Saturday, November 01, 2008

Dalam isu debat, Khairy serupa budak belum matang

Semasa zaman kanak-kanak dalam bermain dengan rakan-rakan jiran tetangga, selalunya akan ada satu karakter kanak-kanak yang mempunyi sifat pembuli.

Kanak-kanak ini mempunyai badan yang lebih besar dari kanak-kanak lain. Tabiat kanak-kanak pembuli suka mencabar kanak-kanak lain berlawan, dari lawan bergusti atau apa saja permainan.

Kalau kanak-kanak yang mahu dijadikan mangsa enggan, maka dia akan ejek-ejek kanak-kanak itu dengan memmagggilnya pengecut. Tabiat mereka adalah untuk mengajak kawan-kawan yang lain mengejek sama.

Bila yang lain tidak ikut sama, mereka kelihatan malu sekali. Kanak-kanak pembuli ini selalunya tidak hebat seberapa. Bila ada yang berani kasi 'pelepuk sebiji', mereka terkejut dan tidak melawan.


Khairy cuba membuli Mukhriz menggunakan isu debat seolah-olah dalam gelanggang debat badannya lebih besar macam si budak pembuli. Apabila Mukhriz enggan ikut, dia mengajak rakan-rakannya mengejek dan mengkritik. Khairy cuba pula mendapatkan sokongan Hishamuddin untuk sama-sama mengejek tetapi kecewa sekalinya.

Hishammuddin memperingatkan bahawa dia masih Ketua Pemuda hingga bulan Mac 2009 dan tidak dijalankan acara sedemkian hingga mendpaat 'lampu hijau' darinya. Dia bimbang debat yang tidak terkawal di antara calon Ketua Pemuda UMNO akan menjejaskan maruah dan imej pergerakan itu yang dibinanya sejak 10 tahun lalu.

Malah dia merasakan akan ada calon yang gagal mengawal emosi sehingga mengemukakan hujah yang tidak berpijak di bumi nyata atau bercanggah dengan perancangan parti. INi satu sindiran terhadap Khairy.

Ketua Pemuda UMNO Kota Belud, Baharul Sawi tidak melihat apa-apa faedah kepada mana-mana pihak yang berdebat malah boleh memberi gambaran yang tidak baik kepada parti. Ketua Pemuda UMNO Tuaran, Abdul Kassim Razali lebih cenderung kepada majlis penjelasan mengenai visi dan wawasan seseorang calon melalui wawancara.

Manakala, Ketua Pemuda UMNO Tebrau, Syahrin Md. Jamaludin kepintaran berpidato bukan ukuran mutlak untuk memilih pemimpin. Pelbagai aspek lain perlu dinilai oleh ahli termasuk kewibawaan, kebijaksanaan, misi dan rancangannya untuk mengukuhkan lagi sayap parti itu.

Beliau mengembangkan pendapat Mustapha Mohammad yang sama dan merasakan belum masa untuk berdebat secara matang lagi.

Calun Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat lebih baynyak buruk dari baik. "Bila ada debat, masing-masing nak bertegang uratlah nak mempertahankankan pendirian masing. Nampak mungkin akan berlaku perbezaan (pendapat) yang ketara sedangkan sebenarnya kita sebagai sebuah parti yang sepatutnya mendokong perjuangan yang sama."

Calon Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berpendapat tidak perlu kerana khuatiri akan memberikan gambaran yang salah serta kekeliruan masyarakat terhadap UMNO. Katanya, “Jika dilihat persidangan UMNO dua tahun lalu yang mana kita buka kepada orang luar menyertainya sehingga timbul tanggapan salah terhadap UMNO hinggakan kita hilang sokongan pada pilihan raya umum lalu."

Pendapat orang yang ada kebijaksanaan dan matang menjangkau hujah cetek yang hanya kagum dan terikut-ikut dengan perbahasan antara calun di Amerika Syarikat tanpa berupaya menilai perbezaan. Jelas Khairy hanya bertabiat seperti kanak-kanak yang belum matang.

13 comments:

Anonymous said...

Kalau Khairy betul-betul hendak ikut stail barat, kenalah ikut betul2.

Di Amerika Syarikat, ada kebebasan media, di mana kedua-dua calon diberi pendedahan yang seimbang. Di Malaysia, Khairy Jamaluddin hanya menyorok di bawah ketiak Kalimullah yang memastikan Khairy kelihatan bersih dan baik. Pendedahan Mukhriz setakat muka surat belakang2.

Di Amerika Syarikat, segala tuduhan yang dilemparkan oleh pihak lawan, termasuk skandal2 perlu dijawab oleh pihak yang bertanding. Kalau didapati bersalah, atau pihak petanding enggan menjawab, maka mereka harus berundur. Gambar JD di Heritage belum dijawab, ECM Libra belum dijawab dan sebagainya.

Yang terakhir, serangan peribadi memang biasa digunakan di Amerika Syarikat. McCain memanggil Barrack Hussein Obama 'terrorist', kerana Obama mempunyai nama Islam.

Bolehkah kita, di Malaysia, memanggil gandingan Reezal, dan Khairy,... kemudian ketua Putera, Azeez, sebagai '' Mamak Tiga Setiakawan''?

Khairy nampaknya belum bersedia untuk pemilihan ala Amerika!

Anonymous said...

Baru-baru ni YB Ibrahim Ali ada mencadangkan di Dewan agar dianjorkan satu debat terbuka antara DSAI dengan TDM. Teman setuju benor dengan cadangan ni. Tapi nampaknya tak ada response dari kedua-dua pihak. Teman percaya kedua-duanya akan berpikio dua kali untuk berdebat, tapi DSAI bukan saja akan pikio 2x, malahan banyak x sebelum beliau berhadapan dengan bekas ‘ayahanda’nya.

TDM bukanlah seorang pemidato yang hebat seperti DSAI, tapi hujah-hujah beliau mampu menggegorkan dunia!

Inilah antara kualiti pemimpin yang kita harapkan dari barisan Pemuda. Di samping memiliki ciri-ciri utama seperti amanah, berwawasan, bijak, berani, mereka juga perlu ada kemampuan untuk berartikulasi, untuk berhadapan dengan cabaran glocal.

Oleh tu cabaran KJ untuk berdebat adalah perkara kecik. INI lah masanya Mukriz bertegas untuk berani membuat perubahan dan menentang habis-habisan ‘rasuah politik’. Teman percaya Pemuda bijak memilih dan membuat keputusan.

Apa yang sedang berlaku dalam Pemuda UMNO sekarang, ianya bukan saja mendapat perhatian dari ahli-ahli UMNO, tapi juga dari mereka yang di luor UMNO……dari komponen BN, dari PR, dari NGO, juga dari orang-orang yang tidak berparti.

Mengingat kembali kepada cerita Melayu lama…..apabila ada seorang pahlawan yang mencabor, kebiasaannya pahlawan ni 50-50? Dia akan mencabor pahlawan yang lebih kuat. Bagi dia, he has nothing to lose…….dia terpaksa mencabor bagi membuktikan kepahlawanannya. Selagi pahlawan yang ‘dicabor’ menolak, selagi tu lah dia akan terus mengetok gendang untuk mencabor. TAPI apabila yang ‘dicabor’ menyahut cabarannya, dia akan mula pikio dua kali.

Kalau dulu ada orang yang suka pada Hang Tuah, ada juga orang yang gemor pada Hang Jebat. Tapi pada masa ni, semangat kedua-kedua pahlawan ni harus disinergikan dalam diri kita masin-masin. Idak gitu?

Anonymous said...

Saudara,
Suruh Khairy debat mengenai gambar2 dengan perempuan dan botol arak. Suruh dia debat dengan bapak mertuanya- menantu dengan cucu ulama mengenai botol arak dan betina. Dengan kenyataan ' tengok track record saya', kiranya tak ada masalah mereka berdua berdebat, lagi pun bapak mertua sibuk hendak 'bekerja' untuk menunjukkan integriti kalau tak apa gunanya Institut Integriti diwujudkan???

Quantum Metal Consultant said...

KJ hanya ingin menyatakan 'debat' adalah satu satunya yang dia ada kelebihan.

Jika dia dipilih sebagai Menteri, semua masalah akan di atasinya dengan cara 'debat'.

Dia lupa, dalam debat, ada 'debik'.

Mampukah KJ dan Khir Toyo merungkai gandingan padu yang telah ujud sekian lama Mukriz-Hishamuddin-Najib.

Jika tidak, eloklah ikut sama.

Unknown said...

Kenapa nak ikut Amerika, mereka ni kan dah bankrupt

lagipun kita maklum bahawa penjual obat atau peguam bela pandai berpidato TETAPI obat yg dijual tak mungkin mujarab dan pesalah undang2 pun boleh terlepas drp tahanan

lebih baik mengukur pemimpin dengan melihat jatidirinya drp keupayaan berdebat

Debat Anwar dan Shabery adalah tontonan sarkis

masa utk persiapan berdebat mungkin panjang tapi hasilnya adalah hiburan sahaja

lebih baik jika masa ini digunakan utk memperbaiki landasan perjuangan UMNO

budak buli yg nak kuburkan Anwar ni, bolehlah letak tepi kerana Anwar ni masih TAK terkubur pun

cakap berdekah2 habuk pun tak da..

tunku said...

at least mukhriz ada membawa misi dan visi yg akan dijalankan. kj pulak setakat nak lawan debat shj dan slogan setiakatwang.

Berita dari gunung said...

Ramai sudah dapat memahami angkara siapa sebenarnya senario keterbukaan yang memakan diri dalam era Abdullah.

Bukan salah keterbukaan itu. Yang salah ialah orang belum pandai bersilat tetapi mahu terjun dalam gelanggang. Bukan lawan yang dirodok, tetapi penonton diluar gelanggang.

Kemudian kita faham untuk apa debat Shabery Chik dengan Anwar tempuh hari. Kemudian kita juga faham kenapa Shahrir berkata OK dengan debat. Kemudian kita pun tahu Zaid sudah melepas diri dan melalak dan merodok social contract dan Melayu.

Khairy bukan pemimpin untuk Melayu.. jauh sekali.

Anonymous said...

khairy adalah pemimpin aliran semasa zaman. zaman ni pemuda pemudi bebas sebebasnya. dia menepati citarasa darah muda. jadi jika kita hendak melihat apakah rupanya masyarakat melayu akan datang, maka lihatlah pada pemuda pemudi kita hari ini. gambaran yg di bawa oleh ketua pemuda dan pemudi ini adalah wajah kita masa depan.

Atok Podeh

Generasi Pejuang Bangsa said...

bagi aku Muhkriz tetap penakut untuk berdebat ..kalau khir tida sahut boleh la kita kira tiada sipa mahu .tetpai ini Khir pun berani ,tak kan anak Ex PM penakut pulak ..kalau takut sangat bawa je bapak support..

Anonymous said...

selama ni duduk bawah ketiak bapak mertua je, mana nak matang!

koPiJantan said...

ahaks...

takot ker berdebat
jgn laa malu kan slogan 'berani berubah'

ahaks...

komen sy nie kena delete ker...
ahaks..

-ahlang-
http://perigijernih.blogspot.com/

ahlang said...

idup KJ...

ahaks.. (boleh lepas ker komen sy nie)

salam setiakawan
-ahlang-
http://perigijernih.blogspot.com/

Anonymous said...

Debat je lah kalau betul berkemampuan. Dia yang jadi susah nak berdebat tu bila takda apa sangat sebenarnya. Yang ada hanyalah penyokong yang ramai.

My Say