Tuesday, December 02, 2008

Cadangan komentar Berasiam untuk keluar dari belengu ekonomi

Menyentuh mengenai ucapan Dr Mahathir di Tehran, komentar Berasiam menyatakan di sini bahawa kita - orang Melayu dan/atau orang Islam - tidak mempunyai kesungguhan untuk membangunkan ekonomi sendiri.

Perkara hampir sama telah penulis katakan di sini.

Sepatutnya, kita membangunkan sistem ekonomi dan kewangan kita sendiri dari mengadaptasi kepada pasaran yang dikuasai oleh 'puak' lain dan akhirnya kita dibelenggu serta ditindas.

Islam berasaskan akidah dan sistem moral. Maka sistem yang timbul dari Islam, ia seharusnya ke arah pengukuhan tauhid dan mempunyai elemen keadilan, kemanusiaan dan tiada elemen menindas.

Tulisan berasiam disiarkan sepenuhnya berikut:
Sebaik sampai di Yathrib, antara tindakan pertama yang diambil oleh Rasululluah saw ialah mendirikan sebuah pasar baru bagi orang Islam, yang dijalankan menurut prinsip ajaran Islam. Baginda tidak mahu membiarkan orang Islam terus berurus niaga di pasar sedia ada yang dikuasai Yahudi. Kita harus mengambil iktibar daripada sejarah Hijrah itu.

Hari ini kita sentiasa bercakap tentang ekonomi yang dikuasai Yahudi, baik Yahudi yang berkulit putih atau yang berkulit kuning, tetapi apakah tindakan kita dalam menyekat penguasaan mereka. Nyata kita lebih senang berurus niaga dengan Yahudi berkulit kuning yang menguasai ekonomi kita daripada dengan bangsa sendiri yang menawarkan produk yang serupa. Ini adalah kenyataan, baik secara persendirian mahupun di peringkat kerajaan.

Kalau nak beli kereta misalnya, dengan siapa kita selesa untuk berurusan, yang bermata sepet atau yang berkulit sawo matang. Begitu juga nak beli rumah, insurans dan sebagainya, simpanlah jawapan itu untuk pengetahuan masing-masing. Dan kita terus merungut menyalahkan banyak pihak atas penguasaan ekonomi oleh bukan Melayu/Islam.

Muncul pula Bank Islam pada awal 80-an, maka kita pun menaruh harapan cukup tinggi untuk melihat senario baru yang lebih baik olehnya. Yang terkini "wajah berbeza, komitmen tetap sama" menjadi bahan jenaka banyak pihak. Selepas kerugian hampir RM500 juta, mereka sangka boleh melarikan diri dengan mengubah wajahnya. Lebih baik dihilangkan nama Islamnya tetapi menerapkan asas Islam dalam amalannya secara realistik.

Islam itu berasaskan akidah, maka sistem-sistem yang muncul kemudiannya adalah penjelmaan daripada kekukuhan akidah tauhid yang tertanam dalam diri ummah itu.

Adakah kita cuba melakukan reverse engineering terhadap perkara itu?

4 comments:

. said...

Saudara,

Saya cukup yakin bahawa Islam memberikan garispanduan yang cukup lengkap untuk menguruskan negara, termasuklah ekonomi. Malangnya, kita mengenepikan asas-asas yang digariskan itu. Matlamat pengurusan Islam ialah mentauhidkan Allah s.w.t. dan meletakkan manusia sebagai khalifah-Nya. Sekiranya asas kita betul, insya-Allah pendekatan yang akan diambil juga betul. Bagaimanapun, sekiranya sistem ekonomi kita berpaksikan kepada nafsu manusia, maka negara dan rakyat akan hancur.

Anonymous said...

Aku tertanya-tanya apa kah yg dilakukan oleh PAS dalam hal sistem ekonomi ini??

1. Adakah golongan cerdik pandai PAS ini telah berbincang dalam merangka satu sistem ekonomi yg berlandaskan islam??

2. Dimanakah tanggungjawab wajib yg ada pada semua ahli-ahli PAS yg selalu menghentam kerajaan tetapi tak pernah mengemukakan cadangan yg PRAKTIKAL dgn satu penerangan yg lengkap??

3. Jikalau ramai sangat PEMIMPIN dan AHLI PAS yg kononnya teramat arif dalam hal-hal agama menghafal AlQURAN dan HADIS,tak kan lah satu orang pun tak dapat nak mengali hikmah-hikmah yg terkandung dalam AlQuran.. kenapa Kristian dan Yahudi dapat mengali pengetahuan dan ilmu daripada AlQUran dan Hadis?? Adakah PEMIMPIN dan AHLI PAS hanya pandai menghafal??

4. Apakah fungsi DEWAN ULAMA?? Apakah fungsi LAtJAH?? Selain membincangkan hukum hakam agama salah satu tanggungjawab yg sepatutnya di buat adalah hal-hal ekonomi.. dari dulu sampai sekarang sebenarnya PAS tak nampak memperjuangkan satu sistem ekonomi yg lebih islamik..

5. Satu setuju dengan pendapat NOBISHA tetapi sekarang siapakan yg arif tentang AlQURan dan HAdis? Untuk mengatakan satu sistem ekonomi itu adalah berlandaskan islam atau tidak adalah bergantung kepada pakar2 agama (yg sepatutnya menuntut lagi ilmu mengenai pengurusan ekonomi).. oleh kerana PAS mengaku adala sebuah PARTI ISLAM dan memahami ISLAM maka wajib bagi PAS untuk membentangkan satu sistem ekonomi yg boleh diguna pakai di MALAYSIA dan di DUNIA..

ini adal ah pendapat dan pandangan saya..

wasssalam

Harap sesiapa yg terasa mengambil tindakan yg sepatutnya.

Hasbullah Pit said...

2. Dimanakah tanggungjawab wajib yg ada pada semua ahli-ahli PAS yg selalu menghentam kerajaan tetapi tak pernah mengemukakan cadangan yg PRAKTIKAL dgn satu penerangan yg lengkap??


Ini dia, tapi tidak begitu lengkap penerangannya.

Anonymous said...

Kena ambil biz model Arqam aka Furaqa. Gua tengok group ni contoh terbaik dari segi ekonomi. (jangan ambil contoh lain dah la ..heheh).

My Say