Sunday, January 18, 2009

Sebab kekalahan di KT: Calun, calun, dan calun

Dalam sesuatu bidang, faktor untuk mencapai satu-satu pencapaian itu jelas. Dalam bidang hartanah, ianya lokasi, lokasi dan lokasi. Manakala dalam suasana politik kemaskini, kemenangan untuk pilihanraya bergantung kepada calun, calun dan calun.

Pada suatu masa dahulu, parti yang diwakili adalah penentu kejayaan dalam satu-satu kawasan. Sejak pentadbiran Abdullah, faktor itu sudah berubah. Malah semasa menghadapi PRU 12, Abdullah juga yang berkata pakai songkok saja tak menjanjikan kemenangan.

Semasa PRU 12, Tun Dr Mahathir telah memberi amaran ini apabila dia menasihati pengundi supaya menitikberatkan kewibawaan seseorang calun.

Paradigma pengundi sudah jelas berubah. Secara langsung atau tidak langsung, hampir kesemua isu yang ditimbulkan terhadap BN sepanjang kempen pilihanraya kecil Kuala Terengganu adalah berkait dengan calun. Faktor calun menjadi penyebab Barisan Nasional dan UMNO kalah di pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Sepatutnya UMNO boleh mengubah momentum di Kuala Terengganu, tetapi malangnya Abdullah terlalu mementingkan politik peribadi dan faction dan bukan mengutamakan UMNO dan masa depan politik UMNO. Dia lebih mementingkan untuk menaikkan puaknya. Masaalahnya orang-orang Pak Lah mempunyai masalaah antara imej yang tercemar atau kebolehan yang mediocre.

Menurut ahli Parlimen bebas, Dato Ibrahim Ali, BN sepatutnya boleh menang. Dia melihat PAS tidak mempunyai isu dengan pengunduran Abdullah pada akhir Mac 2009, penurunan harga minyak, dan pertukaran Menteri Besar. Selalunya pengundi Cina di kawasan yang peratusan lebih kurang 11% seperti di Kuala Terengganu akan mengundi BN.

Syaratnya mesti calun yang sesuai. Walaupun Wan Farid adalah Ketua Bahagian dan Timbalan Menteri, dia hanya diterima dikalangan UMNO berdasarkan taktik politik kepartiaan. Ini tdiak semesti kriteria yang sama yang akan diterima pengundi. Untuk menang pilihanraya, fokus adalah kepada kehendak pengundi, tidak kira pengundi itu ahli UMNO atau PAS atau bukan ahli mana-mana parti.

Fakta calun menjadi sangat penting dalam keadaan yang mana keadaan UMNO masih belum stabil. UMNO memerlukan kekuatan calun untuk menaikkan parti. Bukan lagi kekuatan UMNO untuk memberi jalan mudah untuk calun.

Tidak susah untuk mengagak majoriti pengundi untuk menolak Wan Farid. Dia tidak mempunyai tarikkan untuk mengekalkan pengundi UMNO kepada UMNO dan menarik undi penyokong PAS dan atas pagar. Dalam hal Wan Farid, persepsi mengenainya jelas dan tidak samar-samar.

Persepsi dari perawakan luarannya yang dilihat sombong dan tidak mesra bukan mudah untuk diterima pengundi dalam kawasan "rural".

Yang menjadi susah, pengundi rata-rata sudah mempunyai persepsi akan penglibatan Wan Farid bersama abangnya Wan Hisham dan Khairy dalam mencilok Wang Ehsan dari royalti minyak negeri kepada kroni mereka, Patrick Lim dalam projek-projek membazir seperti Monsoon Cup, Pulau Duyong, Masjid Kristal dan lain-lain.

Mengapa diambil risiko meletakkan calun yang dipercaya ramai pengundi terlibat dalam penggunaan peluru hidup untuk meleraikan penunjuk perasaan aman di Pantai batu Burok pada tahun 2007?

Mengambil calun seperti Wan Farid hanya meletakkan UMNO dalam keadaan bertahan atau defensif untuk menerangkan dan menafikan pelbagai tuduhan. Ini membantutkan UMNO untuk bergerak secara progresif, inikan pula opsyen untuk bertindak aggresif.


Sudahlah UMNO berada dalam keadaan bertahan akibat pelbagai angkara dan kelemahan pentadbiran Abdullah dan keluarga. Ini pula ditambah dengan calun yang tidak memberi kelebihan dimata rakyat.

Ini satu persepsi rakyat dari MyKMU Johor:
Bila diumumkan Wan Farid sebagai calon PRK Kuala Terengganu bagi UMNO. Ramai yang tepuk dahi. Dah tiada manusia lain di Kuala Terengganu selain kroni Pak Lah dan juga anak menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin?

Ramai yang tersentak, adakah Pak Lah dan Khairy masih tidak belajar dari kesilapan lampau? Tidak tahukah mereka betapa bencinya rakyat Malaysia dengan Pak Lah, Khairy dan siapa-siapa yang berkaitan dengan mereka.

Tun Dr M sendiri pernah berkata, untuk UMNO kuat Pak Lah , Khairy dan siapa-siapa yang ternampak kroni sebagai kroni kepada mereka berdua perlu dinyahkan dari UMNO. Tetapi Pak Lah kata Tun Dr M tiada relevannya...!

Keputusan PRK Kuala Terengganu dengan kekalahan yang memalukan, majoriti melebihi 2 ribu menunjukkan betapa bencinya rakyat dengan Pak Lah dan Khairy Jamaluddin.

Buat UMNO... pada PAU Mac 2009 ini, buatlah keputusan yang tepat. Tolak Pak Lah , Khairy Jamaluddin dan siapa-siapa yang ternampak seperti kroni mereka. Mereka telah ditolak RAKYAT!
Tersebut mengenai pandangan Dr Mahathir, pasti ramai akan menyalahkan Dr Mahathir kerana komennya yang dilihat boleh mengubah sentimen rakyat. Tidak hairan Dr Mahathir akan dipersalahkan.

Satu lagi komen di MyKMU JOhor:


Sebaik sahaja UMNO menamakan Wan Farid sebagai calon bagi PRK Kuala Terengganu, Tun Dr Mahathir Mohammad menyuarakan kekecewaan beliau apabila ditanya oleh wartawan. Tun dipetik sebagai berkata, "Wan Farid adalah SEBURUK-BURUK calon bagi UMNO" .

Apabila Pak Lah diminta mengulas kenyataan Tun ini, Pak Lah dengan bodoh sombong dan penuh keegoaan berkata, "MAHATHIR sudah TIDAK RELEVAN dalam UMNO". Pokoknya disini Pak Lah kah atau Tun Dr M yang tidak RELEVAN?

Tun Dr M sebagai seoarang yang tajam fikirannya dan luas pengalamnnya sekilas pandang sudah tahu bahawa Wan Farid bakal membawa kekalahan di dalam UMNO. Sebab-sebab Wan Farid bukan calon yang sesuai:

1. Beliau merupakan kroni Pak Lah dan rakan karib KJ. Rakyat sudah muak dengan apa sahaja yang berkait dengan Pak Lah dan Kj. Apa sahaja yang berkait dengan Pak Lah dan Kj merupakan sesuatu yang busuk dan membusukkan. Penuh dengan integriti yang menjadi tanda soal!

2. Abang Wan Farid, Wan Hisham terlibat dengan Patrick Badawi bersama meratah Duit Royalti Minyak dengan projek-projek tidak berguna untuk rakyat seperti Masjid Kristal dan Monsoon Cup.

3.Pulau Duyung yang dimajukan oleh BN Terengganu dengan "permission " Pak Lah merupakan tanah yang dipunyai oleh seoarang alim, yang sebelum meninggalnya telah mewasiatkan kepada anak beliau untuk mengharamkan hatta setitik ARAK tumpah ke pulau tersebut. Kini di Pulau Duyung terbinanya sebuah HOTEL MEWAH 6 bintang.
Isu ni dimainkan dengan kuatnya oleh PAS dan PKR di dalam ceramah-ceramah beliau.

Bagaimana Pak Lah selaku kepala BN dan UMNO tidak terfikir akan isu ini sedangkan Tun Dr M diluar UMNO boleh nampak dan telah memebrikan amaran yang sewajarnya. Saya mahu bertanya..Siapa yang tidak RELEVAN. Pak Lah atau Tun Dr M?
Siapa seharuanya bertanggungjawab di atas kekalahan ini? Diamati betul-betul, tanggungjawab bukan terletak kepada calun.

Jika isu-isu yang dimainkan pembangkang menjadi penyebab kekalahan, salahnya mesti kepada penyebab timbul isu-isu dan masaalah yang tertangguk. Salahnya semestilah mereka yang bertanggungjawab memilih calun yang salah.

Tidak lain dan tidak bukan, semua tanggungjawab harus berakhir di bahu Abdullah. Mengapa dia masih berdegil mahu kekal sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO sedangkan sudah ada orang lain yang berhak menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Sebagai ketua parti, dia masih terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam sebarang keputusan.

Abdullah bertanggungjawab kerana tidak melakukan perubahan dan melambatkan perubahan dalam UMNO dengan masih mahu mengekalkan jawatan dan dikatakan masih berangan-angan dan mencari jalan untuk kekal terus.

UMNO perlu berubah. Cara lama yang hanya mementingkan diri dan membuat sesuatu keputusan hanya dari perspektif parti sudah tidak lagi relevan.

Semua ahli parti kena berubah untuk memikirkan mengenai masa depan parti, mengenepikan kepentingan diri dengan menghayatai intipati pengorbanan dalam perjuangan, dan utama sekali, mementingkan kebajikan rakyat dan pengundi.

10 comments:

Parpu Kari said...

Pehhhh....memang superb la review u my fren..... I SALUTE U and I do agree with you 1000%...

Way to go man....

Anonymous said...

Aku tak hairan kalau dia (pak lah) tubuhkan suruhanjaya utk kekalahan ni (p36).
walau camna pun, nampak nya LCCT kat LABU makin tak diterima rakyat! Allahamdulillah!

Zawi said...

Pemilihan calon UMNO merupakan hanya satu dari sebab kekalahan UMNO di PRK KT. Pemimpin2 UMNO dan lain-lain parti komponen juga tidak disenangi Rakyat. Pemimpin2 ini dulu perlu berubah untuk UMNO terus menjadi relevan.

abunawas said...

Why are we is the state of denial?

Why are we still blame everybody except ourselves?

Why do we choose to find excuses only to fit who we want to attribute the blame on?

If we and/or rakyat think that Pak Lah is no longer relevent, dont we and rakyat realise that he is going to be out in no time and why dont we and/or rakyat endorse on his exit?

So long as we still lve in the state of denial and refuse to understang and do serius things about the people's wish, sooner or later rakyat will show us the exit door for all.

Kembara Politik said...

Assalamualaikum,

Faktor utama ialah UMNO seolah-olah memusuhi Hudud. Sebagai seorang Muslim, sewajarnya Hudud tidak dijadikan bahan kempen. Dalam hal ini UMNO sangat bodoh bila mempersoalkan Hudud yang memang dekat di hati semua Muslim lebih-lebih lagi rakyat di Pantai Timur. Tindakan KJ memperlekeh Hudud bukanlah suatu langkah yang bijak di negeri2 Pantai Timur, malahan mungkin di seluruh Malaysia. Saya sendiri secara peribadi, menyokong sekiranya Hudud dilaksanakan. Apa salahnya dengan Hudud? Cuma dari segi pelaksanaannya, secara logik akan mendapat tentangan dari bukan Islam, itu sahaja. Sepatutnya UMNO tidak menyentuh perkara2 yang berkaitan agama Islam yang mana sudah tentu mempengaruhi pengundi atas pagar dan muda di sebuah negeri yang majoritinya Muslim.

Faktor calon juga memainkan peranan penting. UMNO sewajarnya mengambil kira pandangan dan suara hati pengundi, yang mana terdapatnya cakap-cakap rakyat Kuala Terengganu yang sangat menyenangi sekiranya Ketua Sektor JPN Terengganu dipilih. Nampaknya UMNO tidak belajar dari kesilapan. UMNO lebih memilih untuk tidak mendengar suara hati pengundi. Apa yang penting bagi UMNO ialah 'suara hati' ketua-ketua cawangan yang mempunyai agenda masing2.

Faktor lain ialah dari segi lemahnya perang saraf. Mengapa Hudud ditekankan, sedangkan kita sudah tahu bahawa undi bukan Melayu sebenarnya sudah lama 'swing' ke arah PR. Pada PRU12 yang lalu, kaum Cina mengundi MCA di DUN Bandar disebabkan faktor calon yang diletakkan ialah Cina.

Sepatutnya perang saraf perlu ditekankan kepada golongan majoriti iaitu Melayu. Golongan yang perlu ditekankan ialah pengundi atas pagar dan golongan muda. Sebenarnya jika dikira, UMNO sudah mempunyai kelebihan dari segi masalah parti komponen PR yang mana PAS dilihat tidak berupaya menjadi parti pengganti orang Melayu bila melibatkan soal kepentingan orang Melayu (seperti tanah dan lain-lain). Isu seperti DAP yang bongkak dan celupar sebenarnya sudah membuatkan UMNO berada dalam keadaan mempunyai 'advantage' untuk meraih undi golongan muda dan tua serta pengundi atas pagar. Namun, keadaan itu berubah apabila MCA mengeluarkan surat terbuka kepada pengundi Cina dengan mengatakan jangan mengundi PAS atas sebab Hudud. Surat ini digunakan oleh PAS untuk mendapatkan sokongan pengundi majoriti yang sebelum ini sudah berkira-kira untuk mengundi UMNO walaupun pilihan calon tidak menepati citarasa mereka.

UMNO masih tidak berubah. Masih di takuk lama yang mana terlalu memberi fokus pada undi penentu sedangkan undi majoritilah penentu yang sebenarnya dalam sesebuah pilihanraya.Dalam hal ini Anwar dilihat bijak kerana mengeluarkan kenyataan menyokong Hudud sedangkan pada dasarnya selepas ini mungkin PKR akan mengubah pendiriannya berhubung Hudud. Tapi tindakan pejabat KJ mengeluarkan press statement menafikan menyokong Hudud telah dijaja di seluruh rumah orang Melayu Kuala Terengganu.

Anonymous said...

Kalau main bola, UMNO yang mempunyai 11 orang dimain tewas kepada PAS yang hanya ada 8 orang pemain.Sebabnya bodoh sombong, angkuh dan syok sendiri.

Anonymous said...

Abu Nawas,

What is the exact date of Pak Lah's last day in office? We are nearly entering February but yet we hear nothing on the exact date except it will only happen in March 09.

Is he really planning to retire?

I have this wild feeling that Pak Lah still hope to remain as PM.

First, he makes sure that his goons the like of Mohd Taib, Zahid Hamidi, Azalina etc wins the UMNO election in March.

When he manages to put his goons to dominate the UMNO Supreme Council, he will later makes them table a motion for him to continue to be PM.

With Najib's "Yes Sir" and "Kami Sokong" chorus together with the support from opposition MPs like Hadi Awang and Karpal Singh,(for the obvious reason), there is still possibility the plan will works.

Bloody hell! It is just a 1% chance and this guy still wants to buy it. That's why he still insist on putting Wan Ahmad Farid to contest the KT by election.

And dear Sir,

Please dont forget. Pak Lah has a SIL name Khairy Jamaluddin. And this young punk has no plan to retire or even slowing down.

It is the people's wish for this two people to be kick out and the people of KT has just endorsed it.


-amos-

suka_aman said...

banyak faktot yang membuatkan BN kalah.tapi kalau dilihat dari sudut lain,maknanya SPR dan BN tak berpakat untuk bagi BN menang sebab PAS yang menang!.jadi disebabkan PAS yang menang maka isu pengundi hantu "lenyap" begitu sahaja!.

mungkin calon BN kali ini tak kuat atau tidak terlalu menonjol.tapi ada banyak lagi sebab yang menyebabkan BN kalah.tentang hudud pula,itu satu sebab yang kecil.perbalahan dalam UMNO juga punca BN boleh kalah.

torexxx said...

perkara biasa jika kalah atau menang.kiranya tak perlulah saudara berkata BN mencari alasan kerana kekalahan mereka.PAS juga akan bertindak begitu berdasarkan sepanjang rekod pilihanraya sebelum ini.antara alasan paling popular ialah "pengundi hantu".seperti biasa apabila PAS sudah menang,lenyak terus sentimen tersebut.yang ada hanya sorakan kegembiraan.

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

pas bila menang undi bersifat ketuhanan, bila kalah undi bersifat kehantuan.

tapi bila pas dah power maka umno terpaksa kebuntuan dan ketinggalan

nasiblah sebab brand tak berapa ada wow faktor.

tapi umno kena bangkit dan terus mara untuk tetap relevan

My Say