Monday, January 12, 2009

Jangan pandang ringan boikot barangan AS: Mukhriz



Riswandi Razak
Sinar Harian, Ahad 11 Januari 2009

KUALA LUMPUR- Rakyat tidak sewajarnya memandang remeh tindakan boikot barangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel yang digesa oleh kerajaan untuk membantu rakyat Palestin di Gaza.

Penyelaras Aman Malaysia, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, walaupun usaha ini tidak akan menghentikan serangan Israel ke atas Palestin sepenuhnya tetapi tindakan boikot ini sedikit sebanyak akan melumpuhkan ekonomi Amerika Syarikat dan Israel.

Menurutnya, rakyat perlu mempunyai sifat prihatin terhadap penindasan yang berlaku ke atas rakyat Palestin.

"Anggaplah, setitis air minuman produk Amerika Syarikat itu seperti darah anak kecil yang mati dibunuh di Palestin.

"Secebis daging produk Amerika Syarikat itu anggaplah seperti daging jenazah anak kecil yang tidak berdosa dan anggaplah kain yang kita beli dari jenama Amerika Syarikat adalah kain kapan jenazah anak kecil di Palestin," katanya dalam sidang media anti-Israel di sini, semalam.

Menurutnya, langkah untuk melumpuhkan Amerika Syarikat dan Israel akan berjaya sekiranya rakyat boleh membayangkan perasaan marah dan simpati seperti itu.

Beliau berkata, langkah memboikot ini merupakan salah satu langkah jangka pendek yang boleh dan mampu dilakukan oleh rakyat Malaysia untuk membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin di Gaza.

"Ini merupakan satu pengorbanan kita yang paling kecil tetapi sekiranya kita bersatu hati dalam usaha ini, ia akan membawa kesan dan impak yang bermakna dalam krisis ini," katanya.

Mukhriz berkata, langkah jangka panjang yang boleh diambil adalah selain gencatan senjata yang dinyatakan dalam resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dunia perlu desak tentera Israel berundur dari Palestin sepenuhnya.

"Ini kerana pada hari PBB umum gencatan, 50 letupan telah dihalakan ke bumi sekecil Gaza itu.

"Oleh itu, desakan untuk mengarahkan tentera Israel berundur dari Palestin perlu dilakukan secepat mungkin," katanya.

Menurutnya, PBB perlu mendesak Amerika Syarikat dan Israel membenarkan misi kemanusiaan mengantar bantuan yang diperlukan ke kawasan di Gaza.

"Aman Malaysia dan badan bukan kerajaan (NGO) yang dari negara lain tidak akan dibenarkan memasuki Gaza selagi PBB tidak mendesak Israel membenarkan misi kemanusiaan memberi bantuan di Gaza," katanya.

3 comments:

Mahyudin said...

Mukhriz cakap senang la. Dia tiada maslah nak boikot sebab dia kaya, bapanya kaya, familinya kaya. Sebagai contoh, kalau kita nak boikot Coke, bayangkan apa jadi jika Coke menutup kilangnya di sini, apa jadi pada nasib Melayu Islam yang bekerja di situ? Siapa nak bela? Mukhriz nak bela ke? Bukan saya tak sokong tapi kita kena harus bijak dalam memilih syarikat-syarikat yang benar-benar layak untuk diboikot seperti yang berkaitan bahan api, rokok dan sebagainya yang memang cenderung ke arah israel dan tak baik untuk kesihatan...

samson said...

Oii, Dato! Pulangkan kereta Porsche Cayanne dan Merc SL500 mu yang di buat oleh puak Yahudi German! Minumla kopi buatan Kelantan bukan San Francisco Coffee. Taipla dengan mesin taip China-Great River bukan dengan laptop HP.

Apa lagi nak boikot? Jika terharu dengan AS, pindah-la ofis dari bangunan koporat IT AS yang terbesar di dunia dan tumpang 'kat Palace of Golden Kuda. Buangkan kad selam NAUI 'kau yang di dapat dari sekolah selam Hawaii.

Pakai otak-la bila mahu cakap. Ingat kita orang sama dgn orang masa zaman dulu, bodoh belaka?

Anonymous said...

Mahyudin dan SAMSON, kita kena sikap thinking forward. alau kita boikot Coke kita beralih ke apa2 kola yang ada.Dalam jangka pendek syarikat2 ini tidak akan mendatang kerugian sehingga syarikat tutup . Tapi cukup untuk memberi gambaran perasaan kita yang menentang kezaliman Zionist. Kalau tak leh jugak kita hantar ahli2 PAS yang perasaan terror itu

My Say