Friday, October 31, 2008

Tom Daniel atau Nordin Abdullah? Tiada Menafikan Mike Thompson?


Merujuk kepada tajuk tulisan saya "Siapa Tom Daniel atau Mike Thompson?" bertarikh Oktober 29hb, tempoh hari berkenaan gambar di atas yang dipersoalkan, saya menerima beberapa timbal balas.


Terima kasih yang memberi makumat mengenai Nordin Abdullah (gambar diatas), seorang Pengarah Kasehdia Sdn Bhd, sebuah syarikat pengurusan media dan acara untuk Halal Forum.

Nordin adalah suami kepada Jumaaton (gambar di bawah), seorang lagi Pengarah Kasehdia dan kawan baik Nori Abdullah, isteri Khairy dan terlibat dalam Halal Forum.


Untuk maklumat mengenai organisasi ini, sila baca tulisan Rocky dan komentar-komentar bertarikh Mei 14 2008 bertajuk Malaysia's Halal Connection, Badawi and Temasek.

Kemungkinan besar orang putih di dalam gambar teratas itu Nordin Abdullah.

Dikatakan komentar bahawa orang asing berkulit hitam itu adalah suami kepada kakak Khairy. Maklumat dan gambar masih tidak dapat diketemui untuk mengesahkan sedemikian.

Namun harap difahami bahawa saya tetap dengan butir-butir mengenai Tom Daniel dan Mike Thompson berdasarkan sumber-sumber maklumat yang akan kekal 'biar pecah perut tetapi tidak pecah dari mulut'.

Tujuan artikel itu pun adalah mendedahkan pengaruh asing dengan pemegang kuasa negara, bukan sebanar sebagai tajuk debat.

Walaupun saya merasa Tom Daniel lebih cenderung kepada perkembangan politik Anwar Ibrahim dan PKR, saya percaya bahawa ada kaitan dengan Abdullah dan Khairy.

Sampai hari ini tidak terjawab, kenapa Khairy menghantar paspot ke rumah Anwar pada tahun Anwar keluar penjara dan hendak pergi menjalankan pembedahan di Munich.

Diketahui ramai kini Khairy pernah cuba menyunting sekuntum bunga bernama Nurul Izzah di taman Anwar Ibrahim.

Malah runnerboy Khairy yang sedang berkeliaran adalah dikalangan mereka yang rapat dengan pihak tertentu dalam PKR.

Siapa ingin siasat mengenai Qaswa Auto yang berpejabat di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur?

Sambil-sambil itu baca sesuatu yang menafikan seolah seseorang itu hebat bagai di war-warkan di sini.

Menarik sekali tidak ada sebarang komentar yang menyangkal kaitan Khairy dengan MI6 dan agennya Mike Thompson. Tiada percubaan untuk mempersoalkan maklumat, identiti dan latarbelakang Mike Thompson

Selepas menulis mengenai pendedahan itu, saya ingin berkongsi rasa perasaan saya yang agak sedikit seram dan takut. Maklumlah dunia perisikan yang penuh dengan cerita-cerita ngeri.

Walau apa pun mungkin terjadi, saya berpasrah serta bersedia. Bahawa saya berpegang kepada pendirian bahawa nyawa saya tidak ada harga berbanding dengan perjuangan menyelamatkan agama, bangsa dan tanahair dari musuh dan petualang-petualang bangsa.

Saya tetap istiqamah dalam perjuangan yang ramai rakan-rakan yang mengenali saya tidak yakini dan sedar akan ancaman kepada kita! Ramai rakan-rakan ini juga mengambil dan membuat kesimpulan mudah dalam pelbagai perkara.

Ada banyak nawaitu dan hikmah dalam satu-satu langkah dan keputusan utama itu hanya saya kongsi dengan Allah semata-mata. Jurublog yang tidak bernama ini hanya ingin berjuang. Sekiranya saya gugur, tidak mengapa saya tidak diketahui dan hilang dalam lipatan sejarah.

Sum mum buk mum 'um yum fahum la yar ji'un

Thursday, October 30, 2008

Mukhriz, Salahuddin, PERKASA kecam MCA; Disebalik Mesyuarat MKT ada Konspirasi?


YB Dato Mukhriz Mahathir, calun Ketua Pemuda UMNO dan Salahuddin Ayob, "Ketua Pemuda PAS" bagaikan sekata mengecam MCA diaats tuntutan penghapuskan 30 peratus ekuiti Bumiputera. Alhamdulillah, moga nada yang bagaikan seirama ini berkekalan demi agama, bangsa dan tanahair, walaupun sentiasa dalam persaingan.

PERKASA, pertubuhan yang baru ditubuhkan untuk memperjuangkan Perlembagaan dan hak-hak Pribumi tetapi begitu bernai dengan kenyataan-kenyataannya bersuara denga satu amaran yang keras.

Mukhriz dan Salahuddin Kecam

Mukhriz dilaporankan Sinar Harian berkata "sekarang bukan masa untuk mencadangkan 30 peratus ekuiti orang Melayu dihapuskan sebaliknya ia masa bagi meningkatkan ekonomi mereka."

"Pencapaian mereka paling hebatpun baru 22 peratus tetapi kini merosot kepada 18 peratus. Jadiwajarkah dasar itu dihapuskan atau dilonggarkan?"

Salahuddin Ayub berkata PAS pandang serius permintaan MCA. Dipetik dari Sinar Harian hari ini, "DPP Pusat (Dewan Pemuda Pusat PAS) melihat cadangan ini sebagai satu bentuk tekanan politik yang dilakukan MCA ke atas UMNO ekoran kelemahan pentadbiran kerajaan pada masa ini yang mana secara langsung boleh menjejaskan kestabilan negara selain mencetuskan api perkauman."

"Dengan jumlah kerusi yang ada, UMNO tidak berupaya berdiri sendiri sebagai kerajan dan ini membuka ruang kepada parti-parti perkuman dalam komponen BN untuk menggunakan kuas atawar menawar mereka bagi menuntut hak-hak yang telah diperakui sebagai hak orang Melayu untuk kaum mereka."

PERKASA tuntut disingkar

PERKASA mencabar MCA supaya jangan menguji kesabaran orang-orang Pribumi. Badan-badan politik bukan Melayu jangan mengambil kesempatan mendesak untuk penghapusan hak-hak 30 peratus ekuiti bumiputra dalam syarikat-syarikat awam.

Menurut Timbalan Presiden PERKASA Dato’ Fuad Hassan, “Akhir-akhir ini terlalu banyak desakan kaum bukan Melayu secara berani dan terbuka untuk menghapuskan hak-hak kaum bumiputra yang diperuntukan perlembagaan.”

Dato Ruhanie Ahmad, Ketua Penerangan PERKASA dan sedang menawarkan diri untuk Majlis Kerja Tertinggi UMNO, menuntut Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai dipecat dari Kabinet kerana mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan keputusan koleksi Kabinet.

Bagi pihak PERKASA, beliau "memberi amaran keras kepada pemimpin MCA terbabit dan pihak-pihak lain yang kini cuba menyemarakkan sentimen perkauman di kalangan rakyat Malaysia pelbagai keturunan, agama, budaya dan latarbelakang ekonomi, supaya jangan ulangi apa jua kenyataan atau tindakan yang boleh menjejaskan perpaduan dan ketahanan nasional."

Satu Konspirasi?

Namun jurublog merasakan ini satu konspirasi terancang antara Abdullah Badawi dan Zaid Ibrahim untuk menakut-nakutkan kaum-kaum bukan Melayu dengan tuduhan Mahathirisme akan kembali melalui Najib untuk memperlecehkan Najib.

Mengikut sumber tertentu, Abdullah memberi restu untuk parti-parti tertentu dalam Pakatan Rakyat, dan Barisan Nasional untuk lantang bersuara.

Hari ini, Mesyuarat MKT dijangka akan menghapuskan sistem kuota untuk membolehkan Ali Rustam menentang Muhyiddin. Suara Zahid Hamidi yang sering mudah disuruh begitu lantang untuk perkara ini.

Abdullah telah secara buka marah kepada Dr Mahathir. Dia yang sepatutnya berlaku adil atau dilihat berlaku adil untuk tidak memihak kepada sesiapa, telah memberi sokongan terbuka kepada Ali Rustam.

Desas desus di kedai-kedai kopi dan cafe berkata wang yang banyak akan digunakan untuk memastikan Mauhyiddin kalah. Jumlahnya tidak diketahui tetapi untuk satu jawatan sayap parti, wang berjumlah pulohan ribu ringit seorang akan diberikan untuk setiap perwakilan bagi memastikan calun rakit mereka menang.

Sana sini dikatakan pencalunan untuk Majlis Tertinggi adalah berdasarkan rakit. Susah untuk floor mencalunkan sesiapa yang lain. Kebanyakkan calun-calun tertinggi untuk MKT didominasi oleh rakit Abdullah.

Apa jadi ekonomi?

Mesyuarat MKT juga sepatutnya membuat keputusan untuk balik kepada jadual asal untuk pemilihan diadakan pada bulan Disember. Jika tidak, ekonomi negara tidak akan terbela dan negara dalam keadaan tidak tertadbir.

Kebanyakkan parti-parti politik sibuk dengan pemilihan jawatan masing-masing. MCA dan gerakan baru saja habiskan pemilihan mereka dan kini begitu berapi-api untuk meyakinkan ahli-ahli parti dengan tidak henti-henti mengkritik UMNO.

UMNO pula leka dan dilalaikan dengan pemilihannya. Jika pemilihan dibiarkan hingga bulam Mac 2009, ini akan merosakkan UMNO dan BN. Negara akan lalai dengan politik seterusnya sampai Mac 2009. PAS pula dengan pemilhan mereka untuk Jun 2009 yang dijangka panas dengan pengaruh kumpulan 'Erdogan'.

Seluruh negara dan dunia sedang memerhatikan apakah tindak tanduk MKT UMNO hari ini? Keyakinan rakyat, masyarakat niaga dan pelabur asing terletak kepada keputusan hari ini. Adakah UMNO memikirkan mengenai masa depan neagra atau terlalu asyik dnegan politiknya?


Pelbagai suara dan manusia prihatin dengan perkembangan politik bangsa, dan ekonomi dunia dan negara, tetapi adakah Abdullah peduli ini semua? Adakah dia lebih asyik untuk merancang sesuatu untuk keluarga dan dirinya agar terus "berkuasa" selama-lamanya?!

Wednesday, October 29, 2008

Tajuk Debat untuk Khairy: "Siapa Tom Daniel dan Mike Thompson?"


Sebenarnya, berdebat dengan Khairy tidak guna dan tidak membawa hasil. Dari tulisan-tulisan di MyKMU Johor, rata-rata penulis-penulis laman itu tidak lihat keperluannya.

Jebatmustlive yakin Khairy dan spinmaster akan manipulasi media perdana untuk menggambarkan dirinya lebih hebat, sebagaimana yang sedang dilakukan. Dr Ahmad Kamal merasakan Khairy terdesak sejak Dr Khir berjaya lepas pencalunan dan ingin meraih simpati melalui debat. Rushdee Iskandar bersependapat dan merasakan ini hanya helah untuk menaikkan populariti tetapi ini tidak membawa hasil kepada parti.

Malangnya ramai bahlol-bahlol yang malas berfikir dan mudah dimanipulasi dari kalangan perwakilan ke Pemuda PAU dan mereka akan pilih pembelut bangsa ini. Padahal perjuangan Khairy akan membawa kehancuran.

Kalau dilayari laman www.prokhairy.com, manifesto Khairy hanya mudah difahami tetapi kosong dari segi intipati perjuangan parti. Slogan Setiakawan tersirat rancangan untuk menguatkan rangkaian politik peribadi dan memudahkan agenda pengindoktrinasi ideologi yang membahayakan bangsa.

Khairy enggan menerima perubahan untuk parti kerana dia tidak akan mengaku kenyataan dia terlibat secara langsung dengan kehancuran yang dibawa bapa mertuanya.

Dari layaran di laman tersebut, terjumpa gambar Nori (sila lihat gambar di sebelah kanan) di bahagian bawah sidebar.

Siapa orang putih bersama rakan Negro yang memakai pakaian sama T shirt berwarna hitam? Sudah pasti mereka ini adalah rakyat asing. Adakah mereka terlibat membantu Khairy berkempen? Jika betul, apa perlu melibatkan rakyat asing di dalam pemilihan pilihanraya antara rakyat Malaysia dengan rakyat Malaysia?

Kenapa rakyat asing yang sering cenderung membantu pembangkang mahu dilihat bersama Khairy?

Persoalan-persoalan ini layak dijadikan tajuk debat dan pasti Mukhriz ingin sekali terlibat. Rasanya Khairy akan lari dari berdebat sebagaimana dia lari dari berdebat dengan Adlan Benan Omar, Husam, Nasruddin Tantawi, dan turut sekali, Chegu Bard.

Itulah Khairy yang sebenar - penakut. Dia sentiasa resah dan ketakutan kerana dia sedar apa yang dilakukan itu salah.

Mungkinkah Orang Putih itu Tom Daniel?

Tom Daniel adalah seorang staf di Kedutaan Amerika. Jawatan rasminya adalah sebagai Cultural Attache atau Pegawai Kebudayaan Kedutaan. Dia akan kelihatan di Majlis-Majlis Kebudayaan penting di seluruh negara. Anihnya, dia kelihatan dengan begitu terbuka melawat bilik bilik operasi pembangkang semasa pilihanraya kecil Ijok dan Machang.

Dari maklumat mereka-mereka yang pernah berkomunikasi dengannya, Daniel pernah bekerja di Kedutaan Amerika di Jakarta dan boleh bercakap dalam bahasa Indonesia. Teringat, Paul Wolfowitz pun boleh berbahasa Indonesia setelah mejadi Duta Amerika di Indonesia.

Tanpa segan silu, dia pernah tersebut mengaku mendapat latihan di Langley, Virginia tidak jauh dari ibu negara Amerika, Washington DC. Langley adalah ibu pejabat badan risik Amerika Syarikat, Central Intelligence Agency (CIA).

Salah satu hobi Daniel adalah menaiki motor besar dan secara berkonvoi. Dari situ, dia membina persahabatan dengan seorang operatif psywar PKR. Daniel juga suka bersosial di tempat-tempat di mana ramai wartawan-wartawan bersantai.

Seorang bekas wartawan Melayu pernah bekerja dan diberi gaji yang sangat lumayan oleh US Information Service. Tugasnya adalah untuk menghadhiri Majlis-Majlis Ilmu dan Budaya anjuran Pertubohan Melayu dan membuka jalan bagi membolehkan Pegawai-Pegawai Kedutaan mendapat jemputan. Dari situ rupanya, mereka membina rangkaian maklumat. Lama kelamaan, wartawan itu sedar dirinya diguna untuk pengumpulan maklumat, lalu dia berhenti.



Daniel begitu berminat dengan perkembangan politik Anwar Ibrahim dan amat mengkaguminya. Melalui kontaknya dengan PKR, beliau pernah mendapat jemputan untuk menghadhiri majlis perasmian Kongres Keadilan Nasional ke 4 di Sekolah Menengah Chung Hwa, Seremban pada sekitar bulan Jun 2007. (Sila lihat gambar diatas dan gambar yang telah dibulatkan dibesarkan di bawah.)

Merujuk kepada gambar di bawah, Daniel adalah orang putih yang berambut nipis dan kelihatan dalam gambar berada di sebelah kiri sekali. Sebelahnya adalah seorang rakyat Malaysia keturunan India yang dipercayai bekerja di Kedutaan Amerika Syarikat.


Di Ijok dan Machang, Daniel dilihat bersama seorang staf bangsa Amerika berkulit hitam. Adakah orang putih dan berkulit hitam yang berada dibelakang Nori di dalam gambar hari penamaan calun di Rembau itu Daniel dan staf Kedutaan Amerika tersebut? Kemungkinan itu ada.

Jika benar, mengapa Tom Daniel yang mempunyai kecenderungan terhadap Anwar juga mempunyai kecenderungan terhadap Khairy?

Mungkinkah Orang Putih itu Mike Thompson?

Dari sumber Forum KMU bertarikh Julai 8hb, 2006, disiarkan dengan suntingan sedikit latarbelakang mengenai seorang bernama Mike Thompson, di bawah:

Mike Thompson adalah Penasihat Pejabat Luar White Hall dan bekas pakar dalam hal ehwal Asia Tenggara semasa bekerja untuk MI6. Beliau berumur dalam lewat 60an, anak seorang planter di Kuala Selangor dan lahir di Kuala Selangor. Dia membesar di Malaya sebelum mendapat pendidikan di England dan akhirnya berkhidmat dalam perkhidmatan risikan kerajaan British.

Thompson telah dihantar untuk berkhidmat di Malaysia beberapa kali sebagai diplomat, attache dan kemudian, pakarunding kepada syarikat-syarikat British yang masih beroperasi di Malaysia. Thompson amat fasih berbahasa Melayu dan cukup faham dan masak tentang sosio-ekonomi-budaya dan senario politik Malaysia.

Pihak kerajaan Malaysia memang menyedari kemampuan beliau dalam operasi-operasi risik untuk Kerajaan British. Beliau dikatakan telah mencadangkan kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra agar MI6 'menyerang' dan membakar sebuah kapal dagang British di Selat Melaka dan menyalahkan pihak bersentaja Indonesia. Ini akan membolehkan pihak British campur-tangan dalam konflik bersenjata Konfrontasi dengan Indonesia dan Soekarno yang bermula 1963. Semasa itu, Malaya mempunyai perjanjian pertahanan dengan London sebagai salah satu syarat kemerdekaan. Almarhum Tunku menolak cadangan ini mentah-mentah.

Pihak tertentu amat menyedari kehadhiran Thompson di Malaysia. Baru-baru ini, Thompson telah dilihat mengadakan pertemuan dengan Khairy Jamaluddin di Kuala Lumpur.
Semasa maklumat kehadhiran Thompson di Malaysia diperolehi, tahun itu adalah tahun 2006 yang mana Dr. Mahathir mula mengkritik pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi atas polisi AP yang merosakkan Proton, pembatalan Jambatan Johor dan lain-lain.

Dalam satu Majlis di Kelab Century, Taman Melawati, Dr Mahathir telah mendedahkan mengenai pengaruh Khairy dan budak-budak Tingkat 4 dalam pentadbiran kerajaan. Semasa itu, kebangkitan Dr Mahathir telah menimbulkan panik dan ketakutan di kalangan Khairy dan pentadbiran kerajaan hingga terpaksa menggunakan suratkhabar untuk memanipulasi berita. Nasib naik ada MSC dan jaluran Internet.

Berikutan dari itu, pelbagai usaha telah digunakan untuk menahan Dr Mahathir dari berucap di sana sini dan sabotaj Majlis-Majlisnya, termasuk penggunaan pemedih mata ke atasnya di Kota Baru dan membayar rasuah untuk menafikan beliau menjadi wakil G7 Bahagian Kubang Pasu.

Maklumat yang tertulis di atas pernah mendapat pengesahan seorang bekas Menteri yang pernah berkhidmat di Kementerian Dalam Negeri. Menurutnya, Khairy begitu gugup dan gugat hingga memerlukan reinforcement - bantuan dan bimbingan.

Harus disedari bahawa MI5/6 dan CIA/FBI banyak rekrut staf dari Universiti ternama Ivy League, Amerika dan Oxbridge, Britain termasuk Oxford. Walaupun dilihat begitu terbuka dalam budaya keilmuan, universiti-universiti sedemikian adalah pencetus dan intensif dalam mengindoktrinasi ideologi konservatif dan neo-kolonialis.

Khairy adalah anak diplomat yang lahir dan menghabiskan hampir seluruh hidupnya dari lahir di luar negara. Dengan sifatnya yang agak extrovert, mungkin ada mata yang menyedari potensi mengunakan Khairy untuk operasi mereka. Ternyata Khairy adalah aset yang sangat berguna. Sudah menjadi buah mulut akan kehadhiran Khairy di dalam security briefing yang sepatutnya hanya empat mata antara PM dan IGP. Adakah dia akan mudah keluar masuk MINDEF untuk lima dan enam bulan pentadbiran Abdullah?

Kalau mengikut gambar Nori yang menjadi persoalan, orang putih itu bukan berumur lewat 60an tahun. Malah dari kebiasaan jurublog bergaul dengan orang-orang Amerika, kedua-dua mereka itu lebih mungkin adalah orang Amerika.

Di atas keberaniannya untuk kelihatan hadhir di Majlis Politik dan pergaulannya yang terbuka, hati naluri jurublog lebih mengatakan orang putih tersebut adalah Tom Daniel.

Seronok sekali, kalau ini boleh dibuat tajuk perbahasan. Melalui debat, Khairy tidak boleh hanya menafikan ketiadaan Tom Daniel dan Mike Thompson tetapi perlu memberi fakta dan hujah tambahan.

Kemungkinan besar Khairy akan cabut lari dan tidak hadhir debat ini mengikut kebiasaan yang dilakukan berkali-kali.

Tuesday, October 28, 2008

Sejarah Khairy lari dari debat: Dua kali dengan Adlan Benan, Tiga kali dengan PAS

Wah ... Baru saja layak bertanding, sudah hendak cabar orang berdebat dan kononnya hendak 'tanam' oranglah itu. (Tengok bertapa tinggi hidung Khairy duduk sebelah orang tua dalam gambar di sebelah kanan.)

Khairy baru saja cukup jumlah pencalunan dan kini sudah balik kepada kebiasaannya hendak tunjuk angkuh dan lagaknya. Sudah lupa dia menyembah-nyembah perwakilan-perwakilan Pemuda Bandar Tun Abdul Razak meminta pencalunan.

Sekejap lagi, semua orang yang dia jumpa dia akan tanya, "Kau kenal aku siapa? Aku layak bertanding Ketua Pemuda UMNO. Kalau menang aku jadi Menteri!"

Ini bukan ajak debat tetapi mahu memalukan dan mengaibkan orang. Di Amerika, orang mengamal demokrasi secara debat bukan cara macam kanak-kanak belum baligh cabar mencabar main gasing dan ejek mengejek.

Baru saja sebut pasal debat, dia sudah guna Ketua Pemuda Tanjung Malim, Muhammad Yadzan Mohamad untuk melakarkan Mukhriz sebagai pengecut. Tukang sporak dari kroni-kroni Khairy termasuk pebayar bilnya, Ketua Pemuda Perlis Rozabil Abdul Rahman, Ketua Pemuda Pahang Khairuddin Yaakob, Timbalan Menteri Dalam Negeri Senator Wan Farid, Naib Ketua Pemuda Putrajaya Mohd Hishamuddin Yahaya dan lain-lain. Agendadaily yang jadi pemberita pula tidak perlu jadi batu api.

Kalau Mukhriz pengecut, kenapa Khairy beriya-iya hendak 'tanam' Mukhriz di dalam Mesyuarat menggunakan kuncu-kuncu setiap kali Mukhriz "tersalah cakap"? Hanya orang Pengecut yang suka cari sebab dan tidak berani berdepan dengan kenyataan.

Kalau Mukhriz pengecut, kenapa dia berani kata ucapan Perdana Menteri tidak ada isi baru dan berani sekali boleh tuntut Perdana Menteri supaya berundur? Jangan cerita sekarang mengenai Muhyiddin yang mulakan langkah untuk tuntut Abdullah Badawi berundur. Mukhriz buat sendiri tanpa perlu atur dan pakat dengan sesiapa.

Janganlah nak panggil orang pengecut! Bertaktik dan berhati-hati itu bukan pengecut.

Mukhriz tidak takut kalah dan tidak kasi wang. Mukhriz tidak takut tak dapat jadi Menteri kalau dipilih ketua Pemuda UMNO. Hendakkah Khairy tolak tawaran jadi Menteri kalau menang Ketua Pemuda?

Orang Melayu sentiasa bersopan dan berbudi pekerti, tetapi bukan bermakna pengecut. Kalau hanya hebat berdegar-degar dan cabar-mencabar, itu bukan berani tetapi tiada adab, dan kadang kala biadap.

Macam begitukah nak jadi pemimpin orang Melayu? Perlu kurang ajar?

Kematangan

Kalau dilihat alasan Mukhriz tidak mahu berdebat, ada kematangannya. Malah bukan dia seorang yang kata demikian - Tok Pa, Syed Ali, dan banyak lain percaya perkara yang sama. Politik UMNO belum matang untuk menilai isi kandung debat.


Lihat debat antara Anwar dan Shaberry. Masing-masing mengaku menang tetapi sebenarnya dua-dua hopeless. Anwar dengan fakta cetek dan fakta yang asas ekonomi salah, manakala Shaberry dengan kritikan peribadi.

Akhirnya siapa yang orang kata akan menang? Pemidato yang hebat menang tapi apa yang dikata tak boleh pakai. Ini hanya akan mengulang sejarah memilih pemimpin semacam Anwar Ibrahim yang Khairy patut tanam di Permatang Pauh baru-baru ini.

Cewah ... konon Khairy kata tidak akan berpecah dan bercakar-cakar. Siang-siang kita mengaku cakap, Khairy memang pemidato yang lebih hebat dari Mukhriz. Nah 10 sen kasi hadiah. Persoalannya, adakah kepimpinan akan diberi kepada pemidato yang lebih baik?

Usah Khairy kata perwakilan sudah matang. Selagi duit, penipuan mesyuarat dan ugutan masih boleh mendapatkan percalunan, apa matangnya?

Dikala UMNO perlu pemimpin yang boleh membawa transformasi, adakah kita hanya pemimpin berkarisma yang hanya hebat berdebat seperti Anwar Ibrahim? Atau pemimpin transaksi yang lebih kepada politik wang? Atau pemimpin halsca yang hanya pandai memfitnah dan menggunakan teknik Niccolo Machiavelli dalam "divide and rule".

Selama Khairy menyandang Naib Pemuda, apa matangnya Khairy dalam berdemokrasi menahan Mukhriz dan memaksa dirinya dijemput merata membuka Mesyuarat Pemuda Bahagian?

Apa matangnya Khairy bila Mukhriz ditahan dan diblok dari melakukan apa-apa inisiatif? Apabila Aceh tsunami, dia pula nak ambilalih kerja-kerja di Aceh untuk publisiti? Tapi dihanya berada di Aceh selama dua jam untuk ambil gambar!

Debat tajuk apa?

Kalau debat mengenai tajuk "politik wang", Mukhriz patut terlibat. Biarkan soalan dari bawah dan talipon dari orang ramai tanpa ditahan-tahan.

Sedap hendak dengar soalan dari kontraktor-kontraktor yang masuk tender dengan BLT Sdn Bhd dan menjadi mangsa putarbelit dan panggilan Khairy kepada CEO BLT . Soalan jurublog hanya berkenaan Merger ECM Libra dan Avenue Asset dan 13 muka panjangnya.

Sebelum itu, ketiga-tiga mesti tandatangan "Letter of Indemnity" supaya jangan saman siapa-siapa!

Pasti Dr Khir hendak tajuk "Salahguna media". Dengar-dengar ada dua jilid panjang isu-isu Karam Singh Walia si pariah dan TV3 menjatuhkan imej Barisan Nasional di Selangor hingga dikuasai oleh Pakatan rakyat.

Yang hairannya kenapa Khairy hendak debat sekarang.

Sebelum Raya, temuramah Utusan pun Khairy takut. Utusan Malaysia mahu tanyakan soalan-soalan yang sama dan diterbit pada masa yang sama dengan Khairy, Dr Khir dan Mukhriz. Khairy tak suka dan editor pun takut datang arahan dari Putrajaya dipecat.

Khairy kaki lari dari debat

Tahun ini bila sudah terdesak baru Khairy hendak debat. Buat apa duduk ditangah? Dari segi psikologi, dia kelihatan di hempit Tony Pua dan Nik Nazmi

Pada Jun 16 2002, Khairy sepatutnya mewakili Pemuda UMNO dan sudah diumum akan berdebat menentang Adlan Benan Omar dari Parti Keadilan Nasional dan Dr Dzulkifly Ahmad di atas tajuk 'Cabaran ekonomi Malaysia Selepas September 11". Tidak tahu kenapa dia suruh Affendi Zahari.

Mungkin dia kenal betapa hebat Adlan yang sama-sama menulis di dalam majallah Ethos yang diterajui Khairy. Dan kemungkinan dia seram hendak hadapi Adlan yang merupakan Juara Debat di Britain mewakili Cambridge Univeristy dan seorang graduan yang cekap dengan fakta sejarah dan undang-undang. Takut Oxford malu kalah dengan Cambridge.

Sebelum itu, Khairy dijemput sebagai ahli panel dalam Majlis anjuran The Johns Hopkins Paul H. Nitze School of Advanced International Studies (SAIS) pada Nov 8hb, 2001 bertajuk "Post-Crisis Malaysia: The Political and Economic Aftermath" di University John Hopkins, Washington.

Bersama-sama dengan Khairy dalam sesi tersebut adalah Ti Lian Ker(MCA), Dr. Syed Azman Syed Ahmad (PAS), Adlan Benan Omar (PKN), dan Lim Guan Eng (DAP). Itu kali pertama, Khairy lari takut berdebat dengan Adlan Benan Omar. Tidak percaya tanya pada ahli-ahli panel lain, selain dari Adlan yang sudah meninggal dunia.

Selepas itu, tiga kali pemimpin PAS ajak berdebat dengan budak yang hanya dikenali sebagai genius yang belajar di Oxford tetapi tidak pernah ada kerjaya bekerja dimana-mana melainkan lompat sana sini. Itu mungkin kriteria hendak jadi pemimpin.

Kali pertama, Khairy menolak cabaran berdebat yang keluar di SIASAH pada bulan pertengahan Disember 2005. Husam Musa ajak Khairy berdebat mengenai mempertahankan Ketuanan Melayu di bumi bertuah ini. Tak jadi. Mungkin topik dia tidak mahir atau dia tidak percaya pada Ketuanan melayu.

Kali kedua, Harakahdaily melaporkan pada Ogos 8hb, 2008 di mana Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) ajak berdebat mengenai tajuk 'Malaysia sebuah Negara Islam'. Bukan susahkan, gunalah Perlembagaan. Tidak pula dia terima. Mungkin tajuk tak sedap pasal dia suka negara liberal yang boleh minum arak, melawat kelab malam dan bergaul bebas dengan wanita lain walaupun dia sudah berkahwin.

Kali ketiga yang jurublog tahu dan dilaporkan Harakahdaily pada September 6hb, 2007, Khairy dicabar oleh Ustaz Nasruddin Tantawi juga. Khairy diajak berdebat dalam isu kemerdekaan negara dalam erti kata sebenar. Tidak juga dia mahu. Hahaha ... mungkin dia sebenarnya tidak mahu merdeka tetapi mahu kita dijajah Singapura dan Amerika.

Penakut

Jelas Khairy penakut dan hanya berdebat dengan orang yang tidak pandai debat.

Tujuan dia hanya untuk mengaburi perwakilan Pemuda UMNO yang kurang cekap menilai kepimpinan dan mudah dikaburi dengan hanya kecekapan berpidato. Budak Pemuda ini banyak pejenis bongok yang boleh asyik dengan kehandalan berdebat, bukan pengisian debat, dan kehandalan debat menjadi pengukur kepimpinan.

Orang yang dia hendak diajak debat adalah Mukhriz. Malah, Dr Mahathir akui Mukhriz akan kalah dalam berdebat. Seperti bapanya, dia bukan pemidato dan lebih berfikir secara teratur dan berhati-hati semacam pemimpin transformasi. Tun Abdul Razak pun bukan seorang yang hebat berpidato dan berdebat tetapi hebat merancang dan bekerja.

Kalau dilayan Khairy dengan propaganda dan psywar, jahanam alif ba dan ta. Kalau tidak mahu bercakar-cakar, tak payah berdebat. Buat rancangan di TV dan ketiga-tiga dijemput untuk berdialog. Tenteram dan aman.

Ini bukan pasal hebat debat, tapi pasal bijak, matang, dan PERJUANGAN.


* Edit 28/10/2008 9.00 pm

Monday, October 27, 2008

Biar kalah sekali pun Mukhriz, jangan sekali ikut main politik wang!

Kilang mesin wang Khairy sudah lama rancak mencetak 'wang haram' sejak beberapa tahun lepas dari komisyen dari projek yang diperolehi untuk ahli-ahli perniagan dan korporat serta kontrak yang disalurkan melalui kroninya di dalam Pemuda UMNO.

Percubaan Khairy dan jentera propagandanya untuk menafikan hanya menjemput senyuman dan ketawa dari masyarakat perniagaan Melayu dan sektor korporat. Siapa dalam dunia perniagaan yang tidak tahu apa yang berlaku?

Dalam dunia perniagaan, maklumat pasaran (market information) lebih berharga dan bererti dari laporan berita yang selalu dikira sebagai cerita dinosaur atau lebih keras dipanggil cerita sudah basi.

Maklumat ini tidak boleh diperolehi dalam akhbar, melainkan dari pergaulan dan jaringan rakan dan taulan. Selain mendapat maklumat, pengumpul maklumat sendiri kena punya kebolehan dan cukup ilmu dan maklumat untuk menilai kesahihan sesuatu maklumat.

Fitnah

Menyedari penafian tidak menjadi, maka Khairy pula menggunakan propaganda Internet KPMU untuk mencalitkan Mukhriz bermain wang. Tiga artikel didedikasikan untuk membina persepsi Mukhriz terlibat dalam politik wang.

Mereka sanggup jadi budak tongong (perkataan jawa untuk terlalu bodoh) yang tidak memahami bahasa sindiran untuk memutarbelit mengatakan Dr Mahathir mengaku Mukhriz main duit. Bila salah putarbelit, ianya hanya akan menghilangkan kredibiliti diri dan silap-silap makan diri.

Sedihnya ada juga antara rakan-rakan dikalangan penyokong pesaing percaya fitnah Khairy terhadap Mukhriz. Jurublog tidak ambil hati dan marah kerana mereka hanya termakan dengan propaganda halus Khairy.

Jika kita menyokong kuat Dr Mahathir dalam perjuangan membebaskan negara dari pentadbiran Abdullah yang telah membahayakan kedaulatan negara, kita patut ikut nasihat beliau. Bukankah Dr Mahathir berkali-kali memberi amaran dan mengingatkan tentang bahaya politik wang kepada parti, bangsa dan negara? Malah Dr Mahathir sendiri menjadi mangsa politik wang pada tahun 2006.

Adakah Mukhriz seorang yang bersopan dan berbudi pekerti serta amat taat pada ibu bapanya sanggup engkar kepada perintah dan arahan ayahnya? Jawab sendiri. Yang tahu, tepuk dada tanya selera.

Bagi mereka yang akan menyangkal logik ini, harap ia dilakukan bukan hanya atas teka-teka, irihati dan buruk sangka yang berdasarkan kata dengar (hearsay). Lihat perawakan Mukhriz dan tanya orang-orang luar kumpulan anda, adakah perawakan seperti Mukhriz lakukan politik wang?

Bagi yang terlibat dibelakang tabir kempen pemilihan, ramai mengetahui Mukhriz menang kerana usul dari floor. Banyak tempat yang Mukhriz kuat jatuh kerana politik wang. Kalau Mukhriz turunkan sedikit wang pun, sudah pasti penyokong-penyokongnya akan kekal bersamanya. Tetapi tidak.

Hairannya, mengapa Mukhriz yang cuba difitnah dan bukan Dato Seri Khir Toyo yang bertahun-tahun telah diguna propaganda TV3 untuk menjatuhkan kerjaya politiknya hingga Selangor tewas kepada pembangkang?

Memang benar, antara sebab utama Selangor tumbang adalah kerana propaganda media yang menyokong Khairy. Kesian Dr Khir.

Kenapa yakin Khairy main duit?

Mengikut sumber yang sangat dipercayai, Khairy dikatakan menemui seorang ahli politik veteran beberapa tahun lepas di pejabatnya.

Dia bertanya apakah keperluan untuk mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri sebelum umur 40. Jawapan terus terang tetapi berlapik maknanya yang diperolehi dari ahli politik veteran itu adalah membina dana perang (war chest) sebanyak RM1 billion.

Sebagai orang putih berkulit sawo hitam, Khairy hanya menerima bulat-bulat kata itu. Ahli politik tersebut tidak menggalakkan tetapi hanya cuba menyampaikan mesej bahawa UMNO sudah rosak perjuangan dan politiknya.

Sumber maklumat ini begitu meyakinkan untuk membolehkan peristiwa ini disiarkan. Nama ahli politik veteran, tempat dan masa perjumnpaan diketahui penulis tetapi tidak mahu disiarkan, takut disalah erti.

Sejak Khairy mengelabar ketinggalan dan tsunami yang diharapkan pada hari pertama Mesyuarat Bahagian di Machang tidak menjadi, Khairy sudah lakukan pelbagai tipu helah dan rasuah untuk mendapatkan pencalunan.

Hari minggu lepas, Khairy berjaya akhirnya mendapatkan pencalunan.

Kini kelihatan Mukhriz bagaikan arnab yang keletihan dan sedang dikejar kura-kura. Apa yang berlaku tidak menghairankan kerana sudah dijangka ketiga-tiga akan lepas untuk bertanding. .

Kini ramai mengatakan satu senario bahawa Mukhriz boleh kalah. Kononnya kebanyakkan jawatan di Bahagian dipegang Khairy. Manakala, kebanyakkan G2 dipegang Dr Khir. Momentum Mukhriz pun sudah kelihatan berkurangan.

Hanya mahu diingatkan bahawa siang-siang lagi sebulan sebelum Mesyuarat Mukhriz katakan dia mungkin tidak mendapat cukup pencaluan dan merupakan underdog. Akhirnya dia juga mendapat pencalunan dahulu. Pencapaian yang Mukhriz lakukan adalah lebih dan luar jangkaan.

Kini Mukhriz balik kembali menjadi underdog. Favourite pula kembali kepada Khairy.

Khairy mengatakan kemenangan pencalunan di Sembrong adalah manifestasi kesinambungan kerana tempat Hishamuddin, Ketua Pemuda. Sembronmg tidak ada pencalunan dari floor tetapi usul dari Pemuda Bahagian. Mungkin ura-ura peubahan Kabinet ada memberi impaknya.

Sekarang apa pula hendak dikata tentang kemenangan Mukhriz di Pekan? Secara demokratik, kesemua tiga-tiga diusulkan dan Mukhriz mendapat 202 undi, Dr Khir 46 dan 18 Khairy. Adakah ini manifestasi penerimaan bakal Perdana Menteri? Bukankah hala tuju Najib lebih jelas dari hala tuju Hishamuddin?

Usahlah membawa klise dan polemik murah. Ini semua ditentukan oleh Mesyuarat Pemuda. Tetapi kenapa Sembrong tidak ada calun lain?

Keadaan Mukhriz sebagai underdog semasa sebelum Mesyuarat adalah satu keadaan yang selesa buat Mukhriz. Di Perhimpunan Agong UMNO kelak, semuanya undi adalah rahsia, mempunyai pemerhati yang ramai dan tiada Annuar Musa dan Ketua Pemuda Pulai untuk menipu perkiraan.

Berani Berubah

Perjuangan Mukhriz adalah berdasarkan prinsip. Maka, jangan sekali menggadaikan prinsip. Hanya prinsip yang akan menyelamatkan UMNO dari hancur pada PRU13. Jika Pemuda gadaikan prinsip dan tidak memikirkan parti lebih dari kepentingan sendiri, maka garenti kalahlah UMNO pada PRU13.

Semasa itu Mukhriz yang kalah tidak akan tertulis dalam sejarah sebagai Ketua Pemuda UMNO. Mungkin Khairy yang menjadi Ketua Pemuda UMNO.

Mengikut track record Khairy, dia tidak pernah berjaya dalam taktik pilihanrayanya umum dan kecil. Imejnya sudah terlalu rosak untuk memberi keyakinan kepada rakyat dan pengundi. Akhirnya, nama Khairy yang akan tertera dalam sejarah sebagai Ketua Pemuda semasa UMNO kalah, bukan Mukhriz.

Biar kalah sekali pun, Mukhriz, jangan sekali ikut main politik wang!


* Edit 27/10/2008 10.30 pm

Sunday, October 26, 2008

Menyokong Deklarasi Janda Baik

Dengan ini dimaklumkan, jurublog A Voice dari blog Another Brick in the Wall menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Deklarasi Janda Baik yang diisytiharkan hari ini, Oktober 25hb, 2008 di Wadi Hussein, Janda Baik, Bentong, Pahang.

[Sila baca laporan blog Merah Tinta MSO di sini mengenai Deklarasi ini.]

Mohon anda yang menyokong Pengisytiharan ini menyatakan sokongan anda di dalam ruang komentar blog ini. Bagi jurublog-jurublog lain, pohon "tiru dan tampal" deklarasi berikut ke blog anda.


DEKLARASI JANDA BAIK

Memandangkan keadaan politik negara yang gawat, cabaran dan gugatan terhadap kepimpinan Melayu yang lemah oleh pihak-pihak tertentu, dari dalam dan luar negara serta keadaan ekonomi dunia yang kucar kacir dewasa ini, maka KAMI, para penulis, wartawan dan blogger yang prihatin terhadap nasib Bangsa, Agama dan Tanah Air, yang bersidang di Janda Baik, Pahang mengambil sikap dan pendirian seperti berikut:-

1. KAMI mendesak dan menuntut agar para pemimpin Melayu dari berbagai fahaman politik mengembelengkan tenaga, kerjasama dan buah fikiran demi mempertahankan keluhuran dan kekeramatan PERLEMBAGAAN MALAYSIA TANPA KOMPROMI.


2. KAMI memberi amaran kepada para pemimpin politik Melayu dari semua fahaman ideologi agar jangan menjadi pemimpin Pak Pandir yang hanya menang sorak tetapi kampung halaman dan negara terjual kepada pihak asing.

3. KAMI juga memberi amaran keras kepada pihak-pihak tertentu yang memainkan sentimen perkauman dan mempertikaikan HAK ISTIMEWA MELAYU sepertimana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN NEGARA agar jangan mencetuskan permusuhan antara kaum, antara agama dan antara budaya oleh kerana mereka menganggap kepimpinan Melayu lemah dan boleh diperdagangkan untuk memenuhi agenda perkauman mereka.

4. KAMI juga memberi amaran keras kepada para pemimpin Melayu, khasnya UMNO, agar mereka jangan menjadi pengkhianat BANGSA, AGAMA DAN TANAH AIR hanya kerana didorong oleh nafsu kekayaan kebendaan, kuasa yang dipinjamkan Allah, hingga melupai tanggungjawab mereka terhadap generasi Melayu akan datang.

5. KAMI menggesa seluruh umat Melayu yang menjadi para pejuang BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR tanpa mengira aliran politik agar memilih barisan pemimpin mereka yang terbaik dan bersih dari korupsi, berbagai skandal yang memalukan, yang berwibawa, berilmu dan berjiwa dinamik untuk menerajui kerajaan dan badan-badan amanah lainnya.

6. KAMI memberi peringatan dan teguran ikhlas bahawa UMNO mesti melakukan revolusi mental dan perombakan pemikiran yang dekaden, konservatif, materialistik yang melampau, anti ilmu, berpuak-puak, mementingkan diri, kaum keluarga dan para kroni hingga sanggup memperjudikan nasib BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR.

7. KAMI memberi amaran keras dan peringatan yang tulus ikhlas bahawa kepimpinan UMNO yang lemah, korup, rakus dan gila kuasa boleh menggerhanakan masa depan generasi muda Melayu dan rakyat yang telah memberikan sokongan mereka sejak 51 tahun UMNO memimpin kerajaan Malaysia.

8. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa agar jangan terlalu banyak berkompromi dengan golongan-golongan tertentu yang mempunyai agenda tertentu untuk melemahkan kepimpinan Melayu.

9. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa bahawa kelemahan kekuasaan politik Melayu akan membawa kehancuran dan penghapusan kuasa orang Melayu di bumi Malaysia yang bertuah ini.

10. KAMI menyeru dan menggesa rakyat Melayu bertindak proaktif dalam berbagai bidang kehidupan untuk menjamin kekuasaan politik Melayu tidak terhakis dan ketuanan Melayu dan Islam kekal subur selagi ada matahari dan bulan

11. KAMI merafak sembah memohon agar Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu mempertahankan kedaulatan baginda seperti mana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA dengan memberi sokongan moral kepada perjuangan umat Melayu dan Islam dalam berbagai lapangan hidup. Perlulah dihayati kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja Melayu akan berterusan sekiranya rakyat Melayu dan umat Islam memperjuang dan mempertahankan institusi Raja tersebut.

12. KAMI dengan penuh takzimnya memohon Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan kaum kerabat baginda agar jangan mengkhianati dan melakukan sesuatu tindakan yang boleh menjejaskan institusi Raja dan melukai perasaan umat Melayu yang mempertahankan institusi Raja selama ini.

13. KAMI juga menyeru kepada kerajaan agar melaksanakan KEADILAN dan TANGGUNGJAWAB sebagai pemerintah kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum memandangkan Malaysia negara majmuk.

14. KAMI ingin memberi peringatan kepada bukan Melayu agar berpegang teguh pada kontrak sosial dan PERLEMBAGAAN NEGARA demi menjaga keharmonian hubungan antara kaum serta kesejahteraan dan keamanan yang kita sama-sama mempertahankannya.

15. KAMI yakin dan percaya bahawa Kebebasan suara Rakyat dan amalan Demokrasi mestilah dipertahankan oleh kerana rakyat yang memberi mandat dan amanah kepada parti-parti politik tertentu untuk berkuasa. Oleh hal demikian KAMI akan bekerjasama dengan siapa saja, dan dari golongan mana sekali pun, demi memperjuangkan hak dan kebebasan Rakyat serta amalan Demokrasi di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Inilah deklarasi yang tulus ikhlas yang KAMI abadikan sebagai cetusan rasa dari buah fikiran KAMI demi memperjuangkan hak dan kepentingan Rakyat, Keamanan dan Kesejahteraan Negara Malaysia.

KAMI rakamkan cetusan hati nurani Rakyat yang bernama DEKLARASI JANDA BAIK, bertempat di kediaman Sdr Syed Hussein Al-Attas, bertarikh 26 Oktober 2008.

Kenapa ada usaha tengkolokkan Najib konon ingin hapuskan DEB?

Akhbar Sinar Harian semalam Oktober 25hb, memberi tajuk mukadepan yang membayangkan seolah-olah Najib mahu menghapuskan DEB.

Utusan Malaysia meletakkan tajuk, Unsur DEB dihapuskan beransur. Berita Harian pula memberi tajuk Bebas dari DEB. Padahal baik Utusan Malaysia, mahu pun Berita Harian, melaporkan kenyataan Najib berikut di atas:
"Saya sedang berusaha melaksanakan liberalisasi (unsur-unsur DEB) beransur-ansur apabila Bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri. Sukacita saya nyatakan bahawa semakin ramai daripada mereka sudah mempunyai keyakinan untuk bersaing dan berjaya pada peringkat global serta domestik."

"Dalam tempoh yang tidak terlalu lama lagi, kita dapat saksikan unsur-unsur DEB ini akan diganti."
Malah, The Star lebih tepat tajuknya, "Najib working towards easing of NEP" dan penekanan kepada "gradual liberation" dalam perenggan pertama dan "when bumiputras begin to feel more confident of competing" dalam perenggan kedua.

Hairan ...

Ditengkolok?

Nampaknya seolah-olah ada usaha untuk mentengkolokkan Najib. Sudahlah dia sedang menghadapi pelbagai serangan fitnah dan tomahan Anwar dari tuduhan pembunuhan Altantunya, rasuah pembelian kapal selam dan jet pejuang, melakukan amalan Hindu, pembeli helikopter Eurocopter, dan pertukaran SMS dengan Peguam Shafee Abdullah.

Terdapat usaha untuk menakut-nakutkan para pengundi dengan mengatakan Najib akan mengembalikan politik UMNO kepada politik sayap kanan. Ini memberi gambaran buruk kepada Mukhriz, Rair Yatim, dan Muhyiddin.

Sambil itu, Malaysia Insider menulis seolah-olah Khairy sedang berusaha untuk mengelakkan UMNO kembali kepada politik sayap kanan. Melabel sayap kanan adalah usaha untuk memberi gambaran negatif dan membunuh ideologi Nasionalisma Melayu.

Semalam sampai pula khabar bahawa Najib dikaitkan dengan Norita, call girl yang mati dibunuh beberapa tahun lepas. Ini mungkin dikembangkan dari kata-kata Norita ada hubungan dengan seorang ahli Parlimen dari Pahang.

Apa lagi bakal dilonggokkan kepada Najib? Mungkin gelang nenek anda yang salah letak pun akan disalahkan kepada Najib.

Ini bukan pertama kali Kalimullah dan Brendan Periera cuba memutarbelitkan kenyataan Najib. Sebelum ini, Najib dilaporkan seolah-olah bersetuju dengan peralihan kuasa Jun 2010 selepas menyatakan pendirian biar peralihan ditentukan akarumbi.

Lima Bulan Untuk Bantu Yang Haprak

Dengan peralihan dan kempen pemilihan UMNO masih memakan masa 5 bulan menunggu bulan Mac 2009, ini adalah satu misteri.

Rancangan asal Abdullah adalah untuk bertanding pada bulan Disember ini. Oleh kerana dia tidak bertanding lagi, apa perlu diletak masa bulan Mac 2009? Seperti kata seorang bekas Menteri, "Apa yang boleh dia lakukan dalam 5 bulan, sekira tidak ada apa-apa yang dilakukan selama lima tahun?"

Adakah ada lagi yang akan dilakukan untuk mencemar nama baik Najib? Usaha membruk Najib mula dilakukan dan masih dilakukan Anwar sejak pilihanraya kecil Ijok lagi. Adakah ada komplot antara Abdullah dan Anwar dalam memburukkan Najib?

Najib pun dilihat bagai dipaksa untuk menerima orang-orang Abdullah dan Khairy di dalam pejabat, Kabinet dan MKT.

Omar Ong, rakan rapat Khairy sedang mengendeng di pejabat Najib untuk dijadikan Setiausaha Peribadi. Kuasa melantik dipegang oleh Perdana Menteri. Reezal baru diambil sebagai Setiausaha Politik Abdullah. Adakah akhirnya Omar dan reezal akan berada di dalam pejabat Najib?

Manakala, rancangan untuk menonjolkan kuda-kuda hitam menentang Muhyiddin dilihat untuk mengetepikan mereka-mereka yang "kuat", berani dan vokal dari berada disekeliling Najib. Dr Rais Yatim adalah satu personaliti berani yang boleh menguatkan Najib tetapi tidak mendapat cuckup pencalunan lagi.

Walaupun Zahid Hamidi dianggap sebagai orang Najib, dia tidak konsisten dan mudah berubah mengikut telunjuk mereka-mereka yang berkepentingan. Hishamuddin dan Shafie Apdal adalah orang-orang Najib yang masih belum kelihatan kuat tetapi agak boleh diharapkan. Tetapi mengapa Sembrong calunkan Khairy?

Diperingkat Majlis Tertinggi, suara-suara muda yang diwar-warkan perlu oleh Tun Musa hanya nama-nama yang berkait rapat dengan Khairy seperti Norza, Azeez, dll.

Orang-orang Abdullah yang menduduki pencaluan teratas pun agak yang jenis kurang menyerlah, atau berwibawa atau berintegriti seperti Hamzah Zainuddin, Ismail Sabri, Azalina, Mahadzir Khalid, Johari Baharum, dan lain-lain. Ini boleh menjadi liabiliti kepada UMNO di kemudian hari.

Jika Khairy dan Reezal yang menang Ketua dan Naib Pemuda, anggap saja terkubur UMNO pada PRU13.

Apakah akan dilakukan Najib terhadap tekanan-tekanan yang dilakukan terhadapnya? Adakah satu usaha dilakukan untuk memastikan pasukannya adalah mereka-mereka yang boleh benar-benar menguatkan UMNO?

----------------------

The Star Saturday October 25, 2008

Najib working towards easing of NEP

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak says he is working towards the gradual liberalisation of the New Economic Policy (NEP) and elements of this can be seen in the not too distant future.

The Deputy Prime Minister said there should be gradual liberalisation of the NEP as and when bumiputras begin to feel more confident of competing with others domestically and globally.

Najib added that he was glad to note more bumiputras were becoming confident of competing and doing well.

“I am working towards a gradual liberalisation. In the not too distant future, we will see the elements of it,” he said during a televised Bloomberg interview.

He was asked if he believed in working towards the eradication of the NEP, an affirmative action introduced in 1970 to help bring bumiputras at par with other races in terms of business, education, economic participation and work opportunities.

Najib, who is expected to take over as Prime Minister in March, said the needs and legitimate concerns of every community in the country should be addressed and the Government should be seen as being serious about solving their problems.

“I welcome the challenge to make the Government and Barisan Nasional appeal to all sections of the community,” he said.

Najib, who is the Finance Minister, denied that he was in a state of denial by saying that the country was not going to face a recession.

“I have the numbers. I have the figures. I am not in a state of denial. The International Monetary Fund has come out to openly say that we are likely to achieve 4.8% growth next year,” he said.

He added that Malaysia was likely to achieve 5% this year and he would revise and announce next year’s expected growth rate soon.

Najib said the economy remained the main issue for the people and they were looking to the Govern- ment for leadership.

“We must give the people a sense that while we are facing huge challenges because of the global situation, we are able to steer the country to a direction that will give confidence,” he said.

Najib said there would not be any re-pegging of the Malaysian ringgit under any circumstances.

On his vision for the country

for the next five to 10 years, Najib said he would only state it after March.

“My concept is performance based. I believe a leader must perform. I would like to be seen as a transformational leader,” he said.

Asked if was going to be a big projects man when he took over, Najib said he did not want to be put into a particular category.

Najib said he had his own concept of development and it had to be a balanced and holistic one.

On the murder case of Mongolian Altantuya Shariibuu, Najib again denied that he had anything to do with it and stressed that he did not know the woman.

“I wouldn’t stay in office a day longer if I am involved,” he said.

Asked why he did not sue those who claimed he was involved, Najib said: “I can sue people but the process is tedious. And witnesses can lie in court.”

Saturday, October 25, 2008

65: 41: 32; KJ lepas di Gua Musang, Adakah Ku Li Berpihak Padanya?

Dalam ucapan pembukaan Mesyuarat Luar Biasa yang diadakan pada April 4hb, 2008, YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah menyindir segolongan pemimpin muda UMNO yang tidak mempunyai semangat dan roh Melayu.

Diakhir ucapan, beliau menyebut beberapa ungkapan yang jelas memberi bayangan pemimpin muda yang dimaksudkan adalah Khiary Jamaluddin.

Pada segolongan aktivis MyKMU, Ku Li pernah mengatakan lebih mengkagumi Khairy sebagai ahli politik dari Dato Mukhriz Mahathir atau Dato Seri Dr Khir Toyo. Mukhriz dikatakan tidak secekap Khairy dalam berpolitik. Manakala, Khir Toyo dikatakan tidak layak memimpin kerana gagal mempertahankan Selangor.

Samada maksud Ku Li itu hanya kepada kecekapan teknik dan taktik berpolitik atau intipati kepimpinan, ramai dari antara mereka ingin melihat di mana keputusan Mesyuarat Pemuda UMNO Gua Musang dalam mencalunkan Ketua Pemuda.

Mesyuarat Pemuda Gua Musang


Pada Mesyuarat Pemuda UMNO Gua Musang pada Oktober 23 Khamis malam, Mesyuarat telah memberi pencalunan kepada Khir Toyo. Oleh sebab Bahagian telah menetapkan Mesyuarat pada Oktober 25, Mesyuarat hari itu yang diluluskan Perhubungan Negeri dibatalkan oleh Ku Li selaku Ketua Bahagian. Kuasa menetapkan tarikh Mesyuarat adalah kepada pengurusan Bahagain.

Apabila diulang Mesyuarat hari ini, pencalunan diperolehi kepada Khairy Jamaluddin. Maka Gua Musang menjadi tempat Khairy mendapat pencalunan yang melayakkan diri untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO.

Undi untuk Mukhriz pada Mesyuarat hari Khamis pun sangat sedikit. Kemungkinan dari keputusan ini akan ada pihak yang menganggap Ku Li campur tangan untuk membalas dendam kepada Dr Mahathir melalui anaknya.

Sokongan Untuk Ku Li

Semasa tiada orang yang menengahkan diri untuk menentang Abdullah, Dr Mahathir telah menyatakan dalam satu mesyuarat tertutup untuk menyokong Ku Li dan tidak lagi Dato Seri Najib untuk menentang Abdullah. Mendengar khabar, barulah Najib bergegas berani berbincang dengan Abdullah untuk mempercepatkan peralihan kuasa.

Sepanjang selepas Pilihanraya Umum, Tan Sri Muhyiddin adalah antara yang memancah bersih semak samun dengan begitu vokal dalam perlunya diadakan peralihan kuasa dan dipercepatkan peralihan kuasa.

Antara yang paling awal merentas belukar yang masih ada binatang liar adalah Mukhriz. Dia menuntut Abdullah berhenti beberapa hari selepas keputusan Pilihanraya yang hambar kepada Barisan Nasional.

Akhirnya Abdullah pun setuju untuk peralihan kuasa baru pada Mac 2009 dan tidak mempertahankan jawatan Presiden. Dengan demikian, tujuan utama Dr Mahathir untuk melihat Abdullah disingkir pun tercapai.

Mungkin Dr Mahathir mengambil sikap sebagai negarawan untuk tidak terlibat dalam pemilihan, melainkan menyatakan orang-orang Abdullah tidak patut ada dalam pentadbiran Najib.

Dengan ketiadaan Abdullah dalam "equation", angin berubah dengan deras dan kesemua Mesyuarat Bahagian dimasa kini mencalunkan Najib sahaja untuk jawatan Presiden.

Muhyiddin mendahului jauh ke hadapan "kuda-kuda hitam" Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan Dato Seri Ali Rustam. Walaupun Zahid Hamidi dikatakan telah ditegur Najib supaya berundur, ramai menganggap jalan Muhyiddin boleh menjadi susah jika kuda hitam pilihan Abdullah, Ali Rustam dan pakar strategi "bom", Muhammad Taib lepas.


Semasa perayaan Hari Raya, Dr Mahathir dilihat hadhir di beberapa perjumnpaan hari raya bersama pemimpin UMNO. Dalam salah satu Majlis, Najib ada hadhir bersama. Ini menimbul tanggapan Dr Mahathir telah mengambil pilihan kepada Najib.

Namun kenyataan Dr Mahathir yang jelas hanya memberi sokongan kepada Muhyiddin dan Rais Yatim. Najib telah beberapa kali ditegur dan dinasihat mengenai beberapa perkara, termasuk tidak membawa keluarga dan kawan dalam inner circle pentadbirannya.

Ku Li Ditengkolok?

Salah satu ketidak upayaan Ku Li dalam kempen untuk menuntut Abdullah mengundur diri adalah jentera kempennya agak hambar. Ada beranggap dengan politik wang begitu berleluasa di peringkat Cawangan dan Bahagian, sikap Ku Li untuk berpegang teguh kepada amalan politik berprinsip tidak dapat menangani angin perubahan.

Banyak ide-ide dalam manifesto rancangan pentadbiran Ku Li masih tidak lagi diberitahu. Beliau enggan berkongsi kerana tidak mahu diputarbelit media yang dirasakan akan "menyembelahnya". Ini mungkin satu sikap beliau untuk berjaga-jaga setelah mengharungi satu peristiwa lampau.

Satu ide Ku Li yang sudah dinyatakan dan akhirnya di"tengkolok" adalah gagasan kerajaan bersatu (unity government) dan keahlian terus dalam Barisan Nasional.

Penerimaan kunjungan hormat beberapa pemimpin pembangkang telah diputarbelit menjadi kerajaan campuran dengan pembangkang. Walaupun diputarbelit, anihnya ide keahlian terus digunapakai oleh Abdullah sebagai cadangan. Ia seolah-olah ada kepersekatan pula?

Misteri

Pada ramai yang memahami Ku Li, mereka tidak percaya dia akan mengkompromi prinsip untuk mengubah keputusan Mesyuarat Pemuda UMNO Gua Musang. Malah, mereka tidak percaya Ku Li akan berdendam dengan Mukhriz atas persepsi angin sokongan Dr Mahathir telah berpindah kepada Najib.

Beliau pasti konsisten dan istiqamah dalam perjuangan untuk mengembalikan amalan demokrasi dalam UMNO, tidak kira tatakala beliau dalam kedudukkan menang atau kalah. Namun, pandangan beliau sebagai Ketua Bahagian mungkin mempunyai pengaruh kepada anak-anak muda di situ.

Satu misteri kepada ramai pemerhati politik adalah kenapa susah sangat Ku Li untuk mendapat pencaluanan langsung?

Ada khabar angin mengatakan Jamaluddin Jarjis sedang berperanan menjadi financier membayar perwakilan-perwaklilan untuk menjadikan dirinya mengepalai Petronas. Ini anih dan susah untuk dipercayai. Apa pula perlu Najib "membayar" dalam keadaannya yang agak selesa?

Ramai menganggap Ku Li sudah terlalu lama di luar kerajaan (sejak 1986) dan tidak dikenali oleh perwakilan Cawangan dan Bahagian yang ada. Jika demikian, mengapa pula terdapat usaha menggagalkan Majlis-Majlis beliau?

Persoalan yang lebih utama, kenapa jentera Ku Li lemah? Sebagai seorang ahli politik veteran yang telah banyak kali masuk gelanggang, susah untuk percaya beliau tidak tahu pentingnya kekuatan jentera?

Adakah ini disengajakan? Adakah mungkin Ku Li mempunyai trump card yang boleh meletakkan beliau ke Putrajaya melalui proses-proses yang luar biasa tetapi mempunyai legitimasi?

Dalam beberapa minggu rakyat akan resah dengan keadaan ekonomi. Perhubungan antara kaum sedang memuncak hari demi hari. Sejak SAPP mengundur diri keluar BN, hubungan antara parti-parti komponen BN tegang.

Mungkin Anwar telah reda sementara dari usaha mengajak ahli Parlimen BN melompat. Tapi, Najib pula tidak henti-henti ditekan dengan pelbagai fitnah dan tomahan yang tidak dapat tidak terlalu jelas adalah didalang Anwar Ibrahim.

Adakah Ku Li menjangka akan dipanggil untuk mengepalai kepimpinan negara kerana merasakan dia sahaja yang berupaya menyelesaikan semua permasaalahan yang ada?

Abdullah pun dikatakan sebenarnya tidak selesa untuk memberikan tampuk parti kepada Najib. Kempen lima bulan ini dilihat ramai mempunyai helah, selain untuk membantu Khairy memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Mungkinkah Dr Mahathir dan Ku Li sebenarnya berpakat untuk menyelamatkan Najib?


Apa pun, apa pula pencalunan Mesyuarat Pemuda UMNO Pekan minggu ini?

Bukit Bintang sudah hampir pasti pergi kepada Khairy dengan ugutan terang-terangan Ketua Bahagian, Azim Zabidi. Bahagian yang diketuai Hishamuddin, Sembrong pun telah memberi pencalunan sebulat suara kepada Khairy.

* Kemaskini 26/10/2008 7.42 am

Friday, October 24, 2008

Pesan Jen (B) Tun Ismail di Majlis PERKASA, "Bersatulah Melayu"

PERKASA melancarkan laman webnya pada hari Selasa lepas.

Dalam kata-kata aluan Presiden, PERKASA adalah akan memainkan peranan sebagai kumpulan yang berani bertindak dan hadapi kumpulan pendesak kaum yang lain seperti Hindraf, DOng Zhong dan Suqiu.

Kehadhiran Jeneral (Bersara) Tun Ismail Ibrahim untuk melancarkan laman web dan Jeneral (Bersara) Dato Jaafar Onn (anak Dato Onn Jaafar) memberi sepatah dua kata membawa satu makna kepada jejak awal penubuhan PERKASA. Kedua-dua pahlawan ini telah diterima sebagai Ahli Kehormat PERKASA.

Bertambah lagi, pelancaran yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman membawa keistimewaan sebagai tempat bersejarah dimana bermula gerakan menyatukan orang Melayu menentang Malayan Union dan kemudiannya menjadi wadah menuntut kemerdekaan.

Tun Ibrahim yang keadaannya sudah agak tua dan uzur hanya terdaya memberi pesan melalui Presiden PERKASA. Katanya, "Bersatulah Melayu."

Pesan Tun Ibrahim, yang telah dimasyhurkan sebagai Pahlawan Melayu Moden oleh Dewan Bahasa Pustaka dan adalah sebahagian dari Jawatankuasa Mageran, begitu releven sekali dalam suasana orang Melayu begitu lemah kerana perpecahan kepartian.

Masing-masing begitu taksub dengan ideologi politik masing-masing - UMNO dan Ideologi Nasionalisma, PAS dengan Ideologi Negara Islam, PKR yang mirik Ideologi Malaysian Malaysia anjuran DAP dan selebihnya di atas pagar tidak ambil peduli.

Sedihnya, tidak pula UMNO hari ini sebenar-benarnya mempertahankan hak orang Melayu. Begitu PAS yang kini sepi dalam mempertahankan kepentingan Islam akibat menjaga politik kesetiakawan dengan penentang agenda Islam dari DAP dan Hindraf yang bernaung di bawah PKR.

Dimana Melayu berpecah, kaum bukan Melayu begitu mengesa dalam menuntut hak-hak orang Melayu untuk kepentingan kaum masing-masing. Melayu pula seolah-olah percaya DAP dan PKR benar-benar memperjuangkan multiculturalism dan politik satu Malaysia yang sebenarnya hanya topeng politik kepentingan kaum masing-masing.

Kealpaan sejarah orang Melayu disentuh oleh Jen (B) Dato Jaafar Onn. Belia menceritakan sedikit sejarah dirinya dan bertanya samada anak-anak muda hari ini ingat bahawa Jen (B) Tun Ismail adalah Naib Ketua Pemuda UMNO pertama. Beliau mengingatkan para hadhirin bahawa nampaknya sejarah akan berulang dan Melayu perlu bangkit.

Semasa Jepun pulang dan Bintang Tiga keluar dari hutan, beliau mengingatkan Bintang Tiga menuntut hak memerintah kerana mereka rasa berhak setelah berperang melawan Jepun. Dengan senjata yang lengkap dari bantuan British, mereka membunuh dan menzalimi orang-orang Melayu sesuka hati.

Beliau menceritakan beliau ada bersama ayahandanya di Batu Pahat semasa ayahandanya mengganti DO yang sebelum itu telah dibunuh Bintang Tiga. Dia juga bersama ayahandanya menahan orang-orang dari Kampung Mukim Bagan di keyuai Kiyai Salleh menyeberang sungai Batu Pahat untuk membunuh semua Cina di Bandar Penggaram.

Maka atas banyak lagi peristiwa sedikian, perlu diadakan apa yang hari ini dipanggil Kontrak Sosial supaya dapat mententeramkan keadaan dan memastikan keamanan dan keharmonian antara kaum dapat dikekalkan.

Diharap PERKASA akan benar-benar menjadi wadah yang dapat menyatukan orang Melayu - tidak kira parti, asal usul dan latarbelakang - untuk mempertahankan Perlembagaan negara dan hak orang-orang Melayu.

Muga ia mendapat kepercayaan ramai untuk menentang pembelot-pembelot yang mahu memporak perandakan negara.

---------------------------

Agendadaily Okt 21, 2008


Kalau orang Cina ada Dong Jiao Zong, Hindraf untuk orang India… kini PERKASA untuk Melayu

Sebelum ada pihak memperleceh usahanya, Datuk Ibrahim Ali awal-awal lagi beri kata dua mengenai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang baru ditubuhkan serta diketuai beliau.

Katanya, PERKASA yang akan memperjuangan hak orang Melayu dan pribumi negara ini bukan retorik politik dan beliau bersedia dikenakan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekiranya pertubuhan itu dilihat boleh mencetuskan kebimbangan kaum lain.

“Sudah ada banyak dan macam-macam NGO (pertubuhan bukan kerajaan) Melayu…tetapi ini (PERKASA) bukan retorik politik dan saya sudah sedia kena ISA,” kata Ahli Parlimen bebas Pasir Mas itu.

Bercakap kepada media selepas pelancaran laman web PERKASA oleh Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Bharu Kuala Lumpur, Selasa, Ibrahim macam tidak hairan lagi soal ISA jika kewujudan pertubuhan itu dilihat seperti mahu mengekang kegiatan Hindraf.

“Saya dah dua kali kena ISA. Kena lagi dapat Phd lah,” katanya.

Menurut Ibrahim, PERKASA akan menjadi payung kepada pelbagai NGO Melayu bagi memperjuangkan hak serta kepentingan Melayu dan pribumi di negara ini termasuk kaum di Sabah dan Sarawak.

Sebab lain ujudnya pertubuhan itu katanya kerana ada pertubuhan Dong Jiao Zong dalam masyarakat Cina manakala Hindraf dalam India dan kini PERKASA untuk Melayu.

“Apa salahnya,” tanya beliau.

Katanya, PERKASA bukan hendak bersaing dengan kaum-kaum lain tetapi bertujuan mempertahan apa yang ada dalam Perlembangaan terutama Fasal 15.2 dan 15,3.

Menurut beliau, pertubuhan itu terbuka kepada semua orang Melayu dan pribumi berusia 18 tahun ke atas serta melampaui idealogi.

“Kalau kita gerak bawah parti susah. Biarlah dengan NGO. UMNO, PAS dan saya (Bebas) boleh sama-sama berjuang untuk kepentingan Melayu. Masa pilihan raya, tak apalah kita berlawan tapi demi Melayu, kita mesti bersatu,” katanya.

PERKASA katanya, akan memperkasakan Islam, Melayu, Raja-Raja, hak istimewa orang Melayu dan perpaduan kaum.

Tagline pertubuhan itu antaranya adalah ‘perpaduan pribumi tunggak perpaduan negara’.

“Kita juga akan bergerak dengan berhemah, bijaksana dan berdisplin,” tegasnya.

PERKASA kini sudah mempunyai lebih 2,000 ahli termasuk golongan profesional, pertubuhan silat dan angkanya dijangka bertambah dengan pelancaran laman webnya yang boleh dilayari melalui
http://pribumiperkasa.org/ .

Pada sidang media itu Ibrahim menolak cakap-cakap bahawa PERKASA diasaskan oleh pemimpin yang kecewa dan gagal dalam perjuangan politik.

Malah timbalan beliau, Datuk Fuad Hassan yang hadir sama mencelah, beliau tidak gagal dalam politik malah terpilih dalam mesyuarat pewakilan UMNO Bahagian Gombak baru-baru ini.

Menurut Ibrahim, pertubuhan itu sedang menunggu perkenan Yang diPertua Agung untuk menghadap bagi menyembah watikah taat setia menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan Majlis Raja-Raja Melayu pada 16 Otober lalu.

Pelancaran rasmi PESAKA dijangka dibuat tidak lama lagi dan antara aktivitinya kelak menganjurkan seminar, bengkel sarta forum berkaitan kepentingan orang Melayu.

Lebih menarik, pejuang Melayu, Tun Ibrahim, 86, ketika melancarkan laman web itu berpesan ‘ Bersatulah Melayu’. Dan pekikan Hidup Melayu menghangatkan majlis dihadiri lebih 200 tetamu termasuk pemimpin NGO serta ahli parlimen Sri Gading Datuk Mohamad Aziz dan Jeneral (B) Datuk Jaafar Onn.

Thursday, October 23, 2008

A Short Word on Writers, Back to Politics, and Bit on Economy


Browsing on few blog aggregators in the last 40 hours – Penggabung Suara …, Debat Rakyat, X-Blog, and few others – , where is the ceasefire? The SoPos are still pounding away. Those attending the luncheon don’t seem to do so too. (Prima, SH Al Attas, Kuda Kepang, Abu Bakar Ninggal, M Sayuti, Zabidi Saidi, and others)

Bet Dato Aziz Chemor must be feeling restless. He predicted our politics could run us to the ground like whats happening in Indonesia. Having gulped few slices of expensive salmon and half a dozen mussels, and something on the side before departing the group, this blogger is bought. Aziz bought himself from any “shelling”, literally speaking, from this blogger.

By the way Pak Habib, blogger Tunku preferred me as Senator Nominee rather than Pak Ya and Pak Dharma … hmmm new blood perhaps? Nomination closed. Shall the SoPo bloggers vote?

(Feeling overconfident that the generally younger bloggers will prefer the hipper me over them. This Berani Berubah supporter has no fear of losing, but tangan kosong ...)

If we can’t get a seat like the OKUs and Actors, let’s replace someone. The Senate needs the OKU representative, Professor Ismail Salleh. He is brilliant and furthermore, in the spirit of cronyism, he is my mother’s pupil.

This blogger believe anyone can replace Jefri Zain@Tan Sri Jin Shamsuddin. He should have stuck his shallow and cliché arguments in films and not in the honoured hall. He is still hallucinating from the illusion that Pak Lah’s presence till June 2010 is necessary. His unfinished Pasir Salak film must be still short of funding, eh?

Dato Ron for MKT, why not? He still has some youthful vitality and still socialise with the young. He reads, and writes incessantly. Tolong brader, sup-plo pencalunan!

Jokes aside, Aziz's concern has its justifications. There are a lot of divisive issues wrecking our society today. The economic challenges are immense. And, the neo-colonialist threat are real.

Defiance

The manner DAP and PKR is reviving decades old, if not century old, racial grudges and blood lies and disputes (do read history) will revive old anger and confrontation. This blogger is confidently sure.


The royal proclamation doesn’t seem to stem criticism on the Social Contract.

Sadly, a Malay who benefited financially and decorated immensely from NEP, Tan Sri Khalid Ibrahim is subtly leading the voice of defiance. By saying the right to discuss remains, he is questioning the Royal request to cease discussion. When penalised, Khalid will lie through his teeth and conveniently claim being misquoted using his stutter as an excuse.

While the Royal Proclamation is being questioned in a more subdued manner, Kalimullah and his band of gasing players are throwing fear factor in the midst of Gerakan and MCA party election.

Thanks to Musa, the raccoon disguised as retired politician, terms like Mahathirism, return of right wing politics, Malay ultras, Conservatives and other terms are recklessly brandished to label negatively the incoming new leadership team.

Ultra Malays are cheap labeling by racist in-denial of Malay right to the continuity of cultural and political sovereignty, refusal to foreign models and templates, and essentially believers in the Malaysian way or Malaysian compromise or Malaysian own unique solutions.

Khairy too is jumping on the labeling game. Malaysia Insider presented Khairy as trying to avoid returning back to right wing politics. He is now trying hard to present a Malaysian image and not merely Malay to garner public sympathy in his fight for Ketua Pemuda UMNO. He put the commitment to reunite after it’s all over. BN Youth must unite too, he said.

Oh … behave! Vomit vomit …

Malaysian Malaysia in him is rearing its ugly head. Who will believe? MCA wants him taken in for ISA. Gerakan got a police report on him. Remember your own keris waving act and attack on Penang Gerakan? We lost Penang because of you!

Khairy will win by the Bradley effect and lots of Agong heads falling like rain.

Tumultuous Partisan Politics

Gerakan is threatening to get out of BN. SAPP already did, except their Bebas MPs are still pro-BN. MCA wants all sort of demands. Sure … can consider but please win your own Parliamentary and ADUN seats!

When MCA said UMNO should stop being a bully, PBS openly agreed. Harris and his Berjaya have some old score with PBS. “Remember, you stabbed BN at the back weeks before a General Elections!”, he cried.

“Gerakan was together in it but chicken out at the last minute.”

With Hindraf an outlawed organisation, things will get messy with MIC and their Indian support. Hey dey Samy … pencenlah! But ayoyo how to? No replacement. S Subramianiam only can tanni!

More is expected to come from Sabah and Sarawak.

PKR is silently hoping it could get some crossover. None of the Melayus are interested. Without the Melayus, Anwar will never get the royal blessing to form Government. All this bersedia call is merely to save his ass from reentering Sg Buloh. The case is air-tight. The DNA hoopla in Parliament was just diversion. This case is so air-tight that any new prosecutor can pin Anwar in court.

Without Anwar, PKR will disintegrate. Malay gets back to PAS and UMNO. Indian back to MIC or whatever multiracial party they think is multiracial. PAS and DAP will be back with their quarrels on Islamic State. If Khairy lost his Ketua Pemuda, he will join PAS ...


... thats a good one.

With all the chaos and unacceptable pre-retirement attempt at change, sleepy doesn’t deserve another five more months. He should and he will go. And all his people – the Zahid Hamidis, Shaberrys, Mat Taibs, Ali Rustams, Norza Zakar-rias, Gay Azalinas, Noraesahs, Khairys, JJs, and other two bit players – must go!

Abdullah's continual presence will do more damage to the country and society. Prediction: December and not March.

Tantrum Tantrum …

This gave raise to the recent political exchanges where Abdullah was on tantrum of Dr Mahathir being election director.

What’s wrong with my people, you asked? Frankly, they are sub-standard or mediocre in their capability, and moral standards. His young people are devoid of the Malay spirit and sense of belonging to the Malays.

As former PM and UMNO President for 22 years, don’t Dr Mahathir has any right? Dr M easily rebutted. Tunku and Hussein Onn criticised him when he was PM. This Melayu (or precisely separuh Kwantung) selalu mudah lupa.

To those idiots defending the PM by shouting, “Stay out of UMNO matter!”, here’s the middle finger for you! Whatever happens within UMNO affect the whole alif, ba and ta. Badut-badut sekelian, are you asking the citizens to stay out of voting UMNO too?!

It’s the Economy la, Stura

I know. I know. Too much politics. Headache.

Off the cuff, face fact that the capitalist system is doomed. The three pillar of capitalism – banking, equity market players, and Insurance – are collapsing. No US$100 billion will be sufficient to bailout the industry in US.

Blood is spilling everyday over the bourse floors of New York, London, Frankfurt, Hong Kong, Dubai, Singapore, Shanghai, Tokyo and Bombay. Without sufficient fuel to finance trade, investment, development, Government deficit, and consumption, world economy will shrink drastically.

With the collapse of western capitalism, a Government statement that the economy will not be seriously affected is only to console themselves or wishful thinking for the people to hear.

Ready ourselves for a new financial system.

It must be one that is ethically based, complimenting real economy of goods and services, shared risk between owners of capital and entrepreneurs (not risk free), and not an economy based on growth by any account to compensate for interest cost and payments.

To revive back the economy, one needs to go back to the basics of real economic activity. Build and produce things. Provide services. Work hard. Reward the industrious. Think to overcome obstacles. Pay if we need to pay. Play fair. Socially just.

Before any attempt to revive the economy, lets not elude ourselves with cheap labour model which only remit some RM9 billion half yearly out of the country. Bring in technology, mechanisation, automation, and system to improve productivity with the higher wage structure . Make job work flow easier and working condition better. Seek ways to bring investment down through tax incentives or local production of R&D.

Cut off the blood suckers and their mambo jumbo finance and financial market out. Back to real role of comlimenting economic growth and not be the determinant of economy.

Review back the idea of Khazanah and its purpose and structure. If FDI is slow, why are micey GLCs following the Pied Piper (investing aborad) into the river? Maybank BII’s foray is an expensive lesson.

Find the sector to lead the economic recovery. Maintain a low inflation policy and low at any cost.

The Tingkat 4 experiment is accountable for wrecking the capacity building, particularly in manufacturing sector and aerospace undustry. They effectively shelved the 5 year Industrial Masterplan by turning in into a 2005-2020 plan.

The Agriculture program should be sufficiently funded. As it is it, Pak Lah’s agriculture and bio-tech plan is only a wet-dream. Without sufficient funding, it is pursuing non strategic specialty product instead of true import replacement.

Get to the nuts and bolts of economic development. Let’s not turn what seemed as IT, Bio-tech, Economic Corridors venture into merely property plays. Dump the Economic Corridors for a less bureacratic and realistic central economic planning and coordination.

With the world shrinking and without a leading country to lead the global recovery, we have to unfortunately become inward looking. Make the domestic economy self sufficient. Impart patriotism in commerce and business. Buying Malaysian help local economy, job, boost competency, and keep Malaysian money inside.

Whatever it takes, protect the local institutions and strategic corporation from going under or being taken over by predators. Value Cap is fine as long the EPF money is not gambled to bailout personal vehicles of Abdullah & Sons like Scomi, Equine Capital, and etc.

He wanted IMF policies of liberalisation and market determined economy. Let him taste his own medicine. It would be sweater if "his people" didn’t get to run due to insufficient nominations.

My Say