Friday, November 30, 2007

Pakai Sesuatu Yang Merah Hari Jumaat

Merah itu berani
Melebihi kepentingan diri

Merah itu pahlawan
Menentang seteru dan lawan

Merah itu terang
Dari jauh terserlah kelihatan

Merah itu bertenaga
Tanpa kata kedengaran suara

Merah itu lasak
Mara hadapan mengasak

Merah itu marah
Pabila tercabar daulat dan maruah

Merah itu bertuah
Bersatu menjadi hikmah

Pakai Merah
Gesa undurlah Abdullah

7 comments:

desiderata said...

hi brudder Voice, midnight ke?

I ada Tshirt "merah", serakam dgn dengan "long" pants, ia?

You mari Furong dan kita pergi VV plan sleepy-i-i PM, I belanja u tehtarik,u kasi sedikit balak dgn bestA satay di Seremban2. Jangan ke Selemban1, banyak wolves dari KL!:)

Rocky's Bru said...

Sokong!
A friend has a pair of red baju melayu, it's called "Merah Nekad". The red is close to maroon but not quite, and certainly not watery. Neither Man U nor Liverpool. It's a special red. This friend has had the baju Melayu for years. 5 years at least. He made the baju Melayu on the occasion of his 2nd marriage, a younger wife. The wedding never took place because he had not the guts to ask the first wife for permission to have a second.


I'll ask him to wear that baju melayu for the cause you are championing.

Merah Nekad, beb!

jalaklenteng said...

cwt,
takkan tak ada komen pasai hindraf, ko sokong mereka ke?

A Voice said...

Jalaklenteng - Saya memperjuangkan bahasa Melayu. Mepertahankan Islam dalam artikel 3, 11 dan 121. Saya tentang habis2an pembawa pengaruh asing oleh anwar ibrahim, kalimullah dan anak didiknya khairy, dan dolah badawi yg membenarkan pengaruh ini merubah polisi negara. Tidak pernah malu dan segan menyuarakan hak Melayu. Percaya bahawa keamanan kedamaian dan kemakmuran negara hanya tercapai apabila Melayu dan warisannya menjadi penyatu dan kesinambungan kemerdekaan negara.

Apalah isu Hindraf sangat?

Tunggu saja lah ...

jalaklenteng said...

alhamdulillah,
kami tunggu cwt, amat mengecewakan bila hanya sekerat dari kalangan bloggers melayu menghentam hindraf berbanding bloggers bukan melayu yg menghentam melayu.

A Voice said...

Jalaklenteng

Hindraf tak perlu di hentam. Kita ajar dia. Jgn lupa bahawa ramai yg bersama mereka adalah mereka yg tak faham tentang perlembagaan.

Namun kawan nak ingatkan diri kita supaya prihatin kepada ramai2 kaum India yg miskin dan disenfrenchised by the system, terutama oleh ladang2 yg menigggalkan mereka terus apabila ladang2 dibangunkan.

KEmiskinan dikalangan pelbagai kaum adalah masaalah accessibility. Accesibility kepada pelbagai kemudahan, bantuan, maklumat, perkhidmatan, peluang, ilmu dan lain2.

Mereka ini telah diguna oleh kumpulan2 Indaa yg berkepentingan. Mereka berarak pada hari Ahad lepas. Tetapi ada pula yang mencalar perarakkan. Ketua Hindraf Uthamayar mempunyai track record yg bercalar2 dan peristiwa penipuan.

Tak payah hentam habis2an. Katakan kebenaran, cukup. Sementara itu, apa salah jalak lenteng mainkan peranan juga.

jalaklenteng said...

say ni tak pandai tulis2 , kalau saya pandai saya dah buat,kalau dgn tindakan bolehlah saya tolong.
cwt kan terkenal mempertahankan hak melayu, sebab tu saya pelik, tak ada artikel ttg isu ni, sedangkan isu ni amat panas skrg ni.lagi pun byk blog melayu mengambil langkah "play safe", tak berani nak tulis pasal ni

My Say