Greetings

Monday, March 04, 2013

Last words from our patriot


We have received a one last word from one of our patriot. Cry if you wish as you read his last SMS.

Another is a reaction from one of our security personnel to the unfair criticism and insult leveled at them. They fighting spirit is admirable.

We are in our comfortable arm chair looking at the computer while they are out there putting their life on the line.

They need our support and unity.


This is one last SMS from one VAT69 trooper: 
"Wahai Isteriku, maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan..jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna..

Wahai anak-anakku, maafkan ayah kerana acapkali ayah tiada disaat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah..

Wahai mak & abah, ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki, sesungguhnya mak & abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna pada negara..

Wahai Ibu & Ayah Mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu & ayah menjadi balu sebelum usia..

Oh Malaysiaku, maafkan aku andai aku gugur dimedan perang. Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya.."

[SMS terakhir seorang Vat69 sebelum terkorban... Al fatihah] 
 Below is one VAT69 expressing his feeling in a page:

Pay attention to 4:14
"Kami orang2 polis tdk akn berundur...biar­ putih tulang.. Jgn putih mata....."

Teringat kata2 terakhir salah seorang pejuang bukit kepong... Dan hari ini....semangat­ yg sama msih mengalir dlm diri kami...... Kpd yg terus pertikaikan... Ucapkn lah seribu tomahan..cercaa­n... Katalh apa shj semahu kalian..yg nyata...

PERJUANGAN KAMI BUKAN SANDIWARA...kam­i POLIS DIRAJA MALAYSIA... Siapa saja kerajaan yg memerintah..kpd­ mereka kami taati.... N

YAWA YG MELAYANG KRN PERTAHANKAN NEGARA BKN SANDIWARA... BUKAN LAKONAN...BUKAN­ TEATER UTK TONTONAN KALIAN...

BERHIJAB LAH SEDIKIT BILA BERBICARA...SAB­AH NEGERI DIBAWAH BAYU...BIAR BAYU MENJADI TAUFAN..TIDAK AKAN SEKALI KAMI SERAHKAN KALIAN KEPADA PETUALANG...

BIA­R BERMANDI DARAH..BIAR HANCUR LUMAT TULANG BELULANG....KAM­I PDRM DAN ATM......BUKAN SEBARANG... kpd semua rakyat malaysia..

Meski kami xselalu dihargai... Meski jasa kami tidak terpandang...tp­ ketahuilah... Andai kata petualang negara sudah berdiri dihadapan kamu menghunus senjata mengalirkn darah kalian... Ketahuilah.. Darah kami sudah terlebih dahulu kering dimedan tempur.

Dan untuk itu...doakanlah­ yg terbaik untuk kami wahai teman wahai sahabat... Jgn terus memfitnah tanpa belas.. Krn negara kami ikhlas..

Krn negara kami tinggalkn segala kepentingan dan keluarga... Kalaupun tiada penghargaan mampu diberi.. Hentikanlah mengeji... Jagalah hati keluarga mereka.. Terakhir kalinya... KAMI POLIS DIRAJA MALAYSIA.... bkn polis beraja politik...

Siapa pemerintah kpd mereka setia bersumpah....

JANGAN MEMPOLITIKN TUGAS KAMI... fikir dgn akal yg waras.. Bukan menyukat dgn sukatan dangkal...
Update 4:43 PM:

Yesterday's casualty:


Belansungkawa

JASA DAN PENGORBANANMU DIKENANG:

Barisan perwira yang gugur dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara.

Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.

Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.

Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.

Pemergian perwira-perwira negara ini akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Jasamu, baktimu, pengorbananmu akan teguh di sanubari rakan seperjuangan dan menjadi azimat untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara..!

On the first day of casualty:

 

6 comments:

Anonymous said...

Sungguh memilukan dan amat membakar semangat.Kita orang Melayu beginilah nasibnya,tanah air ini tanah air kita,kita kena pertahankan dengan darah dan air mata.Org lain lebih hanya bersifat utk mencari kekayaan,tapi mereka inilah pula yg di jadikan rakan akrab oleh sesetengah pihak,yg lupa daratan.Semuga Allah melindungi mereka yg masih selamat dan memberi rahmat kepada mereka yg telah terkorban.Jasa mu akan tetap kami kenang.Allahhuakbar.

Anonymous said...

semoga di berkati Allah. Semoga beroleh kemenangan didunia dan diakhirat.

Amin

drmuzi

Tok Mudim said...

Bro

unfortunately, to anwar and his "friends", we are just a pawn on a chessboard and nothing more.

major Adnan said...

Bro.
Ini bodoh punya sandiwara.Ini satu episode yang bodoh oleh pemimpin kita.
Tolong jawab soalan saya ini jika kita benar iklas

Kenapa Najib meneruskan mengadakan RCI di Sabah walau pun ia telah di nasehati oleh ramai pegawainya terutamanya yang tahu sejaeah Sabah.Ada kah ia hanya hendak memuaskan kehendak permintaan Kaum kadazan.Orang Sulu baik yang sudah menjadi warga Malaysia amat marah dengan RCI.Ini saolah olah hendak menafikan hak mereka.

Kenapa Kita menghantar pasokan Polis V69 untok mengawal keadaan di Lahat Datu.Bukan ka ini tugas tentera.Kenapa sekarang bau hendak di hanta Askar Melayu Regiment Ke 6 ka Lahat Datu.

Sila lihat ganbar Utusan Melayu hari Sabtu,Kenapa Askar Melayu yang pergi ka Lahat Datu d beri Bullet priif vest dan kenapa V69 tidak di beri bullet proof Vest.Kenapa kita bagitu bagitu panang ringan situasi ini.

Yang mati sudah masuk shurga kerana ia mati shayid.Isteinya tidak usah bimbang dan kita juga tidak di suroh menagis.Anak anak nya Yatim akan di pelihara Allah.
Harapan saya supaya kita jangan bermain politik dalam soal keselamatan Negara.

Salam

ANAK SABAH said...

Hari ini loyar Anuwar dah mula beri last warning kepada UTUSAN dan TV3 24 jam untuk tutup mulut daripada dedahkan lagi nama Anwar dalam krisis Lahad Datu . Jika tidak RM200 juta saman akan dikenakan .

Nampaknya Anwar hanya berani saman Utusan dan TV3 sahaja daripada menyaman media Filipina dan Reuters . Dia ingat rakyat bodoh tak boleh baca di internet semua laporan media Filipina mengenai pendedahan perisikan negara sana mengenai dalang sebenar disebalik peristiwa berdarah di Lahad Datu Sabah.

Persoalannya , kalau benar Anwar tak terlibat ..mengapa namanya dan pembangkang di Malaysia disebut dalam laporan media Filipina ?

The observer said...

The american Media seems so quite on this matter as normally anything about Malaysia and Anwar will get their attention.

My Say