Tuesday, May 22, 2007

May 13: Buku Teori Konspirasi, Kajian Tangkap Muat

Banyak yang boleh dipersoalkan nilai keilmiahan buku kontroversi Dr Kua Kia Soong, May 13, tetapi mungkin biarlah pakar-pakar ilmu yang melakukan. Buat diri saya, buku ini jelas sekali adalah satu usaha "historical revision" berdasarkan teori konspirasi igauan penulis untuk menidakkan usaha murni seorang pemimpin besar Melayu yang saya amat kagumi kesinambungan jasanya yang kekal hingga ke hari ini.

Seterusnya adalah artikel sumbangan saya bertajuk "Teori Konspirasi, Kajian "Tangkap Muat"" sebagai penulis jemputan untuk Team Blog reaktif bernama "13 Mei: Dari Kacamata Melayu" (sila rujuk di sini) yang disiarkan semalam. Tiada lagu hari ini, hanya kata-kata.

Sebenarnya bukan kali pertama saya mendengar teori konspirasi Tun Abdul Razak bertindak di belakang tabir untuk menurunkan Tunku Abdul Rahman dari jawatan Perdana Menteri. Mengikut teori konspirasi itu, kacau bilau kaum ini dirancang untuk membolehkan pemerintahan mageran yang boleh melemahkan dan seterusnya memaksa Tunku Abdul Rahman melepaskan jawatan Perdana Menteri.

Dr Kua Kia Soong, penulis yang menyatakan buku "May 13: Declasified Documents on the Malaysian Riots of 1969" adalah berdasarkan kajian teliti, menggunakan hipotesis konspirasi yang sama. Sedutan dari bab pengenalan di mukasurat 3 buku itu menyatakan seperti berikut:

The author maintains that the "May 13 Incident" was above all, a coup d'etat by the then emergent Malay state capitalist class to depose the Tunku who represented the outdated Malay aristocrasy. It was a critical political putsch which changed the course of the new Malaysian political history and ensured the rise and entrenchment of the new Malay capitalist class through the New Economic Policy. Tunku himself alleged:

"You know Harun was one of those - Harun, Mahathir, Ghazali Shafie - who were all working with Razak to oust me, to take over my place ..."

Kata-kata Tunku itu merujuk kepada buku "K. Das & The Tunku Tapes", penerbitan SIRD tahun 2002 yang bukan secara kebetulan disunting oleh Dr Kua sendiri. Sepanjang yang penulis ingat, kesahihan "The Tunku Tape" amat diragukan para ahli ilmiah. Dizaman itu, rakaman menggunakan reel tape dan menyimpan “collection” rakaman adalah agak mahal dan merumitkan.

Jika dikaji peristiwa dan susunan masanya yang agak cepat berlaku, tidak mungkin ia boleh dirancang dan diselaraskan.

Pada tahun pilihanraya 1969, pembuangan dan keputusan undi adalah pada 10hb Mei. Mengikut buku yang berdasarkan catatan diari Tun Dr Ismail, “The Reluctant Politician”, kempen pada tahun itu banyak menyentuh sekali isu-isu perhubongan kaum, bahasa dan hak istemewa. Suasana memang sudah sedia tegang.

Calon pembangkang Dr Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang di kawasan Batu, Selangor dan telah mengadakan perarakkan yang agak provokotif terhadap orang Melayu pada berikutan hari Mei 11hb. Keesokkan harinya, Mei 12hb, perarakan mayat di Jinjang, Kepong telah berubah rupa menjadi perarakan kemenangan yang mana berlaku provokasi terhadap orang Melayu.

Sepanjang 3 hari hingga Mei 13hb, pelbagai perarakkan kemenangan pembangkang berjalan yang melampaui kawasan Melayu dan mengejek mengeji orang-orang Melayu. Keputusan agak menakjudkan untuk Perikatan yang menurun dari segi undi popular dari 58% ke 48% dan kekalahan 23 kerusi parlimen yang banyak menjejaskan MCA.

Pada hari berlaku kejadian, banyak urusan sedang dilakukan dalam menubuhkan kerajaan. Hari paginya satu perjumpaan antara UMNO dan MCA telah diadakan untuk membincangkan susunn kabinet. Tunku dijangka akan membuat pengunumannya. Pada tengahhari itu juga, Perikatan telah dapat menubuhkan kerajaan negeri minoriti untuk Selangor.

Setelah amat marah dan tertekan, orang Melayu telah pergi berkumpul di hadapan rumah Dato Harun pada petang itu. Pencetus kemarahan orang yang berkumpul untuk mengamuk adalah peritiwa sebuah kereta cina yang lalu sambil memekik kata-kata kesat dan kecaman.

Keganasan mula berlaku pada pukul 6:45 ptg dengan orang ramai membelasah dua orang Cina bermotosikal. Dalam temuramah dengan Tun Hanif Omar untuk buku “Reluctant Politician”, beliau memberitahu bahawa Dato Harun sendiri dilaporkan jatuh pengsan apabila mengetahui keganasan berlaku dihadapan rumahnya. Dalam pukul 8 malam, perintah berkurung dipanggil. Orang Melayu hanya reaktif kepada provokasi.

Darurat telah diumumkan pada Mei 15hb, 2007. Pada mulanya, Tunku mahu mengumumkan pemerintahan tentera tetapi telah di nasihati suapaya mengumumkan darurat. Banyak sumber-sumber yang sahih melaporkan Tunku Abdul Rahman menolak dan meminta jawatan Pengarah Jemaah Operasi Kebangsaan (atau pendikkan Inggerisnya NOC) diberikan kepada Tun Abdul Razak kerana pengalamanya dalam urusan keselamatan dan situasi kesihatannya sendiri. Pendik kata, Tun Abdul Razak sendiri tidak melakukan coup d’etat.

Walaupun pihak pemerhati barat diketahui membuat andaian Tunku telah hilang kawalan kuasa, yang menjadi asas andaian Dr Kua, perkara itu jauh dari kebenaran. Tun Dr Ismail yang menduduki jawatan Timbalan Pengarah NOC adalah seorang yang amat tinggi integriti untuk tidak melangkaui ketua dan Perdana Menteri. Dia sendiri masa itu dijemput balik ke kabinet oleh Tun Abdul Razak dengan persetujuan Tunku. Karl von Varys dalam bukunya, "Democrasy without Consensus", memetik sumber-sumber yang mengatakan NOC tidak membuat keputusan penting tanpa persetujuan Tunku.

Selain itu, apa mungkin Tun Abdul Razak menjadi perancang peristiwa berdarah ini, jika ia sangat bersungguh-sungguh untuk mereda dan meleraikan keadaan. Dalam satu temuramah Harakahdaily dengan bekas Senator PAS pada Mei 18hb baru-baru ini, Ustaz Hasan Shukri memberitahu Tun Abdul Razak meminta beliau memujuk para pejuang yang sudah pun berkumpul di Kuala Selangor untuk 'turun mengamuk' di Kuala Lumpur.

Beliau juga menyatakan Tun Abdul Razak mengambil sikap menghormati dan mengambil kira pandangan pimpinan PAS ketika itu untuk menyelesaikan masalah negara yang pada ketika itu amat meruncing.

Kalau dikaji, adakah munasabah Tun Abdul Razak mengatur parti pembangkang Cina untuk menimbulkan isu-isu sensitif semasa kempen pilihanraya dan seterusnya perarakkan kemenangan? Adakah munasabah untuk merancang kejadian-kejadian provokasi selama 3 hari yang menimbulkan kemarahan orang Melayu? Adakah munasabah adanya komplot sedemikain sekiranya beliau sendiri telah turut terlibat meminta melembutkan orang ramai.

Jelas sekali kesimpulan fakta Dr Kua itu hanya satu usaha “tangkap muat” untuk memenuhi hipotesis konspirasi dan perjudisnya untuk mencemarkan nama baik Tun Abdul Razak yang merupakan seorang pemimpin Melayu yang sangat hebat dan perancang Dasar Ekonomi Baru. Malukan pencetus ide untuk menidakkan jasa dan usaha-usaha pembangunan negara dan luar bandarnya.

3 comments:

gurindam jiwa said...

Admire your grasp of Bahasa Melayu.

You even sound a little different.

Perhaps, had to take very deep breath before writing.

tokasid said...

Salam A Voice:

TQ for the history re-cap.
I was in primary 1. We were told the school will be closed but was too young to know what happened. I remember seeing bapak coming home with the army truck and a sub-machine gun with him for lunch.We kids were not allowed to play to far from home. And bapa said , we won't go to taiping town until everything is okay.And for almost 10 days bapak's face was tensed as never before.
Yes the younger generation doesn't really know why may 13 happened. maybe dr Kua wants to re-educate them with his version. Wallahu'alam.

galadriel said...

Bang,

Pinjam buku boleh ka? I wanna read too. After reading The Reluctant Politician, I'm quite keen to see what Dr Kua has to say.

Today's interpretation of history may not be all that kosher to everyone. Which is why I wanna read as much as possible from different accounts. Then I make up my own mind laa.

My Say