Friday, June 29, 2007

Misteri Pak Lah Tidak Hadhir Mesyuarat MT UMNO Rabu

Gambar dari Utusan Malaysia Online


Semalam tersebar satu khabar angin yang telah dilaporkan blog Kuda Kepang (laporan di sini) bahawa Jawatankuasa Pengurusan yang telah dipengerusikan Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Presiden UMNO akan mencadang kepada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO semalam hari Rabu untuk menarik balik penggantungan keahlian Tan Sri Isa Samad. Pak Lah telah mempersetujui dan MT yang akan dipengerusikan Dato Seri Najib dijangka akan meluluskan.

Satu persoalan timbul. Mengapa Pak Lah selaku Presiden UMNO semalam tidak mempengerusikan Mesyuarat Tertinggi UMNO?

Kebanyakkan yang penulis tanya membuat andaian Pak Lah masih belum pulang dari lawatannya ke Rusia dan Bosnia baru-baru ini. Malah, semasa penulis ditanya seorang blogger soalan yang sama. Penulis tidak pasti dan hanya memberitahu Utusan Malaysia Online melaporkan Dato Najib mempengerusikan Mesyuarat MT semalam hari Rabu.

Semasa melayari ruang rencana Utusan Malaysia Online, penulis terjumpa sedutan ucapan Pak Lah semasa merasmikan Persidangan Media Massa 2007 anjuran Kementerian Keselamatan Dalam Negeri di Kuala Lumpur, semalam beserta dengan gambar (seperti di atas). Maka, diyakini bahawa Pak Lah sudah pulang dan balik bekerja.

Persolannya berikutnya adalah kenapa Pak Lah tidak hadir untuk mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO padahal beliau berada di Kuala Lumpur?

Mungkin jawapannya terdapat pada ruang politik Utusan Online hari ini. Utusan Malaysia melaporkan Dato Seri Najib membuat kenyataan bahawa laporan serta dakwaan sogokkan wang semasa pemilihan perwakilan ke Perhimpunan Agong UMNO 2006 di Mesyuarat Agong tahunan Bahagian Kubang Pasu tahun lepas diketepikan kerana tidak cukup bukti. (Laporan boleh didapati di sini). Untuk makluman mereka yang terlupa, akibat dakwaan sogokkan wang dan tekanan ke atas perwakilan, Tun Dr Mahathir telah kalah dalam usahanya untuk dipileh sebagai perwakilan.

Adalah dipercayai usaha untuk menidakkan Tun Dr Mahathir dari terpileh sebagai perwakilan telah dirancang dan dibincangkan di Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. Dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi yang berikutnya, perbicangan itu didakwa telah diminitkan dan Pak Lah enggan mengesahkan minit dan mahu 3 muka dari minit itu dibuang.

Bagi yang memahami, perkara yang sudah tertangguk lama ini mempunyai implikasi yang signifikan kepada UMNO.

Adakah ketidak hadiran Pak Lah di Mesyuarat Tertinggi UMNO semalam sesuatu yang sengaja untuk dijadikan alasan dia tidak terlibat melepaskan dakwaan kesalahan perbuatan "politik wang"? Dato Seri Najib sebagai Pengerusi tentu sekali akan boleh dipertanggungjawabkan sekiranya apa-apa diluar jangkaan berlaku.

Sementara itu, blogger Kuda Kepang berkata maklumatnya memberitahu Dato Seri Najib telah menunda keputusan untuk menarikbalik penggantungan terhadap keahlian Tan Sri Isa Samad di Mesyarat MT dan akan diusulkan kembali di Mesyuarat MT akan datang apabila dihadiri Pak Lah. Laporan dari blog Kuda Kepang di sini.

Persoalannya adakah boleh Pak Lah tidak menghadirkan diri dari mempengerusikan Mesyaurat MT padahal dia sudah bekerja dan sihat untuk menghdirkan diri ke sebuah Majlis pada siang hari? Adakah boleh urusan lain diutamakan melebihi Mesyuarat MT?

3 comments:

tunku said...

biasalah, untuk menunjukkan bahawa keputusan itu bukan datang dari dia, maka dia escape lah. atau pun sibuk layan bini baru tapi tua.

Anonymous said...

saya pun tertanya-tanya jugak.
apa yang terlintas di otak saya ialah: ini menunjukkan tanggapan Dollah kepada UMNO itu sendiri!!!
Dollah sanggup pegi merasmikan acara lain dari menghadirkan diri di mesyuarat MT UMNO yang dia sendiri jadi Presiden!
Mesti di ingat Dollah jadi PM atas tiket Persiden UMNO.

BaitiBadarudin said...

Jika tiada 'red mark' untuk ponteng, maka dilakukanlah

My Say