Dato' Mukhriz hari ni menyeru anggota UMNO supaya kembali kepada adat Melayu yang menghormati orang tua dan mengenang budi bekas pemimpin mereka.
Dalam satu Majlis Mengenal Calun Ketua Pemuda di Kota Baru, beliau meminta diletakkan Pak Lah di tempat yang tertentu sebagai bekas pemimpin. Sebagai bekas pemimpin, beliau harus dibenarkan memberi pendapatan pandangan.
Disamping itu, Mukhriz turut menggesa jangan diperlukan kepada Pak Lah sebagaimana yang berlaku kepada ayahandanya. Secara kebetulan, Dr Mahathir telah disembur dengan ubat pemedih mata di Lapangan Terbang Kota Baru semasa hadhir untuk menyampaikan syarahan anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan pada pertengahan tahun 2006.
Semasa musim pemilihan 2007, satu usaha besar-besaran yang dirancang oleh ahli Majlis Tertinggi telah dilakukan untuk menahan Dr Mahathir dari dipilih menjadi perwakilan untuk Bahagian Kubang Pasu menghadiri Persidangan Agung Tahunan UMNO pada akhir tahun 2006.
Sepanjang tahun-tahun 2006 hingga 2008, jemputan kepada Dr Mahathir untuk menyampaikan syarahan kepada ahli-ahli UMNO telah disekat oleh pelbagai pihak dalam UMNO atas arahan lisan dari Ibu Pejabat. Sebarang Majlis melibatkannya oleh mana-mana Pertubuhan akan cuba disekat dan dikenakan tekanan untuk membatalkan.
Akhbar-akhbar diarah oleh Dato Kamal Khalid, Ketua Komunikasi di Tingkat 4, Jabatan Perdana Menteri supaya tidak diberi liputan besar kepada sebarang berita melibatkan Dr Mahathir. Editor media perdana, khususnya oleh mereka-mereka sepertiKalimullah dan Anuar Zaini akan memutarbelit dan memesongkan kenyataan dan laporan berita mengenainya.
Namun begitu, pemikiran dan pandangan Dr Mahathir masih mendapat perhatian. Kenyataan dan syarahan beliau diberi liputan meluas oleh laman portal alternatif, laman berita Internet, blog-blog, dan media-media asing. Ini akhirnya menyebabkan ledakan media alternatif di Internet dan menjadi salah satu penyebab kejatuhan pengedaran dan reputasi media perdana hingga akhirnya penerangan pihak kerajaan tidak dipercayai langsung.
Utusan Malaysia melaporkan berita dari Bernama berikut:
Hormati Abdullah sebagai pemimpin agung - MukhrizDisamping itu, orang-orang muda seperti anak-anak muda - seperti yang di gelar 'budak Tingkat 4', konsultan seperti Ethos Consulting, dan Binafikir, dan pengurus-pengurus muda di syarikat-syarikat GLC yang dibawa untuk menggantikan engurus yang lebih berpengalaman - kelihatan seolah-olah diberi perhatian berlebih-lebihan dan kuasa sepenuh melampau keupayaan dan kebijaksanaan masing-masing.
Utusan Malaysia, Februari, 2009
KOTA BHARU 22 Feb. — Anggota Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir meminta semua rakyat terutamanya anggota Umno menghormati Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin agung selepas era kepimpinannya, apabila berakhir Perhimpunan Agung Umno, Mac ini.
Beliau berkata apa yang berlaku terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas menyerahkan jawatan pemimpin nombor satu negara kepada Abdullah tidak seharusnya berlaku lagi sebaliknya semua pihak perlu meletakkan mereka di tempat sewajarnya.
“Jangan lagi perlakukan Pak Lah seperti mana yang berlaku terhadap Tun Dr Mahathir kerana akhirnya Umno akan dibenci rakyat kerana tidak menghormati pemimpin.
“Kita mesti memberikan penghormatan tinggi kepada Pak Lah kerana dia adalah Perdana Menteri dan pemimpin kita,” katanya kepada pemberita selepas majlis memperkenal calon-calon kepada perwakilan Pemuda Umno Kelantan di Bangunan Umno di sini, hari ini.
Mukhriz yang juga calon Ketua Pemuda Umno berkata adalah menjadi adat bangsa Melayu mengenang budi bekas pemimpin mereka terutama kepada pemimpin yang sangat berjasa untuk bangsa dan negara.
Beliau berkata apa yang berlaku kepada Dr Mahathir sebelum ini perlu dielakkan kerana ada dakwaan yang mengatakan Kedah tewas di tangan pembangkang pada pilihan raya umum disebabkan anggota Umno tidak mengenang budi bapanya.
“Semua rakyat di Kedah marah dan kecewa dengan apa yang berlaku terhadap Tun Dr Mahathir dan diterjemahkan melalui undi pada pilihan raya,” katanya.
Ketika ditanya mengenai saranan agar Dr Mahathir dilantik sebagai penasihat sama ada di dalam kerajaan atau parti, Mukhriz berkata sebagai anak adalah tidak wajar untuk beliau memberikan pendapat.
“Terpulanglah kepada parti untuk berbuat demikian seperti mana yang dilakukan oleh parti lain apabila bekas pemimpin mereka dilantik sebagai penasihat parti selepas tidak lagi menjadi presiden,” katanya.
Mukhriz juga berharap proses peralihan kuasa itu nanti akan berjalan dengan baik dan berharap kepimpinan baru nanti akan meneruskan kesinambungan pemimpin sedia ada bagi memperbaiki parti dan memakmurkan negara.
Sementara itu, dalam satu majlis lain di Bentong, Pahang, Mukhriz berharap agar pucuk pimpinan Barisan Nasional meletakkan calon Umno untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah yang akan diadakan pada 7 April nanti.
Pimpinan parti hendaklah membuat pemilihan yang tepat dengan meletakkan calon anak tempatan bagi memenuhi aspirasi para pengundi di DUN berkenaan, katanya. - BERNAMA
Banyak tindakan-tindakan mereka yang kurang bijak dan berpandangan singkat telah ditumpukan untuk merombak polisi-polisi, usaha-usaha pembangunan dan syarikat-syarikat yang ada yang mempunyai tujuan jangkamasa panjang untuk membina kapasiti untuk pertumbuhan dan kepupayaan untuk bersaing. Sedikit sekali nilai tambah yangdapat disumbangkan olehanak-anakmuda ini.
Dengan kuasa yang diberi tanpa dikawal dan dipantau kepada orang-orang muda ini, mereka-mereka yang sudah lebih berpengalaman dan kukuh diketepikan untuk jawatan, peluang perniagaan dan peranan. Akhirnya anak-anak muda ini pun menjadi bongkak dan mengamalkan rasuah hingga kononnya mereka ini penentang korupsi, kronisma dan nepotisma pun menjadi pengamal yang lebih tegar.
Biarlah episod ini menjadi pengajaran kepada kita dalam menghadapi masa depan yang lebih mencabar agar tidak berulang lagi kejadian sedemikian.
Sesuatu itu harus dibuat dengan pertombangan yang seimbang, terperinci kajian, pelbagai aspek diambilkira, dan keputusan yang penuh kebijaksanaan. Kebolehan seseorang bukan hanya terletak pada nama Universiti, kertas ijazah, umur, dan nama keluarga untuk membuka pintu tetapi lebih penting sekali adalah kebolehan, komitmen, kesetiaan dan kepimpinan.
Biarlah adab menjadi asas kepada amalan kehidupan dan adab ini yang membina adat. Adat pula jangan hanya difahami sebagai ritual tetapi adat itu juga hukum, fitrah, dan kaedah dalam melakukan sesuatu.
Orang muda memang dikehendaki untuk masa hadapan tetapi orang tua jangan sekali diketepi. Bak kata satu pantun:
Bunga melor, bunga melati
Mari diletak di atas peti.
Yang tua di hormati
Yang muda disayangi
* Edited 1:00 PM 23/2 Maaf terlalu banyak kesilapan. Menghadapi masaalah teknikal.
28 comments:
Salam, mdalm makna Mukhriz tu, mjelang bln 3 mcm2 ada...
Terima kasih tuan di atas tulisan yang begitu menyentuh hati terutama apabila tuan membawa kembali sejarah di mana Tun diperlakukan sebegitu rupa. Sekiranya Pak Lah mengundur diri sepertiyang telah dijanjikan dan KJ kalah di dalam pemilihan KP, saya berjanji akan menghormati Pak Lah sebagai orang tua dan orang lama.
cool mukhriz. Aku agak KJ langsung tak dapat beri idea sangat bernas ni.
KJ, kau dah kena CHECKMATE!
kepada pencacai KJ, aku nak dengar idea bernas KJ yg kata kita mesti hormat Tun M.
ha ha ha!
Bro,
yang nyata manipulasi akhbar telah menyebabkan blogger pro khairy telah gila bayang akibat berita ini...
Anak Jati Kedah.
Khairy Jamaluddin telah melaksanakan tugas beliau sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO dengan baik dan telah menjalinkan hubungan yang rapat dengan ahli-ahli Pemuda UMNO Malaysia .
Tidak ada sebab beliau yang berjaya melaksanakan tanggungjawab walaupun terpaksa menempuh berbagai dugaan dalam kerjaya piolitik beliau tidak mampu untuk memenangi kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Kepada semua calon-calon perwakilan pemuda buat lah pilihan yang bijak dalam menentukan siapakah bakal ketua anda… jangan nilaikan anak siapa.. menantu siapa… anda sendiri menilaikan pucuk kepimpinan… dan saya yakin lagi cukup percaya.. pewakilan adalah daripada golongan yang cerdik pandai dalam menilai siapakah yang bakal akan menjadi ketua mereka.. ketepikan lah buat sementara budaya bodek membodek dalam memilih siapakah yang bakal menerajui pemuda UMNO Malaysia…
Tahniah Mukriz pun begitu aku nak kau cakap serba bikin. Kau sendiri asyik tak hurmat pemimpin agung UMNO yang pak hang fitnah, acum domda.
Bro_Jinggo
Anda boleh memberi komen di sini, tapi blog anda tidak boleh. Adakah ini budaya baru Pemuda UMNO nanti? Pemimpin tak boleh di komen?
Kalau tidak ditegur yang salah, akhirnya membawa kehancuran.
Khairy hanya menjalankan tugas itu betul.
Tapi jangan in-denial untuk memperakui bahawa kekalahan dan kebencian rakyat adalah disebabkan dia tidak menjalankan amar makruf nahi munkar.
Disebabkan dia hanya jadi tukang sorak dan tukang apa lagi, maka PakLah telah terbiar melalukan perkara-perkara yang melemahkan dan membawa kehancuran UMNO.
Itu serupa Khairy tak lakukan tanggungjawab yang lebih perlu.
Perwakilan pemuda mungkin boleh di karaokekan menjadi yakin tapi rakyat belum yakin dengan Khairy. Dia adalah seorang yang amat dibenci.
I have to remove parpu kari comment, coz it is not his.
He would usually use his regstered account. And this is not his usual position.
Express your comment, by all means, but do not play games!
Salam Oghang Ghombau...
Sapa kata blog saya tidak boleh beri komen...
Saya alu-alukan kepada semua komentar untuk memberi komen didalam blog saya... Tp kepada kaki carut dan yang suka memaki harap maaflah...
Saya sedih kepada pemberi komentar yang tidak saya siarkan dan saya mengangap mereka itu sebagai seorang yang penakut
Kenapa guna nama anonymous... baling batu sembunyi tangan. sama jugalah dengan saudara Oghang Ghombau...
Saya percaya saudara salah seorang daripada blogger ditanah air ini... Tp kenapa sembunyikan identiti saudara?
Adakah saudara talam bermuka dua....
Salahkah jika memberi komentar secara berhemah dan bersopan sedikit.
Akhir kata dari saya... jaganlah disalah ertikan perjuangan saya...
Dalam hal ini saya ingin meyakinkan semua pihak terutamanya ahli-ahli UMNO bahawa Khairy Jamaluddin merupakan seorang pemimpin yang berkualiti yang ada dalam UMNO pada hari ini. Oleh itu tidak salah lagi sekiranya saya meletakan diri beliau sebagai pemimpin masa depan pilihan saya.
P/S saya berharap komen saya disiarkan untuk berlaku adil kedua2 pihak....
Salam Perjuangan...
BJ
Thanks A Voice... kerana memberi peluang kepada saya berdiskusi secara berhemah bersama bloggers yang lain disini....
Saya hargai...
BJ
SALAM..
MAAF SENANG DI UCAPKAN..NAMA BAIK YG DAH DI CEMARKAN DAN HATI YG DILUKAI TU BOLEH KE DI UBATI..
THANK YOU A VOICE, TENGOKLAH BETAPA JAHATNYA FUCKATAN RIOT INI, ASAL TENTANG MEREKA JE PASTI MEREKA NAK KENAKAN KITA, BE CAREFUL GUYS..
THANKS AGAIN A VOICE FOR LETTING ME KNOW ABOT THIS MATTER..
SIR AND FRIENDS, DROP BY TO THIS BLOG, WHAT A DARING STATEMENT HAS MADE BY THIS BLOG OWNER MAN..
http://darulehsantoday.blogspot.com/
Siapa boleh menafikan bhw Tun M telah berjaya meletakkan M'sia di dlm kelasnya yg tersendiri dan beliau sgt dihormati sbg pemimpin yg berkualiti oleh pelbagai pihak di dlm dan luar negara.
Setuju dgn pendpt Mukhriz, cara Umno melayan Tun M adalah merupakan salah satu faktor yg menyebabkan ramai ahli tidak lagi menghormati parti tsb serta barisan kepimpinan yg ada sekrg.
Dalam masa yg sama, saya tidak dapat menolak jika dikatakan KJ itu individu yg bijak dan mempunyai bakat besar di dlm politik. Namun malang, kerakusannya sebelum ini mengkaburkan potensinya sehingga kini dianggap satu liabiliti. Hakikatnya sekrg, Pemuda Umno tiada option yg benar2 meyakinkan utk dipilih sbg pemimpin.
Mukhriz pernah di anggap sebagai biadab dan apabila Pak Lah telah membuat keputusan untuk mengundurkan diri , rakyat mula terasa, merasai , mula membuka mata dan nampak kebaiadaban anak kepada Tun Mahathir ini kepada pemimpin tertinggi UMNO ini.
Kita juga dapat melihat bagaimana , di akhir-akhir pencalonan , Mukhriz agak megah dan ke populariti beliau agak menurun dan kemungkinan Mukhriz tidak akan dapat mempertahankan ke populariti beliau untuk sampai ke garisan penamat.
Jika dikira dengan pencalonan yang beliau dapat , Mukhriz bukan lah calon yang popular sangat kerana lebih dari setengah bahagian tidak mencalonkan beliau.
Kita masih punya masa untuk memilih pemimpin yang terbaik, jangan sampai satu ketika nanti Tun sendiri akan mengumumkan sekali lagi bahawa anaknya bukanlah pilihan yang terbaik dan beliau sekali lagi telah melakukan kesilapan yang besar.
Pemilihan Ketua Pemuda UMNO perlu dinilaikan dengan pemikiran yang terbuka dan perlu dilihat akan kemampuan calon yang bertanding. Ketepikan semua unsur-unsur yang tidak menguntungkan pemuda.
Jika pemuda mahukan satu perubahan dan memantapkan lagi sayap pemuda UMNO. Jika memilih Mukhriz hanya kerana berlandaskan rasa segan kepada Tun dan memilih Mukhriz kerana mahu menyebelahi kekalutan dan krisis antara kedua keluarga ini bererti kita mengadai dan menyambung kemelut pergeseran ini agar berterusan.
Pemuda perlu melihat Khairy dan Mukhriz dari keberkesanan memimpin Pemuda UMNO dan bukan dari isu krisis kedua orang tua mereka.
Mukhriz yang berpayung dan bergantung kepada pengaruh ayahnya tidak mungkin dapat memimpin pemuda secara relevan kerana pengaruh Tun yang terlalu banyak mencampuri urusan kepimpinan UMNO tidak mungkin akan memberikan satu kepimpinan yang positif dan bebas kepada pemuda.
Jelas pencalonan yang di berikan kepada Khairy membuktikan Khairy adalah pemimpin yang sebenarnya tidak bergantung kepada pengaruh bapa mertuanya, apa yang diperolehi adalah hasil terjemahan pemuda UMNO yang telah menilai kebolehan beliau selaku naib ketua pemuda UMNO.
Khairy yang tidak lagi dibayangi dan dilindungi payung bapa mertuanya kini bertanding secara “gentelman” dengan menghidangkan daya dan kebolehan beliau memimpin pemuda UMNO melalui jawatan beliau sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Yang perlu dipilih sekarang adalah Ketua Pemuda UMNO dan bukan anak atau menantu sesiapa.
Pemuda perlu bijak untuk mengasingkan dua keadaan yang berbeza ini dan pemuda perlu memikirkan kepimpinan yang bagaimana yang di perlukan bagi menjadi pemuda sebagai satu sayap yang agresif dan di segani oleh parti lawan.
KJ adalah Naib Ketua Pemuda yang paling beruntung mendapat liputan percuma di kalangan bloggers dengan mencipta macam-macam skandal mengenai KJ. Bukan mudah mahu mendapat publisiti sehebat yang diberikan pada KJ. Itulah tanda-tanda orang bertuah.
Orang Melayu ini perangai suka pada gosip. Mereka mudah percaya dan terpengaruh dengan tukang umpat dan pemfitnah. Kalau tak betul mereka dapat dosa, KJ dapat pahala. Kalau macam ini punya hentam, jangan kata manusia, ‘transformer’ pun boleh berkecai.
Tapi Khairy nampaknya terus steady.
Malah Khairy terus kukuh walaupun sudah empat tahun dihentam oleh berpuluh-puluh bloggers akhbar tabloid dan buku penulis politik secara berterusan. Kalau kita boleh ibaratkan dia sebagai satu transformer, satu skru pun tak tercabut dan satu wayar pun tak putus. Mesti ada sebab kenapa Tuhan lahirkan pemimpin muda yang sekuat ini dalam politik Malaysia.
TAK KENAL MAKA TAK CINTA
Mungkin Khairy (KJ) tahu kalau ada sejuta orang yang bencikan kita, ada sejuta pula yang kasihkan kita.
Beliau juga merupakan tokoh pemimpin pelapis yang bukan sahaja pandai kerana ada kelulusan dari Oxford. Sekadar kelulusan sahaja tak cukup. Tapi dia memang telah mempamerkan ‘karisma’ dan kebijaksanaannya dalam politik, terdedah kepada politik global, berpandangan jauh, lebih cekal dan lebih tekad untuk menjadi ‘world figure’.
Bukan calang-calang anak muda yang dilahirkan di Dubai, dibesarkan di beberapa buah negara termasuk Jepun dan England ketika ayahandanya menjadi Duta Malaysia di luar negara. Selaku generasi muda yang dapat menggarap dan mengupas ideologi, motif dan strategi global serantau maka tak hairan jika dia dapat mencanang atau aturkan politik Pemuda ke taraf ‘global’.
Inilah untungnya bila mereka yang mahu menjadi pemimpin dapat menguasai ilmu pengetahuan, kaedah analisis dan idea-idea alternatif yang dapat menghadapi kemaraan mereka dalam menghadapi dunia tanpa sempadan akibat boleh berfikir secara ‘lateral thinking’ mengikut Edward De Bono.
Kita memerlukan seorang ketua pemuda yang berani lagi lantang di persada politik masa kini yang boleh membela nasib orang melayu… seorang ketua daripada golongan yang eklusif dan bangsawan yang sukar didampingi perlu di tolak untuk memimpin pemuda UMNO malaysia…. hanya mereka yang pernah melalui kesusahan memahami jiwa rakyat kebanyakkan terutama melayu kita… Manifesto setiakawan yang diperkenalkan oleh Khairy, menggambarkan perjuangan persahabatan dengan tujuan utama untuk mengurangkan jurang antara akar umbi dan pemimpin.
Marilah kita semua ketepikan sebarang tanggapan yang kurang elok terhadap beliau. Kita fikirkan secara rasional. Beliau amat-amat berkemampuan untuk mengambil alih tugas yang bakal ditinggalkan oleh YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien sebagai Ketua Pemuda UMNO. Insya’ Allah sekiranya YB Khairy Jamaluddin berjaya dalam pemilihan kelak, Pergerakan Pemuda UMNO akan kembali perkasa dalam menjadi tulang belakang perjuangan UMNO itu sendiri
Salam Setiakawan
BJ
SUKJ
Kes still pending in court. Being charge is Nik Sapeia. Players behind the scene are Anuar Musa and wachamacallit Ketua Bahgian Kuala Kerai.
If you do not have anything intelligent to stay can you go away.
HHMMMM, FOR ME KJ HAS DONE A LOT OF DAMAGE, HE HAVE TO ANSWERA LOT OF ISSUES....ECM LIBRA, TEMASEK AND MORE AND MORE...
ENOUGH IS ENOUGH, TO REGAIN CONFIDENCE FROM PEOPLE FOR UMNO KJ HAS TO GO...SORRY...
DATO MUKHRIZ'S QUALITY IS HE IS VERY SHARP BUT HE DONT USE HIS SHARPNESS TO BECOME A PARIA LIKE OTHERS DO...
SORRY...THAT IS MY OPINION, NO MATTER OW LONG YOU WRITE AND EXPLAIN...DAMAGE HAS BEEN DONE...
"Kepada semua calon-calon perwakilan pemuda buat lah pilihan yang bijak dalam menentukan siapakah bakal ketua anda… jangan nilaikan anak siapa.. menantu siapa" ~ Bro Jinggo
Maaf Bro, sekadar niat untuk bertanya..saya kerap kali membaca artikel-artikel "membelasah" TDM dengan anak-anaknya sekali, dan apa jua tindakan yang diambil oleh Mukhriz, bloggers yang pro KJ akan turut memperlekehkan Mukhriz dan bapanya sekali. Perubahan nada itu bagus, tetapi adilkah? Apakah kerana Mukhriz meminta Pak Lah dihormati biarpun tidak lagi bergelar PM? Kenapa tidak anda semua yang memulakan dahulu? Saya percaya, jika pro KJ tidak membelasah TDM dan memperlekeh Mukhriz, KJ akan menang mudah..dan mungkin tidak perlu bersaing dengan Mukhriz...
Sekadar pandangan yang tidak seberapa..
steady lar Dato' Mukhriz! InsyaAllah sejarah yang akan membuktikan kebenaran seseorang pemimpin!
Bro Jinggo,
Ini bukan soal berkualiti atau tidak. Ini soal persepsi rakyat terhadap calon (KJ), pandangan masyarakat diluar sana. Jangan fikir setiakawan UMNO saja, fikir sama golongan atas pagar (macam saya nih).
Tolong fikir, bagaimana nak menawan kembali hati yang terluka orang dalam UMNO, bekas2 dan yang tak UMNO selama beberapa tahun ini.
Dan sikap setiakawan itu amalan yang baik sekali, ianya lebih terserlah bila mana kita menang atau kalah nanti, jangan bila menang sahaja berkawan.
Kawanku, semua orang kenal Khairy dan tahu kualiti yang ada padanya. Jangan sape pun pertikaikan.
Tapi, jangan pula perlekeh atau mengurangkan kualiti yang ada pada calon lain.
Cuba2 ingat kembali beberapa tahun terakhir pemerintahan Mahathir, dia ada 3 pilihan. Anwar, Najib & Badawi sebagai calon pengganti. Siapa yang terpilih? bukan ke mentua KJ calon terbaik tatkala itu, aku ulang lagi " ketika itu! ". Bagaimana KUALITI calon-calon lain?
salam setiakawan dan perkenalan..
-azienmat-
Bro Jinggo,
Saya telah melihat kesemua blog saudara. Ia menarik sekali.
Tapi, boleh kata semua berita mengenai KJ, saya rasa saudara boleh luaskan skop penyampaian suara mewakili parti saudara dan blok non opposition. Banyak lagi berita yang boleh di sampaikan kepada surfer, sebagai satu daawah untuk rakyat medekatkan diri pada parti anda, khasnya Pemuda UMNO yang bakal dipimpin KJ.
Itu pun kalau Bro benar2 ingin masyarakat terpikat dengann UMNO saudara, dan merapat kembali kem2 yang akan kalah pertandingan kelak..
Barulah tak nampak sangat anda buka blog dibayar tapi semata-mata berdasarkan sikap sukarelawan dan setiakawan untuk perjuangan..
salam setiakawan dan perkenalan..
-azienmat-
Ada dua tiga perkara yang harus diberi perhatian:-
1. Mahathir dahulu menghormati atau tidak pemimpin yan terdahulu darinya seperti Tun Razak, Tun Hussein, Tengku Abd. Rahman? Pernah dahulu dia mengutuk Tengku Abd. Rahman hingga hendak musnahkan memorial beliau. Kalau kita tidak menghormati orang lain, orang lain tidak akan menghormati kita.
2. Apa yang kita buat semasa kita memegang jawatan. Diakui banyak yang Mahathir buat untuk Malaysia tetapi tidak semuanya disukai atau sipersetujui oleh rakyat. Bantah dari rakyat tidak diperdulikan. Contohnya: PPSMI, Tambak Johor, Empangan Bakun, Putra Jaya, dll. Mengapa sekarang baru nak bantah? Ini satu lagi perkara. Adakah diberi peluang untuk rakyat menyatakan pendapat mereka? Melalui siapa atau apa? Wakil Rakyat? Semua "Yes men" ketika itu. Media massa? Utusan Malaysia? Berita Harian? The Star? TV1, TV3? Berapa banyak syarikat media cetak di tarik lesen? Rakyat marah dalam senyap!
3. Bila sudah bersara/berhenti, jangan masuk campur lagi secara langsung. Mahathir masih mahu orang mengikut pendapat dia walau pun sudah berhenti. Rakyat marah lagi!
kepada peminat politik jangan bergduh.jangan menujuk kan politik umno kotor.aku pun orang muda gak.tapi aku tak minat semua calon pemuda umno.semua ada cara masing2.aku tengok semua tak layak.aku hairan kenapa politik umno mesti ada mak bapak depa pemimpin mesti anak2 ada jawatan.sedang kan umno bukan yg mak bapak depa.yang melayu.aku x minat pemuda ckap pandai,kerja harap duit nak.tak dak keiklasan perjuangan.ketiga-tiga calon pemuda ada rekod buruk.mereka semua datang dari mak bapak kaya.itu yang senang meraka jadi calon.
kepada peminat politik jangan bergduh.jangan menujuk kan politik umno kotor.aku pun orang muda gak.tapi aku tak minat semua calon pemuda umno.semua ada cara masing2.aku tengok semua tak layak.aku hairan kenapa politik umno mesti ada mak bapak depa pemimpin mesti anak2 ada jawatan.sedang kan umno bukan yg mak bapak depa.yang melayu.aku x minat pemuda ckap pandai,kerja harap duit nak.tak dak keiklasan perjuangan.ketiga-tiga calon pemuda ada rekod buruk.mereka semua datang dari mak bapak kaya.itu yang senang meraka jadi calon.
Post a Comment