Tuesday, June 26, 2007

Membina Imej Pemimpin "Mediocre" IV: Ampu Norza AMN Ampu, Jangan Tak

Sejak saya membongkarkan (di sini dan sini) usaha Khairy dan Dato' Norza AMN (Jangan lupa AMN bukan maksudnya pingat) untuk, seperti yang dilaporkan blogger gergasi Rocky Bru di sini, memotong kaki seseorang untuk menjadikan seseorang itu lebih tinggi, saya menunggu-menunggu usaha seterusnya mereka.

Saya diberitahu seorang rakan bahawa Dato' Norza AMN telah mengadakan perjumpaan dengan Penulis Blog dan wartawan akhbar-akhbar politik dan web. Perjumpaan itu di laporkan dalam laman Fotopage Jinggo sini bertarikh Jun 22hb, 2007. Jinggo melaporkan berikut:

Janda Baik, Bentong, Pahang 22 Jun, 2007. Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan dan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato Mohammad Norza Zakaria telah sudi meluangkan masa untuk menerima jemputan peribadi berjumpa dan berdialog dengan para2 penulis buku dan penulis blog. Perjumpaan yang berlangsung di kediaman penulis terkenal Syed Al Attas atau dikenali sebagai Pak Habib, berjalan dalam suasana mesra dan terbuka.

Diantara perkara utama yang dibincangkan ialah :

1. Mengapa UMNO menyisihkan penulis yang selama ini menyokong UMNO, samada mereka yang menulis dengan sokongan terbuka atau yg menulis dengan teguran kritis;

2. Perjuangan UMNO dan kemerdekaan bermula dengan penulis dan gerakan penulis tapi mengapa UMNO tidak mengiktiraf sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh para penulis;

3. UMNO harus memulakan dan mengadakan jalinan strategik dengan para penulis dalam menghadapi isu2 yang bakal dibangkitkan semasa pilihraya umum akan datang;


4. Penulis yang kritis terhadap UMNO sebenarnya sayang akan UMNO dan teguran mereka keatas tokoh2 politik adalah bertujuan untuk kebaikan. Adalah lebih berfaedah bagi penulis2 menulis perkara lain dari membuang masa menulis mengenai orang yang tidak mereka sukai.;

5. Pentingnya pucuk pimpinan tertinggi untuk meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang IT supaya dapat mereka menceduk maklumat dari internet. Tambahan pula trend masa kini menunjukkan bahawa blog persendirian dan blog berita seperti MalaysiaKini, Malaysia today dan AgendaDaily mendapat perhatian dan pembacaan (hits) yang jauh melebihi apa yang terjual oleh akhbar2 perdana. (Pelayar internet boleh berinteraksi dan memberi maklumbalas kepada segala penulisan dan artikel dalam internet).;

6. Kelesuan Pemuda UMNO yang begitu ketara sejak kebelakangan ini, terutamanya di dalam isu2 melibatkan kepentingan Melayu, contohnya: Proton, Bahasa Melayu, Wilayah Pembangunan Iskandar, Lina Joy dan sebagainya. Pemuda tidak lagi dilihat sebagai kelompok yang dapat mendesak dan mendorong UMNO kearah kecemerlangan tapi lebih kepada semata mata menyokong dan menjaga periok nasi saja.;

7. Telah tiba masanya pucuk kepimpinan UMNO dan Negara dibuka kepada para pemimpin pelapis yang jumlah mereka kian hari kian bertambah dan tidak menghadkan kepada keluarga tertentu yang membawa legasi keluarga mereka.

Perjumpaan berjalan selama lebih dari 3 jam dan berakhir jam 7.30 pm. Adalah menjadi hasrat Pak Habib untuk mengadakan lebih banyak lagi perjumpaan seumpama ini untuk memperbetul persepsi ahli politik terhadap golongan penulis.
Sedang saya membaca tulisan Dato' Kamal Amir di laman Malaysia Today berjodol , "Umno Kehilangan Idelisma" (di sini), saya sedari beliau menyentuh mengenai perjumpaan ini. Berikut sedutan tulisan beliau:

Dato Kamal Amir di sebelah kanan sekali. Norzah Kepol (AgendaDaily) di kiri sekali dan lain-lain penulis yang penulis tidak kenal.

Petang Jumaat lalu tanggal 22 Jun 2007 bertempat di rumah penulis politik Syed Husein Al Attas telah diadakan sembang politik bersama Setiausaha Politik Menteri Kewangan Kedua Datuk Norza Zakaria di mana intipati perbincangan bersekitar kepada persoalan survival Melayu.

Apabila saya mengajukan persoalan berterusannya budaya korupsi dan perjuangan mencari keuntungan peribadi, kepercayaan rakyat dilacurkan oleh pemimpin untuk mengaut keuntungan, api permusuhan membenci antara satu sama lain berterusan, apakah mampu dinafikan Umno kini, bagaikan ancaman terhadap bangsa Melayu?

Meskipun kelihatan tenang memperjelaskan keyakinannya “ada sinar di sebalik terowong,” Datuk Norza gagal menafikan budaya sempang-peranang, cacamarba di kalangan pemimpin Umno sukar dibendung lagi.

Malah, bila ada kalangan penulis yang menyatakan pemimpin Umno sering di kelilingi oleh kalangan pengampu dan pencacai yang seringkali berusaha “menutup bangkai gajah” dan meneropong “kuman di seberang lautan,” Datuk Norza sukar menangkis.

Di sebalik pengharapannya agar Abdullah Ahmad Badawi diberikan kesempatan dan ketenangan untuk mentadbir Negara, Datuk Norza cuba mengetengahkan anjakan mindanya supaya Melayu tabah menghadapi gelombang cabaran, ternyata beliau gagal menafikan kebenaran pencabulan dan kerakusan pemimpin mengkhianati perjuangan bangsa.

.... tak lah sepanjang keropok lekor

Ternyata gigih Datuk Norza Zakaria mahu mempertahankan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi, dan terbukti setia sebegitu mendalam tersemat di hatinya kepada Abdullah Ahmad Badawi, namun realitinya beliau tidak mampu mempertahankan kebenaran api kebencian rakyat semakin semarak.

Syabas kepada Datuk Norza mempertahankan bossnya, tahniah diucapkan atas ketinggian kesetiaan Datuk Norza terhadap Abdullah Ahmad Badawi, namun perlu beliau sedar dan hayati, rakyat tidak membenci Abdullah Ahmad Badawi secara peribadi, rakyat juga tahu menghormati Abdullah Ahmad Badawi sebagai insan Melayu (walaupun hatinya lebih tertarik kepada wanita bukan Melayu) tetapi rakyat dan bangsa Melayu lebih senang hati kalau Abdullah Ahmad Badawi segera mengundurkan diri dari Seri Perdana.

Sebagai Perdana Menteri era Abdullah Ahmad Badawi cukup gerhana, dan Melayu dirasakan terlalu sukar untuk meletakkan harapan masa depannya, tetapi Melayu berkeyakinan masih ada orang lain yang diyakini untuk kembali memulihkan Umno untuk menjadi relevan sebagai parti perjuangan dan membawa masa depan Negara menjadi lebih gemilang dan cemerlang.

Selagi Umno diterajui oleh Abdullah Ahmad Badawi bersama sidang wazirnya yang sempang-peranang selagi itulah Umno dilihat sebagai ancaman kepada bangsa Melayu. Lebih segera Abdullah memberi laluan kepimpinan kepada pemimpin lain menerajui Umno rasanya adalah lebih baik lagi, jangan biarkan nasi menjadi bubur dan usah dibiarkan keresahan rakyat terus mendidih, kasihanilah bangsa Melayu, janganlah dilacurkan masa depan bangsa hanya kerana kepentingan peribadi dan kroni. Masih belum terjumpa lagikah olehnya sunnah nabi dan kitab Al Ghazali dan Shafie?

Jika belum izinkan saya memetik kata-kata Saidina Abu Bakar sewaktu dilantik sebagai khalifah selepas wafatnya Rasulullah s.a.w katanya “ikutlah kepimpinan ku selagi aku di landasan kebenaran dan singkirkan aku jika aku menyeleweng.”

Hari ini rakyat bukan tidak mahu bekerja bersama Abdullah Ahmad Badawi tetapi terlalu ramai yang mahu “mengerjakan” Abdullah Ahmad Badawi. Rasanya lebih baik Abdullah mengundurkan diri......

2 comments:

tunku said...

norzah begitu mengangkat abdullah badawi demi survival politik khairy, tanpa abdullah badawi siapalah khairy.dan aku amat pasti norzah akan diangkat menjadi sekurang2nya timbalan menteri untuk penggal hadapan dengan bantuan khairy.

de_kerinchi said...

salam tuan,

Perjuangan Norzah , sudah diketahui hala tuju nya. Apapun Kerajaan yang memerintah sekarang ini sedang bertungkus lumus untuk menaikan imej PM. Bagi saya KJ buat masa sekarang ini tidak boleh dinafikan kekuatan dan kuasa nya selagi PM ada ditampuk pemerintahan, oleh itu tidak hairanlah Norzah akan menjadi juak-juak nya.

My Say