Kapal Pak Lah sudah kelihatan hendak karam tetapi mengapa dia masih mahu berpaut kepada kapal yang cara pacuannya tidak pernah dia berkenan.
Adakah kebenaran desas desus yang mengatakan "Pak Najib", gelaran oleh Dato Mufti Shuib, berada di dalam keadaan terugut atau perlukan perlindungan yang memerlukan pembisuan?
Keadaan pun tidak menjadi lebih baik, jika Dr Mahathir sendiri sudah menyatakan memikirkan kembali sokongan yang pernah diberikan kepada Najib. Harus diingat bahawa permintaan Dr Mahathir yang dapat meletakkan Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Memahami Mukhriz
Tekanan dari Dr Mahathir itu agak kurang sedikit bisanya, apabila anaknya sendiri, Mukhriz berlainan pendirian. Dia masih kekal memberikan baiah kepada Najib.
Kenyataan Mukhriz itu menarik.
Adakah ianya cara untuk menggugah kejut Najib dari taktik politik secara diam-diam dan di jam terakhir? Namun jika diingat kembali Najib sebagai orang pertama mengumumkan bertanding Naib Presiden dalam Team Wawasan pimpinan Anwar dahulu, tidak berapa benar andaian tersebut.
Namun kenyataan Mukhriz juga mempunyai caveat tersendiri. Kesetiaan kepada Najib itu disebut, jika ianya mencuba jawatan Presiden. Dengan pendirian Mukhriz tentang Pak Lah begitu jelas, siapa pula yang disokong, sekiranya bukan Najib yang bertanding Presiden?
Cara Dr Mahathir berkata-kata mutakhir ini seolah-olah hampir-hampir hendak memihak kepada Tengku Razaleigh.
Teringatkan kembali panggilan beliau mementingkan calun dari parti untuk PRU12, rasanya tidak mungkin beliau memihak sesiapa. Memang sepatutnya Mahathir meletak dirinya jauh di atas (above the fray) kancah politik pemilihan jawatan parti.
Pendirian Dr Mahathir jelas untuk membetulkan yang salah. Sesiapa yang akan menjadi pemimpin, katanya, mesti melalui proses pemilihan ahli/parti. Semua jawatan perlu dipertandingkan dan demokrasi UMNO perlu dihidupkan kembali.
Samada pengumuman Dr Khir Toyo itu satu alamat dari Najib kepada Mukhriz supaya mengekalkan jemaah, tidak dapat di rasakan. Dr Khir sendiri sudah lama menyatakan keinginan untuk jawatan Ketua Pemuda. Itu yang selama ini ia dihujani fitnah dan tomahan dari TV3 dan media perdana.
Namun, mereka berdua sehati untuk memastikan Khairy tidak naik. Mungkin ada taktik disebalik dua orang dari cai yang sama ingin bertanding jawatan yang sama. Jika Khairy bertanding, hampir pasti berlaku untuk salah satu akan berundur.
Kemungkinan juga, kenyataan baiah Mukhriz mahu menunjukkan dirinya bukan Pak Turut kepada ayahnya. Dia memang mempunyai fikiran, pendirian dan keberanian sendiri. Mungkin inilah peluang untuk membetulkan persepsi dari aura ayahanda. .
Menanti Najib
Seorang penulis bergelar Supirteksi menulis di MyKMU pandangannya mengenai Najib. Najib dikatakan mungkin mempunyai opsyen untuk mengharapkan Presiden mengosongkan kerusi secara aman atau tuntutan akar umbi menyebabkan Presiden undur atau pilihan yang beliau tidak gemari untuk menawarkan diri.
Ramai berharap Najib menyanyikan lagu permintaan rakyat yang berduyun SMS yang masuk. Adakah Najib tidak peka langsung dengan permintaan tersebut?
Seorang blogger PAS, Penarik Beca merasakan Najib telah mula bersuara. Walaupun agak ganjil blog orang UMNO untuk mengambil penuh tulisan orang PAS, senario politik sekarang memerlukan keterbukaan dan ide yang menarik diberi perhatin. Tulisannya berikut:
Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak nampak sudah berani untuk tidak menyatakan sokongan kepada presidennya yang dituntut berundur. Dia kelihatan sengaja mengelakkan diri dari menyatakan lagi supaya Presiden jangan dicabar. Dia hanya berkata "hentikan spekulasi PM undur" seperti yang dilaporkan Malaysiakini.
Bacalah betul-betul apa yang tersirat bila Najib kata, "beliau (Perdana Menteri) memutuskan untuk meneruskan kepimpinannya dan berhak meneruskan kepimpinan".
Beliau juga mahu supaya diberikan sepenuh perhatian kepada usaha memulihkan Umno. Adakah itu bermakna sokongan kepada usaha Tengku Razaleigh Hamzah hendak merawat Umno? Pemulihan tentulah memerlukan rawatan.
Dan tidak lama selepas itu beliau berkata beliau "tidak mencampuri urusan pertandingan jawatan dalam Umno". Tidak campur maknanya Najib akan biarkan Presiden Umno terkonteng-konteng mempertahankan diri.
Malaysiakini juga melaporkan sepupu Najib, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai ketua Pemuda Umno dalam pemilihan agung parti itu Disember ini.
Beliau berkata, "Saya melepaskan jawatan ini bukan kerana tekanan tetapi bergerak untuk melakukan reformasi dalam parti". Mempersiapkan pasukan?
Adakah semuanya sedar dari lamunan bila Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau telahpun mengubah fikirannya terhadap Najib?
Bukan mudah kedudukkan Najib untuk mengimbangkan pembolehubah (variable) yang dapat dilihat dan tidak dapat dilihat.
Samada Najib mempunyai masa untuk menanti atau tidak, diharap ia fahami bahawa eleman masa, ruang dan keadaan yang menjadi penentu. Pentadbiran Pak Lah bukan pentadbiran yang berupaya memegang lembu pada tanduknya tetapi hanya mengelak serangan lembu matador. Selalu juga, tanduk itu tersangkut.
Opsyen yang perlu dilakukan Pak Lah untuk menyelamatkan UMNO begitu jelas, sebagaimana ditulis blogger Bigdog, jika ia serius untuk menyelamatkan UMNO. Persoalan dan masaalahnya, adakah dia akan lakukan?
Mereka yang berupaya menguasai lembu itu yang akan harus diberi kepercayaan. Penuntun yang akan menyahutkan "si" dan "ole" mahukan yang berani. Adakah Najib berani menjadi matador untuk menyelamatkan UMNO dan diterima penuntun?
1 comment:
Perjalanan sejarah wajar dianalisa, untuk cuba merongkai misteri fenomena 'elegant silence' Pak Najib selama 2 tahun kebelakangan ini.
Pak Najib merupakan seorang pemain poker yang baik. Beliau ada strategi sendiri kenapa memilih untuk meyimpan kad kad terup Ace dan Joker, dekat semat didada, pada masa ini.
Kalau Pak Najib bukan seorang pemain poker yang baik, masakan beliau masih terus relevan berada sebagai seorang anggota pentadbiran Kerajaan, berterusan semenjak 1978? Malah, beliau lebih lama berbanding dengan PM YDP Abdullah Ahmad Badawi Al 'Flip-Flop'py sendiri!
Mungkin Pak Najib ada masalah "Jerangkung dalam gerobok"nya sendiri dan memerlukan lebih masa dan peluang sesuai untuk 'membetulkan' keadaan, agarnya ianya tidak menjadi 'bebanan' lagi kepadanya.
Yang nyatanya, Pak Najib boleh berjaya menentukan 'keujudan'nya dalam keadaan berkuasa lebih relevan dan effektif berbanding PM YDP Abdullah, Anwar Ibrahim, Rafidah Aziz, Samy Vellu, maupun Tengku Razaleigh. Hanya Lim Kit Siang sahaja mendahului rekod kerelevanan sebagai seorang pemimpin.
Siapa yang mampu memberi tafsiran tepat, apa maksud Tun Dr. Mahathir Mohamad di Forum "UMNO Pasca PRU 12" apabila mengatakan "Berfikir dua kali"? Dewasa ini, mantan Perdana Menteri ini memang kerap memberikan mesej mesej yang insinuatif (yang boleh diberikan pelbagai lapisan tafsiran). Ini, menunjukan ada sesuatu yang masih belum terongkai.
Ini agak jelas kenapa Tun Dr. Mahathir masih teragak agak untuk memberikan sokongan penuh dan terang terangan Tengku Razaleigh sebagai calon Presiden UMNO, mencabar Kepimpinan PM YDP Abdullah Al 'Flip-Flop'py.
Pak Najib, seorang strategist, adalah orang jenis "Survivor". Hanya masa yang menjadi penentu apakah 'permainan akhir' (end game) ini.
Post a Comment