Monday, May 11, 2009

Dari Mahkamah Tinggi Mengenai Krisis Perak: Siapa MB Perak? Nizar (Terbaru)


11/5 NIzar said he will make a request for an audience with Perak Sultan at a function at Istana Kuala Kangsar TUesdat morning/STAR 16:49

11/5 Nizar is on the way to Ipoh to seek an audience with Sultan of Perak to ask for consent to dissolve Perak Assembly/STAR - 16:27 pm

- Apa akan jadi jika Tuanku enggan kerana ianya adalah atas budi bicara Tuanku Sultan?

Mahkamah putuskan DS Nizar masih lagi MB Perak yang sah kerana kedudukkan MB hanya boleh ditentu oleh DUN melalui usul undi tidak percaya - AgendaNews 16:23

- Adakah Speaker akan membenarkan usul dibincang kalau Speakernya adalah Sivakumar?

Nizar akan mengadap Sultan. Zambri dan Exco perlu kosongkan pejabat. Keputusan-keputusan Zambry dan Exco batal kecuali sidang DUN 7 Mei lalu - AgendaNews 16:22

- Apa maksudnya sidang DUN 7 Mei tidak batal? Adakah bermakna Sivakumar bukan lagi Speaker? Jawatankuasa2 terpilih kekal?

Mahkamah tolak permohonan peguam Zambry tangguh keputusan tapi boleh kemuka permohonan rasmi AgendaNews 16:03

11/5 KL HIgh COurt rules that Nizar is rightful MB of Perak/STAR 15:54 pm

2:45-3 pmHakim D Aziz Rahim sedang sampaikan keputusan semakan kehakiman tentukan siapa MB Perak yang sah. DS Nizar atau DS Zambry - AgendaNews 14:44

2-2:20 pm - Keadaan sudah mula sesak di mahkamah Jalan Duta. Bilik mahkamah tingkat 8 sesak dengan wartawan dan pemimpin pembangkang sampai kena berdiri. Peguam Negara Tan Sri Gani Patail baru sampai - AgendaNews 14:30

1-2:05 pm - Bekas MB Perak DS Nizar tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta disambut oleh Tian Chua dan beberapa pemimpin pembangkang yang lain - AgendaNews 14:15

Dalam perbezaan pendirian ini, mereka memilih saluran mahkamah untuk mencari penyelesaian, agak-agak apa reaksi mereka? Kalau menang, bersorak riang dan panjang leteran polemik mereka.

Kalau kalah, Mahkamah tidak adil? Hakim korup? Keputusan ini tidak perlu dipatuhi? Mereka tetap betul? Prinsip apa pula yang akan digembar gemburkan? Pastinya mereka tak salah. Mereka tidak lemah dalam membuat persediaan. -
14:00

10 comments:

Parpu Kari said...

BRO, HARI INI KITA JADI REPORTER! MUAHAHAHAHAHAHAHAHA

sher said...

bak sirih pulang ke gagang.
Yg benar akan menang jua

iam_khufu said...

Sebelum ini dah ada kes macam terjadi di Perak kes stephen kalong ningkan. Ruling dibuat ruler tak der kuasa untuk pecat MB. Bukan masalah nak menangkan Pakatan tapi cara tu buat ikut prosedur. Kalau orang BN nak buat undi tak percaya pada MB, buat la dalam dewan bukan sorok ADUN.

Anonymous said...

lagi huru-hara Dewan Negeri Perak lepas ni.

Adakah PR akan saman Sultan?

Kita lihat gelagat Sivakumar menolak usul tidak percaya lepas ni.

Haru biru!!!!

Anonymous said...

Yang benar tetap benar. Takbir

Anonymous said...

bloody stupid judges who do not know the law and have been bought over by BN

Hamba said...

YB Nizar Menang, macamana? Sekarang siapa yg sah siapa yang haram? Kebenaran akan menang akhirnya walaupun ditindas dgn Polis. Another brick to the empty head! Serve you right!

antijk said...

Bermula dari 5 Febuari 2009, jumlah ADUN UMNO 27, jumlah ADUN DAP 17. PKR 5, PAS 6, MCA 1 dan 3 ADUN Bebas.

Itu pun dah cukup terang dan jelas akan 'suara rakyat' dan siapa yang sepatutnya menjadi Menteri Besar. Walaupun aku bukan orang UMNO tapi aku tak mudah ditipu oleh fahaman anwarisma wal juburi!!

Oleh kerana MCA berada di dalam Barisan Nasional, maka jumlah kerusi BN ialah 28 orang dan 3 ADUN bebas telah membuat pengakuan di hadapan Paduka Seri Sultan Perak bawa mereka bertiga memberikan sokongan kepada BN, menyebabkan kekuatan BN ialah 31 sedangkan Pakatan Rakyat ialah 28.

Bodoh sangatkah Paduka Seri Sultan Perak untuk membubarkan DUN? Ajaran demokrasi barat mengajarkan bahawa kelebihan satu undi juga dikira majoriti, jadi atas alasan apakah Nizar minta DUN dibubarkan? Siapakah Nizar dalam PR yang menjawat kedudukan yang sepatutnya disandang oleh Ngeh atau Nga?

Fahaman anwarisma al juburi membenarkan amalan lompat parti dan disokong oleh Mursyidul Am PAS setelah dijangkati oleh virus Erdogan kecuali Kapal Karam memandang kerja itu jijik dan hina.

Kalaulah pada 16 Sept 2008, berlaku lompatan oleh 30 ekor katak dari BN ke PR, sudah tentu kamu akan menyanjung dan mendewakan katak katak itu. Apakah kamu akan mengatakan berlakunya 'rampasan kuasa' sekiranya al juburi berjaya memenangi sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri, walapun dengan kelebihan 1 kerusi??

Jahat sungguh wabak presepsi yang disebarkan oleh virus A1N1 (Anwar Ibrahim Nombor 1) yang berpunca dari BABI (Brother Anwar Bin Ibrahim) yang bertopeng manusia.

Semoga Saiful Bukhari Azlan terus gagah dan tabah untuk menghantar al juburi balik ke Sungai Buloh bagi menghabiskan sisa umurnya di sana.... Amin!

berasiam said...

Laporan jam 4:27 pm kata Nizar dalam perjalanan ke Ipoh tipu. Selepas Maghrib, Nizar berceramah di Masjid Al Azim Pandan Indah. Entah kenapa orang PAS suka sangat dengan masjid tu pun, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Suka benar bunyinya Nizar dan penyokong PAS dengan kemenangan kes mereka.

Di Masjid Al Azim jugalah, kira-kira sebulan yang lepas, tazkirahnya mempersoalkan tentang ucapan "Ampun Tuanku". Dalam khutbah Jumaat tiga minggu yang lalu, khatib dengan bangganya menggunakan hujah akal mengatasi hujah naql tentang hukum orang kafir membaca Al-Qur'an. Pada minggu lepas, tazkirah meyamakan tindakan Cina DAP di Perak membaca Al-Qur'an dengan Saidina Umar Al-Khattab yang lembut hati selepas membaca ayat 1-6, surah TaHa.

Nampak gayanya, mahkamah sudah menyamakan kuasa Sultan dengan kuasa gabenor di negeri yang tidak beraja. Entah ke mana hilangnya penghayatan sejarah mahkamah ketika membuat keputusan sedemikian.

Majoriti Melayu Perak sudah pasti yakin dengan kemampuan Baginda Sultan mencari penyelesaian dalam krisis ini. Masakan Baginda Sultan beralah dengan keputusan mahkamah yang jelas mengetepikan kepentingan rakyat jelata. Sebagaimana yang disebutkan baru-baru ini, peranan Sultan lebih daripada yang tertulis dalam Perlembagaan dan UNdang-Undang.

Daulat Tuanku

mg said...

Mahkamah....pun turut terkena tempias dengan kerja - kerja orang -orang politik yang tidak ada kesudahan.....

My Say