Wednesday, June 20, 2007

Membina Imej Pemimpin “Mediocre” III: Buah Bacang Mengaku Epal

Selepas menghadapi kritikan Tun Dr Mahathir dan pelbagai gabra dan ghaflah (“blips and blunder”) oleh Pak Lah dalam keputusan-keputusan dan kenyataan-kenyataan, maka satu usaha telah diumumkan pada awal tahun untuk menaikkan imej Pak Lah di pesada antarabangsa.

Diambil dari blog Cakap Tak Serupa Bikin

Hairan? Bila dan macam mana Pak Lah terbina imej di peringkat antarabangsa? Dengan senyap-senyap ke? Inikan pula masaalah.

Bagi yang memahami, ianya merupakan isyarat kepada pengikut-pengikut Pak Lah bahawa ia memperakui dan akan menangani krisis keyakinan dalam negeri terhadap dirinya. Sejak itu, bertubi-tubi putarbelit di media massa dan jaluran perdana politik mengenai ekonomi dan kepimpinan Pak Lah untuk menaikkan seorang pemimpin yang "mediocre."

Merrill Lynch Menipu Lagi, Dan Lagi, ...

Catatan nilai dagang RM 1 trillion diuar-uarkan, bukan jumlah lebihan ekspot dari impot, dan tidak masuk defisit bagi item “invisible” dari perkhidmatan. Kenaikkan Indeks Bursa Malaysia tak habis-habis dikompang-kompangkan. Untuk Indeks naik, hanya perlu naikkan beberapa syarikat GLC gergasi? Adakah keadaan sebenar ekonomi naik dan menyenangkan hidup rakyat?

Kedengaran juga pelaburan langsung asing (FDI) bagi tahun 2006 dikompangkan sebagai lebih tinggi dari tahun krisis kewangan 1998. Huh! Bandingkan nilai RM46 billion dengan RM40 billion pada tahun sebelumnya. Apa tidak dibandingkan dengan FDI untuk Indonesia?

Semalam Kerajaan berkata pula kadar inflasi akan dapat diturunkan dari 3% untuk 2006 ke 2.5% tahun 2007. Boleh dipercaya kenyataan ini dengan harga minyak, tol, barangan asas dan lain-lain naik tidak henti-henti dan sengaja dibiarkan naik? Di bawah polisi ekonomi bebas anjuran Pak Lah, kerajaan tidak terkawal pembekal dan peniaga untuk meletakkan harga sewenang-wenang.

Putarbelit ekonomi yang mutakhir berlaku sehari sebelum pernikahan Pak Lah. Media massa mengompangkan laporan Merrill Lynch yang memberi sokongan (“endorsement”) kepada kepimpinan Pak Lah. Bank saudagar Amerika yang memberi sokongan?

Walaupun diakui kepimpinannya yang lembab, was-was dan sering menunda dalam membuat keputusan, ahli ekonomi yang berpengakalan di Hong Kong, Arthur Woo boleh menganggap polisi Pak Lah baik untuk jangka masa panjang dan dalam menghadapi globalisasi. Kata-kata begini sedap didengar tetapi rakyat perlu pekerjaan, makan, dan sekolahkan anak sekarang. Bak kata seorang peniaga pasaran kewangan legenda, Ed Sakota, “Dijangkamasa panjang, kita semua mati.”

Apakah “udang disebalik batu”?

Merrill Lynch menghargai Pak Lah kerana mengikut kehendak IMF dan barat untuk meliberalisasikan ekonomi dengan mengapungkan pertukaran wang asing, mengurangkan subsidi minyak, memperbaiki hubungan luar negara, membatalkan projek-projek mega, dan mereformasikan GLC.

Ayoh dikaji, apa sebenarnya!

Meliberalisasikan pertukaran wang asing bermakna Ringgit diapung dan tidak di “peg”. Ini mengakhirkan kawalan modal yang tidak digemari IMF dan kuasa barat. Pengurangan subsidi minyak adalah agenda IMF menentang sebarang sistem subsidi untuk Dunia Ketiga, tetapi tak berdaya menahan subsidi ladang dan lain-lain subsidi di Amerika dan Eropah.

Perihal hubungan luar negara dan projek-projek mega, Merrill Lynch menyokong hubungan baik dengan Singapura, dan pembatalan projek-projek keretapi berkembar dan jambatan Johor yang menjejaskan Singapura.

Reformasi GLC dialu-alukan kerana kononnya demi effisiensi. Yang sebenarnya, pelabur antarabangsa tidak mahu GLC menjalankan rancangan sosial dan hanya mahu keterbukaan tanpa had. Mereka amat gembira GLC membuang pekerja-pekerja, memberhentikan syarikat tempatan mendapat sub-kontrak dan “our sourcing”, dan pengambilan pekerja yang mendiskriminasikan seperti yang berlaku di FAX dan Metro Kajang.

Pak Lah adalah jenis orang yang mudah leka dimakan puji. Pemahaman dan pemikirannya yang pendik dan singkat memudahkan ia di "jual", hingga tidak memahami kehancuran yang dibawa kepada struktur ekonomi, politik dan sosial negara. Ini yang berlaku, apabila penasihat pun "Penasihat 10%", yang menyerupai penasihat Sadik Sigaraga. Bukankah legasi Tun Abdul Razak adalah polisi pemikiran sendiri dan komprehensif seperti polisi ekonami mengambil kira faktor sosial?

Gambar dari The Star

Berbalik kepada Merrill Lynch, Bank Pelaburan ini mempunyai hubungan rapat dengan ECM Libra. ECM Libra adalah kenderaan korporat Dato Kalimullah yang amat bengkang bengkok ("devious"). Penyandang-penyandang tugas utama dalam ECM Libra mempunyai latarbelakang profesional di Hong Leong, Merrill Lynch dan Singapura. Ya! Hong Leong yang dipanggil Ungku Aziz sebagai kurang ajar kerana mencadang mengambillih dan membangunkan tanah Universiti Malaya.

Kalau boleh diingat kembali masa selepas Pak Lah naik Perdana Menteri, Bank Pelaburan ini bersama ECM Libra mengadakan “road show" (persembahan penerangan) untuk memasarkan Malaysia kepada pelabur-pelabur saham di pusat-pusat kewangan utama dunia. Sepulangnya mereka, Merrill Lynch mencadangkan pelabur saham "menjual Malaysia".

Pujian Merrill Lynch mengharapkan apa pula kali ini? Bila sudah dapat, apa yang mereka akan tikam di belakang?

Seminar Fantasia Tun Abdul Razak Baru

Selain putarbelit angka ekonomi, usaha meningkatkan imej kepimpinan Pak Lah sudah bergiat cergas sejak awal tahun ini. Begitu banyak sekali seminar dan konvensyen diadakan oleh Universiti-Univeristi dan NGO-NGO untuk membincangkan kepimpinannya yang hanya lebih 3 tahun.

Pelik dan ajaib. Setelah lebih 20 tahun Tun Dr Mahathir memerintah dan sudah ada pencapaian (“deliverables”), barulah ahli akademik membuat penganalisaan mengenai kepimpinannya dan UiTM membina Institiut mengkaji pemikirannya. Tun Abdul Razak sudah meninggal selama lebih 30 tahun, baru seminar mengenainya diadakan. Tun Dr Ismail meninggal dunia sejak tahun 1973, baru ada usaha penulisan akademik mengenainya. Itu pun ditulis di ISEAS Singapore oleh ahli akademik pengajian Cina dengan bantuan ahli sejarah pembelit Professor Wang Guangwu.

Gambar dari Jinggo

Itu pun Seminar Legasi Tun Abdul Razak yang diadakan baru-baru ini sebenarnya hanya usaha politik untuk menjenama Pak Lah sebagi Tun Abdul Razak baru. Walaupun perjalanan sesi-sesi Seminar tidak menampakkan unsur-unsur sedemikian, unsur-unsur putarbelit teramat jelas.

Sidang pleno hanya pentas untuk Khairy menyampaikan ceramah politik. Beliau hanya merumuskan sumbangan-sumbangan Tun Abdul Razak dan tidak mengumumkan kesimpulan perbincangan yang boleh diketengahkan kepada kerajaan.

Media massa begitu jelas mahu melambungkan Pak Lah sebagai penyambung usaha-usaha Tun Abdul Razak. Pak Lah sendiri mengaku bahawa semangat Tun Abdul Razak sentiasa ada dalam dirinya dan peranannya yang tidak signifikan dalam Jabatan Belia dan Biro Tatanegara dibesar-besarkan. Disebaliknya, Pak Lah menipu kerana dia mengakui WPI adalah untuk merungkai DEB. Tun Musa pun tidak jelas bila ditanya perkara yang sama.

Kalau itu belum cukup perbuatan "isi bakul angkat sendiri", media massa mengembar gemburkan ucapan pembukaan Dato Seri Najib mengenai pengakuan Pak Lah sebagai anak politik Tun Abdul Razak. Samada Dato Seri Najib membantu menjenamakan Pak Lah demi parti atau membodek atau sindiran, penulis tidak dapat menjangka. Nyata sekali Pak Lah sedia menerima.

Tidak malu membuat pengakuan sedemikian? Seperti kata-kata seorang blogger Aspan Alias yang sampai ke penulis, itu serupa “buah bacang mengaku dirinya buah epal”. Buah bacang itu kulit bergetah, isi banyak serat, dan isinya selalu busuk. Masakan hendak disamakan dengan buah epal, yang sesempurna buah dari segi rasa, rupa, dan nilai komersil.

Kalau layak untuk dianggap “anak didik” atau “anak-anak politik” Tun Abdul Razak, hanyalah Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah, Tun Musa Hitam, dan tidak ketinggalam Tun Dr Mahathir. Memang patutlah Ku Li dan Musa dijemput bersama di satu sesi. Dan memang patut Tun Dr Mahathir tidak dijemput, kerana Dato Norzah AMN (bukan pingat) sedang merancang memburuk-burukannya secara subversif.

Sesi bersama Tun Musa dan Tengku Razaleigh sungguh mengecewakan. Jelas sekali, Tun Musa tidak membuat persediaan. Dia hanya bagaikan badut yang memperlecehkan penyampaian Tengku Razaleigh supaya intipati penyampaiannya tidak tersampai. Malah diputarbelit oleh raja temberang Pak Lah dan Pengerusi Bernama, Dato Annuar Zaini yang mengandaikan Pak Lah bagai Nabi Muhammad sedang melakukan Isra' Mikraj, diberikut ini:

Gambar diambil dari Jinggo

Penulis berharap ceramah Tengku Razaleigh dapat dipaparkan umum, bukan untuk tujuan politik, tetapi untuk difahami jasa Tun Abdul Razak yang amat komprehensif dalam cara menangani masaalah dan pembangunan sosial, ekonomi, dan politik, serta hubungan antarabangsa, khususnya pembentukkan ASEAN. (Up-date: Syarahannya boleh didapati di blog My Ku Li sini)

Jeanne, Tarikan Kepada Pak Lah

Sepanjang Seminar Legasi Tun Abdul Razak, Pak Lah tidak menghadhirkan diri. Walaupun dia banyak bercakap mengenai Tun Abdul Razak (jika benar dia bercakap kepada media massa), dia sebenarnya sibok di Kepala Batas memperkenalkan isteri baru kepada orang ramai.

Gambar diambil dari Utusan Malaysia

Dari cerita dari orang perseorangan yang penulis dapat, mutakhir ini pulangan Pak Lah ke Kepala Batas tidak mendapat tarikan orang tempatan lagi. Majlis-majlisnya terpaksa mengimpot penuntut-penuntut Univeristi dan Kolej berdekatan untuk meramaikan.

Di kawasan Parlimennya, orang ramai tidak puas hati dengan lambakkan peniaga-peniaga luar yang meminggirkan orang tempatan. Cerita kemudahan Sharif Udang mendapat sokongan Pak Lah untuk apa saja yang dia mahu untuk rakanniaga Cinanya sudah diketahui luas. Pemegang-pemegang jawatan UMNO Bahagian Kepala Batas tidak dapat temujanji untuk bertemu bagi membawa pelbagai usul. Pendik kata, Pak Lah sudah jadi buah mulut rakyat di seluroh pelusok tanahair.

Perkahwinannya dengan Jeanne dilihat ramai peerhati politik sebagai ada muslihat politik disebaliknya. Jeanne boleh menimbulkan perasaan ingin tahu orang ramai dan menarik kehadhiran mereka dimana-mana Majlis yang Pak Lah bakal hadhir. Strategis-strategis politik Pak Lah dijangka menggunakan isteri barunya sebagai imej toleransi kaum. Samada Jeanne boleh memainkan peranan dan tahu membawa diri, masih belum pasti.

Belum apa-apa dia sudah melanggar adat resam menziarahi Yang Dipertuan Agong dengan tidak memakai selendang atau tudung. Bagi yang memahami adat resam Melayu, ini bukan boleh dipandang remeh kerana ia mencerminkan ketinggian adab sopan Melayu.

Minda Kerdil dan Sederhana Tiada Ide

Eleanor Roosevelt, wanita pertama Amerika (1933-45) dan isteri President Franklin D. Roosevelt pernah berkata:

Great minds discuss ideas;
Mediocre minds discuss events;
Small minds discuss people.

Kalau dilihat Pak Lah dan penggeraknya begitu kerdil dan "mediocre" pemikiran mereka kerana masih berfikir dari perspektif perkara, acara dan orang. Mereka masih hanya memikir untuk membohongi orang ramai, beracara kononnya majlis-majlis ilmu, penjenamaan tanpa pengisian, dan memperkecilkan orang lain.

Sebenarnya mempromosikan seorang yang pemimpin terletak pada ide dan gagasannya yang benar berpengisian (substance), dan boleh diterima ramai.

Apa sebenar-benarnya pengisian di sebalik gagasan Islam Hadhari? Munasabah kah untuk memikirkan rancangan hingga 2057 dengan senario dunia yang berubah begitu pantas. Apa jadi pada Agenda Melayu, Towering Malay, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang, dan lain-lain slogan dan klise yang tidak ada pengisian dan mencapai apa-apa?

Jika boleh diambil cerita Tun Musa mengenai tabiat Tun Abdul Razak yang selalu turun ke lapangan dan hanya mendengar, bukankah merancang sesuatu memerlukan timbal balas dan sokongan orang ramai? Bolehkah ide dan gagasan yang hanya dipaksa ke atas rakyat seperti WPI, Monsoon Cup, Jambatan Pulau Pinang, dan lain lain menunjukkan Pak Lah sebagai pemimpin beride yang dikatakan terbuka dan berjiwa rakyat?

Inilah pucuk kepimpinan negara yang hanya berpolitik dan bukan memberi pentadbiran yang baik dan kepimpinan yang menyakinkan. Kesimpulannya, kalau dah teringin benar nak makan buah jenis mempelam, usah beli bacang tapi cuba cari mangga epal.

2 comments:

Anonymous said...

Jangan lupa, kejayaan PM Abdullah selama ini didukung oleh para Celebritum De Mediocritis, yang sampai sudah tidak habis habis cuba "menyelamatkan roh" Pak Lah sebagai pendukung Agenda Perjuangan!

Selagi semua berangan dalam kayangan terawang awang dalam dunia fantassi sendiri sedangkan realitinya bumi sendiri dijarah dan dilelong depan batang hidung kepada musuh, maka tiada apa yang mampu diharapkan dari para CDM ini!

Anonymous said...

Pak Lah tetap Pak Lah ... cuai, leka, dan khayal.

My Say