Thursday, April 16, 2009

Adakah Sivakumar Gila Babi akan panggil Mesyuarat DUN Perak?

Agak kasar saya memanggil Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, YB Sivakumar dengan gelaran gila babi.

Dari cara Sivakumar main sondol bertindak dan membuat keputusan, gelaran itu sangat layak untuknya. Dibawah Undang-undang Tubuh Negeri Perak, telah ditetapkan bahawa Speaker tidak ada kuasa pemutus.

Tindakannya untuk secara arbitrari menggantung Menteri Besar baru Dato Dr Zambery dan 8 ahli Exco kerajaan baru sewenang-wenang selama 18 bulan betul macam cara Babi Hutan main sondol menerjah. Hari ini, mahkamah telah putuskan tindakannya itu salah.

Menyedari kesalahannya itu, maka Speaker Gila Babi mahu lakukan pembetulan dengan memanggil "floor test" untuk mendapat pengesahan keputusan memecat. Itu yang dilakukan semasa mesyuarat di bawah pokok.

Masaalahnya mesyuarat bawah pokok itu tidak sah kerana antara lain ia tidak mendapat perisytiharan DYMM Sultan Perak. Macam mana nak disahkan, bila Tuanku tahu ini semua wayang kulit mereka untuk berpegang pada kuasa walaupun sudah merupakan minoriti.

Nampaknya keputusan mahkamah tidak menunjukkan kejayaan dan kemungkinan tidak akan berjaya. Sebelum keputusan ini, mahkamah telah jelaskan tindak tanduk Sultan Perak adalah menurut kuasanya.

Malah proses Sultan membuat keputusan melantik Nizar dan melantik Zambery adalah kaedah yang sama. Kalau mereka persoal perlantikkan Zambery, maka perlantikkan Nizar pun boleh dipersoal.

Masaalah kemelut politik negeri Perak bermula kerana Nizar yang pentadbir yang cakap main hentam dan semua keputusan perlu mendapat persetujuan Nger. Bila hilang kuasa, Nizar macam orang kena sawan dan Speaker DUN macam babi yang meroyan dalam filem arahan Anwar Ibrahim ini.

Hentikan wayang ini. Rakyat dah bosanlah.

Kerajaan Pakatan Rakyat masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa untuk memerintah mereka perlu ada jumlah kerusi majoriti. Sekarang ini, mereka tidak ada majoriti. Kuasa pun sudah beralih dari satu pihak kepada pihak yang lain.


Sudah bukan lagi isu mengenai surat perlantikkan jawatan kedua ADUN PKR itu sah atau Sultan patut bubar.

Cakap-cakap kempen di Bukit Gantang bahawa ianya adalah referendum rakyat pun tidak tepat. Bukan isu itu saja yang dikempenkan, dan itu bukan satu konklusif.

Kuasa rakyat bukan untuk memilih kerajaan atau memilih Menteri Besar, tetapi sistem kita hanya khusus untuk satu undi rakyat untuk memilih perwakilan kawasan.

Mereka yang melompat keluar pun ada sebab dan ada peruntukkan undang-undang untuk tukar sokongan kepada pihak lain. Mungkin mereka telah ambilkira kepentingan rakyat setempat mereka dalam membuat keputusan.

Kalau rakyat tidak suka dan tidak setuju, menurut undang dan perlembagaan mereka boleh tunjukkan di pilihanraya negeri akan datang.

Sudahlah Nizar. Cukup-cukuplah.

Be a gentlemen and let it lay. When Pairin realised he lost support, he was gentlemen enough to resign and let the majority decide.

Sebelum Mei 13hb akan datang, Dewan Undangan Negeri Perak sudah patut bersidang kerana tidak boleh tertangguh melebihi enam bulan.

Speaker Sivakumar sepatutnya menjalankan tugas itu. Dia pun sepatutnya lakukan secara gentlemen untuk mengundur diri dan biar Dewan tentukan.

Masaalahnya puak Pakatan Rakyat ini tahu dan fahamkah undang-undang dan perlembagaan? Atau yang mereka hanya faham undang-undang jalanan macam penyokong Thaksin dan Abishek?

Thats the way the rule of the game, accept them and follow accordingly. No rhetorics please. Otherwise, find another state or country.

Menteri Besar Dr Zambery telah umumkan notis untuk mesyuarat akan dikeluarakan minggu depan. Restu Sultan pun telah diperolehi. Patut mesyuarat sajalah.

Tapi kemungkinan besar Sivakumar tidak akan memanggil mesyuarat. Dia mengharapkan Dewan Undangan Negeri terbubar secara otomatik untuk pilihanraya umum diadakan bagi seluruh Perak. Dan dia merasakan Speaker saja yang boleh panggil Mesyuarat.

Sudah 6 kali PRK sejak PRU12. PRK lagi.

Hari ini, diumumkan pengosongan kerusi DUN Penanti, Pulau Pinang hasil dari pengunduran YB Fairuz (PKR). Tidak habis kita berpolitik. Bila kita dapat semua menumpukan kepada memulihkan ekonomi?

Cuma tertanya, adakah Speaker yang pemikiran tahap Gila Babi boleh memanggil mesyuarat?

Tunggu saja kita pertunjukkan sarkas di DUN Perak dengan pertunjukkan utamanya dari Sivalumar Gila Babi. Aksinya, bak kata bekas YB PAS Ismail Kamus, babi gila pun tidak boleh buat.

Wednesday, April 15, 2009

Muhyiddin's style of answering or bitterness for bringing down "a Chinese Government"?

Deputy Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin was reported by Utusan Malaysia saying MCA President, Datuk Ong Tee Keat did not dispute and describe his conclusion for BN's lost at Bukit Gantang as correct and clear.

Earlier several leaders of MCA, Gerakan and DAP claimed Muhyiddin statement in the Wawancara column of Sunday Mingguan Malaysia implied Chinese did not appreciate the contribution of Barisan Nasional and chose the Oppositions.

Having read the article, it was a case of taking simplified conclusion of a lengthy explanation or in other word, taking it out of context.

Lets cut through the bull. What is there to deny? The Chinese voters at Bukit Gantang rose from 65% to 75% and despite a 5% increase in Malay votes to BN, it was not sufficient to cancell out the increase in Chinese votes.

I can't see where Tan Sri said explicitly the Chinese did not appreciate BN? He was very lengthy in his analysis and thought provoking elaboration of the Bukit Gantang loss. Again, where did he said so?

Tan Sri is quite precise in his words. He has a habit of elaborating on the question posed and giving lengthy analysis. This could have subjected him to being spin and misquoted. Perhaps he should request more accuracy in the question. Or assume the questioner has some level of understanding on the subject matter and give a direct short answer.

But I am sure the press are familiar with his manner in answering questions. That shortcoming of Muhyiddin can be rectified. However, the manner the Chinese newspaper are working in sync to take him out of context is suspicious. Muhyiddin has a point for being puzzled with the Chienese voters reaction.

The Chinese newspaper should not be in-denial. I believe that Muhyiddin is diplomatically witholding a fact that the Chinese voters voted based on racial sentiment.

Over a dinner on weekend with a BN campaigner at Bukit Gantang, he described of being told point blank by few Chinese voters that they voted PAS simply because BN brought down "a Chinese Government." BN brought down or Pakatan Rakyat defect? Am I right to claim that Nizar is a DAP puppet?

I am pretty sure that the Chinese and Chinese newspaper are aware that the Chinese voters are swaying heavily in favour of PAS. Are they trying to say that it is otherwise or they made the same mistake as I did to change their view of Bukit Gantang? If it is neither, then the Chinese newspapers were working in-concert to instigate a racial sentiment against Muhyiddin.

Since it was not BN's prerogative that brought about the negative sentiment of changing "a Chinese Government" against it, can I be so curious as to why my friend, who harp and harp on Muhyiddin, posted about pointing a middle finger?

Tuesday, April 14, 2009

Letak MARA di bawah JPM

Pengumuman Kabinet Dato Seri Najib Tun Abdul Razak tanpa Menteri Pembangunan Usahawan dan Pembangunan Koperasi (MeCD) belum reda dari menjadi bualan hangat antara orang Melayu.

Kalau ada yang menyangka ianya sekadar keresahan sesama orang UMNO, ini suatu anggapan yang salah. Dalam perbualan saya dengan seorang pemegang jawatan dalam PAS semalam, keresahan yang sama disuarakan. Katanya, Kementeriaan ini adalah tempat untuk kita bina orang Melayu. Dalam hati saya, walaupun dibezakan oleh ideologi politik, fitrah kami sebagai Melayu masih kekal.

Keresahan yang sering disuarakan adalah kerana ianya satu-satu Kementeriaan yang khusus untuk memajukan Bumiputera, khususnya orang Melayu.

Agensi terulung di bawah MeCD adalah Majlis Amanah Rakyat (MARA). MARA di wujudkan di bawah Akta MARA 1966 yang bertujuan untuk meningkatkan pendidikkan, kemahiran, kegiatan ekonomi dan keusahawanan kaum-kaum Bumiputera. Dari segi pendidikkan, MARA telah melahirkan institusi-institusi yang berjaya seperti ITM yang kini adalah UiTM, MRSM, IKM, Giat MARA, dan pelbagai IPT atau Pra-Universiti. Selain itu, pelbagai agensi yang bertujuan untuk membantu usaha-usaha keusahawanan berada di bawah Kementerian tersebut seperti SME Bank, Tekun, PNS, dan macam-macam lagi.

Memandangkan peranan yang begitu meluas yang dimainkan oleh MARA dalam pembangunan Bumiputera, ingin dicadangkan supaya MARA diletakkan terus bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Buat masa ini, pendirian rasmi kerajaan adalah peranan yang dimainkan oleh Agensi-Agensi tersebut masih kekal. Ia hanya ditukarkan pengurusan dan pengawasan ke Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan WIlayah dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI).

Jawapan-jawapan ini menimbulkan beberapa isu. Pertama, keberkesanan menyalurkan peranan itu di bawah Kementerian-Kementerian yang disebut. Menurut Bigdogdotcom, akan timbul masaalah kekurangan kakitangan pengurusan untuk mengurus dan memantau agensi yang begitu banyak di bawah MeCD.

Kedua, penumpuan MITI kepada Agenda Melayu, yang merupakan slogan di awal pentadbiran Tun Abdullah, tidak berapa diyakini kerana tumpuan MITI adalah kepada sektor dagangan luar dan industri negara.

Ketiga, akan timbul persepsi politik bahawa UMNO sudah mula renggang dari teras utama perjuangannya untuk membela orang Melayu. Sudahlah isu PPSMI telah memberi peluru untuk pihak pembangkang melalui Perhimpunan Gerakan Mansuhkan PPSMI. Jika itu isu bahasa, ini pula isu pendidikkan dan pembangunan ekonomi Melayu.

Dengan membubarkan MeCD, ia boleh dilihat sebagai pendekatan lama dan baru. Asalnya tidak ada Kementeriaan sedemikian. Barunya pula dari segi meletakkan kembali peranan membangunkan Bumiputera ke setiap Kementeriaan sambil memastikan peranan membasmi kemiskinan tidak mengira kaum berterusan dan diberi pendekatan.

Dari yang difahami, semasa wujudnya MeCD, setiap Kementeriaan mempunyai program membantu Bumiputera. Ianya hanya kesinambungan usaha yang lama juga. Diharap juga Unit Penyertaan Bumiputera di Bank-Bank dihidupkan kembali.

Menjawab mengenai masaalah kakitangan, rasanya boleh distruktur dan dikemaskini Kementeriaan yang terbabit dengan metod-metod pengurusan dan pemantauan baru. Sudah pasti pentadbiran Najib akan meneruskan usaha untuk membawa reformasi kepada perkhidmatan awam dalam memperkemaskan peranan dan bidang kuasa mereka serta mempertingkatkan prestasi.

Dalam menangani persepsi politik, ianya boleh tidak dihiraukan. Sebaiknya adalah untuk menangani persepsi ini supaya ianya tidak menimbun hingga susah untuk dibuangkan persepso sedemikian.

Selain isu MeCD, sudah ada pihak yang cuba melakarkan persepsi Najib telah mengkompromikan Agenda Melayu. Hujahnya adalah kenyataan Najib untuk melonggarkan polisi-polisi DEB, pendirian kerajaan memberi biasiswa berasaskan merit dan bukan keupayaan, slogan 1Malaysia yang masih belum jelas, dan lain-lain.

Bagi kaum Bumiputera, mereka perlu diyakinkan bahawa kerajaan masih komited untuk memperbaiki nasib mereka. Undi kaum Bumiputera masih kekal sebagai undi terbanyak dan penyokong utama UMNO dan Barisan Nasional.

Atas sebab itu, maka timbul cadangan meletakkan MARA bawah Jabatan Perdana Menteri. Tindakan ini tentu dapat memulihkan kembali keyakinan kaum Bumipuetra bahawa kerajaan belum mengenepikan mereka.

Oleh kerana, pendidikkan dan kemahiran adalah satu kegiatan utama dan berjaya MARA, tindakan ini boleh menghindarkan timbul tuntutan untuk meletakkan institusi seperti MRSM, dan lain-lain instiusi pengajiannya diletakkan di bawah Kementerian Pendidikkan atyau Pengajian Tinggi.

Dengan diletakkan MARA di bawah JPM, agensi yang membantu kaum Bumiputera ini boleh meniupkan semangat kepada organisasi ini dari pengawasan langsung Perdana Menteri sendiri. Ini pasti menjadi political will untuk organisasi yang sudah lebih 40 tahun usia untuk menyegerakan reformasi dan transformasi hala tuju dan operasi.

Sunday, April 12, 2009

Kalaulah ini Kabinet Dr Mahathir ...

Sana sini orang membuat andaian dan fitnah terhadap Dato Najib berkenaan Kabinet barunya. Macam-macam analisa yang telah dibuat.

Yang tidak henti jadi buah mulut adalah berkenaan Khairy tidakdipilih dan kemasukkan Mukhriz sebagaiTimbalan Menteri. Susulan dari itu, andaiannya adalah Kabinet ini adalah Kabinet Dr Mahathir dan kini satu gelaran telah direka memanggilnya Kabinet Mahajib.

Bukankah Kabinet perlukan pembaharuan? Sudah tentu muka, bakat, dan tenaga baru kena disuntik dalam Kabinet. Apa salahnya Mukhriz? Jawatan Menteri adalah jawatan untuk kerja dan bukan hanya jawatan berpolik dan permainan media. Resume Mukhriz jelas menunjukkan dia berupaya dan jauh lebih banyak pencapaian hidup dari Khairy.

Ada perkhabaran berkata Dr Mahathir telah datang ke Seri Cahaya pada waktu malam untuk memberi kata pengakhir kepada senarai Najib. Sebelum itu katanya Daim berada di situ dahulu dan pulang sebelum kesampaian Dr Mahathir.

Pukul berapa Dr Mahathir ke rumah Najib selepas Daim? Pastinya lewat malam. Tak akanlah Dr Mahathir pergi secara terbuka? Nanti nampak sangat.

Tak tahulah nak percaya maklumat ini.

Kalau mahu dinafikan Dr Mahathir campur tangan, bunyinya agak defensif. Orang ramai pulak sudah seronok membina cerita konspirasi baru dan mereka mahu percaya kesimpulan mudah Dr Mahathir masuk campur, cakap apa sekali pun, mereka tak percaya.

Harap-harap mereka ambil perkiraan akan kewujudan Dato Johari Baharum sebagai Timbalan Menteri Pertanian. Agak-agak Dr Mahathir berkenan ke tidak dengan Dato Jo?

Kalau setakat kebolehan, apa sangat kebolehan bekas Cikgu ini? Kemungkinan dia dikekalkan kerana kedudukkan dalam Majlis Tertinggi UMNO dan mewakil Kedah. Tak ramai ahli Parlimen dari Kedah.

Bagi mereka yang mudah lupa, Johari Baharum terlibat dengan politik wang semasa era Abdullah dan telah memberi "brown envelope" mengandungi wang untuk menafikan Dr Mahathir dari menjadi perwakilan Bahagian ke PAU pada tahun 2007.

Semasa memegang Timbalan Menteri KDN, namanya telah dikaitkan dengan satu skandal menerima wang sebanyak RM5 juta melepaskan seorang penjenayah. Walaupun penyiasatan yang dilakukan telah melepaskannya, ramai mempersoalkan.

Saya pun masih sangsi dengan kesimpulan penyiasatan kerana kawan saya pernah ditawarkan seorang pemuda India untuk bertemu dengan seorang "Menteri" di The Curve, Damansara untuk menyelesaikan sebarang masaalah dengan polis.

Kalau hanya Najib menafikan Khairy jawatan dalam Kabinet atau sebagai Timbalan Menteri, tidak cukup nak dikatakan ini Kabinet Mahathir. Betulkah tidak lojik itu?


Memang Dr Mahathir ada menyebut Khairy tidak boleh kerana dia telah didapati salah atas politik wang. Mahukah kita seorang Menteri atau Timbalan Menteri yang sedang menyandang jawatan dihadapkan atas amalan rasuah?

Pasti Najib mengambilkira perkiraan ini.

Untuk kepentingan parti, kita tak boleh sewenang-wenang main buta-buta ikut tradisi. Adakah semasa memegang jawatan Ketua Pemuda dahulu, adakah Syed Jaafar Albar seorang Menteri? Itu terlalu lama, bagaimana pula Zahid Hamidi yang hanya jadi Pengerusi BSN semasa mengepalai Pemuda UMNO?

Selama beberapa tahun, tak habis-habis cerita mengenai Khairy mendabik dada menayang-nayang pengaruhnya dan terbabit dengan kegiatan rasuah. Saya difahami Khairy sendiri mengaku dan menjustifikasikan sebagai tidak sebanyak sipolan dan sipolan.

Saya sendiri tahu dari horses mouth mengatakan kuncu-kuncu Pemuda Khairy dan anak seorang bekas menetri yang mendapat laluan mudah untuk projek-projek Jabatan tertentu. ECM Libra itu dah banyak kali diulang.

Sehingga hari ini, polis telah menahan dan meletakkan ikat jamin RM100,000 dan RM300,000 untuk melepaskan kepada penyokong Khairy, Ketua Pemuda Umno Sabah, Japlin Akim dan Limus Jury.

Katanya banyak sekali laporan terhadap Khairy di Jawatankuasa Disiplin UMNO, SPRM dan Polis. Ada satu balai tu sampai ada 15. Seorang sahabat memberitahu semalam, entah lojik ke tidak, ada satu tempat menerima hingga lebih seratus laporan.

Tak payah tunggu Dr Mahathir meleter, Najib akan gantung diri kalau pilih Khairy.

Disatu aspek, Najib memberi benefit of the doubt kepada Khairy dengan memberi tugasan kepadanya untuk menumpu menyatu dan membetulkan pergerakan Pemuda UMNO yang sudah pecah tiga.

Semasa PRK baru-baru ini di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, Pemuda UMNO kelihatan hambar.

Harap-harap Khairy tidak berdendam. Kalau dia sebijak yang diwar-warkan penyokongnya, ini peluang baik untuk membina pengikut yang berkekalan. Tunggulah KPI dalam 6 bulan, adalah yang kena berhenti nanti.

Khabar-khabarnya dia mengadakan perjumpaan dengan 80 Ketua Pemuda. Marah betul pengikutnya. Akhirnya Khairy keluar untuk menyejukkan keadaan. Dalam dia menyejukkan keadaan, terkeluar kata dia akan "kenakan" Mukhriz dan Khir Toyo jika dia "kena".

Asal jangan fitnah dan reka-reka bukti nak "kena" orang cukuplah. Kalau betul ada bukti dan saksi, lakukan laporan terhadap Mukhriz dan Khir Toyo. Biar proses undang-undang berjalan dan harap jangan pula ada pihak yang masuk campur menahan proses keadilan.

Masaalah rasuah yang menyebabkan rakyat tidak mahu memberi peluang kepada BN di PRK baru-baru ini, walaupun langkah-langkah Najib apabila dilantik Perdana Menteri memberi harapan baru buat Malaysia.

Untuk mendapatkan keyakinan rakyat, mereka yang terlibat dan ada bukti perlu dihadapkan ke mahkamah. Mesti ada nama-nama besar yang disabitkan rasuah. Baru rakyat akan yakin dengan keseriusan UMNO untuk tangani gejala rasuah. Tidak boleh nak sorok-sorok lagi.

Macam mana nak jawab pada rakyat bila macam-macam pengalaman dan peristiwa orang politik dan pegawaikerajaan mintak wang terang-terang? Macam mana nak jawab bilaahli politik danpegawai kerajaan hdupmewah?

Macam ramai yang sedang bercerita tiga malam lepas ada sekumpulan bekas pegawai-pegawai tinggi Jabatan Perdana Menteri telah charter kapalterbang Airasia-X untuk ke London dan menginap di hotel mewah Dorchester?

Ini sudah menimbulkan keraguan. Adakah mereka pergi ramai-ramai untuk meraikan kejayaan mereka selama 5 tahun? Kejayaan apa selama 5 tahun ini yang diraikan?

Pendikkata, siasat dan lakukan proses undang-undang. Yang salah, besar atau kecil, perlu dilihat dihukum. Itu saja caranya untuk membersihkan parti dan mendapatkan balik keyakinan.

Dalam hal rasuah, kita bukan saja perlu bersih dari rasuah tetapi kelihatan bersih dari rasuah.

Friday, April 10, 2009

Anwar and RPK should help save Sirul and Azrilah


A call for help by a commentator, sincerely below:

RAJA PETRA MUST SAVE SIRUL AND AZILAH!!!

Raja Petra Kamarudin, Anwar Ibrahim and others said at one time or another that they have proof that others were involved in the murder of Altantuya.

If they have the proof it also means that these two Policemen are innocent. If they have these proofs, now is the time to bring out those proofs.

Otherwise these two innocent Policemen will hang for nothing.

So since Raja Petra and Anwar say they have proof that others were involved in the murder of Altantuya, please bring the proofs out now. Azilah and Sirul will appreciate it very much.
For a recap of the event, read the following AFP report:

Malaysian policemen to hang for murder


Thursday, April 9

KUALA LUMPUR (AFP) - - Two Malaysian policeman were sentenced to death Thursday for the murder of Mongolian woman Altantuya Shaariibuu, in a sensational case the opposition has tried to link with new premier Najib Razak.

Abdul Razak Baginda, a close associate of Najib who was sworn in as prime minister last week, had been accused of ordering police to kill his former lover after she came to his family home to harass him for money.

But last year he was acquitted of abetting the 2006 slaying of the 28-year-old model and interpreter -- a case which, with its ingredients of sex, politics and violence, has captivated the nation.

Altantuya's body was blown up with military-grade explosives in a jungle clearing, leaving only shattered bone fragments as evidence.

The two officers found guilty of the murder, Chief Inspector Azilah Hadri and Corporal Sirul Azhar Umar, are from an elite unit that guards the prime minister and deputy prime minister.

"Each of them are blaming the other, they failed to raise reasonable doubt against the prosecution's case. I convict both of you as charged," said Shah Alam High Court judge Zaki Mohamad Yasin.

"I sentence both of you to death. You will be taken to a place of execution where you will be hanged by your neck until you are dead," he said.

The pair looked calm when the sentence was handed down, and then stepped out of the dock and hugged their lawyers, who later said they would file an appeal.

Azilah's fiance, Nur Azila Baharuddin, insisted the pair were not guilty.

"We expected him to be acquitted but the judge has made the decision. We will wait for the next stage," she told reporters. "I really want to marry him, I have been waiting for so long since 2006."

Malaysia's top blogger Raja Petra Kamaruddin has been charged with sedition after repeatedly linked Najib and his wife to the murder on his popular website Malaysia Today.

Najib has vehemently denied any involvement in the killing and said he never even met Altantuya, but despite any evidence linking him to the case, the allegations persist and the opposition has called for an official inquiry.

Karpal Singh, an opposition politician and leading lawyer who is representing Altantuya's family, said the verdict left many questions unanswered.

"You must satisfy the international community. The international community does not accept that only these two are responsible for the murder. It goes beyond these two," he told reporters.

"These two have no motive, they didn't even know her before."

Altantuya's father Setev Shaariibuu was distraught over the acquittal last year, in a case seen as a test of the strength of Malaysia's much-criticised judiciary.

"I am not satisfied. My daughter knows only one Malaysian and it is Razak Baginda. Now my daughter is dead and Baginda is freed... the country has lost credibility in the world," he told reporters at the time.

Setev Shaariibuu was not present in court on Thursday.
Sincerely hope Anwar, who confidently expressed believe of manipulation by higher hands, to come forward to help this two supposedly innocent rakyat, whose life will end at the gallow.

Thursday, April 09, 2009

Kabinet baru: Asal kriteria pilihan dan pertimbangan jelas

Berita terkini diterima, Najib telah bertemu SPB Agung. Pada pukul 3 petang, Dato Seri Najib akan mengumumkan Kabinetnya.

Dalam apa sekali strategi yang mahu digunakan untuk mengembalikan kekuatan kerajaan, selepas pemilihan Ketua yang sesuai, pemilihan pasukan pentadbiran yang membantu adalah sangat penting.

Sudah ada tuntutan dan lobi dari pelbagai pihak.

MCA, Gerakan, dan MIC menuntut pertambahan kerusi tetapi dengan prestasi mereka yang merudum di kalangan pengundi tradisi mereka, apa asas untuk diberikan kepada mereka?

Sementara itu, Khairy awal-awal lagi berkata dia tidak menuntut jawatan. Mungkin satu tindakan mendahului (pre-emption). Bertambah lagi dengan desas desus kononnya Mukhriz akan dilantik Menteri Belia dan Sukan dan Khairy tidak dapat apa-apa.

Timbul pula tuduhan Tun Dr Mahathir melobi untuk Mukhriz dengan cara menyatakan mereka yang didapati rasuah seperti Khairy tidak boleh mendapat tempat.

Tidak habis kalau nak diteka teki, kerana panjang dan pendiknya cerita, hanya Najib yang berkuasa menetapkan siapa. Walaupun langkah mendapatkan restu Agong adalah langkah bijak, dia tidak perlu kow tow kepada siapa-siapa. Haknya untuk memilih tidak perlu dipersoalkan.

Buat diri saya, asal kriteria pilihan dan pertimbangannya jelas.

Jawatan Menteri tidak sepatutnya menjadi satu habuan dari kemenangan pemilihan jawatan dalam parti. Ianya perlu berasaskan kesesuaian wawasan dan misinya dengan kebolehan serta memastikan bakal penjawat itu bukan saja bersih dari salah laku tetapi imej dan persepsinya juga bersih.

Saya tertarik dengan kriteria yang disenariakan dalam blog Nor Hasila bernama Asam Pedas yang saya tiru, tampal dan suntingkan sebahagian dari tulisannya berikut:

1. PM perlu memilih pemimpin yang disenangi rakyat dan tidak perlu rasa terikat untuk memilih calon-calon yang menang dalam Pemilihan Agung UMNO (PAU) tetapi memilih calon yang bersih dan amanah. Mereka yang sudah didapati bersalah atau mempunyai reputasi yang mencurigakan harus diketepikan.

2. PM harus memilih berdasarkan kebolehan dan tidak semestinya dari kalangan ahli politik tetapi dari kalangan bekas pegawai kerajaan yang terbukti boleh membuat kerja, ataupun ahli profesional yang mempunyai kewibawaan dan jiwa sebagai pemimpin rakyat untuk jawatan Timbalan Menteri.

3. PM harus ketepikan Ketua Wanita, Ketua Puteri dan Ketua Pemuda sebagai Menteri. Tanggungjawab kepada mereka harus ditumpukan sepenuh kepada memulihkan dan mengembalikan keyakinan rakyat di kalangan akar umbi dan mengemeaskinikan jentera parti.

4. PM harus utamakan mereka yang mempunyai rekod dan keperibadian yang baik dan mesra rakyat. Kalah dalam PAU bukan bermakna mereka tidak bagus atau tidak popular. Mereka kalah mungkin kerana tidak berwang atau tidak pandai "politik wang".

5. Tanpa takut dan berpilih-pilih, PM harus gugurkan Menteri yang ada yang dikaitkan dengan skandal, sentiasa membuat "kenyataan bodoh dan memalukan kerajaan" dan suka bertindak sebelum berfikir serta yang sedang disiasat kerana politik wang, serta tidak disukai di peringkat akar umbi.

6. Dikhabarkan SPRM dan Jawatankuasa Disiplin UMNO sedang menyiasat beberapa calon yang memenangi kerusi MT, Exco Wanita, Puteri dan Pemuda. PM seharusnya menahan perlantikan mereka yang dirasakan boleh terbabit ke rombakan yang akan datang untuk mengelakkan malu pesalah terdiri dari salah seorang ahli kabinet. Sudah sampai masanya, calun-calun Menteri melalui soaljawab dengan satu Jawatankuasa Parlimen yang bipartisan.
Dengan demikian, jawapan untuk isu perlantikan Khairy atau Mukhriz perlu berasaskan kriteria-kriteria tersebut di atas.

Pada pandangan saya, Najib harus menukar separuh dari jemaah yang ada. Nama-nama seperti Nazri Aziz, Azalina Othman, Khaled Nordin, Syed Hamid Albar, Noraini Ahmad, Muhammad Muhammad Taib, Nor Mohamad Yakcop, Amirsham Aziz, dan lain-lain yang "cakap tak serupa bikin" perlu digugurkan.

Harap sangat dihentikan mengambil orang-orang korporat dalam peranan ekonomi kerana hingga kini, jelas minda mereka tidak terlatih untuk mengambilkira kepentingan awam dan rakyat jelata. Beri peranan lebih besar kepada mereka dari bidang ekonomi.

Bersesuaian dengan semangat "parti dan rakyat menguasai kerajaan" yang disebut oleh Najib di PAU, Najib perlu memperkenalkan ide untuk mengasingkan jawatan Menteri dari jawatan dalam parti supaya parti menjadi suara rakyat dan bukan apologis kerajaan.

Disamping itu, jawatan Menteri perlu lebih berperanan sebagai Pengerusi BUkan Eksekutif Syarikat. Menteri tidak perlu dilantik dari kalangan MP. Dengan demikian, para MP dapat memberi tumpuan sebagai penggubal undang-undang dan benar menjadi penyampai suara hati rakyat.

Jawatan Menteri bukan batu loncatan politik tetapi satu tanggungjawab yang memerlukan tumpuan sepenuh masa.

Jika pilihan yang berasaskan kriteria yang jelas dan pertimbangan yang wajar, Najib tidak perlu adakan apa yang sering dikatakan sebagai Kitchen Cabinet atau kumpulan West Wing untuk menasihatinya yang sering kali pertindihan peranan.

Sudah sampai masanya, fenomena muka-muka yang sama memegang jawatan dari semua peringkat dan lapisan dari peringkat Cawangan hingga ke Pusat hingga ke Parlimen dan Eksekutif dihentikan.

Dengan ahli yang kononnya lebih 3 juta dan ramai penyokong-penyokong, apa salahnya lebih ramai ahli dan penyokong parti yang mempunyai merit diagihkan kepada mereka jawatan-jawatan dan peranan-peranan.

Jika timbul situasi di mana ahli-ahli Kabinet telah mengambil tindakan yang mencemar nama baik parti seperti sampai laporan-laporan salahlaku rasuah, kenyataan-kenyataan bodoh yang diresahi orang ramai, dan macam-macam kerenah, tindakan perlu dilakukan oleh parti sendiri dan bukan tunggu ditimbulkan oleh pihak luar.

Tidak payah perlu tekanan luar untuk meletak jawatan. Menteri mesti mempunyai prinsip akauntabiliti dan berundur dengan hormat.

Jika ada perbezaan prinsip atau tinbul ketidak keyakinan dengan PM, Menteri perlu mempunyai wibawa untuk meletak jawatan. Tidak patut ada ahli Kabinet yang kekal untuk menunggu masa dan bermain politik untuk menjadi duri dalam daging.

Malay vote shift at Bukit Gantang


If not deviated by other viewpoints, my first hunch from any observation is usually right.

The same thing happened last Thursday night at the dinner at Simpang, Taiping organised by a local Chinese community. My hunch then was the 5,000 attending audience was giving muted response to the campaigners. The excuse given by everyone for the damper was the three hour rain preceding the event that turned the padang into a padi field.

By the time we met the community leaders at a riverside seafood restaurant in Kuala Sepetang on Friday, I was convinced into believing of a turnaround in the Chinese community. In rural Chinese communities, such community leaders are opinion leaders.

The outcome of the Chinese voters is to the contracy and remain in the same 2008 pattern. While, the Malay majority votes showed a shift back to BN.

The Chinese votes for PAS increased from 70% in 2008 to 85% in 2009. The cynical view could perhaps be that seeing power is within grasp, the Chinese are not relenting. Political power may have overriden their usual concern for economic stability.

Another possibility is that the on slaught on Nizar, Nger and Nga may have backfired. Nizar has build up quite a respect with the Chinese community and benefited from sympathy votes.

The extent the idea for the dissolution of State Assembly and state general election is received is not certain. The constitutional issue was not allowed use for campaign with the case still pending in courts.

Nevertheless, sentiment amongst the Malays may have shifted away from PAS. BN's votes from Malay voters increased from 14,500 for 2008 to 17,000 and PAS's Malay votes correspondingly deccrease from 11,500 to 10,000.

According to PAS's Director of Operation, Asmuni Awi, the figures reflect a simlar trend but the quantum differ significantly. Their claim is Chinese votes rose from 65% to 75%.

To spin the reduced Malay votes, PAS claimed it is higher than expected. Malay votes was at 43% and their expectation was 40%. An UMNO blog claim Malay votes for PAS stands at only 37%.

Overall, Nizar received 21,860 votes against 19,071 votes for Ismail Saffian for a majority of 1,789 votes. Compared to Anwar Ibrahim's 7,000 majority prediction and 'bookies' prediction for 4,500 majority, this is significantly less.

The 1,500 shift in Malay votes was not sufficient to compensate the Chinese voters rise. Nevertheless, it is a silver lining for BN, in particular UMNO for it is indicative that Perak majority's shift in opinion on the derhaka gesture of Nizar.

For Malay-based PAS, this is a positive development in their quest to gain acceptance from the non-Malay voters. However, the extent in the shift of their Malay base is uncertain. Are they benefitting from a negative sentiment against UMNO than a truly positive acceptance of PAS?

If it is a true acceptance, it came with a high price. For one, they maybe deemed as dependent on DAP support and their agenda influencedby DAP. On Allah issue, Nik Aziz has taken a strangely compromising position. Nizar, in answering to questions in the State Assembly on Negara Islam, dispell Negara Islam as PAS's agenda.

Are the traditionalist in PAS comfortable with new liberal ideas pervading into PAS? Is this a permanent change or merely for political expediency? Will PAS be comfortable to foresake their traditional Malay base and compromise further their party's Islamic agenda?

PAS will have its party election in the middle of this year. It is expected that the Anwar-sympathiser Erdogan faction, associated with these liberal and more accomodative liberal ideas, will make an attempt to wrestle power from the ulamak faction.

And, it is around the same time the trials of Anwar Ibrahim sodomy charges will begin.

My Say