Saturday, August 29, 2009
Isu kuil: Dosa lepas menghantui Pakatan Rakyat Selangor
Penduduk Seksyen 23 Shah Alam membantah rancangan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk memindahkan rancangan membina kuil Hindu Sri Mahamariamman dari Seksyen 19 Shah Alam ke kawasan mereka.
Setelah dihujahkan bantahan kepada wakil-wakil rakyat mereka dan menyampaikan surat bantahan kepada Menteri Besar dan eco berkenaan, bantahan mereka tidak diambil endah langsung oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Langsung mereka membuat perarakan dari Masjid Alam Shah ke bangunan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) selepas sembahyang Jumaat.
Perkara yang agak sensitif ini menjadi demikian kerana pengendalian yang lemah oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Jemaah exco gagal mengimbangi kehendak semua lapisan penduduk, gopoh dalam tindakan, serta sikap degil yang mahu memaksa rakyat setempat menerima keputusan mereka.
Dalam beberapa peristiwa, wakil-wakil rakyat kawasan ini, khususnya AP Khalid Samad dan ADUN Rodziah telah didapati berbohong. Semasa menghantar surat bantahan, wakil Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, Exco Dr Xavier Jeyakumar dan ADUN Rodziah berbohong enggan bertemu wakil penduduk.
Ini yang menaikkan kemarahan penduduk Seksyen 23 hingga mereka menjinjing kepala seekor lembu dan diletak di hadapan bangunan SUK. Pejabat Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan exco berkenaan rumah ibadat bukan Islam, Dr Xavier Jeyakumar berada di situ.
Pelbagai pihak khususnya Pakatan Rakyat spontan menuduh UMNO mendalangi perarakan. Mana mereka hendak letak muka jika diketahui Pengerusi Pengajur dan Naibnya adalah penduduk yang merupakan ahli PKR?
Masaalah ini bukan isu politik kepartian tetapi isu setempat tetapi mereka pula cuba mempolitikkan.
Salahkan UMNO?
Tindakan penduduk menjinjing kepala lembu boleh dianggap provokatif oleh penganut kaum Hindu. Lembu pada penganut Hindu adalah binatang suci.
Ini telah menarik reaksi pemimpin Hindraf yang lari ke England, P Waythamoorthy yang menuduh UMNO mendalangi perarakan. Mereka mengugut akan melaporkan perkara ini kepada beberapa organisasi-organisasi antarabangsa. Disamping itu, mereka menyeru penyokong-penyokong Hindraf mengadakan virgil lilin di Dataran Merdeka pada Sepetmber 5hb, 2009.
Turut serta melakukan tuduhan yang sama terhadap UMNO adalah laman sesawang seperti Malaysia Today, Malaysia Insider, dan pemimpin-peimimpin politik seperti Anwar Ibrahim.
Disini terserlah kebantatan pemikiran Pakatan Rakyat dan pihak haluan kiri yang tidak boleh melihat sesuatu isu hanya pada isu tersebut tetapi perlu dipolitik dengan sandiwara, putarbelit (spin), dan tuduhan melulu.
Bantahan ini adalah bantahan oleh penduduk setempat dan yang hadhir adalah kebanyakkannya penduduk setempat. NGO yang konon menyokong pun tidak nampak muka. Tidak logik untuk menuduh orang luar dibawa masuk.
Pasti mereka terperanjat jika diberitahu bahawa Pengerusi kumpulan penduduk ini adalah Mahyuddin Manap, kini ahli PKR Wangsa Maju. Naib Pengerusi, Ibrahim Sabri adalah penyokong Anwar Ibrahim dan penggiat Reformasi yang pernah keluar masuk lokap.
Orang yang membaca doa di masa perarakan pun adalah ahli PAS yang dipercayai dipanggil orang sebagai Amin. Kalau mahu dituduh UMNO terlibat, ada kebenaran tetapi harus disebut juga penduduk yang bersama ada yang ahli UMNO, PAS, PKR dan tidak berparti.
Wakil Rakyat Kayu
Kuil Sri Mahamariamman ini berada dalam estet kepunyaan PKNS yang kemudiannya dibangunkan menjadi kawasan perumahan. The Malaysian Insider melapurkan kuil yang kini terletak di Seksyen 19 sudah berumur 150 tahun. Maklumat sejarah estet tidak dapat dipastikan sudah wujud dan pekerja India sudah ada dari tahun 1859.
Pentadbiran BN sebelum ini sudah merancang pemindahan kuil yang berstatus haram untuk ke Seksyen 22 yang telah dikaji sebagai sesuai tetapi sebahagian penganut Hindu kini telah berhelah pula kedudukkannya agak jauh.
Hujah ini juga yang cuba dijual oleh Khalid “Gereja” Samad dan Rodziah dalam majlis perbincangan dengan penduduk Seksyen 23. Memandang penganut Hindu berselerak diseluruh Shah Alam yang merupakan kawasan dominan Melayu, isu dekat atau jauh tidak releven.
Bila tertolak ke dinding, jelas mereka hanya mahu menyokong keputusan yang telah dibuat exco kerajaan negeri. Kedua-dua wakil rakyat Islam seolah-olah memaksa penduduk bertolak ansur dan menuduh penduduk tidak bertimbang rasa dan bersikap rasis. Ini jelas menunjukkan kedua-dua wakil rakyat mereka tidak cuba memahami sebab penentangan penduduk dan sejarah latarbelakang isu ini.
Ia bukan atas sikap rasis untuk menghalang penganut Hindu membina rumah ibadat. Bagi kawasan Melayu, Shah Alam mempunyai banyak kuil Hindu. Di sebuah Seksyen di Shah Alam, ada hampir 10 kuil-kuil kecil. Padahal penduduk India di Shah Alam hanya 5%. Seksyen 23 diduduki 400 keluarga Melayu berbanding dengan hanya 40 keluarga India. Diantara keluarga India itu, ada yang beragama Keristian dan sekeluarga beragama Islam.
Kedudukkan kuil yang mahu dibina pula hanya 100 ela jauh dari surau Seksyen 23. Tentu sekali ini tidak sesuai untuk penganut Islam dan juga penganut Hindu kelak. Tidak berapa tahun dahulu, berlaku ketagangan antara kaum di Pulau Pinang yang berakhir dengan tertumpah darah ahli-ahli PAS kerana kuil yang berdekatan dengan surau.
Meletakkan kawasan ugama berlainan bersebelahan boleh menimbulkan pencerobohan kawasan oleh suatu pihak ke atas kawasan pihak yang lain. Sensitiviti isu ini boleh merumitkan untuk diselesaikan. Ini berlaku di Shah Alam baru-baru ini apabila tanah rizab kubur orang Islam di cerobohi dan elemen kongsi gelap terlibat mempertahankan kawasan yang dicerobohi. Pihak DAP boleh menuntut kubur itu dipindahkan pula.
Sebelum menawarkan kawasan Seksyen 22, kerajaan BN dahulu menawarkan kawasan di Seksyen 18 dimana terdapat kuil-kuil Hindu lain. Rumah YB Rodziah, dikatakan berdekatan dengan kuil ini. Rupanya ia tidak bersesuaian dengan amalan penganut Hindu. Ini yang kerajaan BN mencadangkan dipindah ke kawasan Seksyen 22.
Setelah dipersetujui, penganut Hindu minta ianya dilakukan selepas Pilihanraya Umum 2008. Kalahnya BN memberi mereka peluang untuk menuntut pelbagai macam tuntutan.
Banyak lemak
Persitiwa banyak lemak penganut Hindu bukan pertama kali berlaku. Ini menyingkap kembali peristiwa kuil Seri Mahamariamman di kawasan setinggan Taman Rimba Jaya. Dato Seri Samy Velu ‘menikam belakang’ MB Selangor ketika itu, Dato Seri Dato Khir Toyo hingga menjadi salah satu penyebab BN Selangor tumpas.
Pihak MBSA telah diberi kuasa mahkamah selama 3 tahun untuk merobohkan rumah-rumah setinggan, surau dan kuil. Penduduk telah diberitahu supaya berpindah dan ditawarkan pelbagai tawaran.
Samy Velu sendiri telah beberapa kali meminta Khir Toyo untuk memujuk MBSA untuk menunda perobohan dan permintaan terakhir adalah dirobohkan kuil selepas perayaan Deepavali baru 2007.
Apabila sampai masa untuk merobohkan, Samy Velu telah memainkan sentimen perkauman untuk menyalahkan Khir Toyo. Pihak pembangkang dan aktivis haluan kiri turut memihak kepada setinggan dan penganut Hindu. Hindu Sangam ikut memberi helah pihak kerajaan negeri tidak pernah diberi notifikasi dan memerlukan sedikit masa untuk melakukan istiadat tertentu.
Padahal penduduk telah mengetahui dan membuat injunksi mewakilkan firma peguam Speaker DUN sekarang, Teng Chang Khim. Mahkamah telah menolak injunksi penduduk pada 3 Oktober 2007 dan penduduk diberitahu berpindah melalui firma Speaker DUN sekarang, Teng Chang Khim pada Oktober 19.
Mereka masih cuba berdalih meminta ke akhir Disember 31hb tetapi tidak dipersetujui lagi oleh MBSA. Pada Oktober 31hb, surau dirobohkan tanpa ada sebarang masaalah. Tetapi pelbagai kerenah dilakukan oleh pihak pembangkang apabila melibatkan kuil Hindu. Bukanlah kerajaan tidak ada merancangkan pengantian dan perpindahan untuk kuil itu.
Ini hanya menunjukkan masaalah dan dolak dalik yang sering ditimbulkan oleh penganut Hindu setiap kali sebarang usaha untuk menyelesaikan kuil-kuil haram yang mereka bina sesuka hati dimana saja “ada pokok besar.”
Menurut Pengarah JAIS, Datuk Muhammed Khusrin Munawi, pembinaan rumah ibadat bukan Islam diputuskan oleh jawatankuasa negeri yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sendiri tetapi kini diputuskan oleh Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam yang dipengerusikan oleh ahli politik, khususnya Dr. Xavier Jayakumar.
Masaalahnya Pakatan Rakyat terlalu memberi muka dan membiar mereka banyak lemak. Amalan yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini sudah tapat. Mereka cuba melayan sangat puak-puak minoriti hingga pihak majoriti dipaksa korbankan. Ini hanya menunjukkan kelemahan kerajaan Pakatan Rakyat dalam mentadbir.
Rasalah penduduk Shah Alam, ini yang anda pilih.
Shah Alam yang merupakan bandaraya moden dan tersusun berkonsepkan Melayu kini menjadi caca marba dan kelam kabut. Dahulu tiada tetapi kini sudah ada rumah urut, arak boleh dijual dengan mudah, kuil-kuil berselerak di kawasan perumahan Melayu, dan entah apalah dibawa masuk. Semua sebab ahli politik Melayu dalam Pakatan Rakyat bermain politik tanpa ada batas dan had hingga kini memakan diri.
Mulut sudah terlepas, mahu tidak mahu Pakatan Rakyat terpaksa melayan kerenah penganut Hindu ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My Say
-
▼
2009
(285)
-
▼
August
(12)
- Merdeka ... Bahtera Merdeka
- Reaksi tak berfakta terhadap penduduk Seksyen 23
- Isu kuil: Dosa lepas menghantui Pakatan Rakyat Sel...
- Susah sangatkah hendak dengar cakap orang?
- Yusri rasa bersalah dan 'akui' diguna PR burukkan ...
- LKS allay DAP corruption issues by picking on Muhy...
- Najib to cancel Anuar Zaini's UM land development
- Welcoming news of Maybank to revamp Board, BII dea...
- LIVE tonight on Facebook: Here's Mukhriz!
- Why Idris Jala did not reveal and financial press ...
- Idris Jala bullshit results, 2nd Qtr operating los...
- The Economist described Anwar Ibrahim as Chameleon
-
▼
August
(12)
34 comments:
Tuan,
Maafkan kami kerana membuat jemputan kepada Tuan secara am seperti dibawah:-
Yang berbahagia Dato/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari,
Dengan segala hormatnya kami memaklumkan bahawa kami akan melancarkan portal “Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)” di
http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com.
Kami menjemput anda untuk melayari laman web tersebut selepas Sambutan Merdeka 12tengahmalam pada 31 Ogos 2009. Anda dipersilakan untuk melayari tab “e-patriot”
(http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/patriotsinsuppor/)
di mana kami telahpun menyenaraikan laman citra anda di bawah senarai “e-patriot” (“Patriots displaying SSS Logo”). Kami ingin merakamkan rasa penghargaan kami yang tidak terhingga di atas sokongan anda terhadap Kempen SSS ini apabila anda telah mempamirkan logo SSS di laman citra anda. Terima kasih di atas sokongan berterusan anda terhadap Kempen SSS ini.
______________________
It is our honor to inform you that we will be launching "Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)" portal at
http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com
Please visit the website after the 12midnite Merdeka celebration on 31 August 2009 and check out the "e-patriot" tab
(http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/patriotsinsuppor/).
We have listed your blog site under the "e-patriot" list (Patriots displaying SSS Logo). We wish to record our utmost appreciation for your support toward SSS campaign by displaying SSS logo at your blog site. Thank you for your continuous support toward the SSS campaign.
Terima kasih.
Satu Sekolah Untuk Semua
nak demo ta pa bro..yg pi bawak kepala lembu tu buat apa. kalau hindu tu ambik gambar apa2 ke dan hina quran apa macam. Lain kali nak demo tu tengok 2 le sikit.
Kalau baca akbhar/blog mainstream pembangkang semuanya nak letak kesalahan pada UMNO dan mengatakan Melayu rasis, macam dioarang tak buat dosa, cuci bersih!!
-koko
salam
saudara, demi Allah yang menciptakan saya, ingin saya kongsi maklumat yang saya dan keluarga dulu menetap di rimba jaya dari tahun 1985 sampailah saat dirobohkan semua rumah di situ. bila disentuh bab rimba jaya ni terbangkit nostalgia kehidupan dulu.
untuk makluman saudara, kes kuil ni dah diperbesarkan berlebih-lebihan. kami majoriti melayu kat sini. dalam kampung setinggan ni, ada surau juga untuk kegunaan penduduk. surau pun turut dirobohkan. namun semua menerima dengan redha. semua rumah, kedai dan rumah ibadat dirobohkan keseluruhannya. alih-alih kuil hindu jadi isu nasional pula!
Good write-up, bro. Factual and chronological in order. If I am not mistaken the Kg Rawa incident of 1998 was sparked by the legalisation of an illegal Hindu temple that infringed on the compound of the mosque or its perimeters. I stand corrected.
The issue here is not only one of relocating an apparently illegal temple
(for which land documentation citing ownership is absent) but also one of how to stanch another land grab modus operandi i.e., stick a spear or seat gargoyle under a tree, put up a shed and presto all the surrounding land as far as your eye pleases is transmogrified as legally yours. Speak of gumption!
We cannot expect the PR to lift a finger on this and the sooner the Federal government legislate on this with cognisance of land being under state govt purview. Maybe legislation can be drafted to exempt land for religious use coming under state purview.
Another thing worthy to note is that contrary to the perception that the Muslim majority impinges on minority religious rights is the reality that the nons are allowed acess to public roads for 12 months year (yes, bro..if you lump all the chinese and indian festivals that ebb and flow per annum), the freedom to set up stages that block off public roads ( to stage plays for for the Chinese-over many days in fact, and sheds for Hindu processions), break coconuts all over public roads, blare their music etc.etc..So who says that we, Muslims are intolerant.
Finally, the fugitive Waythamoorthy should also lodge a complaint regarding elephant culling for ivory:
http://www1.american.edu/TED/ivory.htm
http://www.hsus.org/wildlife/issues_facing_wildlife/wildlife_trade
since the elephant headed deity Ganesh, is an importannt member of the Hindu pantheon (more elevated in stature than the cow!). That Hindus everywhere are silent on this is both hypocritical and deafening.Neither do local Hindus or their civil society acolytes ever raise a hue and cry for pachyderms incarcerated in zoos or relocated for encroachment into human habitats or in certain cases killed:
http://elephantsmalaysia.blogspot.com/search/label/elephant%20conservation
Salam Ramadhan and May you continue writing incisive pieces like this one, inshaallah. Nice blog!
Warrior 231
salam....
Tidak keterlaluan dibayangkan....
Setahun jagung ditampuk kuasa
di Selangor menzahirkan 'pemimpin sampah'....cara dan polisi bukan
sahaja menunjukkan kedangkalan justeru
itu pengikut dan warga ikut acuannya..
Bila rakyat terasa dipermainkan sebahagian pula dijanjikan harapan
umpama 'segala isi syurga'boleh dikaut...
Akhirnya pemimpin inilah juga 'lepas tangan' dan memperkecilkan
akan kuasa yg ada ditangan rakyat
5 tahun sekali dipeti undi....
Analisa banyak lemak beri betis nak peha tu kami setuju sangat.
Dari penyokong yg paling bawah hingga berpangkat besar, nampak sangat depa nak undi dan sokongan sampai tak kira apa benda lagi ditolakansurkan.
Teringat camner kita hilang Singapura dan Pulau Pinang dulu. Batu Putih pun dah takder.
Macam ni punya tren, siap siagalah. Banyak lagi yang akan melayang dik tuntutan bukan-bukan pihak sana dan layanan istimewa dari alfaham sajalah.
Nyampah kami. Katakan tak nak kepada penjual negeri dan tanah air!
inilah akibatnya kalau mengundi x guna akal fikiran...
terima akibatnya atas pilihan kamu...
malangnya isu ini pun tidak d ambil iktibar oleh orang2 melayu..
melayu2.. apelah rendahnya akalmu
Saiful also can implicate Anwar into sodomize case simply because UMNO paid him well, the 3 Perak Assembymen also can jump ship because of new cars, new house and money given by UMNO, Alor Setar Lunai State Assemblymen can resign from party because of threat by UMNO people, and even dare to persuade others to resign...What make us think that this is NOT UMNO's tactic..? The polices just stand by and watch the COW'S HEAD being carried to the main entrance...when question the organizer, "The Cow Head is a Mystery.." ..I am speechless...
it is a non issue when a mosque is built on non muslim majority area but it is news when a temple is built on a muslim majority area. i cant see the logic behind, but then again, i am not suprised, dissapointed nevertheless.
Basically, I did not like what I saw and read about how the whole demo was done. The actions and the words used by the protestors were disturbing and gave an impression of intolerence.
Anonymous said...
nak demo ta pa bro..yg pi bawak kepala lembu tu buat apa. kalau hindu tu ambik gambar apa2 ke dan hina quran apa macam. Lain kali nak demo tu tengok 2 le sikit
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Bro, kan kah dia org dh kata, itu simbolik kekebodohan pemimpin2 politik melayu sgor. aku rasa logik lah tu. Tak faham lg ke. Tp hindu2 ni pandai putar. Hai, tak tau ke perangai dia org tu. Kalau tak faham jugak, baca abis posting tuan rumah ni. kalo tak faham gak, pegi amik upsr sekali lg.
Itu pasal org kata jumpa ul.r, ketuk dulu ..n.u tu dulu. Sbb dia lebih bahaya dari makhluk tu. Ada faham?
Mata kecik sebelah..
salam,
inilah ketuanan rakyat kepalaotak aljuburi..
kepada rakyat selangor yang mengundi ADUN2 syaitan dari partai syaitan ni, semoga kamu semua berpuas hati dengan apa yang kamu pilih...terima la natijah daripada undi kamu semua...yang sedihnya, masih banyak lagi yang tak sedar diri dan mempertahankan kebodohan dan kegampangan partai-partai perosak negara ini..kerana pilihan buduh sesetengah daripada kamu, satu negeri tergadai...
sudah terhantuk baru terngadah..
Salam hormat semua. .
Rentetan isu2 sensasi nmpknya bertali arus di Selangor sejak pemerintahan diterajui oleh PR.
Isu kandang babi,isu jawi papan tanda nama jln,isu arak,isu hina Islam,isu teoh,isu arak dan kini isu kepala lembu pulak timbul. .
Isu2 ini kebanyakannya menyentuh isu sensitibitfi masyarakat setempat yg tidak dpt ditangani dgn bijak oleh pihak pemerintah. Ini lah kelemahan pemerintahan PR yg meluluskan sesuatu perkara atau dasar tnpa memikirkan implikasinya kpd penduduk setempat..Kerajaan PR ini membuat sesuatu keputusan yg melulu berpandukan aspek yg sempit tnpa melihat dari sudut skop keperluan sejagat.Mendengar rintihan pihak yg kecil tapi pekakan telinga dari suara kelompok yg lebih besar. Bukan bermaksud untuk tidak berlaku adil kpd kelompok kecil ini tapi sekurangnya bertindak lah mengikut akal yg logik.Buat lah keputusan yg adil tnpa dipertikaikan dan memuaskan semua pihak.
Ini lah kelemahan PR yg tidak dpt mengimbangi keperluan masyarat majmuk yg berbilang kaum ini..
Ketidak upayaan dan ketiaadan pengelaman memimpin masyarakat berbilang kaum telah bnyk menimbulkan ketidak puasasan yg boleh menimbulkan pergeseran antara masyarakat berbilang kaum ini.. Yg menyedihkan bila dah timbui isu hasil dari kepincangan perancangan pentadbiran PR ini para pemimpin ini pula menjadi kelabu asap tidak mampu menangani dan mengambil keputusan terbaik untuk menyelesaikannya.Hasilnya timbul suasana tegang,suasana tidak tenteram yg boleh mencetuskan huru hara.rusuhan.Keadaan seperti ini boleh memudaratkan negara..
Apa yg pelik dan ajaibnya bila Pemimpin ini dah kelabu asap tidak mampu menangani isu berbangkit mereka mengambil jln mudah iaitu meletakkan segala kesalahan diatas batu jemalah kepala umno/bn..
Mentadbir negeri seperti Selangor yg dihuni oleh berbilang kaum,berlainan budaya,adat resam dan agama ini bkn lah muda apatah lagi kalau mentadbir Malaysia.. Pemimpin yg berkualiti,mantap,tegas dan berwibawa dan benar2 berjiwa rakyat yg arif tentang polimik masyarakat majmukMalaysia.Dlm hal ini PR telah gagal dlm menyediahkan pemimpin yg benar2 berkualiti dan berkalibar..
Sayugia dinyatakan disini apa yg kita perhatikan perktara yg ketara berlaku selepas PR12 dimana PR mendpt sedikit kuasa ialah melayu begitu diasak dan digasak dgn secukup rasa..Segala isu yg timbul akan dituding lah melayu sebagai penyebabnya.Mengharukan lagi adalah pulak org melayu yg sebaris dgn org bkn melayu menuding jari keatas org melayu yg lain.
Apakan jadi kpd melayu jika PR ini ditakdirkan menerajui kepimpinan negara?? Kalau skg dah bina kuil besar dikawasan melayu mungkin nanti akan wujud kuil sehebat kuil Akshardam di New Deihi India atas nama libeisasi agama atau wujud gereja semegah gereja Basilika St.Petro aka St.Peter Church di Rome Itali pun atas nama liberisasi agama?? Bkn lah menghalang penganut agama lain mendirikan rumah ibadat tapi sebagai warganegara Malaysia yg merdeka hormati lah dan ingat2 lah bahawa Islam adalah agama rasmi Malaysia sebagai yg termaktub dlm perlembagaan.
Wasalam..
anon 9:30 AM
You are typical of Pakatan Riot. You abuse your freedom to accuse by simple suspicion.
How do you know Saiful was paid?
Or do we have to wait for a mystery letter and SD from you to divert attention and sustain your accusation.
Hi Voicey,
Can you be sure that sayfool was not paid? Who is the lawyer following him around? Whose footing the bill.
Surprisingly, I agree with isu kuil, but still am leery of the attempts to drag down Dato Seri Anwar Ibrahim, the only modern leader worthy to become Prime Minister of our country.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
As usual a good detailed post Bro, does put things in its right perspective.
You are right about Anon 9:30am, he is just a typical Pakatan Rakus zombie who just repeats unsubstantiated allegations by his masters.
Well, I suppose the people of Shah Alam Selangor will do well to remember to be careful what they wish for, it is so obvious now, that, whatever the PKR,PAS,DAP election rhetorics, the flowery promises, the outright condemnation of anything BN which got them elected as Selangor state Government does not translate into a Government capable of ruling and administering without fear or favor, which the majority had hoped for.
I guess MB YAB TS Khalid rule in fear AND favor of his political partners, and apparently, his actions from the Projek Khinzir Raksaksa,Wong pics scandal right through the allege gangster involvement in the mushrooming massage spa and beer sale issue showed that he is "bagai lembu dicucuk hidung", pun intended.
SELCAT; SELANGOR...CAT..
C...Complain, complain and complain about past BN Government deeds.
A...Assign Blame to UMNO or Barisan Nasional, no guts and refuse to take blame as Government of the day.
T...Totally Uncaring Menteri Besar and his Exco ..tidak bertimbang rasa terhadap majoriti rakyat Selangor.
So Can TS Khalid prove me and my friends wrong, and help resolve the Seksyen 23 temple issue amicably with the same resolve he personally showed to find out the truth in the Teoh Beng Hock death when he quickly appoint lawyers for the state of Selangor in the ongoing inquest.
bro big voice,
utk menyakinkan penyokong2 kuat PR tentang apa yg hang tulis tu...pamirkan kad ahli mereka dan fungsi mereka di dlm partinya...setakat member aje, ramai member2 dan pemimpin2 PR pon jahat2 belaka !!
yg penting siapakah dalang ?? Toyol ataupun Noh ??
Ajis
Pemuda UMNO Selangor dan Wilayah Persekutuan pun ada di situ.
Can you spot the fat fella and the tall fella?
http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=8293
http://shw.minaq-jinggo.fotopages.com/20971407.html
Kaki UMNO
If we can't built temple in seksyen 23 simply because 80% of the residents are Malays, then I believe there are many mosques will have to be taken down because a lot of them are built in area where Chinese and India dominates...
If this continues, then we are even more separated by 'race' base simply because we can not tolerate other religion...
And yes, I agree. the way the organizer spoke in the demo sounds intimidating...they are threatening to repeat 513...
and yes, I agree with Anonymous 9.30am, it can be UMNO's tactic again...Police is just watching. Looking at the way police handle demonstration by opposition party - handcuff, FRU , eg, Police was quite soft in handling this demo and this only happen is the demo is organized by UMNO, or UMNO is behind it.... (sorry, just being logic)...
Dalam isu ini Khalid Samad memulakan alasannya di blognya begini:-
"Kerajaan BN telah meninggalkan banyak perkara yang perlu diperbetulkan oleh kerajaan PR selepas kami mengambil alih."
Kalau begitu:-
Serahkanlah sahaja kerajaan itu kepada BN sekiranya tidak mampu untuk mengatasi masalah yang ada. Biar BN "clear the mess". Janganlah "mess" hendak disuruh orang lain bertanggungjawab sedangkan kita hendak bersenang lenang sahaja di kerusi Parlimen.
Beginilah sikap PR apabila gagal menyelesaikan masalah rakyat. Di Kampung Buah Pala pun, lebih kurang sama saja kredibiliti PR ini yang langsung nampaknya tidak kredibel.
Seperti yang dinyatakan, Pengerusi kumpulan tunjuk perasaan ini adalah ahli PKR, kenapa begitu cepat menuding jari kepada UMNO? Harus diingat, masalah ini adalah masalah penduduk setempat Shah Alam Seksyen 23, bukan masalah kepala lembu ataupun parti politik. Kepala lembu itu hanyalah simbolik kepada tahap pemikiran PR dalam menghadapi rasa tidak puas hati rakyat.
"Negara Kita Negara Berdaulat"
Semerah Padi
Kepala lembu pun nak kecoh..Kes letak kepala babi kat pagar orang Melayu di Johor pun tak bising2.Letak kepala babi kat masjid di UM pun bising sahari setengah je..
kuil tuu dah ada kat sana selama 140 tahun dah , sblm perumahan berdekatan dibuat. Depa dah setuju dipindah , bagi laa tempat utk depa. Kalu nak mengamuk , mengamuk kat pentabdiran PKNS dulu , awat pii gatai buat kaw perumahan dekat kuil hindu , buat laa kat tempat lain , biar kuil hindu tuu terkontang kanting dlm hutan belantara .
taik semuanya....politik bangang...
thethinker,
esok lusa kalau ada hindu buat kuil atas tanah lu,lu tak boleh buat apa2 lah?
masalah hindu ni suka buat kuil sesuka hati bapak diorang,tak kira tanah sape.surau,masjid pun tak ada masalah nak roboh atau pindah tapi kuil hindu kebal tak boleh disentuh.apa cer?
Salam,
1. Reaksi spontan daripada MB Selangor (Khalid) dan Ahli Parlimen Shah Alaim (Khalid)jelas menunjukkan sikap tidak berpijak di alam nyata;
2. Menuduh UMNO sebagai dalang, sedangkan terang-terang yang membaca doa dan berucap di program tunjuk perasaan itu adalah orang PKR dan PAS;
3. Tindakan sebegini menunjukkan sikap cuba "lepas tangan" daripada isu sebenar dan cuba "lari" daripada tanggungjawab mereka;
4. Saya berharap isu ini membuka minda pengundi-pengundi di Shah Alam dan Selangor;
5. Ingatlah, jangan bermain dengan api. Kelak akan membakar diri.
http://c-bok.bogspot.com
To Semerah Padi,
As a matter of fact, it is unfair to blame the new state government for all those messy issues left behind by BN. PR can actually ignore all those issue and ask BN Federal government to come in and resolve.
But the issue now is, Federal Government already washed their hand clean. If PR does not look into those issue who does? at the end Rakyat yang suffered.
And you suggestion of giving Selangor back to UMNO is a "NO" .. "NO"..because I do not want to see another 24 millions bungalows build on our money...I am driving a Viva simply because I paid too much tax, without tax, I think I can afford a better installment plan and a bigger car...but when I see my tax being used up for big big bungalows...forget about it man!
Steven Seagal
amat baik maklumat dan kupasan anda
Seorang rakan sekerja saya orang Hindu bertanya kpd saya kenapa banyak surau dan masjid didirikan dimana-mana. Dia kata kerajaan tak adil kerana ada tapak surau tapi tak ada tapak kuil. Saya kata :
1. Banyak tapak-tapak surau/masjid adalah tanah yang diwakafkan oleh individu. Dia terpinga-pinga apa itu wakaf, sebab dalam agama Hindu tak ada konsep wakaf. Yang ada adalah konsep cacak lembing, tempat cacak tu jadi tapak kuil.
2. Tanah dimana Hindu tinggal ini adalah Tanah Melayu yang didiami secara asal oleh orang Melayu yang beragama Islam. Jadi, adalah wajar orang Melayu meminta peruntukan tapak surau/masjid bagi setiap tapak perumahan.
Ada orang Hindu yang mempertikai bahawa tanah ini bukan Tanah melayu lagi tapi malaysia. Saya katakan malaysia ini terdiri dari Semenanjung tanah Melayu + sabah+sarawak. Nama Tanah Melayu tidak pernah berubah.
Heran betui bila kepala lembu tu pun nak jadi isu. yang lebih heran orang Melayu Islam pulak yang melenting. Kepala Babi di Melaka yang letak di pagar masjid, depan rumah pengerusi JKKK dan pagar sekolah di MELAKA kenapa orang PAS dan PKR tak keluar apa-apa kenyataan? kepala babi dalam surau di UM semua salahkan UMNO. tup-tup bila penduduk seksyen 23 bawa bawa kepala lembu habis kena hina. yang sedih Melayu Islam sendiri hina. Dulu buat perarakan diketuai PKR seekor lembu ke pejabat SPRM tak melenting pun. naik lembik lembu tu kena kerjakan jalan. takda sorang pun bantah. ni kepala lembu yang dah kena sembelih. dah tak bernyawa. isu masjid atau surau tak boleh dibina di kawasan majoriti bukan melayu tu bukan isu. boleh senaraikan di kawasan mana yang masjid atau surau baru nak bina ada majoriti bukan melayu? di mana kawasannya?
Melayu Shah Alam
the thinker,
betul ke kuil tu dibina 140 tahun dlu..mne bukti? atau ko percaya ckp pari** yang memang terkenal dgn kaki belitnya.. hehe
dah le tu..kalo ko nak defend sangat kaum tu..bagi je tanah ko (kalo ada ler) kat dia buat kuil dia..buat topekong pun orait gak..ko kan pemurah.
yang gatai bukan MBSA ngn PKNS tp ExCOW Selangor yang gatai2 pergi tukar dari sek 22 ke 23. hehe
Kalau mcm ni punya masalah, bagaimana pula kes orang Islam melaksanakan korban lembu. Bukankah ini juga boleh dianggap satu penghinaan terhadap agama hindu. Burger lembu, sosej lembu dan beef stik boleh dianggap satu penghinaan.
Lainlah kalau demo tersebut bawa patung dewa - dewi hindu dan dipijak. Ini baru dianggap satu penghinaan.
What a joke? And now trying to spin this like it is acceptable.
I am Hindu and I don't feel insulted but I feel insulted that a kuil cannot be built in an area where there is about 20-30% Hindus and that they want the kuil to be built in an industrial estate where it is difficult for people to get to.
How weak is people's faith is that they are afraid of a kuil? What's wrong with this people, what exactly is going through their minds when they react like this? They basically have a negative perception of their Hindu neighbours that this issue has flushed out. That would seem their permanent state of mind. What next? Segregrate Muslim and Non-Muslim in schools? Opps already happening....
This is simply religious supremacy and fear mondering. How exactly is the kuil going to affect them?
1Malaysia indeed
just wondering,
why worry about this one kuil? masjid byk2 pun org Islam x ramai yg isi.. takkan nk tunggu bulan posa je?
korang nak halang pembinaan ke, nak bakar gereja/kuil/apa2 tempat sembahan ke, tapi knapa x ajak umat ISLAM penuhkan masjid/surau?? harap masjid je cantek, yg dpt solat cuma 4/5 orang. bakpee????
Post a Comment