Sunday, November 23, 2008

Suasana cemas menyelubungi Majlis Gapena bersama Dr M

Pada Sabtu 22 November semalam, Dr Mahathir dijemput oleh GAPENA untuk membincangkan "Dilema Melayu". Perbincangan ini adalah dalam siri Wacana Gapena Ke-5.

Saya agak terkilan kerana lambat mengetahui acara ini. Kehadhiran Dr Mahathir di Rumah Gapena pasti menarik. Sebagaimana yang diketahui ramai, Gapena memang menentang keputusan Dr Mahathir menukar pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Perkara itu turut dibincang.

Silap saya tidor terlalu lewat selepas masuk azan subuh. Apabila saya disedarkan oleh satu SMS dari seorang wartawan, kereta yang satu di rumah sudah diguna isteri untuk pelbagai urusannya.

Saya diberitahu seorang sahabat yang hadhir akan rasa cemas dalam nada suara dan pucat lesi rupa muka dikalangan masing-masing yang ke hadapan membincangkan mengenai politik Melayu yang dipimpin UMNO.

Akhbar berita hari ini terus memberi liputan kepada kempen serangan Dr Mahathir terhadap rasuah politik yang berleluasa dalam UMNO. Kenyataannya mengenai rasuah menyembut juga nama Najib.

Tentu ada yang memberi pelbagai pengertian kerana walaupun Mukhriz telah baiah kepada Najib, ayahnya tidak ada pujian langsung kepada Najib, melainkan teguran, kritikan dan nasihat. Satu masa dahulu Dr Mahathir pernah memanggilnya penakut.

Penulis menganggap Dr Mahathir sedang memberi tekanan terhadap Najib agar berani membuat keputusan, lakukan sesuatu yang sepatut, dan menunjukkan kepimpinan yang diharapkan rakyat dan negara.

Bercerita mengenai usaha Dr Mahathir memerangi rasuah, macam-macam interpretasi dan cerita lama yang bakal diungkit oleh pelbagai pihak menentangnya dahulu dan sekarang.

Benar atau tidak, terbukti atau andaian, dan panjang atau pendik ceritanya, yang penting sekarang adalah sesuatu drastik dan tegas perlu dilakukan semalam lagi. Dari cuba memberi analisa politik, dan merungkaikan pelbagai cerita sebalik cerita, penulis hanya mahu diutamakan mesej perjuangan menentang rasuah dalam parti ini.

Ianya perlu sampai kepada akarumbi. Mereka perlu menyokong parti untuk membanteras amalan rasuah. Pemimpin yang korup perlu disingkir. Tekanan perlu dibuat kepada kepimpinan parti untuk menyingkir pemimpin-pemimpin korup dari parti, tidak kira siapa mereka ini.

Para pejuang Melayu dalam rangkaian Gapena adalah salah satu rangkaian pendesak yang lama dan ramai. Walaupun tidak diberi perhatian oleh pihak yang berkuasa, mereka sangat diharapkan sekarang. Ada kata kepimpinan mereka sudah leka dengan curahan wang tajaan untuk berani bersuara.

Kebanyakkan penggiat politik dan ekonomi Melayu agak malas "melayan" penggiat sosio-budaya Melayu. Mereka dianggap tidak terbuka dan berpandangan jauh, malah dituduh sebagai jumud.

Itulah fitrahnya memperjuangkan sesuatu yang tidak tangible kerana penggiat ekonomi dan politik tidak memahami hasil dan tujuan dari memperjuangkan bahasa dan budaya Melayu.

Namun begitu, sepanjang beberapa tahun mutakhir, penulis dapat berpeluang untuk bergaul dan memahami pemikiran mereka. Sebenarnya, isi kandung dan rasional hujah perjuangan mereka itu jauh dari jumud atau berpandangan cetek. Lebih rapat penulis mengenali mereka ini, lebih faham penulis akan misi perjuangan mereka.

Penulis mengangap mereka benar-benar menghayati pembangunan negara-bangsa berasaskan Melayu yang tulin. Kalau kita hayati sejarah, diantara mereka ini adalah pendokong Malaysia Nationalist Party yang diharamkan British yang mengimpikan satu gagasan hebat untuk membina satu negara Melayu Raya.

Semalam, intelek-intelek Melayu ini memahami sungguh akan impak keadaan semasa dalam UMNO. Mereka kelihatan jelas gelisah dengan keadaan kepimpinan Melayu sekarang.

Pada kebanyakkan mereka, parti politik lain tidak sesuai dengan misi perjuangan mereka, walaupun UMNO sekarang dianggap sudah lari dari perjuangan asal.

Sudah ada ura-ura didengar antara mereka akan menyahut saranan Dr Mahathir untuk menggembelingkan pertubuhan-pertubuhan Melayu untuk memberikan tekanan terhadap UMNO untuk menyingkir pemimpin-pemimpin UMNO yang korup.

Adakah kepimpinan Gapena mempunyai political will untuk lakukan sesuatu yang tegas dan berani? Atau mereka akan masih lagi mudah ditolak dan beransur? Kalau usaha di Johor Baru selepas pilihanraya itu petunjuk, semangat mereka mungkin sudah kembali. Harapnya adalah darah dan tenaga muda bersama.

----------------------------------

Bernama, Nov 23hb, 2008

Gejala Rasuah Sukar Dibendung Walaupun Najib Jadi PM, Kata Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 22 Nov -- Gejala rasuah dan politik wang dalam Umno tetap sukar dibendung meskipun Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno Mac depan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu turut mempersoalkan sama ada peralihan kuasa yang dicadangkan antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Najib mampu untuk memulihkan semula parti.

"Apakah dengan peralihan kuasa itu dapat memulihkan parti? Saya tidak boleh yakin lagi kerana saya belum lagi nampak Najib mampu menyelesaikan masalah rasuah dan politik wang.

"Kita tidak akan dapat semula Umno yang bersih untuk mewakili kita selagi ia tidak dibendung," katanya pada wacana "Dilema Melayu" anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) di sini hari ini.

Beliau berkata gejala itu agak sukar dikawal berikutan telah menjadi satu budaya dalam kalangan anggota Umno yang mahukan sesuatu jawatan terutamanya menjelang perhimpunan Agung Umno pada Mac depan.

Dr Mahathir juga berkata sekiranya Umno tidak kembali kepada perjuangan asal, parti itu akan dilihat tidak lagi relevan untuk bangsa Melayu.

Katanya kepimpinan melalui teladan adalah contoh yang terbaik di samping usaha berterusan membanteras rasuah.

"Kita mahukan pimpinan yang tegas dan mengambil sebarang tindakan terhadap sesiapa sahaja yang terlibat. Untuk ahli, kalau pemimpin itu terlibat dengan rasuah, jangan pilih dia.

"Kita tak boleh harap pembaharuan boleh dilakukan dalam Umno dan mereka harus ingat, kalau orang tidak memberi undi mereka tidak boleh menang atau sekiranya mereka menang dalam pemilihan parti, tak semestinya mereka akan menang pilihan raya," katanya.

Sementara itu, dalam sidang akhbar, Dr Mahathir ketika ditanya sama ada telah mengemukakan sebarang nama untuk dikenakan tindakan disiplin kerana terlibat dengan politik wang dan rasuah, hanya berkata beliau tidak ada berbuat demikian.

"Saya tidak ada cadangan untuk berbuat demikian (mengemukakan nama) kerana ramai yang telah hantar laporan salah laku kepada Jawatankuasa Disiplin parti," katanya.

Beliau berkata meskipun laporan telah dibuat, apa yang menjadi keutamaan adalah melihat laporan itu disusuli tindakan.

Mengulas mengenai keputusan Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz yang mahu mempertahankan jawatannya, Dr Mahathir berkata: "Itu terpulang kepada dia. Apa yang penting pilih pemimpin yang tak terlibat dengan rasuah."

Dr Mahathir turut mengingatkan anggota parti supaya mengundi seseorang pemimpin dengan berdasarkan kebolehan dan bukannya kewangan.

----------------------------------

The Star, Sunday November 23, 2008

Mahathir warns of the new Malay dilemma of money politics

KUALA LUMPUR: The new Malay dilemma will be who to vote for in the next general election, former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad said.

Given a choice between an Umno which he claims is corrupt and an Opposition party that may not guarantee Malay rights, Dr Mahathir said they would have three options in the 13th general election.

“You could vote for Umno but then that would mean you would be endorsing corruption,” he said in reference to the alleged rampant money politics in the ruling Malay party.

“The alternative is to vote for Pakatan Rakyat. But can we be sure they will protect Malay rights?”

Dr Mahathir said the third option would be to not vote at all but by doing so the possibility of Umno being returned to power was high.

He said that the March 8 election result was the direct result of those unhappy with the ruling coalition giving their vote to the Opposition.

“Party leaders are so taken into the culture of money politics because they had been given positions, titles or money that they support without question,” he said at a forum on the Malay Dilemma organised by the Federation of National Writers Association (Gapena).

“That is why there is this transition of power in March next year. They are finding the easy way out with no confrontation so they can save the face of this or that person.”

Dr Mahathir said the dilemma could not be solved unless Umno is clean.

10 comments:

Anonymous said...

Saya rasa TUN penyebab POLITIK WANG dalam UMNO. Kenapa masa jadi Presiden UMNO selama 22 tahun tak benteras gejala ni?

Anonymous said...

Sisten Kuota yang TUN perkenalkan dalam pemilihan UMNO adalah penggalak kepada masalah ini. Jangan baling batu sembunyi tangan la Tun!

Anonymous said...

Mukhriz? tak guna wang ke untuk merebut jawatan UMNO. Adakah Tun cuba sampaikan kepada perwakilan bahawa Mukhriz seorang saja yang bersih dalam UMNO. Pemimpin yang lain terlibat dalam politik wang. Bapa mana yang tak sayangkan anaknya tun...

Anonymous said...

Kenapa Abdullah Badawi berdiam diri dan hanya memberi lip service? Dia seolah-olah membiarkan dan MT tidak lakukan apa2 usaha sekali pun!

Kenapa tidak kedengaran Mat Taib dan Ali Rustam mengutuk politik wang? Mana dia suara Khairy dan Khir Toyo menentang dan mengutuk politik wang?

Yang bersuara pun hanya menafikan sahaja? Tak semua menafikan. Ada hanya berkata itu pendapat Tun.

Dimanakah mereka-mereka yang menentang Dr Mahathir seperti Musa Hitam yang kini adalah mentor pemimpin dan pentadbiran sekarang dalam hal politik wangberdiam saja? Shahrir mana?

Pasti mereka berdua diam kerana anak dan cucu didik mereka, Khaled Nordin adalah kaki rasuah menggunakan TSR dan telah mendapat murka Sultan yang mendapati dia berusaha untuk ambilalih tanah2 orang laut!

Mana dia anak raja yang hanya diam sahaja setelah tidak mendapat pencalunan? Yang kedengaran hanya macainya Dato Kamal Amir Hijaz sahaja yang bersuara.

Bagi Kamal Amir untuk bersuara menunjuk jari, satu dunia politik tahu dia buat duit dari komisyen jual kapalterbang Amin Shah yang MAS tak mahu dan menggunakan Daim untuk paksa MAS beli.

Jika tuduhan Tun adalah penyebab politik wang dan tidak lakukan apa-apa mengenainya selama 22 tahun diterima, adakah ini akan menyelesaikan masaalah politik wang sekarang yang bukan lagi bawah meja tetapi atas meja?

JIka Tun patut berdiam diri sahaja, kenapa tiada tindakan, suara dan usaha untuk menangani masalah ini? Mana Musa, Ku Li, dll?

Kenapa yang lain hanya diam dan menuding jari pada yang lepas dan tidak lakukan apa-apa untuk melihat sahaja keadaan sekarang?

Dia sanggup dituduh macam-macam dan dia sanggup ke hadapan untuk memerangi gejala politik wang. Mengapa sorang ini yang dituduh perasuah yang kehadapan?

Selalunya perasuah yang berdiam saja dan pertahankan dengan pelbagai helah apa yang mereka berlaku. Siapa sekarang yang perasuah dan siapa bukan sekarang?

Jangan2 mereka yang kuat menghentam Tun yang sebenarnya perasuah

Anonymous said...

bro, gua dengar ada team blogger pembela negara lak skrg ni..

pesal diorang nak buat team team mcm tu...

lu tau tak bro team ni nak pecah belahkan kita.tu pendapat gua la.

gua tgk si blogger penembak tepat tu yang gila nak buat keje sia sia ni..

gua takut nanti team kj dan mukhriz akan bersatu.

susah kita nanti...

kita nak semua bergaduh bro...baru kita dpt henyak team kj

tp team mukhriz aku tak nampak sgt join geng depa tu..

nanti aku join sidang depa tu utk tgk, nanti aku citer balik leh..

saja bgtahu ko bro takut apa apa..

Anonymous said...

Perasuah tu nama dia Tun Mahathir. Jangan kita lupa imbasan kali pertamanya polituik wang bergema di UMNO tahun 1987 Kuli keluar UMNO dan diharamkan. Jnagan mudah lupa.

Amiroo

Anonymous said...

TUN Dr. M ada punca kemunduran Melayu!!!

Anonymous said...

How was it a Malay prince from a poor state could own a merchant bank and discount house called asiavest and had a macai named khoo kap peng be his proxy to run mui group?

How was it that musa hitam could afford to pay off people during his fight agst ku li? His financier was that dato salled darling that married sharifah aini. Ku Li was then using money also.

Anwar was innocent opf bribing and financing division head for over 2 years with pink forms and contracts.

... and only mahathir get the blame.

My oh my ... khairy is so clean as a white man, He didn;t do an ecm libra? What abt air asia? WHy is trying to explain only nwo and not then? Must be raping the country and selling to the singapioran in blocks.

Kamal didn't rape any contract to do public transport. ..

Anonymous said...

Bagaimanalah nak banteras rasuah dalam UMNO dari dalam kerana orang yang tulis komplen akan didedahkan kepada Ketua Bahagian masing-masing. Aku sendiri buat komplen tentang Mesyuarat Perwakilan Bahagian yang lepas, semalam Ketua Bahagian dah tanya Ketua Cawangan aku tentang hal tu. Yang membocorkan nama, tentulah Ibu Pejabat UMNO sendiri kepada Perhubungan Negeri dan seterusnya ke Bahagian. Aku tak kisah pun Ketua Bahagian tahu ke tidak sebab bukan dia boleh buat apa pun. Aku bukan perebut projek UMNO macam kebanyakan orang lain yang aktif dalam UMNO. Tapi bila kena macam ini, semangat nak memberi sumbangan idea bagi memulihkan UMNO di peringkat Cawangan dan Bahagian terus malaplah. Baik aku menjenamakan NGO yang aku pegang jawatan daripada parti yang semakin porak poranda ni. Apalah bodohnya calon Timbalan Presiden bagi tahu nama orang yang buat komplen kepada Ketua Bahagian. Macam itu nak jadi Timbalan Presiden aka Timbalan Perdana Menteri, jahanam seluruh dunia dibuatnya nanti.

Anonymous said...

Setakat ini hanya Tun Dr Mahathir saje yang membuat ulasan terbuka yang mempertahankan pengumuman Fatwa yoga.
Bila saya dengar lapuran berita itu di TV, saolah olah nya beliau PM de facto,kerana PM di Uzbek dan TPM di Peru,sibuk kerja luar negeri.
Syed Amid diam yang lain Rais ade di Argentina ,Zaid Hamidi tengah cekin LUTH di Mekkah.
Pembidas pembidas sorak sakan sebab ta da orang jaga rumah.
Carolyn Hung dari Singapura ,fasal nak buat ulasan atas Fatwa dan Raja Raja Melayu?
Carol Hung ta belajar perpatah Melayu --jangan jage tepi kain orang melayu.
Di singapura dia bolih anggap diri nya sebagai pakar segala manika melain kan Raja Raja Melayu dan Fatwa .
Sebab di Singapura tade Raja Melayu dan Majlis Fatwa.
Diam lah Carolyn Hung.
Terima kasih TDM.
arjuna waspada.

My Say