Friday, October 31, 2008
Tom Daniel atau Nordin Abdullah? Tiada Menafikan Mike Thompson?
Merujuk kepada tajuk tulisan saya "Siapa Tom Daniel atau Mike Thompson?" bertarikh Oktober 29hb, tempoh hari berkenaan gambar di atas yang dipersoalkan, saya menerima beberapa timbal balas.
Terima kasih yang memberi makumat mengenai Nordin Abdullah (gambar diatas), seorang Pengarah Kasehdia Sdn Bhd, sebuah syarikat pengurusan media dan acara untuk Halal Forum.
Nordin adalah suami kepada Jumaaton (gambar di bawah), seorang lagi Pengarah Kasehdia dan kawan baik Nori Abdullah, isteri Khairy dan terlibat dalam Halal Forum.
Untuk maklumat mengenai organisasi ini, sila baca tulisan Rocky dan komentar-komentar bertarikh Mei 14 2008 bertajuk Malaysia's Halal Connection, Badawi and Temasek.
Kemungkinan besar orang putih di dalam gambar teratas itu Nordin Abdullah.
Dikatakan komentar bahawa orang asing berkulit hitam itu adalah suami kepada kakak Khairy. Maklumat dan gambar masih tidak dapat diketemui untuk mengesahkan sedemikian.
Namun harap difahami bahawa saya tetap dengan butir-butir mengenai Tom Daniel dan Mike Thompson berdasarkan sumber-sumber maklumat yang akan kekal 'biar pecah perut tetapi tidak pecah dari mulut'.
Tujuan artikel itu pun adalah mendedahkan pengaruh asing dengan pemegang kuasa negara, bukan sebanar sebagai tajuk debat.
Walaupun saya merasa Tom Daniel lebih cenderung kepada perkembangan politik Anwar Ibrahim dan PKR, saya percaya bahawa ada kaitan dengan Abdullah dan Khairy.
Sampai hari ini tidak terjawab, kenapa Khairy menghantar paspot ke rumah Anwar pada tahun Anwar keluar penjara dan hendak pergi menjalankan pembedahan di Munich.
Diketahui ramai kini Khairy pernah cuba menyunting sekuntum bunga bernama Nurul Izzah di taman Anwar Ibrahim.
Malah runnerboy Khairy yang sedang berkeliaran adalah dikalangan mereka yang rapat dengan pihak tertentu dalam PKR.
Siapa ingin siasat mengenai Qaswa Auto yang berpejabat di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur?
Sambil-sambil itu baca sesuatu yang menafikan seolah seseorang itu hebat bagai di war-warkan di sini.
Menarik sekali tidak ada sebarang komentar yang menyangkal kaitan Khairy dengan MI6 dan agennya Mike Thompson. Tiada percubaan untuk mempersoalkan maklumat, identiti dan latarbelakang Mike Thompson
Selepas menulis mengenai pendedahan itu, saya ingin berkongsi rasa perasaan saya yang agak sedikit seram dan takut. Maklumlah dunia perisikan yang penuh dengan cerita-cerita ngeri.
Walau apa pun mungkin terjadi, saya berpasrah serta bersedia. Bahawa saya berpegang kepada pendirian bahawa nyawa saya tidak ada harga berbanding dengan perjuangan menyelamatkan agama, bangsa dan tanahair dari musuh dan petualang-petualang bangsa.
Saya tetap istiqamah dalam perjuangan yang ramai rakan-rakan yang mengenali saya tidak yakini dan sedar akan ancaman kepada kita! Ramai rakan-rakan ini juga mengambil dan membuat kesimpulan mudah dalam pelbagai perkara.
Ada banyak nawaitu dan hikmah dalam satu-satu langkah dan keputusan utama itu hanya saya kongsi dengan Allah semata-mata. Jurublog yang tidak bernama ini hanya ingin berjuang. Sekiranya saya gugur, tidak mengapa saya tidak diketahui dan hilang dalam lipatan sejarah.
Sum mum buk mum 'um yum fahum la yar ji'un
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My Say
-
▼
2008
(343)
-
▼
October
(44)
- Tom Daniel atau Nordin Abdullah? Tiada Menafikan M...
- Mukhriz, Salahuddin, PERKASA kecam MCA; Disebalik ...
- Tajuk Debat untuk Khairy: "Siapa Tom Daniel dan Mi...
- Sejarah Khairy lari dari debat: Dua kali dengan Ad...
- Biar kalah sekali pun Mukhriz, jangan sekali ikut ...
- Menyokong Deklarasi Janda Baik
- Kenapa ada usaha tengkolokkan Najib konon ingin ha...
- 65: 41: 32; KJ lepas di Gua Musang, Adakah Ku Li B...
- Pesan Jen (B) Tun Ismail di Majlis PERKASA, "Bersa...
- A Short Word on Writers, Back to Politics, and Bit...
- Blogger diseru "gencatan senjata"?
- The Nausea of Reading The Edge on Ethos’s Rohana a...
- 63: 34: 26; Khairy Ketinggalan, Pak Lah Naik Isin
- Usaha Kalimullah meng-ular-kan Muhyiddin terbelit ...
- 44:25:15:1; Politik Wahyu Bantu Khairy Peroleh 5 P...
- TERKINI Mukhriz 44:22:14:1; Di mana ada penipuan, ...
- PERKASA Pertahan Kenyataan Majlis Raja-Raja
- Response to Malik Imtiaz's All The King's Men ...
- Khir Toyo kejar KJ; Mukhriz, Razali maju lagi
- CERPEN: Wahyu Buat YB K
- Wind of Change: Scorpians and Columnists
- Mukhriz, Dr Khir Berdialog: Melayu Dicabar dan Ter...
- Kebebasan akhbar disokong tetapi tidak untuk Utusan
- Tembelang KJ dan Reezal pecah di Gelang Patah; Aka...
- Mukhriz Dapat 38 ... Layak!; Mukhriz perlukan mand...
- Mukhriz 30:15:7; Pemuda UMNO Sabah berani berubah!...
- Mukhriz 25: KJ 13: Dr Khir 7; The fall of Kimanis ...
- Mukhriz 19, KJ 11, Dr Khir 4; "Orang" KJ dan Reeza...
- Mukhriz Dahului 8:4:2; Mula Terungkai ...Muhyiddin...
- Mukhriz Mendahului Khairy, 6:4
- Mukhriz dahului KJ 3-2; Perolehi pencalunan Besut ...
- Mukhriz Trailing 1:2 to KJ; Does Pemuda UMNO Appre...
- Macam-Macam Kenyataan ... Mengelirukan?
- Kimanis: Mukhriz Serikan Khairy 1:1
- Mukhriz Tewas Untuk Pencalunan di Macang
- Is NST discrediting this blog out of someone's spite?
- Respons Segera Kepada Pengumuman Perdana Menteri
- Who could this 70 year old Gopeng Boy-Blogger be?
- Khabarnya Abdullah Tanding dan 2010 Kekal ... Naji...
- Remember Khairy Chronicle? Will Omar Ong Dare To P...
- Apa Nak Pada-Pada?! Dari Yang Lain, Apa Salahnya N...
- Pak Lah Umum Tarik Diri Okt 8hb?
- If Pak Lah is Leaving, Why is a ‘Level Four Boys’ ...
- One RPK is Enough, Not Another One
-
▼
October
(44)
9 comments:
salam,truskn usaha anda supaya dpt memberikn maklumat2 yg kukuh dan bukan kosong..
KEBENARAN AKAN TERBUKTI AKHIRNYA..INSAYALLAH
Many years ago, some top corporate person mentioned to me KJ is a dangerous guy...
kaf ha ya ain sod hak
Bro,
Awal tahun ini satu lagi isu gempar telah berlaku. Selama ini JAKIM diberi tanggungjawab memberi Sijil Halal (Sertifikat Halal) utk restoran, kilang tepung, kilang serbuk kopi dan lain2. Setiap tahun JAKIM dapat berjuta Ringgit dpd lesen halal ini (dan berjuta lagi Ringgit dpd duit rasuah - kalau tak bayar, lesen halal boleh jadi masalah teknikal).
Tapi pada awal tahun ini, lesen Sijil Halal ini telah diswastakan kpd sebuah syarikat swasta. Maksudnya semua duit jual Sijil Halal sekarang dapat kpd syarikat swasta. Siapakah syarikat swasta itu?
Yang anehnya, sijil itu masih gunakan logo JAKIM. Jadi logo JAKIm puinya, tapi duit pula syarikat swasta punya.
Lembu punya susu, babi punya nama.
Dear Sir,
Have been reading your blog for some time.
Please continue to write.
Your effort at reasonable arguements is highly appreciated.
I remember a time when I was only stuck with RPK's MT to get some views.
Your blog is a welcomed replacement to his.
On the halal issue, agree with the previous poster as I was told by a Jakim Officer that Halal Development COrporation (HDC) will collect the money for certification but uses Jakim's resources for certification, inspection and to some extent the administration of certificate issueance.
Regards,
KeepWriting
semoga tuan blog ini mendapat kebenaran yang anda cari tanpa menzalimi orang lain...insyallah
-mrs hadi
Salam...
This comment was posted to me by bro jinggo of pro-khairy blog over my article 'JANGAN CABAR BLOGGERS KHAIRY! and after he sent me a (((((((BOOOOOOOOOOMMMMMMMMMM))))))) and revealed his identity in my blog.
So here it goes;
Serangan peribadi sememangnya menjadi lumrah politik, dan KJ sudah lama dilemparkan dengan bermacam-macam tohmahan dan fitnah untuk kepentingan sempit individu seperti Tun Dr Mahathir Mohamed dan anaknya yang tidak berani berdebat. Yang terkini, KJ dituduh ejen Amerika dan CIA oleh blogger kroni Mahathir, AnotherBrickInTheWall (hyperlink), di mana gambar seorang lelaki orang berkulit putih sewaktu hari penamaan calon untuk PRU 12 di Rembau yang diambil dari blog Pro-Khairy menjadi asas untuk tuduhan ini.
Saya amat kecewa dengan tuduhan terbaru ini bukan sahaja kerana ia menyerang integriti dan patriotisme KJ sebagai orang Melayu dan warga Malaysia, malah ia merupakan usaha berterusan oleh kumpulan pro-Mahathir untuk memberi gambaran bahawa KJ adalah pengkhianat bangsa dan negara, yang bersubahat dengan CIA, Kerajaan Singapura, Yahudi, dan lain-lain.
Penulis blog AnotherBrickInTheWall mendakwa bahawa lelaki kulit putih yang gambarnya terpapar di blog tersebut adalah sama ada Tom Daniel atau Mike Thompson. Walhal yang sebenarnya, dia adalah Nordin Abdullah, suami kepada Jumaatun Azmi yang merupakan sahabat karib isteri KJ, Nori Abdullah. Nordin yang berkulit putih itu berasal dari Australia dan memeluk Islam sebelum berkhawin dengan Jumaatun. Dia bukan Tom Daniel atau Mike Thompson yang dikhabarkan oleh penulis blog tersebut sebagai kakitangan Kedutaan Amerika Syarikat dan Penasihat Pejabat Luar Whitehall yang disyaki bekerja untuk CIA dan MI6. Ternyata sekali yang lebih mengenali dua individu ini adalah penulis blog itu sendiri kerana maklumat tentang mereka yang dikongsi beliau – entah fakta atau rekaan – cukup mendalam.
Selain itu, penulis blog juga mendakwa lelaki kulit putih (Nordin) itu sering kelihatan bersama seorang lagi lelaki kulit hitam yang diungkapkan sebagai "negro" walaupun perkataan itu tidak lagi sesuai pada abad ke-21. Di sini saya ingin menjelaskan bahawa lelaki kulit hitam itu adalah abang ipar KJ iaitu Diamond Ibrahim Ogbeide, suami kepada kakak sulung KJ, Mona Jamaluddin.
Penulis blog itu juga menyoal keperluan orang asing sewaktu tempoh berkempen untuk KJ di Rembau. Mereka itu sahabat dan ahli keluarga KJ, jadi apa salahnya jika mereka mahu bersama-sama saya atau membantu KJ sebagai calon Barisan Nasional?
Taktik kotor seperti ini memang konsisten dengan usaha sekian lama untuk mencemarkan nama dan maruah KJ dengan menuduh KJ bersekongkol dengan ejen negara asing. Saya amat berharap bahawa sandiwara dan mainan politik ini dihentikan, terutamanya apabila ia membabitkan serangan peribadi terhadap sahabat dan ahli keluarga KJ.
Saya menyarankan penulis blog AnotherBrickInTheWall buat 'research' dan 'homework' sebelum membuat sebarang tuduhan. Kes ini jelas membuktikan bahawa penulis blog ini bukan hanya mempunyai niat jahat tetapi tidak buat risikan yang tepat dan hanya berjaya memalukan diri sendiri dan juga majikannya, Dr Mahathir dan anaknya yang kurang sifat jantan.
I still dont understand why he did not post them to your blog.
Salam
HDC perlu ambil alih peranan Jakim untuk urus pensijilan halal sebab Jakim tak cekap. Nak pinjam kata2 KJ '...Jakim is not ready to face the world'. Adilkah untuk menuduh Jakim tidak cekap kalau dibiarkan beroperasi dalam serba kekurangan. Nak pinjam kata2 Husam Musa '...bolehkah kita kata seseorang itu tak pandai berenang bila ditolak ke dalam kolam dengan tangan berikat (lebih dahsyat lagi kalau kilas ke belakang).
Memang nampak prestasi HDC lebih umph sekarang tapi liahtlah bagaimana dia dapat peruntukan. Jakim dulu macamana bro. Tapi yang dibimbangi HDC sekarang nampaknya tumpu pada nak ekspot sijil halal bukan produk halal. Macamana nak pantau sijil halal yang HDC keluarkan untuk produk luar negeri...bimbang termakan sardin babi keluaran negara China tapi ada sjil halal Malaysia hehehe
Mantra
Rasmi saya adalah saya tidak suka mengkritik penulis lain dalam tulisan saya. Sebabnya penulis dan pemberita adalah messenger dan tidak perlu mereka ini di tembak (Don't shoot the messenger).
Dalam dunia penulisan suratkhabar, ada sesuatu yang dipanggil "right to reply". Hak itu perlu kerana suratkhabar adalah "one way communication" dan tidak mempunyai ciri-ciri interactive seperti di Internet.
Saya tidak akan post satu article untuk menjawab tetapi hanya sekadar menjawab dalam komentar. Byk perkara lain yang lebih menarik boileh ditulis dari kerja hentam menghentam sesama penulis.
1. Blog pro Khairy adalah satu blog reaktif kepada blog anti Khairy bertujuan untuk menjadi penerangan. Mereka berhak untuk membalas akan apa yang saya tulis mengenai gambar tersebut.
2. Dalam membuat penerangan, saya harap mereka ini tidak seperti KPMU yang memutarbelit secara amatur. Contohnya mereka menuduh Mukhriz melakukan politik wang dari sindiran Dr Mahathir bahawa Mukhriz menggunakan wang.
3. Dalam mereka membuat penerangan, agak hairan mereka mahu kekal sebagai blog yg agak OKU tidak mahu membenarkan komentar. Padahal mereka boleh censor komentar yang mahu dilepaskan.
4. Article original perlu difahami adalah pendedahan satu analisa dari pertalian by association, counter checking facts and personal encounters. (Maaf saya tidak boleh dedahkan siapa sumber yg saya cek.)
5. Untuk saya ditegur buat homnework dan research itu, saya harap mereka belajar membaca dan memahami bacaan dahulu. Kemudian buatlah research dan homework juga sebelum buat penafian atau penerangan untuk KJ. Cara mereka menggunakan ungkapan standard yang cliche dan membosankan untuk dibaca.
6. Kalau mereka berkebolehan membaca dan memhami bacaan mereka, gambar orang putih tersebut itu hanya pembuka cerita untuk saya mendedahkan analisa saya. Malah saya tidak bermasaalah untuk meletakkan pembetulan pada posting kemudian.
7. Blog yang nampaknya pasti membantu mengejak-ejek Mukhriz untuk berdebat dengan KJ ini pula sebenarnay poengecut. Letak saja komentar di blog ini dari cuba pakai flanking ke merata tempat. Bukankah menyusahkan saya untuk menjawab. Mungkin kerana mereka tidak akan membenarkan saya menjawab di blog mereka.
Kesian blog yg begitu canggih dan hebat teknologinya tetapi masih pemikiran dan sikap zaman batu !
P/S Ada apa2 nak cerita ke mengenai Qaswa auto di TTDI?
Post a Comment