Wednesday, June 11, 2008

Weblog Media Saka Bangsa: Kesediaan Pemuda UMNO Merapati Rakyat

Pagi semalam, Jun 10hb, Sekretariat Perhubungan Media Pemuda UMNO memperkenalkan weblog Media Saka Bangsa kepada para media dan jurublog-jurublog dalam Majlis Makan Tengahhari "Sembang Media" di Bilik Johor/Kedah, Aras 2, PWTC, Kuala Lumpur.

Usaha weblog yang dibawah pengelolaan Pengerusi, Dato' Sazmi Miah adalah satu langkah positif Pemuda UMNO dalam mendekati golongan muda dan remaja yang lebih mudah didekati melalui IT.

Kesedian Pemuda UMNO untuk terbuka kepada timbas balas, pandangan dan cadangan dari anak-anak muda dan orang ramai adalah suatu perubahan yang berani dan perlu yang sangat dialu-alukan.

Dalam Majlis itu, pihak sekretariat tersebut menampakkan kesungguhan dan keikhlasan untuk mendengar buah fikiran dan timbal balas para-para pengamal media perdana dan alternatif serta dan juru-blog.

Beberapa teguran telah dibuat terhadap masaalah persepsi individu-individu tertentu, hala tuju pergerakan itu secara menyeluruh, dan amalan media pemimpin-pemimpin pergerakan.


Diharap dengan perubahan ini, timbal balas dari orang ramai diberi lebih perhatian dan menjadi justifikasi dalam sebarang tindakan dan keputusan yang akan diambil oleh exco Pemuda UMNO.

Laporan Malaysiakini mengenai acara itu dilampirkan berikut:

Tegurlah kami, kata Pemuda Umno

Muda Mohd Noor Jun 10, 08 2:51pm

Pergerakan Pemuda Umno hari ini melancarkan sebuah blog untuk mengumpulkan maklumat dan teguran rakyat, khususnya dari golongan muda, terhadap parti dan kerajaan.

"Selagi kita tidak mendengar pandangan mereka yang kritikal terhadap kita, maka selama itulah kita akan terus hidup dalam kepompong," kata Exo Pemuda, Datuk Sazmi Miah ketika melancarkan blog tersebut di PWTC pagi ini.

Blog 'Saka Bangsa' tersebut akan diselenggarakan oleh Sekretariat Perhubungan Media Pemuda Umno yang dipengerusikan oleh Sazmi, yang juga bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Saka Bangsa bermaksud warisan bangsa.

Dalam ucapannya, Sazmi berkata, keadaan sudah berubah, terutama selepas pilihanraya umum pada 8 Mac lalu.

Katanya, golongan muda kini mempunyai akses kepada kemudahan internet dan penubuhan blog tersebut adalah antara usaha Pemuda Umno untuk mendekati mereka.

"Jadi kita melancarkan blog ini untuk memulihkan kekuatan Pemuda Umno supaya terus relevan," katanya.

Blog ini akan membuka ruang untuk sebarang komen, pandangan, pendapat, kritik dan cadangan dari semua, terutama generasi muda secara terbuka sehingga 20 Julai 2008.

Ia juga akan menganjurkan tinjauan pendapat untuk mendapatkan maklumat dan senario yang lebih jelas agar maklumat ini akan dimajukan kepada kepimpinan Pemuda Umno.

Mahu dengar pandangan

Sazmi berkata, generasi muda hari ini lebih banyak akses kepada internet dan kerana itu Pemuda Umno perlu mengakui hakikat itu.

Katanya, ramai golongan muda yang tidak lagi menghayati perjuangan Pemuda Umno.

"Berilah pandangan dan kritikan mengenai Pemuda tentang apa yang telah dilakukan dan apa yang patut dilakukan supaya ia boleh diterima sekali lagi.

"Saya mahu dengar sahaja semua pandangan dan kritikan itu dan tidak mahu menjawabnya kerana ia merupakan hak mereka," katanya.

Sazmi berkata, beliau mahu tahu mengenai persepsi orang ramai terhadap Pergerakan Pemuda.

Katanya, Pemuda Umno tahu kakitangan kerajaan dan golongan telah tidak menyokong Pemuda Umno tidak sebagaimana empat tahun lalu.

Bawa pada Hisham

"Isu yang boleh jawab, kita akan jawab. Benda (tuduhan) yang tidak betul terhadap parti, kita perlu pertahankan," katanya lagi.

Sementara, dalam sesi dialog dengan hadirin, seorang blogger berkata Pemuda Umno hari ini tidak mengikut rentak dan suasana semasa, di samping ketiadaan pemimpin pelapis.

Tambahnya, Pemuda Umno juga sudah menjauhkan diri dari persatuan-persatuan termasuk Belia 4B yang satu masa dahulu turut dianggotai ahli-ahli Pemuda Umno.

Manakala seorang wartawan akhbar berbahasa Cina pula mendakwa pemimpin Pemuda tidak melayan media-media berbahasa Cina, tetapi lebih mengutamakan bahasa Melayu dan Inggeris.

Manakala seorang wartawan dari sebuah media alternatif turut membangkitkan kesukaran yang dihadapi untuk mendapatkan reaksi daripada kepimpinan Pemuda Umno berhubung isu-isu panas semasa.

Dalam reaksinya, Sazmi berkata, beliau akan membawa perkara yang dibangkitkan dalam sesi dialog tersebut ke pengetahuan Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

3 comments:

Anonymous said...

this guy Sazmi is not trustworthy ... what malay agenda has he got?

Anonymous said...

Dear Voice,

I do have some respect for you and your writings, but if you continue to associate yourself with SAZMI MIAH ... then, I'm sorry. That's it, bro!!!

A Voice said...

Dear anons

I am interested to know what sazmi has done to be deemed as not trustworthy and not worth the respect.

It was a pemuda affair ...

My Say