Tuesday, April 14, 2009

Letak MARA di bawah JPM

Pengumuman Kabinet Dato Seri Najib Tun Abdul Razak tanpa Menteri Pembangunan Usahawan dan Pembangunan Koperasi (MeCD) belum reda dari menjadi bualan hangat antara orang Melayu.

Kalau ada yang menyangka ianya sekadar keresahan sesama orang UMNO, ini suatu anggapan yang salah. Dalam perbualan saya dengan seorang pemegang jawatan dalam PAS semalam, keresahan yang sama disuarakan. Katanya, Kementeriaan ini adalah tempat untuk kita bina orang Melayu. Dalam hati saya, walaupun dibezakan oleh ideologi politik, fitrah kami sebagai Melayu masih kekal.

Keresahan yang sering disuarakan adalah kerana ianya satu-satu Kementeriaan yang khusus untuk memajukan Bumiputera, khususnya orang Melayu.

Agensi terulung di bawah MeCD adalah Majlis Amanah Rakyat (MARA). MARA di wujudkan di bawah Akta MARA 1966 yang bertujuan untuk meningkatkan pendidikkan, kemahiran, kegiatan ekonomi dan keusahawanan kaum-kaum Bumiputera. Dari segi pendidikkan, MARA telah melahirkan institusi-institusi yang berjaya seperti ITM yang kini adalah UiTM, MRSM, IKM, Giat MARA, dan pelbagai IPT atau Pra-Universiti. Selain itu, pelbagai agensi yang bertujuan untuk membantu usaha-usaha keusahawanan berada di bawah Kementerian tersebut seperti SME Bank, Tekun, PNS, dan macam-macam lagi.

Memandangkan peranan yang begitu meluas yang dimainkan oleh MARA dalam pembangunan Bumiputera, ingin dicadangkan supaya MARA diletakkan terus bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Buat masa ini, pendirian rasmi kerajaan adalah peranan yang dimainkan oleh Agensi-Agensi tersebut masih kekal. Ia hanya ditukarkan pengurusan dan pengawasan ke Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan WIlayah dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI).

Jawapan-jawapan ini menimbulkan beberapa isu. Pertama, keberkesanan menyalurkan peranan itu di bawah Kementerian-Kementerian yang disebut. Menurut Bigdogdotcom, akan timbul masaalah kekurangan kakitangan pengurusan untuk mengurus dan memantau agensi yang begitu banyak di bawah MeCD.

Kedua, penumpuan MITI kepada Agenda Melayu, yang merupakan slogan di awal pentadbiran Tun Abdullah, tidak berapa diyakini kerana tumpuan MITI adalah kepada sektor dagangan luar dan industri negara.

Ketiga, akan timbul persepsi politik bahawa UMNO sudah mula renggang dari teras utama perjuangannya untuk membela orang Melayu. Sudahlah isu PPSMI telah memberi peluru untuk pihak pembangkang melalui Perhimpunan Gerakan Mansuhkan PPSMI. Jika itu isu bahasa, ini pula isu pendidikkan dan pembangunan ekonomi Melayu.

Dengan membubarkan MeCD, ia boleh dilihat sebagai pendekatan lama dan baru. Asalnya tidak ada Kementeriaan sedemikian. Barunya pula dari segi meletakkan kembali peranan membangunkan Bumiputera ke setiap Kementeriaan sambil memastikan peranan membasmi kemiskinan tidak mengira kaum berterusan dan diberi pendekatan.

Dari yang difahami, semasa wujudnya MeCD, setiap Kementeriaan mempunyai program membantu Bumiputera. Ianya hanya kesinambungan usaha yang lama juga. Diharap juga Unit Penyertaan Bumiputera di Bank-Bank dihidupkan kembali.

Menjawab mengenai masaalah kakitangan, rasanya boleh distruktur dan dikemaskini Kementeriaan yang terbabit dengan metod-metod pengurusan dan pemantauan baru. Sudah pasti pentadbiran Najib akan meneruskan usaha untuk membawa reformasi kepada perkhidmatan awam dalam memperkemaskan peranan dan bidang kuasa mereka serta mempertingkatkan prestasi.

Dalam menangani persepsi politik, ianya boleh tidak dihiraukan. Sebaiknya adalah untuk menangani persepsi ini supaya ianya tidak menimbun hingga susah untuk dibuangkan persepso sedemikian.

Selain isu MeCD, sudah ada pihak yang cuba melakarkan persepsi Najib telah mengkompromikan Agenda Melayu. Hujahnya adalah kenyataan Najib untuk melonggarkan polisi-polisi DEB, pendirian kerajaan memberi biasiswa berasaskan merit dan bukan keupayaan, slogan 1Malaysia yang masih belum jelas, dan lain-lain.

Bagi kaum Bumiputera, mereka perlu diyakinkan bahawa kerajaan masih komited untuk memperbaiki nasib mereka. Undi kaum Bumiputera masih kekal sebagai undi terbanyak dan penyokong utama UMNO dan Barisan Nasional.

Atas sebab itu, maka timbul cadangan meletakkan MARA bawah Jabatan Perdana Menteri. Tindakan ini tentu dapat memulihkan kembali keyakinan kaum Bumipuetra bahawa kerajaan belum mengenepikan mereka.

Oleh kerana, pendidikkan dan kemahiran adalah satu kegiatan utama dan berjaya MARA, tindakan ini boleh menghindarkan timbul tuntutan untuk meletakkan institusi seperti MRSM, dan lain-lain instiusi pengajiannya diletakkan di bawah Kementerian Pendidikkan atyau Pengajian Tinggi.

Dengan diletakkan MARA di bawah JPM, agensi yang membantu kaum Bumiputera ini boleh meniupkan semangat kepada organisasi ini dari pengawasan langsung Perdana Menteri sendiri. Ini pasti menjadi political will untuk organisasi yang sudah lebih 40 tahun usia untuk menyegerakan reformasi dan transformasi hala tuju dan operasi.

21 comments:

Pok Li said...

Setuju

Anonymous said...

orang PAS pon mengelabah? jangan dok buat hal..nanti DAP marah hangpa semua dok nak tolong Melayu..PAS..PAS..orang kasi ambik..orang tarik mengelabah pulak..dah ambik mengutuk orang pulak..fening aku dengan PAS hipokrit ni..

Tam Dalyell said...

Tidak dinafi ada segment Melayu terasa terpinggir melalui dulu isu jawi disidelinekan, kemudian isu PPSMI dan sekarang ini.

Bila dikumpul-kumpul semua ini boleh dijadikan peluru menembak kerajaan oleh sipenembak.

Paling kurang langkah ini menambah beban pengurusan ..

wallahua'lam

PARPUKARI said...

BRO SAYA PERCAYA NAJIB DAN MUHYIDDIN TAU APA YANG MEREKA BUAT BRO!

KISAH BENAR, BACA DI SINI!

http://parpukari.blogspot.com/2009/04/suratkhabar-cina-lapor-berita-palsu.html

TAPI AKU TETAP BERSAMAMU BRO!

Anonymous said...

Lebih baik kalau mansuhkan semuanya terutama Pusat Khidmat Kontraktor.
Kakitangan jual lesen.
Lesen Kelas A up for sale sampai RM 100 K.
Lesen dokongan orang cina bertopeng orang politik bumiputar kemain ramai lagi.
Ada satu cina di Sabah konon ada sampai 20 lesen kelas A pakai proksi lembu-lembu.
Cuba siasat profile syarikat-syarikat terlibat.
Kebanyakannya dia pegang jawatan Senior General Manager dalam syarikat tapi sebenar dialah mastermind.
Kenapa PKK tolong orang Cina yang bertopeng melayu.
Sistem sudah jadi gila, cikgu pun sampai boleh jadi kontraktor kelas 'A' apatah lagi kelas kecil2 tu.
Kenapa tak bantu jurutera-jurutera bumiputera yang berwibawa yang boleh kerja.
Tu belum cakap pembahagian loan oleh MARA.
Banyak sangat kepincangan.
Kopi O sudah jadi macam minuman harian untuk haram jadah ni.
Loan lulus je ambil percent.
No wonder peniaga tak dapat bayar balik.
Tak payah nak dalih lagi, semua orang sedar tapi tak boleh nak buat apa-apa.
Semua kena tutup kat atas.
Pengarah PKK tak reti kerja.
Kontraktor nak renew lesen kena hantar ufti baru cepat proses.
Little Napolean ni semua tak ingat dosa lagi.
Padan muka kementerian kena mansuh.
PM baru mungkin sudah sedar benda alah ni, mungkin tu yang kena mansuh.
Semua pegawai haram jadah tu boleh berenti dan cari kerja halal.
Boleh bawa pulang rumah bagi makan anak bini benda halal.
Jangan nak berdalih, cerita ni cerita biasa di mana-mana.
ABITW jangan siarkan kalau komen ini boleh dikesan pengomennya. bahaya! takut

Anonymous said...

maka jadilah Najib flip flop pulak lepas nih kalau ikut cakap org itu ini dan back track ... hancus betul ... ada baiknya kita2 semua berikan sokongan dahulu pada Najib ... biarlah Najib buktikan kemampuannya dahulu .... lagipun kita2 ni semua tidaklah lebih pintar dari Najib Tun Razak ... dialah yang sedang menjadi PM bukan kita2 semua

ni aleq laa said...

betul ke u nih ...' pemimpin PAS turut resah dgn apa yang terjadi kat MARA '. Aku langsung tak percaya. Aku blame 80% kesusahan yang menimpa orang melayu sekarang adalah angkara pemimpin PAS yang bagaikan 'SUNDAL'.

eddy said...

Salam Tuan, saya Anak Didik MARA dari Tingkatan 1 sampailah dapat B.Sc(Hons).

Saya fikir idea tuan amat bernas.

Anonymous said...

TAK HABIS HABIS SUBSIDI, TAK HABIS HABIS MINTA TONGKAT, APALAH NAK JADI DENGAN ORANG MELAYU NI.....

Paling Tak Suka Hipokrit

A Voice said...

Paling Tak Suka Hipokrit

Bekas MB Perak Nizar pernah komen mengenai DEB yang tidak memberi apa hasil kepada orang Melayu.

Bila ditanya, siapa hantar dia belajar ke Manchester? Dia terdiam.

Bila disenarai, projek-projek dia perolehi dan buat untuk siapa? Dia terdiam.

Harap anda tak jadi macam Nizar. Tak berapa orang Melayu yang tidak bertongkat dalam hidup mereka kerana semasa kita merdeka, hampir 70% adalah di bawah paras kemiskinan.

Mungkin anda orang yang bernasib baik.

Anonymous said...

Saya setuju dengan pendapat gigikutercabut. Saya fikir DSN telah berfikir panjang lebar perihal ini...Penyoking pembangkang pun terkejut beruk. Itu lah gigit tangan yang menyuap...Baru diacah oleh DSN dah gelabar..memang patut disedarkan mereka ini dengan segera sebelum Melayu hancusss..Lagi pun seandainya MARA dibawah JPM.....dapat perhatian secara langsung..jadi kita bagi peluang untuk DSN menstrukturkan minda, jiwa dan membangkitkan Melayu yang kental

Anonymous said...

Ni lagi satu berita buruk.
Sapa punya idea bodoh masukkan PKK bawah JKR ni?
geram...memang langsung takde experience.
Main hentam Keromo je.
Kepada Siapa yang bodoh tu, depa tak tau ka JKR paling banyak public project saban tahun.
Tak Tau ka nanti tender kat JKR boleh kena screw dua kali.
Sekali waktu tender.
Sekali waktu apply dan renew licence.
Kakitangan JKR mesti naik sheh...
Boleh-boleh semua projek jual.
Sekarang ni ada chance jual lesen plak.
Idiot.

berasiam said...

Perkara ini pernah disebut oleh salah seorang pembentang kertas kerja dalam retreat MARA. Rasionalnya, aktiviti MARA adalah luas sehingga merentas kementerian sehinggakan janggal untuk meletakkannya di bawah mana-mana kementerian sekalipun. Walau bagaimanapun, pemindahan MARA ke JPM hendaklah disertai dengan autonomi untuk MARA memenuhi peranannya. Majlis MARA perlu diberikan kuasa yang mencukupi untuk menentukan polisi MARA. Pengerusi MARA perlu dipertimbangkan untuk kembali diberikan kuasa eksekutif. Kenaikan pangkat dalam MARA juga hendaklah bebas dari pengaruh politik. Pernah berlaku jumlah pinjaman pelajaran untuk pelajar dikurangkan, kononnya kerana penglibatan orang politik dalam MARA.

Baru-baru ini Timbalan Menteri mempersoalkan penggunaan dana dalaman MARA untuk menampung pinjaman perniagaan yang dikeluarkan oleh MARA. Perlu difahami bahawa dalam keadaan ekonomi yang lembab sekarang, jumlah pembayaran balik pinjaman yang dikutip turut terjejas. Jika MARA dikekang daripada menggunakan dana dalamannya untuk membiayai pinjaman perniagaan, sudah tentu usahawan yang mengharap akan menggigit jari. Ini cukup bertentangan dengan pengumuman Najib mengenai dana RM10B untuk Skim Jaminan Penstrukturan Semula Industri yang pasti dibolot oleh majoriti dari kalangan bukan Melayu. Sebelum ini, MARA telah membekukan pinjaman untuk sektor pertanian seperti perternakan lembu, penanaman herba dan sebagainya. Sekarang, pinjaman yang telah diluluskan pada awal tahun pun masih belum diagihkan kepada pemohon. Adakah pakej rangsangan ekonomi yang berjumlah RM67B itu tidak merangkumi keperluan MARA dalam pelbagai aktivitinya.....?

Quad Erad Demonstratum said...

Uncle A Voice,

Dengo ceta, cadangan mansuhkan MECD in datang dari Ethos Consulting aka Tkt 4?

Betul ka?

Siasat & bongkar lah!!!!

QED

Anonymous said...

Voice,

MARA has been serving UMNO, PKR and PAS oligarchies more than UMNO, PKR and PAS proletariats. Bagus lah tu depa pi luar bandar pula to serve UMNO's, PKR and PAS proletariates. Hang pi check tengok berapa ramai Middle Class Urbanites UMNO, PAS dan PKR punya anak dapat MARA's education bursaries compare to the children of UMNO, PKR and PAS proletariates.

Usop Felda

Anonymous said...

Kabarnya ini adalah atas nasihat dan desakan Omar Ong, Ethos Consulting anak Cina menyamar Melayu yang nak bawak Malaysian Malaysia. Dia budak tingkat 4.

Berhati2 Dato Najib! Selamatkan MeCD.

Melayu

dah insaf said...

sebenarnya kami di pr tak gelabahpun,org dlm umno yg panik sebab lepas ni susah nak buat duit haram

benci umno said...

kalau blog mcm ni mmg tak dak telor

D'Rimba said...

Kesian pembangunan usahawan lenyap begitu saja berbakullah alasan akan dibahasnya............dulu kini dan selamanya

Anonymous said...

Aku rasa ia hanya permainan politik Najib - tiba masa nak PRU13 dia akan hidupkan balik MECD ni - seolah2 mengambilkira hasrat akar umbi org2 Melayu. Kemarahan/ketakpuasanhati org Melayu terhadap apa jua perkara jarang dinyatakan dengan kelantangan, penuh dengan kias ibarat & ibarat api dalam sekam..
Tetapi, yakin kah Najib sampai ke PRU13? Saidina Umar Ab. Aziz pernah ditegur oleh anaknya kerana hanya terlewat sedikit melayani rakyatnya yang ingin berjumpanya..seraya anaknya berkata lebihkurang bermaksud gini 'adakah ayahnda pasti ayahnda panjang umur?'

Kemungkinan PRU13 ini benar2 menghilangkan autonomi BN memerintah sekiranya percaturan politiknya tidak mengambilhati umat Melayu.

Anonymous said...

"TAK HABIS HABIS SUBSIDI, TAK HABIS HABIS MINTA TONGKAT, APALAH NAK JADI DENGAN ORANG MELAYU NI.....

Paling Tak Suka Hipokrit"

MARA telah banyak mengeluarkan gologan melayu profesional yang kini bekerja di luar dan dalam negara. orang bukan melayu memang tak senang melihat orang Melayu berjaya dan menyaingi mereka.kalau Melayu memerlukan subsidi untuk mengaji hingga ke luar negera saya rasa tak ada salahnya..sebab memang kami berhak.

My Say