Friday, July 04, 2008

Anwar dan Saiful Buatlah Mubahalah, Pengadilan Tuhan Yang Segera

Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin meminta Anwar dan Saiful membuat Mubahalah.

Mubahalah adalah sumpah laknat yang mana sumpah itu dilakukan di dalam Masjid dan memohon kepada Allah menyegerakan bala kepada pesalah. Amalan Mubahalah juga adalah cara Islam dalam membuat sebarang pertuduhan. Mungkin boleh dikatakan, ianya pertuduhan dan pengakuan "berkanun" cara Islam.

Permintaan Mufti Perlis ada baiknya kerana ia boleh mententeramkan keadaan dan menghentikan lemparan pertuduhan dari satu pihak ke pihak yang lain.

Reaksi Anwar untuk menimbulkan pelbagai isu-isu, tuduhan-tuduhan dan lain-lain sandiwara hingga nampak seolah-olah ada kuasa asing memberi sokongan kepadanya boleh menjejaskan keamanan dan keadulatan negara. Apa perlu hingga orang ramai hilang keyakinan kepada Institusi Kerajaan. Jika Anwar merasakan ramai yang bersimpati kepadanya, ramai pula yang mual melihat gelagat Anwar.

Memang agak memalukan jika sesama manusia tidak boleh menyelesaikan pertelingkahan sesama manusia dan memerlukan pembabitan tuhan (divine intervention). Namun, jika itu saja cara yang terbaik, lakukanlah demi ketenteraman awam dan keamanan negara. Lakukan dengan penuh keyakinan dan keredaan kepada keadilan dan kebijaksanaan Tuhan. Bahawa sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Bijaksana.

Jika tidak, benarkan keadilan cara manusia sesama manusia itu berjalan. Sistem proses perundangan yang mempunyai prosedur tertentu beserta kekurangan dan kelebihannya.

Apa Kata Mufti

Laporan mengenai permintaan Mufti dari Utusan Malaysia bertarik Julai 4hb, 2008 adalah seperti berikut:

Mufti Perlis minta Anwar, Saiful Bukhari bersumpah

Oleh JOHARI SHAWAL

KANGAR 3 Julai - Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin meminta kedua-dua individu yang dikaitkan dalam kes liwat iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan supaya ‘bermubahalah’ atau bersumpah.

Menurut beliau, isu liwat itu kini sudah menjadi semakin rumit dan rakyat pula menjadi keliru.

“Semua orang tidak tahu siapa yang betul dan siapa yang bohong. Jadi bagi membantu menyelesaikan kekalutan isu liwat ini, saya syorkan kedua-dua mereka ini bermubahalah.

“Mubahalah di sini bermaksud sumpah laknat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mohd. Asri, Anwar dan Mohd. Saiful hendaklah bersumpah laknat iaitu dengan melafazkan sumpah: “Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya, laknat Allah kepada saya.”

“Mereka juga hendaklah bersumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya tidak melakukannya,” katanya.

Tambah Mohd. Asri, isu liwat tersebut telah menyebabkan rakyat berbalah dan bertengkar sesama sendiri.

“Sekarang ini macam-macam cerita kita dengar daripada kes liwat ini. Ada konspirasi, niat jahatlah sampai rakyat pula yang bergaduh,” katanya.

Mohd. Saiful, 23, dalam laporan polis yang dibuatnya di Pondok Polis Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun lalu, mendakwa diliwat beberapa kali oleh Anwar dengan kali terakhir pada 26 Jun lalu di sebuah kondominium di Damansara, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Mohd. Asri turut tidak bersetuju dengan saranan supaya kes liwat itu perlu dikemukakan empat orang saksi.

“Saya tidak setuju sebab mangsa mendakwa liwat berlaku ke atas dirinya sendiri, bukan orang lain,” katanya.

Mufti Perlis turut melahirkan rasa kecewa dengan cara berpolitik negara ini yang didakwanya gemar mengaibkan antara satu sama lain.

“Dalam Islam, peribadi seseorang tidak boleh didedah kepada orang lain. Tetapi dalam politik Malaysia sekarang, mereka berlumba-lumba mendedahkan aib orang,” katanya.

Satu Peristiwa

Berkenaan Mubahalah, jurublog ingin menyingkap kembali kepada peristiwa tuduhan liwat pertama yang berlaku 10 tahun yang melibatkan sahabat jurublog ini. Sahabat jurublog ini berasal dari Pulau Pinang dan mengenali keluarga Anwar di Permatang Pauh. padang pandangan jurublog, dia adalah seorang yang agak wara dan berpengetahuan agama.

Semasa itu, Anwar baru dilucutkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan keahlian dalam UMNO. Setiap malam, Anwar mengadakan perjumpaan dan syarahan di runahnya semasa itu di Damansara. Maka ramailah mereka yang simpati dan ingin tahu yang datang mendengar, termasuk adik sahabat jurublog ini.

Semasa dalam keadaan yang tidak tenteram dan tidak tahu kebenaran, sahabat ini agak risau akan keselamatan adiknya dan menasihati adiknya supaya tidak perlu pergi tiap-tiap malam. Adiknya seperti kebanyakkan orang ramai semasa itu susah untuk percaya Anwar, seorang yang berimej agama, melakukan perbuatan terkutuk itu.

Sahabat ini pun memberitahu adiknya supaya sampaikan salam kepada Anwar dan disuruh adiknya bisikkan permintaannya kepada Anwar. Permintaannya kepada Anwar adalah membuat Mubahalah di Masjid. Diberitahu adiknya, jika Anwar buat Mubahalah, ia akan ikut bersama ke rumah Anwar untuk memberi sokongan moral.

Permintaan itu disampaikan tetapi Anwar menyatakan, dia tidak perlu membuat Mubahalah. Alasan Anwar adalah dirinya adalah orang yang teraniaya dan doa orang teraniaya dimakbulkan. Selepas jawapan Anwar, adik sahabat jurublog ini berhenti pergi ke rumah Anwar dan tidak lagi mengajak abangnya ke rumah Anwar.


Wallahu alam bissawab

12 comments:

Anonymous said...

Seelok-eloknya DSAI dan Saiful buat lah Mubahalah tu.
Kerana DSAI nampaknya sekarang kearah kes yang lain pula.
Jangan sampai rakyat mula bertanya-tanya kenapa DSAI tak buat Mubahalah lagi? Dia memang bersalah ke?

Desperado said...

Mahu ke deme buat...takut keluar dari masjid, dua-dua kena panah kilat..

wallahualam

www.pilihananda08.blogspot.com

Anonymous said...

yea ..let the 2 MCKK boys mubahalah dalam mosque

eddy said...

I bet you RM100 that Brother Anwar would not take the Sumpah, dia nak cakap dia di mana dan bersama siapa pada 26 Jun 2008 pun sampai sekarang tak cakap.

Fikir-Fikirkan...

Zainal A. Kasim said...

Itu adalah langkah yang sebaik-baiknya. Namun sekiranya kedua-duanya mempunyai agenda politik - pasti mereka tidak akan berbuat demikian.

Anonymous said...

Anwar takda minat nak mubahalah. Dia lebih minat nak alih cerita dan menjatuhkan orang lain. Tak tahulah dia bersalah ke apa ke. Sebab nampak macam lain macam.

Anonymous said...

Is this Love becomes Sour Grapes case?

Anonymous said...

Saya tertanya kenapa budak Sai'fool tu menjadi pilihan YB Datuk Najib didalam urusan biasiswa dan 3 hari sebelum tu meminta dia menjadi 'Godfather' didalam masaalah kena liwat..sebelum buat lapuran 'SD' tu.... Pelik juga didalam negara ni, boleh ke semua rakyat mengadu hal kepada Datuk Najib..atau ianya specially meant for Sai'fool.. Semua nya lah kena Mubahalah ! Termasuk juga doa tolak "Bala" Subra !.....amat bersimpul dunia ni...minyak naik dan darah naik .

Anonymous said...

i'm sure DSAI akan letak tangan atas Quran and angkat sumpah. Kalu main bontot boleh buat, jual maruah bangsa, agama and negara boleh buat, jadi proksi US, fitnah boleh buat, berlakon sana sini, ni apalah sangat main dgn Tuhan... akhirat belakang kira. Anwar pandai showmanship...Dia nak jadi PM, apa saja, dia sanggup buat... anything, as long he become PM..

Unknown said...

Brader Anwar Bin Ibrahim,

Ada berani ka. Ini mufti yg minta ni, Harun Din blh tlg arrangekan. Kalu blh dgn Harun Din sekali bersumpah, dia kata dia dapat petunjuk 10 thn lepas Brader Anwar Bin Ibrahim ni di fitnah.

Anonymous said...

Muhabalah? Allah akan hukum 'mereka yang salah' dalam sebulan dua lepas muhabalah???

Apa? Kita ingat Allah SWT itu 'tukang pukul' kita? 'Bouncer' kita?

Siapa yg berani benar memberi Allah SWT itu 'dateline' untuk menjatuhkan hukuman untuk kepentingan 2 pihak yg bertelagah tersebut?

Siapa hamba dan siapa yang pemerintah?

Anonymous said...

http://daniazz6383.blogspot.com/2008_01_01_archive.html

My Say