Sunday, March 29, 2009

Khairy akan digugur?


Ingat selepas dua hari berturut-turut Khairy di boo, redalah di hari akhir persidangan.

Rupanya tidak. Bukan sahaja berkali-kali di boo semalam bila nama Khairy disebut, malah dia di boo semasa sesi penggulungan oleh penjawat-penjawat utama dan penangguhan mesyuarat oleh Presiden parti yang tersiar langsung di televisyen.

Kalau diikutkan, sepatutnya 304 keldai-keldai yang berfikir menggunakan poket seluar patut naik sama di atas podium merasakan malunya di boo oleh perwakilan-perwakilan. Mereka yang boo Khairy melibatkan perwakilan biasa juga.

Terdengar ada seorang ADUN merungut menyebut, "Sudah habis itu, sudahlah." Dia seolah-olah tidak senang melihat orang ramai di dewan meraikan Mukhriz di akhir Persidangan.

Korek-korek punya korek cerita rupanya ada dua sebab orang marah membengkak dengan Khairy. Pada kebanyakkan orang UMNO, rata-rata pendirian adalah untuk menyelamatkan parti hanya asal bukan Khairy sebagai ketua Pemuda.

Banyak ahli-ahli UMNO tidak tahu macam mana nak jawab kepada akarumbi di kampung bila ditanya kenapa Ketua Pemuda dimenangi oleh orang yang didapati salah kerana politik wang?

Malam tadi di Bernama TV, Tan Sri Sanusi Junid mempersoalkan konsistensi Jawatankuasa Disiplin. Tan Sri Isa Samad digantung keahlian selama tiga tahun dan dipecat dari jawatan Naib Presiden dan Menteri. Dato Seri Ali Rustam pula hanya tidak dibenarkan bertanding. Khairy melakukan kesalahan yang sama dengan Ali tetapi hanya amaran dan dibenarkan bertanding.

Ada pihak kata Khairy dibenarkan bertanding supaya kekal ada perlawanan tiga penjuru. Dari jangkaan, Mukhriz pasti kalah kalau satu lawan satu. Teori merepek kerana salah tetap salah. Itu prinsipnya.

Dari cerita-cerita mereka yang terlibat di PWTC, laporan yang dibuat sepatutnya boleh mensabitkan Khairy dengan politik wang tetapi ada campur tangan dari Kuwait.

Dikatakan dalam satu majlis, seorang tukang kempen Khairy secara terbuka mengatakan Khairy membantu mereka mendapat projek-projek dan peruntukkan-peruntukkan. Itu sudah satu pengakuan dan bukti kegiatan rasuah .


Kalau mengikut kod etika parti, Khairy telah melakukan satu kesalahan kempen. Penyokong Khairy telah meletakkan kain rentang berkempen yang sepatutnya tidak boleh dilakukan. Pasti ia hanya dikenakan amaran sahaja.

Yang menjadi bisikan sesama yang hadhir di PWTC semalam adalah penipuan mengundi. Dr Mahathir pun merasakan sesuatu tidak kena apabila memakan masa enam jam untuk mengira undi sebanyak 791 undi. Rupanya tiga jam dihabiskan masa bertengkar mengenai cara pengesahan undi.

Semasa itu, kotak-kotak undi diletakkan dalam satu bilik tanpa ada wakil calun dibenarkan duduk bersama mengawal. Ini menimbulkan kecurigaan berlaku penukaran kotak kerana kotak terakhir dipenuhi undi Khairy sahaja dan ini terus memberikannya kemenangan.

Selalunya semasa pengiraan undi, hanya mereka yang terlibat dalam Jawatankuasa Pemilihan sahaja yang boleh keluar dan masuk bilik pengiraan. Ramai menyedari Setiausaha Kerja UMNO, Jeneral Hussainay yang terang-terang adalah henchman Pak Lah dan Setiausaha Kerja Pemuda UMNO, Shahrul Zaman dilihat keluar masuk bilik pengiraan.

Shahrul, yang diketahui ramai adalah budak KJ, dilihat pergi balik ke komputer mengisi maklumat yang dicurigai adalah pemastiaan undi perwakilan kepada Khairy. Pengundi-pengundi untuk KJ telah dibayar sebahagian sebelum pengundiaan dan untuk mendapat bayaran selebihnya, mereka perlu menunjukkan undi mereka kepada orang tertentu untuk kepastian bagi mendapat bayaran selebihnya.

Desas desus semalam mengatakan hayat Khairy sebagai Ketua Pemuda hanya sekejap kerana fail Khairy di Jawatankuasa Disiplin masih belum tutup. Laporan-laporan telah dan akan dibuat terhadap Khairy ke Balai Polis, SPRM dan Jawatankuasa Disiplin.

Desakan seorang pembahas supaya isu rasuah wang tidak dibesar-besarkan tidak boleh dihiraukan. Pihak pengurusan UMNO mesti melakukan sesuatu untuk meyakinkan ahli akarumbi dan pengundi bahawa mereka serius untuk membenteras wang.

Sentimen yang menentang terhadap Khairy terlalu kuat dan seperti yang saya katakan berkali-kali Khairy adalah liabiliti pada UMNO. Hanya dengan pengguguran Khairy sahaja baru ahli akarumbi dan orang ramai akan berpuas hati.

Menyedari sentimen yang kuat menentang Khairy, Pak Lah cuba memujuk dengan menyatakan lambat laun orang akan menerima Khairy. Dia membandingkan dengan semasa kemasukkan Anwar Ibrahim dalam UMNO.

Pendapatnya jelas menunjukkan Pak Lah masih kekal dengan sikap tidak menerima kenyataan. Pada hari pembukaan, dia mengatakan kegagalannya kerana dia dipersendakan dan tidak mengakui kesalahan tindakan-tindakannya. Sebenarnya, Anwar berusaha memujuk dan mengambil hati ahli semasa memasuki UMNO. Khairy tidak mengusahakan sedemikian dan terus dengan kelakuan yang angkuh dan membuat orang meluat.

Tidak berapa minit dia menang, dia menepuk dadanya dan mengangkat tangan dengan gaya megah. Dalam ucapan pertamanya, dia boleh menyebut memberi "arahan". Khairy akan membawa budaya cliquish yang akan meneruskan perpecahan dalam Pemuda UMNO.

Desas desus kuat mengatakan Khairy akan digugurkan tidak lama lagi dan Dato Razali Ibrahim akan dijadikan Pemangku Ketua Pemuda UMNO.

Namun begitu, seorang wartawan memberitahu ianya mungkin tidak boleh dilakukan kerana sebahagain dari persefahaman untuk Pak Lah meletakkan surat perletakkan jawatan. Maklumat lain berkata persefahaman itu bukan melibatkan Khairy.

Mungkin ianya boleh diketahui selepas tiga pilihanraya kecil serentak ini. Sementara itu, UMNO terpaksa terus menanggung Khairy sebagai mayat hidup.

Friday, March 27, 2009

Dua hari berturut-turut Khairy perasuah kena boo

Berapa lama kegembiraan sebelum menghadapai realiti tiada sokongan?

Sudahlah selepas memenangi jawatan Ketua Pemuda, Khairy perasuah telah disorak "KJ! ...Rasuah!..."

Semalam semasa namanya disebut oleh juruacara sebelum mengundi oleh Pengerusi Mesyuarat, dia telah di boo oleh para-para perwakilan yang hadhir. Hari ini, ada seorang jurubahas dari Pemuda Kelantan yang cuba menyebut nama Khairy perasuah, sekali lagi namanya di boo.

Pasti pada hari terakhir, dia akan berucap dalam sesi penggulungan. Kemungkinan sekali lagi, dia akan menerima di boo.

Walaupun kalah, sepanjang dua hari semalam dan hari ini, baik Dato Mukhriz atau Dato Seri Dr Khir Toyo mendapat sambutan baik dari perwakilan atau hadhiran di PWTC.

Bisikan-bisikan di PWTC mengatakan sudah ada laporan polis mengenai salahlaku politik wang Khairy perasuah. Pagi tadi, blog bigdogdotom melaporkan ada ura-ura hari ini atau besok akan ada laporan polis satu lagi terhadap Khairy perasuah.

Kenapa teruk sekali reaksi pelbagai pihak kepada kekalahan?

Buat setakat ini, hampir semua perwakilan dan pemberi sumber maklumat dalaman mengatakan Khairy perasuah menang kerana kesetiaan kepada Agong pertama (diatas kertas.)

Gemuk-gemuk pengikut yang gembira bersama?

Diberitahu bahawa kumpulan Khairy perasuah menawarkan wang kepada mereka yang mengundinya sejumlah RM10,000 ke RM30,000 bergantung kepada kecondongan mereka kepada calun pesaing.

Cara duit itu diberi adalah sebahagian dibayar sebelum dan selebihnya setelah mereka memberikan undi. Untuk mengesahkan undi telah sah diberikan kepada Khairy perasuah, perwakilan yang mengundi dikatakan membuka kertas undi untuk dapat dilihat jelas oleh orang-orang tertentu yang menjadi wakil Pengesah Khairy perasuah.

Selepas Najib menyebut "Berani Berubah" dalam ucapannya pada malam Selasa, pihak Khairy perasuah dikatakan telah bekerja keras dengan operasi carpet bombing malam itu. Selain pemberian di pusat operasi Lubuk Khairy perasuah di Hotel Corus, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, satu sumber memberitahu penyerahan juga dilakukan malam itu di sebuah Hotel di Shah Alam.

Pembayaran selebihnya dilakukan semalam di satu lokasi yang perlu di rahsiakan dahulu.

Selain itu, kebanyakkan pihak yang veteran dalam hel ehwal UMNO mengatakan sangat anih pengiraan untuk hanya 790 undi memakan masa hampir enam jam. Pelbagai boleh disyaki. Ramai difahami bahawa keputusan menjadi lambat disebabkan beberapa kali recount.

Yang hairannya, recount selalu berlaku apabila keputusan agak rapat dan untuk kepastian. Apabila ianya diumumkan, ramai hairan jauhnya jumlah undi Khairy yang melebihi 50 undi berbanding dengan Dr Khir dan hampir 70-80 undi dari Mukhriz.

Satu sumber memberitahu bahawa ada keanihan apabila satu kotak terakhir dipenuhi oleh undi Khairy perasuah sahaja.

Adakah ini sebabnya penyokong-penyokong baik dari Mukhriz atau Dr Khir Toyo naik birang hingga menyorakkan Khairy perasuah sebagai perasuah dan perwakilan-perwakilan menyorak boo dua hari berturut-turut?

Selalunya orang boleh menerima kekalahan, tetapi marah hingga naik birang jika ditipu.

Samada laporan polis dan SPRM akan benar berakhir dengan nasib Khairy perasuah seperti yang dialami oleh Tan Sri Isa Samad, itu memakan masa untuk diketahui.

Bagaimana Khairy perasuah akan merapatkan barisan Pemuda UMNO yang majoritinya adalah yang tidak menyokong Khairy perasuah? Lebih segera, bagaimana Khairy akan dapat menyediakan jentera Pemdua untuk pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dengan dirinya tidak diterima?

Dalam zaman ICT, sesuatu tidak mudah untuk ditutup dan diselindung dari orang ramai. Bertambah lagi, jika penipuan dan rasuah dilakukan terlalu dapat dikesan.

Thursday, March 26, 2009

Penyokong Khairy mengaku rasuah, maka bermulalah cabaran Khairy

Cabaran besar Khairy untuk membersihkan imej rasuahnya. Pengakuan penyokong Khairy mengamalkan rasuah di gambar atas dan video laungan KJ! ... Rasuah! ... di sini.

Menang dan kalah itu adat pertandingan. Yang menang pasti gembira. Yang kalah akan ada yang kecewa. Bagi saya, ianya perkara biasa.

Pada umur melampaui umur "menerima wahyu", saya tidak tahu bersedih sangat dalam kekalahan dan bergembira sangat dalam kemenangan. Semuanya sudah saya lalui. Esok harinya roda kehidupan berterusan lagi dan perjalanan mencari erti kehidupan dan menyambung erti kewujudan insan berterusan.

Saya akan gembira dan sedih hanya bergantung kepada apa yang jadi nawaitu sebelum saya melakukan sesuatu, waima nawaitu asal saya bertanding atau terlibat dalam satu-satu pertandingan.

Pertandingan Pemuda UMNO ini saya lakukan dengan penuh istiqamah bahawa saya perlu 'menyelamatkan' agama, bangsa dan negara. Bukan kerana pilihan saya adalah Mukhriz atau saya sedia menerima Khir Toyo.

Dan bukan kerana saya menolak Khairy hanya kerana namanya Khairy, dan apa ciri-ciri peribadinya.

Terus terang, saya berjuang kerana bangsa dan negara perlu diselamatkan dari Khairy. Saya anggapnya sebagai security threat kepada negara ini dan saya lihatnya sebagai seorang yang akan melencungkan asas perjuangan UMNO untuk memartabatkan bangsa dan tanah air Melayu.

Khairy telah dipantau dan dikaji buah fikirannya, riwayat singkat hidupnya, dan pelbagai aspek dirinya, baik yang tersurat jelas dan tersirat tersembunyi. Banyak sebab musabab saya telah terangkan dan banyak lagi masih tersembunyi yang hanya buat pengukuh istiqamah peribadi.

Namun demikian, pemenang telah ditentukan perwakilan. Pasti saya kecewa sedikit kerana harapan saya tidak tercapai. Perwakilan tidak melihat apa yang saya lihat.

Namun hakikatnya, pendirian saya masih belum berubah dan bukan saya yang perlu perbetulkan jika ianya salah. Tanggungjawab itu berada pada Khairy untuk mengota apa dikata dan menidakkan apa yang saya khuatiri.

Tidak tercapai harapan boleh disalahkan atas sebab macam-macam. Kenapa Dr Khir Toyo dan Mukhriz perlu sama-sama bertanding memecahkan undi sesama sendiri? Kenapa kekurangan jentera tidak diperbaiki walaupun sudah diketahui? Boleh diutarakan masaalah infrastruktur Putera UMNO yang dibina sebagai feeder kepada pemerkasaan politik Khairy dalam perwakilan tahun ini? Bagaimana dengan permainan G2 yang menjadikan keputusan itu berlainan sekali dari aturan jumlah terbanyak pencalunan Mukhriz dan Dr Khir?

Seribu macam persoalan yang boleh ditimbulkan untuk memahami kelemahan diri. Namun, ianya semua adat pertandingan yang perlu diterima hakikatnya.

Walau bagaimana pun, soalan yang saya pasti tidak dapat terjawab adalah melihat orang-orang tua - pakcik makcik - menitis airmata sedih melihat kemenangan Khairy di closed circuit TV di Tingkat 4 PWTC. Ini adalah akarumbi yang dapat merasai sebarang kesilapan yang dilakukan di atas dan mereka hayati implikasi kemenangan Khairy.

Saya sendiri dihujani dengan pelbagai SMS. Satu SMS itu berbunyi "tahniah kepada Najib kerana berjaya mendapat Khairy sebagai Ketua Pemuda." Dato Najib telah memberikan klu untuk pemimpin Berani Berubah tetapi yang diperolehi Setiakwan.

Yang pertama saya terima adalah "Takziah utk umno keseluruhannya." Satu lagi pula berbunyi "Tahniah kepada perwakilan2 pemuda yg mengundi khairy kerana berjaya mengkhianati perjuangan umno yg diwarisi selian lama." Ada SMS berbunyi "berkuburlah umno."


Persepsi paling susah untuk Khairy perbetulkan sekarang adalah sebagaimana satu SMS yang berbunyi "Tahniah perasuah dinobat ketua pemuda."

Tanpa segan silu, persepsi yang paling susah buat Khairy datang dari sebahagian Pemuda UMNO sendiri yang tanpa segan silu menyorakkan "KJ! ... Rasuah! ..." terang-terang hingga dilaporkan oleh media perdana.

Khairy boleh nafi dan dapatkan seorang penulis prolific untuk cuba memesungkan kenyataan tetapi ianya tidak dapat memadamkan akarumbi yang sendiri mengalami dan melihat apa yang berlaku. Di dunia media alternatif, perkara sebegini tidak akan dapat ditutup.

Ditambah lagi, seorang komentar pro-Khairy mengaku secara terbuka melakukan amalan ini apabila menuduh orang lain pun buat. Orang lain tidak didapati bersalah oleh Jawatankausa Disiplin dan ada yang tidak ada laporan tetapi Khairy telah didapati salah.

Ini cabaran besar buat Khairy.

Cabaran pertama yang perlu ditempuh Khairy adalah tiga pilihanraya kecil yang akan berlaku penamaan calun pada 29hb. sehari selepas berakhir PAU.

Adakah Khairy akan dapat merapatkan barisan, peroleh sokongan dan masih bergantung kepada lingkungan Setiakawan saja untuk menghadapai pilihanraya penting ini? Khairy tidak boleh hanya dengan cara mengarah. Dia perlu mendapat penghormatan akarumbi.

Disinilah cabaran kepimpinan Khairy. Adakah Khairy boleh merapatkan jurang untuk "bersamanya" dengan hanya "arahan"?

Dalam beberapa minit dia memenangi jawatan itu, dia tidak langsung memberi perakuan kepada pesaingnya tetapi telah memberi "arahan" membantu Hishamuddin. Sekejap benar dia sudah lupa cara Melayu yang anggap ini satu perbuatan angkuh dan kurang adab dan sopan caranya.

Selama mana Khairy akan membuat alasan semua ini hanya persepsi dan bukan realiti sebagaimana alasan persepsi dia main duit. Main duit sudah menjadi realiti kerana dia didapati bersalah.

Persepsi Khairy mendapat perlindungan Presiden parti untuk tidak dihukum pun susah untuk dibuang. Rasmi orang salah adalah dihukum dan bukan terlepas. Begitu juga dengan Zaki Zahid yang pernah dilepaskan dengan amaran kerana politik wang yang kini telah dipilih dalam Exco Pemuda.

Injab hati saya merasakan selepas peristiwa terperanjat ini, akan ada lagi surprises. Seorang rakan yang mempunyai jaringan maklumat luas berkata, jangan hairan Razali memangku jawatan Ketua Pemuda.

Saya pun tidak hairan jika sayap Pemuda ditutup kerana elders dalam UMNO sudah membuat kesimpulan perwakilan Pemuda adalah corrupted dan tidak berupaya berlaku rasional dan bertanggungjawab dalam menterjemahkan hasrat akarumbi untuk mentransformasikan parti. Seorang Tan Sri berkata Pemuda UMNO sudah rosak beyond repair.

Jangan pula saya dianggap tidak gentleman. Tidak terlambat untuk saya ucapkan tahniah buat Khairy. Cabaran yang anda perlu hadapi sangat besar dan ianya perlu bermulda dengan diri anda.

Nampak gaya, kekangan besar untuk Najib adalah dikalangan penjawat-penjawat parti itu sendiri.

Wednesday, March 25, 2009

2 + 1 untuk Naib Presiden

Semalam dalam berjalan-jalan di PWTC selepas kesesakkan pom-pom boy dan boy penyokong-penyokong Pemuda dan Puteri, terjumpa seorang YB dari Johor. Selepas berdiri bersalam-salaman dengan kenalan yang lalu lalang, kami duduk bersembang.

Tiada apa serius sangat yang dibincangkan kerana perbualan kami agak santai sedikit. Saya bertanya apa kombinasi YB untuk jawatan Naib Presiden. YB tidak memberitahu pilihannya tetapi menceritakan mengenai pertemuannya dengan Dato Seri Najib.

Dia mengemukakan 3 nama untuk test the water. Bila ditanya Najib rasional pilihan, YB menerangkan pilihan itu berdasarkan mahu kemukakan orang-orang muda. Najib membalas seimbas lalu, "Mungkin baik 2 + 1."

Maksud Najib disini adalah dua muka baru dan satu muka lama. Jika diamati ucapannya semalam, dia meminta UMNO kembali kepada perjuangan asal. Ini tentu mengukuhkan semangat nasionalisma Melayu yang kini kendur dalam UMNO.

Orang lama ini pasti seseorang yang kuat ilmunya dan hebat berhujah untuk meniupkan kembali semangat nasionalisma Melayu dalam jiwa anak muda khususnya. Dia boleh memberi penerangan baik dalam menentang pemelacuran asas ketuanan melayu oleh ahli-ahli politik melayu yang cuai dengan hak dan kepentingan bangsa dan cauvanis kaum lain.

Dari orang lama yang berjaya mendapat tempat dalam pencalunan, pilihan adalah antara Tan Sri Isa Samad, Tan Sri Rahim Tamby Chik, Dato Seri Utama Rais Yatim dan Dato Syed Hamid.

Dari analisa saya, Isa Samad telah dianiayakan, tetapi dia terang-terang mengaku dengan kata-kata tuntut di padang mahsyar bagi mereka yang ambil tapi tak undi. Saya menolak mereka yang sudah tercemar.

Begitu juga dengan Tan Sri Rahim Tamby Chik. Namun begitu, pengamatan saya mengenai Rahim membuat kesimpulan bahawa dia adalah a changed man dan telah melalui proses pembetulan diri. Saya amat hargai usaha beliau dengan Gabem. Cuma kali ini, imej dan persepsi mengenai parti perlu mendahului keutamaan yang lain.

Tinggallah dua orang antara Dato Syed Hamid dan Dato Rais Yatim dan pilihan saya adalah Rais.


Syed Hamid telah melakukan banyak kesilapan dari pasir Johor, jambatan bengkok, pulau Batu Putih, mengendalian ISA, dan terbaru penggantungan tiga bulan Harakah dan Suara Keadilan. Dia tidak mendapat sokongan ahli-ahli Bahagiannya sendiri dan telah memurkai pihak istana Johor.

Siapa pula antara dua muda yang perlu dikehadapankan? Kalau ikut cakap-cakap orang, Dato Ahmad Zahid Hamidi adalah yang popular sekali. Bagi saya, Zahid adalah orang yang paling tidak layak.


Dari buah fikirannya dalam temuramah TV dan akhbar, dia menghadapai sindrom penafian mengenai masaalah parti. Dia menganggap persepsi buruk UMNO adalah hanya persepsi dan menyalahkan pembangkang. Macam mana nak selesaikan masalaah parti?

Persekongkolan Zahid dengan Anwar masih tidak dapat saya maafkan dan saya percaya dia masih mengekalkan talian dengan Anwar melalui Johari Abdul dan Saifuddin Nasution.

Zahid punya terlalu banyak skandal seperti pecah amanah dalam hal saham Kretam Yayasan Gerakbakti, kes jenayah di mahakmah kerana memukul seorang anak muda beramai-ramai, ada desas desus tak kena disebalik pembangunan tanah-tanah wakaf dan baitul mal, dan lain-lain yang dikatakan akan muncul.

Tinggallah Hishamuddin, Khaled Nordin dan Shapie Apdal.

Nampak gayanya perwakilan mahu berikan satu tempat untuk pemimpin Sabah dan Shapie mungkin sekali menangguk manafaatnya.

Antara Hishamuddin dan Khaled Nordin, saya terang-terang tolak Khaled Nordin kerana dia adalah antara cai Musa Hitam. Berbanding dengan Musa dan Shahrir yang agak susah untuk didengari cerita-cerita rasuah dan salahguna kuasa, Khaled Nordin banyak sekali. Cari-cari di blog saya dan rakan blog Bigdogdotcom.

Temuramah Khaled terbaru di NST terlahir kata-kata dia sudah longgar semangat nasionalisma Melayunya seperti Musang Hitam pembelot bangsa.

Hishamuddin mungkin menghadapai masaalah dengan persepsi pengecut, lambat, dan lembab kerana meminta maaf dalam isu keris dan cara menangani isu PPSMI. Dia pun dilihat seolah-olah sudah longgar genggaman dalam Pemuda UMNO.

Pasti ramai terlupa bahawa jasanya yang terbesar adalah dalam menstabilasikan Pemuda UMNO akibat permainan politik buruk Zahid Hamidi.

Masaalah Pemuda UMNO sekarang pun tidak boleh disalahkan kepada Hisham seorang kerana ia lebih disebabkan dengan campur tangan Pak Lah dalam Pemuda yang menyuruh diambil Khairy dan talibarut pemusnahnya. Pemuda UMNO dimusnahkan oleh kebodohan dan sifat penting diri Pak Lah untuk menantunya melebihi kepentingan parti.

Sebagai menyimpulkan pilihan saya, ianya Hishamuddin, Shapie dan Rais Yatim. Ia bukan terbaik dan pasukan dream team tetapi ianya pilhan dari yang ada.

Entah apa pula perkiraan perwakilan. Harapnya bukan sebab masyuk!

Tuesday, March 24, 2009

Perwakilan perlu jawab: Wang? Atau Bangsa?


Baca Bigdog di sini.

Jika pilihannya wang, anda bertanggungjawab menghancurkan parti, bangsa dan negara. Kalau pilihannya bangsa, sila baca lihat Perisytiharan 25 Rabiul Awal 1430 di sini.

Sila sebar-sebarkan kempen ini.

Pak Lah selamatkan dan tegur Khairy


Semua akhbar-akhbar perdana menyiarkan Pak Lah meminta dihentikan fitnah sebagai muka hadapan. Ini nampak sangat Pak Lah nak selamatkan Khairy. Sudahlah rumah dan peruntukan rumah rasmi disalahguna Khairy untuk kempen kepada perwakilan-perwakilan.

Utusan Malaysia menyerlahkan tiga perkara utama sebagai caption muka hadapan kenyataan Pak Lah:

  • Fitnah memfitnah, kata mengata atau memburuk-burukkan seseorang bukan menjadi asas kepada ahli untuk memilih kepimpinan UMNO.
  • Yang penting ahli-ahli UMNO akan membuat pilihan berasaskan kemampuan calun dan sumbangan mereka.
  • Pilih mereka yang dianggap baik menjadi pemimpin dan siapa boleh berada dalam pucuk kepimpinan parti.
Bila dikaji betul-betul apa yang disebut dan laporan mengenai kenyataanya di sini, ia sebenarnya menegur Khairy.

Khairy Kaki Fitnah dan Tikam Belakang Parti

Dalam bab fitnah memfitnah, Khairy adalah antara yang paling kuat melakukan fitnah dan main tikam belakang.

Tidak kira berapa kali diulang, saya ulang sekali lagi. Khairy yang selama sepanjang memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO, adalah dalang utama yang berkomplot memecahbelahkan Pemuda UMNO menjadi faction-faction.

Dia dan rakan-rakan sekomplot dengannya sentiasa cuba untuk menganiayakan Mukhriz dengan tindakan disiplin beberapa kali-kali bagi mencari salah di atas kenyataan-kenyataannya. Khairy tidak henti-henti memperlekehkan (undermine) usaha dan inisiatif Mukhriz untuk menyerlahkan dirinya dan mengepikan Mukhriz.

Dia juga mendalang dengan Kalimullah dan Kamal Khalid untuk mengenakan Khir Toyo dengan pelbagai tuduhan dan ianay dilakukan bersekongkol dnegan pembangkang PKR. Malah kecaman-kecaman yang dihadapi oleh Khir Toyo baru-baru ini adalah didalang oleh Khairy yang mana dia telah bertemu dengan seorang pemegang jawatan AMK.

Kalau nak tahu betul atau tidak Khairy adalah kaki fitnah dan tikam belakang, cuba bca blog-blog berbayar dan bergaji Setiakawan seperti KPMU, SUKJ, Anti-Khir Toyo, BN Raksasa, blogger Cina Renovatio dan juga termasuk blog-blog lain yang kerjanya mencantas dan menghina Tun Dr Mahathir, Mukhriz dan Khir Toyo.

Dialah penjahanam UMNO di PRU12 kerana meletakkan 80 calun-calun dari kawan-kawannya yang tidak diterima akarumbi rakyat tempatan hingga menyebabkan kekalahan UMNO.

Khairy tidak ada sumbangan sebagai Naib Ketua Pemuda

Saranan kedua Pak Lah untuk memilih mereka berdasarakan track record pun satu teguran kepada Khairy. Cuba kita tanya apakah sumbangan Khairy kepada Pemuda UMNO selain membunuh dan politik tikam belakangnya?

Ramai yang mula-mula menyokong Khairy bila ditanya soalan ini, tidak menjawab dan akhirnay meninggalkan Khairy. Tidak kiralah kita kepada siapa mereka lari.

Khairy hanya publicity seeker. Dia hanya mahu kehadapan di dalam Majlis-Majlis dan pasukannya akan memastikan dia mendapat pendedahan media perdana yang tidak henti-henti.

Cara Khairy serupa Anwar yang hanya taktik branding yang sebenarnya cuba mempromosi produk yang tidak ada kegunaan dan sumbangan.

Berapa kali usahanya mendapat publicity akhirnya hanya memalukan UMNO?

Ingatkah kita akan peristwia dia mengatur dirinya merempuh barricade polis untuk konon-konon menyerahkan surat bantahan kepada Condoleeza Rice? Stunt ini hanya menimbulkan persoalan rakyat terhadap keadilan polis dalam mengurus demonstrasi jalanan.

Ingatkah kita antik Khairy di hari penamaan calun dan kempen di pilihanraya kecildi Ijok pada tahun 2006? Peel buruk Khairy berkekalan menjadi imej buruk UMNO.

Inikah track record yang layak sebagai Ketua Pemuda?

Khairy bukan pemimpin yang baik

Jika seorang pemimpin tidak dihormati oleh rakyat dan ahli-ahli akarumbi, adakah pemimpin itu pemimpin yang baik. Itulah saranan Pak Lah yang ketiga.

Khairy telah didapati salah kerana ejennya telah memberi wang. Itu baru satu dari ratusan repot yang diterima oleh Khairy.

Siapa tidak tahu bahawa Khairy adalah mesin pencetak wang. Dia membiayai pelbagai kuncu-kuncunya merata negara. Kalau tidak pasalwang, ramai antara mereka tidak memberinya sokongan.

Saya tahu bahwa Khairy telah menggunakan pengaruhnya untuk memaksa seorang Menteri yang pentingkan politiknya untuk memberi konrtak-kontrak kepada rakan-rakannya hingga berbillion-billion.

Apa jadi dengan perjuangan membela bangsa dan rakyat, jika kerjanya mengisi tembolok sendiri?

Kalau nak tahu, beberapa pekerja dan penyokong Menteri tersebut meninggalkannya kerana perbuatan yang menjual nasib bangsa demi politik Khairy. Kementerian ini adalah dimana terletak kontrak-kontrak yang cepat bikin wang.

Adakah dia akan menjadi pemimpin yang baik jika menyebabkan parti dibenci? Adakh dia menjadi pemimpin yang baik jika dia adalah penyebab dan dalang yang menyebabkan perpecahan dalam parti? Adakah dia pemimpin yang baik jika dia adalah perasuah yang jelas?

Akhir sekali, adakah dia pemimpin yang baik jika dia sanggup menjual perjuangan membela nasib bangsa dan negara demi ideloginya dan bagi mencapai kerakusan cita-cita untuk jawatan?

Najib pun sudah tegur perkara ini dan ini jelas ditujukan antaranya kepada Khairy. Jelas sekali, Khairy bukan pilihan Najib!

Pak Lah nak selamatkan Khairy?

Ramai akan kata tidak lojik Pak Lah tegur Khairy.

Dari mata kasar pemerhati biasa, kenyataan Pak Lah mengenai kegiatan fitnah juga mempunyai kaitan dengan buku ketiga Yahya Ismail mengenai Khairy, TUAH DAN SIAL KHAIRY JAMALUDDIN.

Secara tak langsung, andaian mudah mereka adalah Pak Lah sedang membantu menyelamatkan Khairy yang sedang tercungap-cungap kempennya setelah didapati bersalah melanggar etika parti kerana ejennya memberi rasuah. Dia sedang dalam ketakutan kerana kebenaran mengenai salah lakunya akan terserlah kepada perwakilan-perwakilan.

Setakat apa yang Pak Ya lakukan, walluhu alam bissawab kerana ianya one person's word against another. Pada saya yang kelas, Pak Ya jelas dan telus. Dia mengaku bertemu dengan Khairy dan menawarkan the right of first refusal kepada hakcipta bukunya. Dari segi undang-undang, semuanya kelihatan legitimate.

Jika Khairy sudah tahu lebih awal, kenapa Khairy tidak lakukan injunction siang-siang terhadap buku Pak Ya sebelum ianya keluar? Adakah dia takut untuk masuk mahkamah? Dia pasti sedar kerana lebih banyak pekongnya akan terdedah dan setelah turunnya penyelamatnya Pak Lah, lebih ramai orang akan berani ke hadapan mendedahkan lagi bukti-bukti?

Khairy buat laporan polis untuk meraih simpati ala Azeez Mamak. Kini bila buku itu sudah macam pisang panas di cari-cari orang, maka terpaksa ayahanda menolong.

Saranan ayahanda pun kelihatan bercanggah dengan pengakuannya konon dia membawa keterbukaan. Betul ke? Kenapa keterbukaan datang dengan bertambah banyak salah guna rasuah, politik wang, dan putarbelit akhbar "kerajaan"?

Pengakhir kata, Khairy tidak layak menjadi pemimpin UMNO. Dia bukan anak muda yang boleh diharapkan sebagai kesinambungan perjuangan UMNO. Memilih beliau bermakna membawa pelbagai elemen buruk yang dibawanya selama ini yang akan merosakkan UMNO.

Beliau akan mengkorbankan perjuangan UMNO ke arah agenda liberal yang sama dengan Anwar Ibrahim dan PKR yang akan merosak dan mengetepikan agenda bangsa.

Monday, March 23, 2009

Mahu selamatkan UMNO atau terus leka dengan rasuah?

mStar Online, Monday March 23, 2009

Mahathir: 4 peluang akhir selamatkan Umno

KUALA LUMPUR: Umno perlu menyerahkan kepada perwakilan dalam perhimpunan agung parti itu mulai Selasa ini bagi memulihkan imej serta mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti itu, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Peluang (ketiga) itu terletak di tangan perwakilan di mana sekiranya perwakilan turut pilih orang yang terlibat dengan rasuah maka satu lagi peluang Umno (untuk pulihkan kedudukan) akan hilang.

"Kalau perwakilan pilih juga calon yang terlibat dengan rasuah, sedangkan tribunal telah mengatakan dia terlibat dengan rasuah, kalau pilih juga (calon) itu, maka terpulanglah kepada kepimpinan parti," katanya.

Ketika menggariskan empat peluang bagi memulihkan imej Umno serta menghapuskan politik wang bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti itu, Dr. Mahathir berkata, peluang itu juga bergantung kepada siapa yang akan bakal menjadi Perdana Menteri dan apakah langkah yang akan diambil.

"Peluang yang terakhir ada pada Datuk Seri Najib Tun Razak (yang bakal menjadi Presiden Umno), kalau dia juga pilih orang yang terlibat dengan rasuah menjadi anggota Kabinet, saya fikir harapan untuk Umno terus kukuh pada masa depan akan hilang," katanya.

Dipetik Bernama, jelas beliau, kebanyakan peluang yang ada untuk memperbetul dan mengukuhkan kedudukan Umno telah dilepaskan begitu sahaja.

"Banyak peluang yang diraih oleh Umno untuk kukuhkan kedudukannya telah dilepaskan, contohnya, kalau Bahagian Umno itu jujur, dia akan memilih calon yang tidak sogok wang tetapi kita tahu bahagian-bahagian Umno ada yang pilih calon yang terlibat dengan sogokan wang dan ini peluang pertama nak bersihkan Umno sudah hilang," katanya.

Peluang kedua yang dilepaskan Umno adalah apabila Jawatankuasa Lembaga Disiplin parti itu gagal menangani gejala politik wang dan seakan-akan masih merestui politik wang di dalam Umno, katanya kepada pemberita selepas ucaptamanya pada Persidangan Kemuncak Pribumi Perkasa Negara di sini.

"Jawatankuasa Lembaga Disiplin Umno jelas gagal kerana orang yang membuat kesalahan yang sama mendapat hukuman yang berbeza.

"Ada yang kena buang kerja, ada yang tidak kena buang kerja, ada yang seluruh dunia sedia maklum bahawa dia salah tetapi pada pandangan parti, dia tidak bersalah... jadi kredibiliti jawatankuasa disiplin itu telah tamat," katanya.

Terdahulu dalam ucaptamanya, Dr. Mahathir menyeru orang Melayu bersatu dan melakukan perubahan demi masa depan dan kedudukan mereka di negara ini.

Khairy desperado guna taktik Azeez Mamak

Semalam saya terjumpa Pakya (penulis politik Yahya Ismail) di satu Majlis sedang menjual buku-bukunya yang terbaru. Dalam diam-diam beberapa bulan, rupanya dia sudah menulis dua buku.

Sedang sembang-sembang, dia mendapat talipon yang memberitahu Khairy membuat laporan polis mengenai bukunya, khususnya buku mengenai Khairy berjodol "TUAH DAN SIAL KHAIRY JAMALUDDIN."

Pakya tidak nampak gundah gelana langsung dengan maklumat laporan polis. Orang lama sudah biasa.

Saya beritahu Pakya itu menunjukkan Khairy sedang desperado, meminjam istilah yang suka digunakan Tun Musa Hitam, pembelot bangsa semasa dia menyibuk-nyibuk dalam politik Melayu.

Kami biasa bincang dan sembang. Dia tanya kenapa saya kata Khairy desperado. Saya ingatkan dia pada peristiwa Azeez Mamak, Ketua Putera UMNO semasa Pilihanraya Umum ke 12. Belum sempat saya habiskan cerita, semua kami sudah ketawa berdekah-dekah.

Azeez Mamak melakunkan seolah-olah nyawanya terancam untuk meraih simpati dari pengundi-pengundi. Lakunan sahabat Khairy ini tidak termakan oleh pengundi yang tahu dia adalah kawan-kawan Khairy yang telah menjahanamkan parti UMNO, bangsa dan negara. Kalah teruk dia.

Khairy membuat laporan polis mengatakan buku itu satu fitnah dan telah diugut wang oleh Pakya. Kononnya ada pihak-pihak telah poskan kepada perwakilan-perwakilan Pemuda UMNO. Tujuan buku ini dikeluarkan adalah untuk menjatuhkan kerjaya politiknya. Bagi saya, baguslah ...

Ini pasti merisaukan Khairy kerana semua rahsia dan penglibatannnya semasa pilihanraya umum hingga menyebabkan kekalahan teruk UMNO terdedah. Khairy sedar impak buku Pakya pertama mengenai Khairy, Khairy Perdana Menteri Malaysia.

Buku kedua Pakya mengenai persekongkolan Khairy dengan Anwar pun terserlah. Kenapa Pak Lah berjumpa dengan Anwar? Siapa punya kerja yang boleh membawa Ezam balik ke UMNO? Bukankah ini kerja si Norza, kawan sesama perasuah Khairy? Kenapa Khairy berjumpa di Hotel dengan seorang pemegang jawatan AMK di sebuah hotel di KL baru-baru ini kalau bukan untuk kenakan Khir Toyo?

Dalam dia konon-konon terbuka, dia takut kebenaran akan keluar. Dia tidak ada keupayaan untuk menutup dan menafi lagi. Pakya bukan penulis main-main. Dia ada objektivitinya dan hujah-hujahnya.

Dalam buku itu, dia menilai ketiga-tiga calun Ketua Pemuda. Yang baik disebut dan yang kekurangan disebut juga. Ini yang Khairy takut.

Penat Khairy telah berusaha untuk memperbaiki persepsinya dengan bantuan seorang konsultan media yang pernah bekerja dengan Tun Daim.

Kalau di blog-blog, ada pasukan blog yang kerjanya memuji Khairy sebagai the greatest, the smartest, the brilliant, the concern, the creative, the winner dan lain-lain superlative. Kata mereka positive campaigning dan memperkenalkan Khairy. Tak ramai baca, kerana muntah dengan stail ianya ditulis.

Yang hairanya, kalau sudah macam begitu hebat, kenapa tanding Ketua Pemuda? Tandinglah Presiden UMNO dan tak payah nafi nak jadi Perdana Menteri masa umur muda setahun jagung, hidung meleleh.

Ada blog pula kerja dia buat kerja haram jadah seperti KPMU, SUKJ, BN Raksasa dan Anti-Khir Toyo. Dia punya kerja adalah memperkecilkan dan mencemuh-cemuh calun-calun lain.

Ada blog penyokong guna cara intelektual macam Renovatio parti 13 Mei Gerakan dan cara witty macam Wenger. Macam kawan saya Dato Sakmongkol yang mempertahankan Khairy secara sukarela berhujah berdasarkan fakta yang tersurat dan tak mahu langsung guna fakta tersirat dan tersembunyi.

Itu cara baik tapi menantu hantu macam Khairy ini cerita belakangnya memang sangat buruk wal hodoh. Sejak didapati salah oleh Jawatankausa Disiplin, hujah persepsi dan jadi alasan persepsi.

Orang yang ada access ke maklumat tersirat dan tersembunyi ketawa lihat alasan persepsi. Sudah lama tahu Khairy adalah peranap parti UMNO dan naiknya dia akan menjahanamkan bangsa dan negara.

Apa yang dato nenek kita berjuang mengkorbankan nyawa untuk dapatkan kemerdekaan supaya kita semua boleh hidup lebih senang akan dilelong kepada anasir luar. Dulu kadar kemiskinan Melayu 70%, mereka berjuang tanpa kira kemiskinan mereka. Orang macma Khairy sangguk jual bangsa demi wang dan kuasa!

Orang macam Khairy tak faham dan hayati perjuangan ini semua kerana dia tidak lahir Malaysia, dan tidak pernah hidup di Malaysia. Baru pulang sudah nak menunjuk-nunjuk hendak mengajar-ngajar orang. Dia mendabik dada macam Malaysia patut dipimpininya.

Apa yang telah dilakukan sebagai kerjaya dalam hidupnya? Apa sumbanganya sebagai Naib Ketua Pemuda? Kenapa tidak dilakukan semua yang dia kata nak lakukan semasa Naib ketua Pemuda UMNO? Jawapannya tiada. Dia hanya pandai cakap dan temberang macam Azeez Mamak jual kereta terpakai.

Dia tidak jalankan tugas sebagai Naib Ketua Pemuda kerana dia sibuk main politik menjatuh dan memintas pelbagai orang. Dia inilah yang Dato Najib katakan orang yang berpolitik demi jawatan dan tidak kira apa saja dilakukan.

Dia menganiaya Mukhriz dan Khir Toyo dengan bermacam-macam. Semasa PRU12, dia kasi duit supaya orang tidak keluar undi di Jerlun untuk Mukhriz dikalahkan. Dia menggaji budak-budak PKR untuk sibarkan risalah menghentam BN. Kawan-kawan dia yang berniaga di Subang Jaya hantar air beracun untuk tuba orang-orang kampung yang menolong BN.

Apa yang dia hendak gaduhkan sangat mengenai buku politik yang kebanyakkannya satu analisa dari pengumpulan maklumat peribadi? Kata dia keterbukaan tetapi yang ini takut. Atau pun keterbukaan untuk orang lain tetapi bukan terhadapnya?

Kita tahu Khairy pun bayar orang tulis buku berjodol "SIAPA KJ?". Malas nak cakap saja. Kita tahu dia bayar penulis politik.

Ini semua Khairy main wayang macam mamak seperti Anwar dan Azeez Mamak bagi menutup keburukkannya. Konon-konon ada orang memburuk-buruk dan berniat jahat. Kalau nak lebih real, dapatkan Azeez tembak dengan pistol.


Kenapa sekarang dia kecuh? Kenapa tak buat repot terhadap dua buku Pakya dulu lagi? Kenapa tak buat repot terhadap Raja Petra dan kawannya Adlan Benan Omar (masa dia hidup) yang menulis Khairy Chronicle?

Pakya yang saya kenal secara peribadi beberapa tahun ini dan lama saya baca tulisannya adalah seorang yang cekap dalam memperolehi maklumat dan menyemak maklumat.

Sebagai orang lama, dia ramai sekali kenal orang - dari orang besar-besar sampai orang kecik-kecik. Kadang-kadang maklumat hebat-hebat itu datang dari Pak Guard, Driver, Konstabel Polis, Messenger, dan lain-lain.

Masa orang hebuh bercerita Khairy kena tangkap basah dengan Maya Karin, agak-agak saya dapat maklumat dari orang besar atau orang kecik? Maklumat datang dari juru kamera syarikat TV dan JAKIM. Budak-budak TV itu sudah ditakutkan dan terpaksa menerima habuan yang disogok untuk tutup mulut.

Orang kecik yang bersembunyi yang bercerita mengenai Khairy terbunting seorang teman lama anak Tan Sri hingga menaikkan kemarahan Pak Lah yang menamparnya.

Berbanding dengan banyak penulis-penulis politik lain, buah fikiran Pakya dan kemasakinian maklumat Pakya, saya kena respek. Analisa dia bukan buat-buat tetapi dia bincang dengan macam-macam orang. Saya pun selalu bersembang-sembang dengannya bertukar-tukar maklumat dan fikiran dengannya.

Untuk meredakan tension sembang-sembang kami, saya beritahu Pakya ini kira bagus kerana buku dia akan laris. Ketawa lagi kami semua.

Saya pun pergi sebelah Pakya dan tunjuk satu SMS yang saya terima. Betullah dia sudah desperado kata Pakya. Ini SMS yang dihantar oleh Khairy kepada Azalina, dari seorang perasuah kepada seorang perasuah, meminta dia henti mengaitkannya dengan pelbagai hal:

Please don't undermine me during your campaign.I know its popular to criticise me to gain political melieage but I respectfully ask that you don't say negative things about me i.e. its not the right tme for me, I have banggage, etc. I amnot contesting for MT. I am not your competitor. Please leave me alone. That's all I ask.
SMS ini dihantar dari sumber saya pada Mac 14hb. Kita pun ada contact macam Pakya juga. Betul tak dia desperado?

Ini lagi satu tindakan-tindakan desperado Khairy yang terpaksa salah guna kedudukkan bapak mertuanya. SMS pertama saya terima semalam memberitahu berikut:

KJ buat prjumpaan trtutup ptg tadi dgn brp selected pwakilan WP. 7 kps, 7 nkps & about 14 g-2s hadir. Hanya makan minum & KJ brucap sket, tiada soal-jwb & tiada pwakilan yg brckp. What interesting is d place where d prjumpaan is held: Seri Perdana. Soalnya skrg, sapa campur tangan dlm pemilihan pemuda? Sapa salahguna kuasa?
Jawabnya kita tahu. Ini terus menyangkal kata-kata Khairy dia tidak dibantu ayahanda mertua.

SUKJ kata Mukhriz ditolong ayahnya. Apa Dr Mahathir cakap di TV semalam?

Teringat saya cerita yang disampaikan oleh mereka yang menggelarkan diri sebagai Sahabat. Ceritanya bila Dato Thaj tak ada di pejabat, Khairy akan masuk pejabat sesuka hati untuk memperolehi maklumat dan melihat fail-fail di pejabat. Dia nafi menggunakan kedudukkan bapa mertua?

Rupanya cerita ini tidak berakhri di situ. Pagi ini satu kagi SMS datang pada saya.

Hari ini KJ buat beberapa siri pertemuan dgn perwakilan2 Pemuda dr WP, P.Pinang, N9, Sabah di Sri Perdana, Putrajaya! Nampaknya KJ + Pak Lah tlah menyalahgunakan kuasa/kedudukkan utk berkempen KP Pemuda UMNOMsia! Perlu ada pihak mesti dedahkan kpd pihak umum!
Nanti adalah orang akan cuba nafikan dengan berkata ini semua persepsi!

Khairy sudah desperado. Dia akan guna apa saja demi jawatan. Saya lihat ini cara Khairy untuk dapat berbincang dalam suasana tidak dilihat. Dia berharap ada perwakilan Pemuda yang bodoh bangang serta mudah terpedaya melihat rumah Perdana Menteri seolah-olah itu rumah Khairy.

Jawatankuasa disiplin dan SPRM patut raid rumah rasmi Pak Lah. Sudahlah Pak Lah terlepas sogok cawangan dengan kain pelikat, wang dan jalan-jalan. Anak ada ejen perasuah di Sabah yang muda-muda dapat Dato.

Merepek macam ini akan berterusan hingga sampai masa perwakilan keluar kencing pagi persidangan 24hb. Akan ada orang tawar di bilik air. Sedia tunggu tawaran dari muka-muka macam mamak Bangla menyerupai saudara mara Khairy dan Azeez yang sedang sapu lantai dan cuci jamban.

Awas!

Kadang-kadang muka macam itu adalah SPRM kerana SPRM merata-rata di PWTC. Sudah didengar ada kes perwakilan diculik dan kurung dalam bilek hotel.

Friday, March 20, 2009

2 April atau 4 bulan lagi?

Beberapa minggu ini, saya diberitahu rakan-rakan yang terjumpa risalah-risalah di stesyen-stensyen bas, keretapi dan Masjid/Surau menuntut Pak Lah undur.

Pagi tadi saya sendiri terjumpa risalah-risalah ini di lantai sebuah stesyen keretapi dan sempat ambil gambar.

Isinya adalah alasan-alasan kenapa Pak Lah tidak harus dilanjutkan sebagai Presiden UMNO atau Perdaan Menteri. Alasan sebanyak 25 itu telah dikomen dan disenaraikan oleh penulis blog seperti di sini.

Agak mengelirukan apabila ada tuntutan sedemikian, sedangkan sana sini para-para blog mengumumkan hari terakhir Pak Lah adalah April 2hb dan Dato Seri Najib akan mengangkat sumpah pada April 3hb.

Yang saya hairan, seorang sumber maklumat menghantar saya SMS menyatakan Pak Lah mahu kekal selama 4 bulan lagi. Bila ditanya, sumbernya adalah dari ahem ahem rahsia dan seorang rakan yang pergi menziarahi Pak Lah masa terdekat ini.

Zaharin Yassin@Sang Kelembai menghantar saya SMS lewat malam tadi. Bunyinya begini:
Abdullah Haji Ahmad Perdana Menteri pertama yg kurang ajar dgn Raja2 Melayu bila tak mahu hadir majlis santapan diraj meraikan perpisahannya. Mala selepas Nizar, Karpal, Dollah B*d*wi sudah menjadi Ahli Kelab Penderhaka.
Saya pun ada dengar Pak Lah tidak memberi pengesahan kepada tarikh Majlis tersebut yang telah ditetapkan oleh istana pada April 14hb.

Ucapan Zaid Ibrahim menuntut supaya Najib tidak dilantik Agong sungguh suspek. Zaid adalah suara Pak Lah. Kini dia berbaik dengan Anwar dan kita tahu Pak Lah sudah bertemu Anwar dalam satu Majlis makan tengahhari yang penuh misteri di Ulu Langat minggu lepas.

Zahrin pun ada memberitahu Zaid Ibrahim dan Kalimullah yang merupakan dalang disebalik Malaysia Insider sedang menggunakan cara ini untuk menafikan Najib jawatan Perdana Menteri.

Sudah mula ada mengatakan pengumuman bercanggah mengenai Limbang ada melindungi sesuatu disebaliknya. Maklumlah dipinggiran pantai Limbang terjumpa minyak yang banyak. Ada anak seseorang itu sedang berhutang Bank bagai nak gila banyak.

Semalam, ada seorang pesara cawangan khas meberitahu saya, Pak Lah akan undur 30hb dan Najib angkat sumpah pada 31b Mac. Alasannya, kalau bulan April angkat sumpah, akan diingat sebagai April Fool. Orang tidak akan percaya.

Apa pun Pak Lah kena beri penjelasan supaya rakyat Malaysia yang kata orang-orang polistik mudah keliru dikelirukan lagi oleh pelbagai petunjuk dan signal yang berlainan?


* Update: 5:00 pm

Thursday, March 19, 2009

Limbang: One flop for the road?

My blog comrades, Bigdogdotcom, the blogger who first called Abdullah as PM Flip Flop, showered Abdullah with praises for settling the long dispute with Brunei over Limbang territory.

He said Abdullah finally did someting right for getting Brunei to drop claims on Limbang, after berating over many issues, in particular with the Johor-Singapore issues.

Subject to no sudden twist of event, Abdullah is expected to resign as Prime Minister to transfer power to Dato Seri Najib Tun Abdul Razak after the UMNO GA. The date is still subject to be official as the speculated dates range from month end 30th March, to 3rd or 5th April and an outlier predicting another four months.

Unfortunately, Big Dog's excitement was shortlived.

He may have missed several issues pointed out in The Star's March 17th report namely, on the proportion for each country for the defined “commercial arrangement area” for oil and gas revenue. In 2003, Malaysia and Brunei had dispute over oil exploration awards involving four blocks.

Another being the definition for “unsuspendable rights of maritime access” is still unclear.

The mainstream media seemed to be churning one last round of praise for him to claim it as a milestone and win-win situation. But by the following day, Brunei dispute report in the Malaysian press stating they have yet to drop cliam on Limbang.

Knowing his negligence for details, what is the specifics of the deal? Is this to be outgoing PM's last flip flop or perhaps another flop for the road?

The Star's report reproduced below:


The Star Online, Tuesday March 17, 2009

Brunei drops claim over Limbang district, says Abdullah

By LEONG SHEN LI

BANDAR SERI BEGAWAN: Brunei has officially dropped its long-standing claim over Sarawak’s Limbang district after the two countries resolved various land and maritime territory disputes.

“Brunei has decided to drop the Limbang issue and as a result, Limbang is part of Malaysian territory,” Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi announced to Malaysian media.

The resolution of the disputes were sealed via the signing of the Letters of Exchange by Abdullah and the Sultan of Brunei Sultan Hassanal Bolkiah at Istana Nurul Iman here yesterday.


A new era: Abdullah (second from left) and Sultan Hassanal exchanging the Letters of Exchange that mark the end of the territorial dispute. Looking on is Dr Rais (left) and Brunei Foreign Minister Pengiran Muda Mohamed Bolkiah. — Bernama

The other disputes include over where the maritime boundary between the two countries in the South China Sea should run, the rights to exploit potentially rich oil deposits in the disputed maritime territory, the right of movement by Malaysian vessels over Brunei waters and the demarcation of the common boundary of the two countries.

The dispute over Limbang can be traced back to the cession of the territory by Brunei to Sarawak’s White Rajahs in 1890. The cession had been strongly disputed by the Sultanate which regarded the transfer as annexation by Sara-wak.

Yesterday, Abdullah thanked the Sultan for the resolution of the various disputes, especially that of Limbang.

He said bilateral relations between the two countries would now enter a new era.

Abdullah and the Sultan said in a joint statement that they had reached agreement over the maritime boundaries between the two countries in the South China Sea.

They also agreed to establish a “commercial arrangement area” where oil and gas revenue in the disputed area would be shared between the two nations. How much each country would get was not disclosed.

The two sides also agreed to the existence of “unsuspendable rights of maritime access” which guaranteed the right of movement by Malaysian vessels through Brunei territorial waters provided Brunei’s laws and regulations are obser-ved.

Lastly, the Letters of Exchange also established the methods to demarcate the land boundary between the two countries.

The negotiations over the agreements, which began in 1995, took 39 rounds of talks to reach the resolution.

The dispute over maritime territory arose out of a 1979 map published by Malaysia which indicated that all deep-sea territorial waters off the coast of Brunei belonged to Malaysia.

The latest dispute over maritime territory occurred in 2003 when Malaysia and Brunei awarded petroleum production-sharing contracts for four exploration blocks to different companies in the disputed area, close to where a 440 million-barrel discovery had been made the year before.

Following the dispute, both countries agreed to stop drilling activities in the area.


Related story:


Win-win situation for Brunei and Malaysia
The claim that the Limbang issues was settled was denied by the Bruneian the following day. Borneo Bulleting reported Brunei's Minister of Foreign Affairs and Trade II claiming it was not discussed. Read below:


BruneiDirect March 18th, 2009

Brunei Denies Limbang Story

By Azlan Othman

Bandar Seri Begawan - YB Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Awg Lim Jock Seng, Minister of Foreign Affairs and Trade II, yesterday said claims on Limbang were never discussed during Monday’s deliberations between Brunei and Malaysia.

He was responding to YB Dato Paduka Hj Puasa bin Orang Kaya Seri Pahlawan Tudin’s query on the contents of the “Letter of Exchange” signed between Brunei and Malaysia, which also touched on Brunei’s claims over Limbang at the Legislative Council meeting yesterday.

Pehin Lim said there were certain press reports yesterday claiming that Brunei has dropped claims over Limbang.

“In actual fact, the claim on Limbang was never discussed. What was discussed was the demarcation of land boundaries on the whole,” he said.

“The joint press statement issued yesterday mentioned that the demarcation of the land boundaries between the two countries will be resolved on the basis of five existing historical agreements between the Government of Brunei and the State of Sarawak, and, as appropriate, the watershed principle.

“After that a working group comprising general surveyors of the two countries will follow with the technical aspect to solve the land border issue,” Pehin Lim added.

His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and Malaysian Prime Minister Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi held a four-eye meeting at the Istana Nurul Iman on Monday and signed the Exchange of Letters to mark the successful conclusion of negotiations.

The negotiations have been ongoing for many years on outstanding bilateral issues between the two countries with regard to historical, legal and other relevant criteria involving both sides.

Both noted the agreement of their respective governments on the key elements contained in the Exchange of Letters, which included the final delimitation of maritime boundaries between Brunei Darussalam and Malaysia, the establishment of Commercial Agreement Area (CAA) on oil and gas, the modalities for the final demarcation of the land boundary between Brunei Darussalam and Malaysia and unsuspendable rights of maritime access for nationals and residents of Malaysia across Brunei’s maritime zones en route to and from their destination in Sarawak, Malaysia provided that Brunei’s laws and regulations are observed.

Meanwhile, YB Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awg Hj Adanan, the Minister of Home Affairs, said an allocation has been made in the budget to upgrade the Kuala Lurah Control Post.

After the border issue between Brunei and Malaysia is resolved, work will be carried out to identify the site.

He was responding to a query by YB Dato Paduka Hj Puasa on the long queues that border hoppers normally experience during school holidays, Hari Raya and other public holidays and the need to upgrade Pandaruan ferry services and Puni Control Post in Temburong.

YB Dato Paduka Hj Puasa added that the opening of a new bridge soon in Trusan, Lawas will further aggravate the situation should these control post projects are not carried out.
An SMS claimed from Sarawak claimed the Sarawakian are furious over claim that Abdullah signed away RM18 billion worth of oil reserves to Brunei.

Not only is the Malaysian press, namely The Star querying over the content of the agreement but the Bruneians too. The claimed agreement by PM Flip Flop, Abdullah's reinstated title, created quite a stir in Brunei.
Borneo Bulleting, March 18th, 2009

Local media not privy to Limbang spat

By M K Anwar

The issue about Brunei dropping its territorial claim on Limbang has caused a stir among members of the public as questions are being asked over the veracity about this claim.

Malaysian media have widely reported Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi as saying that Brunei has dropped its claim on Limbang.

This statement was made at a press conference on Monday at the Malaysian High Commission exclusively for the Malaysian media.

Local media representatives were earlier barred from attending the press conference. The visit itinerary didn't state it was an exclusive affair.

The exclusive press briefing held for the Malaysian media in Brunei on Monday following the signing of Letters of Exchange (LOE) apparently generated the latest controversy over Limbang.

Though no official copies of the LOE were made available, the five main points that were highlighted mostly involved the demarcation of boundaries between the two countries.

Malaysian media quoting their Prime Minister reported that Brunei has decided to give up all claims on Limbang.

Brunei's Second Minister of Foreign Affairs and Trade Pehin Dato Lim Jock Seng yesterday at the Legislative Council session set the record straight by denying that there was any discussion on Limbang during Monday's deliberations.

Responding to a question by a member of the Legislative Council, Pehin Lim said that the claims on Limbang were never discussed.

What is rather puzzling in hindsight is about why the Brunei media was not permitted to cover the press briefing.

When Borneo Bulletin as well as state media persons went to cover the press conference, they were politely shunted out saying that it was 'exclusive' for the Malaysian media.

Now this purported statement by the Malaysian media is quickly knitting controversy, the local reporters wonder why they were kept out when Limbang, which is a matter that concerns Brunei, was spoken about.

For now members of the public in general are posing questions over comments made regarding Brunei dropping its territorial claim on Limbang. Malaysian media meanwhile are still publicising the story with extensive updates.
Why was the event meant exclusively for the Malaysian Press? Is the outgoing PM trying to pull a wool on the eyes of the Malaysian public?

Wednesday, March 18, 2009

Kenapa Khairy bercakap macam katun? Salah itu salahlah!

Laporan Malaysiakini.com semalam mengenai respons Khairy begitu pelik sekali. Dia berkata "Saya tidak bersalah" tapi dilaporkan dia menghormati keputusan lembaga disiplin.

Kalau sudah hormat keputusan, ini bermakna kena menerima hukuman bersalah. Apa lagi nak kata saya tidak bersalah?

Kalau Botak Chin tidak dihukum gantung dan masih hidup dalam penjara, dia pun tidak akan mengaku dia bersalah membunuh orang. Tunjuklah bukti dan saksi hingga tiada alasan dan hujah boleh disangkal. Dia tetap tidak akan mengaku salah. Itu pasal perlu ada orang ketiga untuk jadi penentu samada salah atau tidak.

Boleh pula Khairy mendakwa ada pihak cuba untuk menghalangnya daripada bertanding jawatan ketua Pemuda Umno? Taktik cuba mendapatkan simpati ramai adalah sungguh melucukan.

Ada pula pihak-pihak nak menyalahkan Mukhriz kononnya dia perepot. Betulkah Mukhriz? Saya rasa orang lain report orang lain dan tuduh Mukhriz atau orang Mukhriz. Apa hal pun ini perkara di akarumbi dan bukan urusan calun.

Haiiii ... katun si Khairy. Cakap pun macam cara putarbelit Anwar Ibrahim. Adakah Khairy pun akan ikut macam Anwar salahkan segala-galanya pada Najib dan tuduh terlibat membunuh Altantunya juga?

Opppss ... jangan salah cakap. Takut Khairy lompat ikut Pak Lah untuk bersama Anwar mengekalkan Pak Lah sebagai PM. Sudahlah khabar-khabar kata pengikut Ali Rustam mahu keluar UMNO. Nak masuk PKR, jangan harap Anwar nak terima Ali.

Sejak awal tahun, Khairy berusaha membina imej baru. Dia menafi melakukan rasuah dan menyalahguna kuasa. Padahal kes ECM Libra tidak diperjelaskan betul-betul. Dia diselamatkan oleh Shahrir dengan memendikkan penjelasan Securities Commission dan selamatkan Puan Pengerusi dari disoal selidik oleh panel PACC.

Dengan Khairy mengaku menghormati keputusan Jawatankuasa Disiplin, jelaslah dia adalah pemimpin tidak beretika dan terlibat melakukan rasuah.

Khairy si perasuah inilah, biar saya dedahkan, orang yang saya katakan main passing belakang untuk berjumpa dan bersekongkol dengan PKR "mengenakan" Khir Toyo. Siapa tidak sedar satu demi satu PKR bersungguh-sungguh membuat pendedahan demi pendedahan mengenai Khir Toyo semasa dekat Persidangan Agung UMNO?

Akhirnya, Khir Toyo yang lepas tetapi Khairy yang kena.

Khairy yang sepanjang empat lima tahun ini tidak habis-habis pendengki yang mengenakan pencabarnya Khir Toyo dan Mukhriz. Khir Toyo diburuk-burukkan menggunakan TV3 dan Media Prima. Ini menjadi salah satu penyebab imej dr Khir terceamr.

Macam-macam manouvre politik dikenakan terhadap Mukhriz dari mahu dikenakan tindakan disiplin, dihalang dia bertugas, dan diketepikan peranan Mukhriz. Tukang komplot bersamanya dalam exco adalah Norza perasuah juga, Azeez, Reezal Merican (katanya ada kes SPRM ... tanah UIA di Pahang?), dan lain-lain.

Hinggalah semasa pilihanraya umum di Jerlun, Khairy membayar duit pada orang-orang tertentu supaya pengundi tidak keluar mengundi supaya Mukhriz dikalahkan.

Pandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Diberi amaran satu hal, sekarang orang bertanya dan menjadi bualan ramai. Kenapa Ali dan Khairy lakukan kesalahan sama tetapi dia hanya diberi amaran? Saya mendapat salinan "Keputusan Lembaga Disiplin Atas Kesalahan Perlembagaan UMNO & Etika Ahli UMNO 2009" yang bertarikh Mac 17, 2009.

Dalam senarai itu, Bil 1 meletakkan YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam (Naib Presiden UMNO/Ketua Bahagian), Bahagian bukit Katil. Jenis kesalahan adalah untuk Perkara 10.1 Tataetika ahli UMNO. Hukuman baginya tertulis sebagai BERSALAH - Dilarang daripada bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden UMNO sahaja (Fasal 20.9 (c) Perlembagaan UMNO).

Pada Bil 15 adalah nama Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula. Dia didapati melakukan kesalahan sama ia-itu Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO. Hukuman untuk Khairy adalah BERSALAH - Diberi Amaran.

Apakah kesalahan perkara 10.1 Salahlaku Etika Ahli UMNO?

Menurut kandungan Tataetika Ahli UMNO, perkara 10.1 adalah berikut:

10. ANGGAPAN KEBERSALAHAN PlHAK KETIGA

10.1 Bilamana seseorang ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi itu didapati bersalah melanggar mana-mana peruntukan Tataetika Ahli UMNO ini, maka Lembaga Disiplin UMNO bolehlah menganggap, setelah ia berpuashati daripada keterangan-keterangan dan/atau bukti-bukti yang dikemukakan kepadanya, bahawa prinsipal kepada ejen, pengurus kempen atau perayu undi itu turut sekali melakukan kesalahan-kesalahan dibawah Tataetika Ahli ini dan/atau mempunyai pengetahuan mengenai perihal kesalahan-kesalahan tersebut dan boleh mengambil tindakan menghukum prinsipal tersebut seolah-olah dia yang melakukan kesalahan tersebut bersama-sama dengan ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi tersebut.

Pendikkata, ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi yang mewakili calun, samada Ali Rustam atau Khairy, telah melanggar kod tataetika yang ditetapkan oleh parti. Maka calun pun ikut bersalah.

Selalunya "ejen" hanya lakukan sesuatu atas arahan bos atau calun. Mungkin boleh berlaku "ejen" tidak lakukan mengikut arahan hingga melanggar peraturan parti. Apakah kesalahan "ejen" Khairy? Apakah beza antara kesalahan "ejen" Khairy dan "ejen" Ali Rustam?

Saya mendengar siaran di Astro Awani semalam dan dapati Khairy kena kerana kesalahan "ejen" Khairy di Sabah bernama Jamlus atau Japlun, kurang jelas. Seorang pelapur berita berkata "ejen" Ali Rustam yang ditangkap adalah Setiausaha Politiknya sendiri. Manakala, pertalian antara Khairy dan "ejen"nya di Sabah itu tidak jelas.

Persoalannya adalah kalau dah boleh dihukum salah, ia bermakna pertalian telah dapat dibuktikan. Nampak sangat ianya hanya alasan untuk selamatkan Khairy. Sudahlah itu "ejen" untuk Sabah. Bukan apa, hanya persepsi mengenai politik Sabah. Mungkin tidak sebenarnya.

Tidak mengapalah, perwakilan sekarang kena fikirkan menegnai mej UMNO jika Khairy yang menang. Bukankah ini akan memburukkan nama UMNO?

Tidak guna macam mana hebat dan berwawasan Khairy itu kalau dia tidak beretika. Bolehkah dia jadi pemimpin jika "ejen" seorang pun tidak boleh dikawal? Bohong besar penyokong Setiakawan akan kebolehan dan kehebatan Khairy sebagai pemimpin, jika ejen seorang pun dia tidak boleh pimpin.

Saya cadangkan perwakilan pilihlah Mukhriz. Dalam keadaan sekarang, buat apa pilih pemimpin yang tidak beretika seperti Khairy.

Antara Mukhriz dan Dr Khir, pilihan saya adalah kepada Mukhriz. Faktor kritikalnya adalah kepentingan parti. Maaf kalau ada penyokong Dr Khir tersinggung. Bukan apa, kita kena fikirkan imej parti untuk hadapi PRU13. Parti tidak boleh terjejas akibat persepsi pemimpin.

Bagi saya, air akan berjumpa parasnya. Kalau sudah ada bakat memimpin, lama-lama Dr Khir akan naik juga sebagai pemimpin. Malah saya percaya Najib harus masukkan sesiapa yang kalah antara Dr Khir atau Mukhriz sebagai ahli terlantik dalam MKT.

Khir seorang yang berkebolehan tapi setiap sesuatu ada masa yang sesuai untuknya. Kali ini masanya adalah untuk Mukhriz.

Tuesday, March 17, 2009

Hush hush ... Sanusi for National Security Adviser?

With much attention on the UMNO Disciplinary Committee meeting and press conference at PWTC this afternoon, words of old Mahathir strong man, Tan Sri Sanusi Janudi to be brought into Najib's cabinet missed the rumour mill at The Mall and PWTC.

Sanusi Junid is believed to be slotted for a national security advisory role with a Ministerial status by Najib.

If the appointment of three advisers to the new Perak Menteri Besar is a new administrative practise, Najib may be appointing several former Ministers from Dr Mahathir's former cabinet member in various advisory roles.

Sanusi, who was dismissed by Abdullah Badawi last year from the post of President of International Islamic University of Malaysia, maybe given senior ministerial status to advise specifically on domestic security and civil defence.

Given the availability of more Senatorial vacancies following Zaid Ibrahim's resignation and takeover of Perak by Barisan Nasional, he maybe filling up one of the slots.

Sanusi is most associated with the Agriculture Ministry and later as Kedah Menteri Besar under Dr Mahathir's administration. However, he spent considerable years in the Home Ministry as Deputy Minister under the infamous King Ghaz or Tun Ghazali Shafie and was tasked with several key security issues.

Known for his decisiveness, and out-of-the-box creativity in solving problems, Sanusi could be the much needed person to handle the rising theatrics that lead to public unrest orchestrated by his former MCKK protege and ABIM associate, Anwar Ibrahim.

In addition, the home ministry has been getting much flack from the public for its poor handling of the ISA arrest last year.

If there is anyone with the firm hand and negotiating skill needed by Najib to handle the rising domestic insecurity from excessive politicking from the opposition, it would be Sanusi. His reknown language skill in Tamil could help placate the problem with Hindraf.

What will be left of Dato Syed Hamid, the current Home Minister?

Interesting enough, Syed Hamid replaced Sanusi upon his resignation from the Chairmanship of Youth organisation, MAYC some few years ago. With his support, he helped twart off challenge by Zahid Hamidi.

Since then, MAYC has been on the downhill in its organisation. There has been much complain from the Sanusi quarters and veteran activist in MAYC of alleged impropriety in the sales of certain MAYC properties.

Given the situation, Syed Hamid is unlikely to remain as Home Minister upon Sanusi's appointment.

Syed Hamid is running for UMNO Vice President but his campaign is facing a major setback recently following the sudden resignation of his Political Secretary, Dr Abdul Razak Omar over disbursement of campaign expenses.

His chances is slim in view of the stronger contenders of Hishamuddin, Zahid Hamidi, Shafie Apdal, Rais Yatim and Isa Samad.

Syed Hamid is on politically shaky position at his Kota Tinggi UMNO Division and follwing the loss of Pulau Batu Putih to Singapore for which he is blamed, and alleged involvement in the contract and license to supply sand to Singapore in the controversial scenic Johor braidge cancellation.

Najib could be doing a major purge to kill several birds with one stone by placing Sanusi as Ministerial status adviser. Off course, any announcement and confirmation on Sanusi's appointment will have to await Najib's swearing-in, which is expected on April 3rd.

Musical Interlude: Riders on the Storm



Riders on the storm
Riders on the storm
Into this house were born
Into this world were thrown
Like a dog without a bone
An actor out on loan
Riders on the storm

Theres a killer on the road
His brain is squirmin like a toad
Take a long holiday
Let your children play
If ya give this man a ride
Sweet memory will die
Killer on the road, yeah

Girl ya gotta love your man
Girl ya gotta love your man
Take him by the hand
Make him understand
The world on you depends
Our life will never end
Gotta love your man, yeah

Wow!

Riders on the storm
Riders on the storm
Into this house were born
Into this world were thrown
Like a dog without a bone
An actor out alone
Riders on the storm

Riders on the storm
Riders on the storm
Riders on the storm
Riders on the storm
Riders on the storm

-- The Doors (1971)

Monday, March 16, 2009

Perhimpunan Perkasa Ahad depan mengingatkan kepada Perhimpunan Malayan Union

Sila bantu hebahkan acara dan risalah ini

Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) akan mengadakan satu acara Perhimpunan dan Sidang Kemuncak Pribumi Perkasa Negara pada Ahad depan Mac 22hb, 2009 untuk satu hari suntuk di Kelab Sukan TNB, Jalan Bangsar Kuala Lumpur.

Dalam perhimpunan itu, Dr Mahathir akan menyampaikan ucaptama pada Majlis Perhimpunan sebelah pagi.

Sebelah petang pula adalah Sidang Kemuncak yang melibatkan pertubuhan-pertubuhan pribumi dari seluruh negara. Seramai 10 pihak akan berbicara untuk membahaskan isu-isu penting yang melibatkan hak dan kepentingan pribumi dari Perlis sampai ke Sabah dan Sarawak. Termasuk juga isu-isu perundangan, ugama, instusi raja, tanah rizab, ekonomi, dan lain-lain.

Dalam perutusannya di laman web Perkasa sini, Dr Mahathir teringatkan Perhimpunan Perkasa ini kepada perhimpunan-perhimpunan orang Melayu menentang cadangan Malayan Union oleh British.

Beliau menyatakan demikian kerana seperti pada tahun 1945-46, kita berhimpun disebabkan kita berasa cemas. Semasa perhimpunan Malayan Union, ia menimbulkan kesedaran untuk kita bersatu, dan menggembleng tenaga untukmenghadapai kuasa besar.


Kali ini, katanya, musuh kita berada sesama kita. Musuh kali ini jauh lebih susah dari musuh dahulu. Musuh yang beliau maksudkan adalah musuh dalam diri kita sendiri untuk melawan nafsu, yang suka mengambil jalan mudah, dan sikap tidak peduli pada masa depan bangsa.

Apakah sebenar-benarnya maksud beliau?

Sama kita hadhirkan diri di Perhimpunan dan Sidang Kemuncak Perkasa minggu depan. Acara ini terbuka kepada semua kaum pribumi seluruh negara. Datanglah beramai-ramai.

Lawati laman web mereka http://www.pribumiperkasa.com/ untuk maklumat terkini.

Saturday, March 14, 2009

Najib mungkin tidak jadi Perdana Menteri, kata Dr Mahathir

Dalam acara soaljawab Majlis Wacana Mubarak pagi tadi, Tun Dr Mahathir membayangkan kemungkinan Pak Lah mahu kekal sebagai Perdana Menteri dengan sokongan ahli-ahli Parlimen yang pengikut-pengikutnya dan ahli-ahli Parlimen pembangkang.

Mubarak adalah badan untuk bekas wakil-wakil rakyat UMNO. Siri Majlis Wacana yang diadakan di Oditorium Memorial Tun Hussein Onn menjemput Tun Dr Mahathir Mohammad untuk menyampaikan ucapan "Demokrasi dan Kepimpinan Masa Depan Malaysia."

Mesej Dr Mahathir hari ini seiring dengan kata-kata dari ucapan pembukaan Dato Dr Ibrahim Saad. Dr Ibrahim memetik kata-kata Aristotle yang bermaksud sesorang itu dilahirkan dengan kebolehan untuk memimpin atau dipimpin. Katanya lagi, masaalahnya sekarang adalah mereka yang sepatutnya dipimpin mahu menjadi pemimpin.

Dalam ucapannya, Dr Mahathir merujuk kepada kata-kata ini untuk menyatakan masaalah negara hari ini adalah kelemahan kepimpinan yang tidak berupaya untuk memimpin. Walaupun demokrasi adalah sistem yang terbaik di mana rakyat dan ahli parti boleh memilih pemimpin, sistem itu juga mempunyai kelemahan dan kecacatannya.

Dalam ucapannya, sistem demokrasi adalah sistem yang dipilih untuk amalan UMNO pada tahun 1946 untuk menentang Malayan Union. Kemudian baru ianya diperkenalkan ke dalam sistem kerajaan.

Demokrasi menolak sistem feudel yang mana hanya raja-raja yang berperanan dan bersuara dalam politik. Ini lambat laun melemahkan kuasa raja-raja kerana tidak jelas dengan sokongan rakyat. Akhirnya, mereka mudah dipujuk rayu atau diputarbelit hingga sedia menyerah kuasa kepada penjajah untuk memerintah tanpa merujuk fikiran rakyat dan ini tidak pula dipersoalkan rakyat.

Katanya, ciri utama dalam demokrasi adalah hak untuk memilih pemimpin. Kebebasan bersuara, hak asasi manusia, kebebasan berakhbar dan lain-lain dianggap ciri-ciri tambahan. Kelemahan dan kecacatan utama kepada demokrasi adalah bila hak untuk memilih pemimpin tidak dapat dilaksanakan dan proses pemilihan itu tidak terlaksana dengan betul. Pemilih tidak tertib, ilmiah dan rasional dalam akal fikiran.

Sering majoriti memilih pemimpin tidak berdasarkan kebolehan dan keupayaan tetapi faktor-faktor seperti asal usul, keserasian peribadi, keakraban, kaum dan lain-lain. Bertambah lagi, apabila faktor lain khususnya wang menjadi penentu pilihan. Maka ini telah menidakkan demokrasi dan pemilih tidak memanafaatkan kuasa yang ada padanya. Akibatnya kepimpinan yang dipilih bukan baik dan tidak berkhidmat untuk kepentingan agama, bangsa dan tanahair.

Beliau juga menyentuh mengenai perlunya kerajaan yang dipilih itu tegap untuk menjalankan tanggungjawab. Dengan memberi misalan kepada Thailand yang mengalami siri turun naik pemimpin, pilihanraya dan demonstrasi oleh pihak yang tidak berkuasa, kerajaan yang tidak tegap tidak dapat mentadbir dengan baik dan menghabiskan masa mempertahankan kuasa.

Menurutnya, Malaysia berjaya dengan amalan demokrasinya, walaupun tidak mengamalkan liberal demokrasi yang serba bebas. Dahulu Malaysia dikritik kerana ISA tetapi kini negara maju tidak lagi. Malah mereka lakukan lebih teruk dengan penjara Guantanamo Bay, Abu Gharib dan lain-lain, kerana ISA mempunyai asas undang-undang tetapi mereka tidak mengikuti asas undang-undang.

Beliau menyentuh isu yang sering dikatakannya beberapa tahun lepas mengenai kesetiaan membabi buta kepada pemimpin. Setelah memilih pemimpin, ramai memberi kesetiaan hingga mengenepikan tingkah laku buruk pemimpin kemudiannya, serta tujuan dan perjuangan parti. Tegas beliau, kesetiaan itu haruslah kepada perjuangan parti yang telah dimaktubkan dalam perlembagaan dan bukan kepada orang perseorang.

Dalam sejarah UMNO, berlaku beberapa kali pemimpin yang lari dari tujuan dan perjuangan parti ditegur. Apabila tidak dikehendaki lagi oleh ahli parti dan rakyat, mereka sedia mengundur.

Menurutnya, sebahagian dari demokrasi adalah "menjatuhkan pemimpin" yang sudah lari dari asas perjuangan. Walaupun ia boleh menimbulkan "huru hara", ia perlu dilakukan dari membiarkan pemimpin itu terus membawa kerosakkan.

Dr Mahathir mengulangkan desakan yang dibuat sebelum Pilihanraya Umum 2008 supaya tidak mengundi pemimpin yang korup dan "kalahkan parti" jika perlu. Ini semua demi memastikan kepimpinan parti adalah diterajui oleh mereka yang bersih.

Peranan demokrasi ini perlu dimainkan oleh semua, baik rakyat dan ahli parti, yang terlibat dalam proses demokrasi.

Semasa sesi soaljawab, Dr Mahathir dipinta memberi komen mengenai Dato Seri Najib. Pada awal Majlis, Mubarak telah menyatakan pendirian mereka untuk indors Dato Najib dan Tan Sri Muhyiddin.

Menurut Dr Mahathir, Najib adalah pentadbir yang baik tetapi dia tidak berapa memahami politik akarumbi. Dia tidak naik dari bawah dan hanya berlegar dalam politik "atas". Maksud politik "atas" adalah Perdana Menteri berkuasa dan perlu ditakuti.

Susulan itu Dr Mahathir mengingatkan Najib supaya tidak mengulang perbuatan sedemikian dan harus mendengar dan menyuarakan hasrat orang bawah dalam tindakannya. Dia harus memastikan ahli Kabinetnya tidak ada yang rasuah.

Sehubungan dengan itu, seorang hadhirin yang datang dari Johor menyuarakan hasrat jambatan bengkok di bina semula. Dr Mahathir mengingatkan Najib harus mendengar permintaan seperti dan menyambung semula projek tersebut. Menurutnya, projek ini dibatalkan atas keputusan Pak Lah menggunakan alasan kononnya orang Johor tidak mahu. Padahal orang Johor tidak mahu penjualan pasir sebanyak 1 billion meter kiub kepada Singapura.

Isu peralihan kuasa Pak Lah kepada Najib timbul dalam soal jawab. Dr Mahathir membayangkan Najib berkemungkinan tidak dapat menjadi Perdana Menteri jika makan tengahhari antara Pak Lah dan Anwar mencapai satu persetujuan.

Katanya, dengan sebahagian ahli Parlimen BN dan pembangkang menyokongnya, Pak Lah boleh kekal sebagai Perdana Menteri walaupun Najib memegang jawatan Presiden UMNO. Ini boleh berlaku selepas Persidangan Agung UMNO.

Mengikut pengalaman beliau, Tun Hussein Onn menetapkan Majlis Angkat Sumpah dua minggu selepas dia memegang jawatan Presiden UMNO.

Dr Mahathir menerangkan kepada satu soalan bahawa proses pertukaran kuasa sepatutnya dilakukan melalui proses undi tidak percaya dalam mesyuarat Dewan. Pada pendapatnya, ini menyebabkan pertukaran kuasa di Perak membawa banyak masaalah. Ianya pun dilakukan dengan gopoh dan tidak terancang.

Friday, March 13, 2009

Perubahan Rancangan Peralihan Kuasa: Mana satu konspirasi, Mana satu lojik (kemaskini)


Pada hari Selasa, Anwar menunjuk-nunjuk ke dunia blogophera dia makan tengahhari bersama Pak Lah di Madrasah Nurul Iman di Hulu Langat. Dia menjangkakan akan ada andaian dan spekulasi dari pertemuan itu. Maknanya dia mahu pelbagai andaian dan spekulasi timbul. Kenapa dia perlu pre-empt, walluhu alam?

Banyak sekali teori konspirasi sedang berlegar-legar.

Ada mengatakan Pak Lah bersekongkol dengan Anwar untuk kekal menjadi Perdana Menteri dan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri. Ada mengatakan Tengku Razaleigh yang akan jadi Perdana Menteri, walaupun Najib akan terus sebagai kekal Presiden UMNO.

Semua teori untuk kepimpinan baru ini berasaskan Najib akan didapati bersalah dan terlibat dalam kes pembunuhan Altantunya.

Mana yang konspirasi dan mana yang lojik?

Teori di Sebalik Makan Tengahari

Ekoran dari acara makan tengahhari yang dihebah-hebahkan oleh penulis politik, Sayuti Omar, sebagai perundingan, terdedah pula Madrasah ini sudah diwartakan oleh Dato Ishak Baharom sebagai pusat pengajaran agama sesat pada tahun 1994 lagi.

Sayuti Omar yang mendapat liputan eksklusif menulis seolah-olah satu pertemuan yang hebat lagi bersejarah. Gaya laporannya seolah-olah keadaan dan suasana yang penuh misteri, mistik dan kontroversi. Dia melaporkan Tuan Guru Madrasah itu memberi kata-kata nasihat kepada Pak Lah dan Anwar.

Bila ditanya di Sabah semalam, Pak Lah menafikan. Tuan Guru bercakap padanya dan bukan Anwar. "Orang 'alim nak nasihat, dengar sajalah," katanya.

Mengapa Tuan Guru nak menasihat Pak Lah yang dekat nak pencen? Tak mengapa, tak perlu jawapan.

Walaupun ada rakan menganggap Pak Lah tertipu, ada rakan tidak melihat peristiwa ini lebih dari acara makan tenggahhari dan kahabr-khabar angin berkata Pak Lah pun dijangka akan umumkan tarikh peralihan kepada April 3hb, 2009, susah bagi saya nak percaya tak ada apa-apa.

Bukan mudah untuk percaya PM yang sering kali flip flop dalam keputusan dan kata-kata. Kadang-kadang dia betul-betul tak tahu apa yang dilaku dan dikata. Dan kadang-kadang pula dia buat tak tahu.

Saya sendiri sudah dengar khabar-khabar Pak Lah sudah bertemu Anwar sebanyak sembilan kali dari sumber-sumber saya yang saya yakini.

Dari sumber yang berotoriti, acara makan tengahhari ini tidak ada dalam jadual harian. Jika tidak, macam mana boleh sampai PM pergi tempat yang diwartakan sebagai pusat ajaran 'ilmu sesat'? Tak akan pegawai-pegawai PM tidur?

Pendik cakap acara saat terakhir mestilah dirancang oleh Pak Lah sendiri. Persoalannya sekarang adalah kenapa Pak Lah hendak ke sana untuk makan tengahhari?

Pada petangnya, Najib membentangkan bujet mini untuk ransangan ekonomi yang mana keesokkan harinya (Rabu), Anwar seranah Najib dalam perbahasan bujet menuduh Najib memulangkan 'ranting zaiton' dengan durian kepada rakyat. Ramai yang berasa marah dan tersinggung dengan kata-kata Anwar dan Pak Lah yang boleh makan tengahhari bersamanya.

Tengah-tengah ramai kawan-kawan tertanya-tanya, seorang rakan menalipon mengulang satu konspirasi lama yang mana Pak Lah mahu terus kekal sebagai PM. Katanya, sebahagian penyokong-penyokong Pak Lah yang merupakan ahli Parlimen BN akan menyokongnya dan kononnya usaha ini adalah dengan sokongan dari PAS, PKR dan mungkin sekali DAP.

Jumlah kerusi di Parlimen adalah 223 - BN 138, PR 82 dan Bebas 3. Pakatan Rakyat (PR) perlu jumlah 112 untuk kuasai Parlimen. Maka dengan demikian, adakah sekurang-kurangnya 30 ahli Parlimen BN akan menyokong Pak Lah bersama ahli-ahli Parlimen PR?

Yang menarik menurut teori konspirasi ini, Anwar akan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Mungkin rakan ini menggunakan peristiwa makan tengahhari sebagai confirmation.

Dia cuba meyakinkan saya dengan mengingatkan kesediaan pemimpin-pemimpin pembangkang memberi undi percaya kepada Pak Lah untuk terus dan Pak Lah yang kita semua ketahui telah secara terbuka mengaku melakukan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin PAS.

Adakah Pak Lah akan memungkiri janji dan ulangan janji untuk turun dari jawatan PM dan diingati sebagai memecahbelahkan UMNO pada hari-hari akhir sebagai PM? Mungkin jawapannya terletak pada faktor Kamaluddin serta kedudukkan perniagaannya dan Khairy serta cita-cita "Perdana Menteri"nya.

Teori Ku Li dan Unity Government

Sebelum timbul teori konspirasi yang meletakkan regu kepimpinan dari Pulau Pinang Pak Lah/Anwar, ada teori konspirasi lain yang sudah lama berkemundang dalam dunia politik UMNO. Katanya, Tengku Razaleigh yang akan menerajui satu kerajaan bersatu ('Unity Government').

Secara kebetulan Ku Li memang ada mengutarakan gagasan Unity Government sebagai cadangan untuk mengurangkan pergeseran politik dan memberi fokus kepada penyelesaian masaalah ekonomi negara dan dunia.

Konon cerita, Ku Li pun sudah berbincang dengan kumpulan-kumpulan PKR, DAP, PAS dan beberapa ahli-ahli Parlimen BN. Anwar dan Pak Lah kedua-dua sedia membantu tetapi tidak diketahui apa yang perlu ditawarkan.

Menurut teori ini, jumlah kerusi kerajaan bersatu ini lebih dari dua pertiga majoriti dan cukup untuk melakukan satu penilaian semula dan pembaharuan kepada pelbagai institusi-institusi negara dan kerajaan.

Walaupun ramai tidak percaya kepada teori ini, kebanyakkan pemerhati politik Melayu mengambil sikap antara tidak mengambil indah atau sedia menerima jika berlaku.

Yang tidak mengambil indah merasakan susah untuk Ku Li lakukan kerana dia tidak mempunyai kekuatan lagi dalam UMNO, baik di peringkat Bahagian atau di peringkat Parlimen. Dari 138 kerusi BN di Parlimen, 79 kerusi atau 57% adalah kerusi UMNO. Tidak mudah untuk undi UMNO berpecah dalam Parlimen. Jauh sekali untuk dapatkan dua pertiga majoriti.

Yang sedia menerima kemungkinan ini, mereka mengambil sikap asalkan Pak Lah dan Anwar tiada lagi kewujudan dalam politik lagi. Pak Lah dianggap pemimpin yang lemah dan Anwar pula seorang pemimpin gila kuasa dan pembawa kucar kacir yang sedia menjual hak dan kepentingan bangsanya.

Namun begitu, Pak Lah akan terus kekal sebagai ahli parlimen Kepala Batas dan masih Ketua Bahagian UMNO Kepala Batas. Nasib Anwar tidak tahu kerana dia akan menghadapi perbicaraan mahkamah untuk kes sodomi pada Julai 1-24 dan ura-ura ada bukti video.

Menurut pelbagai informer, peralihan kuasa ini kononnya boleh berlaku semasa Parlimen berehat dari Mac 19hb ke Jun 15hb menggunakan precedent di Perak. Ia juga boleh berlaku semasa Parlimen mula sesi mesyuarat kedua penggal kedua pada Jun 15-30hb.

Kalau teori regu Pak Lah/Anwar yang akan direalisasikan, ini membawa makna Ku Li telah di "kencing"kan dalam perancangan ini.

Satu perkara yang tidak memungkinkan untuk Ku Li adalah umurnya yang sudah mencecah umur 70an dan sudah agak tua untuk menanggung jawatan PM yang sangat mencabar. Setelah lama berada diluar UMNO (UMNO (Baru) katanya) dan dalam Parti Melayu Semangat 46, tidak mungkin Ku Li akan mencalarkan akhir-akhir umurnya untuk menyebabkan sesuatu yang boleh memecahkan UMNO.

Penglibatan Najib dalam kes Altantunya?

Samada teori Pak lah/Anwar atau teori Ku Li yang akan berlaku, terlalu banyak persoalan mengenai bagaimana perkiraan dan persefahaman antara pelbagai parti politik yang bercanggah dan berbeza ideologi dan perkiraan politik masing-masing untuk boleh bergabung dalam satu 'kerajaan bersatu".

Kedua-dua teori ini berlandaskan Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Najib tidak akan merasa jawatan Perdana Menteri kerana kes pembunuhan Altantunya. Selain propaganda Anwar Ibrahim dan cerita penglipur lara Raja Petra, apa kaitan Najib dan Altantunya?

Dalam satu perbualan panjang dengan seorang peguam yang sedikit sebanyak terlibat dalam kes Altantunya, tidak ada cara untuk kaitkan Najib dengan kematian Altantunya.

Menurutnya, Altantunya hanya mempunyai hubungan intim rahsia dengan Abdul Razak Baginda. Dari surat-surat Altantunya kepada Razak, yang jelas adalah dia hanya meminta dan merintih bantuan kewangan dari Razak.

Dalam surat-surat itu, dia ada mengugut untuk melakukan pendedahan kepada akhbar. Pendedahan yang dimaksudkan adalah mengenai hubungan intim mereka. Tidak ada cerita langsung berkenaan komisyen kapal selam berjumlah RM500 juta yang sering keluar dari mulut Anwar dan tulisan Raja Petra.

Peguam itu berkata kualiti bahasa Inggeris dalam surat-surat Altantunya tidak menunjukkan beliau sebagai kononnya penterjemah bahasa dan berpendidikkan tinggi.

Jauh sekali, Altantunya boleh memainkan peranan sebagai perantara pembelian alat dan senjata pertahanan. Di mana lojiknya Altantunya boleh ada bahagian komisyen sebanyak RM500 juta? Apakah peranan yang boleh Altantunya mainkan dalam pembelian antara kerajaan dan kerajaan (Goverment to Government) yang tidak perlu perantara?

Satu perkara utama dalam kes ini yang susah untuk mengaitkan Najib adalah untuk membuktikan chain of command (arahan) dari Najib kepada Musa Safri dan kemudian kepada Azrilah dan seterusnya kepada Sirul.

Walaupun diketahui ramai Musa dan Razak Baginda mengenali sesama mereka, ianya tidak merupakan petunjuk Razak meminta Najib untuk mengarahkan pembunuhan Altantunya. Dalam kerja dan tugas, pastinya Musa tidak menerima arahan dari Razak.

Persoalan yang lebih besar lagi adalah, adakah Altantunya sudah mati? Bukti DNA yang ada banyak boleh dipersoalkan dan langsung tidak boleh menjadi bukti Altantunya telah mati.

Kalau ada pihak cuba menuduh ada usaha untuk membuang rekod imigresen Altantunya, rekod masuk Altantunya wujud dan rekod elektronik hilang kerana paspot Altantunya dan kedua rakan-rakannya sudah hilang bersama kehilangan Altantunya.

Menurut peguam ini, terlalu banyak hype telah diberikan kepada perubahan kenyataan bersumpah Balasundram, pendedahan soal siasat Sirul oleh Raja Petra dan kenyataan beberapa orang saksi.

Katanya kenyataan Balasundram sudah menjadi bukti mahkamah di bawah peraturan mahkamah Seksyen 112. Dengan menukar kenyataan yang sudah jadi bahan bukti mahkamah oleh Balasundram, ini adalah kesalahan menghina mahkamah (contempt of court).

Jika Bala muncul pun, dia tidak lagi boleh diterima sebagai saksi dan kenyataannya pun tidak boleh dijadikan bukti kerana kewibawaannya dipersoalkan. Begitu juga dengan beberapa saksi yang menukar kenyataan di mahkamah dari kenyataan bersumpah boleh dikenakan kesalahan menghina mahkamah.

Berkenaan pendedahan dokumen soal siasat polis dengan Sirul yang didedahkan di Malaysia Today oleh Raja Petra, ianya tidak membawa erti langsung dalam mahkamah.

Amalan menggunakan dokumen yang dipanggil 113 menurut nombor seksyen peraturan mahkamah sudah lama dihentikan. Ini kerana terlalu kerap dokumen soal siasat polis di tolak mahkamah atas hujah pengakuan under duress (paksaan). Ia juga merumitkan perjalanan mahkamah untuk mengadakan trial within a trial.

Adakah sesiapa sedar Karpal Singh, yang merupakan pemerhati, tidak banyak bising untuk mempersoalkan proses mahkamah, melainkan mahu RazakBaginda dihakimkan dan doubt creating berkenaan penukaran pasukan pendakwa.

Artikel Arnaud Dubus di majalah Liberation tidak menjadi isu langsung kerana ia hanya cerita-cerita sama dari Malaysia Today. Bukan saja ianya tidak ada maklumat baru, yang jelas ia hanya untuk mengkompangkan supaya nama baik Najib buruk dipesada antarabangsa.

Blog ini pun telah mendedahkan artikel itu bagaikan dirancang oleh Anwar yang mempunyai pertalian dengan pihak-pihak tertentu.

Ada pihak berkata kepada saya, walaupun susah untuk kaitkan Najib dalam kes yang petuduhnya adalah Azrilah dan Sirul, Anwar mungkin ada sesuatu dan ini mungkin terdedah dalam dua perbicaraan Raja Petra pada akhir-akhir April dan Mei.

PIhak itu memberitahu Anwar mendapat bantuan maklumat dari SSB, dan CIA. Apa itu SSB? Yang tahu, tahulah dan yang tak tahu, tak perlu saya terangkan. Bila masuk dunia intelligen, saya tak suka memandai. Ini dunia yang tidak ramai tahu dan faham.

Pendik kata, kalau mahkamah tidak boleh kaitkan Najib, siapa lagi? Tak akan percaya Anwar kaki wayang?

******************


Dari ketiga-tiga teori Pak Lah/Anwar, teori Ku Li, dan teori Najib salah dalam kes Altantunya, yang mana konspirasi dan yang mana logik?

Dengan keadaan politik sekarang, setiap individu mempunyai senario idaman masing-masing berdasarkan penekanan kepada satu-satu fakta pilihan dan harapan masing-masing. Pasti masing-masing mempunyai maklumat tersendiri yang kononnya eksklusif yang mereka saja tahu untuk menjadi penentu.

Mungkin susah untuk bercerita dengan rasional yang mengambilkira semua aspek amalan-amalan biasa dalam politik parti, Parlimen dan perundangan. Macam mana pun, sesuatu itu kalau tidak masuk akal, tidak akan berlaku. Bertambah lagi di Malaysia, jarang sekali teori konspirasi menjadi.

Kita tunggu dan lihat. Mungkin saya salah.


* Edit dan kemaskini: 13/3/09 8:00 am