Thursday, August 09, 2012

Biar masyarakat menilai Tanda Putera – Dr. Sivamurugan


KUALA LUMPUR – Jangan ditunda sebaliknya biarkan sahaja penayangan filem Tanda Putera pada tarikh yang telah ditetapkan, tegas Timbalan Dekan, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr. Sivamurugan Pandian.

Katanya, sekiranya dalam masa tayangan itu, khalayak mempertikaikan adegan peristiwa 13 Mei yang acap kali diperkatakan sebagai tidak wajar diselitkan dalam filem itu, kemudiannya barulah filem itu sesuai ditarik tayangannya.

“Biar tayangannya diteruskan pada tarikh yang ditetapkan.Masyarakat akan menilai sendiri sama ada wajar atau tidak filem itu ditonton. Kalau dalam masa satu atau dua hari tayangan sudah dipertikaikan, jadi tarik terus tayangannya,” ujarnya ketika dihubungi oleh Mysuara.net bagi mengulas filem arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba itu.

Tambahnya, pelbagai persepsi yang timbul oleh masyarakat dilihatnya lebih menjurus kepada unsur politik.

Beliau memberitahu: “Mereka kata jika filem tersebut ditayang akan ganggu hubungan kaum dan sebagainya. Saya tidak bersetuju kerana bagi saya mana mungkin berlaku masalah kaum selepas tonton filem itu, kerana kita sendiri sudah bersatu”.

“Suara-suara yang bising sekarang hanyalah dibayangi oleh anasir-anasir politik yang ditimbulkan oleh beberapa pihak yang tidak berpuas hati. Itu sebab saya katakan biar filem itu ditayangkan dan kemudian barulah kita membiarkan masyarakat sendiri menontonnya,”ujarnya.

Jelas Dr. Sivamurugan, pengarah filem itu, Shumi tidak mungkin sengaja mengambil risiko membikin karya yang akhirnya memakan dirinya sendiri.

“Shuhaimi tidak mungkin suka-suka ambil risiko mahu mencetuskan kontroversi. Sebelum dia menjalani penggambaran pun pastinya dia dan pasukannya sudah mengadakan perbincangan mengenai filem itu. Apa yang baik dan buruk untuk dipaparkan.

“Bahkan saya juga difahamkan, dia menjalankan penyelidikan lebih setahun untuk mengumpul fakta mengenai dua tokoh negara itu serta kejadian yang berlaku sepanjang pemerintahan mereka. Jadi pastinya dia tahu apa yang dia lakukan,”ujarnya mengakhir perbualan.

MySuara.net 
August 9th 2012

1 comment:

Anonymous said...

Sekadar pandangan....

Tahniah kepada Medan Info dan YB Zul Kulim kerana fakta 13 Mei 1969. Insaf lah orang Melayu. Persiapkan diri dan keluarga supaya maruah Melayu senantiasa di tahap tinggi dan dihormati. Ajar and asuh lah anak kita supaya membenci Cina DAP dan penyokongnya. Mereka adalah perosak bangsa Melayu dan agama Islam.Awas
Ikhlas
Nasirwise.blogspot.com

My Say