"Kenyataan yang dibuat oleh YB Dato Ngeh Koo Ham bukan sahaja menghina keputusan Mahkamah Persekutuan malahan suatu tindakan menghasut rakyat Negeri Perak supaya tidak menghormati undang-undang dan institusi Kehakiman Negara." - Dato Dr Zambery Kadir
Secara ringkas, MB Perak menjawab permainan perang saraf Ngeh-Nga-Nizar menuduh mahkamah berat sebelah.
Jika benar, memang tidak adil. Adakah mahkamah hanya membuat keputusan menyebelahi BN? Bagaimana pula jika ianya satu pembohongan? Bukankah itu menghina mahkamah? Bukankah tuduhan itu satu usaha menghasut orang ramai supaya tidak menentang keputusan mahkamah?
Tentangan yang dilakukan terhadap Zambery oleh Ngeh-Nga-Nizar - melalui mahkamah, demonstrasi jalanan, menghasut rakyat, dan rancangan untuk merosakkan persidangan 7 Mei - adalah terhadap keputusan Sultan melantik Zambery.
Sultan yang melantik Zambery, bukan Zambery melantik dirinya. Bukan Zambery yang memecat Nizar. Keputusan Sultan dibuat berdasarkan kuasa di dalam peruntukkan undang-undang dan perlembagaan. Di Malaysia, perlembagaan adalah "supreme" melebihi orang perseorangan, institusi, rakyat, proses demokrasi dan prosedur pentadbiran.
Baginda telah gunakan prosedur sama yang diguna untuk melantik Nizar dalam melantik Zambery. Dengan hak yang ada pada Sultan, terpulanglah dia untuk menentukan dengan adil.
Memang lumrah dunia - ada untung dan ada rugi dalam apa-apa keputusan untuk memilih antara dua pihak. Yang pentingnya, Sultan mesti membuat keputusan yang adil. Semasa memegang 31 kerusi, Sultan melantik Nizar sebagai MB. Bukankah patut Zambery dilantik MB kerana majoriti kerusi berpihak kepada dia?
Hak Sultan untuk membuat keputusan patut dihormati dan tidak patut dipersoal oleh sesiapa. Baginda ada hak di bawah undang-undang. Keputusannya dilakukan dengan adil dan saksama. Tiada sesiapa, baik pemimpin atau rakyat, berhak persoal sesuatu yang betul dilakukan. Apa lagi jika ianya hanya beralasan permainan politik merebut kausa melalui mob rule dan persepsi perang saraf yang maklumat berat sebelah?
Salah siapa jika 3 ADUN mereka tidak puashati, hilang keyakinan dan keluar parti? Kalau mereka waras, mereka salahkan diri sendiri dahulu, perbaiki kesilapan mereka dan bukan menuding jari menyalahkan orang lain serta menghasut rakyat membuat rusuhan.
Kenyataan tersebut disiarkan sepenuhnya berikut:
Maklumat diterima menyatakan bekas MB Dato Seri Mohd Nizar sedang mengadakan roadshow - hari ini 28hb di Titi Gantung, 29hb di Mambang Di Awan, dan 30hb di Masjid Tinggi, Bagan Serai, Perak - dalam usaha untuk menidakkan persidangan Dewan Undangan Negeri pada Mei 7hb akan datang.KENYATAAN AKHBAR
YAB DATO’ SERI DR ZAMBRY ABDUL KADIR
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan
28 April 2009
Saya ingin memaklumkan bahawa Mahkamah Persekutuan Malaysia di Putrajaya telah menolak Notis Usul yang difailkan oleh saya di bawah Artikel 63 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.
Artikel ini ialah mengenai kuasa khas bagi Mahkamah Persekutuan berkenaan tafsiran Undang-Undang Tubuh Negeri Perak kerana terdapat percanggahan fakta di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila peguam YB Dato’ Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin telah memohon bagi memeriksa balas Penasihat Undang-Undang Negeri Perak terhadap affidavit yang telah diikrarkan oleh YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perak.
Saya dengan rendah diri menerima dan menghormati segala keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah yang bersidang pada hari ini. Saya sentiasa berpegang kepada prinsip keadilan Mahkamah walaupun keputusan-keputusan yang dibuat tidak menyebelahi saya.
Pada saya everybody is equal under the eyes of the law and subjected to the Constitution.
Mahkamah Persekutuan sebelum ini juga pernah menolak permohonan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendengar persoalan berhubung dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dibawah seksyen 84 Akta Mahkamah Keadilan 1964.
Tindakan saya menfailkan Notis Usul dibawah Artikel 63 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak adalah untuk mendapatkan penyelesaian muktamad bagi menentukan kesahihan kedudukan saya sebagai Menteri Besar yang telah dicabar oleh YB Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin demi kebaikan dan kepentingan rakyat Perak seluruhnya dan bukan mencari jalan pintas seperti yang didakwa sesetengah pihak.
YB Nga Kor Ming pada hari ini melalui Akhbar New Straits Times menyatakan bahawa:“Does Zambry know ahead of time that the court will rule in his favour, even though the matter has yet to be heard? If so where is the independence of judiciary.”Saya seterusnya menyatakan bahawa kenyataan yang dibuat oleh YB Nga Kor Ming adalah sesuatu yang tidak bertanggung jawab dan berunsur hasutan.
Saya tidak pernah mengganggu Mahkamah dalam membuat sebarang keputusan dan saya tidak pernah mempersoalkan kebebasan sistem kehakiman Negara walaupun adakalanya tidak menyebelahi saya.
Berbeza dengan pemimpin Pakatan Pembangkang yang hanya memuji dan menyokong keputusan Mahkamah yang menyebelahi mereka tetapi menggunakan pelbagai alasan untuk menolak keputusan Mahkamah apabila tidak menyebelahi mereka.
YB Dato Ngeh Koo Ham dalam ucapannya dalam Majlis Ceramah PAS kawasan Lumut pada 17 April 2009 telah menyentuh isu keputusan Mahkamah Persekutuan dan menyatakan bahawa:“Tuan-tuan dan puan, saya rasa amat kesal lah, kerana Mahkamah Persekutuan tidak ikut undang-undang, prinsip undang-undang yang sedia ada telah termaktub ataupun diterima sebagai surat selesai ataupun sudah diputuskan semenjak sekian lama lagi, mereka sudah tukar undang-undang hanya kerana kes Negeri Perak”Kenyataan yang dibuat oleh YB Dato Ngeh Koo Ham bukan sahaja menghina keputusan Mahkamah Persekutuan malahan suatu tindakan menghasut rakyat Negeri Perak supaya tidak menghormati undang-undang dan institusi Kehakiman Negara.
Adakah ini keadilan yang dibawa dan diwar-warkan oleh Pakatan Pembangkang?
Saya juga menyatakan bahawa Dewan Negeri Perak perlu bersidang walaupun kes berkenaan semakan kehakiman yang difailkan oleh YB Dato Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin terhadap saya masih belum diputuskan.
Ini adalah kerana selagi mahkamah tidak membuat apa-apa keputusan sebaliknya berkenaan perlantikan saya; kedudukan saya sebagai Menteri Besar Perak adalah sah dan saya bersama-sama barisan Exco saya berhak bagi menduduki kerusi yang sepatutnya diduduki oleh kami ketika persidangan Dewan Undangan Negeri.
Tuan Yang Dipertua Dewan juga mesti mengiktiraf dan menghormati perlantikan kami sehingga Mahkamah memutuskan sebaliknya.
Adakah ini usaha untuk menghasut rakyat keluar beramai-ramai dan terjadinya satu peristiwa seperti peristiwa berdarah di Thailand baru-baru ini?
Harap rakyat tidak mudah terikut-ikut cara-cara yang mendatangkan huru-hara sedemikian.
* Updated: 29-4-2009 8:30 am
17 comments:
sumbat aja ke kamunting si nizar bahlul serta ngeh dan nga tu..ini dah jadi kelam kabut kepada ketenteraman awam... selagi pihak berkuasa tidak mengambil tindakan selagi itulah mereka bahlol ni akan menipu rakyat jelata... rakyat jelata pun seronok la dengar... yang dapat kesan positif ialah PR manakala BN asyik dibenci sahaja la,,, walaupun BN dipihak yang benar.. sekor lagi yang perlu di ISA kan ialah manjungmari@blogspot.com kalau kita teliti penulisan beliau,, terlalu banyak unsur fitnah dan menghasut serta mencaci pemimpin BN malah menteri,mufti dan sultan adalah mainan makian beliau sahaja...semoga Allah membalas kepada beliau dan keluarga beliau...amin
Kalau nak difikirkan secara logik akal setelah melihat kepada ketidakmatangan mereka, PR tidak akan berhenti dari memberikan gangguan kepada pentadbiran BN. Jika selesai pun episod ini di mahkamah kelak, pasti akan ada episod lain yang akan berlaku.
Dr Zambry minta perkenan sultan isytihar darurat saja di Perak. Biar satu majlis pentadbiran yang diketuai oleh Dr Zambry mentadbir. Langkah ini dapat mengelakkan PR daripada Perak sehingga PRU13 nanti. Yang penting dapat elakkan dari mereka untuk terus merosakkan negeri Perak.
YangMengarut
Dulu Komunis dan sekarang DAP!
Saya memang dah tahu perangai mereka dan tidak marah pun terhadap mereka.Orang putih kata 'a dog is a dog and can never be a cat'
Tapi yang saya marahnya adalah orang2 yang konon mendukung Islam dan dah jadi menjadi begitu bodoh sekali sampai sanggup menjual maruah bangsa dan mengadai perjuangan islam dan menderhaka kepada raja demi untuk mengekalkan DAP terus berkuasa di Perak
Kalau betul2 PAS yang memerintah Perak macam kerajaan Kelantan pun saya tak marah.Ini sekadar boneka komunis baru.
Bubarkan DUN....lepas tu..kita tengok siapa yang kena....
Sudah sampai masa Menteri Dalam Negeri bertindak menggunakan kuasa yang termaktub untuk menangkap Nizar dan Ngeh dan hantar mereka berdua berehat sekejap di kem Kamunting kerana saya khuatir akan tercetus peristiwa yang tidak baik akan berlaku pada 7 Mei 2009 diIpoh jika perbuatan hasut dan menghina sultan dan mahkamah mereka berdua ini tidak dibendung dengan hemah.
adakah ini yang kita mahukan.. sebuah negeri dan seorang pemimpin yang tadak tahu dari mana asal nya.. dengan berpegang atas satu nama keadilan untuk semua.. dan hanya mengikut sunnah ajaran penasihat yang dilakhnat ALLAH.. masyaallah apa dah jadi dengan negara ku ini.. jika dimbas kembali zaman nenek ku dulu.. hang jebat harus dihukum.. kerana menderhaka kepada sultan.. kepada tidak zaman sekarang.. pulang lah hang tuah kami amat memerlukan diri tuan hamba untuk menyingkir kan pertualang ini dari bumi ini..
Kalau kasi 'mati' saja boleh tak?
AKU TAK SETUJU CADANGAN KAU ORANG BERDUA..
KITA PARTI YANG DITERIMA RAKYAT.. AKU LEBI SUKA BUBAR SAJA DUN PERAK.. BIAR RAKYAT MEMILIH SEMULA SIAPA YANG AKAN MENGETUAI KERAJAAN PERAK....
Nizar terkilan tak dapat jadi MB lebih lama. Nga dan ngeh lagi terkilan sebab mereka yang nak berkuasa sebenarnya dok bagi idea pada Nizar what next? setiap kali nizar bagi kenyataan adaje muka monyet dua ekor tu nak muntah tengok muka mereka tertonjjol celah penyokong. Dah lah tu bukan rakyat kisah pun kami di Perak asal dapat cari makan dan anak dapat kesekolah dgn selamat dah le.
Kalau dah 3 ADUN mereka belah nak memberontak buat macam macam perkara lepas tu saman sana saman sini rakyat dah jelak le NIZAR mika dah jadi MP nak apa lagi HA!
Madam Rochas
Dear A Voice,
Ini betul-betul bahaya ni. Cara Saudara, serta komen pembaca-pembaca blog saudara ini agak bahaya.
Kalau saudara menuduh tindakan Ngeh-Nga-Zar sebagai menghasut, apahal pulak dengan tajuk posting saudara dah memadai? Menghasut tak?
Tapi yang saya tak faham ler, macam mana pula menuduh mahkamah tidak adil itu satu hasutan?
Memanglah mahkamah sentiasa berat sebelah. Mahkamah kena buat keputusan; dan keputusan itu mestilah berpihak kepada satu pihak. Jadi pihak yang satulagi tu mesti kata mahkamah tidak adil. Biarlah. Itu lumrah alam. Yang dapat tu kata adil. Yang tak dapat tu kata tak adil. Yang kata tak adl tu menghasut ke?
Orang yang menghina Nizar.Ngeh. Nga.Siva, sebenarnya kurang pandai. Sumber masalah kekecohan Perak datang dari UMNO. UMNO adalah natang yang kurang ajar.
Bodoh benar orang yang masih gak tahu kebenarannya. Bodoh..Bodoh.
Benci UMNO duhu, kini dan selamanya
Bubar DUN Perak adakan pilihanraya baru selesai semua masalah tuduh menuduh ini. Bukan susah sangat MB halal dan MB haram pergilah bersama-sama mengadap Tuanku Sultan Perak mohon perkenan baginda supaya DUN dibubarkan bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari. Biarlah rakyat menentukan kerajaan yang mereka mahu.
Heran kenapa masih ada melayu baghal yang dok sokong Nga Comic si tukang karut maiming ayat quran @ Shah rukhh Khan the hindustani maiming king @ Mili Vanili girl you know its true the maiming sensation.
Masih buta kah?
Ataupun cina menyamar melayu kat sini?
Dan kalau nak adil kepada china belakon melayu kat sini, korang balik ke hell hole of Nanjing tempat korang punya roots.
Bodoh. Idiot. Kecik2 tanak mampus, besar2 menyusahkan orang.
Alahai...bukannya susah sangat...bubar jer DUN tu.
Cuma si penakut jer yg tak berani sebab bacul dan dayus.
Harap badan jer besau...
bungaraya
Buat apa nak bubar dewan ... rakyat membuat pilihan ... BN yg mempunyai kerusi terbanyak ... tapi DAP+PAS+PKR claim mereka boleh bentuk pakatan, maka mengusulkan pada Sultan agar calon mereka untuk menjadi MB ...
kini MB tersebut sudah hilang majoriti ... apa yg lebih baik ialah masuk semula kedalam dewan buat pengesahan kiraan ...
Apa pun salah Nizar la kerana sesuka hati mahu mambubarkan dewan ...
Tok Jib Kata 1 Malaysia, apa yang u all sibuk-sibuk ungkit pasal bangsa. Tok Jib kata kita ni satu, biar 1malaysia(rakyat) yang memilih sapa yang nak jadi ketua mereka.
HIDUP TOK JIB !!!!!
Salam Bro...
Di jemput hadir semua blogger2 wilayah utara ke Majlis Gathering Blogger2 Utara...2 May...pukul 8.30 malam...di Coffee House Kelab Cinta Sayang, Sg. Petani, Kedah...TQ!
p/s: keterangan lanjut di...
http://dukeofumno.blogspot.com
Post a Comment