Sunday, July 06, 2008

Anwar enggan Mubahalah?

Anwar di tanya di Butterworth berkenaan membuat Mubahalah atau sumpah laknat oleh pemberita tetapi enggan menjawab.

Mengikut Mufti Perlis, Mubahalah boleh mententeramkan masyarakat dan mengelakan ummah dari berbalah. Ini amat mengecewakan.

mStar melapurkan keengganan Anwar berikut:

Dakwaan meliwat: 18 disiasat, Anwar enggan jawab syor bersumpah

06-07-2008 03:56:53 PM

(Mutakhir) KUALA LUMPUR: Ketika dakwaan meliwat terbaru yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk minggu kedua, polis telah menyoal siasat seramai 18 orang berhubung isu tersebut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan, Komisioner Datuk Bakri Zinin berkata, 18 orang itu termasuklah doktor yang telah memeriksa pembantu khas berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dalam pada itu di BUTTERWORTH, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) enggan menjawab soalan media berkenaan cabaran supaya beliau bersumpah dengan menjunjung al-Quran bagi mempertahankan dirinya dalam isu berkenaan.

Ketika ditemui pemberita selepas mengadakan ceramah perdana di sini malam tadi, beliau yang dikawal ketat oleh beberapa penyokongnya terus berlalu tanpa menjawab soalan yang diajukan kepadanya.

Baru-baru ini, Mufti Perlis Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin meminta kedua-dua individu yang dikaitkan dalam kes liwat iaitu Anwar dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan supaya 'bermubahalah' atau bersumpah.

Beliau berkata isu liwat itu kini sudah menjadi semakin rumit dan rakyat pula menjadi keliru.

Katanya, Anwar dan Mohd Saiful hendaklah bersumpah laknat iaitu dengan melafazkan sumpah: "Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya, laknat Allah kepada saya."

Pandangan yang sama juga diberikan oleh Mufti Perak, Datuk Seri Dr. Harussani Zakaria yang meminta supaya bersumpah dilakukan jika tiada bukti.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula berpendapat "mubahalah" atau bersumpah dengan menjunjung al-Quran adalah cara untuk menentukan kebenaran dan juga sesuatu yang dituntut dalam Islam.

Terdahulu, ketika memulakan ucapannya, Anwar menegaskan bahawa beliau sudah jemu bercakap dan mengulas berhubung tuduhan liwat terhadapnya.

"Seminggu yang lepas, kita telah dikejutkan dengan kisah itu (tuduhan liwat) dan saya tak nak, menyampah dan meluat dengan cerita kotor itu. Saya pernah dituduh dengan tuduhan yang sama dulu. Tuduhan daripada mereka yang kecewa dengan politik," kata Anwar dipetik Bernama.

Dalam pada itu, bekas Timbalan Perdana Menteri itu mencabar kerajaan membuktikan bahawa beliau ada berhubung dengan wakil dari kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk meminta bantuan daripada negara itu.

Kata Anwar, sekiranya kerajaan mempunyai bukti bahawa beliau ada berbuat demikian Ketua Umum Pakatan Rakyat itu sedia untuk tampil ke mahkamah.

"Saya tidak buat panggilan, saya tidak menulis surat dan (isterinya Datin Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) sendiri pun tidak menghubungi mana-mana pihak dari kerajaan AS. Tetapi ada beberapa pemimpin Islam dari luar negara yang menghubungi saya dan meminta saya bersabar serta mereka mendoakan keselamatan saya.

"Saya sudah beritahu saya akan hadapi perkara ini, kalau mereka (kerajaan) ada bukti, bawalah saya ke mahkamah. Saya bersedia," kata beliau dalam ceramah perdananya.


Selain itu, Mufti Perlis menerangkan kaedah betul Mubahalah mengikut Islam yang tidak melibatkan menjunjung Al Quran.

Bola di gelanggang kamu Anwar. Apa yang mahu dilakukan sekarang?

6 comments:

Unknown said...

Apakah alasan Brader Anwar Bin Ibrahim, untuk tidak bersumpah, Harun Din pun senyap je, dulu dia yg paling champion sekali dlm isu ini

redbox said...

alahai banggggggggggggg nuar...kalau betul2 tak salah n tak berlakon..bersumpah dgn Al-Quran dan sebutkan dgn jelas pasal laknat tu...apa susah..klau tak salah buat je lah

ashhassimoto said...

Banyak pihak yang menyokong saranan Mufti Perlis supaya mereka2 yang terlibat dalam kes liwat ini mengangkat sumpah untuk menegak kebenaran masing2. ….Cuma saya tertanya2:-
Pertamanya adakah dengan bersumpah akan menyelesaikan isu ini terutamanya samada pengikut/penyokong yang taksub boleh menerima, atau sebaleknya mengundang kesanbalas yang berbeza2 ( maksud saya pastinya kedua DSAI dan Saiful Bahari masing2 akan bersumpah menegak kebenaran masing2 )….dan siapa pula yang benar? ;
Keduanya adakah mengangkat sumpah ini akan diterima sebagai bukti dalam perbicaraan di mahkamah kelak? atau adakah maka siasatan polis tidak diperlukan lagi atau diketepikan walaupun terdapat bukti2 sahih secara forensic serta keterangan secukupnya mengikut keperluan undang2 dari saksi2;
Ketiga adakah dengan adanya “precedent” ini, maka lain2 kes liwat dan rogol juga diselesaikan melalui cara yang sama
Keempat mengapa mesti sumpah ini dibuat dihadapan seorang ahli politik dari PAS iaitu Datuk Nik Aziz dan kenapa tidak dihadapan Ulama dari UMNO, atau pun lebeh baik lagi dibuat dihadapan Ketua Hakim Negara;
Kelima apakah kesucian sumpah ini diterima okeh rakyat setelah melihat berapa banyak kes yang memperlekehkan acara sumpah contohnya Akuan Bersumpah RPK, Akuan Bersumpah Balasubramaniam sebanyak dua kali ( yang bestnya boleh tarik balek ! !), sumpah oleh saksi2 dimahkamah semasa memberi keteranngan tapi masih ada yang berbohong juga , dll.
Kita juga mesti ingat ada maknusia bagaikan sesumpah (chameleon) ...suruh sumpah dia akan sumpah untuk selamatkan dirinya.......... kerana pada dia sumpah itu hanya tak lebeh daripada strategi, helah dan muslihat saja.....soalnya adakah dia buat kerana iklas, jujur dan takutkan Allah atau pun untuk selamatkan carrier/nyawa politiknya......maksud saya perbuatan meliwat itu satu dosa besar, maka mengengkari sumpah itu juga hanya satu dosa dia dengan Allah ( after all it is just another sin ).
Lebeh dahsyat lagi saya bimbang DSAI akan menuduh bahawa usha bersumpah ini merupakan satu konspirasi pihak tertentu pulak….biasa lah, pada DSAI sikit-sikit konspirasi, sikit-sikit konspirsi ….cerita konspirasi ini dari 1998 hingga sekarang tak habis2. Padahal sebagai seorang veteran dalam politik DSAI harus faham konspirasi politik pada orang politik adalah perkara biasa dan mainan harian dimana cantas mencantas dan sepak terajang yang rakus wujud dalam mana2 parti politik…..takkanlah DSAI mudah lupa apa yang telah dilakukan pada Allah Yarham Tun Ghaffar semasa merebut jawatan Tim Presiden UMNO? Ini merupakan satu contoh yang amat klasik mengenai konspirsi atau pun pakatan politik menjatuhkan Tun Ghaffar. Pakatan yang serupa juga hampir2 menjatuhkan TDM.
Sekarang DSAI telah pun menubuhkan Pakatan Rakyat atau bila diterjemahkan menjadi People’s Conspiracy…….jadi tak salah kalau saya kaakan DSAI is the Mother of All Conspiracies.
Balek kepada Acara Bersumpah diatas, saya tetap ragu2, sebab tahun 1998 dia tetap tak berani.....Wallahualam

apisfires said...

dia tak sepak pun...
dia tengok aje....
takut tak masuk gol...

Anonymous said...

Let him think of what to do next.

Or excusees


JMD has some interesting posting

http://jebatmustdie.wordpress.com/

We just want to get on with our life.

MM

Anonymous said...

Harun DIn dah hilang ke'champion'an dia dah kot..Kenapa tah susah sangat Anwar ni nk mubahalah..Kalau betul tak salah kenapa tak buat je, sekurang2nya boleh mententeramkan sedikit keadaan sekarang..Entah2 betul2 dia buat..Cakap je banyak, buat kecoh je pandai, buat benda nak bagi keadaan tenang tak pandai kot..Tak payah jadi PM la kalau perangai macam tu..

My Say