Tuesday, April 10, 2012

'Ilham Pujangga' menemui ilahi

Ismail Haron (1946-2012)

Al Fatihah!

Baru saja membaca berita berikut:
Ismail Haron meninggal dunia

Berita Harian
2012/04/09

KUALA LUMPUR: Penyanyi Singapura yang popular di negara ini sekitar tahun 70-an, Ismail Haron, 66, meninggal dalam tidur di kediaman kakaknya, Hamidah di Jurong West, kira-kira jam 2 petang tadi.
Ismail yang masih solo mula memancing perhatian peminat muzik sejak akhir 1960-an dengan beberapa dendangan popular termasuk Ilham Pujangga selain menjadi rakan duet Anita Sarawak membawakan lagu versi saduran seperti La Au Be dan Mustafa.

Pada zaman kegemilangannya, anak seni yang bakal meraikan ulang tahun ke-66, 13 Mei ini mengambil keputusan berhijrah ke Australia pada awal 70-an dan hanya kembali ke tanah air sekitar 2000.

Pengurusnya, Maria Sata ketika mengesahkannya berkata, kali terakhir Ismail mengadakan persembahan di Singapura pada 2011 manakala di Malaysia pula kunjungan terakhir kira-kira dua tahun lalu ketika diundang menjayakan Konsert DiRaja di Kuala Perlis.

Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Jurong, Singapura.
Sedih kami dengan peninggalan penyanyi "Ilham Pujangga". Lagu tersebut begitu memberansang dan menusuk jiwa ketika lagu ini popular. Kami masih dalam belasan tahun.

Dengar Ismail Haron sendiri mendendangkan lagu tersebut (dengan lirik dibawah) yang begitu bermakna buat anak-anak muda.


Ilham Pujangga

Ilham dari pujangga
Berdiam diri bukan ertinya kau salah
Biar cercaan sekali datang menimpa
Sudahlah memang adat di dunia
Bersuaralah kamu pada perkara berguna
Itulah sifat orang bijaksana

Ia anak muda tidak kerana tergelincir kakinya
tetapi matinya anak muda itu kerana tergelincir lidahnya
berdiam dirilah kamu kepada perkara yang bukan-bukan
bersuaralah kamu kepada perkara yang memberi kebaikan

Berikanlah tenaga
Untuk nusa dan negara
Ini zaman kemajuan
Jangan kita ketinggalan

Kasih sesama manusia
Apa di atas sayangkan diri anda
Pandang yang satu kepada yang ramai sayang
Pandang yang ramai kepada yang satu

Usahlah ditanya apakah bakti negara untuk kamu
tetapi tanyalah apakah bakti kamu untuk negara
berjasalah kamu untuk keharmonian negara

Kau katakan pada aku sekarang jua
apakah pendapat kau atas kewajiban muda-mudi...

Pembela, harapan dan tiang negara, bangsa dan negara...

Bagaimanakah cara yang patut aku tunjukkan kewajiban ini...
Kau mempunyai akal bukan, tepuklah dada tanya selera.

Tunggukanlah hati mu
Pertahankan ibu pertiwi
Jauhkanlah diri mu
Dari perkara yang merugi

Maaf mudi dan muda
Ku susun jari sepuluh
Aku bukanlah seorang pujangga
Hanya seorang penyanyi biasa
Ismail, yang merendah diri membahasa dirinya sebagai penyanyi biasa, mendesak anak muda supaya usah kecewa. Mereka harus ke hadapan untuk lakukan perkara berguna dan membawa kebaikan buat diri, masyarakat dan seantero dunia.

Elok sekali lagu ini dimainkan untuk menjadi panduan keada anak-anak muda yang mahukan pedoman. Dalam mengejar kejayaan, kekayaan dan kemasyhuran, usah lupa untuk berbakti kepada negara, memainkan peranan mengasihi sesama manusia, dan menjaga keharmonian negara.

Ramai antara anak muda sering tertanya apakah peranan yang mereka boleh mainkan.

Menurut Ismail Haron, jawapannya mudah. Terpulang kepada cara dan akal masing-masing untuk mencari peranan. Yang penting, peranan anak muda harus jadi pembela, harapan dan tiang negara, bangsa dan negara.

Janganlah anak muda yang diharapkan menjadi sebaliknya penggadai kebebasan dan kemerdekaan, penghancur harapan masa depan dan meruntuh tiang asas bangsa dan negara.

Semuga Allah cucuri roh Allahyarham dan ditempatkan bersama roh para syuhadah. Amin.

10 comments:

Dot said...

Innalillah...

he's among my favourite singers...manly voice!

may Allah SWT grant him & his soul among the blessed ones, ever..

Zaidi said...

Dear Brick
Kita kehilangan permata-permata budaya yang memberi kita erti menjadi Melayu. Pejuang seni negara dan pejuang bahasa, isikan dada dan ingatan anak-anak dan bangsa dengan karya bukannya undang nahu dan linguis. Tanpa lagu "Ilham Pujangga" pastinya dunia berfikir orang Melayu itu tandus dengan akhlak dan seni. Utus Al-Fatihah dan doa ke atas ruh. Terima kasih kerana lagu yang indah.

Rockybru said...

Perkara yang merugi ... (kot)

Thanks for the tribute. Ismail Haron ni Tom Jones Melayu dulu kan? There was another early Melayu rocker, Mike Ibrahim, if I'm not mistaken.

Alfatihah buat Ismail Haron. I grew up with his songs and Anita Sarawak's.

Anonymous said...

Brick..
"Elok sekali lagu ini dimainkan untuk menjadi panduan kepada anak-anak muda yang mahukan pedoman"..
Nanti ada pulak yang petikaikan lagu dan penyanyi dari Singapura.
Macam baru2 ini selepas Anugerah Berita Harian.

Wak

musicalliberalist said...

Wak

Peduli yabg fikiran sempit, patut masukkan sekali indon brunei dll utk kategori lagu2 melayu.

Asyik juara kg tapi nak teriak, lihat dunia!

Contohi grammy award.

Persaingan will do our local performer some good. Takkan siti nurhaliza tak blh titek kris dayanti?

Anonymous said...

Abang Mail funeral was a solemn one .many friends and relatives attended his last respect in masjid pusara aman.
he is a legend 2nd to p.ramlee.

may his soul be blessed.amin.

Anonymous said...

Dulu masa dia nyanyi dengan Anita Sarawak zaman-zaman RTS orang tunggu depan tv. Kalau ada plan nak keluar pun cancel.

Suara dia memang sangat unik. Very manly.

Diabadikan dalam lagu Anita Sarawak 'Pemain Piano' mungkin referring to her first husband, a pianist.

....'Ku tanya pada Ismail Haron, siapakah pemain piano yang bergaya...'

Gurindam Jiwa said...

Ismail Haron sang Ilham Pujangga live in Singapore at Konsert Rahsiaku Rahsiamu (with Anita Sarawak) on 1st Jan 2010. He was joined by Cikgu Zaharah Salleh, the original voice in the 1972 recording. The song was composed by A. Rahim Yadi and lyrics by Ismail Haron.

انّا للہ وانّا الیہی رجیعون. الفاتحة

zurani said...

Late A.Rahim Yadi was my father's uncle..

Unknown said...

Al fatihah kpd roh beliau..amin

My Say