Sunday, August 05, 2007

Khairy Memanggil Anwar Pembelot?

Semasa Bahagian-Bahagian UMNO sedang sibuk bermesyuarat, selalunya ada sajalah drama-drama lakunan politik sedang dimainkan di media massa. Lakunan pertama ia-lah peningkatan usaha untuk membunuh reputasi blogger.

Khairy, yang pernah melakunkan pemutihan dirinya dari kontroversi ECM Libra-Avenue Capital, kini melakunkan penafian minat kepada jawatan Ketua Pemuda UMNO dan menuduh Anwar sebagi pembelot pada hari Isnin lepas. Kenyataan Khairy terhadap idolanya bagaikan suatu jenaka. Hanya perlu cari dan baca kembali teori Pak Yah, Yahya Ismail dalam bukunya bertajuk “Apa Agenda Anwar Ibrahim dengan Khairy Jamaluddin?” (2006).

Tindak tanduk Khairy sudah bertambah jelas untuk meruntuhkan legasi pemimpin-pemimpin kita sebelum ini dari Tunku Abdul Rahman hingga ke Tun Dr Mahathir. Kemusnahan, yang dia salut sebagai pembaharuan, begitu banyak dalam polisi-polisi dan instusi-institusi sosial, ekonomi, korporat, perundangan dan politik. Kesannya terhadap masyarakat sudah mula menyerlah. Agenda Khairy hanyalah satu ia-itu untuk kepentingan dirinya.

Jika Khairy mahu menuduh Anwar sebagai pembelot, dia pun dua kali lima. Berjela kalau mahu membincangkan kaitannya dengan Singapura dan transaksi-transaksi korporat ECM Libra. Ah … terlupa disebut kaitan kuat Kalimullah dengan Singapura. Malah, institusi seperti Oxford University, dimana Khairy belajar, adalah kubu untuk MI6 merekrut operatif. Namun, Anwar Ibrahim pun bukan malaikat. Banyak perihal Anwar boleh diceritakan, tapi elok dibincang berkenaan tuduhan pembelot oleh Khairy.

Untuk menuduh Anwar pembelot kerana kenyatan berkenaan DEB, ada kebenarannya. Khairy pun apa kurangnya? Dia bergegar berkata mengenai kesinambungan semangat DEB tetapi polisi Pak Lah mengenepikan bukan sahaja orang Melayu tetapi juga kepentingan negara dan rakyat Malaysia. Sampai sekarang, mana dia formula DEB baru yang lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia yang Pak Lah janjikan pada tahun 2004 dalam satu Majlis tertutup? Dah 3 tahun, konsepnya pun tidak dicernakan lagi.

Sejak Al Gore membuat kenyataan menyokong Anwar dalam Majlis di Kuala Lumpur semasa era rusuhan reformasi, pertalian rapat antara Anwar dengan Madeline Albright, President Estrada Filipina, Paul Wolfowitz, dan lain-lain sudah terbuka dan mengesahkan keakraban pertaliannya dengan Amerika. Selepas keluar penjara, dia menjadi Adjunct Professor di George Washington University, Washington. Universiti itu berada berada di serambi kuasa politik Washington dan merupakan pemikir polisi luar negara Amerika. Bandar Langley, West Virginia pun tidak jauh dari Washington.

Pada November 2005, Anwar Ibrahim telah menyatakan sokongan terhadap usaha Amerika untuk membawa demokrasi ke Timor Tengah dalam syarahan di Harvard University. Walaupun kata-kata itu mempunyai pengecualian (exception), tergamak Anwar mengulang dengan jelas kata-kata yang sama disebut George W Bush. Foundation for the Future adalah kenderaan untuk mencapaikan cita-cita Amerika yang disebut Anwar untuk menguasai keseluruh Timur Tengah.

Semasa Foundation for the Future menjadi isu hangat pada bulan Jun baru-baru, saya menerima dari seorang kenalan rapat e-mel mengandungi tulisan seorang bernama pena Reformis Muda berjodol “Siapa taja Anwar Ibrahim di luar negara?”. Ia menjawab kenyataan Anwar bertarikh Mei 20hb 2007 mengenai Foundation for the Future. Tulisannya dibentangkan di bawah ini:


KENYATAAN MEDIA DSAI & FAKTA JAWAPAN ISU FOUNDATION FOR THE FUTURE

KENYATAAN DSAI :

"Foundation For the Future (Yayasan Masa Hadapan) mula-mula diumumkan di Bahrain pada November 2005 oleh menteri-menteri luar dan pembangunan dari Timur Tengah, Afrika Utara, Eropah dan Amerika Syarikat"


ANALISIS :

1. Foundation For the Future diumumkan di Bahrain oleh Condoleeza Rice (United States Secretary of State) semasa merasmikan Forum For The Future pada 12 November 2005.

2. Forum For The Future, di Bahrain adalah projek usahasama antara Middle Eastern & North African Nations dan The Group of Eight (G-8) yang ditaja oleh The International Monetary Fund (IMF), World Bank, Asian Development Bank & The International Finance Corporation.

3. Menurut kenyataan US State Government, penaja utama The G8 Broader Middle East and North Afri Initiative (BMENA) adalah The United State Agency for International Development (USAID) dan The US Middle East Partnership Initiative (MEPI)

4. MEPI adalah projek US Department of State dikendalikan oleh Elizabeth Cheney (anak Dick Cheney-Naib Presiden US) yang berjawatan sebagai Principal Deputy Assistant Secretary of State Near Eastern Affair dan Coordinator for Broader Middle East and North Africa Initiatives (BREMA).

5. Bermakna Foundation For The Future adalah projek US Department of State, dikendalikan oleh Elizabeth Cheney dengan bantuan kewangan daripada USAID, MEPI, Bank Dunia, IMF & National Endowment For Democracy (NED).

6. Keahlian FFF adalah gabungan antara Middle Eastern & North African Nations & The Group of Eight (G-8).

KENYATAAN DSAI :

"Yayasan tersebut merupakan sebuah badan independen, melibatkan kerajaan dan masyarakat madani untuk menyokong badan-badan bukan kerajaan di dalam usaha membangunkan demokrasi dan kebebasan di Timur Tengah dan Afrika Utara"

ANALISIS :

1. Yayasan itu tidak independen tetapi pro US kerana dikawal oleh Elizabeth Cheney Deputy Assistant Secretary of State For Near East Affair di The US State Department.

2. Elizabeth Cheney pula dibantu oleh Shaha Ali Riza yang dipindahkan dari Bank Dunia ke The US State Department oleh Paul Wolfowitz (Presiden Bank Dunia) pada September 2005.

3. Pemindahan Riza dari Bank Dunia untuk melindungi "conflict of interest" kerana skandal peribadi antara Wolfowitz & Riza.

4. Kepakaran Riza di Timur Tengah & Afrika Utara kerana pengalamannya bekerja di World Bank (1997-2005) sebagai "Senior Gender Specialist in the Middle East and North Africa Social and Economic Development Groups" & "Senior Communications Officer in the Middle East and North Africa Regional Office (MENA).

5. Riza telah mencadangkan kepada Elizaberth Cheney tiga nama Islam pro US untuk menjadi jawatankuasa pemilih Board of Director yayasan. Mereka ialah Anwar Ibrahim (Malaysia), Rahma Bourqia (Morocco) dan Bakhtiar Amin (Iraq).

6. Kesemua ahli Board of Director yang dilantik adalah pro US yang mempunyai sejarah peribadi iaitu pernah dibiayai US.

7. Anwar Ibrahim, Pengerusi Yayasan adalah pekerja di World Bank, Johns Hopkins & Georgetown University, US. Beliau dianggap sebagai "duta US" di negara-negara Islam di Timur Tengah, Afrika Utara, Asia dan Asia Tenggara berdasarkan pelantikannya sebagai Diplomat Jemputan, Council of Foreign Relations, New York. Beliau bekerja di bawah Riza di US State Department yang diketuai oleh Elizeberth Cheney.

8. Rahma Bouqia, Naib Pengerusi Yayasan adalah President of University Hassan II Mahommedia yang mendapat tajaan US$124,000 daripada USA Agency for International Development-(USAID) & Networks Financial Institute (NFI). Beliau adalah agen US dalam memperjuangkan hak-hak asasi wanita di Morocco dan Timur Tengah.

9. Bakhtiar Amin, Iraq adalah pengasas The Iraqi Democracy Institute, berpengkalan di United States dengan tajaan The US Agency for International Development (USAID), the National Endowment of Democracy (NED), The National Democtratic Institute (NDI), The International Republican Institute (IRI) dan the United States Institute of Peace.

Beliau dipilih oleh US sebagai Iraq's Minister of Human Right in the Iraqi Interim Government (selepas Sadam Husin ditumbangkan). Beliau adalah Secretary-General for The Kurdish Institute di Paris dan Director of the Human Rights Coalition di Washington. Pada 2003, beliau menjadi Executive Director of the International Alliance For Justice berpengkalan di Paris yang ditaja oleh George Soros Foundation.


KENYATAAN DSAI :

"Dari awal, sebanyak US$56 juta telah dijanjikan kepada Yayasan. Setakat ini, Yayasan hanya menerima dana dari Turki, United Kingdom dan Jordan, antara lain. Amerika Syarikat tidak memberikan sebarang dana kepada Yayasan"

ANALISIS :

1. Kenyataan DSAI hanya untuk menyembunyikan fakta sebenar dan bercanggah dengan kenyataan US Department of State yang menyatakan "to date, initial contributing governments have committed over $50 million to the foundation, including $35 milion from the United States The Department's Middle East Partnership Initiative(MEPI). Other financial contributors include Bahrain, Denmark, the European Commission, Greece, Hungry, Italy, Jordan, Netherlands, Spain, Switzerland, Turkey, Qatar & United Kingdom"

2. Kenyataan DSAI di atas (dibuat pada 20 May 2007-apabila isu yayasan itu menjadi topik utama media massa) bercanggah dengan kenyataan media DSAI sebelum ini (bertarikh 16 Julai 2007). Dalam kenyataan media 16 Julai (disiar dalam blog anwaribrahim 3.0) DSAI menulis, "Walaupun yayasan di peringkat awal ditaja dan dibiaya oleh 'Pemerintah' setakat ini berjumlah 55 juta dollar Amerika, tetapi yayasan bebas bergerak merangka program dan strategi untuk menjana pembaharuan berdasarkan prinsip kebebasan dan demokrasi".

DSAI sengaja menggunakan terma perkataan "Pemerintah" supaya maksudnya kabur. Persoalannya siapakah & negara manakah yang dimaksudkan dengan "Pemerintah" Yayasan itu. Adakah Qatar atau Jordan Bahrain atau US (penaja utama yayasan). Sudah pasti jawapannya US.

3. Pada 23 September 2006, Sandra Day Occour telah membawa Jawatankuasa Eksekutif yayasan (5 orang termasuk DSAI) ke US untuk mengadakan perbincangan tertutup dengan US Department of State di Washington DC. Sekiranya US tidak membantu kenapakah Jawatankuasa Eksekutif perlu mengadakan perbicangan tertutup atau menghantar laporan gerak kerja kepada US Department of State.
KENYATAAN DSAI :

"Saya dijemput untuk menyertai lembaga pengarah Yayasan pada pertengahan 2006 bersama-sama wakil dari Maghribi, Kuwait, Iraq, Sepanyol, Syria, Turki, Lubnan, Amerika Syarikat, Arab Saudi, Mesir, Switzerland dan Qatar"

ANALISIS :

1. Secara umumnya Foundation For The Future mempunyai tiga jawatankuasa. a) Jawatankuasa Pemilih (the selection committee) b) Jawatankuasa Eksekutif (Executive Committee) c) Ahli Lembaga Pengarah (Board of Director). Kesemua jawatankuasa dipilih dan diluluskan oleh US Department of State.

2. Menurut office of the spokesman, Washington DC, February 2, 2006 : "After consultations among civil society representatives and government officials from the United States, Europe and the broader Middle East and North Africa, it was announced today that Rahma Bourqia of Morocco, Bakhtiar Amin of Iraq and Anwar Ibrahim of Malaysia will serve as the 'selection committee' to appoint the Board of Directors for the broader Middle East and North Africa Foundation For the Future"

3. Senarai jawatankuasa yayasan seperti berikut :

a. Jawatankuasa Pemilih (3 orang)

1. Anwar Ibrahim (Malaysia)
2. Rahma Bourqia (Morocco)
3. Bakhtiar Amin (Iraq)

* Diumumkan pada 2 Februari 2006

b. Jawatankuasa Eksekutif (5 orang)

1. Anwar Ibrahim
2. Rahma Bourqia
3. Bakhtiar Amin
4. Sandra O'connor (US)
5. Dr Cornelio Sommaruga
(Switzerland)

*Diumumkan pada 15 Julai 2006-mesyuarat di Doha

c. Ahli Lembaga Pengarah (14 orang)

1. Anwar Ibrahim (Pengerusi/Malaysia)
2. Rahma Bourqia (Naib Pengerusi/Morocco)
3. Kamel Abu Jaber (Bendahari/Jordan)
4. Laila al Hamad (Setiausaha/Kuwait)
5. Bakhtiar Amin (Iraq)
6. Sandra Day O'connor (United States)
7. Cornelio Sommaruga (Switzerland)
8. Burhan Ghalioun (Syaria)
9. Andreu Claret Serra (Spain)
10.Ibrahim Kalin (Turkey)
11.Jamil Mroue(Lebanon)
12.Abdul Rahman al Rashed (Saudi Arabia)
13.Naguib Sawiris (Egypt)
14.Juhaina Sultan al-Easa (Qatar)

*Diumumkan pada 15 Julai 2006 - mesyuarat di Dha
4. Bermakna Anwar Ibrahim merupakan tokoh yang paling diberi kepercayaan US Department of State kerana menjadi nama paling penting dalam ketiga-tiga jawatankuasa. Dalam mesyuarat yayasan di Bahrain (31 May 2007), DSAI memaklumkan beliau dipilih pula menjadi Presiden yayasan.

5. Selain DSAI, seorang lagi tokoh yang diberi kepercayaan US Department of State ialah Sandra O' Connor. Kenyataan media US Department of State pada 8 Jun 2006, melalui Office of the spokesman Washington DC menyebut "The department of state is pleased to announce that former US Supreme Court Justice Sandra Dya Oconnor has agreed to serve as the US reprensentative to the Boarder Middle East and North Africa (BMENA) Foundation For the Future."

KENYATAAN DSAI :

"Ahli lembaga pengarah yang lain termasuklah Kamel Abu Jaber, penasihat kepada Menteri Luar Jordan; Dr. Cornelio Sommaruga, bekas Presiden Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa; Professor Ibrahim Kallin, penasihat Menteri Luar Turki, dan Sandra Day O' Connor, bekas hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat"

ANALISIS :

1. Semua yang dinyatakan DSAI mengenai tokoh-tokoh itu berbentuk positif, namun setelah diteliti lebih mendalam jawapan adalah sebaliknya kerana tokoh-tokoh ini merupakan alat US untuk menyebarkan "fahaman DEMOKRASI & REFORMASI" di negara-negara Islam Timur Tengah & Afrika Utara.

2. Dr. Cornelio Sommaruga, bekas Presiden Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa. Beliau adalah aktivis missionari Yahudi melalui George Soros Foundation iaitu Open Society Institute Budapest. Beliau adalah board of Director yayasan Yahudi itu. Fungsi yayasan itu menaja bantuan kewangan di Timur Tengah. Bahkan kerana jasa-jasanya yang besar kepada kaum Yahudi beliau diberi Anugerah Presiden dari Tel Aviv (Israel).

3. Professor Ibrahim Kallin, penasihat Menteri Luar Turki (untuk menghubungkan Turki dengan US). Walaupun Ibrahim Kallin berasal dari Turki tetapi beliau menetap di US. Bekerja sebagai pensyarah di College of The Holy Cross, Worcester, Massachusets dan menjadi pensyarah sambilan & pembantu Seyyed Nossein Nasr di George Washington University. Seyyed Nossein (berasal dari Iran) dan anaknya Valli Nasr yang menetap di US adalah rakan rapat DSAI. DSAI selalu merujuk kepada Seyyed Nossein mengenai pemikiran Islam komtemporari atau ISLAM AMERIKA.

Ibrahim Kallin pula anak buah DSAI yang bergiat dlm IIIT. Malah Ibrahim memilih ISTAC Malaysia sebagai tempat pengajian masternya. Melalui Ibrahim dan DSAI, Erdogan (Perdana Menteri Turki-AKP) telah datang ke US pada 4 OKTOBER 2006 untuk berjumpa Bush.

Kedatangan Erdogan & AKP telah disambut oleh DSAI di Universiti Georgetown US dengan majlis syarahan perdana. Paul Wolfowitz turut hadir mendengar syarahan Perdana Menteri Turki itu. Pada keesokan harinya, DSAI menyusun jadual perjumpaan dengan BUSH. Sebab itu DSAI sering berulang alik ke Turki sebagai wakil US untuk mengadakan rundingan antara dua negara.

Baru-baru ini kerajaan Turki juga pernah meminta pampasan daripada Bush kerana pertolongan kerajaan Turki membenarkan tentera US melalui negaranya semasa serangan US ke atas Iraq.

4. Sandra Day O' Connor, (bekas hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat). Beliau adalah seorang hakim yang pernah memberi tekanan kepada penganut Kristian di US dengan memperkenalkan undang-undang menimbulkan kemarahan penganut Kristian di negara itu, tetapi dalam masa sama mendapat pujian daripada kumpulan Yahudi. Beliau sangat cenderung kumpulan Yahudi dan pernah berkunjung ke Israel, menjalankan upacara agama di kuil Yahudi di Western Wall serta melawat Holocaust Memorial di Yad Vashem. Apabila beliau bersara daripada menjadi Hakim, majoriti Yahudi di US telah bersedih meratapi persaraannya itu.

Beliau adalah Board of Trustees Rockefeller Foundation, sebuah yayasan paling berpengaruh di US yang dimiliki oleh Yahudi. Yayasan ini berperanan mencaturkan politik US agar ketuanan Yahudi terus kekal di negara itu.

Sebab itu Dick Cheney (Naib Presiden US / kawan rapat Wolfowitz) dan anaknya Liz Cheney merupakan kumpulan Yahudi dari rangkaian neo-konservatif beriya-iya memujuk Sandra supaya berada dalam kumpulan Eksekutif & Board of Director Foundation For the Future.

5. Kamel Abu Jaber, penasihat kepada Menteri Luar Jordan. Beliau mendapat pendidikan daripada US & pernah menjadi pensyarah di US iaitu di Smith College, membuat PHD di University of Syracuse US dan bekas Visiting Professor The Carter Centre of Emory University USA.

Kejayaan terbesar Kamel Abu Jaber semasa menjadi Menteri Hubungan Antarabangsa Jordan adalah mengadakan rundingan damai antara Jordan & Israel.

Sekarang beliau adalah Presiden Jordan Diplomacy Institute yang mendapat tajaan dan sokongan penuh daripada kerajaan US.

6. DSAI tidak menyenaraikan senarai Board of Director yayasan yang lain seperti Jamil Mroue (Lebanon), Abdul Rahman al Rashed (Saudi Arabia), Naquib Sawiris (Egypt) dan Andreu Claret Serra (Spain) kerana kesemua mereka adalah pengarah media yang terlibat dalam penerbitan akhbar, televisyen, telekomunikasi dan internet.

Bahkan di kalangan mereka mempunyai rekod dengan USAID & CIA berfungsi mendapatkan maklumat dari Timur Tengah, misalnya Naquib Sawiris mendapatkan maklumat mengenai kegiatan Sadam Husin untuk US. Jadi timbul satu persoalan, kenapakah US Department of State melantik begitu ramai pengarah media menjadi Board of Director Foudation For the Future.

KENYATAAN DSAI :

"Mesyuarat lembaga pengarah yang pertama diadakan di Doha, Qatar di atas jemputan Sheikh Hamad Bin Jassim Bin Jabr Al-Thani, Menteri Luar dan kini Perdana Menteri Qatar pada 15 Julai 2006, dan saya telah dipilih secara sebulat suara sebagai Pengerusi Kehormat Yayasan"

ANALISIS :

1. Qatar merupakan pengkalan terkuat negara yang menyokong US. DSAI sebelum ini dalam siri-siri ceramah di Malaysia berbangga mengatakan beliau dijemput menjadi Penasihat Ekonomi Qatar tetapi beliau menolak.

2. Rakyat Malaysia yang tidak mempunyai pengetahuan mengenai negara Timur Tengah akan terpengaruh dengan dakwaan ini mengatakan DSAI seorang pejuang Islam kerana mendapat sokongan daripada Timur Tengah.

3. Hakikat sebenarnya di belakang negara Timur Tengah seperti Qatar ini dibayangi oleh US.

KENYATAAN DSAI :

"Keputusan yang disepakati ialah untuk mendirikan ibu pejabat di Beirut, Lubnan. Walau bagaimanapun, di dalam mesyuarat lembaga pengarah pada 4 Disember 2006 di Amman, Jordan, saya bertemu Menteri Luar Jordan Abdelelah Al-Khatib, yang menyokong saranan penubuhan sekretariat serantau di Amman memandangkan penangguhan di dalam mendirikan ibu pejabat Beirut akibat serangan Israel terhadap Lubnan. Mesyuarat lembaga pengarah seterusnya akan diadakan pada 29-30 Mei 2007 di Bahrain"

ANALISIS :

1. Sekretariat di Beirut atau Amman hanyalah dummy untuk mengabui masyarakat Islam. Sekretariat sebenar adalah di US Department of State.

2. Buktinya, dalam surat rasmi DSAI pada 1 Oktober 2006 kepada Robin Cleveland, pembantu kanan Wolfowitz di World Bank, beliau menggunakan letter head yayasan beralamat di Washington DC.

Di dalam kandungan surat itu, DSAI telah mengesyorkan Riza sebagai "Senior Advisor to the Executive Committee and the Board of Directors of the Foundation for The Future" dan menyebut US sebagai tempat Riza menguruskan yayasan. Tulis DSAI: " While (Riza) assigned to the Foundation for the Future, Ms Riza will work in the Washington DC office of the Foundation". Ini mengesahkan pusat operasi yayasan di ofis Riza di Henry L Stimson Centre.

KENYATAAN DSAI :

"Saya tidak melantik Shaha Ali Reza ke Yayasan. Beliau mula-mula ditugaskan oleh Bank Dunia menerusi Jabatan Negara Amerika Syarikat untuk Yayasan pada hujung 2005 sebelum saya menjadi Pengerusi. Jawatankuasa Eksekutif telah memutuskan pada pertengahan 2006 untuk menyeragamkan pelantikan tersebut agar Shaha menasihati secara langsung dari Bank Dunia dan bukannya Jabatan Negara"

ANALISIS :

1. DSAI berusaha memutarbelitkan fakta berdasarkan perbezaan tarikh. Berikut merupakan fakta-fakta tarikh-tarikh berkaitan dengan DSAI & Riza di Yayasan :

DSAI dilantik menjadi Jawatankuasa Pemilih ahli Yayasan pada 2 Februari 2006. Pengesahan jawatan DSAI sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan (14 orang) pada 15 Julai 2006 semasa mesyuarat yayasan pertama di Doha Qatar. Pada masa mesyuarat itu juga DSAI disahkan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif (5 orang).

Pada Jan 2006, Wolfowitz melantik DSAI sebagai Konsultan Bank Dunia (areas of governance & accountability). World Bank telah memberi kontrak kepada DSAI sebanyak US$21,000 bermula dari 25 Januari hingga 1 Mei 2006. Pada 31 Mei 2007, DSAI dilantik memegang dua jawatan sekaligus iaitu PENGERUSI & PRESIDEN yayasan (Mesyuarat di Bahrain)

3. Shaha Riza pula bertugas di Bank Dunia sebagai Senior Communication Officer in the Middle East and North Africa Regional Office (MENA) pada 1997-2005. Pada 1997, beliau bekerja di World Bank sebagai "Senior Gender Specialist in the Middle East and North Africa Social and Economic Development Groups" & "Senior Communications Officer in the Middle East and North Africa Regional Office (MENA)".

Pada September 2005, Riza dipindah oleh Paul Wolfowitz (Presiden Bank Dunia) ke US State Department (di bawah Liz Cheney) sebagai "pembantu Liz Cheney" berjawatan "external assigment"/director untuk Middle East & North Africa Regional Office (MENA).

Pada 12 November 2005, Riza menemani Liz Cheney untuk mengiringi Condoleeza Rice merasmikan Foundation For The Future & Fund For The Future di Bahrain. Pada 2 Februari 2006, Riza (US Department of State) mengesyorkan tiga nama (termasuk DSAI) sebagai Jawatankuasa Pemilihan Yayasan kepada Liz Cheney.

4. Berdasarkan tarikh-tarikh di atas memang benar kenyataan DSAI bahawa beliau tidak melantik Riza ke yayasan kerana fakta sebenar adalah Shaha Riza & Liz Cheney yang melantik DSAI ke yayasan pada 2 Februari 2006 (Jawatankuasa Pemilih) dan pada 15 Julai 2006 (sebagai Pengerusi Yayasan).

5. Tetapi persoalan sebenar adalah surat DSAI memohon perpindahan (pelantikan) Riza dari US Department of State ke Yayasan pada 1 Oktober 2006. Surat itu ditulis sendiri oleh DSAI selaku Pengerusi Yayasan (menggunakan letter head yayasan) kepada Robin Cleveland, pembantu kanan Wolfowitz di Bank Dunia.

6. Tetapi persoalan sebenar adalah surat DSAI memohon perpindahan (pelantikan) Riza dari US Department of State ke Yayasan pada 1 Oktober 2006. Surat itu ditulis sendiri oleh DSAI selaku Pengerusi Yayasan (menggunakan letter head yayasan) kepada Robin Cleveland, pembantu kanan Wolfowitz di Bank Dunia.

Tujuan DSAI menulis surat untuk menyelamatkan maruah Paul Wolfowitz, kerana walaupun Riza dipindahkan ke US Deparment of State namun gaji Riza masih dibayar oleh Bank Dunia. Jadi harapan DSAI apabila Riza dipindahkan ke yayasan (dgn bayaran gaji oleh yayasan), isu hubungan Riza & Wolfowitz tidak berbangkit lagi.

Kandungan surat DSAI :

Dear Ms Cleveland,

I am writing to request the tranfer of the secondment of Ms Shaza Riza, British citizen, employee of the Bank, from the Bureau of Near Eastern Affairs at the US Department of State to the Foundation for the Future which she was in charge of establishing.

While assigned to the Foundation for the Future, Ms Riza will work in the Washington DC office of the Foundation. Ms Riza will be Senior Advisor to the Executive Committee and the Board of Directors of the Foundation for The Future.

Ms Riza's secondment to the foundation will be subject to the same arrangements agreed to with the state Department.

After reviewing in this document, please sign it and return it to me via fax at 703 464 5153. We look forward to continue our work with ms Riza on this important initiative.Should you have any questions or concerns please contact me at 703 464 5161

Yours sincerely
Anwar Ibrahim
Chairman
Foundation For The Future


6. Bukti surat DSAI bertarikh 1 Oktober 2006 ini boleh didapati dalam senarai bukti pertuduhan ke atas Wolfowitz oleh Jawatankuasa Etika penilaian skandal Presiden Bank Dunia.

KENYATAAN DSAI :

"Yayasan tersebut akan mengeluarkan kenyataan penuh selepas mesyuarat di Bahrain minggu hadapan. Tetapi, memandangkan propaganda yang berterusan dari media kawalan Umno, saya telah memutuskan untuk mengeluarkan kenyataan ini"

ANALISIS :

Tidak ada kenyataan rasmi daripada pihak yayasan walaupun mesyuarat Yayasan telah dilakukan pada 31 Mei 2007 di Bahrain.

KENYATAAN DSAI :

"Sekiranya tiada penjelasan oleh media berkenaan isu ini, Yayasan tidak akan teragak-agak untuk memulakan tindakan perundangan terhadap pihak-pihak terbabit- ANWAR IBRAHIM, Pengerusi Yayasan Masa Hadapan"

ANALISIS :

1. Tidak ada tindakan yang diambil. Hanya berbentuk ugutan.

2. Daripada bentuk ugutan ini ternyata DSAI amat risau populariti politiknya akan merosot (di kalangan orang Melayu) jika beliau dikaitkan dengan skandal Paul Wolfowitz & Shaha Riza.

3. Begitu itu DSAI berusaha menyembunyikan identiti sebenar yayasan pimpinannya ditaja oleh US dan berusaha melakonkan sandiwara bahawa yayasan ini ditubuhkan oleh negara-negara Islam dan tiada kaitan langsung dengan US.

4. Kesimpulannya tema Hubungan DSAI & Paul Wolfowitz & Agen Yahudi senjata paling berkesan yang paling ditakutinya kerana boleh meranapkan cita-cita menjadi PM.

Adakah betul tuduhan Khairy terhadap Anwar? Kini terpulang kepada pemahaman anda semua kepada revelasi ini. Mungkin yang harus kita perlu fikir kini adalah apa skrip drama lakunan samdol berdua ni?

Siapa yang berminat, mungkin ingin membaca kembali artikel lama saya berjodol "My Rambling Mind at the Session With Anwar" dan oleh BigDog berjodol "An Afternoon With Anwar" pada bulan Mei lepas.

5 comments:

Haziq Ahmad said...

Saudara menulis panjang mengenai penglibatan Anwar di dalam Foundation for the Future.

Apa respons saudara tentang pembayaran RM4 juta oleh Tun Dr. Mahathir untuk mengatur pertemuan dengan Jack Abramoff, lobbyist Zionis untuk mengatur pertemuan dengan Bush?

Anonymous said...

I THINK IT IS TIME FOR WITCH HUNTING AND PURGING OF FOREIGN AGENTS OR SO CALL POLITICAL VSS( IN CABINET, MPs, SENIOR CIVIL SERVANT).

Anonymous said...

Haziq Ahmad

Penglibatan anwar dalam foundation for the future adalah satu tulisan yang saya terima dan bukan tulisan saya.

Saya boleh jawab allegation mengenai TDM dan Jack Abramoff dan lain2 tapi saya akan termakan taktik debat murah yang dipanggil "bait and switch", atau orang melayu kata, mengalih pandang.

Apa yang saudara faham dan sekiranya saudara tidak bersetuju, apa jawapan dan penerangan saudara tentang rapatnya anwar dengan algojo-algojo yakjuj dan makjuj.

abuzei said...

Saya rasa penjelasan yang ada di blog Anwar dan juga beberapa komentar lain dah cukup. Ini isu lapuk rasanya.

Dipetik dari blog KTemoc

Adam Soliman said...

Ktemoc is reporting some facts and ignoring others in what can be described as a case of a blogger-masquerading-as-journalist, minus the requisite standards of integrity or transparency. A more complete account of the events should be presented to set the record straight. Like Ktemoc's post, the complete story is out in the public domain. However, why it is not mentioned in the original post is not clear to me. Ktemoc himself says - "and every thing I blog here is reported in news media all over the world, so I am merely recycling stuff with of course my own editorial style" I've seen similar "editorial style" in places like Fox News.

1. malaysiakini reported that Anwar was alleged to have written to Robin Cleveland, Wolfowitz’s counselor at the World Bank, requesting for Reza to be transferred from the US State Department to the Foundation. The transfer raised Reza’s salary by 36%, from US$133,000 (RM452,000) to US$193,590 (RM659,000). Lots of lollies!

Documents released by the World Bank Ethics Committee, and accessible in the public domain to anyone with an internet connection illustrate the following:

1. An attempt was made by the Bank, PW, and SR to follow due process in resolving the conflict of interest at the Bank. Whether they succeeded in that attempt is the crux of the matter and is addressed in the more recent statement by the Bank and PW.

2. That Riza's raise and external assignment to the State Department were the result of deliberations that took place within the World Bank during the Summer of 2005 and that were finalized in September 2005. Neither Anwar Ibrahim personally nor the Foundation for the Future as an organization (which did not even exist at that point) had anything to do with either her raise or external assignment to the State Department.

3. That the Foundation for the Future did nothing inappropriate. The Foundation did not exist in September 2005. It was an idea that existed on paper and could not have been party to any negotiations of any sort. Once the Foundation was a real institution it was in a position to hire staff and to formally assign Riza to the Foundation and dissolve her association with the State Department which was clearly no longer necessary. Anwar Ibrahim's October 2006 letter as Chairman of the Foundation to the Bank reaffirms SR's mandate to work to build and develop the Foundation (which was the focus of her assignment to the State Department as described in a september 2005 letter between the State Dept. and the World Bank). The letter makes no mention of SR's salary other than to refer to the existing arrangement that had already been made with the State Department.

2. Then Anwar said: “From the onset, the foundation obtained pledges of US$56 million, and thus far only received funds from Turkey, UK and Jordan, while the US has not disbursed any funds to the foundation.” But according to the Washington Post, the US State Department contributed almost two-thirds of the foundation's $56 million budget. Well …….. Anwar said the US hasn't but the US State Department declared it has, with 2/3 of the budget. I am not sure who is right, but never mind!

Like all multilateral initiatives we have to differentiate between pledges, commitments, and the actual transfer of funds. It is quite common for nations to pledge hundreds of millions in assistance for natural disasters, reconstruction, poverty assistance, etc. But the actual transfer of those funds often never happens, long after people have forgotten about the initial commitments.

On November 12 2005 the State Department issued a release announcing the Foundation for the Future and indicating "[t]o date, initial contributing Governments have committed over $50 million dollars to this initiative. Political supporters and financial contributors include Bahrain, Denmark, the European Commission, Greece, Hungary, Italy, Morocco, Jordan, Netherlands, Spain, Switzerland, Turkey, Qatar, Yemen, the United Kingdom, and the United States. The Forum will continue to seek political and financial support from governments, private foundations, and individuals for the Foundation."

Anwar Ibrahim's statement that the US has not disbursed any funds to the Foundation can be taken at face value. The US may have pledged a large sum but there is no reason to believe that all of the nations listed above have met all or any of their commitments. The Chairman of an organization is in as good a position as any to indicate the truth of the matter of funding. The Washington Post article that Ktemoc cites does not name a source within the State Department to substantiate the claim that the US has actually disbursed funds to the Foundation in any amount. If indeed that has been done then one can expect the State Department to be forthcoming in clarifying that point to the public. The Washington Post also could have verified facts with the Foundation.

3. Now, this is another part that doesn’t jell with Anwar’s clarification, namely the date of appointment. The Washington Post (WP) has this to say: “Riza moved to the foundation in December 2006 to become senior adviser to its executive committee and board of directors, according to documents released yesterday by the World Bank."

This point has been addressed above. Anwar Ibrahim wrote a letter to the World Bank in October 2006 requesting Riza be assigned directly to the Foundation instead of being assigned to the Foundation via the State Department. The letter was acted upon by the World Bank in December 2006. Even though it took two months for the Bank to follow up, the formality of adjusting the particulars of Riza's external assignment do not change the fact that she was already doing the work of the Foundation since September 2005 when she was sent to the State Department and given an assignment to set up the Foundation (which as stated above did not even exist at that point).

4. So, according to The Nation, Reza recruited Anwar Ibrahim to serve as its adviser [I wonder where Wolfowitz was then], and subsequently Anwar …… you work it out.

It should be stated that Ibrahim served with other respected individuals from the Middle East to assemble the Board of Directors of the Foundation. This press release is available in the public domain. It is also worth mentioning the list of other Board Members serving the Foundation, representing a distinguished group of people from around the world, which can be viewed on the website of the Foundation for the Future.


As for the broader conspiracy theories trumpeted by Ktemoc - this is nothing new nor is it creative. Ibrahim's detractor's have for over a decade tried to pin him with elaborate conspiracy theories linking him to neo-conservatives and zionists. It should be stated that Ibrahim has clearly stated his opposition to the Iraq war and clearly indicated his support for greater freedom and justice in the Muslim world in numerous speeches, articles, press releases, etc. Ibrahim has clearly stated that military intervention is not the solution and supporting indigenous democratic forces is essential - referring to places like Indonesia as vanguards in the Muslim world for the creation of more just societies. The fact that the mainstream media in Malaysia is advancing spurious allegations about Anwar Ibrahim as if they were fact is an indication that Malaysia ought to consider its future and what direction it is headed as well.

A Voice said...

abuzei

THanks for attempting to pose an answer.

But you have not denied the strong relationship of Anwar and the US State Dept and their obvious role in FFF.

WHat abt the close link of Anwar with Paul Wolfowitz, the architet of Iraq destruction?

Whatever shortfall of their democrasy and civil liberty, Iraq and its people lead a better life under Saddam Hussein. What has American invasion brought with their so-called democrasy?

In the first place, is America now under the Neo-Con democratic? My answer is NO!

W Bush cheated to win the Presidential election. He clamps on media and they psychologically abused its people. He force his will on the American people.

Is this the brand of democrasy Anwar wants to introduce to the world? The way the PKR run its last party election left much to be desired.

Duh

My Say