Monday, October 07, 2013

Fair hearing for underdogs: Dr Zubir Harun


Talking on a similar call for UMNO to not forsake it's true struggle is another underdog worthy to be highlighted is Dr Zubir Harun. His credential of activism is displayed in his calling card.

Perkasa President, Dato Ibrahim Ali, though not an UMNO members, must be giving moral support to Dr Zubir when he call for UMNO delegates to choose leaders with a Malay soul. [Read in Utusan Malaysia here.]  

He must meant it for the like of Akramsyah and Dr Zubir, among others. If grassroot UMNO members feel the grassroot Malays need to be assisted, then he is one to voice and argue for them on the UMNO Supreme Council.

Dr Zubir was instrumental in taking the leadership and preparing the resolutions for Perkasa's Konvensyen Transformasi Ekonomi Perkasa Ekonomi Bumiputera held on March 27, 2011.

The claim is that 70% of the proposals in Prime Minister's recent speech at the Majlis Perkasaan Ekonomi Bumiputera organised by Teraju on September 14 2013 came from Dr Zubir-led resolution in 2011.

Mind you, this is after consulting and reviews from many economists, elders, EPU and government agencies, and the intervention of busy bodies like JJ and Natasya of Ethos Consulting. PM adopted most of Perkasa's original proposal prepared by Dr Zubir.

You be the judge. PM's speech is here and resolution in Bahasa below:

 ****************************

RESOLUSI KONVENSYEN TRANSFORMASI EKONOMI PERKASA BUMIPUTERA PERKASA PADA 27 MAC 2011

1.    KEADILAN SOSIAL DAN PENGAGIHAN KEKAYAAN NEGARA MENGIKUT NISBAH PENDUDUK BERDASARKAN KAUM (67% BUMIPUTRA DAN 33% BUKAN BUMIPUTRA)

Piagam pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dibawah kategori sosioekonomi jelas menyebut bahawa sekiranya di dalam sesebuah negara masih ujud kumpulan majoriti yang ketinggalan maka kepentingan mereka mestilah dijadikan sebagai agenda nasional bagi pembangunan sosio-ekonomi sesebuah negara.

Sehubungan dengan itu PERKASA mengesa kerajaan memastikan keadilan sosial di negara ini terlaksana dengan mengagihkan kekayaan negara mengikut komposisi penduduk berdasarkan kaum di negara ini iaitu  67%  daripada kekayaan negara WAJIB diagihkan kepada bumiputra manakala baki 33% kepada bukan bumiputra.

2.    MENJADIKAN PERKARA 153 PERLEMBAGAAN MALAYSIA DAN DEB SEBAGAI SUMBER INDUK KEPADA PENGGUBALAN MEB

PERKASA mengesa kerajaan agar mempertahankan dan melaksanakan semangat Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan  dalam semua pendekatan dan polisi kerajaan dalam pembangunan ekonomi negara. Pihak kerajaan WAJIB menjadikan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia sumber induk kepada penggubalan dan pelaksanaan seluruh dasar, strategi dan program Model Baru Ekonomi. Kegagalan kerajaan berbuat demikian akan memberi implikasi negatif kepada keharmonian antara kaum di negara ini di dalam


RESOLUSI PERKASA YANG DITERIMA OLEH PERDANA MENTERI  SEMASA UCAPAN DI MAJLIS PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA  PADA 14  SEPTEMBER 2013

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Banci Penduduk dan Perumahan 2010, menunjukkan Orang Melayu dan Bumiputera Islam berjumlah 59.7 peratus. Manakala Bumiputera Bukan Islam pula, 7.6 peratus bilangan daripada rakyat keseluruhannya. Unjuran terkini, setakat 2012, menganggarkan warganegara Malaysia, adalah seramai 27.4 juta orang, yang mana Bumiputera adalah 18.6 juta atau 67.9 peratus.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Sejak Merdeka, semua perancangan serta dasar ekonomi Melayu dan Bumiputera oleh pihak Kerajaan telah digubal berasaskan perhitungan komposisi masyarakat majmuk tersebut.

Secara prinsipnya, perkara dan amalan ini telah diterima pakai sebagai satu kontrak sosial sejak sekian lama oleh seluruh rakyat Malaysia, seperti mana dipersetujui oleh bapa-bapa pengasas negara kita terdahulu, dilindungi, dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 153, Perkara 160 kurungan 2, Perkara 161A kurungan 6 sub kurungan a. Juga Perkara 161A kurungan 6 sub kurungan b.

Makanya, Melayu dan Bumiputera sebagai teras kepada agenda nasional tidak boleh dinafikan oleh sesiapa. Sesungguhnya, sebarang prakarsa bersifat nasional yang tidak mengambilkira atau mengabaikan agenda Melayu serta Bumiputera, adalah tidak adil dan tidak saksama.


RESOLUSI KONVENSYEN TRANSFORMASI EKONOMI PERKASA BUMIPUTERA PERKASA PADA 27 MAC 2011

3.    MENJADIKAN PEMBANGUNAN EKONOMI BUMPUTERA SEBAGAI  AGENDA NASIONAL

Memandangkan pada ketika ini terdapat GLC-GLC yang tidak berani melaksanakan program-progam pembangunan Ekonomi Bumiputera secara terbuka dengan alasan bahawa pembangunan Ekonomi Bumiputera bukan merupakan national agenda atau agenda teras negara .

Menyedari bahawa MBE yang dikemukakan oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) telah gagal membentangkan kenyataan polisi yang jelas mengenai agenda pembangunan Ekonomi Bumiputera di dalam MBE dan menyedari bahawa MBE didapati gagal meletakkan agenda pembangunan Ekonomi Bumiputera sebagai agenda teras negara (national agenda) walaupun Bumiputera adalah merupakan penduduk terbesar dan terbelakang dari  segi ekonomi di negara ini.

Menyedari bahawa Piagam pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dibawah kategori sosio ekonomi jelas menyebut bahawa sekiranya di dalam sesebuah negara masih wujud kumpulan majoriti yang ketinggalan maka kepentingan mereka mestilah dijadikan sebagai agenda nasional bagi pembangunan sosio-ekonomi sesebuah negara. Hakikatnya, hampir 60% daripada 67% kaum Bumiputera rakyat jati Malaysia itu mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM 1,500 sebulan (berada di paras miskin).

Maka konvensyen dengan ini mendesak agar pembangunan Ekonomi Bumiputera dijadikan national agenda atau agenda teras negara. Konvensyen mendesak agar polisi agenda pembangunan Ekonomi Bumiputera dinyatakan dengan jelas dan telus supaya semua rakyat faham dan yang lebih penting pelaksana-pelaksana dasar kerajaan mempunyai arah tuju yang jelas di dalam


RESOLUSI PERKASA YANG DITERIMA OLEH PERDANA MENTERI  SEMASA UCAPAN DI MAJLIS PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA  PADA 14  SEPTEMBER 2013

Perkara ini sangat mustahak untuk difahami dengan baik-baik oleh semua pihak bahawa kita sentiasa menginsafi dan beringat-ingat tentang Agenda Bumiputera sebagai Agenda Nasional.

Ini kerana, jika sekiranya kaum majority Bumiputera tidak dibela dan berasa diri mereka terancam atau dipinggirkan, negara tidak akan mengecapi keamanan, kestabilan, dan kita tidak mungkin mencapai impian menjadi negara maju yang sejahtera dan sentosa seperti yang didambakan pada tahun 2020.

Hatta, sejarah telah membuktikan dalam pembangunan ekonomi negara terutamanya sejak Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan, bukan sahaja orang Melayu dan Bumiputera, bahkan semua rakyat Malaysia berkongsi nikmat, meraih manfaat bersama, hasil daripada pembangunan ekonomi negara. Jelasnya, ini telah kita lakukan bukanlah dengan mengambil, atau menidakkan hak sesiapa, tetapi sebenarnya melalui penciptaan kekayaan baru dan penjanaan pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,


Tawarikh dunia juga telah menunjukkan bagaimana jika sesebuah Kerajaan itu gagal memainkan peranan pro-aktif sebagai pengimbang sosioekonomi secara adil dan saksama, antara mereka yang memiliki dan tidak memiliki, antara pemodal dan pekerja, antara tuan punya tanah dan penyewa, antara pekerja kolar putih dan kolar biru, telah dan sedang membawa malapetaka.
 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Jika dihimbau kembali, Dasar Ekonomi Baru yakni DEB telah diperkenalkan pada tahun 1971, oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Ayahanda saya, untuk menangani isu ketidakseimbangan sosioekonomi antara etnik dan pembasmian kemiskinan berikutan tragedi 13 Mei 1969.


RESOLUSI KONVENSYEN TRANSFORMASI EKONOMI PERKASA BUMIPUTERA PERKASA PADA 27 MAC 2011

4.    MENERUSKAN AGENDA PERTUMBUHAN DAN AGIHAN (ECONOMIC GROWTH WITH DISTRIBUTION)

Pendekatan economic growth with distribution yang terbukti berjaya sepanjang pelaksanaan DEB hendaklah diteruskan. MBE mesti mempunyai rancangan yang kukuh untuk  meneruskan agenda pertumbuhan dan agihan (economic growth with distribution) walaupun Negara berdepan dengan kehendak dan keperluan menangani proses globalisasi dan liberalisasi.

5.    DASAR EKONOMI DI DALAM MEB UNTUK ORANG MELAYU PERLU DISASARKAN KEPADA PENINGKATAN PENYERTAAN, PEMILIKAN DAN PENGUASAAN EKUITI DALAM PELBAGAI SEKTOR STRATEGIK.  

MPM menerima hakikat bahawa kerajaan telah gagal membantu bumiputra dari segi penyertaan, pemilikan dan penguasaan di dalam berbagai sektor stratejik  dan ini telah menyebabkan;

1.    Pencapaian sasaran pemilikan ekuiti yang rendah;
2.    Pemilikan hartanah bumiputera di kawasan strategik masih rendah;     
3.    Keupayaan untuk mengekalkan pegangan syer di kalangan individu bumiputera yang masih rendah.

Sehubungan dengan itu MBE mesti mengamalkan dasar 3 P iaitu penyertaan, pemilikan dan penguasaannya dalam bidang-bidang yang mampu melonjakkan penguasaan Bumiputra mengikut sektor ekonomi. Ini bermakna dasar ekonomi di dalam MBE untuk orang  Melayu perlu disasarkan kepada peningkatan penyertaan, pemilikan dan penguasaan ekuiti dalam pelbagai sektor strategik. SASARAN baru yang dicadangkan oleh MPM adalah pada kadar maksima 67% dan minima 30%.

  

RESOLUSI PERKASA YANG DITERIMA OLEH PERDANA MENTERI  SEMASA UCAPAN DI MAJLIS PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA  PADA 14  SEPTEMBER 2013

PENDEKATAN PEMBANGUNAN SECARA INKLUSIF BERASASKAN PRINSIP PERTUMBUHAN DENGAN KESAKSAMAAN ATAU GROWTH WITH EQUITY

Sejak saya mengambil alih pentadbiran negara, Kerajaan telah melancarkanModel Baru Ekonomi, yang bermatlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi, dengan pertumbuhan yang saksama, menyaksikan masyarakat Melayu dan Bumiputera setanding dengan masyarakat lain pabila fajar negara maju menyinsing kira-kira tujuh tahun lagi.

Selain itu, secara dasarnya, Model Baru Ekonomi memperkenalkan pendekatan pembangunan secara inklusif berasaskan prinsip pertumbuhan dengan kesaksamaan atau growth with equity, bagi mempastikan semua masyarakat di Malaysia memperoleh manfaat daripada pembangunan ekonomi dan kekayaan negara.

Fokus Pemerkasaan Kedua : MEMANTAPKAN PEMILIKAN EKUITI BUMIPUTERA DALAM SEKTOR KORPORAT

Sehingga kini, had maksimum bagi setiap individu dalam pelaburan Amanah Saham Bumiputera adalah sebanyak 200 ribu ringgit. Justeru, bagi menggalakkan penyertaan, terutamanya golongan menengah Bumiputera dalam pemilikan saham, sukacita saya mengumumkan Skim Amanah Saham Bumiputera 2 atau ASB2 akan dilancarkan oleh Permodalan Nasional Berhad, dengan suntikan sebanyak 10 bilion unit saham.

Ekuinas pula akan diberi tanggungjawab untuk mengambil alih peranan sebagai peneraju program Skim Jejak Jaya Bumiputera. Program tersebut akan ditransformasikan melalui ekuiti dan kepakaran pengurusan, bagi membimbing syarikat-syarikat Bumiputera supaya dapat disenaraikan di Bursa Malaysia.



RESOLUSI KONVENSYEN TRANSFORMASI EKONOMI PERKASA BUMIPUTERA PERKASA PADA 27 MAC 2011

6.    KERAJAAN PERLU UJUD HARTATANAH NASIONAL BAGI MEMASTIKAN BUMIPUTRA MEMILIKI HARTANAH 


Sektor hartanah sering dilupakan oleh kerajaan di pelaksanaan DEB dan ini telah mengakibatkan pemilikan kaum bumiputra di dalam bangunan dan premis adalah jauh kebelakang berbanding dengan orang CIna. Berikut adalah statistic hak milik premis mengikut kaum

1.    Hak milik premis kaum Cina adalah sebanyak 76.1%
2.    Hak milik premis kaum Bumiputra adalah sebanyak 15.0%, \
3.    Hak milik premis kaum India adalah sebanyak 3.8%

Data dari UPE JPM (2007)

MPM menganggap isu pemilikan bangunan dan premis sebagai isu hidup dan matinya jenerasi orang Melayu dimasa akan datang. Ini adalah kerana pemilikan bangunan dan premis memberi kesan negatif kerana ujud monopoli kawasan stratejik dari segi bisnes

Sehubungan dengan itu PERKASA mengesa agar MBE yang akan digubal perlu membentuk instrumen yang betul-betul berkesan bagi memastikan orang Melayu dapat meningkat pemilikan bangunan dan premis.

Jika sekiranya Ekuinas (Ekuiti Nasional Berhad) ditubuhkan bagi memastikan penyertaan Bumiputra didalam pelaburan sektor yang mempunyai potensi pertumbuhan yang tinggi maka adalah perlu Yayasan Hartanah Bumiputra diberi tanggong jawab memastikan orang Melayu dapat meningkat pemilikan bangunan dan premis dengan menyuntik modal permulaan sebanyak RM 10 billion dan akan berkembang sehingga RM 90 billion bagi membantu orang Melayu membeli bangunan dan premis di kawasan stratejik di bandar dan juga dipinggir bandar.


RESOLUSI PERKASA YANG DITERIMA OLEH PERDANA MENTERI  SEMASA UCAPAN DI MAJLIS PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA  PADA 14  SEPTEMBER 2013

Fokus Pemerkasaan Ketiga : MEMPERKUKUH PEMILIKAN ASET BUKAN KEWANGAN BUMIPUTERA

41. Bumiputera masih lagi ketinggalan dalam pemilikan aset bukan kewangan seperti rumah kediaman, premis industri dan kompleks komersial. Sebagai contoh, dalam tahun 2012, transaksi rumah kediaman yang direkodkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, menunjukkan hanya 36.3 peratus transaksi rumah kediaman melibatkan Bumiputera dengan nilainya hampir 18 bilion ringgit atau 26 peratus.

43. Peranan institusi-institusi hartanah seperti Pelaburan Hartanah Berhad, Majlis Amanah Rakyat dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad akan diperkukuhkan bagi membangun atau memperoleh hartanah komersil dan industri, terutamanya di lokasi strategik di seluruh negara.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

44. Di samping itu, kerajaan menyedari tahap kemampuan masyarakat Bumiputera untuk memiliki rumah adalah rendah dan ditambah lagi dengan harga pasaran rumah yang semakin meningkat. Ke arah memperkasakan pemilikan aset hartanah, bagi menjana kekayaan Bumiputera, kerajaan melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PR1MA serta Syarikat Perumahan Negara Berhad dan dengan kerjasama Kerajaan-Kerajaan Negeri, akan memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik kepada Bumiputera di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

45. Manakala menurut perangkaan, 58 peratus daripada 72 peratus penduduk Malaysia yang menetap di bandar adalah Bumiputera. Namun, Kerajaan tahu, peratusan pemilikan hartanah Bumiputera di kawasan bandar adalah kecil. Maka, tanpa intervensi Kerajaan, bagi membetulkan keadaan ini, kedudukan pemilikan hartanah Bumiputera semakin meruncing.

46. Lantaran itu, peranan UDA Corporation akan diperkukuhkan untuk membantu membangun hartanah termasuk rumah kediaman, kompleks dan ruang perniagaan, bangunan industri dan perdagangan di kawasan bandar.

47. Bersabit hal ini juga, saya akan mengarahkan GLC dan GLIC yang terlibat dalam perniagaan hartanah untuk memberi


RESOLUSI KONVENSYEN TRANSFORMASI EKONOMI PERKASA BUMIPUTERA PERKASA PADA 27 MAC 2011

7.    KERAJAAN PERLU MEWUJUDKAN “ECO SYSTEM” YANG MESRA KEPADA BUMIPUTERA DI DALAM BIDANG PERNIAGAAN

Dibawah Program Transformasi Ekonomi Negara, pihak  kerajaan telah meletakkan sektor swasta sebagai pemacu utama ekonomi negara. Namun demikian untuk mempastikan keadilan distributif (distributive justice) dinikmati oleh semua rakyat, khususnya Bumiputera, maka Program Transformasi Ekonomi Negara yang akan dilaksanakan oleh kerajaan hendaklah mengujudkan  “Eco System”  yang mesra bumiputera dengan cara berikut:

1.    Kerajaan khusus MTAB dan TERAJU perlu terus melaksanakan dasar intervensi  yang strategik untuk membantu Bumiputera menyertai aktiviti ekonomi negara dengan lebih berkesan lagi.

2.    Kerajaan mewujudkan ‘padang permainan yang rata’  untuk membolehkan Bumiputera bersaing secara adil,

3.    Kerajaan membetulkan market imperfection and market distortion.

4.    Kerajaan memecah / merobohkan monopoli dan kartel.

5.    Agensi-agensi amanah yang dipertanggungjawabkan membangunkan ekonomi Bumiputera perlu diberikan sumber pengupayaan yang lebih efisien, berkesan dan berorientasikan  hasil.

6.    Peranan agensi pembangunan Bumiputera seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), SME Corp dan Perbadanan Nasional Berhad (PNB) serta GLC berkaitan perlu diteruskan, diperluas dan diperkukuhkan.



RESOLUSI PERKASA YANG DITERIMA OLEH PERDANA MENTERI  SEMASA UCAPAN DI MAJLIS PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA  PADA 14  SEPTEMBER 2013

Fokus Pemerkasaan Kelima : MEMANTAPKAN EKOSISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN


Sebagaimana yang saya sebutkan, Kerajaan mendengar luahan rasa yang dilontarkan oleh masyarakat Bumiputera berhubung tahap penyertaan dalam program pembangunan sosioekonomi. Oleh itu, bagi mempastikan agenda pembangunan sosioekonomi Bumiputera dapat dilaksanakan secara efektif, sistem penyampaian akan diperkemas dan diperkejap untuk mewujudkan ekosistem yang cekap, komprehensif dan konstruktif.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

62. Demi kelangsungan agenda, kita wajar membina satu Komuniti Baru Entrepreneur Bumiputera yang mempunyai daya tahan, daya saing, daya juang, inovatif dan berani mengambil risiko. Mereka juga perlu mempunyai minat yang tinggi serta passionate dalam menyertai bidang-bidang baru berasaskan pengetahuan atau knowledge based economy seperti teknologi maklumat, bioteknologi dan teknologi hijau.

63. Untuk tujuan ini, satu skim pembiayaan baru lagi unik dinamakan sebagai Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera atau ringkasnya SUPERB akan diperkenalkan. Skim ini bertujuan untuk membantu syarikat start-up. Bagi tujuan itu, dana sebanyak 100 juta ringit akan diperuntukkan dalam tempoh tiga tahun. SUPERB ini akan menyediakan kemudahan geran sehingga 500 ribu ringgit kepada entrepreneur baru yang kreatif dan inovatif dalam bidang-bidang strategik yang mempunyai potensi masa hadapan yang besar. Pemilihan entrepreneur-entrepreneur Bumiputera ini adalah berdasarkan merit dan akan dibuat oleh sekumpulan panel entrepreneur di kalangan mereka yang telah berjaya. Di samping itu, entrepreneur baru yang terpilih akan turut mendapat perkhidmatan mentoring daripada entrepreneur yang sudah berjaya tersebut.


RESOLUSI KONVENSYEN TRANSFORMASI EKONOMI PERKASA BUMIPUTERA PERKASA PADA 27 MAC 2011

8.    TERAJU MESTI DIBERI KUASA PENUH MENGARAH DAN MEMANTAU MENTERI, KSU, KETUA-KETUA PENGARAH AGENSI DAN GLC DALAM HAL BERKAITAN AGENDA EKONOMI BUMIPUTERA.

Konvensyen menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif YAB Perdana Menteri menubuhkan TERAJU di dalam usaha meletakkan orang Melayu dan Bumiputera dalam agihan kek ekonomi Negara dalam suasana transformasi ekonomi,

Konvensyen berpendapat bahawa TERAJU tidak sepatutnya dilihat sebagai sebuah lagi organisasi yang menjaga kepentingan Bumiputera tetapi masih lesu dalam tindakan-tindakan affirmative. Peranan TERAJU seharusnya seiring dengan agensi-agensi yang lain seperti PEMANDU yang diberikan peranan besar dalam memacu Progran Transformasi Ekonomi Negara.

Maka Konvensyen mengesa kerajaan agar TERAJU diperkasakan dengan cara berikut:

a.    Mempunyai kuasa, keupayaan dan struktur yang sama seperti PEMANDU.

b.    Mempunyai kuasa mengarah dan memantau Menteri, KSU, ketua-ketua pengarah agensi dan GLC dalam hal berkaitan agenda ekonomi Bumiputera.

c.    Mengenalpasti dan mengambil tindakan mencadangkan pemecatan keatas mana-mana Ketua Pegawai Eksekutif GLC-GLC yang membelakangkan agenda pembangunan ekonomi Bumiputera.

Konvensyen juga mengesa agar kerajaan semua cadangan dari makmal TERAJU diterima dan dilaksana secara bersungguh dan bukan sekadar melepas batuk ditangga




RESOLUSI PERKASA YANG DITERIMA OLEH PERDANA MENTERI  SEMASA UCAPAN DI MAJLIS PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA PADA 14  SEPTEMBER 2013

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

81. Kita juga sedar, masyarakat Bumiputera meletakkan harapan yang tinggi kepadaTERAJU bagi menakhoda agenda pembangunan Bumiputera. Kini, untuk membestarikan lagi TERAJU, sebagai sebuah badan yang unggul, ia akan diletakkan langsung di bawah saya sendiri sebagai Perdana Menteri, dengan diketuai oleh seorang Menteri atau Pegawai Eksekutif bertaraf Menteri.

82. Sebagai memenuhi hasrat kita untuk mewujudkan Komuniti Entrepreneur Bumiputera, sukacita saya umumkan bahawa Institut Keusahawanan Negara atau INSKEN kini, akan diletakkan di bawah seliaan TERAJU. Begitulah juga Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera atau SUPERB yang baru saya wujudkan tadi.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

83. Sebagai payung dan kemuncak strategi pemerkasaan ini, sebuah council yang dipanggil Majlis Ekonomi Bumiputera atau MEB akan ditubuhkan bagi menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera.

Majlis Ekonomi Bumiputera ini akan dipengerusikan sendiri oleh saya dan Timbalan Pengerusinya adalah YAB Timbalan Perdana Menteri dengan keanggotaan beberapa menteri berkenaan.

Keahliannya pula bersifat kompak, di mana pelbagai badan bukan kerajaan dan pihak-pihak yang releven akan diundang. Majlis yang penting ini, akan bersidang sekurang-kurangnya sekali sebulan dan jika perlu lebih dari itu.


RESOLUSI KONVENSYEN TRANSFORMASI EKONOMI PERKASA BUMIPUTERA PERKASA PADA 27 MAC 2011

9.    MENINGKATKAN KOMITMEN PENGURUSAN PETRONAS DALAM  AGENDA BUMIPUTERA DI PETRONAS


Konvensyen memutuskan untuk mendesak Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) memastikan pengurusan Petronas memenuhi beberapa tuntutan berikut sebagai bukti bahawasanya PETRONAS mendokong penuh agenda membantu Bumiputera, antara tindakan yang perlu dipenuhi adalah seperti :-

1.    Mewujudkan peluang kerja atau kontrak sekurang-kurangnya berjumlah RM 2 bilion setahun kepada semua syarikat Bumiputera dalam masa 5 tahun yang akan datang.

2.    Petronas sepatutnya memastikan dalam agenda korporat mereka meletakkan agenda bantuan Bumiputera sebagai perkara kedua terpenting selepas ’enriching their shareholders’, dan perkara ini telah jelas termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974, tetapi tidak diberi keutamaan yang sewajarnya.

3.    PETRONAS mesti memastikan tidak kurang dari 50% ’marginal field” dimajukan oleh syarikat Bumiputera atau konsortium dengan syarikat asing tetapi diketuai oleh syarikat Bumiputera (Ekuinas mungkin boleh dilibatkan dalam konteks ini).

4.    Petronas juga seharusnya menggalakkan, membina dan memberikan kontrak kepada syarikat Bumiputera tempatan untuk kerja-kerja R&D dalam pengkhususan masing-masing dan memastikan sekurang-kurangnya 10 syarikat Bumiputera diberi peluang ini dalam masa 2 tahun bermula dari 2012.

5.    Petronas dalam menjayakan inisiatif agenda membantu Bumiputera digesa berbincang dengan bank-bank milik GLC untuk mengujudkan dana khas yang boleh dinamakan ’Oil & Gas Bumi Fund’ untuk tujuan pembiayaan projek.

Bagi menjayakan tuntutan tersebut diatae maka Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) dan TERAJU mesti memastikan pengurusan Petronas sebagai bukti bahawasanya PETRONAS mendokong penuh agenda membantu Bumiputera


RESOLUSI PERKASA YANG DITERIMA OLEH PERDANA MENTERI  SEMASA UCAPAN DI MAJLIS PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA  PADA 14  SEPTEMBER 2013
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

55. Dengan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera ini juga, saya mahukan semua Ketua Pegawai Eksekutif di GLC menetapkan sasaran ke atas penyertaan Bumiputera termasuk perolehan yang dianugerahkan kepada vendor. Ini wajiblah dimasukkan sebagai Petunjuk Prestasi Utama atau KPI kepada CEO atau Ketua Pegawai Eksekutif syarikat masing-masing.

56. Sehubungan itu, suka saya kongsikan dalam sektor minyak dan gas antara sekarang sehingga tahun 2017, PETRONAS sedang dan akan menjalankan beberapa projek utama dalam sektor upstream dan downstream. Melalui projek-projek tersebut, kita merangkakan supaya syarikat-syarikat Bumiputera mendapat manfaat daripada kontrak yang bernilai 20 bilion ringgit setiap tahun untuk kerja-kerja perkhidmatan di sektor upstream dan downstream.

57. Jangka hayat kemudahan-kemudahan ini selalunya mengambil masa selama 25 tahun atau lebih. Dianggarkan sekurang-kurangnya 22 skop kerja kritikal bakal diwujudkan dan dapat memberi manfaat kepada syarikat-syarikat Bumiputera.


RESOLUSI KONVENSYEN TRANSFORMASI EKONOMI PERKASA BUMIPUTERA PERKASA PADA 27 MAC 2011

10.    AGENDA PEMBANGUNAN EKONOMI MELAYU SEBAGAI NKRA WAJIB DISETIAP KEMENTERIAN DAN GLC

Agenda pembangunan ekonomi Melayu sebagai NKRA disetiap kementerian dan GLC dengan menyediakan polisi, program dan outcome yang terperinci dan menjadikan agenda pembangunan ekonomi Melayu sebagai salah satu kriteria kebertanggungjawaban Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Pegawai Eksekutifnya dalam penilaian prestasi dan perlantikannya.

11.    SYARIKAT GLC PERLU MEMASUKKAN PEMBANGUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA SEBAGAI NKRA DAN SALAH SATU KRITERIA KEBERTANGGUNGJAWABAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIFNYA DALAM PENILAIAN PRESTASI DAN  PERLANTIKANNYA

Konvensyen hari ini mendesak mendesak Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) memastikan semua syarikat GLC memasukkan pembangunan usahawan Melayu sebagai NKRA dan KPI mereka dengan menyediakan polisi, program dan outcome yang terperinci dan menjadikan pembangunan usahawan sebagai salah satu kriteria kebertanggungjawaban Ketua Pegawai Eksekutifnya dalam penilaian prestasi dan  perlantikannya. 



RESOLUSI PERKASA YANG DITERIMA OLEH PERDANA MENTERI  SEMASA UCAPAN DI MAJLIS PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA  PADA 14  SEPTEMBER 2013

UNIT-UNIT PEMBANGUNAN BUMIPUTERA ATAU UPB AKAN DIWUJUDKAN DI SEMUA KEMENTERIAN.

Sebagaimana yang saya sebutkan, Kerajaan mendengar luahan rasa yang dilontarkan oleh masyarakat Bumiputera berhubung tahap penyertaan dalam program pembangunan sosioekonomi. Oleh itu, bagi mempastikan agenda pembangunan sosioekonomi Bumiputera dapat dilaksanakan secara efektif, sistem penyampaian akan diperkemas dan diperkejap untuk mewujudkan ekosistem yang cekap, komprehensif dan konstruktif.

Untuk itu, Unit-Unit Pembangunan Bumiputera atau UPB akan diwujudkan di semua kementerian. Unit Pembangunan Bumiputera ini bertanggungjawab bagi merangka cadangan dan melaksana inisiatif Agenda Bumiputera.

Ketua Pegawai Eksekutif di GLC menetapkan sasaran ke atas penyertaan Bumiputera

Dengan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera ini juga, saya mahukan semua Ketua Pegawai Eksekutif di GLC menetapkan sasaran ke atas penyertaan Bumiputera termasuk perolehan yang dianugerahkan kepada vendor.


Ini wajiblah dimasukkan sebagai Petunjuk Prestasi Utama atau KPI kepada CEO atau Ketua Pegawai Eksekutif syarikat masing-masing.


****************************


Bet Teraju CEO can't do such a resolution. He probably would try to do one if he is paid. But on his own unselfish conscience to see the progress of his race and nation, naaa....

The likes of Dr Zubir Harun did such work without getting paid and selflessly pour through reports and numbers at his free time. He is needed to ensure UMNO stay on course and fulfill in full Perkasa's 2011 resolution and medium and long term proposals put forward by many other able activist (within and without UMNO), professionals and thinkers.

We are rooting for this underdog for a place on the UMNO Majlis Tertinggi.

3 comments:

pemuda bangkit said...

Har har... Dr Zubir punya idea, JJ macam biasa nak tumpang nama.

Undi lah Dr Zubir pejuang bangsa

Anonymous said...

Najib where got idea. His ideas came from the hundreds consultants he hired. s for Bumi he and his consultants has no idea then for Hu ha (Pukul Gendang), just songlap Perkasa idea. Simple and UMNO become Najib Fixed Deposits.

Ismail said...

Resolusi Kongress Ekonomi Bumiputra 1974, maseh sah dan resolusi ini menjadi garis panduan bagi setiap kementerian dan agency kerajaan dalam melaksanakan programm untok menolong Bumiputra.

Semua Kementerian mempunyai salinan keputusan kongress ini.Sudah sampai masanya PERKASA atau Dewan Perniagaan Bumiputra menjungkil samula resolosi Kongress ini untok di bawa kapada Najib dan Kabinet.

Saya juga terkejut,kenapa Najib menolak cadangan Dewan perniagaan Bumiputra yang mahu mengadakan satu lagi kongrass Ekonomi Bumiputra.

Bro.Boloh tolong dapatkan resolusi kongress ekonomi Bumiputra dan di siarkan di blog ini untok tatapan generasi dan pemimpin baru Kerajaan.

My Say