Kononnya bergema nama Khairy dilaungkan semasa pencalunan,
tapi kenapa ramai juga tidak ikut sama bangun berteriak
Satu pesanan ringkas diterima pada pukul 2 tadi yang berbunyi:
Pencalonan kj d rembau dbuat oleh setiausaha bhg selaku wakil bhg ke mesy pemuda. Pencalunan mukhriz dhalang dgn menarik pwakilan2 yg cuba calonkan mukriz jauh dr pembesar suara. Satu lg kehebatan kj mguna cara tidak umno utk jd pmimpin umno.Apabila jurublog bertanya kepada seorang pemegang jawatan UMNO Bahagian mengenai peristiwa ini, dia merasa lucu mendengar Setiausaha Pemuda Bahagian yang membuat pencalunan.
Dia bertanya, "Tidak adakah wakil Jawatankuasa Pemuda Bahagian lain atau perwakilan dari floor yang boleh mengemukakan pencalunan? Pelik cara demikian kerana Setiausaha dilantik dan bekerja langsung di bawah arahan Ketua Pemuda."
Memang mungkin ada kebenaran. Episod pencaluan untuk jawatan Ketua Pemuda di Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Rembau sungguh melucukan.
Malaysiakini.com melaporkan peristiwa ini dan versi laporan mereka adalah seolah-olah diatur 'kekecohan' supaya tidak ada pencaluan lain.
Dari kumpulan laman-laman blog pro-Khairy, yang telah dipadusuara propaganda blog-blog mereka minggu ini, dilaporkan seolah-olah ianya satu kemenangan besar buat Khairy di Rembau. Satu blog melaporkan bergema nama Khairy dilaungkan.
Hairan bin takjub, apa perlu dibesar-besarkan kemenangan Khairy di Rembau? Bukankah lumrah seseorang calun tempatan mendapat pencalunan dari Bahagian sendiri?
Cuba bayangkan
Untuk memenangi pencalunan Bahagian sendiri, Khairy telah bermatian-matian bermesyuarat dan mengatur strategi, bermodal, muncul dua kali berturut-turut di Astro, mendapat temuramah Malay Mail, mungkin meminta laporan ditulis mengenai Rembau di beberapa akhbar perdana dan tabloid politik, dan berhabis-habisan blog-blog pro-Khairy (yang antaranya adalah jurublog pro-Anwar) memuji diri, dan mengkritik dan memfitnah Mukhriz dan Dr Khir.
Mungkin pasukannya percaya orang ramai akan termakan kata-kata bahawa Khairy tidak ada lagi bantuan dari Abdullah yang akan meletakkan jawatan.
Dengan memburuk-burukkan Mukhriz dan Dr Khir - melalui cara fitnah balas Mukhriz main duit, melekatkan gambaran Mukhriz sebagai tikus, dan mempermainkan rupa wajah Dr Khir -, jurublog tidak pasti itu akan berjaya memperbaiki persepsi ke atas dirinya dalam masa terdekat.
Ini jelas kelihatan reaksi balas kumpulan Khairy terhadap gambaran buruk terhadap Khairy yang dipaparkan oleh pelbagai blog. Reaksi berdendam tidak bijak dan matang kerana realiti persepsi terhadap Khairy adalah ia sudah terbina bertahun-tahun di blog-blog pembangkang dan laman web seperti Malaysia Today.
Khairy selama ini dia tidak ambil hirau dan peduli kritikan dan teguran yang berasas terhadapnya. Dia sering melakukan aksi dan 'stunt' yang terlalu mudah dibaca terjemah politik tersirat dan menimbulkan kemarahan dan kebencian ramai. Pelbagai kontroversi dijawab secara letak bawah karpet dan bukan dijelaskan dengan terang. Salah siapa?
Akhirnya ini dimanifestasikan di blogosphera melalui tulisan blog peribadi dan para komentar berbilang kaum yang jauh lebih banyak dari blog-blog partisan. Melawan pandangan awam dengan cara kasar boleh memakan diri dan menguatkan lagi persepsi sifat angkuh dan sombong Khairy.
Keanihan
Penulis faham Khairy tidak boleh ambil mudah dan perlukan kemenangan di Rembau untuk menjaga maruah air muka. Jika Bahagian yang diketuai sepupunya boleh dapat pencalunan, tentu memalukan kalau Bahagian sendiri tidak mencalunkan.
Namun begitu, usaha berlebih-lebihan Khairy di Rembau agak anih sekali, kerana "game over" untuk perlumbaan mendapat pencalunan.
Hairan, Khairy takut ada pencaluanan lain di tempat sendiri. Kalau Mukhriz dan Dr Khir dicalunkan, tentu mereka akan kalah dan undi yang diperolehi sangat sedikit berbanding 'calun tempatan'.
Kalau difikirkan, tidak patut 'budak-budak penyokong' Mukhriz atau Dr Khir bersungguh-sungguh mahu menewaskan Khairy di Rembau. Janganlah sampai menjatuhkan maruah orang di tempat sendiri. Selepas ini, kiambang perlu bertaut kembali.
Adakah ini dendam penyokong Mukhriz atas usaha memalukannya pada hari pertama di Machang yang diketahui ramai adalah kampung sahabat baiknya dan kampung angkat Mukhriz di Kelantan?
Undi tidak percaya
"Pasukan kempen PRU Khairy di Rembau dengan kereta Rexton seragam megah hitam ke sana ke mari menaikkan meluat orang kampung
Atau ini hanya sebenarnya masaalah dalaman Rembau? Jangan lupa bahawa undi majoriti UMNO di Rembau semasa PRU12 merudum jatuh banyak sekali kepada calun PKR, Chegu Bard kerana faktor Khairy.
Pada tahun lepas, Khairy menghadapi usul undi tidak percaya. Difahamkan ia berpunca dari tindakan Khairy mengubah nama perwakilan ke PAU yang telah ditetapkan Mesyuarat Bahagian.
TEkanan terhadap Khairy begitu besar hinggakan Khairy memerlukan bantuan luar - dari UMNO Bahagian dan Negeri, termasuk Menteri Besar - untuk mengenepikan usul oleh Azman Mohd Shah. Usul tersebut dapat dimatikan dengan satu undi dan cara pun tidak beretika.
Semasa proses mendapatkan pencalunan cawangan untuk Ketua Pemuda Bahagian Rembau, Khairy terpaksa berhempas pulas dan bermodal besar, katanya untuk memastikan Azman tidak cukup pencalunan. Kenapa Khairy bermati-matian takut untuk hadapi Azman, seorang pegawai syarikat insurans, yang tidak berkemampuan dan jauh lebih rendah tahap pelajaran dan tahap intelek? Adakah jika lepas pencalunan, Azman mampu mengalahkan Khairy?
Mingguan Watan terbaru dan beberapa blog pro-Khairy melaporkan Azman dibiayai Mukhriz untuk menafikan Khairy pencalunan. Laporan itu agak berlainan dari sumber-sumber yang diperolehi dari Rembau.
Jurublog ini pernah diperkenalkan dengan Azman. Dari yang penyelidikkan yang dijalankan, dia lebih cenderung membantu pencalunan Zahidi atau mungkin Dr Khir. Dia tidak ada masaalah dengan Mukhriz tetapi tidak mahu dilihat berpihak dalam perlawanan yang dianggapnya proksi dua pembesar.
Ini seolah-olah tersirat satu usaha untuk memalukan Azman dan membunuh terus kerjaya politiknya dalam UMNO.
Syabas Khairy, akhirnya dapat menambah pencalunan dari Negeri Sembilan, selepas Bahagian Tampin yang diketuai sepupunya mencalunkannya. Tetapi pencalunan terakhir Negeri Sembilan ia-itu Seremban diperolehi oleh Dr Khir Toyo.
Mukhriz, yang isterinya berasal dari Kuala Pilah, mendapat lima dari lapan pencalunan Negeri Sembilan.
------------------------------
Malaysiakini.com Nov 8, 08 2:41pm
Mesyuarat Pemuda Rembau 'kecoh sedikit'
Abdul Rahim Sabri
Mesyuarat Pemuda Umno Rembau 'kecoh sedikit" sewaktu proses pencalonan bagi ketua Pemuda Umno Malaysia diadakan pagi tadi.
Ia berlaku selepas nama Khairy Jamaluddin yang juga ketua Pemuda bahagian tersebut dicadang dan disokong untuk jawatan tersebut.
khairy jamaluddinSebaik sahaja nama Khairy dicalon, ada perwakilan yang terus membuat cadangan supaya pencalonan ditutup dan disokong oleh perwakilan lain.
Menurut sumber-sumber, ketika itu ramai perwakilan meluangkan nama 'Khairy' tanda penyokong pencalonannya
Ketika itu, seorang lagi perwakilan berjalan ke arah mikrofon dan meminta supaya dibuka semula pencalonan.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan nama calon-calon mahu dicadangkan.
Perwakilan lain yang melihat keadaan itu mula bangun dan menjerit "KJ, KJ, J" serta "Pencalonan ditutup, pencalonan ditutup".
Seramai 308 perwakilan hadir dalam mesyuarat perwakilan itu yang dirasmikan oleh Ketua Umno bahagian Rembau yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Pengerusi tetap kemudiannya memutuskan pencalonan telah ditutup atas alasan majoriti perwakilan mahu Khairy dicalonkan sebagai ketua Pemuda.
Berikutan itu, Khairy terpilih sebulat suara sebagai calon ketua Pemuda, manakala exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican dicalonkan untuk naib ketua.
Setakat ini, Datuk Mukhriz Mahathir mendahulu dengan 74 pecalonan, Khairy 53 dan Datuk Khir Toyo (58). Bagi naib pula ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim mendahului dengan 94 pencalonan dan Reezal sehingga ini mendapat 82 pencalonan.
Sementara itu, Khairy berkata, pencalonan beliau di tempat sendiri itu telah melengkapkan kempennya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda.
"Pencalonan ini tidak sempurna jika rakan-rakan saya sendiri tidak menyokong kita. Ini maruah saya," katanya selepas mesyuarat itu.
Sementara itu, Khairy juga kekal sebagai ketua Pemuda Umno bahagian tersebut selepas menang tanpa bertanding hari ini.
Manakala Mohd Shafrul Azman juga menang tanpa bertanding bagi jawatan naib ketua Pemuda bahagian selepas memperoleh 96 pencalonan daripada 100 cawangan dalam bahagian berkenaan.
* Diedit dan kemaskini 9/11/2008 7:40 am
9 comments:
But the 3 corner fight for the Youth Chief might benefit KJ. His own votes might be solid whereas Mukhriz and Khir Toyo votes will be split.. especially amongst TDM's supporters. If Dr. Khir does not pull out and anti-Khairy votes are split, my money is on the rembau fella to win. Just humble opinion.
- a TDM fan
pondan memang macam tu... sama macam bapak mentua dia...
Kita TERPAKSA juga ucapkan tahniah sebagai kelaziman di atas kemenangan BERSEJARAH KJ di Rembau kerana di situlah ia lahir dan di situlah kuburnya.
Hanya KJ tahu betapa 'ngerinya' cara dia menang, Hanya Kj yang tahu betapa peluh jantannya meleleh di subuh hari sebelum hari Mesyuarat Agung. Kini KJ lega kerana dia makin yakin 'wang' sangat sangat berperanan dan MENJAMIN kemenangan seterusnya.
Saya menyimpan sebaris kata TAHNIAH untuk diucapkan kepada KJ pada Mac nanti dan saya berharap KJ tidak menghampakan saya dengan menukarnya kepada TAKZIAH
What the hell!
Khir Toyo should have just defended his MT seat.
It is unlikely for him to pull out at this stage. He spent too much already, and he will turn into a political nobody if he were to step down.
Oh Lord! I pray Khir's nominations was manufactured by Mahathir, and he will back off soon.
damn... I want the urban monkey out!
Now Now Now!
let's hope ALL 'money politics' culprits get exposed very soon
then UMNO will chart a path to rejuvenation and strengthen the foundation of early "perjuangan" -
free from materialistic gains
if KJ goes into the transparency shower and comes out clean, without filth on the bathroom floor, he deserves the win
otherwise he better learn to eat humble pie and recede to the background
memang la orang akan cakap bermati-matian KJ dpt pencalonan kerana orang yang nak sabotaj telah gagal untuk buat kecoh di Rembau ..
orang yg gagal akan cakap KJ pulun giler untuk menang pencalonan di rembau . Isu dia muncul di Astro Awani tak perlu timbul ,semua calon Pemuda telah muncul untuk ditemuramah termasuk KHir ,Razali ,dan Muhkriz .
Hidup KJ !!!
KJ menang pon korang pertikaikan, ish ish ish. Mati kena gelek lori politik KJ baru lah puas agaknya. Melayu oh melayu, inilah nasib mu. Naikkan orang dan turunkan orang. Sabar je lah.
Pistolair
Komentar adalah tempat untuk berbicang dan memberi komen, khususnya mengenai artikel yang diterbitkan, atau sekurang2nya subjek yang dibincangkan artikel.
Komentar bukan bermakna tiru dan tampal artikel luar sepenuhnya dan artikel yang anda tampal tidak berkait dgn tajuk pun.
Maka saya terpaksa buang artikel tersebut. Sesiapa ingin baca cari di blog Raksasa BN.
Post a Comment