transaksi yang dijangkakan. Mengambil maklum akan identiti penghantar dana tersebut, JL nampaknya sudah berkomunikasi dengan keluarga Diraja Saudi dan Kementerian Kewangan Riyadh berkenaan dengan perkara ini.

Q207: D642, D643, D644 dan D646 juga menunjukkan bahawa JL telah memberitahu Joanna Yu bahawa beliau telah melaporkan baki akaun kepada Dato’ Sri secara peribadinya dan telah mengesahkan cek-cek yang dikeluarkan daripada akaun 694. Apa yang Dato’ Sri ingin katakan berkenaan perkara ini?

J: Saya tidak berhubung secara peribadi dengan JL berkenaan dengan akaun ini. Fakta berkenaan dengan transaksi-transaksi dan baki secara umumnya dimaklumkan secara berkala kepada saya oleh Dato Azlin sebagaimana yang saya sebutkan tadi. Berkenaan dengan kesemua cek yang dirujuk di dalam dokumen-dokumen ini, cek-cek ini sememangnya dikeluarkan oleh saya. Walau bagaimanapun, saya hanya boleh membuat kesimpulan bahawa JL semestinya telah bertanyakan kepada Dato Azlin atau Nik Faisal. Saya tidak faham mengapa bank tidak berurusan secara langsung sama ada dengan Dato Azlin ataupun Nik Faisal berkenaan perkara ini.

XXIII. PEMINDAHAN WANG KE AKAUN 694 PADA TAHUN 2012

Q208: Rujuk D293. Dokumen-dokumen perbankan ini menunjukkan bahawa pemindahan wang berikut ke Akaun 694 berlaku pada 2012:-


* Edited 17/12 9:30 AM: Mistakenly posted 2014 transfer yesterday

Bilakah Dato’ Sri mendapat tahu berkenaan dengan transaksi-transaksi ini?

J: Saya hanya mendapat tahu berkenaan dengan transaks-transaski ini apabila keterangan saya diambil oleh SPRM dan sejurus selepas peguam saya memperoleh dokumen-dokumen perbankan yang berkaitan daripada Ambank. Semasa itu saya diberitahu terdapat wang yang dimasukkan di dalam mata wang USD daripada pihak luar. Saya juga ditunjukkan sepucuk surat bertarikh 1.11.2011 yang mana dikatakan datangnya daripada wakil sah Raja Abdullah. Surat tersebut menyatakan bahawa Raja Abdullah telah mengurniakan saya sejumlah wang USD 375 Juta sebagai hadiah yang mana saya boleh belanjakan atas budi bicara mutlak saya.

Q209: Boleh saya rujuk Dato’ Sri kepada P602. Adakah ini surat bertarikh 1.11.2011 yang ditunjukkan kepada Dato’ Sri?

J: Ya.

Q210: Bagaimanakah Dato’ menerima surat ini?

J: Surat ini ditunjukkan kepada saya oleh Dato Azlin yang memaklumkan kepada saya bahawa beliau telah menerima surat yang sama daripada JL. Saya difahamkan bahawa surat ini juga diberikan kepada Ambank oleh JL dan yang sama juga telah dilaporkan kepada BNM dan Tan Sri Zeti pada ketika itu.

Q211: Di manakah surat asal ini?

J: Saya percaya surat asal ini tertinggal di pejabat saya di Jabatan Perdana Menteri. Saya juga turut melaporkan kepada SPRM semasa rakaman percakapan saya diambil.

Q212: Secara umumnya, apakah yang Dato’ Sri belanjakan dengan dana-dana ini?

J: Secara umumnya, saya telah membelanjakan dana-dana tersebut untuk inisiatif CSR sebagaimana digariskan di atas.

Q213: Apakah pendapat Dato’ Sri mengenai fakta bahawa penghantar wang tersebut adalah Prince Faisal bin Turki dan Blackstone Asia Real Estate Partners Ltd?

J: Perkara ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan saya kerana derma ini adalah sesuatu yang saya jangkakan daripada Raja Abdullah. Identiti penghantar tersebut semestinya diketahui oleh Ambank dan BNM yang turut menerima surat 1.11.2011 sebagai dokumen sokongan. Surat tersebut menyatakan bahawa derma-derma ini akan dibuat melalui Blackstone Asia Real Estate.

Saya percaya ini adalah sebab mengapa tiada apa-apa yang mencurigakan dibangkitkan kepada saya pada masa itu.

Q214: Sila rujuk pada D646, D647, D648 dan D639. Rekod perbualan emel-emel yang telah disimpan oleh Joanna Yu ini menunjukkan bahawa JL yang telah mengesahkan transaksi-transaksi tersebut dan kadar penukarannya dengan Ambank. Adakah Dato’ Sri memberikan kuasa mengenai perkara ini?

J: Seperti yang telah saya nyatakan, saya menyerahkan perkara ini kepada Dato Azlin yang saya berfikiran telah menguruskan hal yang sama dengan pihak bank secara sendirinya atau melalui Nik Faisal. Saya tidak mempunyai apaapa pengetahuan berkenaan dengan komunikasi di antara JL dan Joanna Yu. Saya bagaimanapun mendapati bahawa JL telah memaklumkan kepada Joanna Yu berkenaan dengan transaksi-transaksi yang dijangkakan. Mengambil maklum akan identiti penghantar dana tersebut, JL nampaknya sudah berkomunikasi dengan keluarga Diraja Saudi dan Kementerian Kewangan Riyadh berkenaan dengan perkara ini. JL juga didapati telah memaklumkan kepada Joanna Yu bahawa surat lanjutan akan diberikan oleh keluarga Diraja Saudi dan akan diberikan kepada Ambank untuk melaporkan kepada BNM dan Tan Sri Zeti. Saya percaya perkara ini telah dinyatakan di dalam surat 1.1.2011 (D602) itu.

Q215: D646, D647, D648 dan D639 juga menunjukkan bahawa JL telah memaklumkan kepada Joanna Yu bahawa beliau telah dengan sendirinya melaporkan perkara-perkara berkaitan dengan akaun-akaun kepada Dato’ Sri. Apa yang ingin Dato’ Sri katakan mengenai perkara ini?

J: Saya tidak berkomunikasi dengan JL secara peribadi berkenaan dengan akaun ini. Fakta-fakta transaksi dan baki-baki di dalam akaun tersebut telah dimaklumkan kepada saya secara berkala oleh Dato’ Azlin hal seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini. Saya tidak faham mengapa pihak bank tidak berurusan secara terus sama ada dengan Dato Azlin atau Nik Faisal berkenaan perkara ini.


To be continued in the final Part 3

No comments:

My Say