Friday, July 31, 2009

Ogos 1: Kebebasan perlu keikhlasan dan tanggungjawab


Asas idealisma saya yang terbentuk semasa muda tidak memsetujui ISA. Masih harapan saya agar kita tidak perlu lagi undang-undang seperti ISA, AUKU, Percetakkan, dan lain-lain. Apa saja kesalahan harus dihakimkan dan melalui proses undang-undang.

Sedihnya idealisma itu sering jauh dari realiti. Apabila keselamatan negara terancam, hak persendirian mahu atau tidak harus diketepikan untuk kepentingan ramai.

Bila saya melihat keadaan sekarang yang tidak teratur, huruhara dan penuh kepalsuan, ia agak menyedihkan. Kita belum merasa kebebasan hakiki tetapi kita tidak boleh bersabar dan bertanggungjawab untuk tidak menyalahgunakan kebebasan tersebut.

Esok akan ada perarakan demonstrasi antara GMI vs MAGARAN. Dari apa yang saya tahu Istana tidak akan menerima sebarang memorandum. Memorandum Pemuda Gerakan hari ini telah ditolak. Namun saya perlu membuat pilihan antara dua kumpulan ini.

Walaupun agak lari dengan inspirasi diri, saya memilih untuk mengikuti kumpulan MAGARAN yang pro-ISA. Kumpulan MAGARAN berarak atas agenda lain yang sangat releven pada saya. Intipati tujuan GMI bukan kerana ISA tetapi atas kepentingan politik kepartian.

Artikel MyKMU berikut begitu jelas maksud tersirat GMI:

Demonstrasi GMI Ogos 1hb: Petunjuk Pakatan Rakyat desperado

Pada hari Sabtu, Ogos 1hb, 2009, Pakatan Rakyat sudah merancangkan satu demonstrasi besar-besaran di bawah nama Gerakan Menentang ISA (GMI). Tujuannya mungkin kelihatan seakan-akan jelas untuk menuntut pembubaran undang-undang ISA tetapi ianya bukan demikian.

Sebagaimana demonstrasi Bersih pada tahun 2007, tujuan yang dimumkan adalah berlainan dari apa yang tersirat. Semasa itu kononnya untuk menuntut pilihanraya yang lebih bersih, tetapi apa yang difahami tujuan pergerakan itu bermacam-macam.
Ada menganggap tunjuk perasaan itu sebagai gelombang kuning untuk sebahagian rakyat menyuarakan rasa tidak puashati rakyat kepada DYMM SPB Yang Dipertuan Agung. Ada yang tidak berpuashati dengan pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Perjuangan Bersih hanya menumpang sentimen semasa. Manakala, Anwar Ibrahim yang tidak terlibat langsung hanya mencuri perhatian dengan datang diusung motor pada saat terakhir.

Berbalik kepada gerakan GMI, pelbagai tindakan seperti demonstrasi, penyerahan memorandum, kenyataan akhbar, forum, dan pelbagai lagi telah dibuat. Kali terakhir ada demonstrasi, jumlah yang hadhir amat sedikit. Perhatian media, baik dari arus perdana atau alternatif, agak terhad dan tidak menarik perhatian.

Demonstrasi GMI telah dirancangkan lama tetapi demonstrasi Gerakan Menentang PPSMI telah diberi lalaun dahulu. Sebelum dapat mereka jalankan, kerajaan telah membuat beberapa langkah positif berkenaan ISA.

Anih untuk pihak GMI ingin teruskan dengan tindakan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Abdul Razak melepaskan banyak tahanan ISA di Kemunting hingga jumlah kini tinggal sangat sedikit. Bertambah pelik lagi Parlimen telah membahaskan mengenai isu ISA dan ura-ura kuat akan diadakan suatu rombakan pada Akta tersebut.

Malah, Dato Ibrahim Ali – Presiden Perkasa yang merepakan antara mereka yang mengepalai gerakan tunjuk perasaan pro-ISA yang diadakan pada hari yang sama - ada mengesyorkan kuasa menentukan tahanan ISA dipindahkan dari Menteri kepada suatu Jawatankuasa tertentu perihal ISA.

Ini hanya menunjukkan ada pihak-pihak tertentu ingin menggunakan demonstrasi ini untuk tujuan politik parti dan bukan sebenarnya untuk menentang ISA. Yang boleh menimbulkan tandatanya adalah kenapa Mat Sabu yang selama ini mengepalai GMI kini mengundur diri?

Pihak Pakatan Rakyat sudah berada dalam keadaan desperado. Mereka menjangka Ketua Umum Anwar Ibrahim akan kalah dalam kes liwatnya. Tanpa Anwar, mereka boleh rasai bahawa kepaduan Pakatan Rakyat akan terjejas.

Sesuatu perlu dilakukan untuk mengekalkan perpaduan antara mereka. Masanya pun agak tepat kerana pelbagai isu terkini yang boleh diekspolitasi dan beberapa isu memerlukan tenaga baru.

Pastinya ada pihak akan mengeksploitasikan sentimen kematian Teoh Beng Hock dan pada masa yang sama cuba menutup kelemahan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang mula goncang. Kematian Teoh mempunyai hubungkait dengan siasatan rasuah ke atas beberapa exco dan penglibatan kongsi gelap.

Kepimpinan kerajaan negeri di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim sangat lemah. Kebolehan pentadbiran korporat yang konservatif telah diguna dan dia begitu takut untuk membuat sebarang keputusan. Kenyataan-kenyataan Khalid kelihatan seolah-olah dia tidak memahami dengan dalam pelbagai isu-isu sesama.

Keretakan pentadbiran DAP di Pulau Pinang pun sudah mula kelihatan. Isu Kampung Buah Pala memberi petunjuk Ketua Menteri Lim Guan Eng bukanlah Khalifah Omar Abdul Aziz tetapi tidak berupaya menyelesaikan masaalah yang memuaskan kedua-dua pihak.

Dia sudah di bawah telunjuk ahli perniagaan Cina tertentu. Sudah timbul syak dikalangan orang ramai akan hubungan kroni antara Lim dengan kumpulan Low Yatt.

Sementara itu, kempen membubar DUN Perak pun sudah reda dan rakyat Perak pun sudah naik menyampah dengan gelagat Nizar. Di Kelantan, sudah ada petunjuk rakyat sudah muak dengan pentadbiran negeri yang tidak henti-henti berceramah dan menyalahkan orang lain tetapi tidak mentadbir dengan baik. .

Demonstrasi GMI ini perlu dilakukan secara besar dan ganas kerana mereka sudah mula desperado. Sesuatu perlu dilakukan untuk mengekalkan kehangatan suasana politik hingga ke pilihanraya akan datang. Jika tidak, mereka sudah mula melihat kehilangan kuasa.

12 comments:

Anonymous said...

Voicey,

Inilah akibatnya bila orang kelulusan Bachelor of Arts memerintah negara dan mengetuai pembangkang. Tiada logik dan rasional saintifik lansong keatas setiap tindakan dan keputusan yang dibuat.. I am longing for Dr.M clone.

Nik Rahmah

lebaikudin said...

1.Greatest gift one man can give another; the awesome responsibility of freedom..

2.Kekejaman atas apa nama sekalipun tetap salah..

3.If you are protecting your privileges more than your principle,eventually you'll lose both..

AK said...

I hope that the majority of the rakyat will take time to ponder and realize the importance of ISA in ensuring the STABILITY of the country.

Many fail to realize the pivotal role that ISA has played in ensuring peace and stability, to the extent that without the ISA, Malaysia would have been in the dumps!

To those of you who are intending to attend the the Anti-ISA rally, do not let yourself be manipulated into supporting such causes by irresponsible parties who are keen on abolishing it for their political interest!

Anonymous said...

blogger lalang.. credential wannabe

Goh Wei Liang said...

Desperado is the word ! If it is truly the agenda of Pakatan leaders to protest the ISA, why didn't Pakatan Rakyat leaders do so according to Palace protocols on their own sweet time over the past 2 years ?

Why must we take it to the streets and march to the palace when Pakatan leaders frequently sit in with the Malay Rulers during the Malay Rulers Conference ?

Unless of course, they needed to be seen with the people. A picture of a leader with thousands of people behind will create the impression that the leader is "berjiwa rakyat".

This of course, is a sandiwara by Pakatan.

Anonymous said...

salam.

pagi2 ni aku nak ckp aku sokong ISA dan tak payah nak diberi kuasa ISA pada j/kuasa.

dgn ISA ni la kita boleh progress dan aman walau pun tak sedamai dulu.

aku ada kenal dgn beberapa keluarga yg ditahan ISA, pertama sbb fahaman agama yg jauh menyimpang, ala2 nordin mat top.

yg hukumkan semua islam tak betul, baik PAS baik umno baik ASWJ, semuanya tak betul semua halal dibunuh.

tapi bila dah tiada anacaman bila semua percakapan yg konsisten direkodkan. dia di bebaskan.

dulu sebelum masuk ISA ego tinggi mcm langit tapi bila keluar aku tgk dah jauh slow dan dah byk berubah. walaupun ckp masih tak mau kalah.

tapi yg kita npk hari ni pemimpin pas/dap manipulate habis2an isu ni. yg mana kalau mereka perintah pun aku gerenti 100% mereka akan kekalkan akta ini.

ulama PAS akan keluarkan fatwa utk pertahankan dan mungkin nama akan ditukar kepada akta fisabillilah.

bagi mana2 rakyat yg rasional, aku percaya mereka sokong ISA.

Din - Bangi

Anonymous said...

ini cara anwar hero jalanan yang suka porak perandakan keadaan

jangan sampai menjadi adat orang Malaysia, tiap kali nak bersuara, buat kacau

rakyat yang jadi mangsa terutama sekali yang menyara hidup harian - penjaja kecil dan juga rakyat jelata

lihat saja thailand - asyik nak berdemo saja

tak perlu bekerja ke untuk mencari rezeki??

mungkin ini satu agenda mencetus huru hara supaya Malaysia terus mundur??

Anonymous said...

Yang takut ISA ni, adalah orang yang niat nak buat huru hara

bila negara kacau bilau senanglah negara jiran yang aman damai

kerana pelabur tentunya mengalih pelaburan mereka kenegara yang tidak kacau bilau

walaupun kos agak lebih tinggi

kita anak melayu said...

Ronnie Liu dilantik jadi mufti selangor baru, bacalah di http://kitaanakmelayu.blogspot.com

kalau orang PAs tak sedar sedar lagi tak tahulah

wahai orang melayu semua bersatulah


http://kitaanakmelayu.blogspot.com/2009/08/ronnie-liu-mufti-baru-selangor.html

shariff said...

Bro......
I am really pissed off with demontration esp the choice of location....
perhaps next time the PKR should consider choosing Petaling Street...
I want to see how certain people esp LKS look at it...

anaklangkawi said...

Salams.

GMI terbukti memperbodohkan melayu..
itu yg nyata..

bila lagi nak jumpa? zamzari

A Voice said...

AMLG -

Just the first few lines and immediately I know you are not AMLG.

The comments are immeditely rejected and don't bother sending any such comment. I dont bother reading it and it doesnt scare me.

I know AMLG and we respect each other even if we have bit of differences.

You are fake.

Just a childish tantrum of supporters of young punk politician who are corrupt.

Supporters with low IQ who has to resort to harrasment and breaking car window to squash critics.

I know which group you are. You don't like that letter, do you?

You are right. Sometimes I am like opposition.

I hate and oppose corrupt and self serving UMNO politicians. But that's the true UMNO.

P/S Don't expect comments like that to see any daylight. This blog practise censorship of unintelligible comments!

My Say