Friday, June 15, 2007

Membina Imej Pemimpin “Mediocre” II: Kubur Tun Razak Saja Belum Di Geledah

Penulis memang peminat filem klasik, tidak kira dari Hollywood, Jalan Ampas, Kowloon Tong, atau Mumbai. Namun, minat itu hanya untuk menonton, bukan untuk main wayang atau mereka poster wayang. Maka, jangan dianggap tajuk posting ini untuk main wayang atau menarik perhatian kerana ada kebenaran disebalik tajuk. Nama dan legasi Tun Abdul Razak sudah disalahgunakan oleh pentadbiran Pak Lah, hanya kuburnya sahaja belum digeledah dan mayatnya di curi.

Persepsi Kembali Ke Era Tun Abdul Razak


Sejak Pak Lah naik menjadi Perdana Menteri, tidak habis disebut-sebut Tun Abdul Razak seolah-olah dialah protégé Tun Abdul Razak. Sebenarnya dia adalah hanya pegawai dan kemudiannya Pengarah Belia saja, satu peranan sokongan dalam organisasi kerajaan.

Bila dia mahu berbalik kepada polisi pertanian, dia sebutkan Tun Abdul Razak. Bila dia menyebut Agenda Melayu di Perhimpunan Agong UMNO, seolah ianya senada dengan Dasar Ekonomi Baru Tun Abdul Razak. Tahun berikutnya Khairy pula meluahkan slogannya Semangat DEB.

Bila dia meleka hingga tidak menyedari kedudukkan Melayu, Islam dan hak keistimewaan dipersoal bertubi-tubi, Khairy hanya diam sahaja dan Pak Lah bercakap seolah-olah menyanyikan lagu “Muhibbah” yang sering kedengaran masa zaman Tun Abdul Razak.

Terkini adalah mengubah penjenamaan bahasa Melayu balik kepada bahasa Malaysia. Tun Abdul Razaklah yang menaikkan mertabat Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Tidak habis-habis Tun Abdul Razak. Hanya mengeledah dan ambil mayat Tun Abdul Razak di makam pahlawan saja yang belum Pak Lah dan balacinya buat. Betulkah mereka sungguh menyayangi Tun Abdul Razak? Betulkah mereka benar mahu kesinambungan legasi Tun Abdul Razak?

Realiti Disebalik Persepsi

Jika kita lihat intipatinya, ini semua hanya mainan wayang. Ianya lebih hebat dari mainan wayang seorang blogger.

Polisi pertanian sesuai dimasa itu untuk menyelamatkan masyarakat luar bandar dari kemiskinan. Semasa itu, ekonomi kita masih ekonomi agrarian dan subsistence. Tun Abdul Razak juga menyediakan tapak awal untuk perindustrian. Orang yang diberi tugas mendalaminya adalah Tun Dr Mahathir. Tun Musa Hitam, Tengku Tan Sri Razaleigh dan banyak yang lain diberi tugasan dalam sektor tertentu.

Apabila Pak Lah mahu kembalikan orang Melayu kepada pertanian, sedarkah dia berapa peratus sumbangan sektor pertanian kepada GDP negara sekarang? Sedarkah dia bahawa kita sudah meningkatkan ekonomi ke fasa industeri dan menuju ke fasa perkhidmatan? Adakah ini membawa kembali Melayu kepada kemiskinan yang berkait rapat dnegan sektor pertanian?

Dalam dia melambung-lambungkan istilah DEB, secara rasmi DEB sudah berakhir dan betul Khairy katakan keperluan kesinambungan semangat DEB. Dalam tiga tahun, cuba kita lihat pencapaian Pak Lah dalam kesinambungan DEB.

Polisi mereformasikan GLC melihat beribu-ribu pekerja dan professional Melayu diberhentikan. Ah! Mungkin itu maksudnya pembangunan modal insan ia-itu meruntuhkan modal yang sudah berpengalaman dan berpakaran dan bangunkan yang baru. Kita lihat entiti kerajaan seperti Proton dan MAS yang merupakan apparatus kerajaan untuk membangunkan sektor-sektor tertentu dihancurkan untuk mengkayakan AP King dan Tony Fernandez dengan entah siapa pula dibelakangnya.

Kalau kita sedari, pembangunan modal insan zaman Pak Lah tidak ada pengisian lain dari program-program pelajaran dan pendidikan. Hairannya, mengapa dizaman Pak Lah, sekolah-sekolah sudah “reverse gear” dari peranan untuk membawa perpaduan kaum dan sosial mobiliti? Penyata Razak, dengan lulusan kabinat Pak Lah, dikatakan ketinggalan zaman. Integrasi kaum tidak bertambah baik disekolah-sekolah. Timbul fenomena pendidikkan untuk kelas elit. Lain pula masaalah mutu pendidikkan .

Mengapa Dato Hishamuddin, anak saudara dan anak salah satu panglima Tun Abdul Razak, dipaksa menjadi alat mengundurkan usaha-usaha Tun Abdul Razak? Penulis adalah hasil produk usaha Tun Abdul Razak dalam bidang ini dan sentiasa teramat terima kasih kepada Allahyarham dalam usaha ini. Sedih rasanya melihat perkara ini berlaku.

Satu perkara yang menjadi kehairanan penulis ia-lah dimana semangat nasionalisma Pak Lah sekarang? Adakah sudah hilang ditenggelami pragmatisma seperti Tun Musa Hitam?

Mengapa diam saja apabila sosial kontrak dipersoalkan bertubi-tubi? Mungkinkah semasa itu, dia sedang asyik mengkhayalkan Jeanne, bakal isterinya. Perkara-perkara kontrak sosial, yang sepatutnya dipersetujui penerimaan oleh kaum pendatang yang inginkan kewarganegaraan, dipersoalkan. Bukankah perkara-perkara in terlindung dalam Akta Hasutan? Terlinding juga isu mempersoalkan kewarganegaraan kaum bukan Bumiputera.

Penulis sebenarnya tidak gemar istilah kontrak sosial yang dipopularkan oleh Khairy. Istilah, yang dimulakan oleh Roesseau, falsafah revolutioner Perancis bermaksud “gentlemen agreementantara kelas memerintah dan yang diperintah. Ianya lebih kepada perjanjian mitos antara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba. Gentlemen agreement” boleh dirunding kembali. Mungkin itu maksud disebaliknya?

Padahal, kerakyatan kaum pendatang bukan “kontrak sosial” kerana tidak boleh dirunding kembali. Malah, kerakyatan mereka adalah anugerah raja-raja Melayu bersama rakyat Melayu dan penerimaan dan syarat mereka itu telah dinobatkan di dalam Perlembagaan. Negeri-negeri Melayu tidak ditakluk tetapi secara teknikal undang-undang, British hanya penasihat atau trustee untuk mentadbir.

Bukankah Tun Abdul Razak yang telah mengoperasikan kesemua-semua hak-hak orang Melayu ini dan bukan hanya perhiasan seperti Artikel 152 Perlembagaan Singapura? Mengapa Pemuda UMNO diam menikus dan Pak Lah berdiam saja kepada persoalan-persoalan ini? Mengapa apabila Dr Kua Kia Soong melakukan pembohongan sejarah, Pak Lah dan jentera UMNO berdiam saja dan membiarkan pembohongan sejarah? Inikah semangat mengingati Tun Abdul Razak?!

Inilah sahaja yang pemerintahan Pak Lah tahu. Ambil yang lama, diubah suai (kadang hingga ranap) dan dibungkus dan jenama balik sebagai jenamanya. Tidak ada yang di bina dan buat. Sedih, apabila tiada kesinambungan dalam satu-satu usaha baik.

Malah sekarang, sesuatu bersejarah yang tiada ternilai pun mahu diambil. Nasib baik Stadium Merdeka masih belum diroboh. Mana mungkin Hong Leong boleh masuk cadangan membangunkan tanah Universiti Malaya, kalau tidak ada persetujuan dahulu untuk memasukkan cadangan?

Kata lawak seorang penggiat politik lama, Aspan Alias, nasib baik Pak Lah bukan Perdana Menteri Saudi Arabia. Harus dipindahkan Kaabah ke Taif kerana harga tanah di Mekah sudah mahal dan baik dibangunkan shoping complex. Bandar Mekah dan Taif boleh ditukar jenama menjadi bandar Pak Lah I and II.

Konspirasi Di Sebalik Seminar

Hari ini bermulalah kononnya Seminar Legasi Tun Abdul Razak Kepada Pembangunan Negara anjuran Akademi Pemuda dengan kerjasama Alumni Yayasan Tun Razak. Ianya akan dibuka oleh anak Allahyarham Tun, Dato Seri Mohd Najib.


Ramailah akan membentangkan kertas kerja mengenai polisi pelajaran, politik, kemasyarakatan, perpaduan kaum, pembangunan dan hal ehwal antarabangsa semasa zaman Tun ABdul Razak. Petang ini Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah diberi satu sesi pada pukul 5 petang, semasa peserta dah selalunya berkurangan.

Penulis berterus terang kata mesti ada “udang disebalik batu”. Sebelum ini, penulis telah bongkar usaha menjatuhkan legasi Dr Mahathir untuk menaikkan Pak Lah di sini. Kali ini, mungkin sekali beberapa perkara akan berlaku.

Memburukkan Tun Dr Mahathir itu sudah pasti tetapi mungkin sekali ia akan juga mencuri atau merosakkan jenama Tun Abdul Razak dari Dato Seri Seri Mohd Najib dan Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah. Sekiranya diperhati dari kenyataan Khairy Jamaluddin semalam bahawa Seminar ini adalah untuk mengenalpasti dan memperbaiki kelemahan disebalik polisi Tun Abdul Razak, maka kemungkinan besar, ianya untuk melukiskan Pak Lah sebagai Tun Abdul Razak baru.

Kebenarannya jauh dari yang akan orang ramai lihat dari media. Penulis menyedut tulisan rakan karib dan rakan blog Biggum Dogmannsteinberg berkenaan jawapan Pak Lah kepada satu soalan wartawan semalam di Majlis Makan Malam Kelab Perniagaan Kuala Lumpur:

Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi bersetuju bahawa Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) adalah merupakan model dan peluang terbaik untuk dimansuhkan dan proses meleraikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dikatakan ‘membelengu’ pertumbuhan positif ekonomi pasaran bebas Negara.
Untuk pengetahuan pembaca, Pak Lah tidak menghadhirkan diri pun ke Seminar ini.

Penulis serahkan sahaja kepada anak-anak muda yang bijak tidak boleh di tegur dan di bimbing di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara. Celik atau buta mata hati mereka kepada perkara sekeliling? Adakah mereka tahu dan faham apa objektif UMNO yang sudah tertera dalam Perlembagaan UMNO? Jangan pula selesai perjuangan Tun Abdul Razak.

Buat Allahyarham Tun Abdul Razak, penulis mengajak pembaca membacakan Al Fatihah sebagai doa untuknya. Al Fatihah.

7 comments:

shockingexpose said...
This comment has been removed by a blog administrator.
AHIRUDIN ATTAN said...

After reading yr two articles on Razak, I will be looking forward to the outcome of the seminar. It should be interesting to see where Akademi Pemuda wants to take this exercise and how they can do a link to the present Prime Minister and his policies and programmes. One would have thought, however, that it would have been more fruitful to dissect the legacies of Mahathir and how to pursue them in the context of 2020.

Thank you.

tunku said...

nak termuntah aku dengar pak lah kata dia menyerupai tun razak.

Daily Nibbler said...

Pak Lah protege Tun Razak
Pak Lah berwibawa seperti Tunku Abdul Rahman
Tun Dr Mahathir, tak sebut pun...

Angkara spin doctor KJ & his boys lah tu.

Pesanan said...

Alfatihah

Bismillahir rahman nir rahim
Alhamdulillah hirabbil alameen
Arrahman nir raheem
Maaaliki yawmiddeen.
Iyyakana' budu wa iyya kanas ta'in.
Ihdinas siratol mustaqeem
Sirotal lazi na 'an 'am ta alaihim
Ngairil magh dhu bi alaihim waladh dhaaaleen
Amin

BigDogDotCom said...

Pak Lah berangan nak gelor diri "anak politik" Tun Razak kunun. Ptui!

Tak tau malu!

Pemimpin besar seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad (yang Tun Razak bawa balik kedalam UMNO dan kemudian Kabinet, bagi jawatan strategik Menteri Pendidikan pulak lagi) dan Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah, seorang tokoh politik yang lama bergelumang dengan Tun Razak, terlibat bersama membangunkan Bank Bumiputra, UDA, Pernas, Petronas, PNB dan agensi agensi lain pun TAK MENGAKU sebagai "anak politik" atau "adik politik" kepada Allahyarham Tun Razak.

Inilah kalau beruk dapat bunga! Kaduk naik ke junjung! Mawi memang Akademi Fantasia! Pensel mengantikan pena Montblanc! Tak sedor diri..................

A Voice said...

Tok guru kamu yang berguru terus bawah Tun Abdul Razak, ia-itu Musang Gelap tak ada kening pun tidak mengaku dirinya anak politik.

Mak ai! Tak malu ke ...

... buah bacang mengaku epal

... bunga taik ayam megah macam ros ...

... daging tetel mahu dihidang sebagai steak ...

... basikal cabuk nak masuk konvoi honda gold wing

... ular dalam semak mengaku ulamak

My Say