Monday, July 07, 2008

Anwar berhelah, Tidak mahu Mubahalah

Sepuloh tahun dahulu, Anwar enggan membuat Mubahalah kerana menganggap dirinya teraniaya. Katanya, doa orang teraniaya dikabulkan tuhan. Malam tadi Anwar berdalih lagi tidak mahu Mubahalah.

Beliau menyatakan keengganannya semasa berucap pada perhimpunan 'Protes Sampai Turun Harga Minyak 2008' di Stadium MBPJ di Kelana Jaya Ahad malam. Dengan stail biasa "menjual nama", Anwar berkata dia dinasihat oleh ulama-ulama di dalam dan luar negara.

Jika dahulu, jawapan beliau masih menunjukkan kepercayaan kepada amalan Mubahalah, adakah kali ini dia sudah tidak percaya? Adakah kerana kali ini dia sedang memainkan pelbagai sandiwara konspirasi, maka skrip konspirasi teraniaya tidak boleh digunakan lagi?

Alasan yang diguna Anwar hanya mengambil peluang dari perbezaan pendapat ulama. Namun, adakah benar Mufti Perak, Dato Harussani Zakaria dan bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahaya berkata demikian?

Mengikut laporan, Dato Harussani hanya katakan lakukan Mubahalah jika tidak ada bukti zahir.

Dengan memutarbelitkan kenyataan Dato Harussani berkenaan bukti zahir, Anwar mula menggunakan alasan keperluan empat saksi dalam mahkamah syariah.

Padahal mahkamah syariah tidak ada peruntukkan dalam kes-kes jenayah dan penggunaan bukti DNA masih belum jelas dalam perundangan Islam.

Perbezaan ulama membawa rahmat kerana ia memberi pilihan untuk mencari satu penyelesaian yang sesuai kepada suasana dan situasi. Dalam konteks ini, kepentingan masyarakat harus mendahului keegoaan peribadi.

Apa salah Anwar dan Saiful lakukan Mubahalah sebagai jalan untuk membawa keamanan dan ketenteraman masyarakat? Apa salah usahakan sesuatu yang meredakan kegelisahan, kekeliruaan dan perselisihan pendapat orang ramai?

Berani kerana benar, takut kerana salah.

Anwar Enggan

Laporan Bernama berkenaan keengganan Anwar berikut:

Sumpah: Anwar sudah rujuk Ulama dalam, luar negara

Isnin, 07 Julai 2008


Petaling Jaya: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mahu mengangkat sumpah atas nama Allah dalam kes tuduhan liwat ke atasnya oleh bekas pembantunya 28 Jun lepas kerana dinasihatkan oleh ulama dalam dan luar negara supaya tidak berbuat demikian.

Beliau mendakwa 10 tahun lepas, beliau pernah bersumpah atas tuduhan liwat tetapi tetap dituduh, diterajang, dipukul dan dipenjarakan yang kesemuanya tidak mengikut Islam dan al-Quran.

"Saya nak jawab perkara ini setelah merujuk dengan ulama dalam dan luar negara. Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria juga mengulas perkara ini dan begitu juga bekas Mufti Wilayah Datuk Hashim Yahaya," katanya semasa berucap pada perhimpunan 'Protes Sampai Turun Harga Minyak 2008' di Stadium MBPJ di Kelana Jaya Ahad malam.

Beliau berkata sekiranya perkara itu hendak dibawa pertuduhannya di bawah Mahkamah Syariah, Anwar berkata beliau sudah mencadangkannya pada 1998 apabila pertuduhan liwat dikenakan ke atasnya.

"Saya meminta empat orang bukti dan saya sedia didakwa. (Sekiranya tidak) saya anggap kes ini tidak ada asas sama sekali," katanya.

Katanya beliau tidak mahu ada pemimpin Umno yang mahu mendabik dada meminta beliau berbuat demikian kerana bersumpah atas nama Allah bukan perkara politik tetapi mengikut kaedah syarak dan memerlukan nasihat oleh ulama yang berwibawa. - Bernama
Pendapat Ulama

Laporan dari KLPos.com seperti berikut:

"Sumpah dengan junjung Al Quran untuk tentu kebenaran": Nik Aziz

Jumaat, 04 Julai 2008

"Sesuatu yang dituntut dalam Islam"

Kota Baru: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata "mubahalah" atau bersumpah dengan menjunjung al-Quran adalah cara untuk menentukan kebenaran dan juga sesuatu yang dituntut dalam Islam.

Sambil menyokong cadangan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhubung perkara itu, beliau berkata melalui cara demikian, Allah SWT boleh melaknatkan mana-mana pihak yang bersalah.

"Dalam Quran sudah menyebut, setelah sudah tiada ikhtiar lagi dalam menyelesaikan kemelut yang memalukan itu, siapa yang tidak bersalah Tuhan tolong," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Cadangan Mufti Perlis

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata demikian sebagai mengulas cadangan Mohd Asri supaya kedua-dua individu yang dikaitkan dengan kes liwat iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan "bermubahalah" atau bersumpah.

Dalam kenyataannya semalam, Mohd Asri berkata isu liwat yang membabitkan Anwar sudah semakin rumit dan rakyat pula menjadi keliru.

Komen Mufti Perak

Manakala Mstar Online melaporkan Mufti Perak, Datuk Seri Dr Harussani Zakaria berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengemukakan bukti di mahkamah sekiranya beliau tidak bersalah seperti yang didakwa oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dr Harussani berkata demikian ketika diminta pendapat beliau tentang cadangan mubahalah (bersumpah) yang dicadangkan oleh Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abdin semalam.

Katanya lagi, "Setiap keterangan yang diberikan perlu dibuktikan. Jika tiada keterangan untuk dijawab, barulah beliau (Anwar) perlu bersumpah.”

Sebelum ini, Dr. Asri telah menggesa Anwar yang dituduh meliwat kali kedua dan pembantu khasnya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan supaya bermubahalah’ atau bersumpah.

Katanya lagi,"Kedua-dua pihak (Anwar dan Saiful) hendaklah bersumpah. Kalau tidak puas hati lagi, bermubahalah seperti ini ... 'ika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya laknat Allah kepada saya' dan hendaklah bersumpah dengan Wallahi, Wabillahi, Watallahi... saya tidak melakukannya."

Ketika ditanya samada beliau bersetuju atau tidak untuk meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah berhubung dakwaan liwatnya, dia berkata,"Keterangan mesti diberikan oleh orang yang didakwa (Anwar). Apabila sesuatu perkara itu dizahirkan, ia mesti ada bukti.

"Sekiranya tidak ada bukti, barulah diambil pendekatan bersumpah ini,” tambah Dr. Harussani ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Kata Dr. Harussani lagi, Anwar perlu memberi bukti di mahkamah sekiranya beliau tidak terlibat dengan dakwaan tersebut.

Namun apabila diminta pandangan lanjut, Dr. Harussani berkata, “Saya tak nak komen lagi sebab tak nak terlibat tentang hal ini.”

Pertelingkahan parti politik

Beliau menganggap isu liwat ini timbul disebabkan pertelingkahan antara dua parti politik yang berlaku sekarang.

Difahamkan terdapat perbezaan pendapat tentang hukum liwat di negara ini. Ada ulama yang mengatakan sebatan 100 kali rotan dan ada yang berkata tidak pasti. Ini adalah kerana undang-undang Islam di Malaysia hanya merangkumi kes zina sahaja dan bukan kes liwat. - Bernama, Mstar

24 comments:

Anonymous said...

Hello.
ada baiknya juga DSAI tampil dan melakukan Mubahalah. Bukan apa, selain daripada bersumpah dihadapan Tuhan, beliau juga dapat meredakan konspirasi yang melanda diri beliau.
Ini kerana DSAI sudah melaung-laungkan yang beliau dianiaya oleh sesetengah pihak, beliau tidak bersalah dan tidak pernah melakukan kesalahan sodomy tersebut pada kedua-dua pertuduhan (1998&2008).
Jadi rasanya tak ada apa yang perlu ditakutkan kan DSAI?

Anonymous said...

Ada sebab kenapa dia taknak mubahalah ni..Bukan susah sangat pun..Lagi susah nak pergi melalak tepi2 jalan tu..Tapi bab melalak sana sini tu bukan main hebat..Bab jual nama pun dia hebat jugak..Ada je alasan, konon dengar nasihat orang lain la apa laa..Macam haritu ye2 je dia cakap Kedutaan Turki offer perlindungan sekali orang tu cakap mana ada dia offer.. Gilo agaknya Brader Anwar Bin Ibrahim..

Zainal A. Kasim said...

Ini menunjukkan kepentingan politik mengatasi segala-galanya. Bagi mereka yang terlibat pergi jahanam dengan agama, peraturan, perundangan dan rakyat. Yang penting mereka mendapat kuasa.

Sebelum mereka menjahananmkan negara kita ini. Elok kita jahanamkan mereka dahulu.

Sue.Aleen said...

assalamualaikum brader...
mubahalah ni kena ada dua-dua pihak di depan ahli keluarga mereka sendiri. mana boleh anwar sorang dan kena faham pihak yang terbeban dengan kes ni adalah pihak yang menuduh...

dipetik dari Ustaz Zaharuddin:

ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء


Para ulama sepakat bahawa ayat ini menunjukkan wajibnya si penuduh membawakan saksi seramai empat orang. Perbincangan terperinci berkenaan hal ini terlalu panjang. Namun saksi inilah kuncinya, tanpanya, kita tidak atau belum boleh mempercayai satu apa pun berkenaan tududan zina dan liwat atau kita mencari nahas di akhirat. (Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)

Imam Malik berkata :


قول مالك، وإن اضطرب واحد منهم جلد الثلاثة، كما فعل عمر في أمر المغيرة بن شعبة،


Ertinya : Jika salah seorang dari empat saksi goyah dan tidak kukuh penyaksiannya, ketiga-ketiga saksi yang lain akan dihukum sebat (80 kali kerana qazaf), sebagaimana yang dilakukan oleh Umar dalam kes AL-Mughirah Bin Syu'bah, (iaitu apabila seorang saksi bernama Ziyad tidak bersaksi maka semua tiga orang saksi sebelum itu disebat kerana menuduh Al-Mughirah.) ( Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi)

Selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka yang menududh zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq. Namun majority ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat bersungguh-sungguh.

tahan diri kita....

Anonymous said...

latest news alert...
Mufti said that Anwar doesn't have to do the Mubahalah because it's irrelevant to the case..
i guess Anwar can take a long,long and deep breath.
one less issue to think and lie about.

Conspiracy Theorist said...

bro Voicey,

saya rasa untuk menuduh org melakukan perkara zina memang perlu saksi 4 org tapi kalo yg menuduh itu org yg melakukan zina takkan kena produce 4 org saksi lak... cam yg AnWar kata 4 org sbg bukti tahun 1998 tak leh pakai n tahun 2008 ni pun tak leh pakai sbb yg buat tuduhan tu mangsa..kalo nak ada saksi nampak macam dh plan & setup la pulak..tst..tst..tst..bro AnWar ni pandai pusing ayat so apa dia kata tak leh amik kira sbb tak logik permintaan saksi tu..heheh..apo nak dikato..(,")

SAY NO TO NWO!! SAY NO TO AnWar!!

A Voice said...

suealeen

Mubahalah bukan sesuatu yang peraturan atau hukum yang "hard and fast" tetapi mempunyai pelbagai interpretasi.

Intipatinya, Anwar lebih signifikan orangnya dari Saiful. Dia mempunyai track record sebagai bekas banduan. Di mata ramai jika tidak semua, Anwar adalah seorang ahli politik yang melakukan banyak kemungkaran dan tidak kurang juga perkara2 rasuah. INi tidak perlu dinafikan kerana senarainya banyak sekali.

Anwar yang lebih perlu meyakinkan orang ramai dari Saiful. Jangan lupa dia juga seorang PM-in-waiting.

Apabila reaksi Anwar yang berupa tuduhan2 terhadap Najib dan pelbagai tuduhan konspirasi lain, kita harus sedar bahawa keperbadian Anwar lebih mengsangsikan daripada Saiful.

Isunya apa salah ANwar melakukan demi memberi keyakinan dan mententeramkan masyarakat? Salahkah dia membantu mententeramkan keadaan?

Atau dia perlukan keadaan huru hara untuk mencapai cita-citanya!?

Anonymous said...

Voicey and everyone,

Bila Harakah keluarkan pendapat Dato Harussani bahawa Anwar tak perlu bersumpah, ianya bagaikan satu kemenangan besar kepada bebudak PKR.

Tapi saya nak tanya, kemenangan untuk apa, adakah kemenangan untuk menyelamat Anwar daripada membuat sumpah laknat. Dan soalan seterusnya, kenapa pula Anwar perlu diselamatkan daripada membuat sumpah laknat.

Saya masih lagi berpendapat bahawa cadangan Mufti Perlis Dato Asri ada baiknya, untuk meredakan keadaan dan menamatkan perbalahan sesama Islam yang semakin berlanjutan. Oleh itu, kebaikan adalah untuk semua, tak kira PKR, PAS dan UMNO. Tambahan pula, pendapat ini disokong oleh TG Nik Aziz.

Baca http://penarikbeca.blogspot.com/2008/07/janganlah-buang-masa-anwar.html

Berbalik kepada soalan di atas, kenapa Anwar perlu diselamat daripada bersumpah laknat.
Adakah MUNGKIN bahawa terdetik juga di sanubari bebudak PKR bahawa Anwar SEMEMANGNYA seorang PELIWAT?

Allah hu 'alam mi sawab.

Anonymous said...

Hello Anwar, kalu hang betul-betul dah buah salah. Meliwat. Kira hang dah tak percaya Tuhan. Takut apa nak bermubahalah? Orang yang takut bermubahalah ni orang yang takutkan kekuasaan Tuhan. Maknanya masih percayakan Tuhan. Kalau hang tak salah, dan hang masih percayakan Tuhan. Buktikanlah yang hang tak bersalah. Bermubahalah la. Ni apa berumah kat tepi pantai ni, rumah tinggal takut tenggelam pi dok rumah orang Turki pulak!

Bung Karno said...

Voice,

Empat saksi perlu kalau tuduhan zina. Dengan pompuan.

Kalau dengan jantan, dan kalau yang kena screw tu mengaku, nak saksi apa lagi ? Tak ada dalam bab undang2 saksi.

Jantan dengan jantan kalau dalam bilik siapa nak tengok ?

Betul ke dalam interview Malaysiakini Anwar mengaku Saiful ikut sama keluar negara ?. Mana nak dapat saksi kat sana ?

Anonymous said...

Masa kat asrama dulu, muka aku macam penyangak. Aku selalu dituduh pencuri.

Ustaz & pengawas suruh aku sumpah dgn Quran. Aku sumpah terus. Bayak kali aku dituduh. Tapi aku sumpah aje. takde 4 saksi.

Sebab memang aku tak pernah curi duit apa nak takut.

Ni orang yang pernah jadi syeikh banyak dalih. Sumpah ajelah kalau memang tak buat. Bodoh, potong la.. janggut tu.

Anonymous said...

A Voice,

tajuk 'anwar berhelah' sgt tepat. ini orang (manusia 2 alam) ada beribu2 alasan. lebih2 lagi kalau hampir terjerat.

Anonymous said...

Kalau ada org suruh aku sumpah main bontot, aku sumpah depan Quran, aku tak main bontot.

Sebab aku tak main bontot, apa takut.

Anonymous said...

mubahalah ni kena ada dua-dua pihak di tempat yang sama, di masa yang sama, di hari yang sama. berserta keluarga dan orang ramai. jika satu pihak je bersumpah, bukan mubahalah namanya tu. baca & fahami intipati cerita Nabi saw bermubahalah dengan orang nasrani (kristian). tapi mubahalah ini tak jadi.

mengikut tafsir al-qasimi:
disyaratkan terlebih dahulu bagi urusan itu ditegakkan hujjah, dilakukan usaha untuk menghilangkan kekeliruan serta diberikan nasihat dan ancaman (kepada orang yang terlibat). apabila segalanya tidak mendatangkan manfaat, maka barulah digunakan mubahalah sebagai cara terakhir yang terpaksa dilakukan (yakni darurat).

kita sebagai umat Islam kena faham prioriti hukum dalam Islam tu sendiri. bersumpah bak kata ustaz harussani & bekas mufti wilayah, ustaz hashim yahya tidak digalakkan kerana ia bukan merupakan amalan umat Islam. begitu juga saranan ustaz zaharuddin untuk kita menahan diri dari memperkatakan tentang sesuatu perkara yang belum pasti. kalau kita tak dengar saranan orang arif, kita nak ikut jalan mana lagi?

tentang 'penghargaan' kalian pada anwar - PM-in-waiting/banduan/orang yang banyak melakukan kemungkaran, etc. bukan salah siapa pun mengangkat dia sebegitu rupa. pandangan saya yang kecil ni… saya melihat anwar hanya seperti orang kebanyakan. kalau nak jadi PM pun lambat lagi sebab kena berdepan dengan kes ni.

redbox said...

ntah apa2 si nuar ni..kalau tak salah gentle lah..sumpah cam nik aziz n mufti perlis utk buktikan kebenaran..tak yah nak buat alasan..kata tak payah bersumpah lah apa lah..

dulu aku time sekolah form one, aku pernah dituduh mencuri..ni kes betul bukan buat2..WALLAH pernah berlaku..kalau aku tipu aku kena sambar petir skrg gak..

time tu senior2 aku suh aku n bbrapa saspek lain bersumpah junjung Al-Quran.. sbb aku tak buat salah tu aku sumpah lah depan senior2 n budak dorm aku..ye lah aku tak salah..time tu aku tak sibuk pun carik dalil yg kata kes aku ni tak releven utk bersumpah..

so nuar apa lagi..tunjukkanlah kebenaran ko..

Anonymous said...

Assalamualaikum semua,

Memang dapat jangka pun DSAI akan melakukan pelbagai helah untuk mendapat perhatian orang ramai bersependapat dengan beliau.

Tahupun beliau tidak berani untuk menggunakan nama Allah di dalam kenyataannya itu. Bila dipanggil untuk memberi mubahalah, beliau cuba mnyeleweng ke simpang lain dengan memberikan alasan-alasan yang tidak munasabah kononnya memerlukan ulama yang kredibiliti.

Agaknya ulama yang sependapatnya baru dianggap sebagai berkredibiliti. Ini bukanlah suatu alasan yang munasabah.

Anonymous said...

memang betul..'anwar berhelah'.. tapi ramai yang percaya dan makan cakap dia..makan laa drama dia tu sampai kenyang!!

Anonymous said...

tu lah..banyak sangat alasan dan demand nak bersumpah..bukan orang suruh telanjang dikhalayak pun..bukan susah..ke betul2 salah ni?hmm..

Anonymous said...

Masya Allah, depa ni cukup baik komen. itu pasal blog author ni approved dia orang ni. Orang Melayu ni memang macam tu. Asyik kena tipu aje. Dah ada bukti pun, tak percaya. Macam kes VK Lingam lah. Dulu Anwar kata ada pakatan dalam kehakiman negara. Rakyat kata, Tipu, Anwar Pembohong, kata dia Syok2 nak kata. Lepas tu Tut, tut keluar video klip. Original lagi. Kes belum selesai sampai sekarang. Itu pun masih x percaya. Orang Melayu biasalah. Lepas tu kes Tun Salleh Abas. Macam tu jugak dah lepas 20 tahun baru kata betul. Pasal kes liwat Anwar dulu tu. Saksi Utama Azizan, lepas menuduh Anwar meliwat, esok kena tangkap basah berkhalwat, kena kahwin. kalu dalam Islam, saksi macam ni langsung tak terpakai. Lepas macam mana dengan khalid Jafri (Penulis Buku mengapa Anwat x boleh jadi PM) koma sebelum mati. Begitu jugak dengan Mukhtar Abdullah, koma lama sebelum mati. Tahu tak koma tu apa? Itulah tanda-tanda azab Allah kepada simati, iaitu sebelum kematiannya. Orang kampung lagi lah bila cakap atau tanya apa2. Semua tak tahu. Itu belum ikut ketentuan Islam, baru ikut logik akal. Sampai mana akal manusia ni boleh sampai. Buatlah banyak2 dosa kat dunia ni. Sonang di akhirat. Hari ini, baru nampak Tuk Guru Nik Aziz? dulu tak nampak. Tekan pemerintahannya selama 18 tahun. Kalu tak jadi kes Anwar Ibrahim ni, ada korang nampak dengan Tuk Guru? Korang caci lagi ada. Bodoh betul makhluk yang bernama manusia ni. Setiap perkara yang Allah jadikan ada hikmahnya. Dan Allah dah bagi jalan penyelesaian. Kenapa tak nak ikut? Saya sebenarnya tidak menyokong mana-mana parti. Tetapi saya menyokong sesiapa saje yang boleh memartabatkan islam sebagai jalan hidup. Bukannya asyik bergembira dan menyanyi saje. Malangnya sekarang ni, apa-apa yang hendak kita lakukan, kenalah berparti. Kalu tak, bo layan. Ingatlah perjuangan Rasulullah dulu selama 23 tahun. Jangan jadikan sia-sia.

melayuangkat said...

Salam,

Takut kerana Salahlah...

LeeZ said...

kalau mcm tu, apa kata kita suruh jer perogol2 yang nak dakwa tu bersumpah...

of course sumer akan bersumpah utk menyelamatkan diri masing2.

so terlepas dibicara di mahkamah... kes settled!!! ye dak???

think before you write!!!

Anonymous said...

http://daniazz6383.blogspot.com/2008_01_01_archive.html

Jil Fityan said...

anwar sudah bersumpah kat putik sebentar tadi... Harap tiada keraguan lagi

http://jilfityan.blogspot.com

Anonymous said...

Kepada LeeZ:

Kamu kata:"kalau mcm tu, apa kata kita suruh jer perogol2 yang nak dakwa tu bersumpah...

of course sumer akan bersumpah utk menyelamatkan diri masing2."

Jadi bagaimana pula dengan Anwar yang fail kes qazaf? Saya edit sikit kata-kata kamu dengan kes Anwar:

"kalau mcm tu, apa kata kita suruh jer perogol2 yang nak dakwa tu fail kes qazaf...

of course sumer akan fail kes qazaf utk menyelamatkan diri masing2."

Dr MAZA dah menerangkan, dia mensyorkan Anwar mubahalah kerana golongan PKR sendiri yang kata mahkamah tidak adil. Jadi sebab ketelusan mahkamah diragui oleh Anwar sendiri, Anwar mubahalah untuk membersihkan namanya.

Dan Mubahalah ni tidak bercampur dengan proses mahkamah. Ia hanyalah untuk membersihkan nama.

Jadi, kpd LeeZ:
think before you write!!!

My Say