Tuesday, May 12, 2009

Krisis Perak: Hak dan Penyelesaian

Tulisan saudara Nobisha hari ini berkenaan krisis Perak betul-betul menarik. Isikandung tulisannya merupakan rumusan perbincangan di Astro Awani malam tadi. Ia berkait dengan tuntutan kedua-dua pihak yang tertumpu kepada kepentingan masing-masing tetapi menggunakan alasan hak.

Pihak Pakatan Rakyat mahukan Dewan Undangan Negeri dibubar supaya pilihanraya umum negeri dapat dijalankan. Dari menyerah kalah dan memberi BN kemenangan mudah, pilihanraya lebih menguntungkan dari segi politik. Kalau menang, momentum mereka berterusan dan kalau kalah, itu perkara biasa dan cuba lagi.

Slogan yang disebut "Let the people decide". Disebalik slogan yang agak klise ini, sebenarnya pihak PR yakin mereka akan dapat memenangi PRU.

Pihak Barisan Nasional yang dalam kedudukkan yang lebih selesa (advantage) tidak mahu bubar. Bukan takut untuk kembali kepada rakyat. Bukan semestinya mudah untuk Pakatan Rakyat menang. Bukan kekurangan isu untuk menghadapi pilihanraya. Tapi, buat apa susah-susah dan lepaskan kelebihan majoriti 28 + 3.

Slogan mereka adalah "majority rule." Disebalik slogan agak klise juga, ia satu cabaran kepada Pakatan Rakyat untuk "bertanding" di sidang DUN.

Keadaan menjadi deadlock. Dari perbincangan di Astro Awani malam tadi, Nobisha telah merumuskan perbincangan mengenai hak seperti berikut (dengan sedikit suntingan):
1. Hak rakyat - Hak mereka yang membuat keputusan memilih 59 orang ADUN pada pilihanraya umum ke 12 lalu. Dalam pilihanraya itu, mereka memilih 27 wakil rakyat dari UMNO, 19 dari DAP, 6 dari PAS, 4 dari PKR, dan seorang dari MCA.

2. Hak Ahli Dewan Undangan Negeri - Dua ADUN dari PKR dan seorang ADUN DAP memilih untuk keluar parti masing-masing dan menjadi wakil rakyat Bebas. Di Malaysia tidak ada undang-undang anti-lompat dan tindakan mereka adalah sah. Nak marah kepada mereka pun marahlah, tetapi keputusan itu adalah sah. Ahli-ahli DUN juga telah beberapa kali bersidang dan hak DUN untuk membuat sebarang keputusan juga harus dihormati.

3. Hak Sultan Perak - Hak untuk melantik Menteri Besar dan membubarkan DUN. Dalam soal perlantikan Menteri Besar, nampaknya Mahkamah Tinggi berpendapat proses perlantikan Dato' Seri Dr Zamry Abd Kadir sebagai Menteri Besar tanpa melalui DUN adalah tidak sah. Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin juga memohon menghadap Sultan Perak bagi memohon pembubaran DUN. Sebagai rakyat, saya berharap Sultan Perak menerima permohonan mengadap itu dalam jangka masa terdekat. Itu adalah hak Nizar sebagai Menteri Besar dan hak ini harus dihormati. Hak Sultan Perak pula ialah membuat keputusan dan hak ini juga harus dihormati. Baginda boleh bersetuju atau tak bersetuju untuk membubarkan DUN Perak.

4. Hak Mahkamah - Kalau mengikut jalur perundangan, Zamry boleh membuat rayuan di Mahkamah Rayuan dan seterusnya Mahkamah Persekutuan. Hak itu juga harus dihormati. Memandangkan kes ini telah dibawa ke Mahkamah, maka saya fikir elok juga proses ini dibawa sehingga ke penghujungnya walaupun kita tidak dapat meramalkan keputusan akhir dalam kes ini.
Dengan demikian, kekeliruan mengenai hak seharusnya tidak lagi timbul. Sekarang bagaimana pula penyelesaiannya?

Perbincangan ini melibatkan Nobisha yang condong kepada UMNO, YB Yusmadi PKR, pakar undang-undang Prof Salleh Buang dan pensyarah media Dr Abu Hassan Hasbullah. Jalur penyelesaian yang dirumus dari oleh Nobisha adalah berikut:
1. Nizar menjadi Menteri Besar Perak dengan memimpin kerajaan minoriti sehingga PRU13. Ini boleh berlaku sekiranya Barisan Nasional memilih untuk tidak membuat undi tidak percaya di DUN Perak.

2. Mengadakan sidang DUN dalam jangka masa terdekat di mana ahli-ahli Dewan Undangan membuat keputusan dalam soal ini. Pada masa sekarang, gabungan DAP, PAS dan PKR ialah seramai 28 orang ahli, Barisan Nasional 28 orang dan 3 orang dari Bebas. Saya serahkan kepada anda untuk membuat ramalan keputusan mereka.

3. Melalui proses mahkamah. Oleh kerana Nizar telah membawa isu ini ke Mahkamah, maka ada orang yang berpendapat biarlah ia diselesaikan sehingga ke penghujung. Selepas Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan membuat keputusan, maka semua pihak menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka.

4. Membubarkan DUN. Nizar memohon pembubaran sekarang. Bagaimanapun, ada pihak yang mengatakan mengapakah hendak dibubarkan sekarang sedangkan proses Mahkamah belum selesai. Tunggu dulu sehingga proses rayuan sampai ke peringkat akhir. Tatkala itu barulah dibubarkan DUN Perak. Sekiranya tidak, keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan selepas ini hanyalah akademik.

5. Menyerahkan kepada kebijaksanaan 59 orang ADUN yang dipilih oleh rakyat bagi menyelesaikan kemelut ini. Dalam diskusi di Astro Awani malam tadi, saya banyak mengupas mengenai jalur ini sebagai jalan keluar. Rakyat telah membuat keputusan dalam PRU12 dulu. Itu suara rakyat. Hak rakyat untuk memilih telah disempurnakan. Tidak timbul persoalan hak rakyat dinafikan. Apa yang kita lihat hari ini ialah kegagalan kesemua 59 ADUN yang dipilih oleh rakyat untuk bermaufakat dan menyelesaikan isu ini. Ini berlaku kerana kita gagal beralih dari politik pertentangan kepada politik kemuafakatan.
Kita tengoklah siapa yang negarawan yang budiman dan ahli politik yang lecek?!

17 comments:

Anonymous said...

ada sedikit terkhilaf jika saudara mengatakan bahawa rakyat telah bersuara dgn pilihanraya ke-12 dan mereka masih berpuas hati dgn calon pilihan mereka itu. tindakan 3 ADUN melompat parti telah menimbulkan perasaan bahawa hak rakyat kawasan itu yg telah memilih pakatan rakyat telah ditipu oleh 3 org manusia ini. kalaupun tidak dibubarkan keseluruhan DUN Perak, biarkanlah 3 kawasan ini diadakan PRK semula untuk mengetahui samada tindakan ADUN mereka itu mendapat restu penduduk atau tidak.

Anonymous said...

Everything is so straightforward and clear, JELAS sekali...

1. Nizar mengadap mohon DUN dibubarkan. Sultan dan beri jawapan, nak pi berapa kali lagi?

2. Di tamau, Mohon Derhaka..pergi Mahkamah...

3. SiSiva mula Snake dance dia.. pecat 10ADUN.

Dari sini dah jelas mereka mula main Filem Tamil..

Depa ni semua budak hingusan, nak tunjuk TERROR kat Sultan. (On his return from the United Kingdom, he first served as the Assistant State Secretary of Perak).

I REST MY CASE!

Bota

NJ said...

Salam Sejahtera Tuan Rumah,

Maafkan saya kerana menerjah sebegini rupa dan lari dari topik. Ingin menumpang lalu untuk menyelitkan permohonan saya kepada pengunjung-pengunjung di sini.

Saya memohon anda semua untuk ke ke sini, KijangMas - DemiNegara, dan menyatakan sokongan anda dipetition online, kempen SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA.

Di sana, dipaparkan memorandum "SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA" yang ditujukan kepada TPM selaku Menteri Pelajaran.

Pohon sokongan anda semua.

Salam sejahtera,

"SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA"

NJ

A Voice said...

anon 7:05

saya rasa anda atau sesiapa sekali pun tidak boleh tentukan dgn tepat kenapa seseorang memilih sesuatu calun:

parti?

atau orang nya?

atau marah pada parti sendiri?

atau apa sekali pun.

Tapi untuk suruh bubarkan ketiga2 kawasan itu, kena orangnya sendiri lakukan.

bukan boleh main suka hati kita. ada undang2 dan peraturan.

Itu pemikiran anarkis.

Nganger said...

Anon 7.05 (letaklah nick, senang nak panggil),

Khilaf apanya yop, bila Bota keluar, buat pc, Anwar, Nga & Nizar cakap apa? Takkan lupa kut. Adakah dinyatakan rakyat kawasan yang memilih BN dah ditipu? Lepas PRU 12 terus dipukul canang untuk lompat parti. Takda pun cakap rakyat yang memilih BN ditipu.

Sudahlah yop, orang bodoh macam kamu ni memang takkan paham. Kamu belajar sampai mana yop? Tapi cukuplah dengan bodoh, jangan ditambah sombong pulak.

bro brotherhood, said...

As-Salam Bro Voicey,..heheh,..wat else can I say,..politics are making d impossible possible and d possible impossible,.. so 3 adun yg menang tu adalah pilihan rakyat di kawasan masing2 dan wakil mereka sekarang ni dh jadi bebas,.. kita lantik wakil rakyat beteras pada keupayaan mereka jd gue rasa rakyat yg memilih 3 adun ni tahu wakil mereka leh bua kerja ke tak,..heheh..yg ni kena tanya rakyat kawasan mereka le bukan untuk org luar masuk campur,..heheh.. gue rasa SPR leh wat banci nengok nak wat by election ke tak,..ape pun dun ferget if d case againts d two PKR members on corruption charges melekat pasti ada by election pulak,..berapa kali election daa,..wakaka,..heheh,..apo nak dikato,..(",)

p.s. bila Tuanku Sultan Perak balik gue rasa mesti ada cerita lain lak,..sama2 le tunggu dan saksikan,.. I gess if ada state election kali ni pasti PR bungkus,..even member PAS pun cakap camtu..semua kerana DAP..

tebing tinggi said...

kegagalan menerima kenyatan dan hakikat adalah punca sebenar kemelut di perak sehinga mengheret istana dan melupakan hakikat bahawa mereka dipileh olih rakyat bagi menjaga kepentingan mereka, bukannya memperjuangkan idealoji parti politik masing-masing.
demokrasi yang dilauangkan hanyalah gimik politik,hakikatnya adakah mereka yang dipilih benar faham akan apa yang mereka laungkan.
kedegilan menerima hakikat jelas dipertontonkan pada majelis perasmian sidang pada 07.05.2009.
sikap ingin menunjokan siapa yang ada kuasa dan lebih berkuasa tampa menghiraukan peradapan akan kehadiran paduka sultan perak sangat-sangat mengechewakan.
ini kah kualiti wakil-wakil rakyat yang telah kita pilih ?.
sudara/sudari telah memilih.

mg said...

..back to the people, I'll say. It'll be a good accessment for BN especially UMNO. Whatever the result after the fresh election maybe..UMNO might need to rethink and come up with a radical strategy. The most important thing is...for UMNO to take care of it's self first, ie getting full support of the Malays. The way I see it now, it's thinking and functions is like a multiracial party. If it wants to do that, might as well change it's name or disband and make BN, the coalition multiracial party, as the main platform. UMNO did a good job of taking care of the Malays, and the Malays must remember that and realised that ther are no other viable vehicle for them. Unless ofcourse, the Malays radically want a change, vote PAS, an alternative Muslim based party to power at the next General Election. And to achieve that, the Malays must vote enblock. Not.." sikit sini, sikit sana."Ie ofcourse, if they want to survive..

mohahz said...

proses mahkamah takkan habis2,percaya la...takkan habis,dan takkan sejuk.
siapa pon yg rule,x kira majority atau minority,akhir sekali berikan pd rakyat perak pula utk bersuara melalui undian mrk.
kalau betul 59 adun ini ingin berkhidmat utk rakyat.

Anonymous said...

Nizar will be Persona Non Grata. I don't think the Palace want to see his face ever again. In scenario one, if a vote of no confidence is taken in the Dewan, he will surely lose. Scenarion no 2, even if there were to be state wide elections, how sure is Nizar that he will win his state seat and secondly how sure is he that he will become MB again. DAP must have their own candidate this time round, probably another Malay puppet who is willing to sell his soul to DAP and do their bidding.

Of the two, Nizar would be better off being and remaining an ADUN and take his pension when the time comes. His only support now seems to come from DAP. Even PAS is offering lukewarm (or just whining away only)responses to the current imbroglio. So goodbye Nizar, nice to know you existed but from now go play your marbles....the Rakyat pun dah meluat tengok sandiwara kamu tu.Go and Muhasabah yourself. I have done mine and never shall my vote go to people like you anymore.

berasiam said...

Kalau pilihanraya diadakan semula pun, apa jaminan bahawa peristiwa tukar sokongan tidak akan berlaku? Yang menukar sokongan melibatkan tiga ADUN dua daripada tiga parti yang berpakat, satu ADUN dari UMNO/BN. Sesiapa pun tidak boleh kata kalau pilihanraya diadakan semula, segala krisis akan berakhir. Peristiwa serupa boleh berlaku dan keadaan yang sama berulang kembali. Berapa kali nak buat pilihanraya kalau senario sedemikian berlaku.

Elok gantung aja DUN, biar masing-masing tak dapat elaun.

muorians said...

bubar dewan perak!!! supaya muke baru dapat bertanding!

Dun Lintang .. calonkan Dr. Shamsul Anwar!!! buang yg keroh ..

Anonymous said...

MHA Hamzah

Kalau nizar undur secara terhormat sebagai seorang gentleman, settle.

Zambery hanya pertahan perintah sultan.

Fikir la kala u anda boleh berfikir

mat manjoi said...

kalau asyik tiap2 kali balik kepada rakyat, buat apa ada pilihanraya umum.

daulat tuanku. sokong pendirian tuanku.

usabukata said...

dulu nuar sibuk nak dapat 30 mp lompat dari bn ke pr. tak ada siapa (penyokong pr) cerita pasal tak boleh tipu rakyat dengan cara ini. sekarang kena batang hidung sendiri baru nak cerita pasal tipu pulak.
maknanya nuar tak buleh buat macam tu (pergi taiwan nak pujuk mp bn) kena duduk diam-diam dan bertaubat (kata kapal sing). analisis hak dan penyelesaian dah jelas, orang (mp dan rakyat) yang tak paham proses undang-undang duduk diam-diam jangan baring kat jalanraya. orang politik pulak jangan pikir politik atau partai dia saja yang betul (tak kira bn atau pr). kalau tak paham duduk diam-diam tak perlu cakap

Anonymous said...

Ini pertanyaan sekupang aku kepada semua;

1. Kenapa semasa DUN BN yg melompat masuk PR semua PEMIMPIN PR kata tak payah buat pilihanraya tetapi apabila orang mereka melompat keluar MEREKA minta dibuat pilihanraya??

2. Siapakah orang yg BANGGA TERAMAT sangat menonjolkan calon lompat BN sampai buat SIDANG AKHBAR??

3. Tahukah anda kalau PRU semula diadakan di PERAK dijangkakan akan melibatkan KOS hampir RM30 juta?? Perlukah kita membazir wang trsebut??

4. Jikalau SULTAN PERAK tak berkenan nak bubar DUN dgn alasan KERAJAAN masih boleh dibentuk kerana satu pihak ada MAJORITI adakah PR redha??

5. Dan jikalau SULTAN PERAK tak berkenan membubarkan DUN dan NIZAR dan PR buat keputusan tak akan adakan PERSIDANGAN DUN sehingga tamat tempoh wajib bersidang dan automatik DUN dibubarkan dan kemudian PR menang,adakah pemimpin PR sanggup terima keputusan SULTAN PERAK jika TUANKU tak mahu melantik NIZAR sebagai MENTERI BESAR??

6. Adakah dalam Undang-undang Tubuh NEgeri PErak memberi kuasa kepada SULTAN PERAK untuk mengarahkan supaya SIDANG DUN TERGEMPAR diadakan??

7.Apakah usul yang tidak memerlukan kelulusan SPEAKER DUN untuk dibentangkan??

8. Secara logik dan realiti nya..bukankah MARUAH SULTAN PERAK telah tercalar dengan DRAMA ini??
Keputusan MAHKAMAH secara halusnya memperlihatkan bahawa SULTAN PERAK JAHIL UNDANG-UNDANG bukankah itu juga benar??

Harap sesipa menjelaskan perkara ini kepada aku..

Walaupun aku memang berharap DUN dibubarkan tetapi memikirkan KOS dan KEADAAN EKONOMI sekarang dan DUIT CUKAI yg aku bayar tak payah la.. tunggu je PRU13 rasa-rasa PR akan menang majoriti besar kalau diorang teruskan mainkan sentimen ini..

Anonymous said...

Salam semua.

Walaupun Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan bahawa tindakan Speaker mengantung 3 ADUN bebas dan 7 ADUN BN itu sebagai tidak sah, Pakatan Rakyat masih enggan menerima keputusan itu. Alasan mereka bahawa Speaker mempunyai KEKEBALAN dan keputusan Mahkamah Persekutuan itu hanya satu deklarasi dan bukan satu arahan.

Tindakan kurang bijak Pakatan Rakyat ini akan menimbulkan lebih banyak krisis dimana Speaker boleh berlindung disebalik KEKEBALAN itu untuk membuat apa sahaja termasuk yang bercanggahan dengan Perlembagaan Negara dan Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Dengan adanya KEKEBALAN ini, Speaker bebas membuat apa sahaja termasuklah menggantung ADUN atas alasan bodoh seperti membuang sampah merata-rata atau terkentut dalam Dewan.

Kita sudah maklum bahawa Speaker telah membuat satu persidangan Dewan di bawah pokok tanpa mendapat perkenan daripada Tuanku Sultan.

Speaker juga telah menggantung YB Dr Zambry selama 18 bulan dan 6 Exco nya selama 12 bulan atas alasan menghina Dewan walaupun mereka-mereka itu hanya mematuhi arahan Paduka Seri Tuanku Sultan.

Apakah tidak ada kemungkinan bahawa Speaker yang sama boleh menggantung ADUN dari PAS yang seramai 6 orang itu jika mereka tidak menyokong usul bagi membenarkan orang bukan Islam dan Melayu menjadi Menteri Besar?

Apakah tidak ada kemungkinan Speaker boleh menetapkan bahawa kuasa Sultan tidak perlu bagi perjalanan sidang Dewan?

Apakah tidak ada kemungkinan Speaker boleh menetapkan bahawa semua agama adalah sama taraf dan menerima peruntukan kewangan yang sama banyak?

Tidak ada musuh yang kekal. Tidak ada sahabat yang kekal. Inilah hukum politik dunia.

Nizar boleh berpeluk cium bersama DAP hari ini tetapi esok lusa tidak tentu lagi.

KEKEBALAN yang diikhtiraf Nizar kepada Sivakumar ini boleh diguna oleh DAP untuk menjahanam Nizar dan PAS itu sendiri di kemudian nanti. Samalah dengan tindakan biadap Nizar menderhaka terhadap Duli Tuanku, orang yang bertanggungjawab mengangkatnya menjadi Menteri Besar.

Ingatlah "Pelanduk selalu terlupakan jerat tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk".

Dan Pelanduk yang menganggap bahawa pembubaran DUN akan dapat menyelesaikan masalah akan pasti dikecewakan dengan Jerat yang diberi kuasa KEKEBALAN.

Fikir-fikirkanlah.


-sinbad-

My Say