It is supposed to be selected from among the top executives in the Company and is one that is respected by his peers in order to earn the respect and support of the organisation.
Since most offices will will be breaking early by afternoon for Hari Raya Haji holiday tomorrow and a long weekend, the background story on Pantai debacle will have to be rescheduled. It is perhaps better to discuss the commentators view.
Sorry for being rather complacent lately to update this blog. Promise to be more regular after this Pantai piece.
Today's posting will thus publish an article in Malay from MyKMU that discussed the need for a clear policy and guideline in any CEO selection which Nor Yakcop had failed greatly. Read below:
Perlu ada polisi pemilihan CEO yang jelas sebagai panduan
Akhir-akhir ini pemilihan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sesebuah syarikat khususnya syarikat kaitan kerajaan (GLC) sudah menjadi suatu perkara yang dibincangkan terbuka oleh umum dan dilaporakan oleh media, baik perdana mahu pun alternatif.
Ada yang hanya membuat tekaan untuk menunjukkan kebolehan membuat ramalan. Ada perbincangan tersirat bertujuan untuk melobi. Selalu juga didengar mereka yang menimbulkan isu atas hujah-hujah tertentu agar seseorang itu tidak patut dilantik.
Menteri yang berkenaan atau Perdana Menteri kelihatan sedia mendengar timbal balik yang ikhlas dari media dan menghargai dengan tidak memilih nama-nama yang dipersoalkan kewibawaan. Ini seiring dengan apa yang disarankan Perdana Menteri supaya sedia mendengar dan Menteri tidak ada jawapan kepada segala-galanya.
Apa sekali pun timbal balik yang diberi, kuasa prerogatif tersebut masih terletak kepada Menteri yang berkenaan atau Perdana Menteri dan ianya memang perlu dihormati. Namun begitu, ada baiknya suatu polisi yang menggariskan kriteria CEO GLC dibuat sebagai panduan pemilihan dan diketahui pihak-pihak yang berkenaan. Bagi mengelakkan pemilihan CEO sering jadi perbincangan umum, kriteria am dan khusus untuk pemilihan dijadikan satu polisi yang telus dan difahami, baik dalam organisasi atau media.
Sesuatu syarikat mengalami masaalah atau keperluan tertentu untuk sesuatu masa dan fasa dalam kitaran hidup korporat (corporate lifecycle). Kriteria untuk memilih seorang CEO itu perlu menyesuaikan latarbelakang dari segi pencapaian, pengalaman, dan kepakaran dengan keadaan syarikat dan suasana ia berada.
Tentu sekali syarikat yang berupa syarikat pembangunan tidak boleh diketuai oleh seorang dari pengalaman logistik. Seorang konsultan yang lebih berpengalaman dalam menjana polisi awam dan khidmat nasihat pengurusan khusus tidak bolehlah diletakkan pada kedudukan teratas sebagai CEO.
Jawatan CEO memerlukan seorang yang perlu ada pengalaman mengurus, implementasi polisi dan berupaya memahami masaalah operasi.
Pengurus yang pernah mengepalai syarikat dalam keadaan fasa pertumbuhan pesat tidak semestinya sesuai untuk mengurus syarikat yang mengalami konsolidasi atau fasa perubahan struktur dan proses atau syarikat baru mula (start-up).
CEO yang paling sesuai untuk mengepalai sesuatu syarikat haruslah seseorang yang berlatarbelakang dalam kegiatan utama syarikat. Umpamanya kontraktor harus dikepalai oleh seorang berlatarbelakang jurutera. Syarikat penerbangan dikepalai oleh seorang yang berlatarbelakang dalam aeroangkasa.
Kadangkala jika syarikat itu sedang mengalami proses perubahan untuk mengatasi masaalah yang diluar kepakaran kegiatan utama, maka CEO yang sesuai tidak semestinya dari latarbelakang sedemikian.
Umpamamnya hospital sesuai dikepalai oleh seorang doktor. Namun begitu doktor itu harus mempunyai pengalaman dan kepakaran mengurus dan mentadbir organisasi. Adakala apabila cabaran yang dihadapi hospital untuk menstruktur operasi untuk viabiliti jangkamasa panjang atau menjana dana untuk memperluaskan operasi, latarbelakang yang sesuai mungkin semestinya seorang doktor.
Kadangkala seperti syarikat penerbangan, latarbelakang aeroangkasa saja tidak mencukupi kerana ia perlu dipadankan dengan kepakaran khusus. Jika syarikat tersebut baru distruktur kembali kewangan dan organisasi, ia memerlukan seorang yang boleh memperkemaskan operasi. CEO dari seorang berlatarbelakang kewangan, atau pemasaran atau sumber manusia tentu tidak sesuai.
CEO perlu seseorang yang fokus dalam memberi kepimpinan kepada organisasi. Tentu sekali seorang aktivis politik mungkin tidak sesuai. Selain itu, ia menimbulkan syak akan ada salahguna kuasa dan kemudahan syarikat. Dalam suasana politik hari ini, ini perlu dihindarkan.
Sebagai pemimpin organisasi, CEO perlulah seorang yang berperibadian yang boleh memimpin, dihormati dan berupaya memberi keyakinan kepada pekerja-pekerja seluruh organisasi. Keperibadian yang sombong tidak menarik sokongan dan hormat dari pengurus dan pekerja di bawahnya. CEO yang bertanggungjawab dan ikhlas tentu dapat memberi semangat yang positif kepada organisasi.
Seringkali, resume seseorang itu tidak mencukupi untuk mengenali kesesuaian seseorang calun itu. Prestasi lepas yang tidak meyakinkan atau rekod buruk tidak boleh tidak diambilkira. Satu kajian pemeriksaan latarbelakang calun perlu dilakukan dengan mengumpul maklumat dari mereka-mereka dalam industri, rakan dan pesaing dan pelbagai sumber-sumber.
Penting sekali agar CEO sesebuah GLC itu mempunyai pemahaman dan pemikiran sosio-politikal atau sosio-ekonomi serta sikap yang patriotik kepada kepentingan negara dan awam. Walaupun tanggungjawab CEO adalah kepada stakeholders atau mereka yang berkepentingan kepada syarikat, mereka perlu ada sedikit sebanyak roh perjungan atau sikap keprihatinan dalam sentiasa mengambilkira kepentingan negara dan rakyat.
Paling penting sekali, CEO perlu teguh nilai moral supaya berpegang kepada amalan pengurusan yang beretika dan timbang rasa kemanusiaan. Mereka bukan saja tidak disabitkan dengan jenayah rasuah tetapi bersih dari desas desus yang berunsur rasuah.
Kriteria pemilihan CEO sebenarnya boleh disimpulkan dalam slogan yang kita biasa dengar suatu masa dahulu tetapi sudah hilang dimakan masa ia-itu Bersih Cekap Amanah.