Thursday, December 11, 2008

Oh Hasan Ali, Tak payah nafi

Marah sungguh Hasan Ali kepada Utusan Malaysia.

Laporan Utusan tak salah. Betullah kamu hadapi pertembungan ideologi dan kepentingan dengan DAP dan PKR. Nafi ke tidak. Mari kita dengar apa Khalid Samad yang kamu buang katakan.



Siapa pusing siapa?

Di dalam Harakahdaily, dia menafi PAS hadapi kesukaran untuk memperjuangkan serta mempertahankan hak orang Islam dan Melayu di Selangor.Nak aku kasi senarai, Hasan? Bila nak mulakan tak boleh jual arak? Kami dok tunggu bila kamu nak tutup kilang Carlsberg. Itu yang kamu semua kempen dahulu.

Kamu ni dari dulu macam gitulah.

Dari masa belajar di Universiti Wisconsin, Amerika Syarikat, sampai di BTN bawah group Anwar, Kamaruddin Kacha, dan jadi motivator untuk kanak-kanak. Cakap macam bagus. Masaalah kamu mulut.

Pandai pulak sekarang tuduh Khalid pulak Erdogan. Padahal dia lagi lama dalam PAS dari kamu!

Kalau kamu ada otak dan belajar mendengar dahulu, kamu terima cadangan Khir Toyo. Kamu sudah jadi Menteri Besar dan tak ada berbalah sesama sendiri. Baru ingat, KHalid yang tentang. Ini mesti dendam lah.

-----------------------------

Harakahdaily

PAS kesal laporan Utusan menyeleweng

PAS Selangor kesal dengan laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia di bawah tajuk “PAS akui sukar tadbir Selangor bersama PKR,DAP” (bertarikh Sabtu, 6 Disember 2008) yang sesungguhnya tersasar dan menyeleweng sama sekali dari kenyataan sebenar Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Hasan Mohd Ali, di dalam sidang media PAS Selangor yang diadakan pada hari Jumaat 5 Disember, 2008 lalu.

Menurut Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Dato’ Mohd Shahir, di dalam sidang media berkenaan Dr Hasan tidak pernah menyebut bahawa PAS menghadapi kesukaran untuk memperjuangkan serta mempertahankan hak orang Islam dan Melayu di Selangor sebagaimana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

“Malah beliau menegaskan dalam sidang media berkenaan bahawa PAS tidak terpinggir dan sebarang anggapan sebegitu tegas beliau sebenarnya dimanipulasi oleh Barisan Nasional untuk menggugat kerjasama baik antara PAS, DAP dan KeADILan di Selangor,”jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Tambahnya,Dr Hasan juga tidak pernah menyebut bahawa kadang-kala PAS terpaksa melupakan matlamat perjuangan utama parti iaitu untuk menegakkan syiar Islam semata-mata kerana mahu mengambil hati KeADILan dan DAP sebagaimana dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

“Malah yang sebenarnya beliau telah menggariskan dengan jelas bahawa PAS tidak pernah dan tidak akan bertolak-ansur dalam hal-hal berhubung Islam dan kepentingannya di Selangor,”katanya.

Katanya,PAS Selangor merasakan bahawa pihak Utusan Malaysia sangat tidak bertanggungjawab sehingga terlanjur mengeluarkan laporan yang sedemikian rupa yang mencerminkan rendahnya nilai profesionalisma di dalam akhbar berkenaan.

“PAS Selangor beranggapan laporan tersebut berunsur jahat kerana tidak ada mana-mana pihak dari media arus perdana yang turut hadir dalam sidang media berkenaan membuat laporan seperti itu di akhbar-akhbar mereka.

“PAS Selangor ingin menasihatkan pihak Utusan Malaysia agar lebih berhati-hati dimasa-masa yang akan datang dan tidak lagi mengorbankan etika dan profesionalisma kewartawanan ketika membuat laporan sebagaimana yang berlaku ini,”jelasnya lagi.

Tambahnya lagi, dalam pada itu PAS Selangor akan terus mengadakan sidang media setiap dua minggu sekali bagi memberi peluang kepada rakyat Selangor dan seluruh masyarakat Malaysia mendapat maklumat terus darihal peranan dan perkembangan PAS Selangor di dalam kerajaan Pakatan Rakyat negeri ini. — Harakahdaily

-----------------------------

Utusan Malaysia, 06/12/2008

Pas akui sukar tadbir Selangor bersama PKR, DAP

Oleh Zabry Mohamad

SHAH ALAM 5 Dis. – Pas hari ini membuat kenyataan berterus terang apabila mengakui sukar untuk memperjuangkan serta mempertahankan hak orang Islam dan Melayu di Selangor disebabkan perbezaan ideologi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali turut mengakui kadang-kala terpaksa melupakan matlamat perjuangan utama parti itu menegakkan syiar Islam ketika membuat sesuatu keputusan berkaitan pentadbiran kerajaan negeri semata-mata mahu mengambil hati PKR dan DAP.

“Pas Selangor terpaksa mengambil kira perjuangan parti dan perjuangan kerajaan campuran negeri yang turut diterajui PKR dan DAP.

“PKR dan DAP memiliki objektif parti masing-masing yang amat berbeza dengan Pas.

“Disebabkan perbezaan ini, Pas kadang-kala terpaksa melupakan perjuangan asal demi negeri Selangor,” katanya.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com

4 comments:

Anonymous said...

Itulah perbezaan jelas antara kerjasama ala BN dengan kerjasama ala PR. Dalam BN, UMNO dominan dari segi kedudukannya untuk memastikan kepentingan Islam terpelihara. Dalam PR, PAS hanya sebuah parti yang memiliki sejumlah kecil kerusi Parlimen, dan hanya menjadi majoriti di DUN Kedah dan Kelantan. Mudah bagi PAS untuk bekerja di kedua-dua negeri yang mereka majoriti tetapi sukar untuk mereka di negeri-negeri lain yang PR berkuasa. Jadi hujah yang kerap diulang-ulang oleh pemimpin PAS bahawa kedudukan mereka dalam PR adalah sama dengan UMNO dalam BN tidak boleh diterimapakai. Kerjasama BN menjamin kepentingan Islam dipelihara kerana UMNO yang berperanan sebagai ketua. Bagi PAS, kedudukan mereka tidak membolehkannya untuk melindungi kepentingan Islam secara menyeluruh melalui PR yang lebih didominasi oleh DAP dan PKR. Setelah kuasa bertukar tangan di banyak negeri pada PRU-12, orang Melayu umumnya dan pengikut PAS khususnya dapat menyaksikan dengan jelas bahawa kata-kata pemimpin PAS tentang kemampuan PAS melindungi kepentingan Islam melalui PR tidak berjaya diketengahkan. Selepas ini, pemimpin PAS perlu memikirkan alasan lain untuk menghalalkan kerjasama mereka dalam PR untuk meyakinkan semula pengikut mereka.

Anonymous said...

Benda ni memang daripada mula lagi dah dijangkakan akan bermasalah. Nak berjanji memang senang, tapi bila nak melaksanakan tu tak semestinya mudah macam air liur keluar tu. Sekarang macam mana?

Anonymous said...

Dulu punya cakap bukan main lantang sekarang ni baru nak sedar yang terbatas nak buat apa2? Kesian..

Anonymous said...

Pakatan Racist
Wahai pakar Motivasi Hasan Ali;

Kali ini kamu memotivasikan apa pula?

Motivasi melayu untuk terima Babi?
Sedarkah kempen kamu sblm PRU2008, menghalang projek babi?

kali ini beria2 memotivasikan babi pula?

My Say